buku panduan 5s jpn perak 2013.pdf

23
Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013 Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 0

Upload: trinhanh

Post on 21-Jan-2017

277 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 0

Page 2: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 1

AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)

JABATAN PELAJARAN PERAK

1. TUJUAN

Panduan ini dihasilkan untuk membantu seluruh warga JPN Perak

mewujudkan persekitaran kerja yang cemerlang dan berkualiti melalui

pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S.

2. PENGENALAN

Sehingga hari ini, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempertingkatkan

kualiti penyampaian perkhidmatan seperti Manual Prosedur Kerja, Fail Meja,

Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001, Piagam Pelanggan, Kumpulan Inovatif

dan Kreatif dan sebagainya. Seiring dengan usaha-usaha ke arah

transformasi perkhidmatan awam, pemantapan pengurusan persekitaran

tempat kerja kearah meningkatkan imej dan profesionalisme organisasi perlu

dilaksanakan.

Pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik

berdasarkan Pelaksanaan Amalan 5S merupakan satu pendekatan yang

diterima dan dipraktikkan secara universal. Pelaksanaan Amalan 5S dapat

membantu JPN Perak merancang dan melaksanakan usaha-usaha

menghasilkan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi meningkatkan

kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

3. OBJEKTIF PELAKSANAAN AMALAN 5S

a. Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk

keselesaan warga JPN Perak

b. Meningkatkan kerjasama antara warga JPN Perak dalam

melaksanakan tugasan harian

c. Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dalam kalangan

warga JPN Perak

d. Memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap warga JPN

Perak

e. Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya

kaizen

Page 3: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 2

4. POLISI AMALAN 5S

Memastikan amalan 5S dilaksanakan secara berterusan melalui budaya kerja

berpasukan dan berdisiplin dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan,

keselesaan dan keselamatan di tempat kerja.

5. LOGO 5S

6. SLOGAN 5S

Amalan 5S Pemangkin Perkhidmatan Berkualiti

7. FAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 5S

Antara faedah pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S adalah seperti

berikut:

a. Peningkatan Produktiviti

Pelaksanaan 5S membantu meningkatkan produktiviti di mana dokumen/

bahan dapat dikesan dengan mudah dan cepat. Apabila masa untuk

mengesan dokumen/ bahan dapat dikurangkan, bilangan dokumen/ bahan

yang diproses dapat dipertingkatkan. Hasilnya lebih banyak tugasan dan

urusan dapat dilakukan dalam masa yang sama.

b. Peningkatan Tahap Pengurusan Penyelenggaraan

Dalam pelaksanaan 5S, semua peralatan/ mesin perlu diselenggara dengan

baik, diletakkan di tempat yang ditetapkan dan sentiasa memastikan ia

bersih daripada habuk dan kekotoran. Justeru itu, kos penyelenggaraan dan

Page 4: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 3

kerosakan dapat dikurangkan. Peralatan/ mesin yang diselenggara dan

disusun dengan baik mampu meningkatkan tahap keselamatan pekerja.

c. Peningkatan Perkhidmatan Kepada Pelanggan

Pelaksanaan 5S memastikan urusan di tempat kerja dapat dilaksanakan

dengan lebih terurus, mudah, pantas dan selamat. Pelanggan akan merasa

puas hati apabila diberi layanan yang mesra, cepat dan dapat serta

menyelesaikan urusan dengan lancar. Perkhidmatan yang disampaikan

kepada pelanggan luar khasnya melalui kaunter juga akan disampaikan

dengan lebih cekap dan berkesan. Setiap pelanggan yang datang

berurusan akan merasa gembira dengan perkhidmatan yang diterima.

d. Suasana Tempat Kerja

Pelaksanaan 5S akan dapat mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja

yang bersih, kemas, ceria dan selamat. Amalan 5S mengharuskan organisasi

menyusun dokumen dan peralatan dengan kemas dan tersusun. Selain itu,

ruang tempat kerja dapat digunakan secara optimum dan memperlihatkan

imej korporat. Ini dapat meningkatkan imej organisasi di mata pelanggan.

e. Penjimatan Kos

Pelaksanaan 5S menitikberatkan kaedah penyusunan barangan mengikut

kriteria tertentu. Bagi barangan yang mempunyai tarikh luput, ia disusun

mengikut kaedah “Masuk Dahulu, Keluar Dahulu”. Kaedah ini akan

memudahkan pekerja mengenalpasti dan menggunakan barang yang

mempunyai tarikh luput yang lebih awal bagi mengelakkan pembaziran

akibat pelupusan barangan yang tamat tempoh.

f. Peningkatan Kreativiti dan Inovasi

Aktiviti menyusun barangan/ bahan yang digunakan di pejabat akan

menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pekerja. Cara

menyusun secara kemas, teratur dan mudah diambil dengan cepat apabila

diperlukan akan menggalakkan pekerja berfikir secara kreatif bagi

menghasilkan idea menyusun dan menyimpan secara inovatif.

Page 5: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 4

g. Peningkatan Tahap Keselamatan

Pelaksanaan 5S akan meningkatkan tahap keselamatan persekitaran

pejabat dan keselamatan dokumen/bahan. Penyusunan dokumen/bahan

ditempatnya dengan teratur dan berlabel dapat mengelakkan berlakunya

kemalangan di tempat kerja.

h. Peningkatan Semangat Kerja Sepasukan

Pelaksanaan 5S akan mewujudkan semangat bekerjasama sepasukan

dalam kalangan pekerja. Pelaksanaan ini hanya akan berjaya dengan

penglibatan semua warga organisasi dalam melaksanakan setiap aktiviti

secara berterusan. Ia akan mewujudkan satu budaya kerja sepasukan yang

mantap dalam organisasi

8. KONSEP 5S

5S merujuk kepada singkatan perkataan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan

Sentiasa Amal. Melalui amalan ini, tempat kerja menjadi lebih teratur,

tersusun dan selesa sepanjang masa. Ini akan menjadikan pekerja lebih

produktif dan cekap dalam menyumbang kepada kecemerlangan

organisasi.

Aktiviti bagi kitaran 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal

seperti dalam Rajah 1

Rajah 1 : Carta Kitaran 5S

Page 6: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 5

a. SISIH /SEIRI

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan

membuangkannya.

i. Sisih ialah tindakan mengasingkan barang/dokumen yang perlu

daripada sekumpulan barang/dokumen yang tidak diperlukan di

tempat kerja.

ii. Di bawah amalan sisih, barang/dokumen perlu diasingkan kepada

dua kategori seperti berikut :

barang / dokumen yang tidak diperlukan; dan

barang /dokumen yang diperlukan.

iii. Barang / dokumen yang diasingkan mengikut dua kategori di atas

boleh dikenal pasti dengan pelbagai cara seperti label, kad

pengasingan atau cara lain yang sesuai. Contoh kad pengasingan

seperti Rajah 2.

Rajah 2 : Contoh Warna Kad Pelupusan

iv. Barang/dokumen yang telah dikenalpasti perlu diuruskan dengan baik

seperti menyediakan ruang untuk tujuan pelupusan / penyimpanan

seterusnya. Barang/dokumen yang tidak diperlukan hendaklah

diuruskan mengikut peraturan sedia ada seperti Rajah 3.

Page 7: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 6

Rajah 3 : Aktiviti SISIH

b. SUSUN/ SEITON

Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah

dibangunkan.

i. Susun ialah tindakan menyusun dan melabelkan barang/ dokumen

yang diperlukan (kecuali barang/ dokumen terperingkat). Dengan

amalan susun, barang/ dokumen akan nampak kemas dan teratur,

proses pencarian akan dipermudahkan dan penggunaan ruang

tempat kerja akan dapat dioptimumkan.

ii. Dibawah amalan susun, barang/ dokumen yang sama dikelompokkan

mengikut jenis atau kategori dan mengikut keperluan seperti berikut :

Barang/ dokumen yang sering digunakan hendaklah disimpan

dekat dengan ruang kerja dan cepat dicapai. Sebagai

contoh, buku panduan telefon dan kertas catatan diletakkan

berhampiran dengan telefon;

Dari segi pengurusan ruang meja, alat tulis dan barang peribadi

perlu disusun dengan kemas;

Bagi meja yang mempunyai tiga laci, laci pertama dikhaskan

untuk alat tulis dan laci kedua untuk dokumen rasmi manakala

laci ketiga untuk barang peribadi;

Page 8: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 7

Barang/ dokumen yang jarang digunakan seperti fail yang

kurang aktif dan stok simpanan peralatan perlu disimpan di

tempat yang dikhaskan dan boleh dicapai dengan cepat

apabila diperlukan; dan

Barang/ dokumen yang tidak digunakan semasa urusan harian

tetapi perlu dirujuk harus disimpan di tempat yang dikhususkan.

Sebagai contoh fail yang telah ditutup, salinan perjanjian,

salinan kontrak dan sebagainya.

Penyusunan barang/ dokumen boleh dilaksanakan seperti pada Rajah 4.

Rajah 4 : Aktiviti SUSUN

Page 9: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 8

Petua untuk amalan susun ialah seperti dalam Rajah 5.

Rajah 5 : Petua / Tips / Amalan Baik untuk SUSUN

c. SAPU / SEISO

Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai,

mesin dan peralatan.

i. Sapu ialah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau

peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan

fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan pelanggan serta

pekerja.

ii. Amalan sapu melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

Kenal pasti ruang dan peralatan yang perlu dibersihkan termasuk

ruang atau bahagian yang tersorok seperti belakang almari

ataupun di atas rak yang tinggi;

Kenal pasti pihak atau individu yanag bertanggungjawab untuk

membersihkan ruang dan peralatan tersebut;

Laksanakan aktiviti bersih secara berkala; dan

Sediakan senarai semak untuk sapu dan letakkan di tempat yang

sesuai

Page 10: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 9

iii. Tindakan Sapu boleh dilaksanakan seperti di Rajah 6.

Rajah 6 : Aktiviti SAPU

d. SERAGAM / SEIKETSU

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang

tinggi pada setiap masa.

i. Seragam ialah aktiviti penting di samping aktiviti Sisih, Susun dan Sapu.

Amalan Seragam melibatkan aktiviti seperti menyusun barang/

dokumen, memberi nombor rujukan dokumen, memfail, melabel dan

sebagainya. Ini akan memudahkan proses mengesan barang/

dokumen apabila diperlukan.

ii. Keseragaman dalam persekitaran tempat kerja mambantu

melancarkan pelaksanaan tugas dengan cekap dan berkesan. Salah

satu kaedah amalan seragam ialah penggunaan skema warna untuk

memudahkan carian barang/ dokumen di samping menceriakan

ruangan tempat kerja.

iii. Tindakan seragam melibatkan aktiviti-aktiviti seperti dalam Rajah 7.

Page 11: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 10

Rajah 7 : Tindakan SERAGAM

e. SENTIASA AMAL / SHITSUKE

Melatih para pekerja mematuhi peraturan-peraturan penjagaan kebersihan

yang baik dengan sendirinya.

i. Amalan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal hanya akan

berkesan sekiranya semua tindakan yang ditetapkan diamalkan

secara berterusan. Dengan itu, setiap warga organisasi perlu

mematuhi peraturan, standard dan nilai kerja yang telah ditetapkan

bagi semua tindakan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Ini memerlukan disiplin dan penghayatan oleh semua warga

organisasi dalam membudayakan amalan-amalan tersebut dalam

tugas harian.

ii. Organisasi hendaklah menggunakan kemudahan dan sumber sedia

ada yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Tingkatkan kreativiti

masing-masing bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Amalan 5S

berjaya.

Page 12: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 11

9. LANGKAH PELAKSANAAN AMALAN 5S

Pelaksanaan amalan 5S di organisasi melibatkan perancangan yang rapi,

pemantauan, penambahbaikan dan sentiasa amal yang berterusan.

Kejayaan amalan ini bergantung kepada penglibatan pihak Pengurusan

Atasan sebagai pendorong serta kerjasama dan komitmen semua warga

organisasi.

Pelaksanaan Amalan 5S perlu melalui peringkat-peringkat seperti berikut :

i. Peringkat Pertama

Peringkat ini memerlukan organisasi melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

Menubuh Jawatankuasa Pelaksana 5S

Menyediakan Pelan Tindakan Amalan 5S

Menyenarai peranan dan fungsi jawatankuasa

Mendapatkan sepenuhnya Komitmen Pengurusan terhadap

pelaksanaan 5S.

Menyediakan latihan untuk fasilitator dan warga organisasi.

Mengadakan lawatan ke agensi yang telah mendapatkan pensijilan

untuk tujuan pendedahan (sekiranya perlu).

ii. Peringkat Kedua

Peringkat ini memerlukan organisasi melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

Mempromosikan Amalan 5S melalui poster, banting dan sebagainya.

Menghebahkan carta pelaksanaan Amalan 5S, peta kawasan dan

senarai tugas serta tanggungjawab.

Menerangkan objektif amalan 5S kepada pegawai dan kakitangan.

Merasmikan amalan 5S dan melantik jawatankuasa.

iii. Peringkat Ketiga

Peringkat ini memerlukan organisasi melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

Mewujudkan kumpulan amalan 5S mengikut zon masing-masing.

Melaksanakan gotong-royong.

Mengenalpasti barang/ dokumen yang tidak sesuai untuk digunakan

lagi.

Menyediakan jadual pembuangan dan pembersihan.

Page 13: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 12

Memastikan barang/ dokumen yang telah disisih, sapu kemudiannya

disusun dengan kemas dan teratur.

Melabelkan barang/ dokumen mengikut nombor atau warna yang

bersesuaian.

Menetapkan susunan barang/ dokumen yang bersesuaian mengikut

cara yang menampakkan kekemasan dan keseragaman.

iv. Peringkat Keempat

Peringkat ini memerlukan organisasi melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

Menubuhkan pasukan audit dalaman.

Menyediakan pelan tindakan audit dalaman.

Mewujudkan kriteria pengauditan dalaman.

Merancang dan melaksanakan aktiviti penambahbaikan.

v. Peringkat Kelima

Memberi pengiktirafan Amalan 5S secara berkala kepada zon terbaik.

Mengekalkan pensijilan daripada MPC

10. JAWATANKUASA PELAKSANA 5S

Penasihat : Pengarah Pelajaran

Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran

Setiausaha : Ketua Sektor Jaminan Kualiti

Penolong Setiausaha : Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan

Pembangunan

Penyelaras/Fasilitator : Pengurus Kualiti JPN Perak

JK Latihan : En. Shamsahhimi Bin Harun (SKPP)

JK Promosi : Pn. Suhana Bt. Mohd Alias (ICT)

JK Audit : Pn. Mazzleza bt Ab Wahab (SJK)

Page 14: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 13

Penyelaras/ Fasilitator zon :

Bil Nama Ketua Zon Nama Zon Lokasi

1. En. Mohd Afendi B Md Taib Bunga Lili Blok A(Aras Bumi)

2. En. Ruslan B Hj Abd Razak Bunga Mawar Blok A(Tingkat 1)

3. En. Yusnizam B Mohammed Salleh Bourganvilla Blok A(Tingkat 2)

4. En. Mohd Saiful B Harun Nor Rashid Bunga Seroja Blok A(Tingkat 3)

5. En. Ahmad Puat B Ramli Bunga Teratai Blok B (Aras Bumi)

6. Pn. Noraini Bt Yahaya Affandi Bunga Kekwa Blok B (Tingkat 1)

7. En. Muhammad B Ibrahim Bunga Kemboja Blok B (Tingkat 2)

8. En. Redzuan B Nazhim Bunga Tulip Blok B (Tingkat 3)

9. Tn. Hj. Zainal Bahrin B Yang Razali Bunga Raya Blok C

10. En. Mohd Azmi B Mohd Noor Bunga Jeliti Blok D

11. En Mohd Salim B Abdul Rahman Bunga Melor Blok E (Aras Bumi)

12. En. Mohd Sayuti B Abas Raffelsia Blok E (Tingkat 1)

13. Pn. Thuriya Ariffin Bunga Orkid Blok E (Tingkat 2)

14. En. Yusof B Daud Bunga Dahlia Blok E (Tingkat 3)

15. Pn Zaliaha Bt Mohd Asari Bunga Tanjong Blok G (Kabin)

16. En. Abd Rahim B Abdul Majid Bunga Matahari Blok H (Mayban Trust)

17. En. Nor Azami B Ijam Bunga Melati Unit Sukan

18. Cik Zuraidah Bt Zainal Abidin Bunga Kesidang Pusat Kokurikulum

11. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

i. Senarai Tugas Jawatankuasa Induk 5S

Menentukan hala tuju pelaksanaan amalan 5S

Meluluskan pelan pelaksanaan dan belanjawan

Meluluskan panduan pelaksanaan amalan 5S

Mengenalpasti ahli jawatankuasa dan fasilitator 5S

Menetapkan sistem pengiktirafan

Memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan

Memastikan audit dilaksanakan secara berkala

Memantau kemajuan pelaksanaan dengan menggubal standard

yang sesuai dengan matlamat amalan 5S

Memastikan pencapaian objektif amalan 5S

Page 15: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 14

ii. Senarai Tugas Jawatankuasa Pelaksana 5S

Menyelaras pelaksanaan amalan 5S

Menyedia dan mengedar minit kepada semua

Menyediakan pelan pelaksanaan

Menyediakan belanjawan

Membantu fasilitator dalam pelaksanaan amalan 5S

Memastikan perjalanan amalan 5S seperti yang dirancang

Mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada pihak atasan

Memastikan semua zon mematuhi peraturan dan panduan yang

disediakan

Membantu menbekalkan keperluan pelaksanaan amalan 5S

Menyediakan laporan pelaksanaan amalan 5S secara berkala

iii. Senarai Tugas Jawatankuasa Promosi

Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi 5S untuk tempoh 6 -

12 bulan

Memastikan pelaksanaan pelan promosi ke arah membina kesedaran

amalan 5S kepada semua warga

Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan

Merancang dan memperuntukkan bajet bagi memastikan aktiviti

promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang

Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran 5S

dalam kalangan warga kepada Jawatankuasa Induk

iv. Senarai Tugas Jawatankuasa Latihan

Menyediakan pelan latihan bagi memupuk pemahaman mengenai

konsep dan amalan 5S kepada semua warga

Mengenalpasti latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi

mengukuh aktiviti amalan 5S serta amalan peningkatan kualiti yang

lain

Memastikan setiap warga diberi peluang untuk menghadiri latihan

Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran 5S

dalam kalangan warga kepada Jawatankuasa Induk

Page 16: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 15

v. Senarai Tugas Jawatankuasa Audit

Menyediakan kriteria audit yang bersesuaian

Dapatkan input dan maklum balas daripada ketua jabatan/ ketua

unit dan fasilitator

Dapatkan kelulusan Jawatankuasa Induk 5S

Menentukan kekerapan aktiviti audit – pada peringkat awal audit

dilaksanakan lebih kerap

Menyemak kriteria audit dari semasa ke semasa mengikut keperluan

Melaporkan status pelaksanaan aktiviti kepada Jawatankuasa Indu

vi. Senarai Tugas Fasilitator

Menyelaras pelaksanaan amalan 5S

Menjadi pemudahcara perjalanan program

Mengadakan mesyuarat zon

Membantu mengurus aktiviti-aktiviti promosi

Menghebahkan maklumat terkini aktiviti pelaksanaan amalan 5S

Memberi latihan kepada ahli dalam zon

vii. Senarai Tugas Seluruh Warga

Bekerjasama dalam kumpulan

Melaksanakan tugas yang diagihkan secara aktif

Bertanggungjawab untuk mengemas tempat kerja sepanjang masa

Mempunyai kesedaran mengenai persekitaran kerja

Memberi cadangan penambahbaikan

Mewujudkan hubungan harmoni dalam kalangan ahli

Page 17: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 16

12. STANDARD AMALAN 5S

1. SUDUT 5S DI SETIAP SEKTOR

Page 18: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 17

2. STANDARD KAWALAN MEJA KERJA

Page 19: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 18

3. STANDARD KABINET

4. STANDARD KAWALAN FAIL

Fail Putih, Fail Keras Dan Fail Dalam Keadaan Baring

Page 20: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 19

5. STANDARD POINT DAN RUBBER STAMP

Page 21: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 20

6. STANDARD ALAT BERGERAK / GUNA SAMA

7. STANDARD KAWALAN RUANG PEJABAT

Page 22: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 21

8. STANDARD KAWALAN STOR

9. STANDARD BILIK MESYUARAT DAN PANTRY

Page 23: Buku Panduan 5S JPN Perak 2013.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan 5S JPN Perak Tahun 2013

Keluaran 01 |Jabatan Pelajaran Perak 22

13. PENUTUP

Warga JPN Perak haruslah menjadikan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

sebagai usaha untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih,

kemas dan selamat serta meningkatkan produktiviti kerja. Amalan 5S

hendaklah diterapkan agar menjadi sebahagian daripada budaya kerja

cemerlang dan terus menyumbang kepada peningkatan kualiti

penyampaian perkhidmatan dan peningkatan imej JPN Perak.