buletin unit keusahawanan

9
BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN OKTOBER – DISEMBER 2014 KARNIVAL KEUSAHAWANAN, KOLABORASI DAN KERJAYA (CEC) 2014 POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU 1 & 2 OKTOBER 2014 Seramai 4 orang pelajar PNS telah mengambil bahagian dalam Karnival ini di Politeknik METrO, Johor Bahru. Karnival ini dilaksanakan untuk membina minda usahawan yang mampu membangun kerjaya sendiri; meningkatkan kolaborasi bersama agensi luar serta membuka peluang kerjaya menerusi hubungan industri yand erat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Entrepreneurship Race, pembukaan booth, Smart Shopper dan Persidangan Meja Bulat Tanjung Puteri yang membincangkan rancangan perniagaan serta pengoperasian perniagaan oleh Poslaju.

Upload: trinhdung

Post on 30-Jan-2017

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN

OKTOBER – DISEMBER 2014

KARNIVAL

KEUSAHAWANAN,

KOLABORASI DAN

KERJAYA (CEC) 2014

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

1 & 2 OKTOBER 2014

Seramai 4 orang pelajar PNS telah

mengambil bahagian dalam Karnival ini

di Politeknik METrO, Johor Bahru.

Karnival ini dilaksanakan untuk

membina minda usahawan yang

mampu membangun kerjaya sendiri;

meningkatkan kolaborasi bersama

agensi luar serta membuka peluang

kerjaya menerusi hubungan industri

yand erat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah

Entrepreneurship Race, pembukaan

booth, Smart Shopper dan Persidangan

Meja Bulat Tanjung Puteri yang

membincangkan rancangan perniagaan

serta pengoperasian perniagaan oleh

Poslaju.

CSR KONSULTANSI

TEKNOLOGI

HIDROPONIK NFT

POLITEKNIK

MALAYSIA

DEWAN KULIAH UTAMA,

POLITEKNIK NILAI,

NEGERI SEMBILAN

18 OKTOBER 2014

Program ini telah Berjaya

mengumpulkan peserta

daripada Sekolah Rendah,

Sekolah Menengah, Kolej

Komuniti dan Politeknik

METrO disamping pelajar

Politeknik Nilai.

Program telah

disempurnakan oleh Y.B

Dato’ Hj. Hasim Bin Rusdi,

Pengerusi JK Bertindak &

Industri Asas Tani; Exco &

DUN Labu.

Antara tujuan program ini

ialah untuk memberi

konsultansi Teknologi

Hidroponik NFT secara

berkala untuk

membangunkan komuniti

setempat.

MAHA 2014

MALAYSIA AGRICULTURE,

HORTICULTURE AND

AGROTOURISM SHOW 2014

EXPO PERTANIAN

MALAYSIA (MAEPS)

SERDANG, SELANGOR ANJURAN MALAYSIA AGRICULTURAL RESEARCH

AND DEVELOPMENT INSTITUTE

(MARDI)

20 – 30 NOVEMBER 2014

Politeknik Nilai (PNS) telah

menerima penghargaan untuk

menjadi urusetia program

MAHA 2014 bersama

Politeknik Jeli, Politeknik Kota

Bahru dan Politeknik

Sandakan.

6 projek telah dipamerkan

oleh PNS iaitu set mini

fertigasi, salad hidroponik,

cendawan, miniature garden,

tisu kultur dan spiral garden.

Politeknik Jeli pula telah

mempamerkan kultur aqua

dan madu kelulut. Manakala

Politeknik Kota Bahru

mempamerkan baja organik

serta racun organik.

Para pelajar telah dapat

menimba pengalaman dalam

memberi penerangan

terhadap bahan pameran serta

memasarkan produk yang

dipamerkan.

KELUMPANG RESORT &

TRAINING CENTRE KUALA

KUBU BHARU 7 – 9 DISEMBER 2014

Program ini disertai oleh

40 orang pelajar yang

menyertai Inkubator NFT

Salad, Fertigasi,

Cendawan, Retail Mart

dan Madu Kelulut. 4 orang

pensyarah telah turut

serta di dalam program ini.

Peserta telah dilatihan

bagi memantapkan

kemahiran keusahawanan

dan membangunkan

semangat berpasukan

antara inkubator-

inkubator yang disertai.

Antara aktiviti yang

dijalankan ialah Ceramah

motivasi keusahawanan,

pemasaran, pengurusan

kewangan dan akaun,

aktiviti team building serta

lawatan ke Great Farm

(Madu Kelulut) dan

Ternakan Kambing.

PROGRAM

PEMBANGUNAN

PASUKAN

KEUSAHAWANAN 2014

BEST JADI USAHAWAN PERINGKAT ZON TENGAH 2014

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

18 - 20 DISEMBER 2014

Program ini merupakan aktiviti yang melatih kemahiran keusahawanan pelajar PNS yang

telah mempunyai perniagaan. 6 orang pelajar telah mengikuti program ini. Antara aktiviti

yang telah dijalankan ialah membina model perniagaan, rancangan perniagaan strategik serta

pelan tindakan 90 hari.

Diakhir program, pelajar telah memperoleh Sijil Pendaftaran Syarikat.