buletin januari 2015 (compile)

36
MELAKA MAJU FASA || NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU MELAKA MAJU FASA || NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU BIL 1/2015 BIL 1/2015 MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU MALAYSIA MELAKA MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU MALAYSIA MELAKA MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU MALAYSIA MELAKA MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU MALAYSIA MELAKA PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DI (IGEM 2014) PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DI (IGEM 2014) MELAKA NEGERI PERTAMA DI MALAYSIA LANCAR COMOS ECO RIDE MELAKA NEGERI PERTAMA DI MALAYSIA LANCAR COMOS ECO RIDE KMB 5MWP SOLAR FARM - IKON HIJAU NEGERI MELAKA KMB 5MWP SOLAR FARM - IKON HIJAU NEGERI MELAKA MPAG TERIMA A N U G E R A H A N T A R A B A N G S A T E K N O L O G I H I J A U MPAG TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA TEKNOLOGI HIJAU PROGRAM HARI TANPA BEG PLASTIK DI NEGERI MELAKA PROGRAM HARI TANPA BEG PLASTIK DI NEGERI MELAKA

Upload: farah-ara

Post on 23-Jan-2016

62 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Buletin Januari 2015 (Compile)

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Januari 2015 (Compile)

MELAKA MAJU FASA ||NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAUMELAKA MAJU FASA ||NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAUBIL 1/2015BIL 1/2015

MAJLIS TEKNOLOGI HIJAUMALAYSIA MELAKA

MAJLIS TEKNOLOGI HIJAUMALAYSIA MELAKA

MAJLIS TEKNOLOGI HIJAUMALAYSIA MELAKA

MAJLIS TEKNOLOGI HIJAUMALAYSIA MELAKA

PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DI (IGEM 2014)PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DI (IGEM 2014)

MELAKA NEGERI PERTAMA DI MALAYSIA LANCAR COMOS ECO RIDEMELAKA NEGERI PERTAMA DI MALAYSIA LANCAR COMOS ECO RIDE

KMB 5MWP SOLAR FARM - IKON HIJAU NEGERI MELAKAKMB 5MWP SOLAR FARM - IKON HIJAU NEGERI MELAKA

MPAG TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA TEKNOLOGI HIJAU MPAG TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA TEKNOLOGI HIJAU

PROGRAM HARI TANPA BEG PLASTIK DI NEGERI MELAKAPROGRAM HARI TANPA BEG PLASTIK DI NEGERI MELAKA

Page 2: Buletin Januari 2015 (Compile)

ISI KANDUNGANISI KANDUNGAN

PERUTUSAN Y.A.B KETUA MENTERI MELAKA ____________________________________________________DARI MEJA KETUA EDITOR __________________________________________________________________SIDANG REDAKSI

34

579

PROGRAM HARI TANPA BEG PLASTIK __________________________________________________________MELAKA NEGERI PERTAMA LANCAR COMOS ECO RIDE ___________________________________________PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DI PAMERAN IGEM 2014 _________________________________

11121316171819

MELAKA PERINTIS PROJEK KECEKAPAN TENAGA ________________________________________________KMB, PTHM JALIN KERJASAMA DENGAN DUA SYARIKAT JEPUN ____________________________________PROGRAM PELANCARAN LOGAL AGENDA 21 (LA21) PENANAMAN DAERAH JASIN OLEH MPJ ___________KMB 5MWP SOLAR FARM - IKON HIJAU NEGERI MELAKA __________________________________________CADANGAN PEMBANGUNAN SOLAR FARM 8MW SELUAS 17.17 EKAR - GADING KENCANA SDN BHD ______TAKLIMAT PEROLEHAN HIJAU KERAJAAN (GGP) NEGERI MELAKA ___________________________________PERTANDINGAN KURANGKAN KARBON 2014 DI PERINGKAT _______________________________________MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ)

28293031

AUDIT PERLAKSANAAN AMALAN PEJABAT HIJAU MPAG 2014 ______________________________________MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH ________________PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA HARI SAMBUTAN KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2014PERTANDINGAN AMALAN HIJAU PEJABAT PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA ____________FORUM AMALAN HIJAU BUDAYA MURNI ______________________________________________________

2122

2426

KMB, SAMB RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN KETTHA _________________________________________MPAG TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA TEKNOLOGI HIJAU ____________________________________POLITEKNIK MERLIMAU MEMENANGI ANUGERAH ASEAN ENERGY AWARD ___________________________ANUGERAH BANDARAYA PERSEKITARAN LESTARI ASEAN 2014 _____________________________________(ENVIRONMENT SUSTAINABLE CITIES AWARD)

323334

KURSUS AMALAN HIJAU NEGERI MELAKA _____________________________________________________PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA KE LEDS FORUM DI YOGYAKARTA, INDONESIA _______________LAWATAN HIJAU WARGA JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA KE PUSAT REHABILITASI ____________________

PENCAPAIAN HIJAUPENCAPAIAN HIJAU

AMALAN HIJAUAMALAN HIJAU

Page 3: Buletin Januari 2015 (Compile)

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

(DATUK SERI (DR) IR. HAJI IDRIS BIN HAJI HARON)Ketua Menteri Melaka Merangkap: Pengerusi Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka

“MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA KE-II.”“MELAKA 752 TAHUN.”

“TIDAK SEMPURNA MELAWAT MELAKA, JIKA TIDAK MENYUSURI SUNGAI MELAKA.”

Wassalam,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan rahmat dan keizinanNya, Buletin Majlis Teknologi Hijau Melaka, Malaysia (MTHM) edisi Bil.1/2015 dapat diterbitkan. Sebagai pembuka tirai tahun 2015, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2015. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Sidang Redaksi Buletin MTHM yang dapat meneruskan kesinambungan penerbitan buletin secara berkala ini.

Melangkah ke tahun baharu, bermakna semangat jitu, iltizam yang kuat dan sentiasa ingin berdaya saing perlu diterap-kan dalam diri setiap individu dalam memastikan pelbagai perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan bagi memastikan semua projek dan program teknologi hijau direalisasikan dengan cemerlang dan mengorak langkah maju ke hadapan seiring dengan visi Melaka sebagai sebuah Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020.

Akhir kata, saya berharap semoga penerbitan buletin ini diharapkan menjadi wadah dalam menyalurkan informasi terkini mengenai pembangunan dan pelaksanaan teknologi hijau kepada rakyat Melaka khususnya dan Malaysia amnya.

Selamat Maju Jaya.

PERUTUSANPERUTUSAN

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 3

Page 4: Buletin Januari 2015 (Compile)

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan IzinNya jua kita berada dalam di dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Usaha Sekretariat Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka dalam menerbitkan Edisi Kelapan, Buletin Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka Bil 1/2015 ini merupakan salah satu inisatif yang amat baik. Ini kerana melalui penerbitan ini, semua pihak terutamanya rakyat Negeri Melaka boleh mengetahui perkembangan terkini pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka juga memperolehi gambaran mengenai masa hadapan Negeri Melaka dan seterusnya bersama-sama dengan kerajaan untuk menjayakan matlamat yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya, sepanjang tahun 2014 pelbagai inisiatif telah dilaksanakan antaranya Projek Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, Melaka World Solar Valley, Ladang Solar 5MWp KMB, Program Low Carbon City Framework (LCCF), Program MYCARBON, Program Biodiesel Melaka, Meterai Hijau Melaka, Hari Tanpa Beg Plastik, Kempen Don’t Mess With Melaka, IMT-GT International Green Training Center (IGTC), Projek Perintis Meter Pintar, Projek Perintis Pengauditan Tenaga Bagi Sembilan (9) Buah Bangunan Kerajaan, Bas Eleketrik, Stesen Pengecas Kereta Elektrik, Comos Eco Ride, Program Smart Communities, Program Kecekapan Tenaga oleh Sektor Swasta. Beberapa pengiktira-fan juga turut diraih antaranya Green Apple Awards, KeTTHA Excellence Awards dan Anugerah Bandaraya Persekita-ran Lestari Asean.

Selain itu, untuk tahun 2015, akan lebih banyak lagi inisiatif hijau yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selaras dengan visi menjadikan Melaka sebagai sebuah Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020.

Akhir kata, saya berharap agar penerbitan buletin ini dapat menarik minat dan sokongan semua pihak terhadap teknologi hijau dan menjadikan amalan teknologi hijau sebagai amalan wajib dalam kehidupan seharian sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri Melaka yang berkonsepkan “Negeri Bandar Teknologi Hijau”Sekian, terima kasih.Salam hormat,

(DATUK HAJI KAMARUDIN BIN MD SHAH)Ketua EditorMerangkap Setiausaha Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka

Sidang RedaksiSidang RedaksiEditor En. Rahman Bin Mohd DinSetiausaha Bahagian, UPEN

Penyelaras Penerbitan En. Saiful Hazwa Bin KipliKetua Penolong Setiausaha Kerajaan (ABM), UPEN

Penulis & Penyumbang BahanUnit Perancang Ekonomi Negeri MelakaPerbadanan Teknologi Hijau MelakaPoliteknik Merlimau Majlis Perbandaran Alor GajahMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMajlis Perbandaran Hang Tuah JayaMajlis Perbandaran JasinPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan AwamJabatan Alam Sekitar MelakaPerbadanan Kemajuan Tanah Adat MelakaKumpulan Melaka BerhadGading Kencana Sdn BhdDr. Zorina Khalid

TerbitanUnit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka,Aras 5, Blok Bentara, Seri Negeri Ayer Keroh,75450 Hang Tuah Jaya, Melaka. No. Tel : +606-2307597 / 7272 / 7596No. Faks : +606-2312950www.melaka.gov.mywww.melakagreentech.gov.my

PenaungY.A.B Datuk Seri (Dr) Ir. Haji Idris Bin Haji HaronKetua Menteri Melaka

PenasihatY.B Datuk Wira Haji Md Yunos Bin HusinExco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi

PengerusiY.B Datuk Wira Haji Naim Bin Abu BakarSetiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Timbalan PengerusiYBhg. Datuk Roslan Bin IbrahimTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka(Pembangunan)

Editor En. Rahman Bin Mohd DinSetiausaha Bahagian, UPEN

Penyelaras Penerbitan En. Saiful Hazwa Bin KipliKetua Penolong Setiausaha Kerajaan (ABM), UPEN

Penulis & Penyumbang BahanUnit Perancang Ekonomi Negeri MelakaPerbadanan Teknologi Hijau MelakaPoliteknik Merlimau Majlis Perbandaran Alor GajahMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMajlis Perbandaran Hang Tuah JayaMajlis Perbandaran JasinPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan AwamJabatan Alam Sekitar MelakaPerbadanan Kemajuan Tanah Adat MelakaKumpulan Melaka BerhadGading Kencana Sdn BhdDr. Zorina Khalid

TerbitanUnit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka,Aras 5, Blok Bentara, Seri Negeri Ayer Keroh,75450 Hang Tuah Jaya, Melaka. No. Tel : +606-2307597 / 7272 / 7596No. Faks : +606-2312950www.melaka.gov.mywww.melakagreentech.gov.my

PenaungY.A.B Datuk Seri (Dr) Ir. Haji Idris Bin Haji HaronKetua Menteri Melaka

PenasihatY.B Datuk Wira Haji Md Yunos Bin HusinExco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi

PengerusiY.B Datuk Wira Haji Naim Bin Abu BakarSetiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Timbalan PengerusiYBhg. Datuk Roslan Bin IbrahimTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka(Pembangunan)

DARI MEJADARI MEJA

4 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 5: Buletin Januari 2015 (Compile)

Bermula 1 Januari 2015, Program Hari Tanpa Beg Plastik Di Negeri Melaka akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Program ini telah dijalankan secara berperingkat, dimulai dengan :-

Pelaksanaan program ini bukan bertujuan untuk membebankan masyarakat sebaliknya sebagai satu komitmen Kera-jaan Negeri bagi melestarikan Melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Objektif pelaksanaan program adalah untuk menggalakkan orang ramai membawa shopping bag sendiri dari rumah, membudayakan sikap dan amalan kitar semula dikalangan masyarakat tanpa mengira peringkat, memastikan pasaraya hanya membekalkan biobeg atau beg mesra alam sebagai alternatif lain bagi menggantikan penggunaan beg plastik biasa.

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menganjurkan satu taklimat mengenai penggunaan beg mesra alam kepada semua pasaraya besar di Melaka pada 23 Disember 2014. Wakil pasaraya telah diperkenalkan dengan pembekal-pembekal beg mesra alam yang diperbuat daripada jagung, ubi kayu dan kertas. Jangka hayat bio beg ini lebih singkat jika dibandingkan dengan beg plastik biasa yang memakan masa 100-500 tahun untuk terurai. Keadaan ini berbeza dengan biobeg daripada jagung yang memakan masa 10 minggu untuk terurai manakala biobeg dari ubi kayu hanya memerlukan 100 ke 200 hari untuk terurai.

Sesi penyerahan sticker program Hari Tanpa Beg Plastik kepada setiap pasaraya juga telah diadakan semasa taklimat penggunaan beg mesra alam. Majlis penyerahan sticker telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj Md Yunos Bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi dengan diiringi oleh YBhg. Datuk Hj Kamarudin Bin Md Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

Kesimpulannya inisiatif hijau ini memerlukan penglibatan semua pihak. orang ramai perlu mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan impak negatif penggunaan beg plastik di dalam kehidu-pan seharian.

1 Januari 2011- Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Hari Sabtu di Seluruh Negara

4 April 2014 - Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat dan Sabtu di Negeri Melaka

1 Januari 2015 - Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Negeri Melaka

1 Januari 2011- Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Hari Sabtu di Seluruh Negara

4 April 2014 - Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat dan Sabtu di Negeri Melaka

1 Januari 2015 - Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Negeri Melaka

PROGRAM HARI TANPA BEG PLASTIKDI NEGERI MELAKA

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 5

Page 6: Buletin Januari 2015 (Compile)

Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam hal tersebut kerana melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) akan mula menguatkuasakan dan memantau perkara tersebut di semua pasar raya, kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam dan semua kedai di negeri ini agar mematuhi arahan dan undang-undang tiga (3) Hari Tanpa Beg Plastik.

YB. Datuk Wira Hj. Md. Yunos Husin, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi bersama YBhg. Datuk Hj. Kamarudin Md. Shah, Ketua Pegawai Eksekutif, PTHM (kiri) menunjukkan beg plastik organik bebas kimia ‘bio-plastik’ dibuat dari jagung dan tumbuhan organik yang digunakan oleh Pasar Raya Aeon Jusco Ayer Keroh, Melaka.

AMBIL TINDAKAN TIDAK IKUT ARAHAN

6 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Pemilik pasar raya, pasar mini atau kedai runcit termasuk kedai serbaneka di negeri ini bakal dike-nakan tindakan undang-undang jika tidak memberi kerjasama menjayakan Hari Tanpa Beg Plas-tik selama tiga (3) hari bermula 1 Januari 2015.

Tindakan itu dibuat demi memastikan Melaka bebas beg plastik pada ketiga-tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pada tahun ini selaras dengan visi Kerajaan Negeri iaitu Negeri Bandar Teknologi Hijau. Selain itu, ia bertujuan untuk bagi mendidik masyarakat tentang bahaya penggu-naan bahan kimia dalam kehidupan dan adalah lebih bahaya apabila bahan kimia ini sukar larut dan mengambil masa bertahun-tahun untuk luput.

Page 7: Buletin Januari 2015 (Compile)

Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd. Najib Tun Razak telah melancarkan Comos Eco Ride, sekaligus meletakkan Melaka sebagai negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan konsep Cohensive Mobility Solutions (COMOS) untuk kegunaan pelancong bersiar-siar di beberapa lokasi pelancongan sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Majlis bersejarah itu disempurnakan oleh Perdana Menteri sempena Majlis Terbuka Malaysia Deepavali di Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan di Banda Hilir pada 1 November 2014.

Kumpulan Melaka Berhad (KMB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CMS Konsortium Sdn. Bhd. bagi projek mengintegrasi kenderaan elektrik dan stesen pengecas COMOS serta perkhidmatan kenderaan eco ride pada Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Eko Produk (IGEM) 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 16 Oktober 2014 yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menerusi MoU berkenaan, CMS Konsortium Sdn. Bhd. akan membekalkan lima (5) unit Renault Twizy dan setiap unit mampu menampung dua (2) penumpang. Renault Twizy yang akan disewakan kepada pelan-cong turut dilengkapi dengan EV Ecosystem mengandungi informasi berkaitan latar belakang serta lokasi yang hendak dilawati, jarak dan beberapa maklumat lain yang boleh membantu penyewa.

Penggunaan Comos Eco Ride telah dipraktikkan secara meluas di beberapa Bandar raya Negara maju sep-erti di Kota Paris.

Menerusi pelancaran Comos Eco Ride tersebut, kini Melaka muncul sebagai Negeri Pertama di Malaysia yang mempraktikkannya meskipun terdapat perancangan awal untuk melaksanakannya di beberapa lokasi seperti Kuala Lumpur, Langkawi, Johor Baharu dan Pulau Pinang.

MELAKA NEGERI PERTAMA DI

MALAYSIA LANCAR COMOS ECO RIDEMELAKA NEGERI PERTAMA DI

MALAYSIA LANCAR COMOS ECO RIDE

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 7

Page 8: Buletin Januari 2015 (Compile)

YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris B. Hj. Haron turut memandu uji Renault Twizy.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin menemani YAB Datuk Seri Utama Najib Tun Razak memandu uji Renault Twizy.

YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris B. Hj. Haron menyaksikan YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak menguji pandu Renault Twizy sempena Majlis Terbuka Malaysia Deepavali di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir.

YAB Datuk Seri Utama Najib Tun Razak kelihatan ceria memandu uji Renault Twizy semasa melancarkan Comos Eco Ride.

8 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 9: Buletin Januari 2015 (Compile)

Pameran Dan Persidangan Produk Eko Dan Teknologi Hijau Antarabangsa 2014 (IGEM 2014) merupakan acara tahu-nan yang dianjurkan oleh KeTTHA secara strategik untuk menerajui kepimpinan dalam sektor teknologi hijau di rantau Asia.

Pameran berteknologi hijau tersebut telahpun diadakan pada 16 – 18 Oktober 2014 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bertemakan ‘Creating Green Wealth’ dan telah berlangsung dengan jayanya di mana Kerajaan Negeri Melaka telah menyertainya selama empat (4) tahun berturut-turut.

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan telah menarik minat hampir 600 syarikat dan organisasi menyertai pameran tersebut.

Kerajaan Negeri Melaka diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Perbadanan Teknologi Hijau (PTHM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan Invest Melaka.

YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika melawat ke booth pameran Kerajaan Negeri Melaka semasa Pameran Dan Persidangan Produk Eko Dan Teknologi Hijau Antara-bangsa 2014 (IGEM 2014) di KLCC.

PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DI PAMERAN DAN PERSIDANGAN PRODUK EKO DAN TEKNOLOGI HIJAU ANTARABANGSA 2014 (IGEM 2014)

YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika melawat ke booth pameran Kerajaan Negeri Melaka semasa Pameran Dan Persidangan Produk Eko Dan Teknologi Hijau Antara-bangsa 2014 (IGEM 2014) di KLCC. Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II

Negeri Bandar Teknologi Hijau 9

Page 10: Buletin Januari 2015 (Compile)

YAB Datuk Seri Dr. Ir. Hj. Idris Bin Hj, Haron, Ketua Menteri Melaka dan diiringi YB. Datuk Wira Hj. Md. Yunos Bin Husin, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi ketika melakukan lawatan ke booth-booth pameran IGEM 2014.

YB. Datuk Wira Hj. Naim Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (dua dari kanan) diiringi pegawai kanan Kerajaan Negeri Melaka turut hadir ke Pameran IGEM 2014 di KLCC.

Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka semasa sesi perbincangan bersama para pengunjung IGEM 2014.

10 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 11: Buletin Januari 2015 (Compile)

Sebanyak 10 bangunan hotel dan industri di negeri ini akan dijadikan bangunan perintis bagi melaksanakan projek Kecekapan Tenaga di bawah program Komuniti Pintar.

Program tersebut merupakan inisiatif kerajaan negeri bersama Malaysian Industry - Government Group for High Technology (MIGHT), Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Persatuan Syarikat Perkhid-matan Tenaga Malaysia (MAESCO).

Antara bangunan hotel yang telah memberikan komitmen untuk mengambil bahagian ialah Hotel Hatten, Hotel Equatorial, Philea Resort dan Hotel Ramada. Manakala bangunan industri pula ialah Panasonic Appli-ances Foundary Malaysia Sdn. Bhd., Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd., Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Infoneon Technologies(M) Sdn. Bhd., Sindutch Cable Manufacturer Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad.

Melaka telah dipilih oleh MIGHT sebagai perintis bagi merealisasikan pelan tindakan bandar hijau. Antara projek awal yang sedang dan akan dilaksanakan ialah program kecekapan tenaga bagi bangunan kerajaan dan swasta, Waste Eco Park di Sungai Udang, projek teknologi rawatan air, Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, pengangkutan hijau, smart grid dan Solar Technology Park.

MIGHT dan PTHM akan menyelaras aktiviti sokongan termasuk pembangunan teknologi, pembiayaan projek, pembangunan tekno-keusahawanan dan kordinasi melibatkan kementerian dan agensi pusat. Dan, unjuran pelaburan oleh industri dalam melaksanakan projek-projek awal ini adalah dalam lingkungan sekurang-kurangnya RM5.4 billion menjelang tahun 2020.

Selain itu, sebelum ini sebanyak sembilan buah bangunan kerajaan negeri terlibat di bawah program bandar hijau Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT). Bangunan-bangunan tersebut termasuklah Seri Negeri, Graha Makmur Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Wisma Negeri, Hospital Putra, Graha Maju, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Kompleks Melaka Sentral, Wisma Air dan bangunan Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Kesemua bangunan tersebut telah melalui proses audit tenaga dan laporan lengkap telah disediakan oleh pihak perunding.

melaka PERINTIS PROJEK KECEKAPAN TENAGA

Gambar – gambar di sekitar Majlis Menandatangani MoU bagi pelaksanaan Projek Kecekapan Tenaga.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 11

Page 12: Buletin Januari 2015 (Compile)

PTHM diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Hj. Kamarudin Md. Shah menandatangani Surat Niat itu bersama Presiden Kyowakiden Industry Co. Ltd., Hideyuki Sakai bagi membuat kajian rawatan air mentah di loji Merlimau selama sembilan bulan.

Manakala KMB diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Ir. Khairul Ezuan Harun bersama Presiden EcoFactory (Asia) Co. Ltd., Takanobu Murakami bagi membuat kajian berkaitan teknologi pendingin hawa terbaharu tanpa mengeluarkan angin pada bangunan-bangunan baharu dan lama di negeri ini yang dapat menjimat-kan penggunaan elektrik di mana kajian itu akan berjalan selama 12 bulan.

Majlis menandatangani LOI berkenaan telah berlangsung di Pejabat PTHM di Wisma Negeri pada 02 Disember 2014. Sekiranya usaha ini berjaya, hasil kajian itu akan disaran kepada Kerajaan Negeri bagi mencapai persetujuan mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) bersama syarikat berkenaan sekali gus menjadikan Melaka sebagai negeri pertama di Malaysia yang mengguna pakai teknologi itu.

Hadir sama semasa majlis tersebut, Naib Presiden Malaysia Industry-Government Group for High Technol-ogy (MiGHT), Jabatan Perdana Menteri, Nik Ahmad Faizul Abdul Mallek.

KMB, PTHM JALIN KERJASAMADENGAN DUA SYARIKAT JEPUN

Datuk Hj. Kamarudin (kanan) bersama Hideyuki Sakai bertukar dokumen selepas menandatangani LOI di Pejabat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka di Wisma Negeri pada 2 Disember 2014.

DELEGASI kedua-dua syarikat Jepun bergambar bersama Datuk Hj. Kamarudin.

12 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Dua syarikat terkemuka kerajaan negeri iaitu Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menjalinkan hubungan kerjasama dengan menandatangani Surat Niat (Letter of Intent-LOI) bersama dua syarikat Jepun bagi menjalankan kajian rawatan air dan teknologi pendingin hawa.

Page 13: Buletin Januari 2015 (Compile)

Program Pelancaran Local Agenda 21 (LA21),Penanaman Pokok Dan Hari Tanpa PlastikPeringkat Daerah Jasin Oleh MPJ

Program Pelancaran Local Agenda 21 (LA21),Penanaman Pokok Dan Hari Tanpa PlastikPeringkat Daerah Jasin Oleh MPJ

Pemerhatian global terhadap isu pemeliharaan alam seki-tar telah menjadi keutamaan dalam menjamin kesejahter-aan perbandaran bagi dekad ini. Sumbangan serta pengli-batan masyarakat dalam inisiatif pemeliharaan alam seki-tar, program-program kesejahteraan komuniti seperti kempen bandar hijau, amalan kitar semula, hari tanpa beg palstik, amalan gaya hidup sihat dan pelbagai program komuniti lain merupakan norma-norma serta amalan baik yang telah dipraktiskan secara meluas oleh semua lapisan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, MPJ telah mengadakan program Pelancaran LA21, Penanaman Pokok dan Hari Tanpa Beg

Plastik Peringkat Daerah Jasin pada 9 Disember 2014 bertempat di Jasin Bestari. Tujuan utama program ini ini adalah sebagai usaha ke arah menerapkan nilai-nilai positif dan penuh tanggungjawab kepada komuniti mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah . Turut hadir YDP MPJ, Tn. Hazudin Hashim, Adun Serkam, Zaidi Attan dan Ketua Umno Bhg. Jasin, Datuk Zaleha Bujang serta semua kakitangan Majlis Pebandaran Jasin. Progam ini juga turut mendapat sokongan padu dari peniaga, pemborong dan peruncit seperti Mydin Jasin, Econsave Cash & Carry, Jasin Point, Family Store Dan Fresh & Convenient Retail.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan mendidik masyarakat tentang penjagaan alam sekitar serta peranan masing-masing sebagai mata dan telinga dalam memsatikan alam sekitar terpelihara. Di samping itu, ia dapat menerapkan semangat cintakan kebersihan sekali gus memupuk kesedaran masyarakat mengenai kebersihan dan keindahan.

Objektif seterusnya adalah mewujudkan pembangunan penanaman pokok-pokok hasil kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi dan landskap kepada manu-sia serta meningkatkan penyertaan komuniti dalam program pembersihan.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 13

Page 14: Buletin Januari 2015 (Compile)

Tambahan lagi, usaha MPJ ini juga bagi merealisasikan hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron untuk menanam lebih banyak pokok mirip Sakura (pokok Tabebuia Rosea) membabitkan kawasan projek lands-kap baru dan taman perumahan.

Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu mahupun komuniti untuk memupuk semangat serta kerjasama cintakan kebersihan dan keindahan kawasan. Untuk mewujudkan suasana ceria dan men-arik kepada penduduk setempat, langkah pembangu-nan penanaman pokok memainkan peranan dalam menyuntik hasil kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi, landskap kepada manusia.

Program ini juga dapat membuka minda komuniti dan masyarakat setempat selain memupuk kesedaran yang tinggi dalam menghargai alam sekitar. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah gotong-royong membersih-kan kawasan yang melibatkan penduduk setempat seb-agai satu langkah menjaga kebersihan kawasan dan alam sekitar.

Aktiviti ini diharap dapat memupuk semangat cintakan kebersihan dan seterusnya menyediakan persekitaran yang selesa, nyaman serta harmoni sebagai warisan kepada generasi akan datang.

Dengan kempen sebegini, MPJ telah menyahut seruan Kerajaan Negeri mencapai matlamat melaka negeri bandar teknologi hijau di mana hari tanpa beg plastik akan dilaksanakan pada setiap hari jumaat dan sabtu.

14 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Program ini juga turut menyaksikan sebanyak 200 batang pokok Tabebuia Rosea ditanam di sekeliling tanah lapang seluas 8 ekar di Jasin Bestari, Menurut Yang Dipertua Majlis Perban-daran Jasin (MPJ), Tn. Hazudin Hashim, program ini bertepatan dengan status Melaka seb-agai negeri pelancongan sekali gus memenuhi konsep negeri yang bersih.

Selain itu, penanaman pokok yang turut mendapat kerjasama dari pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Asahan ini juga dapat menyemai semangat cintakan alam sekitar di kalangan masyarakat selain memperindahkan lagi kawasan Jasin Bestari yang baru dibangunkan sejak tahun lalu. Dianggarkan seramai 120 pelatih PLKN dan juga pen-duduk setempat menjayakan program menanam pokok Tabebuia Rosea anjuran MPJ.

Page 15: Buletin Januari 2015 (Compile)

Sekiranya usaha ini giat dilaksanakan di setiap premis perniagaan, ia mampumengubah mentaliti masyarakat ke arah Negeri Bandar Teknologi Hijau sekali gus memupuk nilai-nilai murni terhadap kepentingan menjaga alam sekitar ini.

Antara faedah program kepada pihak yang terlibat adalah :-

Sebagai Penambahbaikan Kepada Landskap Seterusnya Mewujudkan Suasana Yang Lebih Nyaman Dan Kondusif.

Sebagai Salah Satu Langkah Penghijauan Di Bandar Dan Kaedah Menangani Isu ‘Urban Heat Island’ Dan Juga Isu Pemanasan Global.

Meningkatkan Tahap Kesedaran Orang Awam Ke Arah Pemuliharaan Alam Sekitar Selain Memberi Peluang Kepada Mereka Untuk Mempelajari Kaedah Amali Penana-man Dan Penjagaan Pokok.

Menanam Semangat Kecintaan Terhadap Alam Semulajadi Dan Hutan Di Kalangan Masyarakat

Secara kesimpulannya, program sebegini dapat meyedarkan masyarakat mengenai kepentingan pemeli-haraan dan pemuliharaan alam sekitar serta menyuntik sektor korporat dan syarikat perniagaan untuk mengamalkan ‘corporate social esponsibilities’ (CSR) khususnya dalam membantu untuk meningkatkan kualiti hidup, menangani isu-isu pencemaran alam sekitar, pengurusan guna tanah secara bersepadu dengan keseimbangan ekologi perbandaran.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 15

Page 16: Buletin Januari 2015 (Compile)

Projek Ladang Solar ini telah menjadi satu ikon hijau bagi negeri Melaka di mana ianya telah memberikan impak yang besar dari segi penjimatan tenaga dan juga mendatangkan hasil keuntungan kepada Negeri Melaka dalam jangka masa panjang.

Ladang Solar ini juga terus menerima kunjungan dari pihak luar untuk berkongsi pengalaman dan pengeta-huan mengenai solar. Terbaharu Ladang Solar ini menerima kunjungan dari Perbadanan Putrajaya dan juga Asean Regional School Electric Power Engineering bersama pihak Uniten.

Setakat Januari 2014 hingga Nov 2014 pula, Ladang Solar ini telah menjana tenaga sebanyak 6598.57 MWh bersamaan dengan RM 5.65 juta.

KMB 5MWp Solar Farm - Ikon Hijau Negeri Melaka

16 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 17: Buletin Januari 2015 (Compile)

CADANGAN PEMBANGUNAN SOLAR FARM8MW SELUAS 17.17 EKAR

GADING KENCANA SDN BHD

CADANGAN PEMBANGUNAN SOLAR FARM8MW SELUAS 17.17 EKAR

GADING KENCANA SDN BHD

Pemilik Tanah dan Pemaju :- Gading Kencana Sdn. Bhd.Pengarah Urusan :- Dato’ Ir. Muhamad Guntor Mansor TobengPengarah Eksekutif :- Datin Hasnah AwangKeluasan Tanah :- 17.17 EkarJumlah Keseluruhan Kos Projek :- RM 84,000,000.00Kapasiti Sistem Solar :- 8 MW (MegaWatt)Jumlah Solar Panel :- 29,092 (Unit)Penjanaan Tenaga Tahunan :- 11,000 MWh (MegaWatt Hour) / 11,000,000 kWhTarikh Kelulusan Pelan (MPHTJ) :- 15 Ogos 2013Tarikh Mula Kerja di Tapak :- 1 Oktober 2013Tarikh Siap Kerja di Tapak :- 31 Oktober 2014Tarikh Mula Tugas TNB (IOD) :- 11 Disember 2014 (Initial Operation Date)Tarikh Mula Tugas SEDA (FiT CD) :- 23 Disember 2014 (FiT Commencement Date)Tarikh Kelulusan CCC (Arkitek) :- 31 Disember 2014Alamat Lengkap :- Kompleks Hijau Solar, Jalan Solar 1, Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Pemilik Tanah dan Pemaju :- Gading Kencana Sdn. Bhd.Pengarah Urusan :- Dato’ Ir. Muhamad Guntor Mansor TobengPengarah Eksekutif :- Datin Hasnah AwangKeluasan Tanah :- 17.17 EkarJumlah Keseluruhan Kos Projek :- RM 84,000,000.00Kapasiti Sistem Solar :- 8 MW (MegaWatt)Jumlah Solar Panel :- 29,092 (Unit)Penjanaan Tenaga Tahunan :- 11,000 MWh (MegaWatt Hour) / 11,000,000 kWhTarikh Kelulusan Pelan (MPHTJ) :- 15 Ogos 2013Tarikh Mula Kerja di Tapak :- 1 Oktober 2013Tarikh Siap Kerja di Tapak :- 31 Oktober 2014Tarikh Mula Tugas TNB (IOD) :- 11 Disember 2014 (Initial Operation Date)Tarikh Mula Tugas SEDA (FiT CD) :- 23 Disember 2014 (FiT Commencement Date)Tarikh Kelulusan CCC (Arkitek) :- 31 Disember 2014Alamat Lengkap :- Kompleks Hijau Solar, Jalan Solar 1, Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 17

Page 18: Buletin Januari 2015 (Compile)

TAKLIMAT PEROLEHAN HIJAU KERAJAAN (GGP)NEGERI MELAKA

TAKLIMAT PEROLEHAN HIJAU KERAJAAN (GGP)NEGERI MELAKA

Perolehan Hijau merujuk kepada pemerolehan atau proses pemilikan secara pembelian, sewaan, sewa beli, tukar barang atau seumpamanya yang melibatkan produk, perkhidmatan atau kerja yang mengambil kira kriteria dan standard alam sekitar untuk memulihara sumber semulajadi dan meminimumkan impak negatif hasil daripada aktiviti manusia.

Ini bermakna barangan dan perkhidmatan yang dibeli itu membawa kesan persekitaran yang sedikit ke atas kesihatan manusia dan alam sekitar TANPA mengkompromi sifatnya berbanding barangan asal yang tidak mesra alam. Alternatif pembelian hijau juga perlu lebih cekap dari segi penggunaan tenaga. Walaupun pada awalnya hasil pembelian hijau mungkin kelihatan marginal, tapi secara purata, amalan ini memberi-kan pulangan yang berbaloi kepada Jabatan.

Para peserta telah didedahkan dengan Pengenalan Kepada Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan Persekutuan oleh wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Program MyHijau oleh wakil dari GreenTech Malaysia dan Kepentingan Pelaksanaan Perolehan Hijau Bagi Mencapai Indikator Greencity Action Plan Melaka (GCAP) oleh wakil dari International Green Training Centre (IGTC).

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menganjurkan Taklimat Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) Negeri Melaka Tahun Bil 2/2014 bertempat di Swan Garden Hotel Melaka pada 17 November 2014. Para peserta seramai 43 orang terdiri daripada pegawai perolehan, pegawai kewangan dan pengu-rusan dari jabatan kerajaan negeri, jabatan persekutuan, agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka.

18 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 19: Buletin Januari 2015 (Compile)

Pertandingan Kurangkan Karbon 2014 di peringkat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah dini-lai pada Disember 2014 yang lalu yang diwakili oleh En. Ahmad Zairin Bin Ismail dari Malaysian Green Tech-nology Corporation (MGTC) dan wakil MPHTJ.

Terdapat 14 bangunan yang dinilai di kawasan kajian ‘Low Carbon City Framework’ (LCCF), MPHTJ yang terdiri :

Wisma PersekutuanMenara PersekutuanJabatan Audit NegaraKompleks Kementerian Dalam Negeri (KKDN)Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Seri NegeriWisma NegeriMasjid Al-Alami, MitcInkubator K-EkonomiMenara TelekomMelaka Planetarium PerkesoMelaka International Trade Center (Mitc)

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk menyuntik semangat 14 bangunan terlibat untuk sama-sama mencapai dan mencatatkan kadar pengurangan tertinggi terutama di dalam penggunaan beka-lan elektrik dan bekalan air. Kesemua bangunan yang terlibat mempunyai ‘Building Consumption Input System’ (BCIS) bagi memantau penggunaan tenaga elektrik dan air di setiap bangunan.

PERTANDINGAN KURANGKAN KARBON 2014DI PERINGKAT

MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ)

PERTANDINGAN KURANGKAN KARBON 2014DI PERINGKAT

MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ)

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 19

Page 20: Buletin Januari 2015 (Compile)

Pertandingan ini dinilai dengan beberapa kriteria iaitu melalui prestasi ‘Sistem BCIS’ yang men-fokuskan kepada bacaan bekalan elektrik dan bekalan air di setiap bangunan. Selain daripada itu, kriteria amalan hijau dan penjimatan tenaga juga dinilai dan kesungguhan bangunan yang terlibat terhadap mengurangkan karbon.

JOHAN :Dimenangi oleh

Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)Hadiah : RM 1,000.00 & Sijil Penyertaan

1

NAIB JOHAN :Dimenangi oleh

Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Hadiah : RM 500.00 & Sijil Penyertaan

2

TEMPAT KETIGA :Dimenangi oleh

Bangunan Seri NegeriHadiah : RM 200.00 & Sijil Penyertaan

3

Keputusan Pertandingan Kurangkan Karbon 2014 telah diumumkan pada 31 Disember 2014 di perhimpu-nan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan diperingkat Negeri pada 13 Januari 2015 di perhimpunan Kerajaan Negeri Melaka.

20 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 21: Buletin Januari 2015 (Compile)

AUDIT PELAKSANAAN AMALAN PEJABAT HIJAUMPAG 2014

Dengan adanya audit ini, ini sekaligus dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar disebab-kan oleh aktiviti dan amalan seharian di tempat kerja.

Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah mengadakan Audit Pelaksanaan Amalan Pejabat Hijau kali pertama dalam tahun 2014 pada 18 November 2014 yang lepas. Audit ini telah dilakukan dengan kerjasama pihak Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) sebagai juruaudit.

Sebanyak 23 kriteria dinilai di dalam Audit Pelaksanaan Amalan Pejabat Hijau dan kesemua 20 zon di dalam Majlis Perbandaran Alor Gajah terlibat di dalam pengauditan ini.

Ketua zon Hang Tuah sedang memberikan penerangan kepada panel penilaiKetua zon Hang Tuah sedang memberikan penerangan kepada panel penilaiWakil zon The Eye sedang menunjukkan inovasi berupa pewangi penghawadingin di zon mereka

Panel penilai sedang bertanyakan sesuatu kepada wakil Zon Mekar IdamanPanel penilai sedang bertanyakan sesuatu kepada wakil Zon Mekar Idaman

Audit pelaksanaan amalan pejabat hijau diadakan demi memupuk kesedaran tentang kelebihan dan faedah-faedah amalan hijau terhadap warga MPAG. Audit ini diadakan sebagai peneraju sektor kerajaan dalam amalan teknologi hijau di dalam pejabat, selaras dengan moto negeri Melaka, ‘Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau’.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 21

Page 22: Buletin Januari 2015 (Compile)

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pember-sihan Awam (PPSPPA) telah menganjurkan Per-tandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan anjuran bersama Kementerian Pendi-dikan Malaysia yang melibatkan seluruh sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kement-erian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis Penyam-paian Anugerah telah diadakan pada 15 November 2014 (Sabtu) bertempat di Taman Tasik Sri Ser-dang, Selangor sempena Hari Sambutan Kitar Semula Kebangsaan 2014.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg.

YBhg. Dato’ Seri Arpah menyampaikan ucapan perasmian sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014.YBhg. Dato’ Seri Arpah menyampaikan ucapan perasmian sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014.

Pertandingan ini telah bermula pada 1 April 2014 sehingga 31 Oktober 2014 dimana penilaian dibuat berdasarkan kutipan barangan kitar semula (kg) per kapita setiap sekolah. Kategori Pertandingan terdiri daripada dua kategori iaitu Sekolah Rendah yang terdiri daripada sekolah bandar dan luar bandar dan Sekolah Menengah yang terdiri daripada sekolah bandar dan luar bandar Pemilihan dibuat oleh Jawa-tankuasa Penilaian Pertandingan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan dan pegawai daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dato’ Seri Arpah binti Abdul Razak.

YBhg Dato’ Seri Arpah bersama Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA , YBhg. Datuk Ab. Rahim bin Md Noor menyempur-nakan gimik perasmian.

YBhg Dato’ Seri Arpah bersama Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA , YBhg. Datuk Ab. Rahim bin Md Noor menyempur-nakan gimik perasmian.

40 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut yang merangkumi Sekolah Bandar dan Sekolah Luar Bandar dan terdapat 3 buah sekolah yang telah berjaya mewakili Negeri Melaka ke pertandingan tersebut ke peringkat kebangsaan iaitu SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA, SMK GAJAH BERANG dan SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MOLEK.

22 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERTANDINGANKITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN

SEMPENA HARI SAMBUTAN KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERTANDINGANKITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN

SEMPENA HARI SAMBUTAN KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2014

Page 23: Buletin Januari 2015 (Compile)

terutamanya para pelajar sekolah. Pertandingan ini juga merupakan satu inisiatif bersama pihak PPSPPA dan KPM untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang melaksanakan aktiviti kitar semula dengan cemerlang di peringkat sekolah masing – masing. Disamping itu ianya menggalakkan sekolah – sekolah menubuhkan Kelab Kitar Semula dengan menggunapakai Modul Latihan Kelab Kitar Semula yang telah diluluskan oleh KPM.

Para pemenang bergambar bersama YBhg. Dato’ Seri Arpah dan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, YBhg. Datuk Ab. Rahim bin Md Noor sempena Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Sambutan Kitar Semula Kebangsaan 2014.

YBhg. Dato’ Seri Arpah bersama Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, YBhg. Datuk Ab. Rahim bin Md Noor menyampaikan hadiah dan sijil penganugerahan kepada para pemenang.

Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk mempromosikan aktivitikitar semula di antara sekolah – sekolah bagi memperkasakan serta menggalakkan aktiviti kitar semula agar ianya akan menjadi budaya di kalangan generasi muda

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 23

Page 24: Buletin Januari 2015 (Compile)

PERTANDINGAN AMALAN HIJAU PEJABATPERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA 2014

Pertandingan ini melibatkan dua zon iaitu Zon Teratai dan Zon Jati. PERTAM telah menjemput Encik Moha-mad Shafie Taib dari Majlis Perbandaran Alor Gajah sebagai juri tunggal dalam pertandingan ini kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas berkaitan amalan hijau di pejabat. Sebelum pengauditan bermula, pertandingan ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, YBhg. Datuk Yusof bin Haji Jantan.

Bergambar bersama YBhg. Datuk Yusof Jantan, Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, juri dan semua staf PERTAM.

Encik Mohamad Shafie Taib dari Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi-kan ucapan pada majlis perasmian Pertandingan Amalan Hijau Pejabat PERTAM.

YBhg. Datuk Yusof bin Haji Jantan, Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM memberikan ucapan sebelum merasmikan Pertandingan Amalan Hijau Pejabat PERTAM.

Penyampaian cenderahati oleh Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM kepada juri En.Mohamad Shafie Taib.

Buat julung-julung kalinya, Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) telah menganjur-kan Pertandingan Amalan Hijau Pejabat dan telah berlangsung dengan jayanya pada 21 November 2014. Tujuan diadakan pertandingan antara zon ini supaya memberikan pendedahan kepada selu-ruh warga PERTAM tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

24 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 25: Buletin Januari 2015 (Compile)

Keputusan pertandingan tersebut telah diumumkan pada hari yang sama. Kedua-dua zon telah menunjukkan persaingan yang sengit. Zon Jati telah berjaya memenangi pertandingan dengan markah sebanyak 96% berbanding dengan Zon Teratai iaitu sebanyak 94%. Tahniah diucapkan kepada Zon Jati dan seluruh warga PERTAM kerana telah memberikan kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan pertandingan amalan hijau pejabat ini. Semoga komitmen ini akan menjadi lebih lagi pada pertandingan akan datang!

Proses pengauditan sedang dilakukan di pantri pejabat, Zon Teratai. Encik Muhammad Nurhady, Ketua Zon Teratai (kiri) dan Encik Ahmad Surjie, Ketua Zon Jati (kanan)bergambar bersama selepas keputusan diumumkan.

Sekitar Persiapan Zon Jati dan Teratai

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 25

Page 26: Buletin Januari 2015 (Compile)

FORUM AMALAN HIJAU BUDAYA MURNIBersempena dengan tema Melaka Bandar Teknologi Hijau, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka telah berjaya menganjurkan Forum “Amalan Hijau, Budaya Murni” di Masjid Al-Azim Melaka pada 5 Disember 2014 bersamaan 12 Safar 1436H (Hari Jumaat).

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Md Yunos Bin Husin (EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi) dan dihadiri oleh lebih daripada 300 orang peserta daripada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, kolej, universiti dan lain-lain.

sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Surah ar-Ruum, Ayat 41).

Surah Al-A’raf ayat 56 pula menyatakan “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” Surah Al-Israa ayat 27 pula adalah ”Sesungguh-nya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan iti pula adalah makh-luk yang sangat kufur kepada tuhannya”. Ini adalah antara surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran yang jelas menunjukkan agama Islam memang mengajar umatnya untuk berhemah dan berjimat cermat seperti yang dikehendaki dalam konsep amalan hijau dan menjaga bumi ciptaan Allah daripada kemusna-han.

Datuk Wira Haji Md Yunos Bin Husin (EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi) sedang memberi ucapan Perasmian.Datuk Wira Haji Md Yunos Bin Husin (EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi) sedang memberi ucapan Perasmian.

26 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

En. Ismail Abdullah(CEO IGTC-International Green Training Centre)

Objektif forum ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kerja amnya bahawa amalan hijau adalah berkait rapat dengan ajaran Islam dan matlamat forum ini memang tercapai dengan penyampaian dan perkongsian ilmu oleh 2 orang ahli panel yang memang hebat serta sangat berpengalaman dalam amalan hijau. Mereka adalah En. Ismail Abdullah (CEO IGTC - International Green Training Centre yang bertem-pat di Melaka) dan Ustaz Firdaus Wong Wai Hung (Penaung & Presiden Multiracial Reverted Muslim, juga Ustaz dalam program TV Al-Hijrah).

Mereka telah menunjukkan beberapa ayat-ayat Al-Quran seperti “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan

Page 27: Buletin Januari 2015 (Compile)

Majlis berakhir dengan sesi soal jawab yang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peserta Forum. Rata-rata peserta berpuas hati dan lebih memahami konsep “amalan hijau” yang berkait rapat dengan amalan dan Sunnah Nabi.

Sepanjang forum berlangsung, para peserta turut didedahkan dengan konsep Hijau contohnya air minuman dalam botol tidak disediakan dan sarapan pagi telah dibungkus menggunakan beg kertas yang boleh dikitar semula, sementara juadah tengah hari disediakan dalam bekas plastic gunasemula (bukan polystyrene). Tong-tong sampah mengikut kategori juga disediakan.

Pihak penganjur mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi terutama di masjid-masjid agar matla-mat Hijau ini betul-betul tercapai dan menjadi budaya bagi rakyat Malaysia untuk kesejahteraan dan kelestarian hidup generasi yang akan datang.

Para peserta sedang mendengar ceramah.

Peserta wanita turut memberi fokus.

Ustaz Firdaus(Penaung & Presiden Multiracial Reverted Muslim)

Ustaz Firdaus(Penaung & Presiden Multiracial Reverted Muslim)

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 27

Ustaz Firdaus Wong juga menyampaikan konsep 7R dari perspektif Islam iaitu Revelation (mempercayai wahyu), Repent (bertaubat), Response (bertindak dan buat perubahan),Reuse (guna semula), Recycle (Kitar Semula) dan Remind (sentiasa mengingatkan). Pen-galaman dan pandangan mereka yang dikongsi pada hari itu telah membuka mata para hadirin, terutama umat Islam tentang kepentin-gan dan keperluan membudayakan amalan hijau dalam kehidupan seharian.

Page 28: Buletin Januari 2015 (Compile)

KMB, SAMB raih AnugerahKecemerlangan KeTTHA

Anugerah ini diberikan kepada Kumpulan Melaka Berhad berdasarkan usaha – usaha yang telah dijalankan oleh pihak KMB di dalam pembangunan industri Tenaga Boleh Baharu melalui Ladang Solar KMB di Melaka.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif KMB, Tn. Hj. Isnin Aman.

Pada majlis yang sama, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pula memenangi Anugerah Kecemerlangan Air, anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Ir. Mohd. Khalid Nasir.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan), YBhg. Datuk Roslan Ibrahim.

Kumpulan Melaka Berhad (KMB) meraih kategori Anugerah Kecemerlangan Tenaga sempena Anugerah Kecemerlangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 Oktober 2014.

Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Tenaga kepada YBhg Tn. Hj. Isnin Aman.

YBhg. Datuk Roslan Ibrahim (depan, lima kiri) bersama YBhg. Datuk Ir. Mohd. Khalid Nasir dan YBhg. Tn. Hj. Isnin Aman serta warga KMB dan SAMB pada Majlis Anugerah Kecemerlangan KeTTHA 2014 di KLCC.

28 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 29: Buletin Januari 2015 (Compile)

MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH terima Anugerah International Green Apple Awards For Environ-mental Best Practice And Sustainable Development 2014.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah menerima anugerah antarabangsa teknologi hijau iaitu Anugerah International Green Apple Awards For Environmental Best Practice And Sustainable Develop-ment 2014 menerusi The Green Organisation yang berpusat di London, United Kingdom.

Penyerahan anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Michael Cooke, Pengerusi panel penilaian pertandingan kepada Yang Dipertua MPAG, Datuk Haji Murad Bin Haji Husin di The House Of Commons, London, United Kingdom.

MPAG mempertaruhkan projek Alor Gajah Municipal Council Green Technology Initiative yang meliputi kes-eluruhan pembangunan dan inisiatif teknologi hijau di pelbagai peringkat lapisan masyarakat dan sektor-sektor utama di kawasan pentadbiran MPAG.

MPAG TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA TEKNOLOGI HIJAU

MPAG TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA TEKNOLOGI HIJAU

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 29

Page 30: Buletin Januari 2015 (Compile)

POLITEKNIK MERLIMAU MEMENANGIANUGERAH ASEAN ENERGY AWARD

POLITEKNIK MERLIMAU MEMENANGIANUGERAH ASEAN ENERGY AWARD

Politeknik Merlimau (PMM) merupakan wakil Malaysia yang telah memenangi tempat pertama anugerah ASEAN ENERGY AWARDS 2014 bagi kategori Small and Medium Building bagi ASEAN Best Practices Award for Energy Management in Building and Industries.

Majlis penganugerahan telah dilangsungkan di Vientiane sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (AMEM) yang ke – 32 baru-baru ini.

Politeknik Merlimau telah dipilih sebagai pemenang utama bersama Kantang Hospital, Thailand di bawah projek Energy Management of Kantang Hospital manakala PMM pula di bawah melalui Energy Efficiency Management of Merlimau Polytechnic. 2nd runner-up disandang oleh The Best Energy management From The Loa Brewery Company, LAO PDR dan 1st runner-up dimenangani oleh Energy Management of PT. Phapros TBK Semarang, Indonesia. Sebanyak tujuh belas kategori telah dipertandingkan dalam Asean Energy Award kali ini.

Anugerah telah diterima oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Hj Mohlis bin Jaafar bagi pihak Politeknik Merlimau dan beliau berkata bahawa Kemenangan ini merupakan satu kebanggaan kepada JPP dan Politeknik Merlimau kerana merupakan agensi kerajaan pertama yang telah melak-sanakan pengurusan kecekapan tenaga melalui Energy Performance Contract (EPC) dan telah memberi-kan kesan serta membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan kos utiliti.

Pada majlis anugerah ini, PMM telah menjadikan Malaysia antara Negara ASEAN yang diiktiraf dalam usaha integrasi tenaga. Sehubungan itu, projek ini akan diteruskan kepada 29 politeknik seluruh Malaysia bagi mendapatkan impak yang lebih besar kepada pengurangan jejak Karbon sebanyak 40%.

Negara-negara ASEAN telah bergerak ke hada-pan untuk mempromosikan integrasi tenaga supaya boleh digunakan di dalam pelbagai bidang seperti pembuatan dan pengeluaran.

30 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 31: Buletin Januari 2015 (Compile)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima Anugerah Bandaraya Persekitaran Lestari Asean 2014 (Environmentally Sus-tainable Cities Award) sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Asean di Vientiane, Laos pada 30 Oktober 2014 (Khamis).

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli Laos, Noulin Sinbandhit dan diterima oleh Datuk Bandar MBMB, YBhg. Datuk Zainal Abu.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima anugerah ini atas beberapa inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan seperti berikut :

ANUGERAH BANDARAYA PERSEKITARAN LESTARI ASEAN 2014(Environmentally Sustainable Cities Award)

Pengurusan alam sekitar dan promosi persekitaran segar di kawasan pentadbiran MBMB dengan mengambil kira beberapa ciri termasuk udara yang bersih, tanah serta pengurusan air yang tidak tercemar.

Larangan pelepasan minyak terus ke longkang dengan penguatkuasaan mandatory pemasangan Grease Trap.

Pemuliharaan Sungai Melaka dalam kategori pengurusan air yang tidak tercemar serta mengekal-kan keadaan semulajadi Sungai Melaka walaupun terdapat pembangunan pesat di sekitarnya.

Projek 'Melaka Clean Air for Smallest City'.

Mewartakan 'Green Low Carbon City' di kawasan-kawasan warisan.

Mewajibkan sistem pengumpulan air hujan untuk kelulusan bangunan.

Mengadakan taman di dalam kawasan hotel seperti King Hotel di Bachang.

Program penanaman pokok di kawasan MBMB setakat Oktober 2014 sebanyak 18,929 pokok telah ditanam.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 31

Page 32: Buletin Januari 2015 (Compile)

KURSUS AMALAN HIJAU NEGERI MELAKASIRI 6 TAHUN 2014

Kursus Amalan Hijau Negeri Melaka dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pendidi-kan mengenai teknologi hijau yang membantu dalam penjimatan tenaga dikalangan kakitangan awam dan swasta. Ia bertujuan untuk mendidik peserta dalam mengurangkan intensity pelepasan gas rumah hijau sekaligus dapat menanam disiplin diri agar lebih menghargai alam semulajadi dan memberikan komitmen yang tinggi untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar demi kepentingan bersama.

Kursus ini telah dijalankan dari tahun 2013, dan sehingga kini jumlah kakitangan yang terlibat telah menca-pai 598 orang. Majlis penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj Kamarudin Bin Md Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

YBhg. Datuk Hj. Kamarudin Md. Shah, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus. YBhg. Datuk Hj. Kamarudin Md. Shah, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus.

Kursus Amalan Hijau Negeri Melaka mendapat sambutan penyertaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan swasta. Kursus Amalan Hijau Negeri Melaka mendapat sambutan penyertaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan swasta.

Kursus Amalan Hijau Siri 6 telah diadakan pada 26 & 27 November 2014 bertempat di Hotel Swan Garden Melaka dan telah disertai seramai 62 orang. Penyertaan peserta dari luar Melaka telah meningkat dan menunjukkan maklumbalas positif. Kursus ini disasarkan kepada semua kakitangan kerajaan dan pihak swasta untuk menggalakkan penglibatan semua peringkat kakitangan dalam pelaksanaan pembangunan teknologi hijau di negeri Melaka.

32 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Page 33: Buletin Januari 2015 (Compile)

Penyertaan Kerajaan Negeri Melaka keLEDS Forum di Yogyakarta, Indonesia

Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menyertai Asia Low Emission Development Strategies (LEDS) And Green Growth Forum 2014 pada 10 hingga 13 November 2014 di Yog-yakarta, Indonesia.

Forum ini dianjurkan oleh Asia LEDS Partnership dan Indonesia National Council on Climate Change (DNPI), dengan sokongan daripada United States Agency for International Development (USAID), Climate and Development Knowledge Network (CDKN), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dan World Bank Group.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau 33

Page 34: Buletin Januari 2015 (Compile)

Untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada warga JAS Melaka tentang ciri - ciri hijau yang terdapat di bangunan tersebut. Antaranya penggunaan mentol cekap tenaga (LED), penggunaan tenaga solar di “street lighting”, Sistem Penguraian Air Hujan (SPAH) bawah tanah untuk kegunaan siraman tamanan pokok-pokok dan penggunaan “hybrid buggy” untuk pengangkutan. Semoga lawatan yang dijalankan ini akan memberi manfaat serta melahirkan warga JAS Melaka yang komited dalam amalan dan aplikasi teknologi hijau ke dalam budaya kerja organisasi JAS Melaka selaras dengan tujuan pengurangan karbon dan mitigasi perubahan iklim.

Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah sebahagian daripada kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu orang berinsuran PERKESO ataupun pekerja untuk menjalani proses pemulihan secara fizikal dan vokasional sehingga kembali ke alam pekerjaan. Bangunan yang siap dibina ini telah mendapat pengiktirafan “Green Building” (GBI) dan mempunyai ciri-ciri hijau yang mesra alam.

LAWATAN HIJAU WARGA JABATAN ALAM SEKITARMELAKA KE PUSAT REHABILITASI

34 Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa IINegeri Bandar Teknologi Hijau

Warga JAS Melaka semasa lawatan Penggunaan “hybrid buggy” untuk pengangkutanWarga JAS Melaka semasa lawatan Penggunaan “hybrid buggy” untuk pengangkutan

Bergambar beramai-ramai di hadapan bangunan PERKESOBergambar beramai-ramai di hadapan bangunan PERKESO

Sesi penerangan daripada pegawai Rehabilitasi Sistem Penguraian Air Hujan (SPAH) bawah tanah

Penggunaan tenaga solar di “street lighting”. Penggunaan mentol cekap tenaga LED di dalam bangunanPenggunaan tenaga solar di “street lighting”. Penggunaan mentol cekap tenaga LED di dalam bangunan

Page 35: Buletin Januari 2015 (Compile)
Page 36: Buletin Januari 2015 (Compile)

MELAKA M

AJU N

EGERIKU SAYAN

G FASA KE-llN

EGERI BAND

AR TEKNOLOGI H

IJAU

HA

RI TA

NPA

BEG PLA

STIKD

I NEGER

I MELA

KA

ww

w.m

elakagreentech.gov.my

P E R B A D A NAN

TE

KN

OLOGI HIJAU

ME

LA

KA

1 JANUARI 2015 SETIAP JUMAAT, SABTU & AHAD1 JANUARI 2016 SETIAP HARIBAWA BEG SENDIRI KETIKA MEMBELI-BELAHMARILAH BERSAMA MENYOKONG USAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA DALAM MENINGKATKAN KUALITI ALAM SEKITAR