buku panduan

Upload: khairunisa-juhari

Post on 14-Jul-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

POLITEKNIKSULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

THE PREFFERED POLYTECHNIC

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2011

UNIT PENGAMBILAN & DAT A BAHAGIAN A: MAKLUMAT AM POLITEKNIK JABATAN HAL EHWAL PELAJAR1

Baca maklumat dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar dapat melicinkan proses pendaftaran anda di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). 1.0 TEMPOH PENGAJIAN Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Peringkat Program Sijil Diploma Kejuruteraan: -Awam -Elektrik -Mekanikal Diploma Perdagangan Diploma Penyenggaraan Pesawat (DAM) Diploma (Integrasi) Diploma Diploma Lanjutan Tempoh Pengaijian (semester) Empat (4)

Enam (6)

Enam (6) Bergantung kepada sijil kait Bergantung kepada sijil kait Empat (4)

Sijil Politeknik Sijil Kolej Komuniti Diploma Politeknik 2.0 LATIHAN INDUSTRI

Semua pelajar PSA diwajibkan lulus LATIHAN INDUSTRI (LI) dimana para pelajar menjalani praktikal di jabatan kerajaan/swasta yang telah dikenalpasti dalam tempoh satu semester sebelum menjalani Latihan Industri. Pelajar program peringkat sijil akan menjalani LI pada semester tiga manakala pelajar program diploma pula pada semester empat. 3.0 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI POLITEKNIK PSA menyediakan segala kemudahan infrastruktur bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar. Di antara kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah dewan kuliah dan bilik kulih, bilik tayangan, makmal-makmal dan bengkelbengkel kejuruteraan, dewan serbaguna dan perpustakaan. Manakala daripada segi penginapan pula, PSA mempunyai asrama (kamsis) yang boleh menampung seramai 1200 orang pelajar dalam satu-satu masa. Disebabkan kapasiti kamsis yang tidak dapat menampung keseluruhan pelajar PSA, keutamaan diberikan kepada pelajar baru (semester satu). PSA bukan sahaja memberi keutamaan kepada kecemerlangan intelek tetapi menekankan pembinaan sahsiah, rohani dan jasmani yang sihat. Oleh itu, PSA telah menyediakan2

pelbagai kemudahan untuk beriadah di Pusat Sukan dan sekitar Tasik PSA serta Pusat Islam untuk aktiviti keagamaan. Selain daripada itu, PSA juga menyediakan Food Court untuk pelajar menjamu selera dan sebuah kedai koperasi (KOPSA) yang menawarkan pelbagai barang perlatan pembelajaran dan keperluan seharian. 4.0 KEPERLUAN PEMBELAJARAN DAN BANTUAN KEWANGAN Pelajar perlu menanggung sendiri perbelanjaan seharian mereka semasa mengikuti pengajian di Politeknik. Antara kos yang terlibat termasuklah perbelanjaan makan dan minum seharian, keperluan pembelajaran seperti alatulis, fotostat dan sebagainya. PSA tidak menyediakan sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, peralatan pelajaran, buku dan lain-lain. Oleh yang demikian, pelajar dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman daripada Yayasan negeri/Majlis Agama Islam/Pusat zakat Negeri masing-masing sebelum mendaftar di PSA. Walaubagaimanapun, kepada pelajar Program Diploma dan Integrasi yang layak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ada menawarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar baru. Bagi pelajar Program Sijil pula pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) akan menawarkan terus pinjaman jika dimohon semasa permohonan on-line. Sila rujuk Bahagian D untuk penerangan lanjut berkenaan kemudahan pinjaman yang disediakan oleh PTPTN, KPT dan lain-lain penaja. Penerangan lebih lanjut berkenaan pinjaman dan biasiswa boleh diperolehi semasa Taklimat Biasiswa dalam Minggu Suaikenal (MSK).

3

5.0

SENARAI CAWANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) SEKITAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN) BIL 1. CAWANGAN BSN CAWANGAN UTAMA Wisma PKNS, Beg Berkunci No.25, 40990 Shah Alam CAWANGAN MINI UiTM Pejabat Bendahari UiTM 40450 Shah Alam CAWANGAN MINI JALAN 17/21, SHAH ALAM No.32 Jalan 17/21 46400 Shah Alam CAWANGAN MINI SEKSYEN 16, SHAH ALAM No.9A jalan Niaga 16/3A, Seksyen 16, 40200 Shah Alam CAWANGAN MINI TAMAN SRI MUDA No.20, Jalan Bersatu 25/9, Taman sri Muda, 40400 Shah Alam CAWANGAN MINI SS 15/8A, SUBANG JAYA No.23 Jalan SS 15/8A, Subang Jaya 47500 Petaling Jaya CAWANGAN MINI SUBANG PERDANA No.19 (Lot 32), Jalan Dinar GU/3G Taman Subang Perdana Seksyen U3, 40150 Shah Alam

2.

3.

4.

5.

6.

7.

4

6.0

TARIKH DAN MASA MELAPOR DIRI TARIKH : 04 JULAI 2011 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : KAFETERIA (DIBAWAH PEJABAT WARDEN) Semua pelajar baharu (lepasan SPM, lepasan sijil politeknik dan lepasan sijil kolej komuniti) sama ada ditawarkan kemudahan penginapan (kamsis) ataupun tidak perlu melapor diri pada tarikh dan masa yang tersebut di atas. Bagi pelajar yang ditawarkan kemudahan penginapan (kamsis) sila bawa semua keperluan anda untuk sepanjang tempoh berada di PSA. Bagi pelajar yang tidak ditawarkan kemudahan penginapan (kamsis) sila bawa barang keperluan untuk tempoh seminggu. Penempatan sementara akan diberikan sepanjang tempoh Minggu Suaikenal (MSK) berlangsung. Keutamaan penempatan sementara diberikan kepada pelajar program Diploma lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5

7.0

RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK Pelajar Politeknik tertakluk kepada semua peraturan dibawah AKTA 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. PERKARA b) Kasut

PELAJAR LELAKIKemeja lengan panjang/pendek Tali leher (pilihan) T-shirt berkolar adalah dibenarkan Seluar panjang (slack) Seluar jeans dilarang Baju Kebangsaan Cetak Musang Samping dan songkok berwarna hitam Kasut yang sesuai dan berstokin Selipar, terompah, capal atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan Pendek dan kemas Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju Aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga Aras depan tidak melebihi dahi Tidak mewarnakan rambut Sebarang bentuk perhiasan adalah tidak dibenarkan

PELAJAR PEREMPUAN Baju kurung/kebarung Blaus Kain/Maxi/Skirt labuh dan longgar Seluar panjang (slack) Tidak ketat

a) Pakaian

c) Rambut

Kasut yang sesuai dan digalakkan bersarung kaki Selipar, terompah, capal atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan Kemas dan beridentitikan pelajar perempuan Pelajar Islam digalakkan bertudung Tidak mewarnakan rambut

d)Perhiasan

Tidak digalakkan memakai barang kemas Dilarang mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan

6

7

8

7.0

KEGIATAN KOKURIKULUM Aktiviti kokurikulum adalah diWAJIBkan kepada semua pelajar baru dan ianya termasuk didalam silibus sama ada dalam bidang kejuruteraan mahupun perdagangan disemester pertama dan kedua. Bagi semester pertama, semua pelajar diwajibkan lulus kursus AR101(POLIBRIGED) dimana pelajar didedahkan kepada empat(4) topik iaitu Pertolongan Cemas, Protokol & Etiket Sosial, Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan & Jati Diri. Disamping itu, pelajar diajar topik asas kawad kaki bagi membentuk pelajar yang berdisiplin, berketerampilan dan semangat berpasukan. Pada semester kedua, pelajar diwajibkan mengikuti dan lulus Kursus AR2001 (kelab/persatuan, sukan dan badan beruniform). Pelajar diberi pilihan mengikuti kelayakan dan minat masing-masing untuk menyertai sama ada kelab/persatuan, sukan dan badan beruniform dalam modul tersebut. Pelajar yang meminati bidang ketenteraan, melalui kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia, PSA telah menubuhkan pasukan tentera simpanan iaitu Askar wataniah (tentera darat) dan pasukan PLAS (tentera laut). Semua program kokurikulum dan sukan dikawal selia dibawah pengurusan Unit Sukan & Kokurikulum, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).

8.0

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah satu organisasi pelajar yang berperanan untuk melatih kepimpinan pelajar disamping merancang pelbagai aktiviti pelajar diperingkat PSA bagi manfaat pelajar/kakitangan/masyarakat luar kampus. Fungsi utama penubuhan JPP adalah sebagai medium dalam menyampaikan maklumat serta pelbagai masalah diperingkat pelajar kepada pihak pengurusan PSA dan sebaliknya menyampai hasrat, misi dan visi PSA kepada para pelajar untuk membentuk atau mengasah bakat kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi. Perlantikan Ahli JPP PSA mulai sesi Januari 2010 adalah melalui pilihanraya kampus.

9

BAHAGIAN B: PANDUAN PENDAFTARANPelajar dinasihatkan supaya membaca arahan dibawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Kegagalan mematuhi mana-mana arahan akan mengakibatkan pendaftaran pelajar tidak akan diproses. 1.0 PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN 1.1 Dokumen-dokumen ASAL seperti berikut:Bil 1. 2. 3. Senarai Dokumen Kad Pengenalan Surat Tawaran ke Politeknik Sijil atau slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)/Transkrip Peperiksaan atau Slip keputusan Peperiksaan Semester Empat(4) bagi lepasan Sijil Politeknik Sijil Berhenti Sekolah Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkenaan) Sijil-sijil kokurikulum (terutama kepada pelajar yang mewakili negeri atau Negara dalam acara sukan)

4. 5. 6.

1.2

Borang-borang Pendaftaran yang LENGKAP DIISI: Bil1. 2.

Senarai DokumenBorang Maklumat Peribadi Pelajar HHP 1 Laporan Pemeriksaan Doktor (filem X-ray tidak perlu dibawa) Bagi calon berkeperluan khas (Sijil kemahiran Penyenggaraan Mekanikal), perlu menyertakan audiogram yang disahkan oleh pakar Audiologi. HHP 2 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) Dan Pembedahan (Authorisation For Anaesthesia And Surgical Procedure) HHP 3 Ikrar Pelajar, Pengakuan dan Lepas Tanggung HHP 4 Akuan Pelajar dan Ibubapa/Penjaga Borang Masuk Kamsis

3. 4. 5. 6.

*Pastikan semua borang yang disenaraikan di atas dilengkapkan sebelum hari pendaftaran 1.3 Gambar Warna Ukuran Pasport Yang Terbaru Semua pelajar perlu menyediakan 12 keping gambar berukuran passport.10

2.0

PAKAIAN DAN RUPADIRI DI HARI PENDAFTARAN Sila patuhi tatacara berpakaian yang digariskan (sila rujuk muka surat 8 dan 9).

3.0

MINGGU SUAIKENAL (MSK) Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa semua pelajar baru PSA WAJIB mengikuti program MSK Sesi Jun 2011 seperti butiran berikut: Tarikh : 04 hingga 09 Julai 2011 (Isnin Sabtu) Masa : 4.30 petang (Isnin) hingga 12.00 tengah hari (Sabtu) Kumpulan Sasaran : Semua pelajar baru (termasuk Pelajar Integrasi & Bridging) Pakaian : Lelaki baju kemeja, seluar ,slack & kasut kulit Perempuan Baju kurung & kasut bertutup *KEGAGALAN MENGIKUTI PROGRAM MSK AKAN MENJEJASKAN PROSES PENDAFTARAN KURSUS AKADEMIK DAN PERMOHONAN PINJAMAN

4.0

PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN a. Sepanjang tempoh pengajian di PSA, pelajar diwajibkan mematuhi : i - Undang-undang dan Perlembagaan Negara ii Akta 174 Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 iii Peraturan Akademik politeknik KPTM MAKLUMAT UMUM 5.1 5.2 5.3 Pertukaran Program/Politeknik Tawaran program dan tempat pengajian adalah muktamad Aku Janji Pelajar Semua pelajar baru diwajibkan menandatangani Aku Janji semasa MSK Larangan Membawa Kenderaan Di Dalam Politeknik Ketetapan telah dibuat oleh pihak PSA dimana semua pelajar yang mendapat kemudahan kediaman (kamsis) DILARANG membawa kenderaan sendiri di dalam kawasan Politeknik. Pelekat kenderaan tidak akan dikeluarkan kepada pelajar-pelajar ini.

5.0

11

BAHAGIAN C: MAKLUMAT PENGINAPAN PELAJAR1.0 MAKLUMAT AM Kamsis PSA mempunyai 3 blok iaitu Kamsis Aman (lelaki), Kamsis Sentosa dan Damai (perempuan) yang boleh menampung seramai 1200 orang pelajar pada satu-satu masa. Oleh yang demikian, keutamaan penawaran tempat penginapan di kamsis adalah kepada pelajar semester satu. Bagi pelajar yang tinggal berhampiran dengan PSA terutamanya di sekitar Shah Alam dinasihatkan tidak menerima tawaran menduduki kamsis. Dimaklumkan bahawa kemudahan penginapan yang ditawarkan di kamsis dengan peralatan seperti berikut: 3 orang pelajar sebilik 3 katil disediakan 1 meja belajar untuk dikongsi bersama(bilik) 2 almari pakaian untuk dikongsi bersama (bilik) Tiada kipas siling Tilam disediakan tanpa bantal 2.0 KEPERLUAN DI KAMSIS PSA Kepada pelajar yang menerima tawaran menduduki kamsis PSA, anda diminta untuk menyediakan barangan keperluan berikut: 1 bantal tidur, 1 sarung bantal (warna biru laut), sehelai cadar (warna biru laut) 1 helai kain selimut 1 seluar track (track bottom) 2 helai baju T berkolar warna putih 1 pasang baju melayu warna bebas (lelaki Muslim) 1 pasang baju kurung warna bebas (perempuan) Songkok berwarna HITAM bagi pelajar lelaki (Muslim) Kain tudung berwarna PUTIH bagi pelajar perempuan (Muslim) Kasut sukan Pakaian harian secukupnya untuk ke kuliah (jeans tidak dibenarkan) Barang-barang keperluan peribadi (baldi, tuala, sabun mandi dan lain-lain). Bagaimanapun, barang-barang tersebut ada dijual di koperasi PSA. Barang kemas tidak dibenarkan. Kenderaan (motosikal, kereta dan basikal) tidak dibenarkan. Sekiranya ditawarkan kamsis, anda dikehendaki melengkapkan Borang Masuk Kamsis dan akan dikutip semasa hari pendaftaran.

12

BAHAGIAN D: MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN1.0 PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) PTPTN ada menawarkan pinjaman kepada pelajar program Diploma dan Diploma (Integrasi), yang layak mengikuti pengajian di mana-mana Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Berikut ialah syarat-syarat umum permohonan pinjaman pendidikan PTPTN: Tidak berhutang dengan pihak PTPTN (walaubagaimanapun, pelajar boleh memohon semula di politeknik sekiranya telah menjelaskan kesemua hutang tersebut). Mengikuti pengajian di Politeknik secara SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA Pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti pengajian di peringkat foundation di Politeknik selama 6 bulan tidak layak memohon pinjaman PTPTN Telah membuka akaun SSPN dan akaun Bank Islam Membeli nombor pin di BSN Pelajar perlu memohon secara on-line di http://epinjaman.ptptn.gov.my. Tarikh tutup permohonan dan maklumat-maklumat lain boleh diperolehi di laman web ptptn.gov.my. Jumlah pinjamn yang ditawarkan adalah ditentukan oleh pihak PTPTN. Sehubungan itu, bagi memastikan permohonan pelajar yang berminat dapat diproses oleh pihak PTPTN dengan lancar, maka kerjasama pelajar adalah diperlukan untuk menyediakan dokumen seperti berikut: Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Senarai Dokumen (fotostat di atas kertas bersaiz A4) Satu salinan kad pengenalan pelajar Satu salinan keputusan peperiksaan iaitu SPM bagi pelajar peringkat Diploma (bagi pelajar Integrasi, Sijil SPM perlu dikemukakan) Satu salinan transkrip peperiksaan bagi lulusan sijil politeknik (Integrasi) Satu salinan surat tawaran kemasukan ke Politeknik Satu salinan buku/penyata akaun bank. (bank Islam SAHAJA)-Akaun Individu Satu salinan penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga iaitu: Slip gaji terkini atau Borang J (yang bermajikan) atau Mengisi surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip gaji atau Borang J atau yang berkerja sendiri. (Sila muat turun surat pengesahan pendapatan daripada laman web PTPTN) Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau sijil kematian/penceraian (jika berkenaan) Dua(2) keeping setem hasil bernilai RM 10.00 setiap satu Satu salinan buku/penyata/kad akaun SSPN

7. 8. 9.

13

Semua salinan dokumen di atas hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan pengurusan dan Profesional (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan A), Wakil Rakyat, Penghulu, Pengamal Undang0undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai atau Ahli EXCO. 2.0 KPTM a) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan pinjaman kepada pelajar peringkat sijil yang mengikuti pengajian di Politeknik. Jumlah pinjaman keseluruhan yang ditawarkan oleh KPTM adalah sebanyak RM 6,000.00 (RM 3,000.00 setahun). b) Cara memohon melalui on-line di alamat http://www.politeknik.edu.my. Sila klik Bahagian Pengambilan Pelajar Kemudahan Kewangan Pinjaman Pelajaran KPT Borang Permohonan. c) Sila masukkan nombor Kad Pengenalan untuk memohon pinjaman KPTM. d) Permohonan adalah PERCUMA. Keputusan permohonan akan diumumkan melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sebaik sahaja tawaran diterima. e) Oleh itu, kerjasama pelajar adalah diperlukan untuk menyediakan dokumen-dokumen seperti tersenarai dibawah bagi tujuan mengisi borang perjanjian pinjaman pelajaran KPT, yang akan diadakan semasa Semester Satu(1). Bil 1. 2. 3. Senarai Dokumen Satu salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/penjamin Satu salinan Kad Pengenalan Pelajar 3 keping setem hasil bernilai RM 10.00 setiap satu

14

3.0

LAIN-LAIN PENAJA Selain daripada pihak PTPTN, terdapat penaja lain yang turut menawarkan pinjaman/biasiswa kepada pelajar yang layak. Walaubagaimanapun, permohonan pinjaman/biasiswa ini adalah terhad dan pelajar boleh mendapat maklumat lanjut dengan cara menghubungi penaja-penaja tersebut seperti dialamat berikut: Berikut disenaraikan nama penaja yang aktif memberikan pinjaman/biasiswa kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam. SENARAI NAMA PENAJA PINJAMAN/BIASISWABIL 1. NAMA PENAJA PTPTN PERINGKAT PENAJA Kerajaan (Perbadanan) ALAMAT Ketua Eksekutif, PerbadananTabung Pendidikan Tinggi Nasional, Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Samantan, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bahagian Biasiswa Aras 4, Blok 1 Menara PJH, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan 62100 Putrajaya NO.TELEFON & LAMAN WEB 03-20983683/20983805 www.ptptn.gov.my

2.

*KPTM

Kerajaan (Persekutuan)

03-8883500 www.mohe.gov.my

15

16

17

18

19

20

Ahli Jawatankuasa Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Sesi Jun 2011PENAUNG PN.ASMARA BINTI SULONG PENASIHAT EN. NAZRI BIN IDRIS

BPC

PENGERUSI PN. FATIMAH BINTI BAHARI SETIAUSAHA PN. MAZNI BINTI MUHAMAD AHLI-AHLI PN. ROSHILA BINTI ABDUL MUTALIB EN. AHMAD AZWAN BIN MAT YATIM PN. AZLIDA BINTI ABDULLAH EN. MOHD SAFARI BIN JAAFAR PN. NOOR HAYATI BINTI MAT TAIB PN. NOR LIZA BINTI KASIM PN. MARINA BINTI MANSOR PENGURUSAN KAMSIS

21