buku peraturan sekolah

101
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BULOH. 06800 KOTA SARANG SEMUT, KEDAH DARUL AMAN 1

Upload: edward-gent

Post on 17-Nov-2015

542 views

Category:

Documents


62 download

DESCRIPTION

nie dya

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BULOH.06800 KOTA SARANG SEMUT, KEDAH DARUL AMAN

BUKU PERATURAN SEKOLAH

PUNCA KUASA

BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKANSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975

Disiplin di Sekolah

Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Para 4.

Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid : Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah Lampiran C

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

4.1 : ........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masingPara 6.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

PROFIL SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

PELAN SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

LENCANA SEKOLAH

COGANKATA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

ISI KANDUNGAN

Kata-kata Aluan

Latar Belakang Sekolah

Profil Sekolah

Pelan Sekolah

Lencana Sekolah

Cogankata Sekolah

Bendera Sekolah

Rukunegara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi Sekolah

Visi Sekolah

Lagu Negaraku

Lagu Bangsa Johor

Ikrar Pelajar

Lagu Sekolah

Disiplin

A Definisi Disiplin

B Matlamat Disiplin

C Prinsip-prinsip Asas Disiplin

Etika Pelajar

ATanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri

B Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

C Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

D Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah

E Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat

F Tanggungjawab pelajar terhadap agama

G Tanggungjawab pelajar terhadap negara

Penguatkuasa Peraturan

Kuasa Menghukum

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

1. Pakaian

2. Rambut

3. Perhimpunan

4. Kebersihan

5. Kawasan sekolah

6. Sakit

7. Kawasan yang dilarang8. Kebersihan

Sampah

Kantin

Bilik Darjah

Tandas

9. Keselamatan

Beratur

Waktu Balik

Makmal

Bilik-bilik Khas

10. Pelawat

11. Tidak hadir ke sekolah dan Kelas

12. Ketua Murid dan Pengawas

13. Waktu Sembahyang

14. Waktu Rehat

15. Latihan Kebakaran dan Kecemasan

16. Bayaran Yuran Tambahan

17. Kerosakan Harta Benda Sekolah

18. Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum) RUKUNEGARA

Maka kami, rakyat Malaysia

Berikrar akan menumpukan

Seluruh tenaga dan usaha kami

Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluruhan Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

IKRAR PELAJAR

BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar SMK berikrar akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara.

DISIPLIN

A. DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

B. MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :

keadilan dan layanan sama rata

pertimbangan minat dan keperluan pelajar

kebebasan tertakluk kepada undang-undang

amalan menghormati seseorang individu

perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan berharmonis

perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJARA. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

D. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah

E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama

G. Tanggungjawab pelajar terhadap negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.

2. Bersopan santun, jujur dan amanah.

3. Menghargai masa dan menepati masa

4. Berjimat cermat

5. Bersifat sederhana dan tidak sombong

6. Sabar dan bertolak ansur

7. Menghormati hak asasi orang lain

8. Berani dan cekal hati

9. Bersikap dedikasi

10. Bersifat berdikari

11. Bersifat rajin dan berusaha

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa

2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga

3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang bermoral

4. Menjaga nama baik sekolah

C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

1. Menghormati rakan

2. Tolong menolong antara rakan

D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah

1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah

2. Menghormati guru-guru

3. Belajar dengan bersungguh-sungguh

4. Menaikkan imej sekolah

5. Memupuk nilai-nilai moran yang tinggi

6. Bekerjasama di antara satu sama lain

7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolahE. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat

1. Tolong menolong dan bekerjasama

2. Menghormati orang-orang yang ebih tua

3. Boleh bertolak ansur

4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain

5. Bersifat sederhana dan tidak sombong

6. Rasa kesefahaman dan sabar

7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan

8. Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan manusia

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama

1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)

2. Mempertahankan kesucian agama

3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara

1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara

2. Mematuhi undang-undang

3. Mengamalkan konsep Rukunegara

4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam

5. Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURANGuru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.

KUASA MENGHUKUM

Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa oleh guru besar.

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

UNTUK MURID-MURID

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/19751. KEHADIRAN KE SEKOLAH1.1 WAKTU PERSEKOLAHAN

7.30 PAGI HINGGA 1.15PETANG1.2 Kehadiran ke sekolah adalah wajib.

1.3 Kehadiran murid akan dicatat pada waktu pertama pembelajaran / sebelum waktu rehat jika hari hujan lebat.

1.4 Murid-murid yang tidak dapat ke sekolah oleh sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibu bapa/ penjaga atau surat akuan doktor (cuti sakit). Tanpa dokumen tersebut murid itu dianggap ponteng dan tindakan berikut akan diambil.1.4.1 Tidak hadir 3 berturut-turut, surat amaran pertama akan dihantar.

1.4.2 Tidak hadir 7 hari seterusnya, surat amaran kedua akan dihantar

1.4.3 Tidak hadir 7 hari seterusnya, surat tindakan memotong nama murid berkenaan akan dihantar kepada ibu/bapa /penjaga. Salinanyadihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.1.5 Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani atau sukan hendaklah disokong dengan surat akuan doktor atau surat akuan daripada waris

1.6 Kelas tambahan/gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan rasmi dan kehadiran adalah wajib.

1.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu masa persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Bertugas Harian dan guru darjah. Hanya perkara-perkara yang difikirkan perlu sahaja dibenarkan.

1.8 Murid-murid yang hendak ke klinik/hospital semasa persekolahan hendaklah mengisi borang Rawatan Hospital dari pejabat sekolah. Dapatkan kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Bertugas.

1.9 Murid yang hendak keluar dari bilik darjah semasa pembelajaran sedang berjalan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru tersebut dan bawa bersama Kad Kebenaran Keluar. Hanya dua orang murid dibenarkan keluar dalam satu masa. Murid yang keluar tanpa kad kebenaran akan diambil tindakan.

1.10 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa tujuan semasa pembelajaran sedang berjalan.2. PAKAIANPakaian seragam sekolah hendaklah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di

Sekolah. Waktu menghadiri kelas tambahan, gerak kerja sekolah atau mengikuti

rombongan Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH2.1 Murid lelaki:2.1.1 Seluar pendek/panjang berwarna biru gelap.

2.1.2 Baju putih lengan pendek/panjang.

2.1.3 Kasut getah berwarna putih,

2.1.4 Sarung kaki putih.

2.1.5 Tali leher berwarna merah hati. Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang yang lebarnya antara 2.0 cm dan 2.5 cm. kepala tali pinggang hendaklah sama besarnya dengan lebar tali pinggang.

2,1.6 Kopiah jika dipakai berwarna hitam sahaja.

2.1.7 Tali leher berwarna merah hati. Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang yang lebarnya antara 2.0 cm dan 2.5 cm. kepala tali pinggang hendaklah sama besarnya dengan lebar tali pinggang.

2,1.8 Kopiah jika dipakai berwarna hitam sahaja.

2.1.9Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.2.2 Murid perempuan:2.2.1 Baju kurung berwarna putih.

2.2.2 Kain sarung/skirt berwarna biru gelap

2.2.3 Kain tudung kepala berwarna putih dari jenis kain georgette dan tidak berfesyen..

2.2.4 Kasut getah putih dan sarung kaki putih.2.3 Memakai lencana sekolah adalah diwajibkan kepada semua murid. Lencana hendaklah ditampal pada sebelah kiri baju. Bagi murid perempuan lencana hendaklah ditampal pada kain tudung.

2.4 Barang kemas dan perhiasan tiruan dilarang dipakai ke sekolah.

2.5 Pakaian pengawas sekolahbagi murid lelaki :

2.5.1 Kasut kulit/pvc/kanvas dan sarung kaki berwarna hitam.

2.5.2 Kemeja berwarna biru muda berlengan panjang dan seluar panjang warna biru tua.

2.5.3 Tali Leher berwarna biru muda.

2.6 Pakaian pengawas sekolah bagi murid perempuan :

2.6.1 Kasut kulit/pvc/kanvas dan sarung kaki berwarna hitam.

2.6.2 Baju kurung warna biru muda dan kainsarung berwarna biru tua.2.6.3 Tudung biru muda.2.7 Pakaian pengawas perpustakaan (pustakawan)bagi murid lelaki:2.7.1 Kasut kulit/pvc/kanvas dan sarung kaki berwarna hitam

2.7.2 Kemeja berwarna hijau muda berlengan panjang dan seluar panjang warna biru tua.

2.7.3 Tali Leher berwarna hijau tua.2.8 Pakaian pengawas perpustakaan (pustakawan)bagi murid perempuan:2.8.1 Kasut kulit/pvc/kanvas dan sarung kaki berwarna hitam.

2.8.2 Baju kurung warna hijau muda dan kain sarung berwarna biru tua.2.8.3 Tudung berwarna hijau muda.2.9 Pakaian Pendidiakan Jasmani/Sukan

2.9.1 Murid-murid hendaklah memakai baju T Sekolah atau rumah sukan berlengan panjang atau pendek dan berseluar sukan warna biru atau hitam. Murid perempuan berseluar sukan panjang dan digalakkan memakai baju berlengan panjang.

2.9.2 Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata gelap atau yang berbentuk luar biasa semasa berada di padang. 2.10Pakaian Badan Beruniform/Persatuan/ Kelab 2.10.1 Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.3. POTONGAN RAMBUT DAN KUKU3.1 Murid lelaki mestilah sentiasa pendek dan kemas , serta berkuku pendek dan bersih.

3.1.1Di bahagian belakang :rambut tidak melebihi garisan bawah

cuping dua telinga

3.1.2Di bahagian depan :rambut tidak menutup garis tengah dahi

3.1.3Di bahagian sisi

:rambut tidak menyentuh telinga ,side burn

tidak melebihi garis hidung

3.1.4Di bahagian atas:rambut tidak melebihi 15cm panjang

3.2 Murid perempuan yang berambut melebihi paras bahu hendaklah diikat dengan riben supaya kemas, serta berkuku pendek dan bersih.

4. HARTA BENDA SEKOLAH4.1Murid-muri mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :

(a)Kerusi meja murid jangan diukir/diconteng

(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng

(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik

(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul

(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan

(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir

(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, Makmal Sains hendaklah

digunakan dengan baik.

4,2Harta benda sekolah adalah hak milik sekolah. Jika didapati sengaja dirosakkan, murid atau kumpulan yang berkenaan hendaklah membayar ganti rugi dan akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

5. BUKU SPBT/RUJUKAN/BACAAN TAMBAHAN

5.1 Buku SPBT adalah hak kepunyaan Kementerian Pelajaran dan hanya dipinjamkan kepada murid-murid untuk jangkamasa setahun.

5.2 Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku-buku tersebut sepanjang masa berada dalam jagaannya.

5.3 Semua murid dikehendaki membalut buku-buku tersebut dengan plastik lutsinar.

5.4 Murid-murid dilarang menconteng, mengotor dan merosakkan buku-buku yang dipinjamkan. Sekiranya ini berlaku, pihak sekolah berhak mengambil semula buku-buku tersebut.

5.5 Jika didapati ada murid merosak, mengotor atau menghilangkan buku-buku pinjaman maka murid mesti mengganti buku yang baru atau membayar harga buku tersebut. Kegagalan mengganti atau membayar akan menyebabkan penggantungan pinjaman untuk tahun berikutnya.

5.6 Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku yang dipinjamkan apabila diarahkan Guru Besar atau guru SPBT.

6. TATATERTIB

6.1 Murid-murid mestilah bangun memberi hormat apabila guru atau pelawat masuk ke kelas dan memberi ucapan `Assalamualaikum`. Begitu juga apabila mereka keluar, murid-murid hendaklah bangun dan mengucapkan `terima kasih`. Bagi guru/pelawat bukan Islam, berikan ucapan mengikut masa.6.2 Sekiranya murid lewat memasuki kelas, ketuk pintu dahulu dan tunggu kebenaran masuk sebelum menuju ke tempat duduk. Terangkan kepada guru sebab-sebab kelewatan.

6.3 Semua murid dilarang membuat bising semasa ketiadaan guru.6.4 Semasa pertukaran waktu antara satu pelajaran dengan satu pelajaran lain, murid-murid hendaklah berada dalam keadaan senyap dan bersedia untuk pelajaran berikutnya.6.5 Murid-murid mestilah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru dan pelajaran yang diajar.6.6 Apabila hendak bercakap, angkat tangan dan tunggu kebenaran guru untuk bercakap. Apabila bercakap, berdiri dengan sopan dan jangan memasukkan tangan ke dalam poket atau bercekak pinggang.

6.7 Murid dilarang membuat bising ketika meninggalkan bilik darjah untuk rehat dan balik.6.8 Kipas angin dan lampu hendaklan ditutup apabila hendak meninggalkan bilik darjah.6.9 Murid dilarang berada di dalam kelas semasa waktu rehat.6.10 Murid-murid dilarang menconteng dinding sekolah atau melakukan kegiatan yang boleh merosakkan harta benda sekolah.6.11 Sampah mestilah dibuang ke dalam tong sampah atau beg plastik yang disediakan .

7. PERHIMPUNAN SEKOLAH

7.1 Perhimpunan khas sekolah diadakan setiap minggu pada hari Ahad selama 30 minit. Kehadiran guru dan murid adalah diwajibkan.

7.2 Perhimpunan harian bermula 7.30 pagi hingga 7.45 pagi.Semua murid diwajibkan hadir.

7.3 Pada hari perhimpunan, murid dikehendaki berada di tempat perhimpunan lebih awal (10 minit) dari masa yang ditetapkan.

7.4 Semasa berada di tempat perhimpunan, murid mestilah senyap.

7.5 Semua murid mestilah berdiri tegak ketika menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Kedah dan Lagu sekolah.

7.6 Semua murid mesti memberi perhatian yang sepenuhnya kepada ucapan dan pengumuman yang disampaikan Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Bertugas dan guru-guru lain.

8. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN8.1Bilik Darjah

8.1.1Kebersihan bilik darjah menjadi tanggungjawab murid-murid.

8.1.2Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas.

8.1.3Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias dengan bahan-bahan akademik.

8.1.4Sebelum meninggalkan kelas, kerusi dan meja mesti disusun dengan teratur. Suis lampu dan kipas mesti ditutup.

8.1.5Murid-murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi atau meja atau perabot antara kelas kecuali dengan kebenaran guru.

8.2Kawasan sekolah

8.2.1Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

8.2.2Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

8.2.3Murid-murid diingatkan supaya tidak meludah di merata-rata tempat.

8.2.4Menconteng dinding sekolah dengan sebarang bahan adalah satu kesalahan.

8.2.5Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah seperti membuang sampah dan sebagainya.

8.3Tandas Sekolah

8.3.1Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul, menjaga kebersihannya serta dilarang membuang sebarang benda yang tidak sepatutnya ke dalam lubang tandas.

8.3.2Murid-murid hendaklah berjimat menggunakan air dan menutup paip setelah digunakan.

8.4Papan Kenyataan

8.4.1Sebarang kenyataan yang hendak ditampal atau ditulis mesti mendapat kebenaran guru terlebih dahulu.

8.4.2Hanya gambar atau maklumat yang sesuai sahaja yang ditampal.

8.4.3Kenyataan yang lama atau tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.

8.4.4Semua murid mesti menghargai , menghayati dan mempraktik segala maklumat yang ada di papan kenyataan.

8.5Harta Benda Sekolah

8.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber dan di mana-mana sahaja dalam kawasan sekolah.

8.5.2Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.

8.5.3Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti.

9. KAWASAN LARANGAN

9.1 Murid-murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mesti berada di tempat yang ditetapkan mengikut masa yang ditentukan.

9.2 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan iaitu Bilik Guru, Pejabat, Tandas Guru, Tempat Letak Kereta/Basikal, Makmal Sains dan Bengkel.

9.3 Murid-murid juga dilarang berada , memasuki atau melalui kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan larangan.

9.4 Murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan diri mereka jika memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran.

10. KANTIN

10.1 Bacalah doa makan sebelum makan. Setiap murid mesti makan di kantin dan kawasan yang ditetapkan sahaja.

10.2 Murid-murid wajib berbaris ketika membeli makanan/minuman dan tidak menjerit atau membuat bising.

10.3 Selepas digunakan, semua bekas makanan/minuman mesti dari luar kawasan sekolah.

10.4 Setiap murid sekolah hendaklah mengamalkan adab sopan yang baik ketika makan atau minum.

10.5 Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman semasa waktu belajar.

11. SENARAI SALAHLAKU BERAT

Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat di mana tindakan disiplin seperti gantung persekolahan atau buang sekolah boleh diambil.

11.1 Menjadi ahli pertubuhan haram.

11.2 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.

11.3 Memukul guru, kawan dan orang lain.

11.4 Melanggar peraturan sekolah

11.5 Merosakkan harta benda sekolah.

11.6 Merosakkan harta murid lain atau guru dengan sengaja.

11.7 Mencuri dan memeras ugut.

11.8 Menghisap rokok dan mengambil dadah.

11.9 Berjudi atau minum arak.

11.10 Membantah hukuman guru meskipun telah diberi amaran sebanyak 3 kali.

11.11 Bongkak dan tidak menghormati Guru Besar, guru-guru dan orang lain.

11.12 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitive dengan tujuan menimbulkan kekacauan dan perpecahan kaum.

11.13 Melanggar peraturan dan tatatertib yang menurut budi bicara Guru Besar sebagai pelanggaran tatatertib yang berat dan serius.

12. TINDAKAN TATATERTIB

12.1 Nasihat/Kaunseling

12.2 Menghubungi ibu bapa/penjaga

12.3 Rotan 1 kali/ 2 kali/ 3 kali

12.4 Gantung persekolahan ( tidak melebihi 14 hari)

12.5 Buang sekolah

12.6 Laporan kepada pihak polis

13. KOKURIKULUM

Semua murid Tahap 2 wajib mengambil bahagian dalam tiga (3) aktiviti berikut:

13.1 Kelab/ Persatuan Akedemik

13.2 Pasukan Beruniform/ Pakaian Seragam

13.3 Sukan/Permainan

Penyertaan di atas adalah mempunyai syarat-syarat berikut:

Kedatangan adalah wajib pada hari yang ditetapkan.

Setiap murid mesti berpakaian mengikut aktiviti yang disertai.

Murid-murid tidak dibenarkan menjalani kegiatan tanpa guru penasihat.

14. PEPERIKSAAN

14.1 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah walaupun peperiksan berakhir lebih awal kecuali mendapat arahan Guru Besar.

14.2 Peraturan peperiksaan wajib dipatuhi.

15. KESELAMATAN MURID

15.1 Keselamatan murid menjadi tanggungjawab murid-murid sendiri.

15.2 Murid-murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan /kelab/ permainan dan aktiviti dalam bilik darjah /bilik sains dan bengkel.

15.3 Kemalangan akibat kecuaian sendiri bukanlah tangungjawab pihak sekolah.

16. PERTUKARAN SEKOLAH

16.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran /kehendak ibu bapa atau penjaga

16.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan (UPSR), ibu/bapa/ penjaga hendaklah memastikan Pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat.

17. KEDAI BUKU

17.1 Semua murid yang ingin berurusan dengan kedai buku sekolah mestilah berbuat demikian pada waktu yang telah ditetapkan kecuali dengan kebenaran guru.18. BAYARAN TAMBAHAN

18.1 Semua bayaran tambahan hendaklah dijelaskan pada waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

19. HAL-HAL LAIN

19.1 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan ke sekolah .

19.2 Semua murid adalah dilarang menjual alatan permainan, makanan dan apa sahaja barangan di kawasan sekolah.

KESALAHAN DAN HUKUMAN

KESALAHANRUJUKANTINDAKAN GURU BESAR

Ponteng sekolahP. Ikhtisas Bil. 6/19751. Rotan

2. Gantung sekolah

Memukul Pengetua/Guru/Kakitangan sekolahP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Gantung sekolah

2. Buang sekolah

BertumbukP. Ikhtisas Bil. 9/19753. Rotan dan berdamai

4. Gantung sekolah

5. Buang sekolah

Merosak harta kerajaan/sekolahP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Rotan dan ganti

2. Gantung sekolah

3. Buang sekolah

MencuriP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Rotan dan pulang balik/ganti

2. Gantung sekolah

3. Buang sekolah

Memeras ugut. Mengancam Guru Besar, guru, kakitangan atau muridP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Gantung sekolah

2. Buang sekolah

Sengaja merosakkan harta Guru Besar, guru, kakitangan atau muridP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Rotan

2. Gantung sekolah

3. Buang sekolah

BerjudiP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Rotan

2. Gantung sekolah

3. Buang sekolah

Membantah hukuman guru setelah amaranP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Rotan

2. Gantung sekolah

Bersikap bongkakP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Nasihat

2. Rotan

3. Gantung sekolah

Menimbulkan perkara sensitif yang boleh membawa kepada pergaduhan kaumP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Nasihat

2. Rotan

3. Gantung sekolah

Berkelakuan tidak sopan seperti:

i) mengedar/melihat video lucah atau melakukan perbuatan tidak sopan pada pendapat Lembaga Disiplin Sekolah

ii) bertindak sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik sekolah atau Kementerian Pelajaran MalaysiaP. Ikhtisas Bil. 9/19751. Rotan dan rujuk guru agama/moral/kaunseling kepada Guru Agama /Kaunseling

2. Buang sekolah

Langgar tatatertib atau cuba menangkis peraturanBudi bicara Tuan Guru Besar dan Jawatankuasa Disiplin Sekolah

2.0 RAMBUT2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI

2.1.1 Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk

Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah. (Rujuk gambar rajah)

2.1. 3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai

2.2 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

2.2.1 Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.

2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas

2.2.3 Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.

2.2.4 Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen

mengikut tafsiran sekolah.

3.0 PERHIMPUNAN

Perhimpunan rasmi siding pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.30 pagi.

Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai 7.15 pagi.

Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.

Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.

Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotic dengan penuh semangat

4.0 KEBERSIHAN DIRI

4.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.

4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.

4.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.

5.0 KAWASAN SEKOLAH

5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

5.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebaran waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti memakai PAS KELUAR.

5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru.

5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.

5.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan

bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

5.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.

5.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau pelajar yang bertugas.

5.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua, penolong kanan atau penyelia petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada guru tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar.

6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT6.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan.

6.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh.

6.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat

rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah

6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat

kebenaran dari pihak sekolah.

6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika sakit kuat.

7.0 KAWASAN YANG DILARANGTempat letak kenderaan guru

Kawasan tangki septik

Bilik Guru

Bilik Peperiksaan

Kawasan Tangki Air

8.0 KEBERSIHAN

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997

8.1 Tong Sampah

8.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.

8.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja.

8.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

8.2 Kantin Sekolah

8.2.1 Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah.

8.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja.

8.2.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling kantin.

8.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.

8.3 Bilik Darjah

8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.

8.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.

8.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.

8.4 Tandas

8.4.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.

8.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.

8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.

9.0 KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

9.1.Beratur

9.1.1 Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan kelas.

9.1.2 Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.

9.1.3 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat.

9.2.Waktu balik

9.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan.

9.2.2 Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan.

9.2.3 Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan.

9.2.4 Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.

9.2.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.

9.2.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan.

9.3.Makmal

9.3.1 Pelajar dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

9.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

9.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan.

9.3.4 Pelajar dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal.

9.3.5 Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru berkenaan.

9.3.6 Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas.

9.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.

9.4.Bilik-bilik khas

9.4.1 Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

9.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

9.4.3 Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.

9.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru berkenaan.

10.0 PELAWAT

10.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada

waktu rehat.

Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa denganpelajar.

10.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa

dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.

10.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan

berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah

mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.

10.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

11.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

11.1 Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir.

11.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar tidak hadir pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturut-turut.

11.2 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut.

11.3 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat amaran kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran

secara tidak berturut-turut.

11.4 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17))11.5 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari Pengetua, Penolong kanan atau Penyelia Petang. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi.

12.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS

12.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Pengetua dengan kerjasama guru-guru.

12.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Tingkatan Atas.

12.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu.

12.5 Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.

12.6 Sifat-sifat Kelayakan

Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.

Lain-lain kelayakan :

- bertanggungjawab dengan sepenuhnya

- berwibawa dan bekerjasama

- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan

- jujur dan berakal

- menepati masa

12.7 Tugas-tugas pengawas

(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar dan bilik Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.

(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.

13.0 WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut sekolah masing-masing

14.0 WAKTU REHAT

Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah masing-masing

15.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)

(b) Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain

(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ.

(d) Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera.

(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.

(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama rakan-rakan setingkatannya.

16.0 BAYARAN TAMBAHAN

Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.

17.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAHPelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :

(a)Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng

(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng

(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik

(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul

(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan

(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir

(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah digunakan dengan baik.

18.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)18.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai :

a) satu pasukan berunifom

b) satu persatuan/kelab atau lebih

c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.

Pelajar pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.

Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pengetua sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.

Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.

19.0 KATEGORI KESALAHANKESALAHAN RINGAN1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.

2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.

3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.

4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran.

5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.

6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.

7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya.

9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel.

10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.

11. Makan dan minum di dalam bilik darjah.

12. Melakukan pembaziran air atau elektrik.

13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas.

14. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)

15. Lewat ke sekolah.

16. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.

17. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.

18. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

19. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.

20. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.

21. Mengganggu kawan.

22. Mengganggu guru.

23. Lewat masuk kelas.

24. Mengotorkan kelas.

25. Tidak duduk setempat.

26. Berada dalam kawasan larangan.

27. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.

28. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..

29. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.

30. Membuang sampah merata-rata.

31. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.

32. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.

33. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah.

34. Memakai cermin mata berfesyen.

35. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah .

36. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua.

37. Membawa telefon bimbit dan MP3.

KESALAHAN SEDERHANA1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.

2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.

3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.

5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.

8. Menconteng pada harga benda sekolah.

9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.

10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KESALAHAN BERAT1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.

4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.

5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.

6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid.

7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.

8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.

9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

11.Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

12.Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

13.Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.

14.Membabitkan diri dalam kumpulan haram.15.Mencabul kehormatan guru / murid.16.Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.18.Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.19.Mengintai murid lelaki / perempuan.20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.22. Membawa atau menggukanan bahan letupan.23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.

24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.

27. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran.29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi persekolahan.30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya.32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.

33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.34. Melakukan hubungan yang dicurigai.35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku panduan Bagu Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:

1. TINGKAH LAKU JENAYAH

a) Mendera dan mencederakan.

b) Bertindak ganas dan mencederakan.

c) Memeras ugut.

d) Bergaduh.

e) Mencuri.

f) Menipu atau memperdayakan.

g) Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.

h) Menyalahgunakan dadah.

i) Khalwat.

j) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.

k) Menyertai kumpulan kongsi gelap.

2. TINGKAHLAKU LUCAHa) Mencarut.

b) Berdua-duaan.

c) Becumbu-cumbuan.

d) Melihat / membaca bahan lucah.

e) Melukis / menujlis bahan lucah.

f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.

g) Besubahat dalam perbuatan sumbang.

h) Berpakaian tidak senonoh.

3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL

a) Tidak mahu bergaul.

b) Merosakkan hartabenda individu / sekolah.

c) Membuat bising.

d) Menjerit-jerit tidak tentu pasal.

e) Mengganggu orang lain.

f) Menulis dan menconteng bangunan.

g) Membuang sampah merata-rata.

h) Mendendam / hasat dengki / cemburu.

i) Memaki hamun.

j) Sombong , bongkak dan biadap.

4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan.

b) Meniru tandatangan orang lain.

c) Bercakap bohong.

d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru.

e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.

f) Menganiaya sesame rakan.

g) Tidak amanah.

h) Mengampu.

i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.

j) Mengambil barang orang lain tanpa izin.

k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.

l) Berdolak-dalik.

m) Membuat kerja tanpa keikhlisan diri.

4. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN

a) Berbahasa kasar.

b) Tidak menghormati guru.

c) Menghisap rokok.

d) Berambut panjang.

e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.

f) Lalai dan cuai terhadap pelajaran.

g) Mempermain / memperlekehkan guru.

h) Selalu lewat.

i) Suka bertengkar.

j) Pakaian tidak sesuai.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas

1. Pakaian Seragam :

- SPI Bil. 12/1978

- SPI Bil. 14/1976

- SPI Bil. 3/1983

- SPI Bil. 8/1985

- SPI Bil. 3/1992

- SPI Bil. 6/1993

- SPI Bil. 2/1993

- SPI Bil. 9/1975

2. Kesihatan Murid :

- SPI Bil. 2/1982

- SPI Bil. 6/1998

3. Perhimpunan Sekolah :

- SPI Bil. 4/1984

4. Keselamatan :

- SPI Bil. 8/1988

- SPI Bil. 8/1999

- SPI Bil. 7/2000

5. Kesihatan :

- SPI Bil. 4/1989

- SPI Bil. 1/1996

6. Ponteng :

- SPI Bil. 6/1995

7. Sekolah Selamat :

- SPI Bil. 4/2002

8. Kuasa Merotan :

- SPI Bil. 7/2003

9. Disiplin/Peraturan Sekolah :

- SPI Bil. 9/1975

10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :

- SPI Bil. 13/2007

11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :

- SPI Bil. 1/2006

12. Potongan Rambut Murid :

- SPI Bil. 2/1976

13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok :

- SPI Bil. 4/1997

14. Peraturan Tatatertib :

- SPI Bil. 8/1968

- SPI Bil. 6/1968

- SPI Bil. 11/1972

- SPI Bil. 9/197515. Penyalahgunaan Dadah :

- SPI Bil. 7/1975

16. Kempen Anti Merokok :

- SPI Bil. 1/1983

17. Mengenakan Hukuman Biasa :

- SPI Bil. 8/1983

18. Perhimpunan Sekolah :

- SPI Bil. 4/1984

19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah :

- SPI Bil. 7/1986

PENGAKUAN SETIA PELAJAR

Bahawasanya saya .........................................murid SMK telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan murid,

________________________

(

)

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawasanya saya ibu bapa / penjaga murid yang bernama.................................................... yang belajar di SMK ............................telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjagaPeraturan SekolahPERKARA 1:MASA PERSEKOLAHAN1.1Loceng Pertama akan dibunyikan pada pukul 7.15 pagi. Semua murid dikehendaki beratur di tapak

perhimpunan untuk Pra PdP.

1.2Tepat jam 7.30 pagi, semua murid akan berada di dalam kelas untuk memulakan Pembelajaran

1.3Loceng Rehat

1.3.1Waktu rehat selama 20 minit.

1.3.2Masa Rehat:Tahap 1( Tahun 1 hingga Tahun 3 ) 9.30 pagi hingga 09.50 pagi

Tahap 2 ( Tahun 4 hingga Tahun 6 ) 10.00 pagi hingga 10.20 pagi

1.3.3Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru.

1.3.4Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga bangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.

1.3.5Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di luar kelas masing- masing dan masuk ke kelas dengan arahan guru.

1.4Waktu Balik:01.20 tengah hari.

Sebelum balik, jam 1.15 tengah hari, bacaan doa akan dibacakan dan semua murid akan mengaminkan doa. Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.

PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN2.1Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat sekolah. Semua murid diwajibkan hadir. Perhimpunan mingguan akan dijalankan setiap minggu

pada hari Isnin bermula jam 07.30 pagi hingga 08.00

2.2Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.2.3Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu.2.4Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil perhatian dengan sepenuhnya.2.5Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.2.6Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur dan senyap.PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAHPakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri upacara upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah.

3.1 Pakaian Murid Lelaki

3.1.1Baju

Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek. 3.1.2Seluar

Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.

-Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.

3.1.3 Tali pinggang

Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 inci atau 3.75 cm.

Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.

3.1.3Rambut

Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek.

Dilarang menyimpan ekor dan berfesyen rambut punk.Penggunaan jel atau mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah :

-Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.-Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.-Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan sideburn tidak melebihi garis tengah hidung.-Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.3.2Pakaian Murid Perempuan

3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah pinafore berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.

3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung

Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.

3.2.3 Tudung / Mini Telekung

Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yang sesuai.

3.2.4 Rambut / Kuku /Riben

-Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.-Rambut tidak boleh mencecah bahu.-Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan menggunakan riben hitam atau biru.-Murid murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat kuku dan sebagainya.3.2.5Alat-alat solek

-Murid dilarang memakai sebarang alat make-up walaupun nipis.

3.2.7 Barang-barang Kemas

Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang,rantai leher,anting-

anting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.

3.3Kasut dan Sarung kaki

3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna putih

Sarung kaki hendaklah berwarna putih.3.4Pakaian Seragam Pengawas sekolah

3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki

Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher berwarna merah tua.

3.4.2Pakaian Pengawas Perempuan

Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan bertudung biru.

Gaun / blaus warna biru gelap.

3.5Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani

3.5.1Semua murid mesti memakai T.Shirt sekolah dan digalakkan memakai seluar panjang (track bottom / pendek (bola sepak). Sewaktu pendidikan jasmani, murid dibolehkan memakai pakaian senaman sehingga selesai pembelajaran ( Waktu Balik )

PERKARA 4 : KEDATANGAN4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.

4.1.1Pada semua waktu persekolahan.

4.1.2Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan

4.1.3Aktiviti kokurikulum.

4.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakansuratakuan doktor atausuratketerangan daripada ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.

4.3Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta memberi penjelasan.

4.4Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.

4.5Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa / penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah.

PERKARA 5 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH5.1Bilik Darjah5.1.1Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.

5.1.2Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.

5.1.3Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan bahan-bahan akademik.

5.1.4Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur.Tutup suis kipas dan lampu.

5.1.5Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas.

5.2Kawasan Sekolah5.2.1Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

5.2.2Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

5.2.3Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.

5.2.4Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.5.2.5Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.5.2.6Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.5.2.7Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan sekolah.

5.3Tandas Sekolah5.3.1Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.5.3.2Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip setelah digunakan.5.3.3Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / najis.5.4Papan Kenyataan5.4.1Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.5.4.2Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.5.4.3Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.5.4.4Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak memindah atau merosakkannya.5.5Harta Benda Sekolah.5.5.1Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik computer dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah.

5.5.2Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.5.5.3Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.5.5.4Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik.PERKARA 6 : KAWASAN LARANGAN6.1Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :

Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak kereta, lorong di antara pejabat am dan bilik guru dan tandas guru.

6.2Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat yang ditetapkan.

PERKARA 7 : KANTIN7.1Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.

7.2Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan.

7.3Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau menyediakan makanan.

7.4Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah

7.5Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.PERKARA 8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN8.1Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.

8.2Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan sesama pelajar

8.3Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera bagi yang bukan Islam.

8.4Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan menjaga nama baik sekolah.

8.5Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja.

PERKARA 9:SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAHBerikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin penggantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.9.1Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

9.2Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

9.3Memukul guru-guru.

9.4Mengancam guru-guru atau Guru Besar.

9.5Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan pejabat Pelajaran.9.6Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.9.7Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.9.8Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.9.9Menghisap rokok dan mengambil dadah.9.10Berjudi.

9.11Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah.

9.12Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali amaran.

9.13Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru Besar.

9.14Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau.dan perpecahan kaum.

PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB10.1Nasihat / Kaunseling

10.2Menghubungi ibu bapa / penjaga

10.3Amaran

10.4Rotan satu kali

10.5Rotan dua kali

10.6Rotan tiga kali

10.7Rotan melebihi tiga kali

10.8Digantung sekolah

10.9Ditukar ke sekolah lain (dicadang)10.10Dibuang sekolah (dicadang)

10.11 Laporan kepada polis

Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undang- undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

PERKARA 11: KOKURIKULUM11.1.1Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti kokurikulum berikut :

11.1.1 Kelab / Persatuan Akademik

11.1.2Pasukan beruniform / Pakaian Seragam

11.1.3Sukan / Permainan

11.2Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan yang diambil.

11.3Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.

11.4Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat .

PERKARA 12 : PEPERIKSAAN12.1Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.12.2Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru Besar.PERKARA 13 : PERTUKARAN SEKOLAH13.1Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.

13.2Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga hendaklah memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.

PERKARA 14 : YURAN14.1Bayaran buku tulis mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.

PERKARA 15 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)15.1Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.15.2Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :15.2.1 pada akhir tahun

15.2.2apabila diberhentikan dari sekolah

15.2.3sebelum bertukar sekolah

15.2.4apabila diarah oleh pihak sekolah.15.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.PERKARA 16 : PUSAT SUMBER SEKOLAH16.1Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah.16.2Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain di dalam pusat sumber.16.3Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.16.4Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.16.5Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang digunakan tersusun.16.6Jaga kebersihan pusat sumber.

PERKARA 17 : PELAWAT17.1Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di pejabat, minta kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum berjumpa dengan sesiapa/ murid di sekolah.

PERKARA 18 : PERANAN IBU BAPA / PENJAGA18.1Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari pertama, diikuti dengan satu minggu di kantin.Selepas itu, ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah lagi.

18.2Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru dijalankan dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil perhatian.

18.3Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.18.4Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan anak serta semak dan bantu dalam pelajarannya.18.5Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui kedudukan pelajaran serta kelakuan anak di sekolah.

18.6Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain, mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dahulu.Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri.Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat.

18.7Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.

18.8Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.18.9Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada beg murid lain.18.10Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran daripada pihak pentadbiran.18.11Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas.18.12Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.18.13Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran.18.14Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan.18.15Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku.18.16Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan membawa barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.18.17Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.PERKARA 19 : HAL-HAL LAIN19.1Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah meminta kebenaran guru dan tidak dibenarkan bermain di surau serta melengahkan masa / waktu.

19.2Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan, komik atau majalah hiburan ke sekolah.

19.3Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam dalam kawasan sekolah.

19.4Pelajar di larang membawa serta menggunakan liquid paper.19.5Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan sticker19.6Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas.19.7Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada waktu rehat..19.8Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.19.9Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru atau pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa menghormati dan patuh kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada Guru Besar.

19.10Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau luar sekolah merupakan kesalahan serius)

19.11Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan TIDAK boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada dengan perkataan / perlakuan.

19.12Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan DITEGAH.

19.13Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan bagi setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.

19.14Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari untuk membuat kerja rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja rumah MESTI dibuat pada masa yang telah ditetapkan.

________________________

(

)

38