buku panduan disiplin 2016.doc

Upload: cicer-amee

Post on 04-Mar-2016

98 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Falsafah

a) Berilmu Beramal:menyemai kesedaran bahawa ilmu yang diperolehi seseorang itu adalah untuk

berjasa dan berbakti kepada masyarakatnya juga.

b) Manusia adalah makhluk yanng sempurna: boleh berdidik,berkemampuan untuk belajar dan mencapai ketinggian intelek.

c) Pembelajaran,keupayaan pembelajaran dan pencapaian seseorang pelajar bukannya berpunca dari sifat semulajadinya,tetapi dari persekitarannya sama ada dalam atau luar bilik darjah.

d) Setiap orang berhak mendapat pelajaran yang sewajarnya,sejajar dengan kehendek-kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan dan proses peningkatan daya pengeluaran negara.

e) Disiplin diri, ketekunan,serta semangat jayadiri adalah punca-punca utama dalam kemajuan.

f) Manusia yang berilmu adalah manusia yang berjaya dalam penghidupnnya.

Matlamat Am

a) Untuk menghasilkan golongan masyarakat yang berilmu

b) Untuk membentuk pelajar-pelajar yang berdisiplin,berkeperibadian dan berakhlak mulia.

c) Untuk memberi pelajaran yang secukupnya kepada semua peringkat demi mengenap hidup masyarakat yang lebih selesa.

d) Untuk menyediakan ahli-ahli masyarakat yang bertanggungjawab demi kepentingan agama bangsa dan Negara.

Matlamat Khas

a)Meningkatkan pencapaian akademik dari segi kuantiti dan kualiti dengan usaha-usaha yang lebih oleh ibu bapa,pelajar ,para guru dan pihak pentadbiran sekolah melalui:

i. Penyediaan sumber -sumber ilmu,rujukan,peralatan yang lengkap dan lain-lainii.Penyediaan secara individu atau kumpulan di dalam atau luar sekolahiii.Rancangan-rancangan penggalak untuk pembinaan sikap yang positif,sahsiah yang bersepadu,pemikiran yang kritikal dan disiplin yang mantap.

PERATURAN -PERATURAN SEKOLAH

1.PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (PELAJAR LELAKI)

1.1 Baju Kemaja

1.1.1 Baju Kemeja putih berlengan pendek atau yang panjang bukan bercorak fancy. (Lihat Lampiran1)

1.1.2 Jika memakai baju berlengan panjang hendaklah dikancing di pergelangan tangan. Jika dilipat.lebar lipatan lengan baju mesti melebihi 4 cm dan dilipat hingga ke atas paras siku.

1.1.3 Butang butang logam tidak boleh digunakan.

1.1.4 Butang baju hendaklah sentiasa dikancing supaya kelihatan kemas.

1.1.5 Satu poket yang terletak di sebelah kiri sahaja dibenarkan.

1.1.6.Baju yang terlalu ketat atau longgar adalah dilarang.1.2 Seluar

1.2.1. Seluar panjang berwarna hijau (dark olive)

1. 2.2.Tidak menggunakan butang-butang logam

1.2.3. Lipatan di hujung seluar tidak dibenarkan. Ukuran seluar panjang di pergelangan kaki mesti antara 40cm-45cm keliling iaitu 20cm-22.5cm ukuran panjang. Bahagian hujung kaki seluar mestilah menutupi buku lali.

1.2.4. Seluar yang berpoket tampal dan flaptidak boleh dipakai.(lihat rajah-lampiran 1)

1.2.5.Seluar panjang yang singkat (menempakkan buku lali), ketat, sempit, terlalu longgar dan berkaki lebar (bell bottom) adalah dilarang.

1.2.6.Tidak boleh memakai seluar yang berunsur Jeans dan Bermudas, faded Slack.1.2.7. Sebarang tampalan tidak dibenarkan.

1.3 Tali Pinggang

1.3.1 Berwarna hijau kehitamm-hitaman (dark olive)..

1.3.2 Lebarnya antara 2.5 cm - 3.0 cm (1 inci - 1.2 inci)

1.3.3.Kepalanya atau buckle tidak besar (tidak melebihi 1.3 inci) dan tidak berukiran atau bercorak / disaluti emas.(Lihat Lampiran 1)

1.3.4.Dipakai dengan kemas.Jangan berlebihan panjang.

1.3.5 Tali pinggan fancy tidak boleh digunakan.

1.4 Kasut

1.4.1 Kasut messtilah berwarna putih dan dari jenis kanvas.

1.4.2.Tanda cap atau lambang yang berjalur atau yang berwarna tidak dibenarkan.

1.4.3 Kasut jenis Bootstidak boleh dipakai.

1.4.4 Kasut selipar atau sandal tidak dibenarkan dipakai ke sekolah kecuali atas sebab-sebab kesihatan.

1.4.5 Kasut sukan (sport shoes) boleh digunakan pada waktu PJK dengan syarat kasut tersebut berwarna putih atau hitam. Kasut berwarna-warni tidak dibenarkan1.5 Stoking

1.5.1. Setiap pelajar wajib memakai sarung kaki yang berwarna putih sahaja .

1.5.2.Sarung kaki yang mempunyai sebarang jalur tidak boleh dipakai.

1.5.3. Panjang sarung kaki mesti dipakai 3 cm ke atas buku lali.

1.5.4. Sarung kaki/stoking yang jarang dilarang dari memakainnya.

1.6 Rambut1.6.1. Tiap-tiap pelajar lelaki mesti berambut pendek dan disikat kemas. (lihat rajah lampiran 3)

1.6.2. Berambut panjang dilarang sama sekali. Maksud berambut panjang adalah seperti berikut:

(i) Di belakang : ranbut jatuh melebhi garis di bawah cuping dua telinga

(ii) Di hadapan : rambut menutup garis tengah dahi

(iii) Di tepi : rambut menutupi kedua-kedua telinga atau sebahagian daripadanya dan jambang melebihi garis tengah hidung.

(iv) Di atas : rambut lebih daripada 6 atau 15 cm panjang.

1.6.3 Mengerinting rambut tidak dibenarkan.

1.6.4 Gel,mouse,dye pewarna tidak dibenarkan.

1.6.5 Rambut yang berfesyen /fancy tidak dibenarkan.1.6.6 Rambut berunsur punk, skinhead, Kpop dilarang.1.7 Misai dan Janggut1.7.1 Pelajarprlajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau kedua-duannya.

1.8 Lencana

1.8.1 Lencana kain mesti dijahit dan tag nama mesti dipakai pada bahagian atas poket baju sahaja supaya nampak dengan jelas. (Lihat Lampiran 1)

1.8.2 Setiap pelajar dimestikan memakai lencana sekolah dan tag nama semasa berada di kawasan sekolah atau semasa mengikut aktiviti-aktiviti sekolah (termasuk mengikuti rombongan/lawatan)

1.8.3 Lencana dan tag nama yang diconteng atau dihiasi atau diubahsuai dianggap rosak dan akan dirampas (mesti diganti dengan segera)

1.8.4.Tidak dibenarkan memakai tag nama orang lain atau meminjamkan kepada pelajar-pelajar lain.1.8.5 Penggunaan kad pelajar adalah digalakkan.2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (PELAJAR PEREMPUAN)

2.1 Baju

2.1.1 Pelajar perempuan Islam digalakkan memakai baju kurung berwarna putih setiap hari.

2.1.2 Pelajar-pelajar perempuan bukan Islam boleh memakai blaus putih berlengan pendek.

2.1.3 Lengan baju kurung tdak boleh dilipat kecuali semasa kerja-kerja amali.

2.1.4 Baju kurung hendaklah dikancing dengan butang atau pin yang kecil.

2.1.5 Baju yang berlajur ,berlubang dan jarang tidak dibenarkan.

2.1.6 Baju-T tidak boleh dipakai kecuali hari ada waktu Pendidikan Jasmani atau semasa menjalani GERKO.2.1.7 Lengan blaus tidak boleh melebihi paras siku.

2.2. Kain dan Pinafore:

2.2.1 Kain/Pinafore berwarna biru muda (turquoise) yang disahkan sahaja boleh digunakan.

2.2.2 Kain yang berjalur,jarang dan berlubang tidak dibenarkan.

2.2.3 Kain sarung hendaklh jeis A Line.

2.2.4 Panjang Pinafore hendakalh sampai paras lutut dan labuhnya mesti ikut potongan A Line.

2.2.5 Lebar ikatan Pinggang di antara 2.5 cm-3.0 cm.

2.2.6 Pinafore hendaklah mengikut fesyen yang telah ditetapkan.(lihat lampiran 4,5 dan 6)

2.3 Kasut: Rujuk 1.4 (Lihat Lampiran 4)2.4 Stoking : Rujuk 1.5 (Lihat Lampiran 4)2.5 Rambut 2.5.1 Rambut yang panjang menyentuh kolar mesti diikat dengan reben hitam ,putih atau biru.

Ikatan rambut sebagai tocang (plait ) atau ponytail adalah dibenarkan.(lihat rajah-lampiran 4)

2.5.2 Klip rambut berwarna hitam,putih atau biru sahaja dibenarkan.

2.5.3 Rambut yang berfesyen-fesyen atau dikerinting/diluruskan (rebonding) tidak dibemarkan .

2.5.4 Fringe rambut tidak melebihi hening.

2.5.5 Mousse atau gel dilarang.

2.5.6 Dilarang mewarnakan rambut.2.6 Tudung Kepala :2.6.1 Pelajar-pelajar perempuan(khususnya pelajar-pelajar perempuan Isalm )digalakkan memakai tudung kepala/ mini telekung.

2.6.2 Kain tudung mesti berwarna putih, berbentuk segitiga sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainnya (lihat rajah lampiran 4)

2.6.3 Anak telekung berwarna hitam sahaja dibenarkan.

2.6.4 Sebarang bentuk brooch(kerosong) tidak dibenarkan.2.6.5 Tudung hendaklah dilabuhkan melebihi bahu.

2.6.6 penggunaan tudung berfesyen tidak dibenarkan.3. PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS SEKOLAH3.1 Pengawas Lelaki3.1.1 Baju putih berlengan pendek atau panjang.3.1.2 Seluar panjang mengikut warna yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

3.1.3 Lencana pengawas dan bertali leher.

3.1.4 Kasut Kanvas atau kulit yang berwarna hitam.

3.1.5 Stoking berwarna putih.

3.2 Pengawas Perempuan

3.2.1 Baju kurung/blaus berlengan pendek atau panjang warna putih.3.2.2 Kain sarung atau skirt berwarna yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

3.2.3 Kasut kanvas berwarna hitam.

3.2.4 Stoking berwarna hitan

3.2.5 Kain tudung kepala atau mini telekung berwarna putih.

3.2.6 Anak telekung berwarna putih.

3.2.7 Lencana pengawas dan bertali leher (bagi yang memakai blaus sahaja)

4. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI/LATIHAN SUKAN4.1 Pelajar Lelaki4.1.1 Seluar track bottom sekolah/berwarna hitam/biru gelap.4.1.2 Tidak terlalu ketat.4.1.3 Baju T putih berkolar atau baju T sekolah.4.2 Pelajar Perempuan4.2.1 Seluar Track Bottom sekolah/berwarna hitam/biru gelap.4.2.2 Seluar Track Bottom terlalu ketat hingga menampakkan tubuh badan tidak dibenarkan.4.2.3 Baju T putih berkolar/baju T sekolah4.2.4 Kasut (rujuk peraturan 1.4.5)4.3 Pakaian Pada Hari Rabu/Perhimpunan Bulanan Kokurikulum4.3.1 Pelajar-pelajar diwajibkan memakai uniform lengkap pada hari perhimpunan bulanan kokurikulum.4.3.2 Pelajar-pelajar dibenarkan menggunakan T shirt unit uniform dengan syarat seluar yang digunakan adalah mengikut warna seperti berikut:- (i) Kadet Polis Slack biru gelap/seluar sekolah (ii) Kadet Bomba Slack biru gelap/seluar celoreng bomba/seluar sekolah (iii) PBSM Slack putih/seluar sekolah (iv) KRS Seluar sekolah/seluar hijau gelap KRS (v) KAPA Slack hitam/seluar KAPA (vi) Puteri Islam Slack hitam/Track 4.3.3 Semua pelajar mesti memakai kasut hitam kecuali bagi unit PBSM pada hari rabu.4.4 AM

4.4.1 Pelajar-pelajar lelaki dilarang melepaskan baju keluar semasa atau selepas waktu persekolahan di dalam kawasan sekolah.4.4.2 Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai dengan kemas, segak, bersih dan juga sesuai sebagai seorang pelajar yang berdisiplin.5. KEHADIRAN SEKOLAH5.1 Waktu Persekolahan5.1.1 Waktu Persekolahan ialah :

Isnin, Selasa dan Khamis 7.30 pagi 2.30 petang Rabu

7.30 pagi 3.10 petang

Jumaat

7.30 pagi 11.50 pagi5.1.2 Pelajar-pelajar mesti berada di sekolah 5 minit sebelum loceng sekolah dibunyikan.5.1.3 Tepat jam 7.20 pagi pelajar-pelajar mesti berada di tapak perhimpunan sekolah (roll call)5.1.4 Bagi pengawas-pengawas, ketua-ketua tingkatan dan pelajar-pelajar yang bertugas membersihkan kelas hendaklah berada di tempat bertugas masing-masing 15 minit sebelum loceng dibunyikan.5.1.5 Semasa waktu PdP dijalankan, semua pelajar mesti berada di bilik darjah atau di tempat yang dijadualkan. Berlengah-lengah untuk masuk ke dalam kelas dengan sengaja adalah satu kesalahan.5.1.6 Keluar dari kelas masing-masing tanpa kebenaran guru waktu pelajaran sedang dijalankan adalah suatu kesalahan dan tindakan disiplin boleh dikenakan. Pas keluar mesti dipamerkan/digantung pada baju/pinafore (bahagian atas). Kehadiran mengikut masa yang telah dijadualkan bagi latihan olahraga, sukan dan perjumpaan persatuan/kelab adalah wajib.

5.1.7 Pelajar-pelajar sesi pagi dilarang memasuki atau berada di kawasan sekolah tanpa kebenaran (Isnin-Jumaat) mulai jam 3.30 tengahari hingga 6.45 pagi pada keesokan harinya dan juga Sabtu mulai 12.45 tengahari hingga 6.45 pagi pada hari Isnin.

5.2 Lewat Sampai ke Sekolah.

5.2.1 Pelajar-pelajar yang sampai ke sekolah selepas jam 7.30 pagi adalah dianggap lewat dan nama mereka akan dicatat.

5.2.2 Bagi pelajar yang datang lewat atau lambat ke sekolah lebih daripada sekali akan dibawa ke pengadilan Ketua-ketua Pengawas/ Guru Pengawas / Guru Disiplin/ Penolong Kanan Hem.5.3 Ketidakhadiran (Tidak Hadir Sekolah)

5.3.1 Pelajar-pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau sesuatu sebab yang tertentu hendaklah:

i) Memberitahu pihak sekolah dengan segera.

ii) Membawa bersama-sama surat Akuan Doktor atau Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga apabila hadir semula ke

sekolah.

5.3.2 Pelajar-pelajar yang tidak hadir dan apabila ke sekolah semula tanpa surat-surat kebenaran di atas akan dianggap ponteng sekolah dan tindakan disiplin akan dikenakan.

5.3.3 Seseorang pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah melebihi 3 hari mestilah meminta warisnya memberitahu sekolah sebab-sebab ia tidak hadir. Sekiranya pelajar tersebut terus tidak hadir tanpa sebarang perkhabaran, pengetua akan menghantar surat peringatan pertama dan kedua. Sekiranya pelajar tersebut terus tidak hadir juga, surat berdaftar akan dihantar. Sekiranya pelajar masih tidak hadir juga, maka dianggap pelajar itu berhenti sekolah.

5.4 Sakit Pada Waktu Persekolahan

5.4.1 Pelajar-pelajar yang sakit perlu berjumpa dengan guru bertugas mingguan pada awal pagi dan akan dirujuk ke klinik/hospital (jika perlu)

5.4.2 Pelajar-pelajar yang telah menerima rawatan perlu masuk semula ke kelas selepas pulang dari klinik kecuali:i) sakit yang serius (perlu direhatkan di bilik sakit atau dibawa pulang oleh waris)

ii) diberi cuti sakit oleh pegawai perubatan/doktor (dibawa pulang oleh waris)

5.4.3 Bagi pelajar asrama yang diberi cuti sakit, pelajar perlu memaklumkan perkara tersebut kepada guru tingkatan dan warden untuk tindakan selanjutnya.

5.4.4 Pelajar-pelajar yang telah mengalami/merasa sakit sebelum sesi persekolahan dinasihatkan untuk tidak datang langsung ke sekolahpada hari berkenaan dan segera mendapatkan rawatan kesihatan.6. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

6.1 Budi Pekerti Dan Tingkahlaku:

6.1.1 Pelajar-pelajar hendaklah bergaya seperti seorang pelajar, cergas, bersopan santun, berpakaian kemas dan menjadi DUTA SEKOLAH yang baik sepanjang masa.

6.1.2 Semangat dan sikap toleransi, tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan, pengawas, kakitangan sekolah dan pelawat adalah suatu amalan yang baik. SEMANGAT ini hendaklah ditunjukkan pada setiap masa.

6.1.3 Perkara-perkara yang sensitif yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA dan AKTA HASUTAN tidak boleh disentuh dan dibincangkan pada bila-bila masa di dalam atau di luar sekolah.

6.1.4 Gunakan bahasa pertuturan yang baik (bahasa baku) setiap masa. Pelajar-pelajar digalakkan menggunakan BAHASA MALAYSIA dan BAHASA INGGERIS dalam perbualan sehari-hari.

6.1.5 Tingkahlaku yang sopan mesti ditunjukkan sepanjang masa kepada guru-guru, rakan-rakan, pelajar, ibu bapa, pekerja-pekerja sekolah dan orang luar.

6.1.6 Pelajar-pelajar hendaklah berdiri dan menjawab apabila ditanya pada bila-bila masa. Menjawab apabila ditanya adalah satu cara menunjukkan KESOPANAN.

6.1.7 Jangan bercekak pinggang semasa bercakap dengan guru/pelawat dan jangan bercakap dengan guru/pelawat sambil berjalan atau berlari.

6.1.8 Memberi ucapan ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA dan TERIMA KASIH harus menjadi amalan biasa sebagai tanda hormat kepada guru-guru,rakan-rakan,kakitangan sekolah dan orang luar di mana sahaja berada.

6.1.9 Semasa BERTUTUR gunakan bahasa yang sopan dan gaya yang tertib.Menjerit-jerit memanggil kawan,ketawa terbahak-bahak atau mengilai dengan sekuat nafsu adalah DILARANG.

6.1.10 Merayau-rayau(Loitering) di keliling bilik darjah/bangunan sekolah berseorangan, berdua-duan atau dalam kumpulan adalah DILARANG.

6.1.11 Berlari, bermain-main dan berjalan-jalan di hadapan dan di berhampiran Pejabat, Bilik Pengetua, Bilik Gerakan, Bilik Guru atau Bilik Rehat Guru adalah tidak dibenarkan kecuali ada urusan.

6.1.12 Pelajar-pelajar dibenarkan masuk ke pejabat dan boleh berjumpa dengan pengetua hanya jika ada urusan penting.Sebelum itu pelajar-pelajar mesti meminta kebenaran guru tingkatan atau guru yang menguruskan sesuatu perkara terlebih dahulu. Jika hendak mendapat Surat Akuan(Testimonial) mestilah diuruskan melalui guru tingkatan. Sebelum masuk hendaklah MENGETUK PINTU terlebih dahulu dan jangan masuk sebelum dipanggil.

6.1.13Sengaja berlengah-lengah di tandas menukar pakaian sebelum/selepas pelajaran Pendidikan Jasmani adalah DILARANG.

6.1.14 Seseorang pelajar hendaklah berdiri di sebelah tepi tangga sekiranya ada guru/pengetua/pelawat yang berjalan menaiki/turun tangga untuk memeberi jalan dan sebagai tnda hormat.

6.1.15 Pelajar-pelajar ditegah merokok, berjudi, mengambil atau melibatkan diri dengan dadah, minum arak dan melakukan perbuatan jenayah.

6.1.16 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik atau aktiviti-aktiviti yang diharamkan.

6.1.17 Adalah menjadi kewajipan setiap orang pelajar mematuhi arahan dan perintah guru sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Membantah atau ingkar perintah guru adalah dianggap sesuatu yang berlawanan dengan disiplin seorang pelajar dan tindakan disiplin akan dikenakan.

6.1.18 Menyedari peraturan-peraturan sekolah adalah kebaikan semua dan MESTI DIPATUHI.6.1.19 Pelajar-pelajar ditegah daripada membuat sebarang posting yang berbentuk fitnah, menghasut, mencela, memburuk-buruk orang lain terutamanya pelajar, guru, pentadbir sekolah kakitangan sekolah dan nama baik sekolah ke dalam mana-mana platform media sosiol. Pelajar boleh dikenakan tindakan berdasarkan akta komunikasi dan multimedia bergantung kepada keseriusan posting yang dibuat.6.2 Tatatertib Di Dalam Kelas:

6.2.1 Pelajar-pelajar mesti berada di dalam kelas masing-masing pada waktu belajar mengikut jadual waktu kelas.

6.2.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan MENINGGALKAN KELAS sewaktu pelajaran berjalan kecuali atas urusan penting. Dalam hal ini guru yang mengajar/ketua/penolong ketua tingkatan mesti diberitahu.(pas keluar mesti dibawa bersama-sama.)

6.2.3 Diam atau belajar sendiri secara senyap pada masa ketiadaan guru. Ketua/Penolong Ketua Tingkatan bertanggungjawab mengawasi kelas dan memberitahu guru yang sepatutnya memasuki kelas waktu itu. (Selepas lima minit waktu belajar bermula)

6.2.4 Duduk di atas kerusi dengan keempat-empat kaki kerusi rapat di atas lantai. Duduk dengan mencondongkan kerusi adalah DILARANG.

6.2.5 Letakkan beg di atas lantai dan bukan di atas kerusi supaya ada keselesaan, duduk semasa belajar.

6.2.6 Berlari-lari dan berkejar-kejaran di dalam bilik darjah/serambi/di tangga bangunan sekolah adalah satu kesalahan besar.

6.2.7 Sewaktu meninggalkan bilik darjah untuk ke bilik-bilik khas, ketua tingkatan dan penolongnya mesti menentukan pelajar-pelajar bergerak dalam satu barisan dua orang dan berjalan pada sebelah kaki lima menghala ke tempat yang dituju. Pergerakan ini dibuat dengan pantas dan senyap.Tutupkan suis lampu dan kipas angin sebelum meninggalkan bilik darjah.

6.2.8 Semasa di bilik-bilik Khas, perpustakaan dan bilik sumber, pelajar-pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan Khas yang ditentukan di bilik-bilik tersebut.

6.2.9 Sewaktu guru mengajar, pelajar-pelajar mestilah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan mempunyai semangat untuk bertanding antara satu sama lain. Membuat kerja salain daripada apa yang ditugaskan oleh guru adalah satu KESALAHAN.

6.2.10 Kerja rumah yang diberi mesti diselesaikan, dengan usaha sendiri dan bukan meniru dan dihantar pada waktu ditetapkan oleh guru. Pelajar-pelajar yang ingkar tanpa sebab-sebab yang munasabah akan disiasat dan tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak sekolah.

6.2.11 Pelajar-pelajar mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi ujian/peperiksaan dan mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik.

6.2.12 Pelajar-pelajar yang menerima biasiswa atau sebarang bantuan pelajaran hendaklah menunjukkan kemajuan yang memuaskan dalam pelajarannya. Jika tidak, biasiswa atau bantuan mereka akan ditarik balik.

6.2.13 Pelajar-pelajar mestilah menjelaskan semua yuran sekolah yang ditetapkan secepat mungkin.6.3 Tatatertib Masuk Ke Kelas:

6.3.1 Semua pelajar dikehendaki berbaris di tempat perhimpunan sebaik-baik sahaja loceng waktu pertama dan selepas rehat dibunyikan. Masuk ke kelas apabila diarah oleh guru bertugas.

6.3.2 Bercakap-cakap semasa berbaris tidak digalakkan.

6.3.3 Membaca buku semasa berbaris adalah suatu KESALAHAN.

6.3.4 Pelajar-pelajar dibolehkan masuk ke kelas jika hari hujan.

6.3.5 Bersopan-santun adalah suatu amalan yang baik dan hendaklah diamalkan selalu.

6.4 Tatatertib Semasa Pertukaran Bilik Darjah:

6.4.1 Pertukaran mesti berjalan dalam masa 3 minit dalam keadaan teratur dan senyap.

6.4.2 Sebelum meninggalkan kelas, pastikan bahawa kipas angina, lampu dan pintu ditutup. Papan hitam mesti dibersihkan sejurus selepas satu-satu matapelajaran terakhir.

6.4.3 Semua pelajar mestilah berjalan serentak dan berbaris berdua-dua.

6.4.4 Tidak dibenarkan meninggalkan kelas, kecuali setelah mendapat kebenaran.

6.5 Tatatertib Sewaktu Perhimpunan

6.5.1 Semua pelajar mesti berada di tempat perhimpunan 5 minit sebelum perhimpunan dimulakan.

6.5.2 Pelajar-pelajar mesti berbaris mengikut kelas masing-masing dan bersedia menerima arahan pengawas bertugas.

6.5.3 Semasa berada di tempat perhimpunan, keadaan senyap dan sopan-santun hendaklah diamalkan.

6.5.4 Pengawas berhak mengarah pelajar keluar dari perhimpunan dan mencatatkan nama pelajar-pelajar jika didapati tidak bersopan.

6.5.5 Sebarang pengumuman/keputusan yang hendak disampaikan melalui perhimpunan hendaklah diserahkan kepada guru bertugas sebelum perhimpunan dimulakan.

6.5.6 Bersurai dalam keadaan yang senyap apabila diarahkan oleh Guru Bertugas/Pengawas Bertugas.

6.6 Tatatertib Semasa Rehat

6.6.1Menengah Rendah

10.10 10.30 pagi

Menengah Atas

10.50 11.10 pagi

(waktu-waktu ini boleh diubahsuaikan mengikut keadaan)

6.6.2 Makan dan minum sebelum atau selepas waktu rehat adalah DILARANG.6.6.3 Pelajar-pelajar dilarang membawa/memakan makanan ketika berada di dalam kelas6.6.4 Membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah adalah salah di sisi undang-undang dan

peraturan sekolah.

6.6.5 Semasa rehat, pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas kecuali bagi mereka yang

mendapat kebenaran guru/pengawas atau ketika hujan.

6.6.6 Amalkan beratur setiap kali membeli makanan dan minuman. Ikut jalan sehala yang telah

ditetapkan.6.7 Tatatertib Semasa di Kantin

6.7.1 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan ke kantin sebelum kelas dimulakan, waktu rehat, dan selepas

sekolah. Setiap kali membeli makanan atau minuman, amalkan sikap beropan santun.

6.7.2 Makanan dan minuman yang dibeli hendaklah dimakan dan diminum di kantin. JANGAN membawa

makanan atau minuman naik ke atas bangunan atau masuk kelas.

6.7.3 Jauhi sikap yang suka atau perbuatan membuang sampah merata-rata. Gunakan tong sampah yang

telah disediakan.

6.7.4 Alat-alat kantin seperti pinggan-mangkuk, kuali, gelas, sudu, dan lain-lain patut diletakkan di

tempat-tempat yang dikhaskan selepas digunakan.

6.7.5 Semua peralatan kantin JANGAN dibawa keluar dari kawasan kantin, kecuali mendapat

kebenaran.

6.7.6 Perbuatan meludah merata-rata di kawasan kantin tidaklah dibenarkan.

6.7.7 Makan-minum di dalam kelas atau tempat-tempat yang dilarang adalah merupakan suatu

kesalahan.

6.7.8 Semasa pelajaran atau perhimpunan sedang dijalankan, kawasan kantin merupakan kawasan

larangan.

6.7.9 Perbuatan berlari-lari, berkejar-kejaran, dan bertolak-tolakan semasa hendak membeli makan-

minum tidak patut diamalkan.

6.7.10 Kirim-mengirim tidak dibenarkan.

6.7.11 Makan-minum sepanjang bulan puasa bagi pelajar-pelajar Islam adalah ditegah dan dilarang.

6.8 Dalam Bilik Guru

6.8.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik guru tanpa arahan atau kebenaran guru.

6.8.2 Mengambil apa-apa barang dalam bilik guru tanpa arahan guru adalah satu kesalahan.

6.9 Dalam Pusat Sumber

6.9.1 Pusat sumber adalah tempat bermutalaah. Tiap-tiap pelajar dikehendaki memelihara dan

mematuhi peraturan-peraturan pusat sumber yang telah ditetapkan serta mematuhi arahan-

arahan pengawas pusat sumber yang bertugas.

6.9.2 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah. Walau bagaimananpun, pelajar

bolehlah memakai baju T putih yang berkolar sebagai ganti baju sekolah atau baju T sekolah

pada masa bukan waktu persekolahan.

6.9.3 Pelajar-pelajar dilarang memakai sandal atau selipar.

6.10 Dalam Makmal, Bilik Seni Perusahaan, Bilik Sains Rumahtangga, Pasukan Bilik Sembahyang dan

Bilik Komputer.

6.10.1 Tiap-tiap pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan bilik-bilik tersebut sebagaimana yang

telah ditetapkan.

6.10.2 Para pelajar dikehendaki beratur dengan tertib di luar kelas sebelum bergerak ke makmal sains, bilik Kemahiran Hidup, bilik ERT atau ke padang untuk Pendidikan Jasmani. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuar bising semasa menuju ke tempat-tempat tersebut.6.10.3 Ketua kelas dan Penolongnya adalah bertanggungjawab dalam perkara di atas.6.10.4 Para pelajar adalah dilarang membaca buku dan tinggal di dalam bilik sembahyang.

6.11 Persatuan/Kelab Dan Pasukan Berpakaian Seragam

6.11.1 Para pelajar adalah bertanggungjawab ke atas sesuatu persatuan/pertubuhan yang dianggotainya.6.11.2 Para pelajar yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti persatuan/kelab/pasukan berpakaian seragam mestilah hadir pada waktu yang ditetapkan.6.11.3 Para pelajar yang hadir untuk menyertai sebarang aktiviti persatuan/kelab/pasukan berpakaian seragam sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah mestilah berpakaian seragan yang lengkap.

6.12 Latihan Permainan Untuk Rumah, Sekolah

6.12.1 Para pelajar dikehendaki patuh kepada persatuan atau arahan guru yang bertanggungjawab mengenai latihan/permainan rumah atau sekolah.6.12.2 Pelajar-pelajar sidang pagi yang dating di luar masa persekolahan untuk latihan/permainan dilarang mengganggu ketenteraman kelas sidang petang. Begitu juga, sebaliknya pelajar-pelajar dating untuk permainan/latihan pada waktu pagi.6.12.3 Pelajar-pelajar dilarang berkeliaran di kaki lima bangunan sekolah. Para pelajar hendaklah berada di kawasan padang sahaja.6.12.4 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah dan membawa pakaian yang sesuai untuk permainan dan latihan.

7 KEBERSIHAN SEKOLAH

7.1 Kebersihan Bilik Darjah

7.1.1 Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan bilik darjah.7.1.2 Ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas masing-masing dan memastikan tugas harian ini dijalankan dengan sempurna.7.1.3 Para pelajar dilarang membuang sampah di merata-rata tempat melainkan bakul sampah yang disediakan.7.1.4 Bakul sampah mestilah dalam keadaan kosong setiap masa. Sampah sarap jangan ditinggalkan di kaki lima atau disapu ke longkang.7.1.5 Para pelajar digalakkan menghiaskan bilik dengan alat-alat pembelajaran.

7.2 Kebersihan Kawasan Sekolah

7.2.1 Keadaan kawasan sekolah mestilah dalam keadaan bersih dan cantik.7.2.2 Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam tong-tong sampah yang disediakan di sekitar kawasan sekolah.7.2.3 Sebarang jenis sampah yang dijumpai hendaklah dipungut.7.3 Kebersihan Tandas

7.3.1 Para pelajar dikehendaki menggunakan tandas dengan betul dan menjaga kebersihannya.7.3.2 Para pelajar dilarang menconteng dinding tandas.7.3.3 Para pelajar mestilah berjimat menggunakan air. Selepas menggunakan air, pili mestilah ditutup dengan ketat.8 PELAJAR-PELAJAR YANG BERBASIKAL

8.1 Para pelajar dilarang menaiki basikal dalam kawasan sekolah.8.2 Semua basikal hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat letak basikal yang disediakan dalam keadaan berkunci.

8.3 Para pelajar hendaklah memastikan basikal yang digunakan adalah lengkap dengan loceng,brek hadapan dan belakang dengan sempurna, lampu hadapan dan batu pembalik merah belakang dan kunci.8.4 Para pelajar janganlah bersaing-saing semasa datang atau pulang dari sekolah.Menaiki basikal beriringan adalah tidak dibenarkan.

9.PELAJAR-PELAJAR YANG BERMOTOSIKAL9.1 Pelajar-pelajar hendaklah mempunyai lesen motosikal yang sah. Lesen motosikal ini hendaklah ditunjukkan kepada guru disiplin, guru penolong kanan dan pengetua.

9.2 Para pelajar dilarang memandu motosikal dalam kawasan sekolah.

9.3 Semua motosikal hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat yang ditentukan. Motosikal hendaklah dikunci.

9.4 Para pelajar hendaklah memastikan motosikal yang dipandunya sentiasa dalam keadaan baik.

9.5 Para pelajar diingatkan supaya mematuhi segala peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar semasa memandu dan tidak berlumba-lumba di jalan raya.

9.6 Pelajar-pelajar yang ingin membawa kenderaan perlu mendaftarkan kenderaan berkenaan kepada pihak Lembaga Disiplin10.PELAJAR-PELAJAR YANG BERJALAN KAKI.

10.1 Para pelajar diingatkan supaya berjalan kaki di sebelah kanan jalan raya.

10.2 Jangan bergurau atau bermain ketika berjalan.

10.3 Sebelum melintas jalan, pandang kiri dan kanan untuk memastikan selamat apabila melintasnya.11.KELUAR KAWASAN SEKOLAH.

11.1 Dalam masa persekolahan pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.Jika ada urusan penting, pelajar berkenaan diwajibkan meminta kebenaran dari pihak pentadbir.

12.PEJABAT SEKOLAH

12.1 Para pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di sekeliling kawasan pejabat pada setiap masa.

12.2 Jika ada urusan atau diarah oleh guru,pelajar dikehendaki mengetuk pintu pejabat terlebih dahulu dan meminta kebenaran masuk daripada pegawai yang bertugas.

12.3 Untuk menemui pengatua, para pelajar dikehendaki meminta kebenaran terlebih dahulu daripada kerani.

13.KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH

13.1 Sebarang kerosakan harta benda sekolah di dalam kelas mestilah dilaporkan dengan segera oleh Ketua atau Penolong Ketua Kelas kepada Guru disiplin/Guru Bertugas.

13.2 Kerosakan yang terjadi di kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada pengawas yang kemudiannyanakan melaporkan kepada Guru Disiplin.

13.3 Pelajar yang didapati merosakkan harta benda sekolah dikehendaki membayar sepenuhnya harga barang yang yang dirosakkanya.

14.PENGAWAS

14.1 Pengawas-pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah.Mereka dipilih dari pelajar0pelajar yang mempunyai peribadi yang baik,dapat memikul tanggungjawab dengan jujur,dedikasi dan berani menjalankan tugas.

14.2 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh pelajar-pelajar sekolah ini.

14.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menentang pengawas-pengawas.Patuhilah arahan mereka.

14.4 Pengawas-pengawas sekolah juga tertakluk kepada peraturan-peraturan sekolah. Pengawas yang bermasalah disiplin boleh digantung/dilucutkan dari jawatan selepas melalui proses pengadilan yang setimpal. (due process)15.PERKARA-PERKARA TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT

15.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

15.2 Membawa senjata yang berbahaya dengan tujuan jahat.

15.3 Mengancam guru,Penolong Kanan atau Pengetua.

15.4 Melanggar peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pendidikan.

15.5 Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.

15.6 Memukul guru.

15.7 Sengaja merosakkan harta sekolah/kerajaan.

15.8 Sengaja merosakkan harta persendirian guru atau para pelajar.

15.9 Mencuri.

15.10 Mengancam pelajar-pelajar lain/ancaman serius dan merbahaya.

15.11 Menghisap rokok termasuk rokok elektronik dan sebarang jenis rokok atau mengambil dadah.

15.12 Berjudi.15.13 Mencabar pihak pengutkuasa peraturan sekolah.(iaitu kuasa pengawas,guru,guru disiplin,pengetua dan pihak pentadbir sekolah)atas suatu tindakan disiplin.

15.14 Membawa masuk/meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.

15.15 Masih membantah hukuman guru,walaupun sudah diberikan tiga amaran.

15.16 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru,penolong kanan atau pengetua.

15.17 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensetif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.

15.18 Berasmara atau berkelakuan sumbang termasuk membawa,mnyebar atau menonton gambar lucah.

15.19 Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menagkis yang menurut bud bicara pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.15.20 Membuat sebarang posting yang berunsur fitnah (termasuk gambar), celaan, atau memburuk-burukan nama baik mana-mana individu, pelajar, guru, kakitangan sekolah, pentadbir dan nama baik sekolahHukuman kerana melanggar peraturan-peraturan sekolah ialah:

Amaran / panggil ibubapa untuk berbincangMemaklumkan kepada ibubapa melalui surat/panggilan telefonKelas tahanan

Denda kerja atau bertiket

Dirotan

Digantung persekolahanTindakan undang-undang oleh pihak polis dan mahkamah.Dibuang sekolah

*Peraturan-peraturan di atas tertakluk kepada pindaan jika difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar.

TEMA KESALAHAN/PERLAKUANPEKELILING RUJUKANTINDAKAN PENGETUA

1.Tingkahlaku

jenayah

Salahguna dadah

Mengedar dadah

MencuriPek.Iktisas Bil.7/1975

Pek. Iktisas Bil.9/1975Pekeliling :

1.Melapor kepada Pengarah Pelajaran

2.Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat.

3.Merujuk kepada doktor melalui Pegawai kebajikan masyarakat.

4.Memberitahu ibu/bapa/penjaga.

5.Rawatan doktor.

6.Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Pengetua :

1.nasihat/amaran suart kepada ibubapa.

2.Pengakuan bertulis murid dan ibubapa/penjaga.

Rujukan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah (Pengarah Pelajaran).

Pekeliling :

Murid boleh digantung persekolahan atau dibuang sekolah.

Pengetua :

1.Memulang balik barang yang dicuri/atau mengikut nilai

2.Meminta maaf kepada empunya barang dengan disaksi oleh guru/Pengetua.

3.Amaran mengikut berat/ringan kes.

4.Hukuman rotan.

5.Pengakuan bertulis murid dan ibubapa untuk berkelakuan baik.

2.Tingkahlaku

Tabiat

(Habitual)Tidal berpakaiam kemas

Berambut panjang

Sengaja tidak menepati masa.

Tidak membawa buku teks/bukulatihan/lain lain keperluan pel.Tidak bawa balik buku teks

Tidak menyiapkan kerja

Membuat bising

Tidak tahu menjaga harta benda sendiri.Menghilangkan alat sekolah yang dipinjamkan

Buang sampah merata-rata

Enggan jelas yuran/bayaran

Tidak memulangkan buku teks

Pek.Iktisas Bil.

3/1971,2/1972,4/1976

Pek.Iktisas Bil.

2/1976

Pek.Iktisas Bil.9/1975

School(gen)Reg.1951

Peraturan Am Sekolah

1951

-Sda-

Pek.Iktisas Bil,9/1975

Peraturan Am Sekolah

1951

-Sda-

Pek.Iktisas Bil,9/1975

Peraturan Am Sekolah

1951

1.Teguran/amaran

2.Hukuman rotan

1.Diberi amaran

2.Dipaksa gunting

3.Hukuman rotan

4.Digantung sekolah

1.Diberi amaran

2.Hukuman rotan3.Gantung sekolah

1.Diberi amaran

2.Hukuman rotan3.Gantung sekolah

1.Amaran dan nasihat

2.Hukuman rotan3.Gantung sekolah

1.Diberi amaran

2.Hukuman rotan

1.Diberi amaran

2.Mengantikannya

1.Diberi amaran dan nasihat

2.Membersihkan kawasan

3. Hukuman rotan

1.Diberi nasihat

2.Ibubapa dihubungi

3.Sijil Berhenti Sekolah ditahan

Bayaran nilai buku/buku berkenaan

3. Tingkahlaku JenayahMemeras ugut

Berjudi

Memukul/bergaduh dan mencedera.

Membawa senjata merbahaya dan berniat jahat.

Merosak hartabenda.

Ahli kumpulan haram

FitnahPek. Iktisas Bil. 9/1975

-Sda-

-Sda-

-Sda-

-Sda-

-Sda-

1.Memulangkan balik barang diambil/nilainya

2.Diberi amaran keras/akhir.

3. Hukuman rotan.

4. Akuan bertulis murid dan ibu bapa.

Jika melibatkan sekolah.

5. Penggantungan sekolah.

6. Amaran laporan kepada polis.

1.Nasihat oleh guru agama.

2. Amaran keras.

3. Hukuman rotan.

4. Pengakuan bertulis bertulis murid dan ibu bapa.

5. Digantung persekolahan.

1.Hukuman rotan.

2. Dipaksa memohon maaf dan berdamai.

3. Digantung persekolahan.

4. Pengakuan bertulis.

1.Menyerah senjata atau senjata dirampas.

2. Hukuman rotan.

3. Digantung persekolahan.

4. Amaran akan dilapor kepada polis.

1.Membayar ganti rugi.

2. Hukuman rotan.

3. Digantung persekolahan.

4. Pengakuan bertulis.

1.Rujuk kepada Pel. Iktisas Bil. 9/75.

1.Ibubapa dihubungi dan tindakan sewajarnya.

4. Tingkahlaku

LucahMembaca, menunjuk dan menyebarkan bahan-bahan dan gambar-gambar lucah dalam kawasan sekolahMengintai murid-murid perempuan

Menulis surat cinta

Bercumbu dalam kawasan sekolah

Ditangkap kerana khalwat dan didenda di mahkamah

Menggunakan kata-kata lucah

Meraba/memeluk pelajar perempuan

Menulis dan melukis kata-kata lucah

Mengganggu murid perempuan

Pelacuran / Zina

Hamil

Homo /lesbian

Kahwin / Nikah GantungJab. Pel (Iktisas)

Bil. 2/81

-

-

-

-

-

-

-

-

1. Dirampas dan disimpan dengan berlakri sebagai bukti.

2. Rotan dan rujuk kepada Guru Kaunseling/Agama.

1. Rotan dan rujuk kepada Guru Kaunseling/Agama.

1. Amaran dan nasihat.

2. Rujuk kepada Guru Kaunseling/Agama.

1. Amaran dan nasihat.

2. Gantung persekolahan.

3. Buang sekolah

1. Rujuk kepada Pengarah Pelajaran

1. Hukuman rotan.

2. Rotan dan rujuk kepada Guru Kaunseling/Agama.

1. Hukuman rotan.

2. Rotan dan rujuk kepada Guru Kaunseling/Agama.

1. Hukuman rotan.

2. Rotan dan rujuk kepada Guru Kaunseling/Agama.

1. Hukuman rotan.

2. Rotan dan rujuk kepada Guru Kaunseling/Agama.

Rujuk kepada Pengarah Pelajaran

-Sda-

-Sda-

-Sda-

5, Tingkah

laku Tidak jujur

6. Tingkahlaku Tidak Sopan.Ponteng sekolah

Ponteng kelas

Meniru dalam Peperiksaan

Meniru tandatngan ibu bapa

Berbohong

Ubah markah

Berkelakuan/berbahasa kasar/memaki dan mencarut (murid-guru)

(murid-murid)

Tidak menghormati pengawas Keluar semasa guru mengajar, tanpa kebenaran

Meminjam tanpa kebenaran

(KP/BS) 8548/12. (17)

Borang DM 9.2 77

-

-

-

-

-

Pek. Iktisas bil. 9/1975

-

-

-

-1. Surat pemberitahu kepada ibubapa serta amaran gantung/ buang sekolah -3x amaran, semua langkah direkodkan dan surat difailkan.

2. Tidak hadir dihantar kepada Guru disiplin Badan Disiplin.

Rotan jika perlu.

1. Kelas tahan (jika perlui)

2. Hukuman rotan.

1. Peperiksaan matapelajaran berkenaan dibatal(tiada markah). Jumlah besar markah diambil kira.

2. Hukuman rotan.

1. Amaran keras.

2. Amaran keras dan rotan.

1. Rujuk kepada Guru Kaunseling/Agama.

2. Amaran keras / rotan

3. Kesalahan seterusnya- rotan dan amaran.

4. Kesalahan seterusnya- rotan amaran.

1. Hukuman rotan.

Ibu bapa dimaklumkan dalam semua kesalahan tidak jujur.

1. Rotan dan memohon maaf.

2. Amaran / rotan.

1. Diberi amaran.

2. Hukuman rotan.

1. Teguran / amaran.

2. Kelas Tahanan / Hukuman rotan.

1. Teguran / amaran.

2. Hukuman rotan.

Nasihat dan amaran.

LAMPIRAN B

HUKUMAN BAGI KESALAHAN RINGAN

SEMUA GURU DISIPLIN PERLU MELAKSANAKAN SEGERABil.Jenis Kesalahan BiasaButiranHukumanDenda

1.Rambut panjang1.1 Rambut panjang

1.2 Misai, janggut, jambanga. Digunting terus (berdasarkan ketetapan mesyuarat PIBG 2015)

b. Amaran

c. Tubuh kelab gunting rambut

2. Seluar2.1 Seluar singkat ketat, berfesyen

tampal dan sebagainya.a. Ditetas jahitannya

b. Catat nama

c. Beri tempoh

3.Kasut dan stokin3.1 sengaja diwarna

Tidak memakai stoking.

3.2 Tidak sengaja basah/kotor a. Amaran/larangan

a. Nasihat

b. Kali kedua diarah buka

4. Baju4.1 Baju tidak berkolar a. Diarah tempah baru

5.Kain5.1 Jangan singkat atas buku lali,

mesti berpesak dan tidak

terlalu labuh

a. Nasihat

b. Amaran

c. Diarah tempah baru

6. Lencana6.1 Tidah bawa/pakai

6.2 Lencana diubah suai

6.3 Lencana nama ditukar dengan

Kawan. a. Amaran

b. Tindakan

c. Diarah beli baru dan ambil

duit

a. Arah buka dan beli baru

b. Rampas

c. Amaran

d. Beli baru

7.Kuku7.1 Kuku panjang

7.2 Kuku berinai a. Dipotong serta merta

b. Amaran awal

c. Suruh buang/ cuci

8. Barang kemas lelaki & perempuan8.1 Pakai/bawa

a. Amaran

b. Rampas

c. Panggil waris untuk

mengambilnya

9.Bersolek (L&P)a. Diarah membersihkannya

10.BegTidak sesuaia. Amaran

b. Disuruh tukar

c. Rampas

11.Ponteng11.1 Kelas

11.2 Sekolah a. Siasat/catat nama

b. Hubungi ibu bapa

c. Bersih kawasan sekolah

12.Makan dan minum12.1 Sambil berjalan a. Arah habiskan di kantin

13.Tidak berbaris13.1 Ke bilik khas, makmal,bengkel

13.2 Waktu balik a. Ulangi berjalan dalam barisan

5 kali

14.Meninggalkan buku dalam kelas/kantinBuku teksa. Buku dirampas

b. Tindakan seterusnya serah

Kepada guru SPBT

15.Tandas15.1 Berada lama dalam tandas

15.2 Kerap ke tandas a. Suruh bersih tandas

b. bersihkan kawasan sekolah

PAKAIAN SERAGAM (lelaki)

digalakkan

1. Tag nama sentiasa dipakai.

2. Lencana sekolah dijahit pada kemeja.

3. Saiz kemeja padan dengan badan.

4. Kocek tanpa hiasan.

5. Belt Buckle atau kepala pinggang adalah 3-3.5 cm lebarnya.

6. Lebar tali pinggang adalah 2.5-3 cm.

7. Poket jenis sembunyi atau potongan serong tidak dibenarkan.

8. Lisu sebanyak dua sahaja.

9. Kelim biasa.

10. Seluar potongan lurus.

11. Kelepet dilipat ke dalam.

12. Pemegang tali pinggang 1 cm lebarnya.

13. Lebar pinggang seluar 2.5-3 cm.

14. Tiada potongan yolk.

15. Kocek slit pocket digalakkan.

16. Sarung kaki.

16.1 Sarung kaki mesti dipakai melebihi paras buku lali.

16.2 Sarung kaki putih tanpa jalur atau corak digalakkan.

17. Kasut

17.1 Kasut kanvas putih dibenarkan.

18. 17.2 Simpul tali kasut diikat di depan sahaja.

Dilarang

1. Tiada tag nama.

2. Tiada lencana sekolah.

3. Saiz kemeja yang terlalu besar.

4. Hiasan pada lapek kocek.

5. Belt Buckle atau kepala tali pinggang terlalu besar.

6. Tali pinggang terlalu lebar.

7. Poket mempunyai lipatan.

8. Lisu melebihi dua lipatan dan dilipat terlalu dalam.

9. Kelim papan mesin atau kelim lipat tindih ( contoh: kelim seperti pada seluar jeans) tidak dibenarkan.

10. Seluar potong carrot, potongan ketat, potongan bell bottoms atau hala-hala dan lain-lain dilarang.

11. Kelepet dilipat keluar.

12. Pemegang tali pinggang terlalu lebar.

13. Pinggang seluar terlalu lebar.

14. Potongan yolk dilarang.

15. Kocek tampal dilarang.

16. Sarung kaki.

16.1 Sarung kaki terlalu pendek.

16.2 Sarung kaki yang mempunyai jalur atau corak berwarna dilarang.

17. Kasut.

17.1 Kasut kulit atau PVC putih dilarang.

17.2 Simpul tali kasut yang diikat di belakang dilarang.

17.3 Kasut jenis sneakers dilarang.

A.RAMBUT

DIGALAKKAN

1. Rambut di depan tidak menyentuh kening.

2. Rambut disikat potongan tepi (di tentukan dari hujung mata ke atas)

3. Side-burnsampai ke paras tengah telinga.

4. Rambut di belakang tidak menyentuh kolar kemeja.

5. Gaya rambut crew cutdigalakkan.

DILARANG

1. Rambut di depan menyentuh atau melebihi kening.

2. Tiada potongan tepi.

2.1 Rambut disikat potongan tengah.

3. Side-burnterlalu panjang.

4. Rambut terlalu panjang,sudah menyentuh kolar kemeja.

5. Gaya seperti di bawah adalah dilarang;

*potongan box

*potongan punk

*potongan rappers

LAMPIRAN 6

B. PAKAIAN SERAGAM (PEREMPUAN)

DIGALAKKAN TIDAK DIGALAKKAN

1. Tag nama. 1. Tiada tag nama.

2. Lencana sekolah. 2. Tiada lencana sekolah.

3. Kemeja putih yang padan saiznya dengan 3. Kemeja putih yang terlalu besar.

Badannya.

4. Lebar pinggang baju 2.5-3cm. 4. Lebar pinggang baju melebihi

ukuran yang diluluskan.

5. Pinafore dipotong A-Line. 5. Potong pinafore berkembang.

6. Panjang pinafore di paras lutut. 6. Panjang pinafore melebihi lutut.

6.1. Lebar pinggang baju kurang daripada ukurang yang ditetapkan.

6.2. Potongan lurus untuk pinafore tidak dibenarkan.

6.3. Pinafore terlalu pendek.

7. Sarung kaki. 7. Sarung kaki.

7.1. Sarung kaki mesti dipakai melebihi paras 7.1. Sarung kaki terlalu pendek.

buku lali.

7.2 Sarung kaki putih tanpa jalur atau corak 7.2. Sarung kaki yang mempunyai jalur

Digalakkan. Atau corak yang berwarna dilarang.

8. Kasut. 8. Kasut

8.1. Kasut kanvas putih dibenarkan. 8.1. Kasut kulit atau PVC putih dilarang.

8.2. Simpul tali kasut diikat di depan sahaja. 8.2 Simpul tali kasut yang diikat di belakang dilarang.

8.3. Kasut yang bartapak tebal

platform dilarang.