buku program mesyuarat agung pibg 2015

31
1 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Kata Alu-Aluan YDP PIBG 2 2. Sekapur Sireh Daripada Guru Besar 3 3. Aturcara Majlis Agenda Mesyuarat 4 4. Ahli Jawatankuasa Program 5 5. Profil Sekolah - Visi , Misi ,Matlamat , Slogan , Moto - Staf Akademik - Staf Sokongan - Laporan Kurikulum - Laporan Hal Ehwal Murid - Laporan Kokurikulum 6 - 17 6. Laporan PIBG Sesi 2014/2015 - Senarai AJK 2014/2015 - Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-40 - Penyata Perjalanan PIBG Sesi 2014/2015 - Aktiviti PIBG Sepanjang Sesi 2014/2015 - Penyata Kewangan - Usul-usul PIBG/ Ibu/Bapa/Penjaga - Keputusan Pemilihan 18 - 30

Upload: dek-seha

Post on 18-Feb-2016

117 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Buku yang mengandungi maklumat perjalanan PIBG di sekolah sepanjang tahun 2014 hingga Mac 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

1

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Kata Alu-Aluan YDP PIBG

2

2.

Sekapur Sireh Daripada Guru Besar

3

3.

Aturcara Majlis

Agenda Mesyuarat

4

4.

Ahli Jawatankuasa Program

5

5.

Profil Sekolah

- Visi , Misi ,Matlamat , Slogan , Moto

- Staf Akademik

- Staf Sokongan

- Laporan Kurikulum

- Laporan Hal Ehwal Murid

- Laporan Kokurikulum

6 - 17

6.

Laporan PIBG Sesi 2014/2015

- Senarai AJK 2014/2015

- Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-40

- Penyata Perjalanan PIBG Sesi 2014/2015

- Aktiviti PIBG Sepanjang Sesi 2014/2015

- Penyata Kewangan

- Usul-usul PIBG/ Ibu/Bapa/Penjaga

- Keputusan Pemilihan

18 - 30

Page 2: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

2

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SK. SULTAN ABU BAKAR 1 SESI 2014/2015

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah, tuhan pemilik sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad (S.A.W) penghulu sekelian Nabi dan Rasul.

Bersyukur kita ke hadrat Allah yang dengan limpah kurnianya mengizinkan kita untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai ahli PIBG SKSAB1. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kita pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggung jawab sebagai ahli PIBG. Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK PIBG adalah sebagai agen pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dan tidak hadir agar dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini.

Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing yang harus dipikul tanpa berbelah bagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa saja yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak kita. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Justeru, setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan.

Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ini. Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk menyalurkan idea-idea yang bernas mahupun tenaga untuk digembeleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang.

Sekian. Terima kasih.

MOHD FAIZUL BIN MOHD SALLEH

Page 3: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

3

SEKAPUR SIREH GURU BESAR SK. SULTAN ABU BAKAR 1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sultan Abu Bakar 1 Muar Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2015 yang telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.

Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru misi sekolah adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti memenuhi aspirasi negara Malaysia . Demi melahirkan modal insan yang cemerlang, Visi Sekolah iaitu“ Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"diharap

dapat digapai sama ada dalam bidang akademik, kokurikum mahupun sahsiah pelajar. Justeru itu PIBG perlu menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu , PIBG mampu melahirkan sesuatu yang bernilai dan bermakna demi mencapai kecemerlangan anak-anak di SK Sultan Abu Bakar 1 Muar .

Sesungguhnya, murid-murid hari ini perlu dilengkapi dengan kecekapan global dalam menyelesaikan sebarang masalah ruang lingkup persekitaran budaya silang (cross cultural environment). Menyedari perubahan ini, maka peranan PIBG cukup hebat dalam membantu pihak sekolah menjana personaliti cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak SK Sultan Abu Bakar 1 pada abad 21. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui PIBG untuk menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita menjadi permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga SK Sultan Abu Bakar 1. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad , memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.

Akhirulkalam, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Sultan Abu Bakar 1 terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan SK Sultan Abu Bakar 1.

Sekian, terima kasih.

HJH MAZNAH BINTI AMIR Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1 Muar

Page 4: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

4

ATURCARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-41 SESI 2015 / 2016

28 FEBRUARI 2015 - SABTU 8.30 pagi : Pendaftaran dan Ketibaan Ibu Bapa / Penjaga Murid : Jamuan 9.00 pagi : Persembahan Murid

- English Action Song - Choral speaking - Tarian Rampai 1 Malaysia

: Bacaan Doa : Ucapan oleh ;

- Guru Besar SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar : Ucapan Perasmian oleh

- Yang Di Pertua PIBG SK Sultan Abu Bakar 1 : Penyampaian Anugerah Murid Cemerlang UPSR 2014 Penyampaian Sijil Penghargaankepada

- Guru-guru Tahun 6 Tahun 2014 - AJK PIBG Sesi 2014/2015

: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 dimulakan : Cabutan Bertuah : Bersurai

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2014 / 2015

2. Ucapan Penasihat PIBG

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40

SK Sultan Abu Bakar 1 Muar .

4. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2014 / 2015

5. Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2014

6. Pembentangan dan perbincangan usul / cadangan

7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2014 / 2015

8. Pelantikan AJK PIBG sesi 2015 / 2016

a) Seorang Yang Dipertua.

b) Seorang Naib Yang Dipertua.

c) AJK Ibu/Bapa

d) 2 orang juruaudit

9. Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG sesi 2015 / 2016

Page 5: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

5

AHLI JAWATANKUASA

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KALI KE- 41 TAHUN 2015

SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR

Penasihat : Puan Maznah Binti Amir ( Guru Besar ) Pengerusi : Encik Mohd Faizul Bin Mohd Salleh ( YDP PIBG ) Setiausaha : Encik Fadhil Bin Mohamad Amin Bendahari : Encik Zainudin Bin Ahmad

Pendaftaran Sambutan & Protokol

Puan Zainab Binti Ahmad ( K ) Puan Rahimah Binti Abu Bakar Program & Jemputan

En Fadhil Bin Mohd Amin ( K ) Puan Halina Binti Alwee Puan Siti Murni Binti Jantan Pengacara Majlis Puan Noor Haflida Binti Nordin ( K ) Puan Mehruniza Binti Ayub Siaraya / Backdrop Encik Tan Kiong Beng Bacaan Doa

Encik Shihan Shah Bin Abd Rauf Cabutan Bertuah Puan Habibah Binti Manan ( K ) Puan Lela Binti Rauf Cik Norhaidayati Binti Abdullah Puan Rozeha Binti Dali Persiapan Tempat Encik Zainudin Bin Ahmad (K) Encik Muhd Shukri Bin Shamsuddin Encik Mohd. Azmi Bin Salleh Encik Mohd Shah Bin Haron Puan Huli Binti Nin Puan Zaimah Binti Khamis

Puan Arsimah Binti Abu Bakar (K) Puan Zarina Binti Mohd Yusof Semua AJK PIBG Pencatat Puan Nor Rizan Binti Abdul Ghani ( K ) Cik Nur Alyani Binti Mohamad Hamim Anugerah Dan Cenderamata & Rozet Puan Nor Zakiah Binti Mohd Sarif ( K ) Puan Ruzila Binti Jamiran Cik Nadirah Binti Hassan Persembahan

Puan Radiah Binti Ismail (K) Puan Najiha Binti Abd. Kadir Puan Siti Rohani Binti S. Ibrahim Puan Zarina Binti Marto Jamuan VIP

Puan Che Nor Rokiah Binti Embong ( K ) Puan Norzilawati Binti Abdullah Jamuan Ibu Bapa

Puan Samzunorzeta Binti Shamsuddin (K) Puan Nurul Asyikin Binti Masaat Puan Ng Cheng Tew Cik Nima Binti Hasan Puan Salmah Binti Ninggal

Jurugambar

Pn. Muniroh Binti Mohd Nasir

Page 6: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

6

PROFIL SEKOLAH

”SK SAB 1 UNGGUL NOMBOR 1” Memperkasakan Pengurusan

Mengoptimumkan Penghasilan 1 Pasukan 1 Matlamat 1 Kegemilangan

Pejabat Am : 06-9521350 Faks : 06-9521350

e-mail : [email protected]

website : http://www.sksab1.com

VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI SEKOLAH

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi

Aspirasi Negara"

MATLAMAT

Cemerlang Dan Berwibawa

SLOGAN Memperkasakan Pengurusan

Mengoptimumkan Penghasilan

MOTO 1 Pasukan 1 Matlamat Menuju Puncak

Page 7: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

7

STAF AKADEMIK

BIL NAMA GURU KATEGORI

1 Puan Hjh Maznah Binti Amir ( Guru Besar ) DG44

2 Puan Nor Zakiah Binti Mohd Sarif (GPK 1 ) DG41

3 Puan Arsimah Binti Abu Bakar (GPK HEM ) DG41

4 Puan Zarina Binti Mohd Yusof (GPK Kokurikulum) DG32

5 Puan Hjh Rahimah Binti Abu Bakar DG34

6 Puan Radiah Binti Ismail DG34

7 Puan Zainab Binti Ahmad DG34

8 Puan Noor Haflida Binti Nordin DG34

9 Puan Halina Binti Alwee DG34

10 Puan Che Nor Rokiah Binti Embong DG34

11 Puan Ng. Cheng Tew DG34

12 Encik Fadhil Bin Mohd Amin DG44

13 Puan Mehruniza Binti Ayob DG41

14 Puan Najiha Binti Abd Kadir DG41

15 Puan.Norzilawati Binti Abdullah DG34

16

Encik Zainudin Bin Ahmad DG34

17 Pn Nor Rizan Binti Abdul Ghani DG

18 Puan Siti Rohani Binti Shikh Ibrahim DG32

Page 8: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

8

19 Puan Samzunorzeta Binti Samsuddin DG41

20 Encik Shihan Shah Bin Abd Rauf DG41

21 Puan Ruzila Binti Jamiran DG41

22 En. Tan Kiong Beng DG44

23 Cik Nima Binti Hassan DG41

24 Puan Nurul Asyikin Binti Masaad DG32

25 Cik Nur Alyani Binti Mohamad Hamim DG41

26 Encik Mohd Shukri Bin Shamsuddin DG41

Page 9: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

9

STAF SOKONGAN

STAF SOKONGAN / SWASTA

BIL NAMA STAF SWASTA KATEGORI

1 En. Mohd Azmi Bin Salleh Staf Swasta

2 En. Md. Shah Bin Harun Staf Swasta

3 Puan Huli Binti Nin Staf Swasta

4 Puan Zaimah Binti Khamis Staf Swasta

BIL NAMA

JAWATAN KATEGORI

1 Cik Nadirah Binti Hassan

Pembantu Tadbir N17

2

Puan Salmah Binti Ninggal

Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

N17

3 Puan Siti Murni Binti Jantan

Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas

N17

4 Puan Rozeha Bte Dali

Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas

N17

5 Puan Muniroh Bte Mohd Nasir

Juruteknik Komputer NT17

Page 10: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

10

LAPORAN KURIKULUM

PENCAPAIAN DAN PELUNJURAN UPSR 1994 - 2014

TAHUN BM(PEM) BM(PEN) B.ING MAT SAINS CALON 5A/4A GPS %

KESELURUHAN

1994 92.40 92.40 73.42 86.07 - 97 8 86.39

1995 100.00 96.30 72.80 90.10 - 81 8 69.14

1996 96.30 95.10 79.00 90.10 - 81 14 74.90

1997 98.70 98.90 77.20 93.40 86.80 76 5 72.36

1998 93.90 97.80 65.30 84.70 82.70 98 11 61.20

1999 100.00 96.40 61.80 92.70 87.30 55 3 61.80

2000 100.00 97.10 70.00 94.30 95.10 70 6 68.60

2001 100.00 100.00 73.10 92.30 88.50 52 6 71.20

2002 96.10 100.00 80.40 94.10 94.10 51 6 80.40

2003 97.70 97.70 81.40 90.70 93.00 43 1 79.10

2004 93.20 93.20 84.10 86.40 95.50 44 8 77.27

2005 97.30 100.00 83.80 97.30 97.30 37 3 1.99 83.80

2006 96.77 100.00 87.10 93.55 87.10 31 5 1.90 83.90

2007 100.00 97.06 88.24 94.12 97.06 34 6 1.78 85.29

2008 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 36 9 1.66 100.00

2009 91.18 97.06 82.35 91.18 94.12 34 5 2.14 76.50

2010 93.94 93.94 84.85 93.94 93.94 33 4 1.77 84.80

2011 100.00 96.67 96.67 100 93.33 30 5 1.74 90.00

2012 100.00 100.00 83.33 95.83 95.83 24 5 1.80 83.33

2013 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 18 6 1.54 100.00

2014 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 19 1 1.77 100.00

Page 11: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

11

LAPORAN AKADEMIK

ANALISA KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

2014

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 100% 19 orang

BAHASA MELAYU PENULISAN 100% 19 orang

BAHASA INGGERIS 100% 19 orang

MATEMATIK 100% 19 orang

SAINS 100% 19 orang

KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

2014

PENCAPAIAN

1A 2A 3A 4A 5A

BILANGAN CALON

3 5 4 3 1

Bilangan Calon Mengambil Peperiksaan : 19 orang

Bilangan Calon Lulus Semua Matapelajaran : 19 orang

Peratus Lulus Semua Matapelajaran : 100%

Gred Purata Sekolah : 1.7

LAPORAN AKADEMIK

KEPUTUSAN UPSR 2014 BILANGAN CALON BERDAFTAR – 19 ORANG PENCAPAIAN MENGIKUT MATA PELAJARAN

PERKARA A % B % C % D % E % %

LULUS

MELAYU (PEMAHAMAN)

13 68.4 4 21.1 2 10.5 0 0 0 0 100

MELAYU (PENULISAN)

16 84.2 3 15.8 0 0 0 0 0 0 100

INGGERIS 4 21.1 7 36.8 8 42.1 0 0 0 0 100

MATEMATIK 6 31.6 8 42.1 5 26.3 0 0 0 0 100

Page 12: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

12

SAINS 3 15.8 11 57.9 5 26.3 0 0 0 0 100

PENCAPAIAN UPSR 2014

PENCAPAIAN BILANGAN PERATUS%

LULUS SEMUA MATA PELAJARAN 19 100

5A 1 5.3

4A 3 15.8

LULUS BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) 19 100

LULUS BAHASA MELAYU (PENULISAN) 19 100

LULUS BAHASA INGGERS 19 100

LULUS MATEMATIK 19 100

LULUS SAINS 19 100

MURID-MURID CEMERLANG UPSR 2014

5A

1. ANIS UMAIRAH BINTI SUHAIMI

4A 1B

1. SURAYA HANI BINTI DAUD 2. SAMSINAH JURIAH BTE SHAMSUDDIN 3. INTAN NURALLIA BINTI AZHAR

Page 13: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

13

TAKWIN PROGRAM KURIKULUM 2015

Bil Nama Program Sasaran Tarikh / Hari

Perlaksanaan Catatan / Tindakan

1 Program Transisi Murid-murid Tahun 1 04.01.2015 Pn Norzilawati

2 Program Tuisyen Kampung Murid-murid Tahun 6 11.01.2015

Ahad Pn Che Nor Rokiah

3 Hari Terbuka Guru-guru,murid-murid dan ibu bapa

28.05.2015 Khamis

Pn Najiha Semua Guru

4 Hari Kecemerlangan Pelajar / Konvokesyen Prasekolah

Guru-guru,murid-murid dan ibu bapa

12.11.2015 Khamis

Pn Hjh Rahimah Pn Siti Rohani

5 Morning Programme Murid-murid Tahap 1 11.01.2015

Ahad Pn Radiah bt Ismail

6 Morning Alert Programme (MAP)

Murid-murid Tahun 6 11.01.2015

Ahad Pn Ng Cheng tew

7 Program Gerak Gempur Murid-murid Tahun 6 14.06.2015

Ahad Cik Norhaidayati

8 Program Nilam Murid-murid Tahap 1 11.01.2015

Ahad Pn Mehruniza

9 Program Pusat Akses Murid-murid Tahap 2 11.01.2015

Ahad Cik Nur Alyani

10 Program Protim Tahun 4 & 5 Murid-murid Tahun 4 & 5

11.01.2015 Ahad

Guru BM Guru Matematik

11 Program LINUS Murid-murid Tahun 1 , 2 & 3

11.01.2015 Ahad

Pn Hjh Rahimah Pn Norzilawati Pn Ng Cheng Tew Pn Che Nor Rokiah

12 Program Kajian Tindakan Murid murid Tahun 5 26.4.2015

Ahad Pn Nurhidayah

13 Program Bijak Sifir Murid-murid Tahap 1 & 2

11.01.2015 Ahad

Pn Zainab

14 Program “Learn 3 Words A Day “

Murid-murid Tahap 1 & 2

11.01.2015 Ahad

Pn Noor Noor Haflida Bt Nordin

15 Program j QAF Murid-murid Tahap 1 & 2

11.01.2015 Ahad

Pn Samzunorzeta

16 Headcount Murid-murid Tahap 1 & 2

11.01.2015 Isnin

Pn Ng Chew Tew

17 Kursus Dalaman / LDP Guru-guru April /

November En Tan Kiong Beng

18 Program EW20 Murid-murid Tahap 1 & 2

12.01.2015 Ahad

Pn Noor Haflida

Page 14: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

14

LAPORAN HAL EHWAL MURID ENROLMENT MURID TAHUN 2015

PADA 12.01.2015

KELAS

BANGSA J U M L A H

GURU KELAS MELAYU CINA INDIA LAIN-

LAIN

L P L P L P L P

1 NILAM - 22 - - - - - - 22 Pn. Norzilawati Bt. Abdullah

2 NILAM - 15 - - - 1 - 1 17 Pn. Samzunorzeta Bt. Shamsuddin

3 NILAM - 23 - 1 - 2 - - 26 En. Mohd. Shihan Shah

4 NILAM - 20 - - - - - - 20 Pn. Najiha Bt. Abd. Kadir

5 NILAM - 18 - - - 1 - - 19 Cik Nima Bt. Hassan

6 NILAM - 28 - - - 1 - - 29 Pn. Che Nor Rokiah Bt. Embong

JUMLAH - 126 - 1 - 5 - 1 133 MURID PERDANA

PPKIBP NILAM

4 - - - - - - - 4 En. Zainudin Bt. Ahmad

PPKIBP DELIMA

- 2 - - - - - - 2 Pn. Ruzila Bt. Jamiran

PPKIBP ZAMRUD

1 2 - - - - - - 2 Cik Nur Alyani Bt. Mohd. Hamim

JUMLAH 5 4 - - - - - - 9 MURID PKI

PRA

SEKOLAH 4 15 - - - - - - 19 Pn. Siti Rohani Bt. Shikh Ibrahim

JUMLAH 4 15 - - - - - - 19 MURID PRASEKOLAH

JUMLAH

BESAR 9 150 - 1 - 5 - 1 161

JUMLAH KESELURUHAN MURID

Page 15: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

15

LAPORAN KOKURIKULUM

SK. SULTAN ABU BAKAR (1) PENYERTAAN AKTIVITI KO-AKADEMIK DAN KOKURIKULUM 2014

PERINGKAT ZON PARIT BUNGA

BIL

AKTIVITI

PENCAPAIAN

1 Majlis Tilawah Al-quran 1.1 Bercerita Kisah Nabi 1.2 Berzanji 1.3 Hafazan 1.4 Tulisan Khat 1.5 Al –Quran

Tempat ketiga Hafazan – Nur Hanani Md. Faizul

2 Karnival Koakademik 2.1 Saintis muda 2.2 Eureka sains 2.3 Bercerita sains 2.4 Bijak Matematik Th1, Th2, Th 3 2.5 Kuiz Matematik Tahap 2 2.6 Bercerita B. Melayu Tahap 1 dan 2 2.7 Mengarang Tahap 2 2.8 Pidato 2.9 Kuiz Kesihatan 2.10 Kuiz Kajian Tempatan 2.11 Buku Skrap Sivik

Johan Mengarang Tahap 2 Ketiga Eureka Sains

3 English Fest 3.1 Public Speaking 3.2 Scrabble phase 2 3.3 Peotry Recitation phase 2 3.4 Action Song phase 1

Penyertaan

Page 16: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

16

SK. SULTAN ABU BAKAR (1) PENYERTAAN AKTIVITI KO AKADEMIK DAN KOKURIKULUM 2014

PERINGKAT DAERAH

BIL

AKTIVITI

PENCAPAIAN

1 Sambutan Tahun Baru Cina –RIMUP Penyertaan

2 Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Muar 2.1 100m PA &PB 2.2 200m PA 2.3 4 x100m PA 2.4 Lontar peluru PA 2.5 Lompat Jauh PA 2.6 Lompat Tinggi PA

Penyertaan

3 Pertandingan Anugerah Nilam Kategori Bahasa Inggeris

Johan

4 Pemilihan Kontigen Muar Ke Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ Pendidikan Khas 4.1 100 m Lelaki 4.2 Lompat Jauh Lelaki 4.3 Lontar Peluru Lelaki

Penyertaan

5 Semarak Islam Pendidikan Khas 5.1 Hafazan 5.2 Tilawah

Johan Hafazan Naib Johan Tilawah

6 Karnival Ko Akademik Daerah 6.1 Mengarang Tahap 2

Tempat ke 3

7 Pertandingan Bola Jaring MSSD B12 Tempat ke 4

8

Bicara Berirama Penyertaan

9

Mahrajan J-Qaf Kalam Jamaie – ke 5 Tilawah/Khat- penyertaan

10

Perkhemahan Rimup Integrasi

Penyertaan

11

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Page 17: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

17

PENYERTAAN AKTIVITI KO-AKADEMIK DAN KOKURIKULUM 2014

PERINGKAT NEGERI

BIL

AKTIVITI

PENCAPAIAN

1 Pertandingan Anugerah Nilam Kategori Bahasa Inggeris

Johan

2 Semarak Islam – Hafazan (Pend. Khas)

Naib Johan Hafazan

PENYERTAAN AKTIVITI KO-AKADEMIK DAN KOKURIKULUM 2014

PERINGKAT KEBANGSAAN

BIL

AKTIVITI

PENCAPAIAN

1 Pertandingan Anugerah Nilam Kategori Bahasa Inggeris

Penyertaan

2

MBMMBI Ceria Emas Perak Gangsa

PENYERTAAN AKTIVITI KO-AKADEMIK DAN KOKURIKULUM 2014

PERINGKAT PENGANTARABANGSAAN

BIL

AKTIVITI

PENCAPAIAN

1 Program MBMMBI dan Sukan 1.1 Scramble Words 1.2 Spelling Bee 1.3 Pidato 1.4 Tilawah 1.5 Sajak 1.6 Story Telling 1.7 Catur 1.8 Ping Pong 1.9 Congkak 1.10 Futsal 1.11 Tenpin Boling

Johan Scramble Words – Anis Umairah Suhaimi Naib Johan Futsal Ketiga Story Telling - Suraya Hani Daud

2

Perkhemahan Jota-Joti Antarabangsa/Jamboree Pengakap Antarabangsa

Emas Perak Gangsa

Page 18: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

18

LAPORAN PIBG

SESI 2014/2015

Page 19: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

19

SENARAI AHLI JAWATAN KUASA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR SESI 2014/2015

Yang Dipertua : Encik Muhamad Faizul Bin M. Salleh Naib Yang Dipertua : Encik Khairunnahar Bin Sulaiman Setiausaha : Encik Fadhil Bin Muhamad Amin N. Setiausaha : Puan Halina Binti Alwee Bendahari : Encik Zainudin Bin Ahmad N. Bendahari : Puan Che Nor Rokiah Binti Embong AJK Ibu bapa : 1) Encik Zainuddin Bin Ismail : 2) Puan Habibah Binti Manan : 3) Puan Jamilah Binti Yem : 4) Puan Zalina Binti Marto : 5) Puan Marjinderpal Kaur AJK Guru : 1) Puan Radiah Binti Ismail 2) Puan Mehruniza Binti Ayob 3) Puan Noor Haflida Binti Nordin 4) Cik Najihah Binti Shahrum

Page 20: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

20

SENARAI KEHADIRAN AHLI MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

KALI KE-40 SESI 2013/2014

Tarikh : 19 Mac 2014 ( Rabu )

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Dewan Terbuka SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar

Perasmi : Yb Senator Datuk Hjh Noriah Binti Mahat

Ahli Dewan Negara

Bil Nama Ibu/Bapa/Penjaga/Guru Kategori

1 Tn. Hj. Kadir Bin Laham Ibu/Bapa/Penjaga Murid

2 Noor Azreen Binti Md. Yunos Ibu/Bapa/Penjaga Murid

3 Muhamad Seh Bin Kamis Ibu/Bapa/Penjaga Murid

4 Jamilah Binti Yem Ibu/Bapa/Penjaga Murid

5 Azizah Binti Salleh Ibu/Bapa/Penjaga Murid

6 Norhayati Binti Saien Ibu/Bapa/Penjaga Murid

7 Roslan Bin Jakariah Ibu/Bapa/Penjaga Murid

8 Asmah Binti Nordin Ibu/Bapa/Penjaga Murid

9 Rosmah Binti Keran Ibu/Bapa/Penjaga Murid

10 Juli Binti Mohd Tahir Ibu/Bapa/Penjaga Murid

11 Rohaszeli Binti Yahya Ibu/Bapa/Penjaga Murid

12 Noor Habsah Binti Kasdi Ibu/Bapa/Penjaga Murid

13 Siti Rhawiyah Binti Mokri Ibu/Bapa/Penjaga Murid

14 Zulfa Binti Mohamed Ibu/Bapa/Penjaga Murid

15 Nurul Ashikin Binti Masaat Ibu/Bapa/Penjaga Murid

16 Kamar Rudin Bin Satar Ibu/Bapa/Penjaga Murid

17 Zainab Binti Abu Bakar Ibu/Bapa/Penjaga Murid

18 Siti Asmah Gan Abdullah Ibu/Bapa/Penjaga Murid

19 Norsazazura Binti Sabarudin Ibu/Bapa/Penjaga Murid

20 Awaramna Binti Tomiran Ibu/Bapa/Penjaga Murid

21 Raja Khairuddin Shah Ibu/Bapa/Penjaga Murid

22 Azhar Bin Abdul Rahim Ibu/Bapa/Penjaga Murid

23 Haminah Binti Abdul Rahman Ibu/Bapa/Penjaga Murid

24 Rozana Binti Md. Kassim Ibu/Bapa/Penjaga Murid

25 Zainuddin Bin Ismail Ibu/Bapa/Penjaga Murid

26 Md. Kassim Bin Md. Arof Ibu/Bapa/Penjaga Murid

27 Mohd. Khairulnahar Ibu/Bapa/Penjaga Murid

28 Sahrulneezam Binti Samsudin Ibu/Bapa/Penjaga Murid

29 Aida Binti Ibrahim Ibu/Bapa/Penjaga Murid

30 Nor Fadilah Binti Nordin Ibu/Bapa/Penjaga Murid

31 Nor Ernayati Binti Bajuri Ibu/Bapa/Penjaga Murid

Page 21: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

21

32 Rosli Bin Mohamad Ibu/Bapa/Penjaga Muri

33 Amran Bin Salleh Ibu/Bapa/Penjaga Murid

34 Fauziah Binti Surip Ibu/Bapa/Penjaga Murid

35 Rosiah Binti Ibu/Bapa/Penjaga Murid

36 Mohd Faizal Bin Abdul Hamid Ibu/Bapa/Penjaga Murid

37 Norsazazura Binti Sabarudin Ibu/Bapa/Penjaga Murid

38 Rrathip Kaur Ibu/Bapa/Penjaga Murid

39 Md. Aziz Bin Aris Ibu/Bapa/Penjaga Murid

40 Ismail Bin Hashim Ibu/Bapa/Penjaga Murid

41 Suraya Binti Abdul Rahman Ibu/Bapa/Penjaga Murid

42 Mohd Kharunnahar Ibu/Bapa/Penjaga Murid

43 Aida Binti Ibrahim Ibu/Bapa/Penjaga Murid

44 Khairul Syah Bin Ahmad Ibu/Bapa/Penjaga Murid

45 Asiah Binti Ramlan Ibu/Bapa/Penjaga Murid

46 Rohaniza Binti Maulan Ibu/Bapa/Penjaga Murid

47 Samzunorzeta Binti Samsuddin Ibu/Bapa/Penjaga Murid

48 Mohd Farid Bin Mohd Salleh Ibu/Bapa/Penjaga Murid

49 Zarina Binti Marto Ibu/Bapa/Penjaga Murid

50 Asmah Binti Nordin Ibu/Bapa/Penjaga Murid

51 Sahrulneezam Binti Samsudin Ibu/Bapa/Penjaga Murid

52 Norishah Binti Mahat Ibu/Bapa/Penjaga Murid

53 Rosmah Binti Keran Ibu/Bapa/Penjaga Murid

54 Rohaniza Binti Maulan Ibu/Bapa/Penjaga Murid

55 Nor Fadilah Binti Nordin Ibu/Bapa/Penjaga Murid

56 Zulfa Binti Mohamed Ibu/Bapa/Penjaga Murid

57 Mohd Faizal Bin Abdul Hamid Ibu/Bapa/Penjaga Murid

58 Nawiyah Binti Md. Som Guru/Staf Sokongan

59 Zalina Binti Ayub Guru/Staf Sokongan

60 Zainab Binti Ahmad Guru/Staf Sokongan

61 Che Nor Rokiah Binti Embong Guru/Staf Sokongan

62 Noor Haflidah Binti Nordin Guru/Staf Sokongan

63 Tan Kiong Beng Guru/Staf Sokongan

64 Ng Cheng Tew Guru/Staf Sokongan

65 Rahimah Binti Abu Bakar Guru/Staf Sokongan

66 Zainah Binti Abdul Hamid Guru/Staf Sokongan

67 Radiah Binti Ismail Guru/Staf Sokongan

68 Ramlah Binti Abdul Rahman Guru/Staf Sokongan

69 Siti Rohani Binti Shikh Ibrahim Guru/Staf Sokongan

70 Sabariah Binti Kadri Guru/Staf Sokongan

71 Ruzila Binti Jamiran Guru/Staf Sokongan

72 Muniroh Binti Mohd Nasir Guru/Staf Sokongan

73 Salmah Binti Ninggal Guru/Staf Sokongan

74 Najiha Binti Abdul Kadir Guru/Staf Sokongan

75 Rozeha Binti Dali Guru/Staf Sokongan

76 Siti Murni Binti Jantan Guru/Staf Sokongan

Page 22: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

22

77 Halina Binti Alwee Guru/Staf Sokongan

78 Samzunorzeta Binti Shamsuddin Guru/Staf Sokongan

79 Nurul Ashikin Binti Masaat Guru/Staf Sokongan

80 Nor Haidayati Binti Abdullah Guru/Staf Sokongan

81 Nima Binti Hassan Guru/Staf Sokongan

82 Salmah Binti Ninggal Guru/Staf Sokongan

83 Fadhil Bin Mohd. Amin Guru/Staf Sokongan

84 Mehruniza Binti Ayub Guru/Staf Sokongan

85 Noor Asyikin Bin Abd Manan Guru/Staf Sokongan

86 Najihah Binti Shahrum Guru/Staf Sokongan

87 Nadirah Binti Hussan Guru/Staf Sokongan

88 Huli Binti Nin Guru/Staf Sokongan

89 Zaimah Binti Kamis Guru/Staf Sokongan

90 Mohd Shah Bin Haron Guru/Staf Sokongan

91 Mohd Azmi Bin Salleh Guru/Staf Sokongan

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-40 SESI 2014/2015 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU (PIBG)

SK SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR

Tarikh : 19 Mac 2014 [ Rabu ] Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Terbuka SK Sultan Abu Bakar 1 Muar Kehadiran : 57 ibu bapa / 34 guru/staf

1. Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG, Tuan Hj. Kadir Bin Laham

1.1 Tuan Hj. Kadir Bin Laham selaku YDP PIBG bagi sesi 2013 / 2014 mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap anak-anak. Ianya juga membuktikan wujudnya kerjasama erat dan hubungan baik antara guru-guru dan ibu bapa yang akan menjadi pemangkin utama kearah kecemerlangan dan kejayaan sekolah. Tindakan : Makluman kepada semua ahli.

1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru di atas kejayaan dalam membentuk dan mendidik murid-murid samada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh semua ibu bapa sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah untuk menjayakan setiap program yang dirancang. Semua ahli PIBG haruslah bersatu padu dan berganding bahu dengan pihak sekolah dalam aktiviti dan program-program yang dijalankan supaya dapat menghasilkan kejayaan yang lebih bermakna.

1.3 Beliau juga berharap agar ibu/bapa/penjaga murid agar dapat bersama-sama memberi idea untuk menambah dana PIBG sekolah ini . Tindakan : Makluman kepada semua ahli.

Page 23: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

23

1.4 Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pn. Ramlah Binti Abdul Rahman atas segala nasihat dan tunjuk ajar, barisan AJK PIBG untuk sesi 2013 / 2014, guru-guru serta semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung. Beliau juga mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang menerajui kepimpinan PIBG.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli.

2. Agenda 2 : Ucapan Puan Ramlah Binti Abdul Rahman Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1 merangkap Penasihat PIBG,

2.1 Puan Ramlah Binti Abdul Rahman selaku Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1 yang juga

merupakan penasihat PIBG mengucapkan selamat datang kepada semua dan merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 sesi 2013 / 2014.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli

2.2 Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP PIBG, AJK PIBG sesi 2013 / 2014, guru-guru,ibu bapa / penjaga, dan kakitangan sekolah di atas segala kerjasama yang diberikan kepada beliau sebagai Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1 Muar . Beliau berharap kepimpinan baru kelak dapat meneruskan hubungan baik lagi efektif di antara pihak sekolah dan ibu bapa. Tindakan : Makluman kepada semua ahli. 2.3 Pn Ramlah Binti Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada PIBG sekolah

yang telah menyumbang untuk kemajuan murid-murid serta memberi komitmen yang tinggi sepanjang tahun 2013. Beliau menjelaskan bahawa PIBG adalah merupakan satu persatuan gabungan ibu bapa dan guru dan merupakan badan sukarela untuk membantu sekolah. PIBG memerlukan ibu bapa yang ingin membantu secara sukarela.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli.

3. Agenda 3 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 SK Sultan Abu Bakar 1 Muar .

3.1 Setiausaha PIBG sesi 2013 / 2014, Puan Halina Binti Alwee membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Minit diterima tanpa pindaan setelah dicadangkan pengesahan oleh Encik Muhamad Seh Bin Kamis dan disokong oleh Encik Ismail Bin Hashim.

4. Agenda 2 : Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2014 / 2015

4.1 Yang Dipertua PIBG sesi 2013 / 2014, Tuan Hj. Kadir Bin Laham membentangkan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2013/2014 dan diterima tanpa sebarang pindaan setelah dicadangkan pengesahan oleh Encik Ismail Bin Hashim dan disokong oleh Encik Muhamad Seh Bin Kamis .

Page 24: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

24

5. Agenda 5 : Membentang Dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2013 / 2014 5.1 Bendahari PIBG, Puan Che Nor Rokiah Binti Embong membentangkan Laporan

Kewangan PIBG Tahun 2013 yang telah disahkan oleh Pemerisa Kira-Kira 1 Dan Pemeriksa Kira-Kira II. Laporan diterima setelah dicadangkan pengesahan oleh Puan Lela Binti Rauf dan disokong oleh Encik Daud Bin Ahmad.

6. Agenda 6 : Pembentangan Dan Perbincangan Usul / Cadangan 6.1 Usul diterima untuk dibahas.

6.1.1 Usul diterima daripada Puan Suraya Binti Abdul Rahman : Meminta kelas Tasmik

diadakan semasa waktu persekolahan kerana murid-murid perlu ke sekolah agama pada jam 2.00 petang . Penjelasan daripada Guru Besar bahawa Kelas Tasmik tidak boleh dijalankan semasa waktu persekolahan. Kelas Tasmik sepatutnya diadakan pada hari Sabtu setiap minggu Memandangkan pihak sekolah tidak mahu mengganggu cuti hujung minggu murid maka kelas ini diadakan selepas waktu pulang sekolah.

6.1.2 Usul diterima daripada Raja Zainah Binti Radin Md. Daud : Perlu tingkatkan mata

pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik ( Asas ) sebagai pendedahan dan persiapan awal sebelum ke Tahun 1 .

Puan Siti Rohani Binti Shaik Ibrahim ( Guru Prasek ) menerangkan bahawa murid-murid Prasekolah diajar mengikut KSPK yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

6.1.3 Usul diterima daripada Puan Zulfa Binti Mohamad : Minta diadakan tuisyen/kelas

tambahan untuk murid-murid Tahun 5 .

Puan Ramlah Binti Abdul Rahman menerangkan bahawa program tersebut memang dalam perancangan pihak namun begitu ianya masih belum dapat dilaksanakan ,

6.1.4 Usul diterima daripada Puan Siti Rhawiyah Binti Mokri : Beliau mencadangkan

agar program kecemerlangan untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR diperbanyakkan dan dijalankan sepanjang tahun.

- Puan Ramlah Binti Abdul Rahman menjelaskan bahawa program-program untuk kecemerlangan murid-murid Tahun 6 sememangnya dijalankan sepanjang tahun sehinggalah murid-murid tersebut menduduki UPSR. Beliau juga telah menerangkan program-program yang telah dirancang untuk kecemerlangan murid-murid di sekolah ini

6.1.5 Usul daripada PIBG SK Sultan Abu Bakar 1 Muar – Usul dibawa oleh Tuan Hj. Kadir Bin Laham : Bagi menambah dana PIBG setiap keluarga diminta memberi

sumbangan kepada PIBG tidak terhad tetapi minimanya sebanyak RM50.00 .

- Usul diterima sebulat suara oleh semua ahli yang hadir .

Page 25: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

25

7. Agenda 7 : Pembubaran AJK PIBG sesi 2013 / 2014

7.1 Melantik AJK PIBG bagi Sesi 2014 / 2015

7.1.1 YDP PIBG sesi 2013 / 2014 Tuan Hj. Kadir Bin Laham telah membubarkan AJK PIBG bagi sesi yang lalu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK , ibu bapa dan semua guru diatas kerjasama dan sokongan padu yang telah diberikan dalam menjayakan aktiviti PIBG sepanjang sesi 2013 / 2014.

7.1.2 Encik Muhamad Seh Bin Kamis mencadangkan Tuan Hj. Kadir Bin Laham dilantik sebagai pengerusi sementara untuk pelantikan jawatan kuasa baru untuk sesi 2014/2015. Cadangan disokong sebulat suara .

8. Agenda 8 : Pelantikan AJK PIBG sesi 2014 / 2015 8.1 Pencalonan untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut : YANG DIPERTUA PIBG

Calon : Encik Muhammad Faizul Bin M. Salleh 26 Cadangan : Encik Muhammad Seh Bin Kamis Sokongan : Puan Habibah Binti Calon : Encik Muhammad Kassim Bin Md Arof 13 Cadangan : Enci Daud Bin Ahmad Sokongan : Puan Lela Bin Rauf

Cadangan di tutup Cadangan : Puan Zainah Binti Abdul Hamid Sokongan : Sebulat suara NAIB YANG DIPERTUA PIBG

Calon : Encik Khairunnahar Bin Sulaiman Sebulat suara

Cadangan : Encik Muhammad Seh Bin Kamis Sokongan : Puan Habibah Binti Manan Cadangan di tutup Cadangan : Puan Jamilah Binti Yem Sokongan : Sebulat Pencalonan dan pengundian untuk AJK adalah seperti berikut:

Calon : Encik Zainuddin Bin Ismail

Cadangan : Encik Muhamad Seh Bin Kamis Sokongan : Puan Sharulnizam Binti Calon : Puan Marjinderpal Kaur

Cadangan : Encik Daud Bin Ahmad Sokongan : Sebulat suara Calon : Puan Habibah Binti Manan

Cadangan : Encik Muhammad Faizul Bin M. Salleh Sokongan : Sebulat suara

Page 26: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

26

Calon : Puan Zarina Binti Marto

Cadangan : Encik Daud Bin Ahmad Sokongan : Sebulat suara Calon : Puan Jamilah Binti Yem Cadangan : Puan Habibah Binti Manan Sokongan : Puan Halina Binti Alwee Cadangan ditutup Cadangan : Encik Ismail Bin Hashim Sokongan : Sebulat suara Pencalonan untuk Pemeriksa Kira-Kira adalah seperti berikut:

Calon : Puan Lela Binti Rauf dan Encik Daud Bin Ahmad Cadangan : Puan Halina Binti Alwee Sokongan : Sebulat suara 8.2 SENARAI AHLI JAWATANKUASA BARU YANG TELAH DIPILIH ADALAH SEPERTI BERIKUT

Yang Dipertua : Encik Muhammad Faizul Bin M. Salleh Naib Yang Dipertua : Encik Khairunnahar Bin Sulaiman Setiausaha : Encik Fadhil Bin Muhamad Amin N. Setiausaha : Puan Halina Binti Alwee Bendahari : Cik Noor Asyikin Binti Abd Manan N. Bendahari : Puan Che Nor Rokiah Binti Embong AJK Ibu bapa : 1) Encik Zainuddin Bin Ismail : 2) Puan Habibah Binti Manan : 3) Puan Jamilah Binti Yem : 4) Puan Zalina Binti Marto : 5) Puan Marjinderpal Kaur AJK Guru : 1) Puan Radiah Binti Ismail : 2) Puan Mehruniza Binti Ayob : 3) Puan Noor Haflida Binti Nordin : 4) Cik Najihah Binti Shahrum Pemeriksa Kira-Kira : 1) Puan Lela Binti Rauf : 2) Enck Daud Bin Ahmad

Page 27: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

27

9. Agenda 9 : Ucapan Penangguhan Oleh Yang Dipertua PIBG Sesi 2014/2015

9.1 Encik Muhammad Faizul Bin M. Salleh selaku Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2014/2015 mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberi mandat kepada beliau untuk menerajui PIBG SK Sultan Abu Bakar 1 Muar .

9.2 Beliau mengharapkan semua ibu bapa yang hadir bersama-sama membimbing anak-

anak demi kecemerlangan mereka . 9.3 Beliau memohon kerjasama daripada semua ibu bapa agar dapat bersama-sama dalam setiap program yang dijalankan di sekolah diharapkan dengan cara ini kecemerlangan sekolah dapat dipertingkatkan lagi . Mesyuarat Agung PIBG ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Disediakan oleh,

Disahkan oleh ;

.........................................................

(MUHAMMAD FAIZUL BIN M. SALLEH) Yang Dipertua PIBG,

SK Sultan Abu Bakar 1, Muar

Page 28: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

28

AKTIVITI PIBG SEPANJANG SESI 2014/2015

Bagi menjayakan sesuatu aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan PIBG SK. Sultan Abu Bakar 1 , pihak PIBG SK. Sultan Abu Bakar 1 sentiasa mengembeling usaha memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan , tenaga , sokongan moral mahupun material . Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan secara usahasama diantara pihak sekolah dan PIBG ialah ;

1. Gotong-royong naik taraf padang sekolah 2. Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Hajat UPSR 3. Solat Hajat Perdana UPSR 2014 4. Motivasi Murid Tahun 6 5. Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 6. Mesyuarat Agung PIBG dan Mesyuarat AJK 7. Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2014 8. Program Motivasi Kerohanian dan Kecemerlangan UPSR 2014

Page 29: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

29

USUL-USUL YANG DITERIMA DARIPADA PIBG / IBU BAPA / PENJAGA MURID

Usul – Usul Yang Diterima Untuk Dibahaskan

BIL

USUL

PEMBAWA USUL

1. Usul 1 : Sumbangan untuk Tabung PIBG

daripada setiap keluarga bagi tahun 2015 dikekalkan sebanyak RM50 setahun dan akan dipungut selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun ini selepas mendapat kelulusan pihak pendaftar . Usul 2 : Sumbangan Keluarga untuk Tabung PIBG bagi tahun 2016 akan dipungut pada awal persekolahan 2016 iaitu semasa Hari Jualan Buku .

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sultan Abu Bakar 1 Muar

2.

- Murid-murid yang mewakili sekolah untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum ataukoakademik di peringkat daerah ,negeri atau kebangsaan seharusnya diberi ganjaran oleh PIBG . - Isu beg sekolah yang berat – minta pihak sekolah membenarkan murid-murid meninggalkan buku teks di bilik darjah dalam keadaan yang selamat

Encik Zainuddin Bin Ismail ( Bapa kepada Siti Zulaikha Binti Zainuddin )

3.

Waktu balik sekolah dapat dipercepatkan untuk murid bersolat dan persediaan ke sekolah agama .

- Abdul Rahim Bin Jaafar ( ayah kepada Rabiatul Adawiyah 3 Nilam ) - Rohaszeli Bin Yahya ( ayah kepada Nur Izzah Amirah 2 Nilam ) - Noorhafizah Binti Md. Tabeki ( ibu kepada Nur Syafiqa Danisya 2 Nilam )

4

Minta diadakan tuisyen untuk subjek yang penting seperti Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains .

- Nurshahana Binti Abd Majid ( ibu kepada Nor Syaheera Binti Abdullah 3 Nilam )

5

Minta tuisyen pada hari Sabtu untuk murid-murid Tahun 6 dapat disegerakan dan dititik beratkan .

- Abdul Rahim Bin Jaafar ( ayah kepada Rabiatul Adawiyah 3 Nilam dan Siti Khairunnisa 6 Nilam )

Page 30: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

30

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2015 / 2016 ______________________________________________________________________________

PENASIHAT : PUAN HJH MAZNAH BINTI AMIR YANG DIPERTUA : ___________________________________________ NAIB YANG DIPERTUA : ___________________________________________ SETIAUSAHA : ____________________________________________ BENDAHARI : ____________________________________________ AJK IBU BAPA :1.___________________________________________ 2.___________________________________________ 3.___________________________________________ 4.___________________________________________ 5.___________________________________________ AJK GURU :1. ___________________________________________ 2 ___________________________________________ 3. ___________________________________________ 4. ___________________________________________ JURUAUDIT DALAMAN : 1. ____________________________________ 2._____________________________________

Page 31: Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2015

31

Sekalung Penghargaan

Penasihat, Yang Dipertua serta AhliJawatankuasa PIBG

SK Sultan Abu Bakar 1 merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan

terima kasih diatas kehadiran, kerjasama serta sumbangan yang telah

diberikan kepada :-

Semua AJK PIBG bagi sesi 2014 / 2015.

Semua guru dan staf sokongan/swasta SK Sultan Abu Bakar 1 Muar

Semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Sultan Abu Bakar 1

& Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi

menjayakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-41 tahun 2015.

SK Sultan Abu Bakar 1 Muar

Terima Kasih Daun Palas