buku skrap

22
Proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.

Upload: anamaelkona

Post on 16-Nov-2015

125 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

divider

TRANSCRIPT

  • Proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.

    *

  • KEPENTINGAN

    Membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna.

    Menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

    *

  • Membantu mengekalkan idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti.

    Kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

    *

  • PERANAN

    Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat. Memastikan aspirasi masyarakat terpelihara. Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat. Mengajar individu untuk memenuhi peranan sosial.

    *

  • *

  • *

  • Norma ialah kelakuan standard yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. Norma sosial pula merupakan peraturan-peraturan yang diterima pakai oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Contoh norma sosial ialah, beratur ketika menaiki bas, menjaga alam sekitar.

    *

  • Norma sosial lahir dari proses interaksi antara masyarakat. Ia dapat dipelajari melalui pemerhatian dan juga interaksi sosial. Norma sosial sering berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat. Perlakuan yang tidak selari dengan norma sosial dipanggil lencongan. Contoh, menderhaka terhadap ibu bapa.

    *

  • Folkways dan mores sangat berkait rapat dengan norma sosial. Folkways- cara-cara bertingkah laku yang dianggap wajar dalam sesuatu masyarakat.Sebagai contoh, amalan nilai murni dan budi bahasa.Mores- norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial. Ia menentukan standard moral bagi sesuatu tingkah laku.Anggota masyarakat wajib mematuhi mores. Ketidakpatuhan terhadap mores akan mengakibatkan hukuman seperti ejekan dan cacian.

    *

  • Kawalan sosial bermaksud cara-cara yang digunakan oleh masyarakat bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya ahli-ahlinya menghargai nilai-nilai dan mematuhinya. Kawalan sosial mempunyai dua bentuk ialah kawalan positif dan kawalan negatif.

    *

  • Positif- Boleh berbentuk pemberian ganjaran, hadiah dan pujianNegatif- hukuman dan dendaan. Kedua-dua jenis kawalan ini boleh lahir dengan cara formal dan tidak formal. Secara formal- berlaku secara perundangan, peraturan dan penguatkuasaan. (Polis dan kehakiman)Secara tidak formal- terbahagi kepada 4 jenis:

    Ganjaran sosial seperti kenaikan pangkatHukuman atau kritikanPujukan Norma yang ditakrif oleh individu berstatus tinggi

    *

  • *

  • Ibu bapa menjadi Role Model dalam pembentukan sahsiah anak-anak.Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmonis dan suasana yang selamat bagi anak-anak.Ahli keluarga sebagai penasihat atau kaunselor kepada anak-anak yang menghadapi masalah.Saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam setiap aspek kehidupan.Rumah adalah sumber untuk mendapatkan kasih sayang.Mendidik anak-anak dari kecil tentang tatacara bersosial dan persekitaranMembetulkan kesalahan anak-anak.Memberikan didikan agama dan moral melalui cerita, kisah-kisah dan teladan

    *

  • *

  • Pengetahuan Moral

    - Memberikan maklumat/teori moral- Penerapan melalui aktiviti- Pengukuhan melalui ujian dan peperiksaan

    Peraturan Sekolah

    - Lembaga Disiplin memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi- Mencegah dan menghalang pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral

    Kegiatan Ko-Kurikulum

    - Pelajar mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah- Menyediakan alternatif kepada para pelajar untuk menyalur minat dan kebolehan masing-masing.

    Menyediakan persekitaran yang merangsang pertumbuhan emosi dan sosial yang sihat melalui jalinan ikatan mesra dan muhibbah.

    *

  • Guru

    *

  • Umur sama dan berkongsi minat yang sama.Kebiasaannya dari status sosial yang sama.Apabila remaja, pengaruh rakan sebaya bertambah penting.Individu cenderung mengikut pandangan, nilai dan sikap rakan sebaya.

    *

  • *

  • Melalui penyampaian ajaran agama yang disampaikan dalam bentuk khutbah, ceramah, penyampaian melalui pendeta, sami.Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama yang dianuti.Melalui lagu-lagu rohaniAktiviti kerohanianSeminar keagamaan yang bersifat membentuk remajaPerayaan sesuatu agamaKanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral

    *

  • Merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar.Mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah.Digalakkan menonton rancangan yang memberi tauladan kepada mereka.Ibu bapa hendaklah membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan dalam memilih siaran untuk ditontoni oleh anak-anak.

    *

  • Membentuk nilai-nilai yang diterimapakai dalam kumpulan masyarakatMenunjukkan perlakuan yang boleh atau tidak dapat diterima oleh masyarakatMempamerkan cara-cara hidup yang sesuai dan perlu diikuti oleh golongan remajaMengubah tingkahlaku individu yang tidak sesuai dengan teguran dan penjelasanPenekanan adat resam dapat mempengaruhi pembentukan peribadi yang lemah lembut dan berhemah tinggi.

    *

  • Semua orang perlu melalui proses sosialisasi yang sempurna agar mereka menjadi insan yang bermoral. Proses sosialisasi berlaku sepanjang hayat dan proses ini berterusan dan boleh berlaku dalam pelbagai hubungan. Guru perlu menyediakan suasana sosialisasi yang terbaik di sekolah. Sebagai salah satu agen moral, guru adalah model yang boleh dicontohi. Guru juga berfungsi sebagai agen kawalan sosial. Norma sosial yang terbaik perlu diamalkan kepada pelajar.

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *