buku panduan pendaftaran pelajar baharu program diploma

38
POLITEKNIK NILAI KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK 71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN TEL : 06-7980400 FAKS : 06-7911269 http://www.polinilai.edu.my Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA SESI DISEMBER 2016 Buku ini terdiri daripada 4 (empat) bahagian:- a) Panduan Pendaftaran Pelajar Baru b) Maklumat Tambahan c) Lampiran Dokumen d) Borang Borang Pendaftaran Arahan: 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini. Fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. Kegagaalan mematuhi arahan akn mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK dan tidak dibenarkan MENDAFTAR. 2. Mematuhi arahan ketika membuat bayaran yuran pengajian / asrama / bayaran pelbagai di bank. Pihak politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran semua yuran.

Upload: vuongquynh

Post on 23-Jan-2017

315 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

POLITEKNIK NILAI

KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK

71760 BANDAR ENSTEK,

NEGERI SEMBILAN

TEL : 06-7980400

FAKS : 06-7911269

http://www.polinilai.edu.my

Buku panduan pendaftaran pelajar

baharu PROGRAM DIPLOMA

SESI DISEMBER 2016

Buku ini terdiri daripada 4 (empat) bahagian:-

a) Panduan Pendaftaran Pelajar Baru

b) Maklumat Tambahan

c) Lampiran Dokumen

d) Borang Borang Pendaftaran

Arahan:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini. Fahamkan

dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. Kegagaalan mematuhi

arahan akn mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK dan tidak dibenarkan

MENDAFTAR.

2. Mematuhi arahan ketika membuat bayaran yuran pengajian / asrama / bayaran

pelbagai di bank. Pihak politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang

kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran semua yuran.

Page 2: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS) adalah politeknik yang ke-23 ditubuhkan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 April 2007 dibawah Rancangan Malaysia Ke-9. PNS mula beroperasi di kampus sementara dengan pengambilan pertama pelajar pada Januari 2008.

PNS berpindah ke kampus tetap di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada September 2011 di atas tapak seluas 101.5 ekar yang memuatkan 37 blok bangunan pentadbiran, akademik,kamsis dan kediaman staf. Kampus ini mampu menampung pelajar seramai 2,400 orang pelajar dengan kapasiti penginapan di kamsis seramai 1,200 orang pelajar.

PNS mempunyai jumlah kakitangan seramai 166 orang yang terdiri daripada 131 orang pensyarah dan 35 orang pegawai dan staf sokongan. Jumlah semasa pelajar adalah seramai 2210 orang pelajar yang sedang mengikuti program Diploma Pengajian Perniagaan (E Dagang), Diploma Kewangan dan Perbankan Islam, Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan, Diploma Landskap dan Hortikultur , Diploma Bioteknologi , Diploma kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Diploma Peruncitan, Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains.

i

PENGENALAN

POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

Page 3: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

MISI

ii

Politeknik Nilai Negeri Sembilan beriltizam memenuhi keperluan negara dalam

bidang perdagangan dan teknologi serta melahirkan modal insan bernilai tinggi.

VISI

Menghasilkan keperluan modal insan yang bernilai dan berketrampilan melalui

pendidikan terkamil dari aspek ilmu, kemahiran dan berakhlak mulia melalui

pendidikan bersepadu dan berterusan.

VISI & MISI

POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

Page 4: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada semua pelajar baru PNS kerana terpilih mendapat tempat pengajian

di Politeknik Nilai. Anda telah melangkah setapak lagi ke hadapan bagi meneruskan

perjuangan menuntut ilmu dan kemahiran. Pelajar seharusnya perlu berasa bangga

kerana anda adalah antara yang bertuah kerana terpilih daripada ratusan ribu calon

yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) khususnya ke PNS ini. Seluruh warga PNS mengalu-alukan kehadiran pelajar

semua bagi merealisasikan impian dan cita-cita.

Unit Hal ehwal pelajar amat berharap agar pelajar dapat menggunakan Buku Panduan

Pendaftaran Pelajar Baharu ini sebagai panduan supaya sesi pendaftaran dapat

berjalan dengan baik dan lancar.

Kami juga berharap agar pelajar baru dapat meningkatkan profail diri dari semua

aspek terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berlandaskan kepada

Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi mencapai misi dan visi PNS.

Akhir kata, kami mengucapkan ”Tahniah dan Selamat Datang ke PNS” kepada

pelajarbaru dan harapan kami agar kita mampu untuk bekerjasama dan bergading

bahu demi mencipta kecemerlangan dan penambahbaikan yang berterusan di PNS.

Akhir bicara, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang

terlibat dalam urusan pendaftaran pelajar baharu pada sesi ini.

Sekian, terima kasih.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN iii

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

Page 5: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

SENARAI SEMAK DOKUMEN

ARAHAN: Semak dan tandakan (/) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara

berikut telah disediakan.

1. Susun dokumen-dokumen seperti senarai semakan di bawah.

2. Sila bawa borang ini pada hari pendaftaran.

Nama: _______________________________________

(Gunakan HURUF BESAR

seperti di Kad Pengenalan)

No. K/P: _____________________________

Senarai Dokumen Yang Perlu Dibawa

(Kegagalan membawa dokumen-dokumen akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK dan

tidak dibenarkan MENDAFTAR)

Bil Senarai Dokumen Tandakan (/ )

1 Kad Pengenalan / MyKad asal

2 Surat Tawaran ke Politeknik KPT asal

3 SPM/ Sijil Berhenti/Sijil Ko Kurikulum asal

4 Sijil lahir asal dan salinan

5 Salinan slip Pengesahan Pendaftaran Online melalui Sistem

SPMP(Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar)

6 Borang HEP 1- Maklumat Peribadi pelajar*

7 Borang HEP 2- Laporan pemeriksaan Doktor*

8 Borang HEP 3- Kebenaran Ibubapa/Penjaga untuk rawatan*

9 Borang HEP 4-Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung*

10 Borang HEP 5- Akuan Pelajar*

11 Borang HEP 6- Aku Janji pelajar*

12 Surat Akujanji Asrama *

13 Borang Kad Matrik Pelajar*

14 Slip Bayaran Yuran asal

15 Surat tajaan (Jika ada)

16 Gambar warna terbaru ukuran Pasport (8 keping)

*Dokumen ini boleh dimuat turun dan dicetak dilampiran di dalam Buku Pendaftaran Pelajar Baharu

ini.

iv

Page 6: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN PNS i

MISI & VISI PNS ii

ALUAN UNIT HAL EHWAL PELAJAR iii

SENARAI SEMAK DOKUMEN iv

A. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

1.0 Sebelum Pendaftaran

1.1. Penyediaan dokumen 1

1.2 Pembayaran Pendaftaran 1

2.0 Pendaftaran secara online (Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar) 3

3.0 Hari Pendaftaran

3.1 Masa Pendaftaran 4

3.2 Carta Alir Proses Pendaftaran 4

4.0 Minggu Suai Kenal (MSK) 5

B. MAKLUMAT TAMBAHAN

1.0 Program Pengajian 6

2.0 Rupa Diri dan Etika Pakaian 7

3.0 Bantuan Kewangan

3.1 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN 12

3.2 Penaja-Penaja Lain 12

4.0 Kemudahan Asrama 15

C. LAMPIRAN-Pelan Lokasi PNS

D. BORANG PENDAFTARAN

1. Borang HEP 1 – HEP 6

2. Surat Aku Janji Asrama

3. Surat Aku Janji Politeknik Nilai

4. Borang Kad Matrik

Page 7: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

A. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

Anda dinasihatkan membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan

pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya

mana-mana perkara yang disebutkan dibawah tidak dipenuhi.

1.0 SEBELUM PENDAFTARAN

1.1 PENYEDIAAN DOKUMEN

a. Pastikan semua dokumen yang dikehendaki dibawa pada hari pendaftaran

untuk tujuan semakan. Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda

gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut.

b. Tawaran pengajian ini adalah tertakluk kepada kesahihan maklumat dalam

borang permohonan dengan dokumen asal yang dikemukakan. Jabatan

Pengajian Politeknik KPT berhak menarik balik tawaran atau

memberhentikan pengajian anda di PNS pada bila-bila masa sekiranya

didapati percangahan maklumat dalam boring permohonan dengan dokumen

asal.

1.2 PEMBAYARAN PENDAFTARAN

a. Semua bayaran perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Calon yang tidak

menjelaskan pendaftaran TIDAK AKAN didaftarkan dahulu.

b. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN

DIKEMBALIKAN sekiranya anda menarik diri atau berhenti daripada Politeknik

Nilai.

C. Calon yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta

hendaklah membawa bersama semasa mendaftar salinan asal surat pengesahan

penajaan. Calon perlu menjelaskan semua pembayaran walaupun mendapat

tajaan.Pihak PNS akan membuat tuntutan kepada agensi berkenaan dan akan

mengembalikan semua tuntutan yang diterima daripada agensi kepada pelajar.

Page 8: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

1 JUMLAH BAYARAN YANG PERLU DI JELASKAN.

Jumlah bayaran yuran yang perlu dibayar adalah berdasarkan Jadual bayaran yuran yang boleh dimuat

turun dari portal Politeknik Nilai di www.politeknik.edu.my

CARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA- POLITEKNIK KPT

A. ATM BANK ISLAM- Cara Pembayaran POLITEKNIK KPT

1. Pilih menu LAIN-LAIN

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL/YURAN IPT

3. Pilih menu YURAN IPT

4. Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan didebitkan)

5. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar

6. Pilih Bil yang ingin dibayar

7. Sahkan amaun yang ingin dibayar

8. Transaksi selesai dan ambil resit

B. CDM BANK ISLAM – Cara Pembayaran POLITEKNIK KPT

1. Pilih menu YURAN IPT

2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

3. Pilih POLITEKNIK KPT

4. Sahkan data dan masukkan wang

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang

6. Transaksi selesai dan ambil resit

C. INTERNET BANKING – cara pembayaran POLITEKNIK KPT

1. Layari wwww.bankislam.com.my

2. Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts".

3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.

4. Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment".

5. Pilih “Politeknik KPT” pada senarai “payee corporation”.

6. Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik "next".

7. Klik ‘select’ pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran

8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang hendak di

debitkan dan

9. Masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay"

10. Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan varifikasi. Klik ‘confirm’ untuk pengesahan

pembayaran.

11. Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.

12. Skrin berikut akan menunjukkan maklumat bayaran yang telah dilakukan. Calon adalah

dinasihatkan untuk membuat salinan dan membawa slip asal semasa pendaftaran.

CARA PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI – KOPERASI POLITEKNIK NILAI BERHAD

Bayaran pelbagai boleh dibayar melalui slip deposit tunai kaunter di BIMB

Page 9: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

2

2.0 PENDAFTARAN SECARA atas talian SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar)

Semua calon pelajar dikehendaki melaksanakan perkara berikut:-

a. Membuat pembayaran yuran di Bank Islam (BIMB) seperti jadual pembayaran yuran

(rujuk di www.polinilai.edu.my)

b. Melaksanakan proses pendaftaran secara atas talian SPMP (Sistem Pengurusan

Maklumat Pelajar) mulai 36 jam selepas membuat pembayaran. Sistem SPMP akan

diaktifkan di laman web http://www.polinilai.edu.my. Cetakan pengesahan SPMP

perlu dibawa pada hari pendaftaran.

c. Memuat turun dan mencetak semua dokumen (BORANG PENDAFTARAN)

melalui laman web rasmi Politeknik Nilai iaitu http://www.polinilai.edu.my.

Di bawah tajuk “PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER

2016”. Semua borang ini perlu dicetak dan dilengkapkan dan dibawa semasa

hari pendaftaran.

d. Membawa gambar berwarna berukuran passport terbaru sebanyak 8 keping.

Sila catatkan Nama, no. kad pengenalan dan kod program anda

dibelakang setiap gambar.

Page 10: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

3

3.0 HARI PENDAFTARAN

3.1 Tarikh dan waktu pendaftaran

a. Tarikh dan waktu pendaftaran di Politeknik Nilai adalah seperti yang dinyatakan dalam surat

panggilan daftar daripada Politeknik Nilai yang boleh dimuat turun di www.polinilai.edu.my.

b. Mematuhi rupadiri dan etika pakaian (Rujuk m/s 7) semasa mendaftar.

3.2 Carta Alir Proses Pendaftaran

MULA

Semakan keputusan permohonan

Muat turun Buku Panduan

Pendaftaran Pelajar

(www.polinilai.edu.my)

Lengkapkan Dokumen /Borang Pendaftaran

Dalam Buku Panduan Pendaftaran

Membuat Pembayaran Yuran di Bank

Seperti yang ditetapkan

Membuat PENDAFTARAN ONLINE (SPMP)

Mendaftar di Politeknik

(Rujuk tatacara hari pendaftaran)

TAMAT

4

Page 11: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

4.0 MINGGU SUAI KENAL (MSK) PELAJAR BARU

a. Semua pelajar baru diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal

(MSK) yang bermula pada sehari selepas hari pendaftaran. Minggu Suai kenal

akan diadakan selama 4 hari.

b. Tentatif/Jadual MSK akan diberi kepada semua pelajar semasa hari

pendaftaran.

c. Anda dikehendaki menyediakan dan membawa keperluan berikut untuk

kegunaan semasa MSK :-

Pelajar Lelaki

a. Seluar track (track bottom) berwarna gelap.

b. Kasut sukan

c. Kasut hitam (kulit atau PVC) bersarung

d. Stoking

e. Baju kemeja (lengan panjang / lengan pendek) warna putih secukupnya.(untuk

dipakai semasa MSK)

f. Seluar panjang cotton atau slack berwarna hitam secukupnya.(untuk di pakai

semasa MSK)

g. Tali leher.

Pelajar Perempuan

a. Seluar track (track bottom) berwarna gelap.

b. Kasut sukan

c. Kasut hitam (kulit atau PVC) bersarung

d. Baju kurung warna putih secukupnya.(untuk dipakai semasa MSK)

e. Kain berwarna hitam dan juga baju berwarna putih (untuk di pakai semasa

MSK)

f. Kain tudung hitam (pelajar muslim)

Barang-barang keperluan peribadi yang lain hendaklah dibawa

secukupnya.

5

Page 12: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

B. MAKLUMAT TAMBAHAN

1.0 PROGRAM PENGAJIAN

Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses

pendaftaran.

JABATAN (KOD) PROGRAM KOD PROGRAM

JABATAN KEJURUTERAAN

MEKANIKAL (JKM)

DIPLOMA KEJURUTERAAN

MEKANIKAL

DM001/DKM

DIPLOMA KEJURUTERAAN

MEKATRONIK

DM001/DEM

JABATAN

AGROTEKNOLOGI DAN

BIO-INDUSTRI

DIPLOMA BIOTEKNOLOGI

DG001/DBT

DIPLOMA LANDSKAP &

HORTIKULTUR

DG004/DLH

JABATAN PERDAGANGAN

DIPLOMA PENGAJIAN

PERNIAGAAN (E-DAGANG)

DP009/DEC

DIPLOMA KEWANGAN DAN

PERBANKAN ISLAM

DP011/DIB

DIPLOMA PENGURUSAN

LOGISTIK DAN RANGKAIAN

BEKALAN

DP010/DLS

DIPLOMA PERUNCITAN

DP008/DRM

PRA DIPLOMA

PERDAGANGAN

PP001/IPP

JABATAN MATEMATIK

SAINS DAN KOMPUTER

PRA DIPLOMA SAINS

PS001/IPS

Page 13: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

6

2.0 RUPA DIRI DAN ETIKA PAKAIAN

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik secara

umunya pelajar-pelajar hendaklah SENTIASA berpakaian menutup aurat (bagi pelajar

Islam), kemas, bersih, dan sopan ketika menghadiri kuliah dan aktiviti-aktiviti di

politeknik.

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

2.1 Pakaian dan Rupa Diri PelajarLelaki

Baju

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek yang sentiasa dimasukkan ke dalam

seluar (tuck-in).

b. Butang baju mestilah dikancing dengan sempurna.

c. Pemakaian baju Melayu dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang beserta

dengan sampin dan songkok hitam.

d. Dilarang memakai kemeja-T jenis berkolar yang emepunyai tulisan atau gambar

berunsur liar atau negatif.

e. Dilarang memakai Baju kemeja-T tanpa kolar.

Seluar

a. Seluar panjang jenis cotton atau slack gelap.

b. Dilarang memakai seluar jeans.

Kasut

a. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. Kasut sukan

dibenarkan.

b. Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya.

c. Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

Rambut

a. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar

baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi

dahi.

b. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.

c. Rambut tidak dibenarkan gaya pacak atau berfesyan atau berwarna.

Perhiasan

Sebarang bentuk perhiasan dilarang. 7

Page 14: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

2.2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

Baju

a. Pakaian yang tertib, bersih, kemas, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar islam)

b. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

c. Dilarang memakai pakaian yang menjolok mata (contohnya pakaian yang

ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian

badan seperti dada, bahu, dan belakang).

d. Dilarang bagi pelajar bukan islammemakai skirt yang lebih pendek daripada

paras lutut.

e. Dilarang memakai Baju kemeja-T yang ketat atau tidak berkolar.

Sarung / Maxi

a. Labuh, longgar dan tidak jarang.

b. Tidak lebih daripada 6 inci jika berbelah.

Seluar

a. Seluar panjang jenis cotton atau slack dan tidak ketat.

b. Dilarang memakai seluar jeans.

Kasut

a. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat. Kasut sukan dibenarkan.

b. Kasut bertumit (tidak melebihi 2 inci) yang bertutup penuh atau bertutup

dihadapan & bertali di belakang.

c. Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya.

d.Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

Rambut

Hendaklah kemas, beridentitikan seorang pelajar perempuan dan menutup aurat (bagi

pelajar Islam).

Perhiasan

a. Tidak digalakkan memakai barang kemas.

b. Dilarang mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan.

8

Page 15: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

JENIS PAKAIAN YANG DIBENARKAN

(PAKAIAN HENDAKLAH SENTIASA KEMAS)

9

PAKAIAN BAGI PELAJAR LELAKI

RUPA DIRI PELAJAR LELAKI

Page 16: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK

BUKAN BEGINI

MELEBIHI KOLAR BAJU MENUTUPI TELINGA MENUTUPI DAHI

10

TIDAK MELEBIHI KOLAR BAJU TIDAK MENUTUPI TELINGA TIDAK MENUTUPI DAHI

Page 17: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

11

PAKAIAN BAGI PELAJAR PEREMPUAN

Page 18: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

3.0 BANTUAN KEWANGAN

PNS TIDAK menjamin sebarang bentuk bantuan biasiswa / kewangan kepada

pelajar.Tawaran biasiswa / pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik

KPT.Walaubagaimanapun terdapat beberapa pihak yang menawarkan bantuan kewangan

kepada pelajar politeknik.Antara penaja ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Negeri dan lain-lain.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menyediakan wang perbelanjaan secukupnya

untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

Bagi pelajar yang berminat untuk mendapatkan tajaan daripada Yayasan Negeri atau

penaja selain daripada PTPTN dan JPA, dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan

maklumat dan seterusnya memohon (sekiranya layak) biasiswa / pinjaman daripada

penaja berkenaan sebelum mendaftar ke PNS. Pelajar boleh menggunakan surat

tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik KPT untuk tujuan tersebut.

3.1 PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

PTPTN bersedia menawarkan pinjaman pendidikan kepada para calon yang akan

melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Politeknik KPT.

1. Syarat Kelayakan

Hanya calon yang memenuhi syarat berikut sahaja layak memohon.

a. Warganegara Malaysia

b. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya 3

kepujian.

c. Telah mendaftar untuk mengikuti program peringkat diploma.

d. Tiada penajan lain.

2. Kaedah Permohonan Secara Online

a. Permohonan boleh dibuat setelah pelajar mendapat Surat Tawaran

Kemasukan ke Politeknik KPT.

b. Pelajar perlu membeli nombor pin di BSN untuk tujuan

pendaftaran secara online.

c. Buku akaun bank di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

d. Buku akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

e. Pelajar yang ingin memohon pembiayaaan pendidikan PTPTN

diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan

minimum sebanyak RM 20.00

f. Pembukaan akaun SSPN melalui Maybank digalakkan untuk

memudahkan dan mempercepatkan pembukaan akaun. Semakan

baki akaun SSPN pada keesokan hari boleh dilakukan di laman

web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank sahaja.

g. Pendaftaran pinjaman secara online di

www.ptptn.gov.my/gateway/ 12

Page 19: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

3. Salinan Dokumen-dokumen Sokonagan

Bagi memastikan permohonan anda dapat diproses dengan segera, anda

hendaklah menyediakan salinan dokumen-dokumen sokongan dalam

SAIZ A4 YANG TELAH DISAHKAN seperti berikut:-

a. 1 salinan MyKad Pelajar dan Penjamin (Ibu Bapa sahaja) (jika

ibu / bapa telah meniggal dunia / bercerai, perlu dilampirkan

bersama Sijil Kematian / Akuan Sumpah Bercerai)

b. 1 salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Slip Keputusan

Peperiksaan SPM (kelayakan minima untuk memohon pinjaman

ialah 3 kepujian)

c. 1 salinan surat tawaran kemasukan pelajar ke Politeknik KPT.

d. 1 salinan buku akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

atau salinan Inquiry Deposit yang mengandungi no. MyKad dan

no. akaun bank pelajar.

e. 1 salinan penyata pendapatan bapa atau ibu atau penjaga

(salinan penyata pendapatan suami / isteri bagi pelajar yang telah

berkahwin.)

f. Atau slip gaji atau borang J (bagi yang bermajikan)

g. Atau surat pengesahan pendapatan yang disahkan (bagi yang tiada

majikan)-gunakan boring yang telah dilampirkan.

h. Surat Akaun Sumpah yang ASAL sekiranya ibu/bapa kandung

telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.

4. Pengesahan Dokumen

Semua salinan di atas mestilah disahkan oleh:-

a. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, atau

b. Pengetua Sekolah Menengah, atau

c. Penghulu, atau Pengerusi JKKK atau

d. Ketua Kampung

5. Permohonan online PTPTN perlu dilakukan sebelum mendaftar di

politeknik

6. Perkara penting perlu diberi perhatian semasa online :

i. Permohonan kursus mesti sama dengan Surat Tawaran Kemasukan

ke Politeknik KPT

ii. Tempoh Pengajiandipilih dengan betul (Diploma sepenuh masa @

Integrasi)

iii. Butiran peribadi diisi dengan tepat (cth: akaun bank pelajar, gaji

ibu/bapa, penjamin wajib ibu dan bapa kandung sahaja).

13

Page 20: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

Untuk Keterangan lanjut sila layari laman web www.ptptn.gov.myatau menghubungi talian

03-20983731.

14

Page 21: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

3.2 PENAJA-PENAJA LAIN

Pelajar bebas memilih penaja lain untuk pinjaman atau biasiswa mengikut iklan

tawaran Perbadanan Negeri masing-masing.

Selain daripada pihak PTPTN, terdapat penaja lain yang turut menawarkan

pinjaman/biasiswa kepada pelajar yang layak. Walaubagaimanapun permohonan

pinjaman/biasiswa ini adalah terhad dan pelajar boleh mendapat maklumat lanjut

dengan cara menghubungi atau melayari laman WEB penaja-penaja berkenaan seperti

JPA, Yayasan Selangor, Kerajaan Negeri Selangor,Yayasan Perak Perak, ,Yayasan

Pahang,Yayasan Pelajaran Johor,Yayasan Melaka,Yayasan Sarawak,Yayasan

Sabah,Yayasan Wilayah Persekutuan,Yayasan Kelantan, ,Lembaga Biasiswa Negeri

Kedah,Yayasan Negeri Sembilan dan sebagainya.

4.0 KEMUDAHAN ASRAMA

4.1 Peraturan Asrama

Semua pelajar yang tinggal di asrama adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan

asrama dan politeknik.Sebarang pelanggaran peraturan asrama boleh menyebabkan

pelajar dikenakan tindakan disiplin dan ditarik kemudahan asrama.

SEMUA PELAJAR SEMESTER SATU (PELAJAR BAHARU) DIBERI

KEMUDAHAN ASRAMA DAN WAJIB TINGGAL DI ASRAMA.

4.2 Pendaftaran Asrama

Tarikh dan waktu pendaftaran asrama di Politeknik Nilai adalah seperti yang

dinyatakan dalam surat iringan daripada Politeknik Nilai.

Sila pastikan perkara berikut disediakan semasa pendaftaran asrama:-

i. Borang Pendaftaran Asrama telah di isi dengan lengkap (lekatkan

gambar)

ii. Aku Janji asrama telah di lengkapkan

15

Page 22: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

LAMPIRAN

PELAN LOKASI PNS

Google Maps coordinate :

2.721223, 101.788584 atau boleh gunakan keyword ‘Felda Kampung Lbj, Labu, Negeri Sembilan,

Malaysia.

POLITEKNIK NILAI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

TINGGI

Page 23: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

BORANG BORANG PENDAFTARAN

(Muat turun, cetak, lengkapkan dan bawa

bersama semasa hari pendaftaran)

a) Borang Pendaftaran Asrama

b) Borang Aku Janji Asrama

c) Borang Kad Matrik

d) Borang HEP 1 – HEP 6

Page 24: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK BANDAR ENSTEK

71760 NEGERI SEMBILAN TEL: 06-7980400 FAKS: 06-7911269

ARAHAN:

1 . L e n g k a p k a n S E M U A b o r a n g d i b a h a g i a n i n i d e n g a n lengkap dan kemas. (Borang BHEP2 hendaklah d iserahkan kepada Pegawa i Perubatan semasa pemer iksaan kesihatan).

2 . Semua borang yang telah lengkap diis i ( termasuk mukasurat ini) h e n d ak l a h d i c e r a i k a n da r i Buk u P a n d u an P e nd a f t a r an d an kemudiannya disusun mengikut tertib dan dikepilkan bersama. Bawa semua borang ini pada Hari Pendaftaran.

BORANG PENDAFTARAN i) BHEP 1 ii) BHEP 2

iii) BHEP 3 iv) BHEP 4 v) BHEP 5 vi) BHEP 6

NAMA PELAJAR

NO. K/P

NO. TEL. H/P

Page 25: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

BORANG MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

1. Nama:

2. No. Kad Pengenalan: 3. Tarikh Lahir :

4. Jantina : 5. Bangsa :

6. Agama: 7. Kumpulan Darah: 8. Jenis penyakit yang pernah/sedang dihidapi (jika ada): __________________________________

9. Nama Ibubapa/Penjaga:

10. Alamat Tetap:

11. Poskod: 12. Bandar:

13. Negeri: 14. No. Tel (R):

15. No. Tel (H/P)

16. Pekerjaan Ibubapa/Penjaga:

17. Pendapatan Sebulan Ibubapa/Penjaga:

18. Jumlah Tanggungan: orang

19. Nama dan alamat waris yang boleh dihubungi:-

Nama waris:

Hubungan :

Alamat :

No. Tel.(R) : No. Tel. (H/P)

20. Alamat tempat tinggal semasa di Politeknik: (jika telah mempunyai penginapan sebelum mendaftar)

PERAKUAN PELAJAR:

Saya mengaku semua maklumat yang diberikan adalah BENAR. Sekiranya pihak politeknik mendapati maklumat yang dinyatakan

adalah PALSU, tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Jadual 2, Bah. II,Kaedah 26 Akta 174 yang boleh disabit atas kesalahan

tatatertib.

................................... Tarikh: .......................... (Tandatangan Pelajar)

Sila lekatkan

gambar terbaru

ukuran kad

pengenalan / /

R M .

HEP1

Page 26: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

HEP 2 (i)

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

(REPORT OF HEALTH EXAMINATION)

BAHAGIAN A : (Untuk dilengkapkan oleh pemohon/ To be completed by candidate) Nama Penuh / Full Name No. Kad Pengenalan /Identity Card No. Tarikh Lahir/Birth Date Umur / Age Tahun/Years Lelaki/Male Perempuan/Female Bujang/Single Kahwin/Married Program Pengajian/Programme of Study

Nama Penuh Politeknik / Full Name of Polytechnic

Nama Penuh Penjaga / Full Name of Guardian

Alamat Surat Menyurat/ Postal Address

No. Telefon Rumah / House Telephone No. No. Telefon Pejabat / Office Telephone No.

No. Telefon Bimbit / Hand-phone No.

/ /

Page 27: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

BAHAGIAN B: (Sila tandakan dalam kotak berkenaan / Please tick the relevant

box)

PENGAKUAN PERIHAL PENYAKIT SENDIRI DAN KELUARGA (Certification of Own And Family Illness)

Jenis Penyakit / Ailments or illness Sendiri / Self Keluarga / Family

Kalau “ada” nyatakan rawatan yang diterima If “yes” please state treatment received

Ya Tidak Ya Tidak

Penyakit Teruk (Serious Illness)

Pembedahan (Surgery)

Batuk Kering (Tuberculosis)

Kencing Manis (Diabetes)

Penyakit Otak (Mental Illness)

Penyakit Jantun q (Heart Disease)

Lelah (Asthma)

Alahan/Allergy

Penagihan Dadah (Drug Addiction)

HIV (AIDS)

Kanser (Cancer)

Buah Pinggang (Kidney Disease)

Kecacatan Anggota (Deformities)

Lain-lain Penyakit (Others)

Saya dengan ini mengaku segala maklumat yang dilengkapkan di Bahagian A dan B adalah benar.

(/ hereby certify that the above information that have given in part A and B is correct)

……………………………… Tarikh / Date: - - Tandatangan Pemohon

(Signature of Candidate)

HEP2 (ii)

Page 28: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

HEP2 (iii)

BAHAGIAN C : (Untuk dilengkapkan oleh doktor yang memeriksa / To be

completed by examining doctor)

1. Pemeriksaan Umum / General Examinations

Tinggi/Height (cm) : Berat/Weight (kg): Nadi/Pulse(seminit) :

Tekanan Darah/Blood Pressure (mmHg) :

2. Pemeriksaan Anggota Tubuh (Sila tandakan dalam kotak berkenaan / Please tick the relevant box):

Jenis Pemeriksaan/ Types of Examining Kanan/Right Kiri/Left Catatan /Statement

Penglihatan mata tanpa kacamata /Unaided vision

Penglihatan mata dengan kacamata /Aided vision

Fundoscopy

Penglihatan warna / Colour vision

Jenis Pemeriksaan/ Types of Examining NORMAL ABNORMAL Catatan /Statement

Pemeriksaan telinga/ Examination of ears

Ruang mulut / Oral Cavity

Jantung / Heart

Sistem respiratori /Respiratory system

X-Ray

Jenis Pemeriksaan/ Types of Examining NORMAL ABNORMAL Catatan/ Statement

Abdomen & Rongga Hernia/Abdomen & Hernial Orifices

Sistem Saraf /Nervous System

Organ Penghadaman/ Digestive Organ

Keadaan dan Kecerdasan Otak/ Mental Condition and

Intelligence

Rangka – Tulang dan Sendi/ Skeleton – Bones and

Joints

Kulit / Skin

Kecacatan / Deformities Sistem MuskuloskeletaI/ Musculoskeletel Svstem

Pemeriksaan Air Kencing/ Examination of Urine

a) Gula / Sugar

b) Albumin

Lain-lain / Others

Page 29: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

HEP2(iv)

BAHAGIAN D : PENGESAHAN DOKTOR / CERTIFICATION BY DOCTOR (Sila tandakan di dalam kotak berkenaan/Please tick in the appropriate box)

Saya mengesahkan bahawa pada hari ini (tarikh/date: ……….. .......................... )telah memeriksa individu yang bernama : I certify that this day examined person name as below:

Nama Penuh /Full Name

No. Kad Pengenalan /Identity Card No. dan mendapati bahawa beliau: and found he/she :

Tidak menghadapi apa-apa penyakit dan disahkan sihat

(Good health condition)

Menghidapi penyakit .......................................................................................................................................................................

(Has disease)

Sedang menerima rawatan

.............................................................................................................................................................

(Undergoing treatment)

Tandatangan Doktor / Doctor Signature :

....................................................................................

Nama / Name :

Tarikh / Date :

Kelulusan & Cop

Rasmi Klinik

(Qualification &

official stamp of

clinic)

Page 30: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

HEP3

PERAKUAN KEBENARAN BIUS (ANAESTHESIA) DAN PEMBEDAHAN

(AUTHORISATION FOR ANAESTHESIA AND SURGICAL PROCEDURE)

Pengarah,

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Saya ………………………………………………………………………………………………….…...............................................(Nama

Bapa/lbu/Penjaga)

Nombor Kad Pengenalan ..................................................................................................................... ibubapa/penjaga * kepada pelajar

bernama .- .....................................................................................................................................................................................................

yang ditawarkan pengajian/sedang belajar di Pol iteknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dengan ini

memberi kuasa kepada tuan atau waki l tuan untuk menandatangani kebenaran bagi pihak saya j ika pada

pandangan doktor, calon ini memerlukan rawatan bius (anesthesia) atau/dan pembedahan, sedangkan saya

t idak dapat hadir pada masa yang diperlukan.Saya juga t idak akan mendakwa atau mengambil sebarang tindakan

terhadap Poli teknik Kementerian Pengajian Tinggi Mala ysia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan yang timbul

daripada prosedur tersebut .

Dalam masa kecemasan, pihak tuan boleh menghubungi saya sepertimana maklumat berikut :-

a. Telefon Rumah

b. Telefon Pejabat

c. Telefon Bimbit

d. Telefon Waris/Jiran

e. Telefon Balai Polis/

Ketua Kampung/Penggawa*

Disahkan oleh: Disaksikan oleh :

................................................................................ ..........................................................................

Tandatangan ibubapa/penjaga* Tandatangan Saksi

Nama : ................................................................... Nama : ...................................................................

No. K/P : ................................................................... No. K/P : ...................................................................

Tarikh : ................................................................... Tarikh : ...................................................................

* potong yang mana tidak berkaitan ** Saksi mestilah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Kumpulan A /Penghulu/Wakil Rakyat

Cop rasmi jawatan

(Official stamp of Occupation)

Page 31: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

HEP4

IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG

(A) IKRAR DAN PENGAKUAN

Bahawa sesunguhnya saya................................................................No. Kad Pengenalan.................................dengan ini:

1. Berikrar akan mengikuti segala peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh POLITEKNIK NILAI dari masa ke semasa sepanjang pengajian saya.

2. Berikrar tidak akan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang akan mencemar nama baik POLITEKNIK NILAI sepanjang pengajian saya

3. Mengaku bahawa saya tidak pernah diberhentikan pengajian oleh mana mana institusi pengajian

4. tinggi awam atau swasta atas sebab KESALAHAN TATATERTIB atau JENAYAH.

(B). LEPAS TANGGUNG

1. Saya sebagai seorang pelajar Politeknik perlu mengikuti semua aktiviti pembelajaran dan kokurikulum yang berkaitan

sepanjang pengajian saya di Politeknik. Aktiviti ini termasuk juga latihan industri dan lawatan sambil belajar anjuran Politeknik

dari masa ke semasa.

2. Saya faham bahawa semasa menjalani semua aktiviti pembelajaran dan kokurikulum yang berkaitan, sekiranya

berlaku kecederaan pada diri saya dan/atau kehilangan atau kerosakan pada harta benda, adalah tanggungjawab saya

sendiri. Saya dan ibubapa/penjaga saya tidak akan membuat sebarang aduan, bantahan dan tuntutan yang terbit

daripada aktiviti tersebut. Maka dengan ini saya melepaskan tanggungan Politeknik Nilai, Kementerian dan wakil-wakilnya,

kakitangan dan pekerja-pekerja daripada segala tindakan dan tuntutan yang terbit daripada aktiviti tersebut.

Selepas membaca maklumat/keterangan perkara A dan B di atas, saya sepertimana nama dan nombor kad pengenalan yang

tercatat di atas, amat jelas,faham serta bersetuju dengan semua peraturan yang dicatat/dinyatakan di dalam perenggan/perkara

A dan B

Dipersetujui Oleh: Disaksikan Oleh:

______________________ __________________________ Tandatangan Pelajar Tandatangan Saksi** Tarikh:________________ Nama:______________________ No :K/P:____________________

Tarikh:_____________________

Disahkan Oleh :

___________________

Tandatangan lbu/Bapa/Penjaga* Nama : _____________________ Nombor KP: _____________________. Tarikh : ____________________ * potong yang mana tidak berkaitan

** Saksi mestilah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Kumpulan A /Penghulu/Wakil Rakyat

Page 32: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

HEP5

AKUAN PELAJAR

Saya _______________________________________________________________________________

(Nama pelajar)

______________________________________ No. KP: ______________________________________

dengan sesungguhnya sedar bahawa setelah saya mendaftar sebagai pelajar Politeknik Nilai dan selagi

saya masih sebagai pelajar Politeknik Nilai, maka saya adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis

Politeknik Nilai dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) serta pindaan-

pindaannya.

Tarikh - ...................................................... ………………………………………….. Tandatangan Pelajar

Disahkan Oleh : Disaksikan:

..................................................... …………………………………………..

Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga Tandatangan saksi

Nama : ……………………………………… Nama: ……………………………………………

Nombor KP: …………………………………………... ………………………………………..… Cop jawatan

Tarikh : .................................................................... Tarikh : .........................................................

Page 33: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

AKUAN IBUBAPA/PENJAGA

Saya *ibu/bapa/penjaga pelajar yang tersebut di atas bersetuju dan berjanji bahawa kami tidak

akan membuat bantahan atas sebarang tindakan yang diambil oleh Politeknik Nilai terhadap

anak/jagaan saya berhubung dengan kes-kes pelanggaran peraturan-peraturan bertulis Politeknik Nilai

dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) serta pindaan-pindaannya.

Disahkan Oleh : Disaksikan :

.................................................... ....................................................

Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga Tandatangan saksi

Nama : ……………………………………… Nama:……………………………………………

Nombor KP: …………………………………………. ................................................................

Cop jawatan

Tarikh : .................................................................... Tarikh: ..........................................................

* potong yang mana tidak berkaitan

**Saksi mestilah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Kumpulan A /Penghulu/Wakil Rakyat

Page 34: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

AKU JANJI PELAJAR

Saya ____________________________________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan: _______________________________________________ dengan sesungguhnya dan sebenarnya

berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang -undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan

dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar Politeknik Nilai, yang kemudian ini disebut

sebagai "institusi" yang dibuat dari semasa ke semasa sepanjang s aya menjadi seorang pelajar

Politeknik Nilai. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:-

(a) akan mematuhi subseksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)1976 [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana -mana undang-undang, sama ada ianya di dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi Institusi Pelajaran (Tatatertib)1976, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri;

(b) akan mematuhi subseksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)1976 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana -mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram;

c) akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 termasuklah

i) t idak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan -larangan am, yang antara lain termasuklah :-

(a) t idak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepenting an, kesentosaan dan nama baik Institusi, mana -mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi;

(b) t idak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau keselamatan awam, akhlak, kesopanan atau tatatertib, dan

(c) tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam atau di luar kampus;

(i)

peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah;

( i i ) peruntukan berkenaan dengan mengorg anisasi perhimpunan. Penggunaan pembesar suara, panji -panji dan plakad-plakad:

HEP 6

Page 35: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

( i i i ) peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-dokumen;

(iii) peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa-apa pekerjaan;

(iv) peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan

(v) peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad pelajar;

(d) akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 dan

(e) akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976.

Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas saya menurut peruntukan undang-undang, kaedah-kaedah, peraturanperaturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan daripada Institusi.

_____________________________ Tarikh : __________________

Tandatangan Pelajar Nama Pelajar : ________________________________________________ No. Pendaftaran : ________________________________________________ Program : ________________________________________________

____________________________________ Tarikh : __________________

Tandatangan Saksi Pelajar Nama Saksi : ________________________________________________ Jawatan Saksi : ________________________________________________

** Saksi pelajar terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar Politeknik Nilai yang menyaksikan pelajar menandatangani Aku Janji Pelajar ini

Page 36: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

No. Matriks :……………………………. Program :…………. Sesi Kemasukan:………………….

AKU JANJI PELAJAR

ASRAMA POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya_________________________________________no. K/P__________________________________

Dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan

dan apa-apa arahan yang terpakai kepada penghuni asrama, Politeknik Nilai Negeri Sembilan. Maka dengan ini saya

berjanji bahawa saya antara lain:-

a) Menjaga nama baik Politeknik Nilai Negeri Sembilan.

b) Mematuhi dan akur terhadap apa jua arahan asrama.

c) Menjaga keterampilan dan berpakaian sopan.

d) Berdisiplin dan akan mengikuti semua program yang dianjurkan di asrama.

Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-man undang-undang, peraturan-peraturan,

arahan dan melanggar janji-janji di atas, maka tindakan susulan seperti dibuang atau digantung daripada menghuni

asrama Politeknik Nilai Negeri Sembilan boleh diambil ke atas saya oleh pihak politeknik.

Tarikh: ____________________ _____________________________

Tandatangan Pelajar

Disahkan Oleh: ______________________ Disaksikan : ______________________________

Tandatangan ibu/bapa/penjaga * Tandatangan Saksi **

Nama: ____________________________ Nama: ___________________________________

No. K/P :___________________________

____________________________________

Cop Jawatan

Tarikh : __________________________ Tarikh: ___________________________

*potong yang tidak berkenaan.

** Saksi hendaklah terdiri dari Pegawai Kerajaan Kumpulan A, Pengetua, Guru Besar, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung, Ketua

Kaum, Tuai Rumah atau Pegawai starf dengannya.

Page 37: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

BORANG MAKLUMAT KAD MATRIK PELAJAR

ARAHAN : Untuk dilengkapkan oleh pelajar :

1. Sila lengkapkan Borang Maklumat Kad matrik dibawah.

2. Lekatkan sekeping gambar pada borang maklumat Kad Matrik yang menepati piawaian berikut:

i) Gambar mestilah TERBARU berukuran PASPORT dan BERWARNA

ii) Pelajar lelaki hendaklah berambut pendek yang tidak menutup telinga dan dahi.

iii) Pelajar perempuan hendaklah berpakaian sopan dan berambut kemas bagi dan pelajar

perempuan Islam hendaklah bertudung.

iv) Pelajar dikehendaki memakai baju berkolar. Pemakaian baju berleher bulat tidak dibenarkan.

3. Contoh gambar seperti berikut:

Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

(Islam)

Pelajar Perempuan

(Bukan Islam)

Nama (HURUF BESAR mengikut Kad Pengenalan)

No Kad Pengenalan :

- -

Kursus : ___________________________________________

No. Matrik: (Hendaklah diisi selepas pembayaran pendaftaran)

Nama Di atas Kad : (Maksimum : 10 aksara )

Sesi pelajar menamatkan program pengajian : _______________________________

(dikosongkan – untuk kegunaan pejabat)

Yang benar, Tarikh :

Tandatangan Pelajar

Nota : * Borang Maklumat Kad Matrik ini hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran.

Sila lekatkan

gambar terbaru

berukuran

pasport

Page 38: Buku panduan pendaftaran pelajar baharu PROGRAM DIPLOMA

DISEDIAKAN OLEH:

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

POLITEKNIK NILAI