buletin projek mrt pp 178111/06/2013 ... file(laporan di muka surat 2) okt 2013 jilid 2 edisi 4 pp...

8
www.mymrt.com.my buletin projek MRT STESEN memainkan peranan penting dalam sebuah sistem MRT. Selain tempat untuk menaiki tren, ia adalah tempat pengguna mendapatkan maklumat, membeli tiket atau menikmati secawan kopi sebelum menaiki tren. Oleh itu reka bentuk stesen perlu mencapai keseimbangan antara estetik dan kecekapan fungsian. (Laporan di muka surat 2) OKT 2013 JILID 2 EDISI 4 PP 178111/06/2013 (032659) dalam edisi ini > 2 stesen diinspirasikan oleh mercu tanda dan seni bina tempatan 3 pembinaan bawah ke atas atau atas ke bawah 4 kemajuan projek 6 memupuk kontraktor Bumiputera muda 8 TBM gigih menggali Ikon MRT MENARIK • Gambaran pelukis untuk stesen bertingkat Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Upload: vodan

Post on 29-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

www.mymrt.com.my buletin projek MRT

STESEN memainkan peranan penting dalam sebuah sistem MRT. Selain tempat untuk menaiki tren,ia adalah tempat pengguna mendapatkan maklumat, membeli tiket atau menikmati secawan kopisebelum menaiki tren. Oleh itu reka bentuk stesen perlu mencapai keseimbangan antara estetikdan kecekapan fungsian. (Laporan di muka surat 2)

OKT 2013

JILID 2

EDISI 4

PP 178111/06/2013 (032659)

dalamedisi ini

>

2stesen diinspirasikanoleh mercu tandadan seni binatempatan

3pembinaan bawahke atas atau ataske bawah

4kemajuan projek

6memupuk kontraktorBumiputera muda

8TBM gigih menggali

Ikon MRT

MENARIK • Gambaran pelukis untuk stesen bertingkat Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 4 muka surat 2

STESEN DIINSPIRASIKAN OLEH MERCUTANDA DAN SENI BINA TEMPATANoleh Leong Shen-Li

KONSEP TERBUKA • Gambaran pelukis untuk Stesen One Utama. Berdasarkan sebuah wakaf, reka bentuk ini digunakan untuk semuastesen bertingkat.

MERCU TANDA • Gambaran pelukis untuk pintu masuk ke Stesen MRT KL Sentral di hadapan Muzium Negara. BERTEMA • Tema bagi Stesen MRT Merdeka ialah “Kemerdekaan”yang digambarkan dalam reka bentuk dalaman stesen ini.

SELESA • Gambaran pelukis untuk aras platform Stesen MRT KL Sentral.

STESEN memainkan peranan penting dalam sebuah

sistem MRT memandangkan ia adalah titik pertama

hubungan antara seorang pengguna dan pengendali

tren.

Di stesen jugalah pengguna akan berinteraksi dengan

kakitangan barisan hadapan sistem MRT ketika mereka

mencari maklumat atau membeli tiket.

Encik Keith Allenby, Pengarah Stesen Bawah Tanah,

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT

Corp) berkata stesen telah direka bentuk untuk

menyediakan perjalanan yang mudah dan selamat

bagi penggunanya. “Pada masa yang sama, stesen

juga perlu memberi para pengguna satu pengalaman

yang menyenangkan dari segi estetik,” kata beliau.

Beliau berkata salah satu cabaran dalam mereka

bentuk kemudahan pengangkutan awam, seperti

sebuah stesen MRT, ialah mencari keseimbangan

antara estetik dan kecekapan fungsian.

“Pereka bentuk bangunan komersial atau kediaman

akan sentiasa memberi banyak penekanan pada seni

bina.

Ini kerana seni bina memainkan peranan yang sangat

penting dalam menarik orang ramai ke bangunan

tersebut. Bagi sebuah stesen keretapi, sebab utama

mengapa seseorang itu berada di dalamnya adalah

untuk menaiki atau menuruni tren. Oleh yang demikian,

secara relatif, pertimbangan aspek seni bina bagi

sebuah stesen memainkan peranan yang lebih kecil

dalam menarik seorang pengguna berbanding dengan

sebuah kompleks beli-belah atau bangunan kediaman,”

kata beliau.

Ini bagaimanapun tidak bererti bahawa stesen

MRT perlu menjadi bangunan yang kusam dan

tidak menarik yang hanya direka bentuk untuk

menggerakkan orang ramai masuk dan keluar tren

sepantas yang mungkin, atau untuk menurunkan

kos penyelenggaraan.

“Di samping kecekapan fungsi, penyelenggaraan

dan pengurusan aset yang mudah, penekanan perlu

diberikan bagi penciptaan satu identiti seni bina

yang unik dan bermakna selaras status sebagai projek

infrastruktur terbesar Malaysia,” kata Encik Allenby.

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang akan mempunyai

31 stesen. Tujuh daripadanya adalah stesen bawah

tanah manakala 24 lagi adalah stesen bertingkat. MRT

Corp, selaku pemilik projek, telah mengguna-pakai

tema yang berasingan bagi reka bentuk stesen bawah

tanah dan bertingkat.

Encik Allenby berkata konsep reka bentuk stesen

MRT bawah tanah Laluan Sungai Buloh-Kajang

diinspirasikan oleh Permatang Kuarza Gerbang Klang,

satu benteng kuarza asli yang terletak di pinggir timur

utara Kuala Lumpur. Kuarza, dengan pantulan bersegi

dan berwarna-warni, menggambarkan masyarakat

Malaysia yang pelbagai bangsa dan pelbagai budaya,

dan merupakan teras konsep rekabentuk tersebut.

Pembentukan bersegi-segi ini diterjemahkan kepada

senibina berstruktur yang jelas, bersudut dan berlekuk,

membentuk tema reka bentuk bagi tujuh stesen

bawah tanah tersebut. Pada masa yang sama, konsep

yang komprehensif ini akan dilapisi dengan tema reka

bentuk stesen masing-masing yang menggambarkan

persekitaran lokasi setiap stesen.

“Strategi seni bina ialah untuk mengambil satu konsep

reka bentuk yang menyatukan struktur pintu masuk

dengan persekitaran manakala menghasilkan tema

tertentu bagi rekabentuk dalaman untuk memberi sifat

tersendiri kepada setiap stesen. Ini diambil daripada

sejarah dan konteks sedia ada di setiap lokasi,” kata

Encik Allenby.

Contohnya, tema untuk Stesen MRT Merdeka yang

terletak bersebelahan Stadium Merdeka dan

Stadium Negara ialah “Kemerdekaan”, sejajar dengan

kepentingan sejarah kawasan itu. Manakala, bagi Stesen

MRT Pasar Rakyat, temanya adalah “Korporat Islam” bagi

menggambarkan lokasinya di tengah-tengah Tun Razak

Exchange, pusat kewangan Kuala Lumpur yang baharu.

Bagi 24 stesen bertingkat MRT Laluan Sungai Buloh-

Kajang, reka bentuknya adalah berdasarkan sebuah

wakaf. Wakaf ialah astaka tradisional di Malaysia

yang dibina untuk pengembara berhenti dan berehat,

menjadikan konsep itu amat sesuai bagi sebuah stesen

MRT.

Aras platform bagi sesebuah stesen MRT bertingkat

meniru reka bentuk terbuka sebuah wakaf,

membenarkan pencahayaan dan pengudaraan

semula jadi. Ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan

pengguna yang menunggu tren tetapi juga

mengurangkan kos operasi dengan penggunaan

penghawa dingin dan lampu yang rendah.

Kebanyakan stesen bertingkat ini dibina di atas jalan

raya. Ini mengurangkan keperluan untuk memperoleh

tanah persendirian bagi pembinaannya.

Semua stesen akan mempunyai kemudahan seperti

eskalator, lif, khidmat pelanggan, mesin tiket, tandas,

surau dan telefon awam. Ia juga akan dilengkapi

dengan kemudahan bagi yang kurang upaya seperti

lif dan lerengan, panduan taktil/sentuh dan jalur

peringatan sepanjang laluan pejalan kaki dan platform.

Stesen juga akan dihubungkan dengan laluan pejalan

kaki yang berbumbung manakala beberapa stesen

bawah tanah akan dihubungkan oleh laluan pejalan

kaki bawah tanah ke bangunan bersebelahan. Ini

membenarkan pengguna MRT untuk terus masuk

ke bangunan tanpa perlu menggunakan jalan raya.

Kebanyakan stesen di luar pusat bandaraya

Kuala Lumpur juga akan mendapat perkhidmatan

bas pengantara. Stesen juga akan mempunyai

susur henti yang secukupnya bagi membolehkan

penumpang diturunkan, manakala laluan pejalan kaki

yang berbumbung akan dibina bagi membenarkan

orang ramai berjalan ke stesen dengan selesa dan

selamat. 16 stesen akan mempunyai kemudahan

“park and ride”.

Muzium Negara

Stesen MRT KL Sentral

Pintu Masuk Stesen

Ruang Legar

Aras Platform

PEMBINAAN KAEDAH BAWAH KE ATASIni adalah kaedah pembinaan yang lebih konvensional dan juga dikenali sebagai kaedah “potong dan tutup”.

DUA istilah yang sering digunakan bagi menggambarkan pembinaan sebuah stesen bawah tanah adalah “Bawah ke Atas” dan “Atas ke Bawah”. Infografik yang berikut akan membantu menjelaskan maksud dua istilah ini.

PEMBINAAN KAEDAH ATAS KE BAWAHKaedah ini biasanya digunakan di kawasan binaan yang padat kerana ia kurang memberi kesanpada persekitaran bersebelahan dengan tapak kerja.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 4 muka surat 3

MENGEKALKAN MOMENTUM

dari mejaKETUA PEGAWAI EKSEKUTIFDATUK WIRA AZHAR ABDUL HAMID

MASIH JELAS di ingatan saya pada petang 30 Mei2013 apabila Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd NajibTun Abdul Razak merasmikan mesin pengorekterowong (TBM) yang pertama di Syaf PelancaranCochrane kami.

Saya rasa amat teruja dan bangga kerana acaratersebut menandakan detik permulaan kerja-kerjamenggali terowong bagi projek ini.

Keupayaan memulakan kerja-kerja menggali duatahun selepas pelancaran projek ini pada bulan Julai2011, saya percaya adalah satu pencapaian besar.Kami berdepan pelbagai isu yang perlu diselesaikandan banyak kerja persiapan perlu dilakukan sebelumkerja penggalian terowong dapat dimulakan untukTBM kami yang pertama, yang dipanggil sebagaiCochrane 1.

Selain memilih dan mendapatkan TBM yang sesuai,kami juga terpaksa mengumpul seberapa banyakmaklumat yang boleh mengenai formasi geologiyang akan dikorek, merancang lencongan jalan bagibeberapa jalan paling sibuk di bandar raya, danmenyelesaikan isu tanah yang mana, ada kalanyamerupakan risiko kami yang paling besar.

Keterujaan ini bercampur juga dengan kebimbangan.Kami telah memulakan fasa pembinaan Laluan MRTSungai Buloh-Kajang yang paling mencabar, dan kamimelakukannya di kawasan paling mencabar di KualaLumpur.

Bandar raya ini merupakan kawasan Formasi BatuKapur Kuala Lumpur dan keadaan karstiknyadikatakan antara formasi geologi paling mencabaruntuk digali. Separuh daripada laluan bawah tanahkami akan melalui formasi ini.

Pada masa yang sama, stesen bawah tanah yangakan kami bina juga terletak di lokasi-lokasi yangsangat sibuk.

Kini, lima bulan telah berlalu dan saya mempunyaisebab untuk berasa lebih bangga terhadap kemajuanyang telah kami lakukan.

Kami sekarang mempunyai tujuh TBM yang gigihmelakukan kerja penggalian terowong di bawahKuala Lumpur. Tiga daripadanya, termasuk Cochrane 1yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, sedangmenggali geologi Formasi Batu Kapur Kuala Lumpurdan saya amat gembira untuk melaporkan bahawamesin-mesin ini telah beroperasi dengan sangat baik.Dua mesin lagi telah dirasmikan dari Portal Semantandan juga menunjukkan prestasi yang sama.

Cochrane 1 telah melepasi separuh jarakantara Cochrane dan Pasar Rakyat, dan sehinggapertengahan bulan Oktober, ia telah menggalisejauh 660m. Ia telah berjaya melalui di bawahJalan Cochrane, mengorek di bawah terowong saliranSMART, dan berterusan menggali di bawah JalanKampung Pandan yang sibuk tanpa menjejaskan jalanraya. Tidak lama lagi TBM ini akan tiba di Stesen PasarRakyat dan menyiapkan terowong pertama projek ini.

Dua TBM Semantan juga telah mengorek terowongdi bawah jalan utama tanpa sebarang masalah. Artikeldi halaman belakang buletin ini memberi anda saturingkasan yang baik mengenai kerja-kerja penggalianterowong setakat ini. Tugas yang sangat mencabardalam membina tujuh stesen bawah tanah kami jugamenunjukkan kemajuan yang memuaskan sekali,walaupun dengan persekitaran kerja yang sukar.Sebagai contoh ialah Stesen MRT Bukit Bintang.Stesen ini terletak di bawah Jalan Bukit Bintang,yang sentiasa sesak walaupun sebelum bermulanyaProjek MRT ini.

Untuk membina stesen ini, kami terpaksa memikirkansatu cara bagi mengekalkan lebar jalan agar kamitidak mengganggu aliran lalu lintas. Dihimpit antarasebaris rumah kedai di satu bahagian, dan Plaza BBserta Bangunan Yayasan Selangor di bahagian yanglain, anda boleh bayangkan betapa sukarnya untuk

menghasilkan pelan pengurusan lalu lintas yangboleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, kami berjaya mengalihkan lalu lintasbagi memberi ruang untuk kami bekerja, dan padawaktu yang sama mengekalkan bilangan lorong lalulintas. Walaupun perniagaan di sekitar merasai kesankerja-kerja pembinaan ini, pemilik-pemilik telahmemberitahu pihak media bahawa keadaannyamasih terkawal, dan mereka menantikan siapnyaStesen MRT Bukit Bintang, dijangka antara yangpaling sibuk, terletak amat hampir dengan kedaimereka.

Tambahan pula, seperti dalam laporan utama edisiBerita MRT ini, kami memberikan fokus mendalammengenai reka bentuk dan kefungsian stesen kami.

Perkembangan baik juga dicapai bagi stesenbertingkat kami. Walaupun saya menggunakan Lebuhraya Sprint setiap hari, saya tetap kagum setiapkali saya melalui struktur yang semakin jelas bagiStesen Seksyen 16 dan Pusat Bandar Damansara. Di tempat lain kami telah menyempurnakan banyakjejambat bertingkat.

Kemajuan yang dicapai setakat ini adalah amatmenggalakkan. Bagaimanapun, kami di MRT Corptahu bahawa perjalanan kami baru sahaja bermula.Masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Apa yang penting ialah untuk kerja dijalankan padakadar yang berterusan. Saya, selaku Ketua PegawaiEksekutif MRT Corp, sememangnya ingin memastikanyang momentum yang kami peroleh setakat ini dapatditeruskan. Ini adalah satu-satunya cara kami bolehmemastikan yang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajangakan disiapkan untuk rakyat pada bulan Julai 2017.

Terima kasih.

Azhar

PEMBINAAN BAWAH KE ATAS ATAU ATAS KE BAWAH

Dasar papak dituang sejurus tiba di aras dasar.

Dinding pengadang, biasanya sebuah tembok diafragma akan dibina.

Pengorekan hanya di bawah aras papak bumbung dilakukandengan tupang dipasang untuk sokongan.

Pengorekan bagi setiap aras kemudiannya dilakukansehingga tiba ke papak asas.

Papak bumbung dibina dengan bukaan bagi membenarkanmesin diturunkan untuk mengorek di aras bawah dan untuk

sisa pengorekan dibawa keluar.Lantai dan dinding stesen kemudiannya dibina.

Lantai dan dinding stesen kemudiannya dibina. Bukaanyang tidak digunakan bagi akses tetap ditutup. Kambus (balik)di atas papak bumbung dilakukan dan persekitaran permukaan

dikembalikan seperti asal.

Bahagian dalaman stesen disiapkan.Bahagian dalaman stesen disiapkan.Papak bumbung dibina, kambus (balik) dilakukan. Persekitaranpermukaan kemudiannya dikembalikan seperti asal.

Dinding pengadang, biasanya sebuah tembok diafragmaakan dibina.

Pengorekan ke dasar papak dilakukan. Tupang dipasang untuk sokongan.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 4

DALAM SATU BARISANTiang pada tahap siap yang berbeza di sepanjangJalan Cheras di Taman Midah. Ini adalah lokasi bagi stesen MRT.

21STRUKTUR YANG MENGAGUMKANPandangan gantri pelancar (struktur biru) dan jejambatMRT yang telah siap berdekatan Flat Sri Sabah.

20TITIK PERTEMUANPandangan Portal Maluri berdekatan Flat Sri Sabahdi mana trek bawah tanah akan naik ke permukaan tanahdan bersambung ke Kajang sebagai jajaran bertingkat.

19

kemajuanprojek

TAPAK PEMBINAAN SIBUK Pandangan kerja pembinaan sedang dijalankan di kedua-duabahagian Lebuhraya Damansara-Puchong di Taman Tun Dr Ismail(kiri) dan Damansara Utama (kanan).

5BERDIRI TEGAK Tiang yang siap di bina sepanjang Jalan Damansaradi Taman Tun Dr Ismail.

6

TAPAK PELANCARAN Pandangan Syaf Pelancaran Pudu di mana dua mesinpengorek terowong akan dilancarkan. Penutupan Jalan Bukit Bintang(di bahagian kanan tapak pembinaan MRT) tiada kaitan denganProjek MRT.

13KEMAJUAN YANG BAIK Pandangan tapak Stesen MRT Bukit Bintang di manakerja pengorekan kotak stesen telah bermula.

14TAPAK PEMBINAAN SIBUK Pandangan tapak pembinaan Stesen MRT Pasar Seni.

11KERJA PENGOREKAN Tupang yang membantu memisahkan dindingdiafragma kotak Stesen MRT Merdeka semasa pengorekanpetak stesen dilakukan.

12

KERJA SEDANG BERLANGSUNG Pembinaan bangunan ‘park and ride’ bertingkatStesen KTM Sungai Buloh sedang giat dijalankan.

1SEMAKIN JELAS Struktur besi bagi bangunan infrastruktur di DepohSungai Buloh sedang dibina.

2

SIAP Pandangan jejambat MRT yang telah siap di InstitutPenyelidikan Getah Malaysia.

4SEDIA UNTUK PELANCARANGantri pelancar sedang didirikan bagi pembinaanjejambat MRT berdekatan Jalan Sungai Buloh-Subang.

3

KEMAJUAN Tiga bidang jajaran bertingkat telah disiapkanmanakala gantri pelancar (struktur biru) membina bidang keempat berdekatan Bandar Tun Hussein Onn.

22

1

2

3

4

56

8

7

muka surat 5

GIAT DIJALANKAN Pembinaan tiang bagi jajaran MRT dan Stesen MRTSeksyen 16 berhadapan Phileo Damansara sedangberlangsung.

7KUKUH Pembinaan dinding penghadang di belakang deretanrumah di sepanjang Jalan Kasah, Medan Damansara,dan laluan baharu bagi Lebuhraya Sprint, telah hampir siap.

8

STESEN YANG DALAMKerja-kerja pengorekan Stesen MRT Pasar Rakyatdi Tun Razak Exchange sedang berlangsung. Stesen ini akanmenjadi stesen paling dalam antara tujuh stesen bawah tanahbagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

16DALAM SYAFKepala pemotong mesin pengorek terowong sedangditurunkan ke dalam Syaf Inai Bahagian Atas. Perisai hadapandan tengah telah pun diturunkan terlebih dahulu.

15LALUAN BAWAH TANAH Pandangan terowong dari Syaf Pelancaran Cochranemenuju ke Stesen MRT Pasar Rakyat.

17

PERUMAHAN PEKERJA ASINGKabin-kabin di Kuarters Pekerja Kajang hampir siapuntuk menerima pekerja.

24KEMAS Tiang-tiang semakin jelas di sepanjang LebuhrayaCheras-Kajang (Grand Saga Highway) di Persimpangan Sungai Balak.

23LUASPandangan tapak Depoh Kajang berdekatan Kajang.Penyediaan tapak ini melibatkan kerja-kerja menaikkantanah dan langkah-langkah pencegahan banjir.

25

SEDANG DIJALANKANKerja-kerja pengorekan kotak Stesen MRT Maluri sedangdijalankan di sepanjang Jalan Cheras yang sibuk.

18

PENEMPATAN SEMULAPandangan pembinaan MRT berdekatan StadiumKajang. Sebuah bangunan baharu sedang dibina (hadapankanan) bagi menggantikan bangunan RTM yang akandirobohkan bagi trek MRT.

26

TEROWONG BERKEMBARPandangan dua terowong di Portal Semantan. Duastruktur paip adalah kipas-kipas yang membekalkanudara ke dalam terowong di mana kerja-kerja penggaliandijalankan.

9BUMBUNG SIAP Pandangan papak bumbung Stesen MRT KL Sentral yangtelah siap yang terletak di hadapan Muzium Negara (kanan).Stesen ini akan disambungkan ke Stesen KL Sentral melaluisatu laluan bawah tanah.

10

910

12

11

13

14

15

1617

1819

2021

22

23

2425

26

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) telah melancarkan Program GraduanUsahawan Muda Projek MRT pada 2 September2013, bertujuan untuk mewujudkan kumpulanusahawan Bumiputera yang mampu membangundalam industri pembinaan.

Program ini dilahirkan oleh MRT Corp sebahagiandaripada Agenda Bumiputera untuk Projek MRTLembah Klang. Program ini diusahakan bersamaPerbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) danRakan Pelaksana Projek iaitu MMC Gamuda KVMRT(PDP) Sdn Bhd.

“Program ini akan memberikan graduan muda ilmupengetahuan dan kepakaran yang akan merekagunakan apabila menjadi kontraktor atausubkontraktor, sama ada di dalam atau luar negara,”kata Datuk Wira Azhar Abdul Hamid dalamucapannya semasa majlis pelancaran.

Turut hadir di majlis pelancaran ini ialah KetuaPegawai Eksekutif PUNB Encik Dzulkilfi Fadzilah,dan Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingandan Pengurusan Tanah MRT Corp Encik HarisFadzilah Hasan, yang menyelia perlaksanaanAgenda Bumiputera MRT Corp.

Dua puluh graduan telah dipilih untuk menjadipeserta program ini.

Graduan-graduan ini telah menjalani latihanbersama PUNB selama setahun. Latihan inimembolehkan mereka mendapatkan kemahiranyang diperlukan untuk menjadi usahawan berjaya.

Modul latihan ini memerlukan pelatih-pelatihmenubuhkan syarikat yang berdaftar denganLembaga Pembangunan Industri PembinaanMalaysia (CIDB).

Mereka akan menjalani latihan dengan MMCGamuda selama enam bulan hingga setahun.Semasa latihan ini, calon-calon akan dinilai. Setelahpelatih lulus proses penilaian, syarikat mereka akandianugerahkan kontrak untuk pembinaan ProjekMRT Laluan Sungai Buloh-Kajang.

Dalam ucapannya, Encik Dzulkifli menasihatkanpara graduan untuk mempunyai kesabaran dankomitmen yang kuat terhadap program ini.

“Bekerja keras dan tunjukkan keupayaan anda bagimendapatkan kepercayaan MRT Corp agar andaboleh menjadi sebahagian daripada projek megaini,” kata beliau.

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp)telah menjadi tuan rumah kepada satu delegasi dariKementerian Koordinator Bidang Ekonomi RepublikIndonesia. Delegasi seramai 15 pegawai itu telahdiketuai oleh Encik Tulus Hutagalung, PenolongTimbalan Menteri Pengangkutan.

Lawatan bermula di ibu pejabat korporat MRT Corpdi Bukit Damansara dengan ucapan aluan daripadaDatuk Wira Azhar Abdul Hamid, Ketua PegawaiEksekutif MRT Corp. Tetamu kemudiannya diberi satugambaran keseluruhan Projek MRT Laluan SungaiBuloh-Kajang oleh Encik Haris Fadzilah Hassan,Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan danPengurusan Tanah.

Selepas sesi penerangan, delegasi dibawa ke tigatapak pembinaan MRT, diketuai oleh Pengarah ProjekMRT Corp, Encik Marcus Karakashian.

Tapak pembinaan pertama yang mereka lawati ialahstesen MRT Pusat Bandar Damansara yang terletakdi atas Persimpangan Jalan Maarof Lebuhraya Sprint.Di situ, delegasi menyaksikan kerja-kerja pembinaanbagi jejambat dan stesen bertingkat. Tapak inimerupakan antara yang paling mencabar dalamprojek ini kerana kekangan ruang yang ketara.

Seterusnya, delegasi melawat tapak pembinaanStesen MRT KL Sentral. Di sini mereka melihat carastesen bawah tanah dikorek menggunakan kaedahatas ke bawah. Dengan kaedah atas ke bawah inipapak bumbung dibina selepas dinding diafragmasiap. Penggalian stesen kemudian dilakukan tingkatdemi tingkat ke bawah. Delegasi berpeluang turunke aras ruang legar stesen yang pada ketika itu masihsedang digali. Aras ini akan menempatkan mesinpenjualan tiket, kaunter khidmat pelanggan danpintu tambang pada masa akan datang.

Tapak pembinaan terakhir yang dilawati ialah tapakPortal Semantan di mana peserta lawatan melihatdua Mesin Pengorek Terowong KeseimbanganTekanan Bumi atau Earth Pressure Balance (EPB)yang sedang menggali menuju ke KL Sentral danPasar Seni. Lawatan diakhiri dengan makan tengahhari di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dalam ucapanpendeknya sebelum berpisah, Encik Hutagalungberterima kasih kepada MRT Corp kerana memberimereka tinjauan mengenai projek MRT.

Beliau berkata pengetahuan yang diperoleh adalahberguna kerana Jakarta juga sedang membina laluanMRT mereka yang pertama.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 4 muka surat 6

MEMUPUK KONTRAKTOR BUMIPUTERA MUDAoleh Nadia Azmi

DELEGASI INDONESIA MELAWATPROJEK MRToleh Nik Haizan Nik Zambri

MUTIARA KATA • Datuk Wira Azhar (kedua dari kanan) berkongsi pandangannya bersama para peserta program. Bersamanyaialah En Dzulkifli (kanan).

PENUH KHUSYUK • Encik Hutagalung (ketiga dari kanan) dan delegasi Indonesia yang lain mendengar penerangan Encik Karakashian (kiri)mengenai pembinaan Stesen MRT KL Sentral (kanan).

DERMA • Datuk Wira Azhar Abdul Hamid (tengah) bersama kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

UNTUK KENANGAN • Datuk Wira Azhar (kanan) danEncik Hutagalung bertukar cenderamata selepas lawatan tersebut.

MENARIK • Salah seorang delegasi Indonesia melihat pandangandalam bahagian terowong yang telah siap antara Portal Semantandan KL Sentral.

HARI RAYA AIDILFITRIYANG MERIAHoleh Alita Suraya Mohd Senawi

PADA 22 Ogos 2013, Mass Rapid Transit CorporationSdn Bhd (MRT Corp) mengadakan Rumah TerbukaHari Raya Aidilfitri di Kelab Golf Negara Subang(KGNS).

Kegembiraan di musim perayaan ini bukan hanyadikongsi bersama kakitangan dan rakan-rakansyarikat, tetapi bersama 30 orang kanak-kanakkurang bernasib baik yang merupakan penghuniRumah Bakti Nur Syaheera di Cheras.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira AzharAbdul Hamid dan isteri Datin Wira Aminatun ElizethIbrahim telah memberikan duit raya kepada kanak-kanak rumah itu. MRT Corp juga menyampaikancek sumbangan bernilai RM5,000 kepada rumahtersebut.

Rumah terbuka ini dihadiri kira-kira 900 orang yangterdiri daripada kakitangan MRT Corp, dan tetamudaripada rakan kongsi dan kontraktor Projek MRT,juga pihak media. Tetamu disajikan dengan pelbagaijuadah makanan termasuk makanan tempatan danbarat.

BERGEMBIRA • (Dari kiri) Kakitangan MRT Corp Tunku Aqilah AlyaniTunku Azim, Norzehan Ali Hassan, Mohd Nazrin Moh Isa, AhmadZhafran Zulkifli dan Nor Rizah Ismail di Rumah Terbuka Hari Raya.

UNTUK YANG KURANG BERNASIB BAIK • Datuk WIra AzharAbdul Hamid dan Datin Wira Aminatun Elizeth Ibrahim memberikanduit raya kepada kanak-kanak Rumah Bakti Nur Syaheera.

Batu 3½. Petempatan setinggan itu terpaksadirobohkan bagi pembinaan Portal Maluri LaluanMRT Sungai Buloh-Kajang tahun lepas. Portal Maluriialah di mana trek MRT akan timbul dari bawahtanah dan terus ke arah selatan menuju ke Kajangmenjadi jajaran bertingkat.

Penempatan semula setinggan dan tokong ialahperlaksanaan pelbagai agensi yang diselaraskanoleh Menteri Wilayah Persekutuan. Pihak lainyang terlibat dalam pelaksanaan ini ialah DewanBandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Ketua PengarahTanah dan Galian, MRT Corp dan MMC GamudaKVMRT (T) Sdn Bhd, kontraktor pakej kerja bawahtanah bagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Setiap isi rumah diberi satu unit perumahan awamdi Kampung Muhibbah di Bukit Jalil pada bulanMac 2012. Selepas bangunan mereka dirobohkan,Tokong Amitabha dan Xian Fa ditempatkansementara di kabin di Kampung Landasan. Tempatbaharu bagi dua tokong ini dahulunya menjadikediaman rumah setinggan dan terletakbersebelahan Portal Maluri. Tempat ini juga terletakdi sebelah Sungai Kerayong dan SJK (C) NaamKheung.

Ia kini akan dijadikan tanah rizab bagi rumah-rumahibadat bukan Islam. Empat tokong Cina yang lain yang perlu ditempatkan semula kerana projek lainyang tiada kaitan dengan Projek MRT akan dibinasemula di sana.

Dalam ucapannya, Senator Dato’ Dr Loga BalaMohan berterima kasih kepada semua pihak yangmenyumbang kepada kejayaan penempatansemula tokong-tokong ini. Beliau juga memintakerajaan agar berusaha untuk mengekalkan semuarumah ibadat, tanpa mengira agama.

Antara yang turut hadir di upacara itu ialah DatukChew Yin Keen, Pengerusi MCA Cawangan Bukit JalilResort, yang membantu dalam proses penempatansemula setinggan dan tokong, dan Encik KasimHamzah, Timbalan Setiausaha Rendah, BahagianPerancangan Dasar, Kementerian WilayahPersekutuan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan dan PerkhidmatanAmitabha Kuala Lumpur dan Selangor Cik Lee YutLan dan Pengerusi Persatuan Penganut Dewa XianFa Cheras Kuala Lumpur Encik Ng Yoon Choy, turuthadir.

SATU UPACARA memecah tanah bagi TokongAmitabha dan Xian Fa telah diadakan di bekasKampung Landasan di Cheras pada 8 September2013. Upacara itu telah dirasmikan oleh TimbalanMenteri Wilayah Persekutuan Senator Dato’ Dr LogaBala Mohan a/l Jaganathan. Mass Rapid Transit

Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah diwakilioleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Wira AzharAbdul Hamid.

Dua buah tokong pada asalnya terletak di KampungLandasan, sebuah petempatan setinggan di Cheras

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 4 muka surat 7

PEMBINAAN SEMULA TOKONG BERMULA oleh Wallace Soh Chun Hwei

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) menganjurkan satu sesi ‘ walkabout’ di JalanBukit Bintang untuk pihak media pada 16 Julai 2013bagi menunjukkan mereka langkah yang perludiambil untuk meminimumkan gangguan aliranlalu lintas disebabkan oleh Projek MRT.

Sesi ‘ walkabout ‘ ini diketuai oleh Encik AmirMahmood Razak, Pengarah Komunikasi Strategikdan Perhubungan Awam, MRT Corp dan Encik ChooKeng Loong, Pengurus Pembinaan Stesen BukitBintang, MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd.

Sesi ‘walkabout’ ini diadakan berikutan beberapalaporan media mengenai kesesakan lalu lintasyang berlaku di kawasan itu disebabkan oleh kerjapembinaan MRT. Terdapat juga laporan yangmendakwa bahawa lencongan lalu lintas yangdilaksanakan oleh Projek MRT memburukkan lagikeadaan lalu lintas di situ.

Encik Amir menunjukkan bahawa pelan pengurusanlalu lintas yang dilaksanakan oleh Projek MRTmembenarkan lalu lintas terus bergerak denganlancar semasa kerja pembinaan dijalankan.

“Aduan kesesakan lalu lintas di Jalan Bukit Bintangbukan sesuatu yang baharu. Malahan sebelumbermulanya pembinaan MRT, kawasan itu terjejasteruk akibat aliran lalu lintas yang kurangmemuaskan, terutama semasa waktu puncak,”jelas Encik Amir.

Beliau menegaskan bahawa kenderaan yangberhenti secara haram diletakkan di kedua-duabahagian Jalan Bukit Bintang, mengakibatkan jalantiga lorong itu menjadi satu lorong tunggal bagikenderaan yang bergerak.

Pihak media juga dibawa melihat projek pembinaanlain yang tidak ada kaitan dengan Projek MRTdijalankan di sepanjang Jalan Bukit Bintang yangjuga membawa kesan pada lalu lintas. Salah satudaripadanya ialah persimpangan Jalan Pudu-JalanImbi oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur yangtelah mengakibatkan penutupan persimpanganJalan Bukit Bintang-Jalan Pudu.

MENGURUSKAN LALU LINTASDI PUSAT BANDARoleh Nadia Azmi

PENERANGAN • Encik Amir Mahmood Razak (kiri) menjelaskankepada wartawan inisiatif MRT Corp dalam memastikan aliran lalulintas yang lancar di Jalan Bukit Bintang.

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) telah menyertai The Edge KL Rat Race tahunini, untuk kali kedua berturut-turut. Larian yangdianjurkan oleh Bursa Malaysia dan The Edge, telahdiadakan pada 17 September 2013.

Penonjolan diri mereka sebagai “juara”pengangkutan awam, MRT Corp telah menghantardua pasukan yang terdiri daripada lima orang ahlisetiap pasukan. Pelari dalam Pasukan 1, yangmengambil bahagian dalam Kategori Terbuka, ialahMuhammad Azam Zakaria, Ahmad Safuan AhmadRadzi, Fazlan Idris, Zairul Azri Uda Abdul Karim, danShanom Nor’ain Abd Khalik. Pelari dalam Pasukan 2,

yang mengambil bahagian dalam KategoriCampuran ialah Ahmad Jepri Mulyanto, MohdNazrin Moh Isa, Mohd Hafiz Mohd Ali, NorzehanAli Hassan dan Tunku Aqilah Alyani.

Pasukan 1 menamatkan perlumbaan di tanggake-36 daripada 44 pasukan manakala Pasukan 2berada di kedudukan ke-65 daripada 66 pasukan.Muhammad Azam adalah pelari terpantas MRTCorp, menamatkan larian sejauh 4.5km dalammasa 28 minit dan 45 saat, diikuti rapat oleh AhmadSafuan (28 minit 47 saat) dan Fazlan Idris (28 minit48 saat).

PESERTA THE EDGE KLRAT RACE MRT CORP oleh Nik Haizan Nik Zambri

PERISTIWA

PELAWAT KORPORAT • Encik Amir MahmoodRazak, Pengarah Komunikasi Strategik danPerhubungan Awam Mass Rapid Transit CorporationSdn Bhd menunjukkan Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dengan menggunakan aplikasi Hawkeye360 darjah kepada kakitangan Bank of Tokyosewaktu lawatan ke Pusat Informasi MRT TamanTun Dr Ismail pada 19 September 2013.

KEMAJUAN • Pengurus Pembinaan Stesen BukitBintang MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd EncikChoo Keng Loong menjelaskan kepada pemilikperniagaan dan hartanah Jalan Bukit Bintangmengenai aktiviti pembinaan yang dijalankan disepanjang jalan sewaktu makan tengah hari yangdianjurkan oleh kontraktor pakej kerja bawah tanahProjek MRT, MMC Gamuda, pada 5 September 2013.

PENGALAMAN PEMBELAJARAN • Pelajardaripada Fakulti Seni Bina, Perancangan danUkur dari Universiti Teknologi Mara bersamakakitangan Mass Rapid Transit Corporation SdnBhd dan MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhdbergambar selepas melawat Pusat informasi MRTTaman Tun Dr Ismail pada 26 September 2013.

PERSAHABATAN • Editor dan wartawan berbukapuasa bersama kakitangan Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd sewaktu Iftar Media yangdiadakan di Hotel One World pada 29 Julai 2013.

PERASMIAN • Senator Dato’ Dr Loga Bala Mohan (lima dari kiri), Datuk Wira Azhar (empat dari kiri), Datuk Chew (lima dari kanan), Encik Kasim(dua dari kanan), Cik Lee (tiga dari kiri) dan Encik Ng (tiga dari kanan) upacara memecah tanah.

GEMBIRA • Pasukan Rat Runners MRT Corp dan skuad sorak bergembira selepas menamatkan larian.

No. A-1-11, Ground FloorTTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3Taman Tun Dr Ismail 60000 Kuala Lumpur

Isnin – Jumaat: 10.00pagi - 6.00petangSabtu: 10.00pagi - 2.00petang

MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD(902884-V)

Level 5, Menara I & P 1 No. 46, Jalan DungunBukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan pandangan anda.

Emel ke [email protected]

HOTLINE 24 JAM

www.mymrt.com.my

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 4

PUBLISHED BY:MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (902884-V)

PRINTED BY:JESPRIN SDN BHD (181756-V)

1800 82 6868

TBM SEDANG GIGIH MENGGALIoleh Leong Shen-Li

KERJA-KERJA membina terowong sejauh 9.5kmbahagian bawah tanah Laluan Sungai Buloh-KajangProjek MRT Lembah Klang menunjukkan kemajuanyang baik. Sejak perasmian mesin pengorekterowong (TBM) yang pertama oleh Perdana MenteriDato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di SyafPelancaran Cochrane pada 30 Mei 2013, empat TBMlagi telah dilancarkan oleh kontraktor kerja bawahtanah bagi Projek MRT iaitu MMC Gamuda KVMRT(T) Sdn Bhd. Sejumlah sembilan TBM akan digunakanuntuk projek ini.

TBM pertama meneruskan kerja menggali terowongke arah barat laut menuju ke tapak Stesen PasarRakyat. Sehingga pertengahan bulan Oktober tahunini, ia telah menggali sejauh 660m, kini ia beradaberhampiran dengan Jalan Kampung Pandan. Jarakdi antara Syaf Pelancaran Cochrane dan Stesen PasarRakyat ialah kira-kira 1km. Menjadi TBM pertamayang memulakan kerja-kerja penggalian terowong,ia dipantau dengan teliti oleh semua pihak. “Iniadalah TBM Pemboleh-ubah Ketumpatan atauVariable Density (VD) yang pertama di dunia. Sudahtentu ia mendapat perhatian,” kata Encik Blaise MarkPearce, Pengarah Kerja Bawah Tanah (Terowong)Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd.

TBM Variable Density telah direka khas untukmengorek kawasan geologi batu kapur Karstik yangterdapat di bawah bahagian timur Kuala Lumpur.TBM ini telah dibina bersama oleh MMC Gamudadan syarikat pengeluar TBM terkenal dunia,Herrenknecht AG.

Satu lagi sebab mengapa TBM pertama, dikenalisebagai Cochrane 1, diawasi dengan teliti ialahkerana ia perlu mengorek di bawah dua bahagianTerowong SMART dan Jalan Tun Razak yang sibuk.Cochrane 1 berjaya mengorek melepasi saliranterowong SMART pada awal bulan Septembertanpa sebarang masalah. Cochrane 1 dijangka tibadi tapak Stesen Pasar Rakyat pada awal bulanDisember tahun ini. Kira-kira satu tahun setengahselepas perasmian Cochrane 1, satu lagi TBM telahdirasmikan dari syaf yang sama. Mesin kedua ini,Cochrane 2, sedang mengorek terowong yang selarikira-kira 6m daripada mesin yang pertama. Sepertiyang pertama, mesin ini ialah TBM Variable Density.Sehingga pertengahan bulan Oktober, ia telahmengorek sejauh 374m.

Dua TBM juga telah mula mengorek dari PortalSemantan di hujung bahagian utara terowongLaluan MRT Sungai Buloh-Kajang. TBM Semantan 1

dan Semantan 2 masing-masing telah dirasmikanpada 13 Jun 2013 dan 12 Julai 2013 dan sedangmengorek terowong yang selari menuju ke StesenMRT KL Sentral di hadapan Muzium Negara, dankemudian ke Stesen MRT Pasar Seni.

Terowong untuk jajaran bawah tanah sejauh 2.5kmini terletak di bawah Jalan Damansara dan JalanSultan Hishamuddin.

Semantan 1 dan Semantan 2 adalah TBMKeseimbangan Tekanan Bumi atau Earth PressureBalance (EPB). TBM ini digunakan untuk mengorekterowong melalui Formasi Kenny Hills yang terletakdi bahagian bawah barat Kuala Lumpur. FormasiKenny Hills terdiri daripada batuan sedimen sepertibatu lumpur, syal dan batu pasir. Sehinggapertengahan bulan Oktober, Semantan 1 telahmengorek dengan jarak sejauh kira-kira 690m,manakala Semantan 2 telah mengorek kira-kirasejauh 415m.

TBM yang kelima baru-baru ini telah dirasmikanpada 5 Oktober 2013 di Syaf Pelancaran Cochrane.Ia dikenali sebagai Maluri 1 kerana ia akan mengorekke arah tenggara dari syaf menuju ke Stesen MRTMaluri dan akan bertemu kembali di Portal Maluri,

hujung bahagian selatan bahagian bawah tanahLaluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Sehinggapertengahan bulan Oktober, Maluri 1 telahmenyiapkan kira-kira 60m. Maluri 2 tidak lama lagiakan menyertai mesin ini dan mengorek sebuahterowong yang selari dari Syaf Pelancaran Cochraneke Portal Maluri. TBM keenam projek ini, Maluri 2 kinisedang dipasang dan akan dirasmikan pada bulanNovember.

Satu lagi TBM kini sedang dipasang di dalam SyafPelancaran Inai Bahagian Atas, off Jalan Imbi. TBM iniakan mengorek dari Syaf Inai menuju ke Stesen BukitBintang.

Encik Pearce berkata kerja-kerja mengorekterowong bagi projek ini telah berjalan denganamat lancar. “TBM ini menunjukkan prestasi yangbaik. Pengenapan tanah berada dalam tahap yangdijangka dan TBM ini bergerak mengikut jajaranyang telah dirancang,” katanya. Tiga lagi TBM kinisedang disimpan dan akan dihantar ke tapakpelancaran masing-masing secara berperingkat-peringkat. Semua bahagian terowong dijangkadalam pembinaan secara serentak menjelang tahunhadapan,” katanya.

MRTMalaysia MRTMalaysia MRTMalaysia

RUANG KERJA SEMPIT • Bahagian depan mesin pengorekterowong sedang dimasukkan ke dalam galeri Syaf Inai BahagianAtas.

PADAN • Pandangan bahagian hadapan mesin pengorek terowong di Syaf Inai Bahagian Atas.

KETEPATAN • Pekerja-pekerja meletakkan satu segmen bagimembentuk lapik gelang terowong. Segmen ini diangkat dandipasang oleh penegak segmen TBM.

BEKERJA • Pandangan belakang mesin pengorek terowong.

01 • Semantan 102 • Semantan 2

03 • Cochrane 104 • Cochrane 205 • Maluri 1

Location of MRT Sungai Buloh-Kajang Line tunnel boring machines

BEKERJA KUAT • Pekerja-pekerja menyambung saluran cecairdan lumpur bagi mesin pengorek terowong di dalam terowong.

PUSAT INFORMASI MRT