buku tunai 1

14
sekolah yang dikaji bertaraf Pusat Tanggungjawab. Jawatankuasa Kewangan telah ditubuhkan, iaitu terdiri daripada pengerusi (guru besar), timbalan pengerusi (penolong kanan I), naib pengerusi 1 (penolong kanan hal ehwal murid), naib pengerusi 2 (penolong kanan ko-kurikulum)

Upload: marina-mas

Post on 01-Oct-2015

273 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

buku tunai

TRANSCRIPT

Slide 1

sekolah yang dikaji bertaraf Pusat Tanggungjawab.Jawatankuasa Kewangan telah ditubuhkan, iaitu terdiri daripada pengerusi (guru besar), timbalan pengerusi (penolong kanan I), naib pengerusi 1 (penolong kanan hal ehwal murid), naib pengerusi 2 (penolong kanan ko-kurikulum)

Ahli jawatankuasa terdiri daripada kerani kewangan sekolah dan ketua panitia setiap mata pelajaran.Peruntukan yang diterima adalah dari Kementerian Pendidikan Malaysia.Sumber kewangan lain termasuk sumbangan dari Persatuan Ibu Bapa & Murid.

Pembahagian geran adalah seperti berikut: (a) Mata pelajaran teras (60%): i. Bahasa Inggeris = 30% ii. Matematik = 30% iii. Sains = 40%

(b)Bahasa Malaysia, Kajian Tempatan/Reka Bentuk & Teknologi, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Bahasa Cina, 40% setiap mata pelajaran.

(c)Mata Pelajaran Wajib: Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik.

(d) Bimbingan dan Kaunseling, dan Pusat Sumber.

Setiap perbelanjaan dan pembayaran direkod dalam buku tunai.Setiap penerimaan peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuktikan dengan buku resit.Untuk memastikan pematuhan dalam pengurusan kewangan, pihak pentadbir akan: i. Melantik juruaudit dalaman. ii. Pelantikan jawatankuasa di sekolah. iii. Mengadakan pemeriksaan mengejut.

iv. Penyediaan rekod/dokumen kewangan untuk pengauditan.

Pekeliling/ Akta-Akta dalam menjalankan tugas pengurusan kewangan terdiri daripada: i. Seksyen 130(m), Akta Pendidikan 1996- pihak sekolah dikehendaki menyelenggara dan menyimpan akaun- akaun dan rekod kewangan dengan sempurna.

Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002, Akta Pendidikan 1996 - menyediakan suatu penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum.- mengemukakan penyata kewangan tersebut kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang kemudiannya dikemukakan kepada Bahagian Audit Sekolah tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya.

iii. Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002, Akta Pendidikan 1996. - semua sekolah dikehendaki mematuhi tatacara yang terkandung di dalam buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah. Penggunaan tatacara ini juga tertakluk kepada pekeliling dan surat pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.- Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.

Tatacara mengakaunkan terimaan di sekolah:Sekolah hendaklah mengeluarkan resit rasmi yang ditetapkan bagi memperakui setiap terimaan. Resit rasmi yang digunakan di sekolah adalah seperti berikut:Resit Rasmi Pejabat (RP.01) dikeluarkan oleh Pengurus sekolah bagi setiap penerimaan.Resit Rasmi Murid (RM.01) dikeluarkan oleh guru kelas/warden/penyelia asrama kepada murid.

Sekolah hendaklah menggunakan buku resit yang berasingan bagi setiap kumpulan wang.Sekolah hanya dibenarkan memperolehi buku resit daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).Semua terimaan melalui pos hendaklah direkodkan di dalam Daftar Penerimaan Wang Melalui Pos. Resit untuk terimaan ini hendaklah dihantar melalui pos ke alamat pembayar. Nombor resit hendaklah dicatat dalam daftar ini dan seterusnya direkodkan di dalam buku tunai.

Berpandukan resit yang dikeluarkan, Pengurus sekolah hendaklah menentukan jenis kumpulan wang bagi terimaan tersebut untuk direkod dalam buku tunai.Setiap Resit Rasmi Pejabat yang dikeluarkan termasuk yang dibatalkan hendaklah direkod dalam buku tunai pada hari yang sama.Pungutan tanpa mengira jumlahnya yang masih ada dalam tangan hendaklah dimasukkan ke akaun bank sekolah pada hari kerja yang akhir dalam bulan berkenaan.

Salinan Slip Bayar Masuk Bank yang telah diakui terima oleh bank hendaklah disemak dengan buku tunai oleh Pengurus Sekolah dan ditandatangan ringkas beserta tarikh sebelum difailkan mengikut jenis kumpulan wang.Pungutan juga boleh dimasukkan ke akaun bank melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine). Slip urusniaga dan salinan fotokopinya hendaklah ditandatangan ringkas beserta tarikh oleh Pengurus Sekolah dan difailkan dengan sempurna.

Segala rekod adalah selaras dengan transaksi yang dilakukan.Pengurusan kewangan sekolah akan diaudit oleh Pejabat Audit Negeri setahun sekali.Kerani kewangan telah menghadiri kursus pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh pihak-pihak tertentu. Risiko dan cabaran dalam pengendalian penerimaan tunai dan buku tunai termasuklah kehilangan duit, salah pengiraan, salah masuk akaun, duit tidak boleh bermalam iaitu duit yang diterima mesti dimasukkan dalam bank hari itu juga. Pengurusan kewangan di sekolah boleh ditambahbaikan dengan mengadakan pelbagai kursus yang selaras dengan pengurusan kewangan secara khusus.