buku - tarikh tasyri'-3

Upload: kami05053950

Post on 18-Oct-2015

262 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Buku berkaitan sejarah perjalanan hukum.

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    1/47

    TARIKH TASYRI ISLAMI

    Mohd Khir Johari bin Abas .

    MUQADDIMAH

    Pengertian

    : Menetapkan waktu berlaku sesuatu perkara. Kemudian hamzah dibuangkan untukmeringankan sebutan .Maksudnya : Waktu yang sama ketika perkara tersebut berlaku. Kemudian

    penggunaannya diperluaskan termasuk setiap perkara dan kejadian yang berlaku pada

    masa-masa tertentu.

    :Merupakan perkataan yang mempunyai maksud pelbagai. Di antaranya :

    i. Jalan yang lurus

    Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau)

    menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka

    Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak

    mengetahui (perkara Yang benar)1.

    ii. Tempat laluan air.

    1Surah Al-jathiyah : 18

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    2/47

    Kemudiannya para ulamak menggunakan lafaz syara untuk merujuk kepada hukum-

    hukum yang yang ditetapkan Allah untuk membentuk hamba-hambanya menjadi

    mukmin yang beramal untuk kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

    Kepentingan Syariah untuk semua.

    1. Mengawal kemahuan dan kehendak manusia dari mengikut tuntutan nafsu

    semata-mata.

    2. Mengiktiraf manusia sebagai hamba dengan mengikut segala ketentuan yang

    ditetapkan.

    Perbezaan di antara : Adalah set undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh

    manusia, bertujuan memudahkan urusan dan menyusun kehidupan mereka .

    Perbezaan di antara :i. Tasyri Ilahi bertujuan membentu budi pekerti yang mulia di kalangan

    masyarakat. Manakala Tasyri Al-WadI tidak lebih dari memelihara hak-

    hak dirinya dan hak-hak orang lain.

    ii. Tasyri Ilahi terbina di atas komponen suruhan dan larangan. Manakala

    tasyri wadi adalah semata-mata larangan dan suruhan adalah datang

    secara tidak langsung.

    iii. Tasyri Ilahi adalah undang-undang yang di tuntut kita mengabdikan diri

    pada penggubalnya. Manakala Tasyri Wadi tidak lebih sekadar hukuman

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    3/47

    seandainya berlaku perkara yang melanggarnya. Manakala bagi yang

    patuh tidak ada sebarang ganjaran diberikan.

    iv. Tasyri Ilahi menghukum apa yang berada di luar dan di dalam. Manakala

    Tasyri Wadi memengrlukan bukti dan penyaksianyang zahir.

    v. Adakalanya undang-undang manusia membolehkan apa yang dilarang

    Allah.

    Perkembangan

    1. Pada zaman Nabi S.A.W.

    2. Pada zaman Khulafa ar-Rasyidin

    3. Selepas zaman Khulafa ar-Rasyidin sehingga awal kurun kedua .

    4. Pada awal kurun kedua sehingga pertengahan kurun keempat hijrah.

    5. Pada pertengahan kurun keempat sehingga kejatuhan baghdad.

    6. Dari kejatuhan baghdad sehingga kini.

    Perbahasan

    Meliputi :

    1. Tempoh tadrij hukum

    2. Faktor-faktor yang mempengaruhi dan ciri-ciri spesifikasinya .

    3. Fuqaha dan mujtahid .

    4. Pemikiran para mujtahid serta sistem pemikiran yang dipakai atau sistem

    istinbath.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    4/47

    KEPENTINGAN MEMAHAMI SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM

    1. Melalui kajian tarikh tasyri kita dapat mengetahui prinsip dan tujuan syariat Islam.

    2. Melalui kajian tarikh tasyri kita dapat mengetahui kesempurnaan Islam di dalam

    seluruh aspek kehidupan.

    3. Menghargai usaha dan jasa para ulama, bermula dari para sahabat Rasulullah saw

    hingga para imam dan murid-murid mereka dalam mengisi khazanah ilmu dan peradaban

    kaum muslimin.

    4. Mengetahui punca perbezaan pandangan di kalangan para Ulamak di dalam

    mengeluarkan hukum. Justeru menerima perbezaan ini sebagai suatu kesempurnaan dan

    bukan membawa kepada perpecahan.

    SYARIAH ISLAMIYAH.

    Syariah Islamiyah adalah set hukum-hukum yang ditetapkan Allah untuk manusiakeseluruhannya melalui perantaran Nabi S.A.W. yang dikandungkan di dalam Al-Quran

    dan Hadith.

    TOPIK PERBAHASAN SYARIAH ISLAMIYAH.

    1. Hukum-hukum Itiqad ( ( Terkandung di dalam perbahasan hukum-hukum Itiqad adalah semua

    perkara yang bersangkutan dengan ilmu tauhid yang menyucikan zat Allah

    S.W.T, mengakui kewujudan malaikat, para nabi, jin, qiyamah, syurga dan

    neraka. Bagi menjelaskan masalah ini para ulamak meletakan Ilmu tauhid

    bagi membahaskannya.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    5/47

    2. Hukum-hukum Wujdaniyah ( ) Terkandung di dalam perbahasan hukum-hukum al-wujdaniah adalah

    segala yang berkaitan dengan akhlak, seperti sifat zuhud, wara, sabar dan

    al-hilm. Bagi menjelaskan perkara ini ulamak menyusun ilmu akhlak atau

    tasawuf.

    3. hukum-hukum perbuatan ( ) Terkandung di dalam hukum-hukum perbuatan adalah semua perkara yang

    bersangkutan dengan hubungan manusia dengan manusia, hubungan

    manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan Allah dalam bentuk

    amalan dan perbuatan, seperti solat, jual beli, niat iktikaf dan zakat. Bagi

    menjelaskan masalah ini para ulamak menyusun ilmu fiqh.

    Tarikh Tasyri( ) hanya membincangkan tentang perkembangan ilmu Fiqhbermula dari zaman Nabi sehinggalah terbentuknya mazhab-mazhab Fiqh seperti Mazhab

    Syafiie, Mazhab Hanafi, Mazhab Syiah, Mazhab Imam Laith, Mazhab Az-Zaidiyah dan

    sebagainya sehinggalah zaman sekarang ini. Pada kuliyah yang lalu sudah diceritakan

    tentang peringkat perbahasan ilmu Tarikh Tasyri( ). Oleh yang demikianadalah menjadi suatu keperluan untuk kita memahami makna dan pengertian Fiqh. Fiqh dari sudut bahasa bererti Faham dan Mengetahui. Berdasarkan Firman Allah S.W.T :

    Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi

    berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara

    mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang

    dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    6/47

    berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka

    dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).2

    Maksud perkataan di dalam ayat tersebut adalah

    FAHAM , MENGETAHUI keseluruhan perkara yang berkaitan dengan agama.

    Fiqh dari sudut Istilah : Ilmu berkaitan hukum-hukum Syariyah Perbuatan yang diperolehi ( hukum-hukum

    tersebut ) daripada dalil-dalil yang terperinci.

    Maka berdasarkan takrifan ini seseorang yang mahir dalam ilmu fiqh digelar sebagai Al-

    Faqih atau Fuqaha bagi jamak ( ramai ) . Takrif bagi Faqih adalah :Seseorang yang mempunyai kemampuan khusus dan keupayaan mengistinbat (

    menghasilkan ) hukum-hukum syara daripada dalil-dalilnya yang terperinci. Dengan

    Istilah ini Faqih dan Mujtahid adalah sama.

    Perbezaan di antara Fiqh dan Syariah

    1. Syariah itu umum meliputi Fiqh, Tauhid dan Tasawuf. Manakala Fiqh adalah satu

    bahagian dari Syariah tersebut.

    2. Syariah meliputi hukum dan kaedah-kaedah penurunan Al-Quran dan periwayatan

    Hadith Nabi S.A.W. Manakala fiqh adalah dari sudut pelaksanaan. Merujuk

    lepada hukum-hukum yang dihasilkan dari Al-Quran dan Al-Hadith.

    METHOD PENSYARIATAN PADA KENABIAN

    2At-Taubah 122

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    7/47

    Nabi S.A.W. menyampaikan syariat kepada manusia melalui berberapa perantaraan, di

    antaranya ;

    1. Meletakan hukum bagi kejadian-kejadian dan soalan-soalan yang diajukan kepada

    baginda S.A.W. Adakalanya baginda S.A.W. memberikan jawapan bagi

    merungkai persoalan mereka dengan satu ayat atau berberapa ayat dari Al-Quran.

    Sebagai contohnya :

    Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan

    (dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu

    belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak

    yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan

    (ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah

    sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya).

    Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang Dalam

    bulan Yang dihormati; katakanlah: "Peperangan Dalam bulan itu adalah berdosa besar,

    2. Adakalanya baginda S.A.W mengutarakan jawapan berdasarkan pandangan

    baginda S.A.W ( wahyu dalam bentuk hadith ),atau perbuatan baginda S.A.W.

    Sebagai contohnya badinda pernah ditanya :

    : .

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    8/47

    Maksudnya : Kami menaiki sampan pada suatu hari, adakah kamu boleh

    berwudhu dengan air laut ?. Maka Nabi S.A.W menjawab : Ia ( laut itu ) suci

    airnya dan halal bangkai di dalamnya.

    Begitu juga di dalam bab haji. Baginda S.A.W. bersabda :

    Ambillah dariku cara ibadat kamu.

    PERKEMBANGAN PERUNDANGAN PADA ERA INI.

    Pada era ini syariat turut selari dengan kehendak dan keperluan manusia. Ia juga selari

    dengan situasi masyarat awal ketika itu. Seperti mana manusia berkembang dari satu

    peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi maka syariat juga begitu. Manusia berubah

    dari kanak-kanak menjadi remaja, kemudian menjadi dewasa dan akhirnya tua. Hukum

    melalui peroses yang sama pada peringkat-peringkat yang tertentu. Bagi memahami

    situasi ini saya datangkan dengan berberapa contoh peningkatan atau perkembangan di

    dalam pensyariatan ini.

    Perkembangan syariat pada era ini terbahagi kepada dua jenis.

    Pertama : Perkembangan di dalam pelbagai hukum yang berlainan yang turun satu demi

    satu dan bukannya turun dalam bentuk keseluruhannya.

    Kedua : Perkembangan di dalam hukum yang sama. Berubah dari sautu peringkat kepada

    peringkat yang lain.

    Contoh 1 : Hukum solat .

    Pada awal Islam solat yang di tuntut cumalah dua rakaat dan ditunaikan 2 kali sehari ,

    iaitu pada waktu pagi dan malam. Hal ini kerana Islam masih baru. Dengan tuntutan yang

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    9/47

    berat akan menyebabkan mereka terbeban dengan hukum-hukum Islam. Apabila

    keenakan beribadah sudah wujud di dalam hati mereka maka, Allah S.W.T menurunkan

    kewajipan solat menjadi lima kali sehari semalam.

    Contoh 2 : Hukum zakat .

    Pada permulaannya kadar yang wajib dikeluarkan bagi zakat adalah tidak ditetapkan.

    Iaitu keluarkan apa yang terlebih dari keperluan harian. Walau bagaimanapun pada tahun

    yang ke-2 Hijrah zakat diwajibkan. Banyak ayat yang turun menceritakan tentang

    kewajipannya. Kemudian Baginda S.A.W menetapkan harta-harta yang tertentu dengan

    jumlah yanng tertentu di dalam hadith-hadith baginda S.A.W.

    Contoh 3 : Hukum pengharaman arak.

    Masyarakat arab pada suatu masa dahulu menjadikan arak sebagai minuman asasi. Oleh

    kerana itu Islam datang dengan pengharaman yang berperingkat-peringkat.

    Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram

    dan makanan serta minuman Yang halal; Sesungguhnya pada Yang demikian itu

    terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang mahu

    menggunakan akalnya.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    10/47

    Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah:

    "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi

    dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan

    Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang

    (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan

    mengetahui akan apa Yang kamu katakan.

    Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan

    berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya)

    kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu

    berjaya.

    Contoh 4 : Hukum pengharaman zina

    Pada peringkat pertama perempuan yang berzina dihukumkan dengan kurungan di rumah

    manakala lelaki si penzina dihukum dengan celaan dan hukuman yang tertentu.

    Kemudian Allah S.W.T menurunkan ayat hukuman sebat bagi perempuan yang belum

    berkahwin.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    11/47

    Manakala perbuatan baginda S.A.W yang merejam seorang perempuan bernama

    Ghamidiyah dan pasangannya Maiz kerana berzina. Kedua-dua mereka adalah penzina

    yang sudah berkahwin.

    ERA PEMBINAAN DAN PENYEMPURNAAN HUKUM

    Kita telah dijelaskan pada k topik yang lalu bagaimana peranan era permulaan dan

    pengasasan syariat di dalam membuka ruang terhadap perkembangan dan membuka

    ruang ijtihad kepada para sahabat. Pada era ini juga fiqh itu terbatas hanya kepada

    perkara-perkara asas dan dasar-dasar terhadap hukum-hukum tertentu. Justeru membuka

    ruang yang sangat luas di hadapan para Mujtahid untuk menghuraikannya selari dengan

    tuntutan dan garis panduan yang telah disediakan.

    Maka, bolehlah kita simpulkan bahawa pada era kedua ini, iaitu era pembinaan dan

    penyempurnaan ini adalah era perkembangan ijtihad dan menghasilkan hukum-hukum

    tatkala wujudkannya persoalan-persoalan yang menuntut kepada hukum. Pada era ini

    wujudlah pandangan-pandangan dari para sahabat di dalam pelbagai hukum, samada

    pandangan itu datang dari segolongan sahabat atau pandangan persendirian mereka.

    Secara umumnya era ini bermula pada tahun ke 11 Hijrah dan berlangsung sehinggalah

    pertengahan kurun ke 14 Hijrah. Dalam tempoh ini kita akan melihat perkembangan fiqhdalam 3 peringkat :

    i. Era Khulafa ar-Rasyidin

    ii. Era Umawiyah

    iii. Era Abbasiyah

    ERA KHULAFA AR-RASYIDIN

    Era ini dikira sebagai era permulaan di dalam tempoh pembinaan dan penyempurnaan

    hukum Fiqh. Bermulanya era ini selepas kewafatan Baginda S.A.W. pada tahun ke 11

    Hijrah sehinggalah hujung pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin pada tahun 40 Hijrah.

    Selepas sempurnanya perletakan asas Syariat pada zaman Nabi S.A.W., maka para

    sahabatlah yang menjadi pendokong dan penerus perjuangan Nabi S.A.W di dalam

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    12/47

    memastikan syariat sentiasa terbela dan berterusan. Khususnya di dalam berhadapan

    dengan pelbagai persoalan-persolan baru yang sering wujud di dalam masyarakat.

    Dengan keistimewaan yang dianugerahkan Allah kepada para sahabat R.A dan setelah

    meneliti dengan mendalam setiap perkara, mereka mampu untuk memikul tugas yang

    berat ini. Mereka adalah golongan yang paling berkemampuan, berupaya dan

    mempunyai kelayakan untuk menafsir dan memahami nusus-nusus syarak dengan baik.

    Kemampuan dan keupayaan mereka adakalanya tidak mampu dilaksanakan generasi

    selepas mereka.

    KEISTIMEWAAN PARA SAHABAT DI DALAM MEMAHAMI SYARIAT

    Sahabat diberikan kelebihan memahami Islam dan pensyariatan hukum-hukumnya

    berbanding generasi lain. Kelebihan-kelebihan ini bolehlah kita nyatakan seperti berikut :

    i. Hampirnya mereka dengan Nabi S.A.W dan kerapnya mereka melazimi

    nabi S.A.W. memberikan mereka kelebihan di dalam mengetahui sebab-

    sebab penurunan sesuatu ayat Al-Quran dan punca Nabi S.A.W

    mengutarakan sesuatu hadith. Mereka juga melihat sendiri baginda S.A.W

    menafsirkan ayat-ayat Al-Quran, mengeluarkan hukum, menguasai sebab-

    sebab penghasilan hukum dan hikmah-hikmah yang terkandung di dalamsetiap hukum.

    ii. Keupayaan mereka memahami bahasa Arab. Al-quran juga diturunkan di

    dalam Bahasa Arab.

    iii. Kekuatan hafalan mereka di dalam menghafal Al-quran dan hadith-hadtih

    menjadikan mereka generasi yang unggul di dalam melaksanakan dan

    memelihara segala hukum di dalamnya.

    PERBEZAAN PARA SAHABAT DI DALAM MEMAHAMI NAS-NAS SYARAK.

    Dengan keupayaan dan kelebihan yang dianugerahkan kepada mereka, tidak bererti

    keseluruhan mereka mempunyai keupayaan dan kelebihan yang sama. Hakikat ini tidak

    dapat dinafikan kerana dalam apa keadaan mereka masih manusia yang mempunyai

    kelebihan dan kekurangan tertentu.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    13/47

    Asas perbezaan para sahabat di dalam memahami nas-nas Syarak :

    i. Perbezaan di dalam memahami Bahasa Arab : Ada dikalangan mereka yang

    menguasai bahasa pada tahap yang sederhana, ada di antara mereka yang

    menguasainya pada tahap yang tinggi. Diriwayatkan pada suatu hari Saidina

    Umar Al-Khattab berkhutbah dan membaca ayat kemudianada di antara mereka bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan .Saidina Umar menjawab : Apakah yang kamu katakan tentang nya maka

    itulah maksudnya. Maka berdiri seorang lelaki dari kaum Huzail lantas

    berkata : Itu adalah dari bahasa kami. Maksudnya adalah .ii. Perbezaan di dalam melazimi Nabi S.A.W . Perbezaan melazimi Nabi S.A.W

    melahirkan para sahabat yang berbeza di dalam memahami nas-nas syarak,

    hadith-hadith dan hukum-hukum yang berkaitan. Ada di antara para sahabat

    yang mendengar sedikit hadith, ada yang mendengar keseluruhan hadith dan

    sebagainya.

    iii. Perbezaan mereka dalam bentuk kadar dan kemampuan sebagai manusia.Perbezaan secara fitrah kemanusian turut mempengaruhi tahap pemahaman

    mereka terhadap sesuatu hadith dan ayat-ayat Al-Quran. Ada di anatara

    mereka yang mampu menghafal sehingga ribuan hadith . Manakala ada yang

    hanya mampu menghafal berberapa hadith sahaja. Kadar kecerdikkan dan

    tahap pemahaman mereka terhadap sesuatu nas juga berbeza. Sebagai contoh :

    Tatkala turunnya ayat ini sebahagian sahabat bergembira dengan turunnya

    ayat ini kerana pada pemahaman mereka ia merupakan khabar gembira

    tentang penyempurnaan agama Islam. Berbeza dengan saiyidina Umar.

    Ketika mendengar penurunan ayat ini, beliau menangis teresak-esak.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    14/47

    Lantas berkata tidak ada kesempurnaan melainkan selepas ini berlaku

    kekurangan. Nabi S.A.W hanya hidup 81 hari selepas ayat ini ditirunkan.

    KEISTIMEWAAN SYARIAH ( FIQH ) PADA ERA SAHABAT.

    Keadaan Syariah atau Fiqh pada era sahabat mempunyai berberapa keistimewaan

    dibandingkan dengan era-era yang lain. Di antaranya :

    1. Fiqh pada zaman ini berjalan selari dengan zamannya di samping membahaskan

    perkara-perkara yang benar-benar berlaku secara hakiki. Tidak wujud hukum-

    hukum andaian semasa era ini melainkan setiap hukum menjawab persoalan yang

    sedia ada dan isu-isu yang berlegar pada zaman itu. Ditambah lagi dengan

    kesibukan Khulafa Ar-Rasyidin dengan urusan pentadbiran dan perkembangan

    Islam turut menjadi kekangan terhadap memikirkan hukum-hukum andaian yang

    tidak berlaku pada zaman tersebut. Hal ini kerana pada perinngkat kedua ini,

    urusan penghakiman dan fatwa adalah urusan ketua Negara di samping tugas-

    tugas yang lain.

    2. Pada zaman ini telah sempurna pembukuan Al-Quran dan dibentuk menjadi

    sebuah buku yang sempurna. Justeru dapat mengelakan masyarakat Islam

    berselisih pendapat tentang sumber utama rujukan Hukum iaitu Al-Quran.

    Berbeza pada era permulaan zaman sahabat, Al-Quran belum dibukukan secara

    sempurna.

    3. Tidak banyak periwayatan-periwayatan hadith pada era ini melainkan ketika

    diperlukan., Walau bagaimanapun pada peringkat ini, Hadith-hadith masih bolehdijamin kesucian dan ketulenannya kerana belum wujud hadith-hadith dusta. Hal

    ini kerana jarak mereka dengan era kenabian masih dekat. Bahkan ramai para

    sahabat yang sentiasa mendampingi Nabi S.A.W masih hidup. Justeru

    memudahkan untuk dipastikan kedudukan sesuatu hadith itu sama ada benar atau

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    15/47

    palsu. Walau bagaimanapun pada akhir-akhir era ini bermullah era periwayatan

    dan pembukuan hadith kerana wilayah Negara Islam semakin luas.

    4. Wujud pada era ini sumber hukum yang ketiga slepas Al-Quran dan Hadith iaitu

    Ijmak. Bahkan ia kerap berlaku. Ia didorong oleh jumlah sahabat yang berhimpun

    di Mekah dan Madinah sahaja. Justeru memudahkan untuk menghimpunkan

    mereka semua sekali.

    5. Wujud juga pada era ini Ijtihad-ijtihad yang dibina atas dasar sebab Illah .

    Maka sesuatu hukum itu bergantung kepada penyebabnya sama ada penyebabnya

    wujud atau tidak. Sebagai contohnya, langkah yang di ambil oleh Saidina Abu

    Bakar menggugurkan hak orang-orang yang ingin dijinakan hatinyadaripada

    asnaf zakat. Sedangkan Al-Quran dengan jelas menyebutkan hak mereka.

    Pendirian ini diambil melalui ijtihad atau pandangan saidina Umar yang melihat

    ia tidak ada keperluan dan meninggikan kedudukan Islam dan orang Islam.

    Begitu juga dengan Hukum talak tiga dengan satu lafaz menjadi tiga sedangkan

    pada zaman Nabi S.A.W tiga bersamaan satu, kerana telah berleluasa sumpahan

    talak sedemikian.

    6. Pada era ini telah mula wujud dua kelompok aliran di dalam mengeluarkan

    hukum iaitu :

    a. Aliran Al-Rayi- berdasarkan pemikiran Ijtihad. Mereka yang termasuk

    di dalam aliran ini adalah : Saidina Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib

    dan Abdullah bin Masud.

    b. Aliran yang takut menggeluarkan pandangan kerana takut hukum yang

    dikeluarkan tidak selari dengan kehendak Allah. Di antara mereka yang

    termasuk di dalam aliran ini adalah : Abdullah bin Umar dan Zaid bin

    Thabit .

    Kedua-dua aliran ini adalah bibit awal pembinaan dua aliran pmahaman fiqh iaitu : Ahlu

    Al-Hadith & Ahlu Ar-Rayi Kita akan huraikan kedua-dua aliran ini pada kuliyah yang

    akan datang.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    16/47

    Keadaan Fiqh di akhir zaman Khulafa ar-Rasyidin sehingga awal kurun ke-2 H.

    Perjalanan fiqh pada era ini berjalan sama seperti dua era sebelumnya. Cuma pada era ini

    syura sangat sukar berlaku kerana bibit-bibit perpecahan sudah melanda Umat Islam.

    Setiap kelompok cenderung kepada pandangan yang selari dengan kelompok mereka.

    Selain daripada itu punca perbezaan pendapat di dalam masalah fiqh di dorong oleh

    berberapa sebab utama. Di antaranya :

    i. Ulamak muslimin terpisah di antara mereka oleh kerana pembukaan

    negara-negara Islam yang semakin luas. Hal ini menyebabkan hubungan

    di antara mereka tidak berlangsung seperti era yang sebelumnya.

    ii. Jumhur ulamak terpecah kepada dua idealogi fiqh. Seperti yang telah

    dibahaskan di dalam kuliyah terdahulu.

    i. Golongan yang berpegang dengan nusus semata-mata. Mereka

    digelar sebagai Ahli Hadith.

    ii. Golongan yang berpandukan Nusus dan mengistinbat hukum

    berdasarkan qias. Mereka digelar Ahli Ar-Rayi

    iii. Berkembangnya periwayatan hadith sesudah melalui era kejumudan

    kerana golongan sebelumnya sangat takut menyebarkan hadith kerana

    khuatir tersalah dan termasuk di dalam mereka yang mendustakan hadith

    Nabi.

    iv. Wujudnya hadith-hadith palsu pada era ini kerana banyakannya

    percampuran yang berlaku.

    v. Wujudnya golongan bukan Arab yang menguasai agama dan adakalanya

    mengatasi kehebatan golongan Arab sendiri.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    17/47

    Dua golongan utama yang terpengaruh dengan perpecahan Umat Islam .

    a. Khawarij.

    b. Syiah.

    Pada era Nabi tidak pernah wujud golongan yang di dakwa Khawarij mahupun syiah.

    Asas kepada perpecahan ini berlakku apabila sesetengah sahabat berpandangan Khilafah

    itu adalah sebagai suatu warisan. Maka Saidina Ali lah yang paling layak mendapatkan

    kedudukan sedemikian.

    Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau

    Pembela". Contohnya: Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong,

    pendokong atau pembela Ali". Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud

    "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya". Dan

    apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.

    Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah dalam

    erti kata suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk. Tetapi

    kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syiah (penyokong)Ali dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka

    berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.

    Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai,

    ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli. Al-Quran yang asli berada di

    tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya. Menurut Syiah lagi

    bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-

    Muntazar. Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli

    Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Mereka

    juga berpeganng dengan konsep taqiyyah.

    BERPECAH ULAMAK ISLAM DI BERBERAPA BUAH NEGERI.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    18/47

    Seperti yang sedia dimaklumi ketika era kedua ( zaman khulafa Ar-rasyidin ) khususnya

    ketika era pemerintahan Saidina Ummar Al-Khattab, beliau melarang para sahabat

    meninggalkan Madinah melainkan atas alasan yang sangat mendesak. Keadaan ini

    memudahkan Ijmak berlaku dan mengurangkan berlakunya percanggahan pendapat di

    kalangan generasi ini. Keadaan ini mula berubah pada era pemerintahan Saidina Uthman.

    Banyak negara-negara Islam baru dibuka, sehingga menyebabkan ramai para sahabat

    keluar dari Madinah di atas pelbagai tuntutan, sama ada dilantik menjadi kadi, hakim,

    gabenor, ketua tentara dan sebagainya.

    Seterusnya merekalah yang menjadi golongan yang mempelopori perkembangan

    fiqh dan pembentukan mazhab sehingga kini. Setiap daripada mereka lebih mengetahui

    situasi dan suasana di tempat mereka. Merekalah yang mengeluarkan fatwa dalam

    pelbagai masalah yang berlaku bahkan mereka juga tempat rujukan bagi merungkai

    sebarang persoalan. Ditambah dengan kesukaran medium perhubungan di antara suatu

    tempat dengan dengan yang lain, membentuk blok-blok feqah berdasarkan kawasan. Bagi

    negara Syam ada pandangan fiqh tersendiri, begitu juga dengan Basrah, Kufah, Maghribi,

    Mekah dan Madinah.

    i. Bagi penduduk-penduduk Madinah mereka berpegang dengan pandangan

    Abdullah bin Umar, Said bin Musaiib dan Urwah bin Zubair dari golonganTabiin.

    ii. Ahli Mekah bersandar kepada fatwa-fatwa dan pandangan Abdullah bin

    Abbas, manakala dari golongan Tabiin Mujahid bin Jubair, Atho bin

    Abi Rabah dan Thawuus bin Kaisan,

    iii. Ahli Kuffah pula bersandar kepada pandangan dan pendapat Abdullah bin

    Masud, manakala dari golongan tabiin, seperti Alqamah An-Nakhaie

    dan Al-Aswad bin Yazid.

    iv. Penduduk Basrah pula menyandarkan pandangan mereka kepada Abu

    Musa Al-Asyari, Anas bin Malik, Hasan Al-Basri dan Muhammad bin

    Sirin.

    v. Manakala ahli Syam berpegang dengan fatwa dan pandangan Muadz bin

    Jabal, Ubadah bin Shomit dan Abu Darda, Manakala dari golongan

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    19/47

    tabiin seperti Abu Idris Al-Khilani, Makhul Ad-Dimasyqi, Umar bin

    Abdul Aziz dan Raja bin Haiwah.

    vi. Dan ahli Mesir berpegang dengan pandangan dan fatwa yang dikeluarkan

    oleh Abdullah bin Amru bin Al-As.

    TIMBULNYA HADITH-HADITH PALSU.

    Faktor yanng mendorong ke arah kemunculan hadith-hadith palsu adalah :

    a. Tiada penyusunan dan pengumpulan Hadith.

    b. Para sahabat hanya berpegang kepada penghafalan semata-mata.

    c. Sukarnya untuk menghimpunkan segala hadith-hadith Nabi selama 23 tahun.

    d. Campur tangan musuh-mush Islam.

    Di atas dorongan inilah ada di antara sahabat-sahabat tidak sewenang-wenangnya

    menerima segala yang disampaikan sebagai hadith. Di dalam sebuah Athar :3

    : : :

    : : !

    Maksudnya : Berkata Mujahid : Busyair Al-Adawi mendatangi Ibnu Abbas lantas

    berkata : Nabi S.A.W berkata dan Rasulullah S.A.W barkata, Ibnu Abbas tidak

    menghiraukan percakapannya dan tidak memandang kepadanya. Maka Busyair bertanya

    : Wahai Ibnu Abbas Apakah kesalahanku sehingga kamu tidak mendengar

    percakapanku. Aku menceritakan kepadamu tentang Rasulullah dan kamu tidak mahu

    mendengarnya ?. Ibnu Abbas menjawab : Pada suatu masa dahulu, tatkala kami

    mendengar seorang lelaki mengatakan, Rasulullah S.A.W bersabda..mata kami akan

    berlari ke arahnya, telinga kami akan terpaku kepada pertuturannya, tetapi tatkala

    3Mukhtasar Tarikh Damsyiq

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    20/47

    manusia hidup di atas kesukaran dan kacau bilau kami tidak akan mengambil sesuatu

    dari Rasullah melainkan apa yang kami ketahui sahaja.

    Selain dari faktor-faktor yang telah disebutkan tadi terdapat juga berberapa faktor lain

    yang membawa kepada kemunculan Hadith-hadith palsu. Di antaranya :

    i. Permusuhan agama. Kita telah mengetahui bagaimanakah Abdullah bin Saba

    mengacau bilaukan empayar Islam sehingga mendorang kepada terkorbannya

    ramai para sahabat di dalam perperangan Siffin dan Jamal.

    ii. Sikat fanatik Mazhab. Ada di antara pengikut-pengikut para sahabat yang

    mulia dan para pengikut Imam-imam terutama, mereka pelbagai hadith bagi

    mendokong pandangan dan pendapat Mazhab mereka. Antara contohnya :

    : : .

    Muhammad bin Said bin Muhammad Abu Abdullah Al-Buriqi, diriwayatkan

    daripadanya Abu Bakar Asy-Syafie dan lain-lain, Kata Al-Khatib : Dialah yang

    mendustakan Nabi tatkala menyebutkan hadith : Akan datang pada umatku seorang

    lelaki dengan Abu Hanifah beliau adalah matahari Ummatku. Dan akan datang jugadikalangan umatku seseorang lelaki digelar Muhammad bin Idris, Fitnahnya ke atas

    Ummatku lebih teruk dari Iblis.4

    . , Mencintai Ali adalah kebajikan, tidak mudharat dengan kecintaan itu walaupun

    melakukan kejahatan. Membencinya adalah dosa, tidak bermanfaat segala amalan

    dengan membencinya.

    3. Terpengaruh dengan para Ulamak yang cenderung kepada pemerintah. Maka mereka

    akan meletakan hadith-hadith mengampu dan menceritakan kelebihan mereka. Seperti

    4Al-Hakim mengatakan, dia menggabungkan hadith Khurasan dan hadith pengikut Iraq. Penipuan yang

    dilakukan terlalu banyak dan tidak terhitung.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    21/47

    yang diriwayatkan dari Gaiyas bin Ibrahim tatkala bertemu dengan Al-Mahdi bin Mansor

    5. Oleh kerana tajubnya beliau melihat Al-Mahdi bermain dengan burung merpati. Maka

    dia pun berkata :

    Tiada pertandingan itu melainkan yang berkasut, yang menerjang

    6atau berkepak.

    Lantas Al-Mahdi menhadiahkannya dengan 1000 dinar. Ketika dia bangun untuk

    meninggalkan majlis berkatalah Khalifah : Aku melihat kamu ini seoranng pendusta.

    Nabi tidak pernah menyebutkan tentang yang bersayap. Sesungguhnya tujuan mu untuk

    menghampiri kami.Hadith yanng sama turut digunakan oleh Abu Al-Buhturi Al-Qadi

    tatkala memuji Ar-Rasyid. Lantas Ar-Rasyid mengarahkan burung tersebut disembelih.

    4. Bermudah-mudahan di dalam meriwayatkan kelebihan di dalam bab Targhib dan

    Tarhib.7 Seperti hadith-hadith yang diriwayat daripada Abu Ismah Nuh bin Abi

    Maryam, beliau meletakan banyak hadith menceritakan kelebihan surah-surah di dalam

    Al-Quran. Tatkala ditanya kenapa kamu melakukan sedemikan maka jawabnya : Aku

    melihat orang semakin sibuk dengan Fiqh Imam Abu hanifah, kitab Al-Maghazi Imam

    Muhammad bin Ishak dan mereka lalai dari menghafal Al-Quran. Maka aku letakan

    hadith ini hanya untuk Allah.

    5. Fanatik sesetengah golongan yang hanya berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah

    serta menolak yang selain dari keduanya. Maka golongan ini dipengaruhi oleh ahli-ahli

    hikmah dan falsafah yang kemudiannya mereka mendakwa kata-kata hikmah itu adalah

    hadith.

    Hadith-hadtih palsu ini tidak terhad hanya pada matan. Adakalanya ia juga merebak pada

    sanad sesebuah hadith.

    5Namanya Muhammad bin Abdullah ( 127-169 ) salah seorang khalifah empayar Abbasiyah di Iraq.

    Memegang tampuk pemerintahan selama 10 tahun sebulan. Seorang yang baik dan mempunyai akhlak

    terpuji.6Seperti kuda7Ajakan dan Ancaman

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    22/47

    Ahlu Hadith dan Ahlu Rayi

    Seperti yang telah dinyatakan terdahulu, Ijtihad pada zaman sahabat hanya berlegar

    disekitar masalah yang berlaku. Bahkan ada di antara para sahabat terlalu cermat di

    dalam mengeluarkan pandangan tatkala berhadapan dengan masalah yang tidak

    disebutkan di dalam Al-Quran dan hadith. Dalam masa yang sama ada juga para sahabat

    menggunakan pandangan dalam konteks yang lebih terbuka selari dengan perkembangan

    Islam dan munculnya pelbagai masalah yang baru. Di sinilah timbulnya bibit-bibit

    perbezaan method pemikiran di dalam masalah fiqh.

    Jalan atau methodAhlu Hadith8di semenanjung Hijaz.

    Golongan Ahlu Hadith adalah mereka yang terhenti pandangan mereka hanya kepada

    Nas-nas9dan Athar

    10 mereka sekali-kali tidak akan menyerahkan sesuatu masalah itu

    kepada pandangan sendiri melainkan di dalam keadaan yang sangat darurat. Kebanyakan

    mereka yang cenderung dengan pegangan sebegini duduk di semenanjung Hijaz.

    Golongan ini diketuai oleh Sa,id bin Musayyib R.A. Beliau adalah orang yang paling

    arif di dalam ilmu hadith. Beliau juga menghimpunkan fatwa -fatwa Saidina Abu Bakar,

    Saidina Umar, Saidina Zaid dan lain-lain para sahabat yang utama.

    Pendirian golongan Ahlu Hadith atau Ulamak Hijaz terhadap Nas-nas adalah seperti

    berikut :

    i. Mereka terkesan dengan pandangan guru-guru mereka seperti Abdullah

    bin Umar, yang sangat kuat berpegang dengan Nas semata-mata dan

    sangat wara di dalam meletakan pandangan sendiri. Ia sangat jelas

    disebutkan di dalam biodata Abdullah bin Umar sebelum ini.

    8Mereka yang sanngat teliti di dalam menggunakan pandangan di dalam masalah hokum.9Al-Quran dan Hadith10Amalan sahabat terdahulu.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    23/47

    ii. Persekitaran mereka banyak terdedah dengan amalan para sahabat

    terdahulu dan terlalu sedikit masalah-masalah baru yang diutarakan

    sehingga mengecilkan ruang untuk beralih kepada pandangan sendiri.

    iii. Apabila mereka dilontarkan dengan masalah, mereka akan segera meniliti

    kandungan Al-Quran, kemudian hadith dan athar sahabat. Seandainya

    tiada jawapan terhadap persoalan itu maka ketika itulah mereka akan

    beralih kepada pandangan sendiri atau kebanyakan mereka mengambil

    langkah berhenti daripada menjawab. Sebagai contoh sebuah kisah yang

    diriwayatkan , seorang lelaki datang bertemu dengan Salim bin Abdullah

    bin Umar Al Qurasy Al-Adawi11

    bertanyakan suatu permasalahan. Maka

    dijawab : Aku tidak pernah mendengar sesuatu pun dari apa yang engkau

    tanya. Kemudian ditanya lagi : Berikanlah pandangan mu di dalam

    masalah ini. Salim menjawab : Tidak. Dia ditanya lagi dan dikatakan :

    Aku redha dengan pandangan mu. Salim menjawab Mudah-mudahan aku

    dapat memberi pandanganku di dalam masalah ini, tetapi aku terlupa dan

    datang kepadaku pandangan yang baru yang tidak sesuai untuk

    soalanmu.Di sini jelas, menggambarkan bagaimana mereka tidak suka

    menduga perkara yang tidak berlaku. Hal ini kerana ia akan mendorong

    mereka menggunakan pandangan mereka, itulah perkara yang paling tidakdisukai oleh mereka.

    Jalan atau MethodAhlu RayidiIraq.

    Golongan Ahlu Rayu meraikan pandangan dan ijtihad mereka di dalam mengeluarkan

    hukum. Mereka tidak membekukan12

    sesuatu masalah yang diutarakan. Golongan ini

    diketuai oleh Ibrahin An-Nakhaei. Mereka berpandangan setiap hukum-hukum syara

    13 , merangkumi kemaslahatan yang sesuai untuk hamba-hamba Allah. Iaterbina di atas asas-asas yang ditetapkan. Mengandungi sebab-sebab terterntu yang

    mengikat hukum . Maka mereka berusaha mengkaji sebab dan hikmah hukum-hukum

    11Salah seorang dari 7 orang Ulamak terkemuka Madinah dari kalangan Tabiien.12Tidak membiarkan sebarang persoalan melainkan ada penyelesaiannya.13Logik atau munasabah dari sudut matlamat dan tujuan.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    24/47

    yang disyariatkan . Dan memusatkan hukum-hukum yang bersangkutan dengan hukum

    asal samada wujud atau tidak. Adakalanya mereka meninggalkan sesetengah hadith

    kerana tidak selari dengan sebab-sebab sesuatu hukum apatah lagi hadith-hadith yang

    bercanggahan dengan sebab sesuatu hukum. Mereka sangat berbeza dengan golongan

    Ahlu Hadith yang mengkaji seumber hukum lebih utama dari sebab hukum.

    Dasar pandangan golongan ini seperti berikut.

    i. Mereka terkesan dengan kaedah guru mereka iaitu Abdullah bin Masud.Beliau memilih cara Saidina Umar di dalam mengeluarkan hukum dengan

    meraikan pandangan. Abdullah bin Masud pernah mengungkapkan :

    Seandainya ada golongan yang merintis jalan di lembah, dan Umar juga

    merintis jalan yang lain bersama golongannya di lembah yang berbeza,

    maka aku akan mengikut lembah Umar dan pengikut-pengikutnya.

    ii. Mereka berpandangan Iraq adalah bumi bertuah yang dilimpahi para

    sahabat. Manakala Kuffah dan Basrah adalah tulang belakang kepada

    tentera Islam. Daripada Iraqlah terbukanya negara-negara Islam yang lain

    seperti Khurasan. Kuffah juga menjadi pusat pentadbiran Saidina Ali

    ketika memegang tampuk pemerintahan. Memadai dengan kewujudanmereka sebagai sumber rujukan utama. Dalam masa yang sama Iraq juga

    menjadi tempat tumbuhnya fahaman syiah, pusat pentadbiran golongan

    khawarij, selain dari menjadi bumi pergolakan dan fitnah, Iraq juga

    menjadi pusat munculnya hadith-hadith palsu dan pembohongan terhadap

    Nabi S.A.W, maka ulamak-ulamaknya menetapkan syarat yang sangat

    ketat di dalam penerimaan terhadap hadith.

    iii. Masalah yang timbul di Iraq lebih banyak berbanding di Hijaz.

    Memandanngkan negara Iraq lebih pesat membangun dibandinngkan

    dengan Hijaz. Tatkala berhadapan dengan pelbagai isu dan persoalan yang

    adakalanya tidak disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith, maka sangat

    mendesak mereka untuk beralih kepada pandangan.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    25/47

    Berlaku pertembungan di antara kedua-dua madrasah ini. Walaubagaimanapun ada juga

    di antara Ulamak Hijaz yang terkesan dengan metod Ahlu Rayi seperti Rabiah bin

    Abdul Rahman14

    . Ada juga di antara ulamak Iraq yang terkesan dengan gerakan Ahlu

    Hadith sebagai cintohnya Amir bin Syurahil15

    . Beliau pernah berkata : Apa sahaja yang

    di datangkan kepadamu oleh sahabat-sahabat Nabi maka ambillah ia. Apa sahaja yanng

    di datangkan daripada pandangan mereka sendiri, campakkanlah ia ke dalam kebun

    kurma.

    Walau bagaimanapun perlu diingatkan golongan Ahlu Rayi yang kita bincangkan

    bukanlah mereka yang mendahulukan akal daripada Nas, mereka adalah golongan yang

    berpindah kepada akal tatkala kebuntuan nas di dalam merungkai permasalahan.

    Contoh perbezaan pandangan kedua-dua madrasah.

    1. Imam Malik menyebutkan di dalam Kitab Muwatta-nya :

    . . .

    . .

    Daripada Rabiah bin Abi Abdul Rahman, dia berkata : Aku bertanya Said bin

    Musaiyib : Barapakah yang dikenakan terhadap sebatang jari perempuan. Katanya :

    10 ekor unta, Kemudian aku berkata lagi : Bagaimana kalau dua jari. Maka jawabnya

    : dua puluh. Aku bertanya lagi : Bagaimana dengan tiga jari. Jawabnya : 30 unta. Aku

    tanya lagi : Bagaimana dengan 4 jari. Jawabnya : 20 ekor. Aku bertanya tatkala

    lukanya semakin banyak dan kecacatan semakin ketara adakah pampasannya semakin

    berkurang ?. Maka said berkata : Adakah kamu orang Iraq ?. Jawab Rabiah : Bahkan

    14Merupakan guru Imam Malik dan digelar dengan Abdul Rahman Ar-Rayi.15Lebih dikenali dengan Asy-Syabi.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    26/47

    seorang Alim yang inginkan penegasan dan seorang Jahil yang inginkan pengajaran.

    Maka Said berkata : Ia adalah Sunnah Nabi S.A.W.

    Said mengeluarkan fatwa dengan zahir hadith yang diriwayatkan oleh Imam Nasai

    Daripada Amru bin Syuiab daripada bapanya daripada datuknya katanya : Nabi

    S.A.W bersabda : Pampasan seorang perempuan sama seperti pampasan seorang

    lelaki sehinggalah jumlahnya 1/3 daripada diyatnya16

    .

    Bersandarkan hadith ini pampasan bagi 4 jari lebih dari 1/3 pampasan yang berhak

    baginya ( 100 ekor unta ) dan perlu di bahagiakan setengah, walaupun bercanggahan

    dengan logik akal. Hal ini kerana akal tiada ruang di dalam menetapkan hukum.

    2. Imam Abu Hanifah bertemu dengan Imam Al-Awzai di Mekah. Maka berkata Al-

    Awzai kepada Imam Abu Hanifah : Kenapakah kamu tidak mengangkat tangan

    ketika rukuk dan ketika bangun darinya ?. Maka dijawab Imam Abu Hanifah : Kerana

    tidak ada suatu pun yang sahih daripada Nabi S.A.W menceritakan tentangnya. Maka

    jawab Al-Awzai bagaimanakah boleh sedemikian bukankah Az-zuhri meriwayatkan: - -

    . Nabi S.a.w mengangkat kedua tangannya selari dengan bahunya ketika memulakan

    solat, ketika bertakbir untuk rukuk dan ketika mengangkat kepala daripada rukuk dan

    tidak mengangkatnya di antara dua sujud.

    Maka dijawab oleh Imam Abu Hanifah : Diceritakan kepada kami oleh Hammad

    daripada Ibrahim daripada Alqamah, begitu juga dari Al-Aswad daripada Ibnu

    Masud R.A :

    16Pengertian Diyyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau ahliwaris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan melakukan sesuatu jenayah, seperti mencederakananggota badan atau melukakan atau membinasakan. Jumlah keseluruhan Diyat adalah 100 ekor unta.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    27/47

    Sesungguhnya Nabi S.A.W tidak mengangkat tangannya di dalam solat melainkan

    ketika takbir iftitah.

    Lantas dijawab Imam Awzai : Aku mendatangkan kepadamu hadith yang dibawakan

    oleh Az-Zuhri daripada Salim daripada bapanya, kamu pula mendatangkan hadith

    yang diriwayatkan oleh Hammad daripada Ibrahim ?. Dijawab Imam Abu Hanifah :

    Hammad adalah lebih faqeh daripada Zuhri, Ibrahim adalah lebih faqeh daripada

    Salim, dan Alqomah tidaklah lebih rendah daripada Ibnu Umar, Seandainya Ibnu

    Umar mempunyai keistimewaan bersahabat dengan Nabi S.A.W maka Al-Aswad

    mempunyai banyak lagi kelebihan. Dan Adbullah tetap Abdullah. Maka terdiamlah

    Al-Awzai.

    PERJALANAN HUKUM SYARA PADA ERA AWAL KURUN KEDUA SEHINGGA

    PERTENGAHAN KURUN KEEMPAT HIJRAH.

    Pada era ini perkembangan Fiqh berada di kemuncaknya. Bahkan pada era ini jugalah

    lahirnya pendokong-pendokong mazhab yang muktabar. Perkembangan ilmu pada era inibukan sahaja terhad kepada perkembangan fiqh dan ilmu-ilmu agama semata-mata,

    bahkan perkembangan ilmu turut meliputi bidang sains, falsafah, satera, sejarah dan lain-

    lain. Pada era ini juga bermulalah era penulisan buku, penterjemahan kitab-kitab dan

    penyusunan masalah-masalah ilmu. Para ulamak juga turut membahaskan ilmu yang

    bukan di dalam agama tetapi bersangkutan dengan Islam, seperti ilmu bahasa, ilmu nahu,

    ilmu hadith, arudh, sastera dan sejarah.

    Faktor mendorong perkembangan ilmu pada era ini.

    1. Keprihatinan pemerintah terhadap ilmu Fiqh dan Ulamak-ulamaknya.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    28/47

    Para pemimpin era Abbasiyah tidak terlalu memikirkan politik dan pembinaan negara

    semata-mata berbanding dengan era sebelumnya. Bahkan mereka menitik beratkan soal

    ilmu dan perkembangan agama. Sehingga boleh dikatakan setiap daerah dan pelusuk

    negeri mempunyai tempat pengajian agama. Golongan pemerintah juga mengutamakan

    pemimpin-peminpin dari golongan ulamak dan meletakan mereka berperanan di dalam

    masyarakat. Selain dari itu para Khalifah juga menghampirkan diri dan sentiasa

    berdamping dengan golongan ulamak.

    2. Kebebasan mengeluarkan ijtihad.

    Kebebasan mengeluarkan pandangan dan ijtihad di dalam bidang ilmu menyemarakkan

    lagi perkembangan fiqh. Perkara ini berlaku kerana pemerintah tidak menghadkan

    mazhab yang tertentu yang perlu diikuti dan tidak menetapkan undang-undang yang tetap

    bagi sesuatu isu. Justeru membuahkan pelbagai hukum bagi satu isu. Mufti-mufti dan

    para mujtahid akan berpegang dengan pandangan yang betul pada pandangan mereka.

    3. Banyak berlaku perdebatan.

    Seperti yang dinyatakan di dalam kuliyah terdahulu, perdebatan sering berlaku bermuladari era sahabat sehinggalah era sebelum ini. Pada era ini perdebatan di kalangan ulamak

    semakin hebat dan melangkaui pelbagai bidang dan displin ilmu. Hal ini didorong oleh

    sebab kemunculan tokoh-tokoh ulamak di dalam pelbagai bidang dan kecenderungan

    mereka untuk membuktikan kebenaran sesuatu dakwaan.

    4. Pengaruh semasa

    Tatkala empayar Abbasiyah meluas dan melangkaui batasan negara dan bangsa, pelbagai

    golongan mula mendekati Islam . Dalam masa yang sama mereka turut terpengaruh

    dengan adat kebudayaan, resam dan gaya hidup mereka. Maka timbullah persoalan-

    persoalan berlegar di sekitar kehidupan harian mereka yang sebelum ini tidak wujud di

    dalam Islam. Pada era kegemilangan Empayar Abbasiyah juga, Islam menjadi pilihan

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    29/47

    dan penyatuan agama-agama dan bangsa-bangsa yang berada di dalam naungan empayar

    Abbasiyah. Dalam keadaan ini berlakulah percampuran di dalam urusan seharian

    sehinggalah urusan perkahwinan dan kaitan dengan kehidupan beragama. Adakalanya

    wujud perbahasan berkaitan agama begitu juga pertmbungan di antara Islam dan falsafah-

    falsafah yang wujud ketika itu.

    5. Penyusunan ilmu.

    Di antara tanda tebesar perkembangan ilmu pada era ini adalah kemunculan pengarang-

    pengarang dan penyususn-penyusun di dalam pelbagai bidang ilmu.

    Di antara bidang-bidang penulisan ilmu yang wujud pada era ini seperti Tafsir, Qiraat,

    Hadith dan Usul Fiqh

    ERA DARI PERTENGAHAN KURUN KEEMPAT SEHINGGA KEJATUHAN

    BAGHDAD.

    Era ini berlangsung di antara pertengahan abad ke-4 sampai pertengahan abad ke-7 H. Iamenyaksikan menurunnya semangat ijtihad di kalangan ulama fiqh. Era ini juga disebut

    sebagai era Taqlid. Banyak factor yang menyumbang kea rah pembentukan era taqlid ini.

    Di antaranya :

    i. Keadaan politik yang kucar-kacir, sehingga membawa kepada pembentukan wilayah-

    wilayah kecil dibawah pemerintahan yang berbeza.

    ii. Kesatuan umat Islam mula digugat sehingga memisahkan hubungan di dalam sebuah

    empayar islam yang besar sehingga membentuk negara-negara yang memiliki kuasa

    autonomi.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    30/47

    iii. Para pemimpin sibuk dengan hal ehwal politik sehingga mengabaikan hal ehwal ilmu

    dan ulamak. Berbeza dengan era yang sebelumnya, keperihatinan para pemimpin

    merupakan di antara faktor utama perkembangan fiqh.

    Taqlid : Berpegang dengan hokum-hukum tertentu dari mujtahid tertentu, dengan

    menganggap ia seolah-olah ketetapan syara yang perlu dipatuhi oleh seoranng muqallid.

    Para ulamak pada era ini turut memiliki kehebatan ilmu dan penguasaan alat-alat bagi

    mengeluarkan hokum. Walau bagaimanapun mereka lebih selesa duduk di dalam

    lingkungan apa yang telah sedia wujud. Di antara factor yang menyumbang ke arah

    fenomena taqlid adalah :

    Penyusunan kitab-kitab Fiqh.

    Penyusunan kitab-kitab fiqh mendatangkan kebaikan di dalam menyimpan khazanah

    ilmu para Ulama, tetapi pada sudut yang lain ia meenyebabkan para ulama merasa

    cukup dengan apa yang telah tersedia. Bahkan mereka merasakan cukup sekadar

    mendokong mazhab-mazhab yang tertentu di dalam mengeluarkan pandangan.. Mereka

    merasakan tidak perlu untuk melakukan perkara yang sama seperti generasi sebelumnya.Mereka mula cenderung menumpukan perhatian terhadap usaha menghurai, mengkritik,

    meluaskan atau memendekkan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab fiqh yang sedia

    ada.

    Fanatik Mazhab

    Para ulamak sibuk mengembangkan mazhab masing-masing. Di dalam keadaan mereka

    sangat berpegang teguh dengan pandangan imam-imam mereka. Ulama ketika itu merasa

    lebih baik mengikuti pendapat yang ada dalam mazhab daripada mengikuti metode yang

    dikembangkan imam mazhabnya untuk melakukan ijtihad. Fanatik mazhab ini

    adakalanya membawa kepada scenario yang tidak sihat di dalam perbezaan pandangan

    mazhab. Sehingga sampai tahap menafikan kebenaran mazhab yang lain atau merendah-

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    31/47

    rendahkan mazhab yang lain. Timbullah gerakan memburuk-burukan suatu sama yang

    lain.

    Penutupan pintu ijtihad.

    Walau pun ada pelbagai peringkat dan pembahagian ijtihad, kita boleh

    membahagikannya kepada dua bahagian iaitu ijtihad mutlak dan ijtihad fi mazhab. Ijtihad

    mutlak bermaksud seorang mujtahid mengembangkan metode ijtihadnya secara

    sendiri dan mengeluarkan hukum-hukum berdasarkan metodenya. Mereka yang berada di

    dalam katogeri ini digelar sebagai mujtahid mustaqil. Menurut sebahagian para ulamak

    pada era ini Mujtahid mustaqil telah tiada. Ada sebahagian yang menyatakan, selepas

    kewafatan Al-Imam Muhammad ibnu Jarir Ath-Thobari pada tahun 310 H, tiada siapa

    pun yang sampai martabat ijtihad yang bebas melainkan terhad di dalam mazhab yang

    tertentu. Mereka merasakan ketidak mampuan untuk berdiri dengan pandangan dan

    pendapat sendiri melainkan meletakkan diri di dalam keadaan bertaqlid. Walaupun

    mereka memiliki kemampuan dan kehebatan yang tidak kurang dibandingkan generasi

    sebelumnya.

    Polisi pemerintah

    Sepanjang era yang lalu, telah dinyatakan Khalifah tidak akan melantik seorang qadhi

    melainkan seseorang yang menguasai Al-quran dan As-Sunnah serta mampu untuk

    mengeluarkan hokum dan berijtihad. Berbeza di dalam era ini seseorang qadhi hanya

    akan dilantik apabila ia cenderung kepada mazhab yang dipilih khalifah. Bagi mereka

    yang berhasrat menduduki kerusi qadhi maka mereka perlu berpegang teguh dengan

    mazhab yang dipilih oleh seorang khalifah.

    Antara sumbangan ulama fiqh pada era ini adalah :

    1. Meletakkan illah bagi seseatu hukum ) (.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    32/47

    Pada era ini wujud keadaan andaian-andaian terhadap sesuatu hukum sebelum kewujudan

    perkara tersebut. Mereka mengandaikan pelbagai hukum untuk sesuatu isu andaian. Maka

    berlakulah proses menghimpun, menyusun dan meletakkannya di dalam kategori yang

    sama. Mereka turut berselisih di dalam menentukan sebab atau illah bagi sesuatu hukum.

    Dari perbezaan illah hukum inilah lahirnya perbezaan hukum. Akhirnya membawa

    kepada pembukaan pintu ijtihad di dalam mazhab. Di antara yang giat menjalankan

    usaha-usaha ini adalah mazhab Hanafi. Kitab Al-Imam Muhammad bin Hassan adalah di

    antara kitab yang sering diperbahaskan kerana kekurangan illah di dalmnya.

    2. Tarjih di antara pandangan yang berbeza di dalam Mazhab.

    Tarjih berlaku sama ada melalui riwayah atau dirayah. Dari sudut Riwayah adakalanya

    sesuatu isu dinaqalkan melalui jalan yang pelbagai dari imam mazhab. Sebagai

    contohnya ada di antara para Imam yang mempunyai pandangan yang berbeza di dalam

    sesuatu hokum. Pada mulanya beliau menyebutkan hokum tertentu, kemudian beliau

    menarik pandangannya dan mengubah dengan hokum yang baru. Mereka yang

    meriwayatkan pandangan pertama adakalanya tidak mengetahui pandngan yang kedua

    dan terus berpegang dengan pandangan tersebut. Maka perbezaan ini mengundang

    ulamak di dalam era ini untuk mentarjihkan di antara kedua-dua pandangan tersebut.Selain dari itu adakalanya juga sesuatu hokum itu dilihat dari sudut pandang yang

    berbeza. Samada ia dilihat dari sudut hokum sebenarnya atau dari sudut ihtiyat. Juzteru

    membuahkan 2 hukum yang berbeza. Maka ulamak pada era ini mentarjih satu di antara

    duanya.

    Manakala dari sudut dirayah, para ulamak di dalam era ini mentarjihakan di antara

    pandangan Imam mazhab dan pandangan anak-anak muridnya. Sama ada perbezaan

    Imam dengan anak muridnya atau perbezaan di antara anak muridnya. Di dalam contoh

    yang lebih jelas. Di dalam mazhab syafie apabila berlaku pertembungan di antara

    Riwayat Imam Rabi dan riwayat imam Muzani, maka riwayat Imam Rabi ditarjihkan.

    3. Menyokong mazhab-mazhab tertentu.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    33/47

    Wujud pada era ini golongan Ulama yang mendokong sepenuhnya mazhab-mazhab yang

    mereka ikuti. Mereka melakukan pelbagai cara bagi membantu dan menguatkan mazhab

    yang mereka ikuti. Justeru terhasilllah kitab-kitab Manaqib yang menceritakan kelebihan-

    kelebihan Ulama-ulamak tertentu. Perkembangan ini juga turut membawa kepada

    penghasilan kitab-kitab perbandingan di antara mazhab. Mereka menghimpunkan

    pandangan pelbagai mazhab di dalam sesuatu isu dan mentarjihkan Selain dari penulisan

    kitab-kitab perbandingan mazhab, perbezaan pandangan di antara mazhab juga

    mewujudkan majlis-majlis debat mempertahankan pandangan dan mazhab tertentu.

    Sebagai contohnya :

    Imam Ibnu Arabi menyebutkan di dalam kitab Al-Ahkam : Diceritakan kepada kami

    berlaku suatu perdebatan di Masjid Al-Q=Aqsapada tahun 487H di antara Al-Imam Az-

    Zuzani dan Al-Imam Atho Al-Maqdisi berkenaan hukuman terhadap orang kafir kerana

    membunuh seorang Muslim.

    Al-Imam Az-Zuzani : Dia hendaklah diqisas, berdasarkan dalil :

    Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas"

    (balasan Yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati dibunuh iaitu: orang

    merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan perempuan Dengan

    perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari

    saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu)

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    34/47

    mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula)

    hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian

    itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah

    itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab

    seksa Yang tidak terperi sakitnya.17

    Ayat ini umum pada semua pembunuhan samaada ia muslim atau kafir.

    Al-Imam Atho Al-Maqdisi : Apa yang Syeikh hujahkan tidak boleh dikira hujah dalam

    3 keadaan.

    i. Allah menyebutkan : , disyaratkan persamaan di dalammengenakan tindakan. Tiada persamaan di antara kafir dan muslim. Kafir rendah

    kedudukan dan darjatnya.

    ii. Allah mengikat hujung ayat dengan awal ayat. Maka maksud ayat menjadi jelas

    dengan kefahaman keseluruhan ayat. Tatkala Allah menyebutkan hamba dengan

    hamba, merdeka dengan merdeka, maka hamba tidak di samakan dengan merdeka

    kerana kerendahan martabatnya. Maka Kafir adalah lebih utama direndahkan

    martabatnya berbanding Islam.

    iii. Kemudian Allah menyebutkan : . di antara islam dan kafirtiada persaudaraan. Maka jelas menunjukan dalil tersebut tidak termasuk di dalam

    isu ini.

    Imam Az-Zuzani : Bahkan dalil itu adalah benar. Apa yang kamu pertikaikan tidakmenjejaskan sedikit pun pandangan saya. Di dalam ayat menuntut persamaan. Ya kerana

    persamaan itu untuk orang Islam. Tetapi untuk orang kafir tidak dituntut persamaan itu.

    17Al-Baqarah : 178

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    35/47

    Bahkan perbahasan mereka sangat panjang memadai penulis menukilkan sebahagian

    darinya sebagai contoh.

    Sebagai kesimpulannya, walaupun era ini dikenali sebagai era taqlid, perkembangan

    hokum tetap berlaku. Pada era inilah bermulanya penulisan kitab-kitab tokoh al-

    manaqib dan penulisan kitab-kitab perbezaan mazhab Fiqh Al-Muqaranah. Kedua-

    dua katogeri kitab ini memberikan sumbangan yang sangat besar di dalam memahami

    hokum dalam konteks kepelbagaian mazhab dan di dalam keadaan isu-isu yang yang

    muncul sepanjang zaman.

    ERA JUMUD DAN KEMUNDURAN

    Era ini berlangsung dari perrtengahan kurun ketujuh sehingga kurun yang ke-13 Hijrah.

    Perkembangan fiqh pada era ini seolah-olah tiada pergerakan dan berada pada tahap yang

    paling teruk. Walau bagaimanapun era ini merupakan yang paling panjang di dalam

    sejarah perjalanan hokum. Pada era yang sebelumnya kita melihat, bagaimana para

    ulamak cenderung terhadap mengeluarkan illah, tarjih, tahrij dan sebagainya. Ia sangat

    berbeza dengan era kejumudan dan kemunduran ini, para ulamak tidak cenderung

    terhadap perkara yang sama, walau pun mereka mempunyai kemampuan dan keupayaanuntuk berijtihad. Di dalam bidang penulisan juga mengalami kemunduran. Tidak banyak

    kitab-kitab baru dihasilkan. Mereka lebih tertumpu terhadap usaha menghafal kitab-kitab

    yang sedia ada.

    Usaha ulamak pada era ini.

    i. Menulis matan-matan.

    Matan merupakan ringkasan dan singkatan dari penulisan yang panjang. Pada era ini para

    ulamak sangat menekankan tentang penghafalan dan penjagaan matan. Di kalangan

    mereka sangat berpegang dengan kata-kata :

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    36/47

    Barang siapa menghafal matan-matan maka dia menguasai ilmu.

    Gaya penulisan begini tidak pernah wujud sebelumnya melainkan pada fasa yang kedua

    di dalam era ini.

    ii. Penulisan syarah, hasyiah dan taliq.

    Syarah : Huraian terhadap maksud-maksud pengistilahan yang dinyatakan oleh ulamak

    terdahulu.

    Hasyiah : Huraian nota kaki yang ditulis bagi menghurai maksud sesuatu istilah, apabila

    syarah gagal menjelaskan maksud yang dikehendaki.

    Taliq : Komentar yang diberikan terhadap sesuatu isu, apabila hasyiah tidak memadai

    dan tidak sampai kepada kemahuan ulamak yang meletakkan hasyiahn pada kitab

    tertentu.

    LAHIRNYA MUJADDID

    Ketentuan Allah S.W.T sepanjang zaman, dengan tidak membenarkan manusia

    berterusan berada di dalam keadaan kegelapan. Pasti akan wujud sinar dihujung

    kegelapan. Setelah selesai gelap malam, akan muncul matahari. Era jumud dan mundur

    ini diterangi dengan munculnya bintang-bintang yang bersinar. Mereka berperanan

    menyedarkan manusia akan kegelapan yang sedang mereka berada di dalamnya. Di

    antara bintang yang bersinar pada era ini adalah :

    i. Syeikh Al-Islam Ahmad ibnu Abdul Halim ibnu Taimiyah digelar dengan taqiyuddin,

    wafat pada tahun 728 H.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    37/47

    ii. Al-Imam Abu Muhammad ibnu Abi Bakar Syamsuddin ibnu Qayyim Al-Jauziyah,

    wafat pada tahun 751. Beliau merupakan anak murid Syeikh Al-Islam Ibnu Taimiyah.

    Faktor kejumudan dan kemunduran era ini .

    i. Ketegangan politik di dalam negara-negara Islam.

    ii. Para ulamak cendrung terhadap pengajian kitab-kitab fiqh yang ditulis era sebelumnya.

    iii. Para ulamak dikekang dari menjalankan ijtihad.

    iv. Wujudnya penulisan-penulisan yang menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami.

    Maka para ulamak sibuk merungkai dan memahami istilah-istilah tersebut.

    ERA KESEDARAN DAN KEBANGKITAN SEMULA FIQH.

    Era ini bermula dari akhir kurun ke-13 sehinga sekarang. Ia memaparkan munculnya

    tokoh-tokoh yang berwibawa membawa fiqh ke suatu arah yang tersendiri. Walau pun

    era ini tidaklah segemilang era-era yang terawal tetapi ia tetap mempunyai keistimewaan

    tersendiri berbanding era yang sebelumnya. Fiqh berjalan dengan nafas dan wajah yang

    baru. Berjalan seiring dengan perkembangan dan kemajuan manusia di dalam pelbagai

    bidang .

    Elemen kemajuan fiqh di dalam era ini.

    i. Pembelajaran Fiqh Islami secara tersusun.

    ii. Pengkanunan fiqh Islami di dalam negara-negara Islam/

    1. Pembelajaran Fiqh secara tersusun.

    Para ulamak meletakkan keutaman terhadap pembelajaran dan pengkajian fiqh pada era

    ini. Mereka mula menulis dan mengeluarkan pandangan-pandangan segar di dalam isu-

    isu semasa sesuai dengan perkembangan manusia. Di antara kejayaan yang dapat dicapai

    di dalam era ini di dalam bidang pembelajaran fiqh adalah :

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    38/47

    i. Keperihatinan para ulamak terhadap mazhab-mazhab muktabar dan pandangan-

    pandangan ulamak muktabar tanpa membezakan di anatara mereka.

    Pada era yang lalu telah dinyatakan keadaan fiqh dikekang mengikut citarasa pemerintah.

    Para qadhi yang dilantik perlu mengeluarkan pandangan berdasarkan mazhab pilihan

    khalifah. Pada era ini keadaan jauh berbeza. Para qadhi bebas mengeluarkan pandangan

    menurut mana-mana mazhab-mazhab dan pandangan ulamak yang muktabar. Manakala

    di Universiti-universiti para Mahasiswa bebas memilih untuk mendalami mana-mana

    mazhab fiqh yang diinginkan. Bahkan pembelajaran fiqh perbandingan ditawarkan. Dari

    sudut tarjih, pandangan yang ditarjihkan adalah mengikut perbahasan dalil dan pendalilan

    bukan sekadar kecenderungan kepada mazhab-mazhab tertentu. Bahkan adakalanya

    pandangan-pandangan yang selama ini tidak diketengahkan turut dibincangkan. Hal ini

    berlaku kerana pada era sebelumnya pandangan tersebut diketepi kerana tidak

    mempunyai pendokong yang kuat untuk memperjuangkannya walaupun ia merupakan

    suatu pandangan yang kuat. Pendedehan pemikiran dan idea yang pelbagai ini melahirkan

    pelajar-pelajar yang lebih kritis, terbuka minda dan berkemampuan tinggi.

    ii. Kepeihatinan terhadap perbahasan topiK-topik yang berfaedah.

    Era kejumudan berlalu dengan meperlihatkan kecenderungan para ulamak meringkaskan

    kitab-kitab dan ilmu-ilmu. Hasil usaha mereka kurang memberikan impak yang besar.

    Perbahasan hanya berlegar di sekitar matan-matan. Manakala pada era ini tumpuan

    diberikan kepada asas utama masalah. Mereka tidak sekadar melihat kepada kaedah

    pemeliharaan ilmu, tetapi melihat kepada ilmu itu sendiri. Kitab-kitab turath mula

    menjadi bahan pengkajian dan penelitian. Peralihan tumpuan kepada kitab-kitab turath

    yang penuh keunggulan turut mengubah jatidiri pengkaji dengan menghayati jatidiri

    unggul ulamak di zaman keemasan.

    iii. Keperihatinan terhadap fiqh perbandingan.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    39/47

    Ulamak pada era ini turut memberikan tumpuan terhadap fiqh perbandingan.

    Perbandingan dibuat di antara mazhab dan adakalanya perbandingan juga berlaku di

    antara pandangan-pandangan ulamak di dalam mazhab yang sama. Adakalanya juga

    perbandingan turut berlaku di anatara hokum fiqh dan undang-undang manusia. Di dalam

    era ini juga banyaknya berlaku muktamar-muktamar yang membahaskan isu-isu utama

    dan dilihat dari pelbagai pandangan mazhab dan pendapat para ulamak .

    iv. Penubuhan Institut penyelidikan ) ( dan penghasilan ensiklopedia fiqh () .Institut Penyelidikan Universiti Al-Azhar ) (Institut Penyelidikan Islam adalah entiti tertinggi di dalam penyelidikan Islam. Ia

    menjalankan kajian terhadap segala yang berkaitan dengan bidang penyelidikan Islam

    dan memperbaharui thaqafah Islamiyah. Ia ditubuhkan pada tahun 1961 di Kaherah,

    Mesir. Institut ini menghimpunkan ramai pakar-pakar di dalam bidang mereka bagi

    menjalankan penyelidikan. Universiti Al-Azhar juga memainkan peranan dalam

    melahirkan modal insan yang berkualiti di dalam melaksanakan tugas berkaitan. Institut

    Penyelidikan Islam mempunyai berberapa badan atau lajnah utama. Di antaranya :Lajnah Al-Quran Al-Karim.

    Lajnah Penyelidikan fiqh.

    Lajnah kitab-kitab turath.

    Dan lain-lain.

    Manakala seseorang yang dilantik mnjadi ahli Majlis Institut Penyelidikan Islam perlu

    memiliki syarat-syarat berikut :

    Umur tidak kurang dari 40 tahun

    Dikenali sebagai seorang yang wara dan bertaqwa.

    Berkelulusan tinggi dari Universiti Al-Azhar atau maahad-maahadnya.

    Pernah mengeluarkan kajian berkualiti di dalam bidang keilmuan dan thaqafah

    Islam.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    40/47

    Ensiklopedia Fiqh Kuwait.

    Objektif utama penghasilan ensiklopedia ini adalah bagi menyemarakan perkembangan

    fiqh di dalam negara Kuwait dan dunia Islam secara umumnya. Para ulamak yang diakui

    dan diiktiraf keilmuannya diberikan ruang untuk mengutarakan pandnagan mereka di

    dalam pelbagai isu di dalam ensiklopedia ini. Segala permasalah disusun mengikut

    susunan abjad bagi memudahkan para pengkaji membacanya.

    2. Pengkanunan hukum-hukum fiqh ) (.Perkataan ( ) merupakan bentuk masdar dari ( ), yang bererti membentuk undang-undang. Maka boleh kita fahami taqnin al-ahkam bererti mengumpulkan hukum-hukum

    dan kaedah-kaedah penetapan hukum (tasyri) yang berkaitan dengan masalah tertentu,

    menyusunnya secara sistematik, serta mengungkapkannya dengan ayat-ayat yang tegas,

    ringkas, dan jelas dalam bentuk bab, dan fasal. Kemudian disusun menikut nomor secara

    berurutan. Penyusunan ini bertujuan menetapkannya sebagai undang-undang atau

    peraturan. Undang-unang atau peratutran ini kemudiannya disahkan oleh pemerintah,

    sehingga wajib para qadhi melaksanakannya di dalam mengeluarkan hokum. Dengan

    demikian dapat disimpulkan bahawa taqnin adalah proses legalisasi fiqh Islam ke dalambentuk undang-undang yang berlaku di suatu Negara. Di Malaysia kita menyebutnya

    sebagai enakmen atau akta.

    TOKOH-TOKOH FIQH ERA BARU

    Syeikh Dr Wahvah Az-Zuhaili.

    Beliau dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di

    Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah Aliyah

    (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syariah Islam. Kemudian

    menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di

    Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    41/47

    pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor.

    Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh

    Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam.

    Karya beliau yang termasyhur ialah al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi

    semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.Karya-karya beliau yang lain ialah;

    1. 2. 3. 4. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

    Beliau adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan

    ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research)

    dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of

    Muslims Scholars). Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau

    mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-

    Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki

    Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarangini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada

    Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954. Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian

    Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran

    dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan

    hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya

    dalam Penyelesaian Masalah Sosial). Beliau memberikan sumbangan yang sangat besar

    terhadap dunia fiqh moden dengan pelbagai tulisan dan fatwa yang bermanfaat.

    As-Syahid Abdul Kadir Audah (Hakim yang syahid: 1906-1954)

    Sheikh Abdul Kadir Audah merupakan tokoh gerakan Islam kontemporari, Daei Islam di

    zaman moden dan pemimpin besar Ikhwanul Muslimin. Beliau seorang ulama fiqh,

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    42/47

    hakim yang berpengalaman dan seorang pakar dalam bidang perundangan. Buku beliau

    yang terkenal, at-Tasyri al-Jinai fil Islam Muqarrinan bil Qanun al-Wadhi telah

    menjadi fenomena dan mencipta perubahan yang besar pada pemikiran kaum intelektual

    di Mesir kerana buku ini telah memperlihatkan keunggulan Undang-undang syariat atas

    undang-undang konvensional. Ianya telah menjadi rujukan ulama, ahli fikah, pengamal

    undang-undang dan pensyarah di pelbagai universiti. Ketika pemerintah menjatuhkan

    hukuman mati terhadap beliau dan 6 orang sahabatnya, Hakim As-Syahid Abdul Kadir

    Audah maju ke tiang gantung dengan berani dan mendekatkan diri kepada Allah

    menerima ketentuan-Nya. Perkataan yang beliau ucapkan sebelum perlaksanaan

    hukuman itu dan ruhnya mengadap Allah Darahku akan menjadi laknat atas pemimpin

    Revolusi.

    Muhammad Abu Zahrah (1898-1974M)

    Nama penuhnya ialah Muhammad Ahmad Mustafa Abu Zahrah dilahirkan pada 29 Mac

    1898M di Mahallah al-Kubra, Mesir. Keluarganya adalah sebuah keluarga yang

    memelihara adab-adab agama dan nilai-nilai Islam. Ketika berusia sembilan tahun, beliau

    telah menghafal al-Quran. Pada tahun 1916, beliau memasuki Sekolah Kehakiman

    Syariah, Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907 dan hanya mengambil pelajar yangcemerlang. Kolej ini dibina bertujuan melahirkan ahli feqah yang semasa dan pratikal

    yang bersesuaian dengan realiti masyarakat bagi mengisi jawatan hakim syari di Mesir.

    Namun malangnya, kolej ini ditutup pada tahun 1923 dan pelajar-pelajar di pindahkan ke

    Dar Ulum, Kaherah. Hanya beberapa pelajar yang dibenarkan tamat sehingga tahun 1925.

    Apabila tamat di kolej tersebut, beliau memasuki Institut Latihan Kehakiman untuk

    menjadi peguam selama setahun. Pada tahun 1927, beliau belajar di Dar Ulum selama

    enam bulan bagi membolehkan ia memasuki peperiksaan bagi mendapat Sijil Dar Ulum.

    Muhammad Abu Zahrah meninggal dunia pada petang hari Jumaat pada 12 April 1974 di

    Rumahnya di Zaitun, Kaherah ketika berumar 76 tahun. Beliau memberikan sumbangan

    yang besar di dalam isu Ahwal Syahsiah.

    Mustafa al-Zarqa (1907-1999M)

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    43/47

    Mustafa bin Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir al-

    Zarqa dilahirkan di kawasan bernama Banqusah, Halab, Syria pada tahun 1907M.

    Melihat kepada manhaj dan cara pembelajaran yang dilalui oleh Mustafa serta bidang

    yang diceburi, maka Mustafa mempunyai kepakaran dalam bidang berikut :

    i. Fiqh. Mustafa belajar fiqh Hanafi secara serius dan mendalam menyebabkan beliau

    seorang yang pakar dalam bidang fikah Hanbali. Dalam mazhab Hanbali, beliau telah

    membuat tarjih di antara pandangan-pandangan ulama mazhab serta mengeluarkan fatwa

    dan ijtihadnya sendiri. Walaupun beliau pakar dalam mazhab Hanafi tetapi beliau juga

    pakar dalam mazhab-mazhab yang lain seperti mazhab Maliki, Hanbali dan Syafie. Oleh

    itu itu, didapati beliau dapat menguasai fikah perbandingan.

    ii. Undang-Undang. Secara khususnya Mustafa adalah pakar dalam undang-undang

    Sivil dan undang-undang kekeluargaan. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi

    peguam yang menyebabkan dapat menguasai teks undang-undang dengan baik.

    Di antara tinggalan beliau :

    -

    - -

    PERKEMBANGAN MAZHAB FIQH DI MALAYSIA.

    Untuk mengetahui sejarah perkembangan hukum di Malaysia maka kita perlu mengetahui

    sejarah kemasukan Islam ke Malaysia. Menurut Prof Madya Dr Abdul Halim El-

    Muhammady :18

    Penentuan tarikh kedatangan Islam ke Malaysia belum mendapat kata

    18Pengaruh Fiqh ShafiI dalam Pemikiran Masyarakat Melayu di Malaysia : Kertas kerja

    yang dibentangkan dalam Seminar Hukum Islam Semasa V, Menilai Realiti, Penghayatan dan

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    44/47

    sepakat di kalangan ahli sejarah, cuma secara umumnya mereka menerima bahawa

    kedatangan Islam ke sebelah sini di antara abad ke 13M dan 14M. Walau

    bagaimanapun, penemuan-penemuan baru pada batu-batu bersurat yang dijumpai di

    Pahang, Kedah dan mata wang emas di Kelantan ada menunjukkan bahawa kedatangan

    Islam ke Malaysia adalah tarikhnya lebih awal dari apa yang telah ditentukan

    sebelumnya.

    Bukan sekadar tarikh tepat tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu tidak

    disepakati, bahkan tempat asal kedatangan pendakwah-pendakwah ke Tanah Melayu juga

    tidak disepakati. Walaubagaimanapun penulis lebih cenderung kepada pandangan yang

    mengatakan pendakwah-pendakwah yang datang ke Tanah Melayu berasal dari timur

    tengah atau negara arab berdasarkan berberapa bukti, seperti penggunaan tulisan jawi,gelaran-gelaran keturunan Arab seperti Syed dan Syarifah, pengaruh kalimah Arab di

    dalam bahasa Melayu dan lain-lain seperti yang disebutkan oleh ramai pengkaji-pengkaji.

    Pengaruh Mazhab ShafiI di Malaysia

    Seperti yang telah dibahaskan di dalam bab yang sebelum ini, pada pertengahan kurun

    keempat sehingga akhir kurun ketujuah adalah era kemunduran dan kejumudan Fiqh.

    Tiada mazhab-mazhab baru yang dibentuk melainkan meluaskan pengaruh mazhab-mazhab yang telah sedia ada. Berdasarkan pelbagai kajian yang dilakukan ramai

    bersetuju menyatakan bahawa Tanah Melayu terpengaruh kepada mazhab Syafie.

    Adapun pengaruh kepaa pandangan mazhab dab aliran yang lain adalah di dalam jumlah

    yang kecil. Walau pun penulis tidak dapat memastikan secara jelas siapakah individu

    utama yang berperanan membawa pengaruh mazhab Syafie ke Tanah Melayu, pengaruh

    mazhab syafie di Malaysia boleh dibuktikan dengan berberapa perkara di antaranya :

    1. Kitab-kitab yang diajarkan dan menjadi rujukan.

    Prospek Fiqh Syafie di Malaysiaanjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 22-23hb

    Ogos 2007.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    45/47

    Kitab-kitab ini menjadi bacaan, pembelajran dan rujukan kepada seluruh masyarakat di

    Malaysia. Samada pembelajaran secara formal di sekolah-sekolah rasmi atau

    pembelajaran secara tidak formal di pondok-pondok, di surau-surau atau di masjid-

    masjid. Ini merupakan bukti jelas menunjukan keseluruhan masyarakat di Malaysia

    berpegang denggan pandangan mazhab syafie walaupun adakalanya pembelajaran secara

    formal di sekolah-sekolah tidak menyebutkan bahawa mazhab yang dipelajari adalah

    mazhab syafie. Di antara contoh kitab-kitab yang dibaca, dipelajari dan menjadi rujukan

    setiap lapisan masyarakat Islam di Malaysia adalah :

    1. Kitab-kitab karangan ulamak Nusantara :

    i. Karangan Sheikh Dawud b. Sheikh Abdullah al-Fatani.

    o Munyat al-Musalli.

    o Kitab Furu al-Masail.

    ii. Karangan Sheikh Muhammad b. Ismail Dawud Fatani.

    o Kitab al-Bahr al-Wafi wa al-Nahr al-Safi.

    o Matla al Badrain.

    iii. Karangan Sheikh Muhammad Arshad b. Abdullah al-Banjari.

    o Kitab Sabil al-Muhtadin Li Al-Tafaquh fi Amr al-Din.

    2. Kitab-kitab karangan Ulamak Muktabar.

    i. Karangan Al-Imam Abu Shuja.

    Al-Ghayah At-Taqrib.

    ii. Karangan Al-Imam An-Nawawi.

    Minhaj al-Talibin.

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    46/47

    iii. Karangan Al-Imam Zain al-Din al-Malibari.

    Fath al-Muin.

    iv. Karangan Al-Imam Qalyubi wa Umairah.

    Al-Mahalli.

    v. Karangan Al-Imam Sayyid al-Bakri.

    Ianat al-Talibin.

    vi. Karangan Al-Imam Zakaria al-Ansari.

    Fath al-Wahab bi Sharh Minhaj al-Tullab.

    2. Perundangan

    Menurut pandangan Prof Madya Dr Abdul Halim El-Muhammady Kesan Islam dan

    aliran mazhab ShafiI ini bukan sahaja mempengaruhi masyarakat umum malah ia juga

    mempengaruhi sistem keadilan Negara kerana sebelum kedatangan penjajah, undang-

    undang Islam diamalkan di negeri-negeri Melayu. Sejak dari abad kelima belas apabilaundang-undang Melaka iaitu Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka digunapakai di

    negeri Melaka. Kanun ini digubal lebih kurang pada tahun 1444 mengikut kenyataan

    Richard Winstedt. Demikian juga undang-undang Pahang iaitu Kanun Pahang yang

    digunapakai pada masa pemerintahan Abdul Ghafur di abad keenam belas. Kedua-dua

    undang-undang ini mengandungi pelbagai bidang perundangan, keluarga, jenayah,

    muamalat, antarabangsa, prosedur, keterangan dan sebagainya. Undnag-undang ini

    adalah beraliran Mazhab Shafii.

    Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah bertugas di Jabatan Mufti kerajaan Negeri

    Sembilan, melihat kebanyakan fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan Mufti Negeri

    Sembilan dan Jabatan Mufti negeri-negeri adalah bersandarkan kepada pandangan

    mazhab Syafie. Keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah

  • 5/27/2018 Buku - Tarikh Tasyri'-3

    47/47

    Fatwa Kebangsaan, pandangan-pandangan tokoh-tokoh agama dan enakmen-enakmen

    yang berkaitan dengan Agama Islam juga tidak lari dari lingkungan pengaruh Mazhab

    Syafie.