buku panduan ppg

29
GARIS PANDUAN MENGIKUTI PROGRAM SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH PADA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH (PPPBS) BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia 2010

Upload: kelalat

Post on 29-Jun-2015

774 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN PPG

GARIS PANDUAN

MENGIKUTI PROGRAM SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH

PADA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA

BAGI

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH (PPPBS)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia

2010

Page 2: BUKU PANDUAN PPG

ISI KANDUNGAN SENARAI KANDUNGAN PRAKATA

JAWATANKUASA

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

Mod Pengajian Senarai Bidang Tempoh Pengajian Pembiayaan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat dan Kelayakan Asas Syarat Tambahan

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

KEMUDAHAN CUTI

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG MENGIKUTI KURSUS

Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian

KELULUSAN BELAJAR

Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar

TINDAKAN TATATERTIB

Kelakuan & Tatatertib Penangguhan Pengajian Penarikan Diri Gagal/Diberhentikan Pelanjutan Tempoh Pengajian

KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH

HAK KERAJAAN

PENUTUP

CARTA ALIR

LAMPIRAN

Page 3: BUKU PANDUAN PPG

BUKU PANDUAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011 - 2015

PRAKATA

Garis Panduan Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini dihasilkan

selaras dengan dasar baharu yang akan mula diperkenalkan pada tahun

2011. Berpandukan ketetapan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, maka

Garis Panduan ini akan membantu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bukan Siswazah (PPPBS) mengikuti kursus pensiswazahan pada

peringkat ijazah pertama.

Pelbagai pihak telah terlibat untuk menghasilkan Garis Panduan

ini agar sejajar dengan matlamat untuk menghasilkan perkhidmatan

perguruan yang cekap, berkesan dan berkualiti tinggi. Di samping itu,

penghasilan Garis Panduan tersebut telah dipermudah supaya guru-

guru yang terlibat dapat memahami dan merancang persediaan untuk

mengikuti program ini.

Garis Panduan ini akan menjadi rujukan penting kepada Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang berkhidmat

di Bahagian/ Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Bahagian/

Pejabat Pelajaran Daerah/ sekolah menengah/ sekolah rendah dan

Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM).

Page 4: BUKU PANDUAN PPG

JAWATANKUASA PENYEDIAAN GARIS PANDUAN MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH PADA

PERINGKAT IJAZAH PERTAMA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH(PPPBS)

Pengerusi

YBhg. Dato’ Haji Mohd Ghazali Bin Ab. Rahman Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

Timbalan Pengerusi

Encik Abdul Halim bin Abdul Razak Timbalan Pengarah

(Pembangunan Profesionalisme)

Dr. Kartini bt Baharun Timbalan Pengarah

(Dasar dan Standard)

Penyelaras

Tengku Adli bin Raja Omar Ketua Penolong Pengarah Unit Peningkatan Akademik

Ahli Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan

● Unit Dasar, Perancangan dan Pengantarabangsaan ● Unit Standard Kualiti Guru ● Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar ● Unit Pentaksiran dan Akreditasi ● Unit Penyelidikan Profesionalisme Keguruan ● Unit Kewangan dan Bekalan ● Unit Peningkatan Akademik – Urusetia

Page 5: BUKU PANDUAN PPG

PENDAHULUAN

Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini merupakan

kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam

RMKe-9 yang akan dilaksanakan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015).

Pelaksanaannya berdasarkan keputusan mesyuarat yang berkaitan

dengan Strategy Package for Higher Growth and Structural Change:

Human Capital for High Income Economy pada 24 Jun 2009 antara Unit

Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan

Kementerian Pelajaran Malaysia.

PPPBS yang mengikuti pengajian dalam program PPG perlu

mendapat surat kebenaran/ Surat Kelulusan Belajar daripada KPM.

KPM dicadangkan supaya terus memberikan kebenaran kepada

pegawai yang mengikuti pengajian melalui PJJ yang mematuhi syarat

yang telah ditetapkan atas pertimbangan bahawa hak mengikuti

pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah hak individu yang tidak

boleh dihadkan. Namun begitu, pegawai perlu akur dengan kedudukan

perjawatan yang terhad jika mereka tidak dilantik ke jawatan lebih tinggi.

Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan Kelulusan

Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh

(PJJ) Dan Sambilan bertarikh 27 Julai 2000 memutuskan bahawa mulai

1 Ogos 2000, kuasa untuk meluluskan Kebenaran Belajar secara PJJ

diurus oleh BPG. Sehubungan dengan itu, garis panduan belajar secara

PJJ adalah perlu sebagai panduan khususnya kepada PPPBS untuk

mengikuti program pensiswazahan secara tajaan atau persendirian.

Page 6: BUKU PANDUAN PPG

LATAR BELAKANG

Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama dengan Unit

Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah

mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan

dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui Program Pensiswazahan

Guru (PPG). Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah

dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia pada peringkat

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pelaksanaan program

tersebut.

Cadangan program mensiswazahkan semua guru (rendah dan

menengah) menjelang tahun 2015 di bawah RMKe-10 telah

dibentangkan dan mendapat persetujuan dasar dalam Mesyuarat

Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 9/2009 pada 10

September 2009 sebelum dibentangkan kepada Unit Perancangan

Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) Bil. 16/2010 pada 29 September 2010 telah meluluskan

Cadangan Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru (PPG) di bawah

RMKe-10.

Page 7: BUKU PANDUAN PPG

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU A. Mod Pengajian

- Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

B.Tempoh Pengajian

- 4 tahun

C. Senarai Bidang

Bil Opsyen/Bidang Sekolah Menengah

1 Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi

2 Bahasa Melayu

3 MPV/MPAV

4 Bahasa Inggeris

5 Sejarah

6 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

7 Sains

8 Matematik

9 Pendidikan Islam

10 Pendidikan Seni Visual

11 Pendidikan Khas

12 Geografi

13 Bahasa Cina

14 Bahasa Arab

15 Bimbingan dan Kaunseling

16 Sains Sukan

18 Pendidikan Muzik

19 Perakaunan

20 Bahasa Tamil

Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010)

Page 8: BUKU PANDUAN PPG

Bil Opsyen/Bidang Sekolah Rendah

1 Matematik

2 Bahasa Inggeris

3 Bahasa Melayu

4 Pendidikan Islam

5 Sains

6 Bahasa Cina

7 Pendidikan Awal Kanak-kanak

8 Pendidikan Muzik

9 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

10 Pendidikan Seni Visual

11 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

12 Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

13 Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

14 Pendidikan Pemulihan

15 Bahasa Tamil

16 Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi

17 Bimbingan dan Kaunseling

18 Pendidikan Khas

Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010)

Page 9: BUKU PANDUAN PPG

D. Kriteria Pemilihan Opsyen/Bidang Bagi Calon Guru Sekolah Menengah / Rendah

PPPBS sekolah menengah/rendah mengikuti bidang pengajian yang releven dengan subjek yang ditawarkan di sekolah menengah/rendah.

atau

PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang pengajian dengan mengekalkan opsyen ikhtisas asal.

atau PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang opsyen

mengikut mata pelajaran utama yang diajarkan di sekolah menengah/rendah.

E. Pembiayaan

- Pembiayaan program ini adalah melalui pemberian biasiswa

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan ikatan perjanjian / kontrak berdasarkan terma-terma dalam Borang Perjanjian PPG.

Page 10: BUKU PANDUAN PPG

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1. Syarat dan Kelayakan Asas

1.1 Warganegara Malaysia

1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian /JPN/ PPB /PPD / sekolah menengah / sekolah rendah dan Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.

1.4 Telah disahkan dalam jawatan.

1.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian

sebagai pelajar sepenuh masa dan separuh masa / sambilan dengan tajaan KPM.

1.6 Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.

2. Syarat Tambahan

2.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus - menerus lebih daripada 3 tahun.

2.2 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

2.3 Mempunyai kesihatan yang baik.

2.4 Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang baik dalam

penilaian prestasi 3 tahun yang terkini. 2.5 Telah membuat perisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun

bawah peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Page 11: BUKU PANDUAN PPG

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

3.1 Calon yang masih dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.

3.2 Calon yang tidak menamatkan kursus terdahulu tanpa

alasan yang munasabah (Contoh: PGSR, PJJ KPM/OUM).

3.3 Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan. CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

4.1 Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online)

sahaja dengan melayari laman sesawang (website) Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my .

4.2 Calon dinasihatkan melayari dahulu laman sesawang

berkenaan untuk meneliti Panduan Permohonan dan memahami tatacara membuat permohonan secara atas talian ini.

4.3 Calon dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu

permohonan sahaja.

4.4 Maklumat permohonan yang tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Page 12: BUKU PANDUAN PPG

1. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti Program

Pensiswazahan Guru Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran

dengan kerjasama IPTA / IPTS dan IPG berkaitan boleh memohon

cuti kursus sambilan (CKS) mengikut Surat Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2009 bagi tujuan kuliah /bengkel

/seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel

/seminar itu diadakan semasa hari bekerja.

2. Pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod untuk menduduki

peperiksaan sekiranya diadakan dalam hari bekerja/dalam waktu

pejabat. (Pekeliling Bil. KP(BB) 06 /1 /4 Jld 1(47) bertarikh

1.12.1997).

3. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti Program Pensiswazahan Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran boleh memohon cuti tanpa gaji / cuti rehat bagi tujuan kuliah / bengkel / seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel / seminar itu diadakan semasa waktu pejabat. Walau bagaimanapun, cuti tanpa gaji ini memberikan implikasi kepada perkhidmatan dan pencen.

4. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti program pensiswazahan

secara PJJ mod intensif anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (program pensiswazahan Guru Besar intensif) boleh memohon cuti tanpa rekod. Tempoh cuti tanpa rekod yang dapat diluluskan oleh ketua jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif yang perlu diikuti dengan syarat tidak melebihi 30 hari dalam setahun. Sekiranya tempoh kursus intensif yang perlu dihadiri melebihi 30 hari atau bagi tujuan mengikuti kuliah/ bengkel/ seminar yang disyaratkan oleh institusi, pegawai berkenaan perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon cuti tanpa gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, cuti tanpa gaji ini memberikan implikasi kepada perkhidmatan dan pencen.

KEMUDAHAN CUTI

Page 13: BUKU PANDUAN PPG

5. Pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian layak mendapatkan kemudahan cuti tanpa rekod berdasarkan Pekeliling Bil. KP(BB) 06/1/4 Jld. 1(47) bertarikh 1.12.1997 untuk mengikuti kursus intensif sekiranya mengikuti pengajian secara PJJ di IPTA dan tujuh IPTS yang diluluskan oleh kerajaan iaitu ;

Universiti Multimedia Malaysia (MMU)

Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Universiti Nottingham Kampus Malaysia, Semenyih

Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak, Miri

Universiti Malaysia Monash Kampus Bandar Sunway

Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Kuching Selain itu, pegawai juga perlu memastikan bahawa pengajian yang perlu diikuti telah diiktiraf oleh kerajaan.

Page 14: BUKU PANDUAN PPG

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG MENGIKUTI KURSUS A. Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian

1. Pegawai yang ingin mengikuti Program PPG secara PJJ hendaklah merujuk kepada iklan tawaran yang dikeluarkan oleh KPM.

2. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman

sesawang KPM di url http://www.moe.gov.my mengikut tempoh yang ditetapkan.

3. Permohonan yang telah lengkap hendaklah disokong oleh

Pengetua / Guru Besar dan diperakukan oleh Pengarah JPN/ Bahagian / Jabatan secara dalam talian.

4. Tawaran akan dikeluarkan oleh universiti.

5. Pegawai perlu mengisi borang PPG/B untuk mendapatkan surat

kelulusan belajar.

6. Surat kelulusan belajar akan dikeluarkan sekiranya pegawai telah mendaftar dengan universiti.

B. Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian

1. PPPBS yang telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti

kursus PJJ di IPTA/ IPTS/ IPG dikehendaki membuat pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan.

2. PPPBS diingatkan agar memastikan bahawa kursus yang diikuti

tidak mengganggu tugas-tugas hakiki.

3. PPPBS bertanggungjawab untuk membuat pendaftaran pada setiap semester dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian.

Page 15: BUKU PANDUAN PPG

C. Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian

1. PPPBS yang telah menamatkan pengajian hendaklah memaklumkan hal tersebut kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk tujuan rekod perkhidmatan.

2. PPPBS hendaklah mengisi borang permohonan selepas memperoleh ijazah bagi tujuan pelantikan ke jawatan PPPS DG 41 berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan mengisi Borang SPP Bil 1/04 yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPP.

Page 16: BUKU PANDUAN PPG

KELULUSAN BELAJAR

Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar

1. Pegawai PPPBS yang telah dilantik secara tetap dalam perkhidmatan pendidikan.

2. Pegawai yang mengikuti pengajian bawah tajaan KPM perlulah yang telah disahkan jawatannya.

3. Pegawai yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya.

4. Pegawai TIDAK DIBENARKAN untuk menukar bidang

pengajian sebagaimana yang ditawarkan kecuali dengan persetujuan daripada KPM dan institusi pengajian.

5. Had umur pegawai bagi mengikuti program ini adalah tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011, dan pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian berumur tidak melebihi 50 tahun pada tahun permohonan.

6. Pegawai TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan

kemudahan pejabat bagi tujuan kursus tersebut.

7. Kerajaan tidak terikat untuk memberikan jawatan yang lebih tinggi atau sebarang jawatan yang lain setelah pegawai memperoleh kelulusan dan penganugerahan daripada kursus tersebut.

8. Pegawai tidak boleh menuntut sebarang elaun atau bayaran-bayaran lain daripada kerajaan selain yang dinyatakan dalam surat perjanjian.

9. Pegawai tertakluk pada peruntukan-peruntukan mengenai

kelakuan dan tatatertib di bawah Perintah-Perintah Am Bab “D” / AUKU / Akta 174.

10. Pegawai perlu membuat permohonan kepada Suruhanjaya

Perkhidmatan Pendidikan untuk pelantikan ke jawatan DG41 berdasarkan iklan yang dikeluarkan.

Page 17: BUKU PANDUAN PPG

11. Pegawai mestilah sanggup berkhidmat dimana-mana sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh KPM.

12. Syarat kelulusan terbatal dengan sendirinya jika berlaku

sebarang perlanggaran syarat-syarat yang telah ditetapkan.

13. Pegawai perlu mendaftar di universiti terlebih dahulu sebelum memohon kelulusan belajar.

14. Pegawai perlu mengisi borang PPG B/2010 dan dapatkan

sokongan Guru Besar/Pengetua dan disahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri sebelum dihantar ke Unit Peningkatan Akademik, Bahagian Pendidikan Guru.

15. Surat Kelulusan Kebenaran Belajar secara PJJ adalah tertakluk di bawah tanggungjawab Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sumber Rujukan : Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan Kelulusan Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Dan Sambilan bertarikh 27 Julai 2000)

Page 18: BUKU PANDUAN PPG

TINDAKAN TATATERTIB KELAKUAN & TATATERTIB

Semasa mengikuti program, pegawai adalah tertakluk pada peraturan-peraturan Universiti dan mematuhi Undang-Undang Negara mengikut Peraturan-Peraturan Awam (kelakuan dan tatatertib) Pindaan 2002 (Perintah-Perintah Am Bab ”D”) serta arahan/peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti/Institusi/IPG berkenaan dari semasa ke semasa. Jika berlaku sebarang pelanggaran tatatertib, pegawai akan dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk diambil tindakan selanjutnya.

PENANGGUHAN PENGAJIAN PPPBS tidak dibenarkan untuk membuat sebarang penangguhan pengajian tanpa kebenaran Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembiayaan akan ditamatkan sekiranya penangguhan dibuat tanpa kebenaran. PPPBS dikehendaki membiayai pengajian sendiri sekiranya tempoh pengajian yang diluluskan telah tamat.

PENARIKAN DIRI PPPBS tidak dibenarkan untuk menarik diri daripada pengajian tanpa kebenaran BPG, KPM. PPPBS dikehendaki membuat pembayaran balik pembiayaan keseluruhan sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Pendidikan Guru yang telah ditandatangani.

Page 19: BUKU PANDUAN PPG

GAGAL/DIBERHENTIKAN PPPBS yang gagal/diberhentikan hendaklah memaklumkan hal tersebut kepada BPG dengan serta-merta. PPPBS dikehendaki membayar keseluruhan pembiayaan sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Pendidikan Guru yang telah ditandatangani.

PELANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN 1. PPPBS yang tidak dapat menamatkan program dalam tempoh

yang telah diluluskan (4 tahun) hendaklah mengemukakan permohonan kelulusan pelanjutan tempoh pengajian kepada Bahagian Pendidikan Guru sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tamat tempoh kelulusan.

2. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan dokumen seperti yang berikut:

a. surat permohonan daripada pemohon

b. borang permohonan PPG/Pelanjutan c. surat tamat tempoh daripada Universiti d. salinan surat kelulusan belajar

e. salinan kad pengenalan 3. Pelanjutan tempoh pengajian adalah tertakluk pada kelulusan

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM. 4. Pembiayaan pengajian selepas tamat tempoh tidak akan ditaja

oleh KPM.

Page 20: BUKU PANDUAN PPG

KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH 1. PPPBS dikehendaki mendaftar pada setiap semester

pengajian. Kegagalan untuk membuat pendaftaran dianggap tidak aktif.

2. Pihak institusi pengajian perlu memaklumkan senarai nama

peserta kepada Bahagian Pendidikan Guru, KPM dengan serta-merta.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan membiayai yuran

pengajian peserta PPPBS yang tidak mendaftar pada semester berkenaan.

HAK KERAJAAN

KPM berhak meminda syarat-syarat dalam garis panduan ini dari semasa ke semasa tanpa memberikan notis. KPM juga berhak untuk menarik balik kelulusan belajar sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau berlakunya pelanggaran syarat-syarat kelulusan belajar tanpa memberikan sebarang sebab.

PENUTUP Semua peraturan Garis Panduan untuk mengikuti program dan syarat-syarat di bawah pemberian kelulusan belajar secara PJJ ini berkuatkuasa serta-merta setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Pengurusan KPM.

Page 21: BUKU PANDUAN PPG

CARTA ALIR

1. Lampiran A : Permohonan Pengesahan bagi Surat Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah

2. Lampiran B : Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar

3. Lampiran C : Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian

4. Lampiran D : Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan

5. Lampiran E : Memohon Penangguhan/Menarik Diri Dari Pengajian Secara PJJ / Sambilan

6. Lampiran F : Memohon Perlanjutan Tempoh Pengajian Secara PJJ / Sambilan

7. Lampiran G : Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar / Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang

Page 22: BUKU PANDUAN PPG

Lampiran A - Permohonan Pengesahan Bagi Surat Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah

Mula

Membuat laporan polis

Isi borang dan buat pengesahan sijil dan dokumen yang diperlukan

oleh Ketua Jabatan atau JPN

Hantar ke JPN

Tolak jika tidak memenuhi syarat

Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewat-

lewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima

Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pengesahan

Tamat

Page 23: BUKU PANDUAN PPG

Lampiran B - Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar

Mula

Dapat surat tawaraan daripada Universiti

Isi borang PPG/B .Dapatkan sokongan Pengetua/Guru Besar/

Ketua Jabatan .

Sertakan dokumen -dokumen yang diperlukan yang telah

disahkan .

Hantar ke JPN untuk pengesahan.

Tolak jika tidak memenuhi syarat

JPN akan semak mengikut syarat yang telah ditetapkan

dan panjangkan ke Bahagian Pendidikan Guru.

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewat-

lewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima

Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat kelulusan

belajar.

Tamat

Page 24: BUKU PANDUAN PPG

Lampiran C - Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian Secara PJJ / Sambilan

Mula

Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan

Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan

atau JPN

Hantar ke JPN

Tolak jika tidak memenuhi syarat

Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses

Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pertukaran bidang

Tamat

Page 25: BUKU PANDUAN PPG

Lampiran D - Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan

Mula

Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan

Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan

Hantar ke JPN

Tolak jika tidak memenuhi syarat

Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses

Unit Peningkatan Akademik akan memasukkan data

Tamat

Page 26: BUKU PANDUAN PPG

Lampiran E - Memohon Penangguhan/ Menarik diri Dari Pengajian Secara PJJ / Sambilan

Mula

Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan

Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan

Hantar ke JPN

Tolak jika tidak memenuhi syarat

Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses

Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat

penangguhan

Tamat

Page 27: BUKU PANDUAN PPG

Lampiran F - Memohon Pelanjutan Tempoh Pengajian Secara PJJ / Sambilan

Mula

Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan

Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan

Hantar ke JPN

Tolak jika tidak memenuhi syarat

Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses

Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat

pelanjutan tempoh pengajian

Tamat

Page 28: BUKU PANDUAN PPG

Lampiran G - Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar/Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang

Mula

Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan

Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan

Hantar ke JPN

Tolak jika tidak

Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan memenuhi

syarat

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses

Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat

Kelulusan Belajar yang baru

Tamat

Page 29: BUKU PANDUAN PPG

LAMPIRAN Borang-borang berkaitan : 1. Borang PPG/B 2010 : Permohonan Kelulusan Belajar Secara

Program Pendidikan Jarak Jauh 2. Borang PPG/Pengesahan : Permohonan Pengesahan Bagi Surat

Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah

3. Borang PPG/Pelanjutan : Permohonan Pelanjutan Tempoh Pengajian Bagi Program Pendidikan Jarak Jauh / Sambilan

4. Borang PPG/Tukar Bidang : Permohonan Pertukaran Bidang

Program Pengajian Jarak Jauh / Sambilan

5. Borang PPG/Berhenti : Permohonan Berhenti Pengajian Program Pengajian Jarak Jauh / Sambilan

6. Borang PPG/Tangguh : Permohonan Penangguhan Pengajian Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

7. Borang PPG/Tukar Pusat Pengajian : Permohonan Pertukaran Pusat Pengajian Program Pensiswazahan Guru

Boleh diperolehi daripada pihak : Urus Setia Program Pensiswazahan Guru, Unit Peningkatan Akademik, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia