buku panduan program diploma eksekutif kluster ... eksekutif/guidebook/buku... · struktur program

Download BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF KLUSTER ... eksekutif/guidebook/BUKU... · STRUKTUR PROGRAM

If you can't read please download the document

Post on 11-Mar-2019

216 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

KLUSTER KEUSAHAWANAN, PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

AMBILAN JULAI 2015

2

Hakcipta terpelihara Cetakan Kesepuluh...Julai 2015 All Rights Reserved Tenth Edition..July 2015 PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA Aras 7, Wisma R & D, Universiti Malaya Jalan Pantai Baharu, 59990 Kuala Lumpur Tel: 03-2246 3600 Faks: 03-2246 3627 Laman Web: http://www.umcced@um.edu.my

http://www.umcced@um.edu.my/

3

ISI KANDUNGAN Halaman

LATAR BELAKANG 4 - 6 CARTA ORGANISASI KAKITANGAN PENTADBIRAN

Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 - 8 STRUKTUR PROGRAM

Maklumat Am 9 - 19

Kalendar Pengajian Sesi Akademik 2015/2016 20

Senarai Penawaran Kursus Mengikut Semester 21 - 24 KURSUS WAJIB INSTITUSI

Pro-Forma 25 - 30 KURSUS TERAS PROGRAM Program Diploma Eksekutif Pengurusan

Pro-Forma 31 - 46 Program Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan

Pro-Forma 47 - 65 KURSUS PENGKHUSUSAN Program Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

Pro-Forma 66 - 74 Program Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)

Pro-Forma 75 - 84 Program Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

Pro-Forma 8590 LAMPIRAN

Lampiran A (Caj Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran) 91 - 92 Nota : Maklumat yang dinyatakan di dalam buku ini adalah benar sehingga ke tarikh cetakan dibuat. Sebarang perubahan akan dimaklumkan secara rasmi dari semasa ke semasa.

4

LATARBELAKANG UMCCed

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya atau University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan sebuah pusat di bawah Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan program-program pendidikan dan latihan khusus kepada golongan bekerja pada peringkat Diploma, Diploma Eksekutif, Sijil serta kursus-kursus pendek dalam pelbagai bidang. UMCCed juga merupakan satu-satunya pusat di universiti awam yang mempelopori perkhidmatan dan latihan coaching yang ditawarkan khusus untuk para eksekutif, pegawai tadbir, usahawan serta tenaga pengajar dan perunding profesional sebagai kaedah efektif dalam meningkatkan produktiviti serta mencapai kecemerlangan organisasi. Di samping itu, ia juga menyediakan peluang latihan kepada peserta-peserta antarabangsa melalui bengkel, lawatan sambil belajar dan kursus pendek serta menjadi urus setia dan penganjur dalam pengurusan seminar dan persidangan untuk pelanggan-pelanggan dari dalam dan luar negara. Berteraskan prinsip pendidikan sepanjang hayat, kebanyakan program yang ditawarkan adalah berbentuk separuh masa dan disusun mengikut keperluan individu dan organisasi korporat. Kelas yang biasanya diadakan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja memberi peluang kepada warga bekerja untuk memanfaatkan masa yang terluang secara lebih produktif bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka secara berterusan. UMCCed telah membuktikan kecemerlangannya sebagai penyedia latihan terkemuka di negara ini dengan kejayaan melahirkan lebih 17,000 graduan yang terdiri daripada warga bekerja pada peringkat Diploma Eksekutif dan Sijil dalam pelbagai bidang. Ramai antara mereka telah pun mengecap pelbagai kejayaan sama ada dalam kerjaya atau pun melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pencapaian ini juga memperlihatkan kepercayaan, keyakinan serta pengiktirafan sektor korporat terhadap keupayaan pusat ini dalam menyumbang ke arah pembangunan tenaga kerja mereka. Penawaran program-program yang berkualiti melalui UMCCed ini adalah bertujuan memenuhi hasrat Universiti Malaya untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada segenap lapisan masyarakat. Usaha ini juga adalah selaras dengan aspirasi negara untuk mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif melalui Model Ekonomi Baru serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Lokasi Strategik Kedudukan strategik UMCCed di Wisma R & D Universiti Malaya memberikan kemudahan akses kepada orang ramai melalui jaringan jalan raya utama dan juga pengangkutan awam.

5

Kemudahan UMCCed juga mempunyai kemudahan pembelajaran yang selesa seperti perpustakaan, bilik seminar dan makmal komputer untuk kegunaan pelajar-pelajarnya. Kemudahan lain seperti kantin, surau dan tempat letak kereta yang luas turut disediakan. Komitmen UMCCed sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua golongan pelanggan. Peranan yang dinamik ini akan sentiasa ditingkatkan bagi menghasilkan warganegara yang berilmu, sesuai dengan keperluan pembangunan negara. Visi Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan berterusan. Misi Menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada masyarakat umum, sama ada dari dalam atau luar negeri, dengan menawarkan kursus-kursus dan aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan individu dari segi profesion atau pembangunan diri.

6

Pada masa ini terdapat lapan program yang ditawarkan oleh UMCCed mengikut kluster seperti di bawah : (A) Kluster Keusahawanan, Perniagaan dan Pengurusan.

1. Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi) UFA

2. Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia) UFB 3. Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan) UFC

4. Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan UFF

(B) Kluster Pendidikan dan Bahasa

1. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak UFD

2. Diploma Eksekutif Kaunseling UFE

(C) Kluster Sains Gunaan dan Teknologi

1. Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat UFH

(D) Kluster Undang-undang, Kemanusiaan dan Sains Sosial

1. Diploma Eksekutif Sains Siasatan UFG

7

KAKITANGAN PENTADBIRAN BAHAGIAN PROGRAM AKADEMIK (BPA)

JAWATAN NAMA TEL E-MEL

Pengarah Timbalan Pengarah (Akademik)

Prof. Dato Dr. Mansor Md Isa Dr. Kuppusamy Singaravelloo

2246 3633

2246 3636

mansor.isa@um.edu.my tp_a@um.edu.my

Ketua Bahagian

Farinda Abdul Ghani

2246 3459

farinda@um.edu.my

Pengurus Penolong Pengurus Eksekutif Kanan

Mohd. Nasran Abd Halim Maryam Ishak Aifa Idayu Md Afandi

2246 3632

2246 3631 2246 3626

nasran@um.edu.my maryam@um.edu.my aifa@um.edu.my

Pengurus Program : (1) Diploma Eksekutif

Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

(2) Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)

(3) Diploma Eksekutif

Pengurusan (Sumber Manusia)

(4) Diploma Eksekutif

Pendidikan Awal Kanak-kanak

(5) Diploma Eksekutif

Kaunseling (6) Diploma Eksekutif

Pentadbiran Perakaunan (7) Diploma Eksekutif

Teknologi Maklumat

Nor Adilah Mohd Nor Wan Hasrazara Wan Ab Razak Wan Hasrazara Wan Ab Razak Noradila Ismail Noradila Ismail Muhammad Ridhwan Zulgafli Muhammad Ridhwan Zulgafli

2246 3624

2246 3625

2246 3625

2246 3629

2246 3629

2246 3625

2246 3625

diya_adilahmnor@um. edu.my araza83@um.edu.my araza83@um.edu.my adila@um.edu.my adila@um.edu.my ridhwan88@um.edu.my ridhwan88@um.edu.my

mailto:nasran@um.edu.my

8

Pembantu Eksekutif

Siti Hamizah Samingan

2246 3624

miza@um.edu.my

Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi)

(1) Shaidatul Hanan Mohamed

(2) Norkhuzaimah

Kudus

(3) Zalini Haron (4) Nur Ainoon Jariah

Abdul Hadi (5) Muhamad Shah

Izzuddin Fadzil

2246 3624

2246 3630

2246 3624

2246 3626

22463 631

shaidatul_s@um.edu.my

khu_z@um.edu.my zalini@um.edu.my ain_91@um.edu.my shahfadzil@um.edu.my

mailto:nurhafizah.mn@um

9

STRUKTUR PROGRAM

MAKLUMAT AM JADUAL SEMESTER

10

MAKLUMAT AM

1. PENDAHULUAN (1) Pelajar dinasihatkan supaya membaca maklumat tentang pengajian melalui Buku

Panduan Program Diploma Eksekutif dan Buku Kaedah-kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012 sebagai pelengkap kepada Buku Panduan UMCCed.

(2) Pelajar perlu mengambil perhatian bahawa penawaran kursus adalah berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan.

(3) Bilangan pelajar untuk sesuatu kursus juga adalah tertakluk kepada kapasiti bagi kursus berkenaan.

(4) Maklumat Am ini hanya terpakai untuk pelajar kemasukan sesi Julai 2015 sahaja. Buku ini hendaklah diguna pakai sepanjang tempoh pengajian pelajar.

2. PENDAFTARAN

Tempoh minimum bagi menyempurnakan sesuatu program pengajian ialah empat (4) semester dan maksimum ialah lapan (8) semester.

3. PENDAFTARAN KURSUS Pelajar dikehendaki mengikuti dan memenuhi jumlah kredit keseluruhan yang ditetapkan bagi program pengajian berkenaan seperti mana yang diluluskan oleh Senat.

(1) Setiap pelajar hanya perlu mendaftar sekali sahaja. (2) Pendaftaran kursus perlu dilakukan selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh

permulaan sesuatu ambilan program pengajian. (3) Pelajar yang tidak mendaftar selepas minggu kuliah ke-2, dianggap telah menarik

diri dari program berkenaan sekiranya tiada apa-apa pendaftaran telah dibuat dan tiada apa-apa pemberitahuan diterima daripada calon berkenaan pada tempoh