buku_peraturan_disiplin_asrama_2015 edit poster.doc

32
PERATURAN ASRAMA 1 PELAJARAN KELAS ULANGKAJI 1.1 Semua penghuni asrama dimestikan menghadiri kelas ulangkaji seperti yang dijadualkan. 1.2 Dilarang membuat bising dan berjalan-jalan tanpa tujuan yang boleh menganggu suasana dan ketenteraman masa belajar. 1.3 Dilarang memakai pakaian yang tidak kemas, membuat kotor, membuat kerja-kerja lain daripada kerja- kerja sekolah, membawa alat-alat hiburan, handphone, bergurau, bergaduh, duduk tidak sopan, tidur dalam bilik belajar dan juga segala perbuatan dan kelakuan yang bersalahan dari segi moral seorang pelajar. 1.4 Kedatangan pelajar mestilah diambil oleh pengawas bertugas dengan kerjasama warden bertugas (Mengadakan buku kedatangan). 1.5 Pihak berkuasa asrama berhak membatal atau mengubah hari atau masa kelas ulangkaji bilamana perlu mengikut keadaan dan pertimbangan yang dibuat. 1.6 Kelas ulangkaji hanya boleh diadakan di bilik- bilik khas yang diuntukkan oleh pihak berkuasa asrama dengan peraturan-peraturan yang tertentu. 1.7 Penghuni mestilah mematuhi semua arahan dan bekerjasama menjaga bilik belajar. BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor 1

Upload: samsudin

Post on 18-Jul-2016

33 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

PERATURAN ASRAMA

1 PELAJARAN KELAS ULANGKAJI

1.1 Semua penghuni asrama dimestikan menghadiri kelas ulangkaji seperti yang dijadualkan.

1.2 Dilarang membuat bising dan berjalan-jalan tanpa tujuan yang boleh menganggu suasana dan ketenteraman masa belajar.

1.3 Dilarang memakai pakaian yang tidak kemas, membuat kotor, membuat kerja-kerja lain daripada kerja-kerja sekolah, membawa alat-alat hiburan, handphone, bergurau, bergaduh, duduk tidak sopan, tidur dalam bilik belajar dan juga segala perbuatan dan kelakuan yang bersalahan dari segi moral seorang pelajar.

1.4 Kedatangan pelajar mestilah diambil oleh pengawas bertugas dengan kerjasama warden bertugas (Mengadakan buku kedatangan).

1.5 Pihak berkuasa asrama berhak membatal atau mengubah hari atau masa kelas ulangkaji bilamana perlu mengikut keadaan dan pertimbangan yang dibuat.

1.6 Kelas ulangkaji hanya boleh diadakan di bilik-bilik khas yang diuntukkan oleh pihak berkuasa asrama dengan peraturan-peraturan yang tertentu.

1.7 Penghuni mestilah mematuhi semua arahan dan bekerjasama menjaga bilik belajar.

2 PELAJARAN WAKTU SEKOLAH

2.1 Mematuhi Jadual Waktu yang disedikan oleh pihak berkuasa sekolah.

2.2 Meninggalkan kawasan asrama selepas sarapan pagi di asrama jam 7.00 pagi.

2.3 Dilarang berada di asrama atau pun balik ke asrama pada waktu persekolahan.

2.4 Jika ada perkara yang mustahak untuk ke asrama, kebenaran mestilah diperolehi daripada pihak berkuasa sekolah kerana meninggalkan

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor1

Page 2: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

kelas/pelajaran untuk sementara (BUKAN dari pihak berkuasa asrama atau warden atau pengawas atau mana-mana guru). Jika diluluskan satu borang/Pas kebenaran Keluar akan diberi oleh pihak sekolah.

2.5 Penghuni yang dibenarkan balik ke asrama oleh pihak berkuasa sekolah mestilah berjumpa pengawal keselamatan/warden bertugas untuk menyerahkan/menunjukkan Borang/Pas kebenaran kelas/Sekolah.

3 PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN

3.1 Kemajuan pelajaran penghuni asrama akan diawasi oleh pihak berkuasa asrama dan apabila perlu laporan dihantar kepada penjaga.

3.2 Kemerosotan atau kegagalan memperbaiki prestasi pelajaran boleh dijadikan asas untuk seseorang penghuni dibuang asrama atau diambil tindakan-tindakan lain.

4 DISIPLIN DAN AKHLAK

4.1 Sentiasa berkelakuan baik, sama ada di asrama atau pun di luar asrama.

4.2 Aktiviti suaikenal berbentuk ’Ragging’ yang dikenakan kepada penghuni-penghuni baru secara menyiksa, menggunakan kekerasan, sehingga ada yang beroleh kecederaan fizikal dan penderitaan mental serta emosi sama sekali diharamkan, maka pelakunya akan diberhentikan dari sekolah dan asrama tanpa amaran.

4.3 Pengetua, Warden Asrama dan semua pengawas asrama adalah berkuasa menjalankan disiplin di asrama (dengan berpandu).

4.4 Tindakan disiplin akan dikenakan kepada pelajar yang melanggar peraturan-peraturan asrama.

4.5 Dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan melakukan perkara-perkara yang dianggap berat (lihat lampiran 'B') dan bertentangan dengan peraturan-peraturan asrama.

4.6 Dilarang bermain-main dan berlari-lari di dorm atau di koridor asrama pada bila-bila masa.

4.7 Seorang penghuni tidak boleh membuat bising yang menyebabkan kegusaran dan gangguan kepada orang lain.

4.8 Jika seorang penghuni melanggar arahan Pengetua, maka penghuni itu adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor2

Page 3: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

5 PAKAIAN HARIAN DAN PAKAIAN RASMI

5.1 Mesti sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan keadaan, tempat dan masa termasuk hari cuti atau hari kelepasan am (Terutama bila berurusan dengan pihak pejabat asrama).

5.2 Memakai pakaian seragam sekolah pada waktu persekolahan, ke hospital untuk rawatan, waktu sarapan pagi atau makan tengahari (waktu persekolahan).

5.2.1 Pakaian seragam sekolah lelaki 5.2.1.1 Baju berwarna pink5.2.1.2 Seluar biru gelap5.2.1.3 Kasut berwarna hitam5.2.1.4 Bertali leher sekolah5.2.1.5 Tali pinggang kanvas hitam

5.2.2 Pakaian seragam perempuan5.2.2.1 Baju berwarna pink5.2.2.2 Kain biru gelap5.2.2.3 Kasut berwarna hitam5.2.2.4 Bertudung warna pink

5.3 Baju pelajar lelaki mestilah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar.

5.4 Selipar getah hanya boleh dipakai ke tandas, bilik mandi, bilik basuh, bilik air, bilik sakit dan bilik rehat.

5.5 Pakaian yang besar, longgar dan tidak padan dengan badan penghuni yang memakainya adalah dilarang sama sekali.

5.6 Lencana asrama/sekolah hendaklah dipinkan/dijahit dengan kemas di sebelah kiri hadapan serta boleh dilihat dengan jelas.

5.7 Pakaian outing dan pakaian balik ke rumah diwajibkan berpakaian batik asrama atau pakaian seragam sekolah yang lengkap dan berkasut.

6 KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

6.1 Kebersihan dan kesihatan diri sendiri hendaklah sentiasa dijaga.

6.2 Pemeriksaan kebersihan diri penghuni dijalankan dari semasa ke semasa.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor3

Page 4: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

6.3 Sebarang jenis penyakit dan kemalangan mestilah dilaporkan kepada pihak berkuasa asrama.

6.4 Pesakit-pesakit, sama ada yang mendapat rawatan doktor sebagai pesakit luar, atau yang ditempatkan di bilik sakit, atau dimasukkan ke wad hospital atau pun diberi cuti oleh doktor, mestilah mendaftar dan direkodkan.

6.5 Pesakit kecemasan tidak perlu mengambil Kad Pelajar Asrama dan kes-kes begini boleh berurusan terus mengikut keadaan.

6.6 Pesakit yang memerlukan rawatan doktor pada hari persekolahan, mestilah berjumpa Guru Bertugas dan mestilah ke hospital pada sebelah pagi atau petang. Bagi hari kelepasan am dan cuti am, mestilah berjumpa pengawas bertugas untuk menemui warden bertugas.

6.7 Seorang penghuni tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejas kebersihan, kekemasan dan keceriaan semua tempat/kawasan di asrama.

6.8 Penghuni mestilah mengetahui peraturan keselamatan api dan pertolongan cemas dan mematuhi segala arahan yang berkaitan dengannya.

7 BILIK TIDUR

7.1 Bilik tidur pelajar mestilah sentiasa bersih, kemas dan teratur dan ceria.

7.2 Pemeriksaan akan diadakan setiap hari dan pemeriksaan mengejut akan diadakan dari semasa ke semasa.

7.3 Makanan tidak dibenarkan dimakan di bilik tidur kecuali kes-kes yang dibenarkan oleh pihak berkuasa asrama.

7.4 Pakaian dan alat-alat harian seperti tuala, sarong bantal, kain selimut, kasut sekolah, dan selipar mestilah bersih, kemas dan teratur dan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

7.5 Pakaian dan barang-barang basah, lembab atau kotor atau sudah berbau busuk dilarang disimpan di bilik tidur, tetapi mestilah diletak di bilik basuh, kecuali tuala mandi diletakkan di tempat yang disediakan.

7.6 Lampu-lampu mestilah dipadamkan tepat pada masa yang ditetapkan pada setiap malam.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor4

Page 5: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

7.7 Semua penghuni mestilah berada di bilik tidur sendiri sekurang-kurangnya lima minit sebelum lampu dipadamkan dan mestilah sudah bersedia untuk masuk tidur.

7.8 Mandi, menggosok gigi atau lain-lain perbuatan yang sepatutnya boleh dilakukan sebelum waktu masuk tidur adalah dilarang selepas loceng tidur dibunyikan.

7.9 Dilarang membawa masuk orang luar ke bilik tidur dan tidak digalakkan selalu membawa masuk penghuni-penghuni dari bilik lain yang boleh menggangu suasana sesuatu bilik tidur itu.

7.10 Setiap bilik tidur mestilah mempunyai organisasi yang tersendiri yang terdiri daripada, penghuninya dan bertanggungjawab kepada :-

7.10.1 Kebersihan asrama seluruhnya

7.10.2 Kebersihan tandas, bilik-bilik basuh, bilik air, bilik mandi

7.10.3 Kebersihan bilik rehat, bilik belajar, bilik sakit dan surau

7.10.4 Peraturan-peraturan susunan, kebersihan dan kekemasan bilik tidur, (serta perabut dan kelengkapan yang disediakan).

7.11 Dilarang membuat sambungan elektrik, memasang lilin, pelita atau ubat nyamuk.

7.12 Segala alat yang tidak bertuan hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa asrama atau disimpan di setor barang-barang mengikut kesesuaiannya.

7.13 Semua pelajar mesti tidur di katil masing-masing dan kebenaran daripada pihak berkuasa asrama diperlukan jika terpaksa tidur di luar asrama.

7.14 Jika seseorang penghuni dikehendaki mengosongkan atau berpindah dari tempat tinggalnya, ia hendaklah berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa asrama.

7.15 Dilarang tidur sekatil berdua.

7.16 Tidak dibenarkan mengadakan jamuan di dorm.

7.17 Semua bilik tidur mestilah dikunci pada waktu-waktu yang ditetapkan dari masa ke semasa.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor5

Page 6: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

8 DEWAN MAKAN

8.1 Pelajar dilarang masuk ke kawasan memasak.

8.2 Pelajar-pelajar mestilah makan pada masa yang telah ditetapkan. (akur kepada jadual makan).

8.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dari dewan makan ke dorm.

8.4 Pelajar-pelajar mestilah beratur untuk mengambil makanan dan hendaklah makan/minum dengan tertib dan sopan.

8.5 Selepas makan ‛tray’ mestilah diletakkan pada tempat yang disediakan selepas membuang sisa-sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan.

8.6 Jaga kebersihan dewan makan.

8.7 Pelajar-pelajar dilarang makan atau memasuki dewan makan selepas bermain dan memakai selipar.

8.8 Pinggan mangkuk dan peralatan khas dapur dan dewan makan tidak boleh dibawa keluar dari dewan makan.

8.9 AJK makanan dikehendaki menyediakan laporan bertulis tentang penyediaan makanan pada tiap-tiap hari, melaporkan pada pihak berkenaan segala betidakpuasan hati dan penyelewengan dari jadual menu yang ditetapkan.

8.10 Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah makan atau alahan, mestilah memberitahu Penyelia Asrama.

8.11 Pelajar yang ingin berpuasa hendaklah melaporkan kepada Penyelia Asrama lebih awal.

9 TANDAS, BILIK-BILIK AIR, MANDI DAN BASUH

9.1 Air hendaklah digunakan dengan jimat dan ditutup selepas digunakan.

9.2 Tandas hendaklah dipam selepas digunakan.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor6

Page 7: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

9.3 Dilarang sama sekali membuang benda-benda yang boleh menyekat saluran-saluran air dan najis.

9.4 Memahami peranan dan cara menggunakan tandas bilik air, bilik basuh dan mandi dengan betul. Untuk maskud ini maka :

9.4.1 Dilarang sama sekali meletakkan pakaian yang direndam atau dijemur di bilik mandi dan bilik tandas.

9.4.2 Dilarang mandi di dalam tandas.

9.4.3 Membasuh, merendam dan membasuh pakaian dalam sinki juga dilarang.

9.5 Menjaga keselamatan dan kesempurnaan alat kelengkapan yang disediakan di bilik-bilik berkenaan.

9.6 Pihak berkuasa asrama berhak bertindak menutup serta mengunci mana-mana satu bilik berkenaan jika didapati berlakunya kerosakan tanpa sebarang pengakuan dari penghuni yang sepatutnya bertanggungjawab.

10 PERALATAN PELAJAR

10.1 Bertanggungjawab ke atas keselamatan barang-barang sendiri dan juga penghuni dorm.

10.2 Telefon bimbit, alat-alat hiburan (seperti radio, kaset dll) dan lain-lain barang berharga dilarang sama sekali dibawa ke asrama.

10.3 Alat-alat yang membahayakan seperti pisau atau benda-benda tajam, dilarang disimpan di asrama (seperti juga yang tercatit dalam Lampiran ‛A’).

10.4 Semua beg besar atau kotak-kotak yang digunakan membawa barang-barang sendiri ke asrama mestilah disimpan di stor.

10.5 Mestilah mempunyai keperluan sendiri yang secukupnya sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa asrama dari masa ke semasa.

11 CUTI PENGGAL

11.1 Semasa cuti penggal, semua barang-barang sendiri yang tidak dibawa balik ke rumah disimpan di stor asrama atau almari persendirian dan dikunci.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor7

Page 8: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

11.2 Sebelum meninggalkan asrama, semua penghuni mestilah mematuhi peraturan-peraturan meninggalkan asrama semasa bercuti.

11.3 Almari mestilah ditinggalkan dengan berkunci dan dalam keadaan baik.

11.4 Semasa datang semula ke asrama selepas tamat cuti penggal, penghuni adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan masuk semula asrama.

11.5 Penghuni-penghuni dilarang memasuki secara ‛haram’ apabila sekolah dibuka bagi penggal berikutnya, kecuali setelah didaftarkan.

11.6 Jika asrama digunakan untuk penginapan, semua barang perlu dikeluarkan dan disimpan dalam stor asrama.

12 BILIK SAKIT

12.1 Apabila seseorang pesakit diarahkan tinggal di bilik sakit, maka adalah menjadi satu kesalahan jika pesakit tersebut mengengkari arahan itu malah masih tinggal di dorm.

12.2 Peraturan-peraturan bilik sakit adalah mengikut peraturan-peraturan dalam Fasal 7 di atas kecuali yang disebutkan dalam Fasal-Fasal berikut.

12.3 Dibolehkan menyalakan lampu semasa tidur.

12.4 Makanan boleh dibawa masuk ke bilik sakit dengan kebenaran penyelia atau warden.

12.5 Pesakit-pesakit adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam Fasal 8.6 di atas.

13 BILIK REHAT/PERPUSTAKAAN

13.1 Segala jenis surat khabar dan majalah yang disediakan tidak dibenarkan dibawa keluar dari bilik rehat/perpustakaan dan disusun dengan baik.

13.2 Pakaian kemas mengikut peruntukan-peruntukan dalam Fasal 5.

13.3 Senyap, berkelakuan baik, bersopan dan menjaga kemudahan yang disediakan.

13.4 Kemudahan-kemudahan membaca surat khabar dan majalah juga menonton televisyen hanya boleh diadakan dengan adanya kerjasama dan tanggungjawab bersama semua penghuni.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor8

Page 9: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

13.5 Menonton televisyen pada masa dan hari yang ditetapkan sahaja.

13.6 Semua jenis makanan dilarang sama sekali dibawa masuk ke bilik-bilik khas ini.

14 BILIK BELAJAR

14.1 Bilik ini hanya untuk kerja-kerja menulis dan melukis yang ada hubungan dengan kerja-kerja sekolah dan juga bagi menyelesaikan kerja-kerja rumah serta mentelaah mata pelajaran yang berkenaan (lihat Fasal 21.3)

14.2 Pakaian dan kelakuan penghuni di dalam bilik ini adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Fasal 5 di atas.

14.3 Keadaan bilik mesti sentiasa bersih, kemas dan ceria sebelum atau selepas digunakan.

15 KAWASAN LARANGAN

15.1 Pelajar dikehendaki menjauhi tempat-tempat berbahaya.

15.2 Pelajar dikehendaki berhati-hati di kawasan yang boleh mendatangkan kecederaan seperti tangga, bilik suis.

15.3 Pelajar dilarang bertenggek di tembok-tembok koridor.

15.4 Penghuni lelaki dilarang memasuki kawasan aspuri.

15.5 Penghuni perempuan dilarang memasuki kawasan aspura.

15.6 Penghuni dikehendaki berada di tempat yang ditetapkan mengkikut jadual harian.

15.7 Penghuni tidak dibenarkan berada didalam pondok pengawal keselamatan.

16 SURAU-KEGIATAN UGAMA

16.1 Penggunaan surau hanya untuk kegiatan agama sahaja.

16.2 Sembahyang mestilah seboleh-bolehnya mengikut waktu yang ditentukan selaras dengan jadual waktu asrama.

16.3 Segala kegiatan agama mestilah yang dirancang dan dengan kebenaran.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor9

Page 10: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

16.4 Diwajibkan semua penghuni Islam sembahyang berjemaah.

16.5 Semua pelajar Islam mestilah Sembahyang Jumaat berjemaah di Masjid dengan pakaian ’BAJU MELAYU’ rasmi sekolah.

16.6 Segala kegiatan dakwah atau aktiviti agama Islam yang melibatkan penghuni asrama mestilah dengan kebenaran pengetua atau ketua Warden.

16.7 Dilarang baring, lebih-lebih lagi tidur di dalam surau.

17 SUKAN, PERMAINAN & AKTIVITI KOKURIKULUM

17.1 Penghuni-penghuni diwajibkan mengambil bahagian dalam sukan dan permainan dan kokurikulum mengikut bidang yang ditetapkan diperingkat asrama dan sekolah.

17.2 Semua aktiviti mestilah dijalankan mengikut jadual yang diluluskan oleh pihak berkuasa asrama.

17.3 Semua peralatan sukan mestilah disimpan di stor sukan asrama.

17.4 Semua peralatan bagi aktiviti kokurikulum mestilah disimpan di bilik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa asrama dan bukan di bilik tidur atau lain-lain tempat yang tidak berkenaan.

17.5 Penggunaan semua kelengkapan ini adalah tertakluk kepada arahan yang diberi dari semasa ke semasa.

17.6 Setiap penghuni dimestikan memenuhi masanya dengan aktiviti berfaedah selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Fasal 4 dan Fasal 8.6 di atas.

17.7 Sekiranya cuaca tidak mengizinkan bagi kegiatan riadhah di luar asrama seperti permainan padang dan gelanggang, maka dibolehkan berada di bilik masing-masing dengan membuat kerja-kerja sekolah dan berehat.

18 PELAWAT

18.1 Sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah ada urusan dengan asrama maka dalam melaksanakan urusan itu mereka adalah tertakluk dengan peruntukan-peruntukan dalam Fasal 21.5 di bawah.

18.2 Dilarang berjumpa penghuni (anak/jagaan/saudara) sebelum mendapat kebenaran dari pihak berkuasa asrama.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor10

Page 11: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

18.3 Waktu melawat ialah pada hari kelepasan dan cuti am di antara pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

18.4 Pada hari-hari persekolahan, melawat hanya dibolehkan pada waktu persekolahan di sekolah dengan berjumpa pihak berkuasa di pejabat sekolah atas tujuan sangat mustahak.

18.5 Pelawat hanya dibenarkan melawat dan berjumpa di pondok pelawat dan dilarang sama sekali masuk ke dorm.

18.6 Pelawat yang diperlukan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah sahaja dibenarkan melawat.

18.7 Setiap pelawat dimestikan menunjukkan pas pelawat / pas kenderaan kepada pengawal keselamatan.

18.8 Pihak berkuasa asrama dan sekolah berhak menyoal sebarang pelawat yang dianggap tidak memuaskan atau disyaki.

18.9 Kesemua penghuni asrama menghormati mana-mana pelawat dan tetamu yang datang atau memasuki kawasan asrama dan sekolah.

19 KELUAR DARI ASRAMA

19.1 Dilarang keluar tanpa kebenaran pada bila-bila masa.

19.2 Keluar pada hari persekolahan pada waktu bersekolah dan sekiranya menjejas hari persekolahan hari berikutnya, mestilah mendapat kebenaran Pengetua.

19.3 Keluar pada hari persekolahan selepas waktu persekolahan tetapi tidak menjejas hari persekolahan pada hari berikutnya mestilah mendapat kebenaran pihak berkuasa asrama.

19.4 Dibenarkan balik ke rumah sebulan sekali sahaja.

19.5 Balik ke rumah kerana kecemasan, hanya untuk hal kematian , sakit tenat, kenduri untuk tujuan pergi umrah dan haji serta majlis walimatul urus hanya untuk keluarga kandung sahaja atau perkara yang difikirkan mustahak yang berkaitan dengan kesihatan murid atau kecemerlangan akedemiknya, mestilah mendapat kebenaran Pengetua atau Ketua Warden.

19.6 Keluar ke bandar hanya 2 minggu sekali pada hari dan masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa asrama.( Jika dibenarkan)

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor11

Page 12: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

19.7 Ibu bapa atau penjaga dilarang mengambil anak jagaan mereka di asrama untuk balik ke rumah atau dibawa keluar (bukan pada masa ditentukan/tanpa kebenaran).

19.8 Tidak dibenarkan balik ke rumah dengan tujuan mengambil barang-barang yang tertinggal.

19.9 Pelajar yang dibenarkan balik ke rumah bersendirian dikehendaki balik terus dan bukan ke tempat-tempat lain dahulu yang tidak ada kaitan dengan kebenaran yang diluluskan.

19.10 Dilarang bermalam di lain-lain tempat tanpa diberitahu kepada ibu bapa/penjaga secara bertulis.

19.11 Pihak berkuasa asrama boleh menahan seseorang itu dari keluar asrama sekiranya sebab-sebab yang diberi untuk tujuan tersebut tidak memuaskan atau tidak munasabah sama sekali.

19.12 Kebenaran balik hendaklah dibuat melalui permohonan dengan mengisi Borang Kebenaran Balik serta sesalinan Kad Pengenalan waris yang datang mengambil murid. Borang kebenaran balik dan buku outing hendaklah ditandatangni oleh Warden atau pengurusan sekolah sebelum murid dibenarkan meninggalkan kawasan asrama.

19.13 Penghuni atau murid tidak boleh keluar dari asrama dengan tujuan untuk tinggal di luar, jika tiada kebenaran atau dan pengesahan bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sah.

19.14 Kenderaan dilarang keluar/masuk ke kawasan asrama kecuali dengan kebenaran.

19.15 Penghuni atau murid perlu memaklumkan kepada ibubapa penjaga dengan jujur waktu boleh balik ke rumah yang dibenarkan oleh pihak pengurusan sekolah atau asrama.

20 YURAN ASRAMA

20.1 Mestilah dibayar sebelum dan selewat-lewatnya dalam satu bulan pada tiap-tiap penggal berkenaan.

20.2 Jika gagal berbuat demikian seperti di atas, penjaga hendaklah memberitahu secara bertulis sebelum tarikh yang sama di atas, kerana tiga hari selepas tarikh di atas pihak berkuasa asrama boleh menggantung penghuni tersebut.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor12

Page 13: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

20.3 Sekiranya dalam tempoh sebulan bagi penggal berkenaan, yuran tersebut masih tidak dijelaskan pembayarannya dan juga tidak menulis sebarang surat kepada pihak berkuasa asrama maka pelajar tersebut dianggap keluar asrama dengan kehendak sendiri dan wang pertaruhan makanannya jika ada akan digunakan untuk pembayaran bagi bulan berkenaan.

20.4 Yuran asrama hendaklah mengikut syarat-syarat dalam surat-surat pekeliling mengenai pembayaran yuran yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.

21 PERATURAN-PERATURAN AM

21.1 Kedudukan perabut dan kelengkapan asrama mestilah mengikut pelan dan kedudukan asal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa asrama dan tidak boleh diubah atau dikurangkan tanpa kelulusan pihak berkuasa asrama.

21.2 Segala kerja menulis atau melukis dilarang dilakukan di mana-mana bilik asrama kecuali dibilik belajar yang disediakan.

21.3 Menggosok pakaian di bilik menggosok, dan mengikut masa yang telah ditetapkan.

21.4 Penggunaan kemudahan-kemudahan asrama oleh pihak-pihak luar mestilah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asrama.

21.5 Dilarang menggunakan soket di bilik tidur, bilik belajar atau bilik-bilik khas untuk bermain radio/caj telefon bimbit.

21.6 Segala urusan asrama mestilah mengikut waktu dan peraturan berikut :

21.6.1 Waktu pejabat :Dipejabat sekolah atau pejabat asrama dengan berjumpa Pengetua terlebih dahulu.

21.6.2 Waktu persekolahan : Sama

21.6.3 Selepas waktu Persekolahan atau Hari Kelepasan Am :Jika sesuatu yang memerlukan perundingan dengan warden asrama boleh dibawa berjumpa warden bertugas dahulu.

21.7 Berjimat mengguna bekalan elektrik serta air dan untuk tujuan ini penghuni-penghuni adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Fasal 7.11 dan Fasal 9.2 di mana-mana di asrama.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor13

Page 14: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

21.8 Pengawas bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan-peraturan asrama dan menjaga disiplin penghuninya dan nama baik Asrama SMK Bandar Penawar.

21.9 Penghuni asrama mestilah sentiasa tertakluk kepada Peraturan Sekolah dan Fasal 4.5 di atas ada kaitannya.

21.10 Penghuni-penghuni mestilah patuh kepada segala arahan pengawas yang selaras dengan kehendak peraturan-peraturan asrama atau mana-mana peraturan serta kerjasama penghuni (Fasal 4.3 dan Fasal ada kaitannya).

21.11 Semua kerosakan harta benda asrama hasil perbuatan penghuni sendiri adalah menjadi tanggungjawab penghuni mengikut syarat-syarat yang ditentukan dari semasa ke semasa.

21.12 Guru-guru lain yang bukan warden asrama boleh diberi kuasa oleh Pengetua bila difikirkan perlu dengan kerjasama warden asrama untuk bertindak mengawasi hal ehwal penghuni asrama berasaskan garis panduan yang ditetapkan dari masa ke semasa.

21.13 Seseorang penghuni mestilah menggunakan premis asrama dengan cermat, bertanggungjawab dan tidak boleh melakukan sesuatu yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan.

21.14 Seseorang penghuni dilarang menceroboh dorm lain, bilik-bilik khas dan lain-lain kawasan yang ditetapkan.

21.15 Dilarang menganggu rakan-rakan.

21.16 Dilarang melakukan muat turun (download) bahan-bahan terlarang.

21.17 Dilarang menyertai mana-mana pertubuhan dan kegiatan luar tanpa kebenaran.

21.18 Tidak dibenarkan memiliki apa-apa jenis kenderaan di dalam kawasan asrama dans ekolah, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengetua.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor14

Page 15: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

PERKARA-PERKARA TATA TERTIB YANG DIANGGAP BERAT DI ASRAMA

1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

2. Membawa senjata yang merbahaya dengan niat jahat.

3. Memukul guru/warden/penyelia.

4. Mengancam guru/warden/penyelia atau pengetua.

5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah atau Pejabat Pendidikan.

6. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah.

7. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah/asrama.

8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.

9. Sesuatu perbuatan yang ditakrifkan dengan membuli.

Kumpulan II

Perbuatan-perbuatan melanggar peraturan yang dianggap kesalahan berat.

JENIS KESALAHAN TINDAKAN DAN HUKUMAN

1. Mengedar, menghisap, memiliki rokok atau bahan rokok dan bersubahat.

2. Merosakkan harta benda asrama atau sekolah dengan sengaja.

3. Bergaduh dan berlawan.

4. Keluar atau pulang tanpa kebenaran pengetahuan pihak warden.

5. Berkasih-kasihan dan bercumbuan.

6. Memalsukan tarikh cuti sakit.

7. Mengancam guru-guru, warden atau Pengetua.

1. Bagi kesalahan (1) hingga (19) tindakan seperti berikut akan dikenakan :

a. Amaran akhir bertulis kepada penjaga atau

b. Rotan tidak lebih 3 kali atau

c. Gantung Asrama atau

d. Buang asrama.

e. Rekod dalam kes laporan pelajar.

f. Mengganti kerosakkan mengikut harga semasa (bagi kesalahan 2 sahaja).

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor15

Page 16: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

8. Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran Pengetua.

9. Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah dan asrama.

10. Menghidu gam.

11. Masih membantah hukuman guru sekalipun tiga/empat kali amaran.

12. Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru, warden atau pengetua.

13. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.

14. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Pengetua, warden sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.

15. Masuk kawasan asrama tanpa kebenaran waktu persekolahan.

16. Memetik buah-buahan dikawasan asrama dan sekolah tanpa kebenaran.

17. Tidak balik ke asrama pada masa yang telah ditetapkan.

18. Merosakkan harta benda guru, pengetua atau warden dan murid-murid.

19. Buli

2. Bagi kesalahan (17) tindakan diambil seperti berikut :

a. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke asrama dan di arah balik segera ke rumah. Untuk masuk semula ke asrama hendaklah dihantar oleh penjaga dengan jaminan bertulis.

b. Amaran bertulis kepada penjaga

c. Melakukan kesalahan yang sama kali kedua, akan digantung asrama atau buang asrama.

d. Catat dalam kad laporan pelajar.

3. Bagi kesalahan (18) pelajar terlibat akan diambil tindakan berikut :

a. Denda membayar ganti rugi mengikut harga semasa yang ditetapkan.

b. Melakukan kesalahan yang sama berikutnya akan digantung atau buang asrama.

Kumpulan III

Perbuatan-perbuatan melanggar peraturan yang dilakukan kerana anti sosial, tidak jujur dan tidak sopan.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor16

Page 17: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

KESALAHAN TINDAKAN DAN HUKUMAN1. Tidak sopan dalam surau dan berada di

surau bukan tujuan ibadah.

2. Tidak mengikut peraturan dewan makan dan tidak sopan.

3. Bercakap bohong dan menipu.

4. Berbahasa kasar dan mencarut.

5. Tidak menghormati guru, warden, jaga, pengawas/AJK Asrama. Memberi salam amat digalakkan.

6. Membawa, mendengar radio dalam dorm.

7. Berkeliaran luar kawasan asrama selepas jam 6.50 petang.

8. Menggunakan kataa-kata lucah.

9. Membuat bising dalam dorm dan kawasan asrama.

10. Bergurau, berkejaran dalam dorm, koridor/beranda, tangga, surau dan sekitar rumah warden.

11. Meniru tandatangan ibu bapa/penjaga.

12. Bercakap bohong dan menipu.

13. Merosakkan atau menghilangkan kad balik kampung dan kad keluar bandar.

14. Menerima atau menulis surat-surat percintaan asrama.

1. Bagi kesalahan (1) hingga (18) tindakan akan dikenakan :

a. Amaran secara lisan kepada pelajar dan bertulis kepada penjaga.

b. Dicatat dalam kad laporan pelajar.

c. Melakukan kesalahan yang sama sebanyak 3 kali tindakan gantung asrama atau buang asrama.

2. Bagi kesalahan no. (12) pelajar yang terlibat akan didenda membayar kepada pihak asrama sebanyak RM 5.00 bagi sekeping kad.

a. Surat-surat yang disyaki ditujukan kepada pelajar boleh dibuka pihak warden.

b. Surat berunsur cinta/kekasihan tidak akan diserahkan kepada pelajar.

c. Amaran lisan kepada pelajar dan amaran bertulis kepada penjaga.

d. Catat dalam kad laporan pelajar.

e. Melakukan kesalahan sebanyak 3 kali boleh digantung atau buang asrama.

Kumpulan IV

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor17

Page 18: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

Perbuatan-perbuatan melanggar peraturan yang dilakukan kerana tidak berminat dalam pelajaran.

KESALAHAN TINDAKAN DAN HUKUMAN1. Ponteng sekolah.

2. Ponteng kelas belajar di asrama.

3. Bermain, bergurau masa belajar.

4. Membuat bising dan mengganggu kelas belajar.

5. Tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh guru.

6. Tidak mengikut peraturan bilik belajar.

7. Mengubah atau memalsukan markah / ujian peperiksaan sekolah.

8. Malas belajar.

9. Menggunakan masa belajar untuk membuat kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan pelajaran (kecuali dengan kebenaran).

10. Berada dalam dorm, tidur masa belajar.

11. Merosakkan perabut dan sebarang perkakasan yang terdapat di dalam bilik belajar.

12. Membawa dan mendengar radio di dalam bilik belajar.

1. Bagi semua kesalahan (1) hingga (12) amaran lisan kepada pelajar dan bertulis kepada penjaga akan dikenakan :

Bagi kesalahan (11) pelajar terlibat boleh didenda untuk memperbaiki kemudahan yang dirosakkan, atau menggantikan mengikut harga semasa yang ditetapkan.

Bagi kesalahan (12) radio kepunyaan pelajar terlibat akan dirampas oleh pihak warden.

Kumpulan V

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan kerana tidak mematuhi peraturan menjaga kebersihan diri dan sekitar.

KESALAHAN TINDAKAN DAN HUKUMAN1. Tidak menjaga kebersihan dorm seperti 1. Bagi kesalahan (3) dan (4) pakaian

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor18

Page 19: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

diarahkan oleh ketua dorm.

2. Menconteng, menampal gambar pada loker (kecuali dengan kebenaran).

3. Meletak kasut tidak apda raknya.

4. Menyidai pakaian di katil dan di tempat-tempat lain selain dari tempatnya yang disediakan.

5. Tidak memasang cadar (putih dan bersih).

6. Bantal tidak disarung.

7. Membuang sampah merata-rata dalam dorm dan lain-lain tempat.

8. Tidak menjalankan tugas mengawasi kebersihan kawasan dan bangunan seperti yang dijadualkan.

9. Tidak menjaga kebersihan meja makan dan dewan makan.

10. Tidak beratur sebelum masuk dewan makan.

11. Berebut di dewan makan.

12. Tidak membuang lebihan makan dari tray yang digunakan ke tempat yang digunakan ke tempat yang disediakan.

13. Menyimpan pakaian basah dan kotor dalam dorm.

14. Tidak mandi dan berbau busuk.

15. Tidak menyimbah tandas selepas digunakan.

16. Membuang sampah ke dalam mangkuk tandas.

berkenaan akan dirampas oleh pihak warden dan disimpan dalam stor dan tidak dikembalikan.

2. Bagi kesalahan (5) dan (6) tilam dan bantal akan disimpan oleh pihak warden selama tiga hari.

3. Bagi semua kesalahan (1), (7), (19), dan (19) akan didenda menjaga kebersihan tempat-tempat berkenaan tiap-tiap hari selama seminggu.

4. Bagi kesalahan (2) akan didenda membersihkan semua loker dorm-dorm yang berkenaan.

5. Bagi kelasahan (9), (10), (11) dan (12) akan didenda menjaga kebersihan meja dan dewan makan tiap-tiap hari selama seminggu.

6. Bagi kesalahan (13) pakaian tersebut akan dirampas.

7. Bagi kesalahan (8), (15), (16) dan (17) akan didenda membersihkan tandas dan bilik air tiap-tiap hari selama satu minggu.

8. Bagi kesalahan (1) hingga (22) sebanyak 3 kali akan diambil tindakan gantung asrama serta dicatat dalam kad laporan pelajar.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor19

Page 20: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

17. Membuang sampah dalam bilik air.

18. Mencemar kebersihan asrama, dewan makan dan sekitar asrama.

19. Membuang sampah di koridor luar.

20. Tidur lewat, padam lampu lewat.

21. Membazir air.

Kumpulan VI

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan kerana tidak mematuhi peraturan aktiviti kokurikulum dan kegiatan asrama.

KESALAHAN TINDAKAN DAN HUKUMAN1. Tidak sembahyang berjemaah disurau

waktu Subuh, Maghrib & Isyak.

2. Tidak sembahyang Jumaat.

3. Tidak turun bersukan, berada dalam dorm selepas 5.00 petang.

4. Lambat balik ke dorm selepas bersukan atau aktiviti lain.

5. Ponteng aktiviti persatuan, Kelab atau Unit Pakaian Seragam. Setiap pelajar adalah diwajibkan aktif dalam satu aktiviti sukan dan satu persatuan atau kelab atau unit pakaian seragam.

6. Tidak berpakaian sukan seperti yang ditetapkan.

7. Tidak berpakaian sesuai ketika bersukan, persatuan/kelab.

8. Singgah ke kedai atau tidak terus balik

1. Amaran lisan dan bertulis kepada penjaga.

2. Dicatat dalam kad laporan/demerit pelajar.

3. Melakukan kesalahan yang sama sebanyak 3 kali boleh digantung asrama atau dibuang asrama.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor20

Page 21: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

ke asrama, selepas sembahyang Jumaat.

Kumpulan VII

Perbuatan-perbuatan yang melanggar perkara-perkara yang dilarang sama sekali.

KESALAHAN TTINDAKAN DAN HUKUMAN1. Membawa barang kemas dan pakaian

berharga seperti kasut kulit dan kasut yang mahal-mahal.

2. menyimpan wang belanja atau lain bayaran melebihi RM 10.00 dalam asrama.

3. Menyimpan alatan merbahaya di asrama juga alatan elektrik yang menggunakan kuasa elektrik bangunan. Alat seperti mancis, lilin, ubat nyamuk juga dilarang.

4. Memakai seluar ‛jean’ sama ada dari segi potongan mahupun dari segi jenis kainnya.

5. Pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata sebagai seorang pelajar sekolah.

6. Tali pinggang yang saiznya melebihi 50 mm dan berkepala besi/logam yang ‛fashionable’ (dan boleh dijadikan senjata).

1. Pihak sekolah/asrama tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barang-barang pada kesalahn (1) dan (2).

2. Barang-barang kepunyaan pelajar yang melakukan kesalahan (3) dan (5) akan dirampas oleh pihak warden dan disimpan distor. Barang-barang ini tidak akan dikembalikan.

3. Semua kesalahan ang dilakukan dari (1) hingga (6) akan diberi amaran terakhir lisan dan bertulis kepada penjaga.

4. Direkod dalam kad demerit pelajar.

5. Melakukan kesalahan yang sama sebanyak tiga kali boleh diambil tindakan gantung atau buang asrama.

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor21

Page 22: BUKU_PERATURAN_DISIPLIN_ASRAMA_2015 EDIT POSTER.doc

BUKU PERATURAN ASRAMA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Badar Penawar, Kota Tinggi, Johor22