buku log futsal

Download Buku Log Futsal

Post on 13-Aug-2015

165 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

futsal

TRANSCRIPT

LAPORAN MINGGUAN

Minggu Pertama ( 13/09/2011 ) Dalam minggu ini, pengenalan tentang permainan futsal telah disampaikan oleh instruktur dan setiap ahli memberikan pendapat masing-masing mengenai sejarah kewujudan futsal. Pembahagian kumpulan dan tugasan juga telah diberikan dan pendedehan awal tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada minggu-minggu kaan datang juga diterangkan secara ringkas supaya ahli kumpulan dapat tahu serba sedikit tentang perjalanan subjek ini. Pada minggu ini, tiada sebarang aktiviti padang yang dijalankan dan hanya sesi suai kenal antara instruktur dengan mahasiswa sahaja yang dijalankan.

Minggu Kedua ( 20/09/2011 ) Dalam minggu ini aktiviti padang telah mula dijalankan. Bermula dengan senaman ringan untuk memanaskan badan dan mengelakkan daripada berlakunya kecederaan sewaktu melakukan aktiviti nanti. Selepas itu, setiap orang diberikan sebiji bola dan disuruh untuk melakukan senanam yang diajar oleh instruktur iaitu asas untuk mahir dalam permainan futsal. Aktiviti ini amat sukar bagi pihak perempuan kerana mereka tidak terbiasa dengan latihan futsal. Selepas tamatnya aktivti tersebut, aktiviti permainan futsal antara pihak lelaki telah diadakan dan perempuan terus melakukan latihan yang disuruh oleh instruktur.

Minggu Ketiga ( 27/09/2011 ) Minggu bermulalah latihan kemahiran untuk bermain futsal iaitu latihan menghantar bola kepada rakan atau passing ball . Dalam latihan ini, sebiji bola akan dikongis oleh dua orang

1

dan mereka saling berhadapan antara satu sama lain. Semua ahli disuruh untuk membuat satu barisan panjang dan masing-masing menghadap pasangan sendiri. Pada mulanya, kami disuruh untuk menghantar bola perlahan. Apabila semua ahli telah boleh menghantar bola dekat, latihan seterusnya ialah menghantar bola jauh dan kuat, tetapi bola tersebut mestilah leret dan tidak melambung ke atas. Apabila tamat aktiviti tersebut, kami bermain futsal lima sebelah antara lelaki sahaja kerana dalam kumpulan ini memang kekurangan lelaki dan lebih banyak perempuan.

Minggu Keempat ( 04/10/2011 ) Minggu keempat kami mula belajar kemahiran mengelecek. Kemahiran ini merupakan satu kemahiran yang penting selepas latihan menghantar bola. Hal ini demikian kerana dalam permainan futsal, pasukan yang dapat mengawal bola lebih lama dan teratur lebih berpotensi untuk menjadi pemenang. Penguasan bola bagi setiap individu juga amat penting supaya pasukan lawan sukar untuk mengambil bola dari kita. Aktiviti mengelecak ini dijalankan dengan menggunakan kon yang disusun memanjang dan berbentuk S dan L. Latihan mengelecek ini amat sukar bagi perempuan kerana mereka tidak peranah berbuat demikian sebelum ini. Pihak lelaki disuruh membuat latihan mengelecek sebanyak lima set setiap orang. Sesudah habis lima set tersebut, kami semua berasa sangat penat kerana terpaksa melakukan semua set tersebut tanpa henti. Selesai latihan kemahiran tersebut, kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan mengadakan perlawanan futsal tanpa penjaga gol. Kami terpaksa bermain di padang kerana gelanggang futsal masih tidak dapat digunakan kerana masih dalam proses pembaikan.

2

Minggu Kelima ( 11/10/2011 ) Kemahiran menanduk telah diajar dalam minggu ini. Walaupun menanduk amat jarang digunakan dalam permainan futsal dan jarang sekali dilihat pemain menjaringkan gol menggunakan tandukan, namun demikian kemahiran ini perlu diajar kerana kemhairan ini bukan saha digunakan untuk menjaringkan gol malah boeh digunakan untuk menghantar bola kepada rakan. Dalam aktiviti kemahiran ini, setiap bola dikongsi dua orang dan seorang akan membaling bola dan seorang lagi kana menanduk. Setiap orang akan melakukan tandukan sebanyak 10 kali dan dilakukan sebanyak lima set. Kemahiran ini bukan senang untuk dikuasai biarpun bagi pihak lelaki kerana agak sukar untuk mengawal pergerakan bola ketika menanduk. Tidak kiralah menanduk menggunakan bahagian hadapan kepala mahupun sisi kepala. Walaupan agak menyakitkan kepala namun semua ahli kumpulan tetap dapat menimba pengalam baharu bagaimana bermain futsal.

Minggu Keenam ( 18/10/2011 ) Minggu ini kami diajar bagaimana untuk melakukan tendangan yang betul. Tendangan yang dilakukan mestilah deras, padu dan tepat ke gawang gol. Oleh sebab bola futsal agak berat dan keras dari bola padang, kelajuanya adalah dua kali ganda lebih laju dan jika terkena di bahagian badan yang sensitif mungkin akan menyebabkan kecederaan. Cara-cara tendangan yang betul telah diajar dan setiap pasangan akan saling menendang bola ke arah satu sama lain. Latihan kemahiran tendangan ini memang perlu diberatkan kerana merupakan salah satu cara terpenting untuk sebuah pasukan menang. Tanpa mempunyai cara tendangan yang betul, tendangan yang dilakukan tidak padu dan jauh melepasi sasaran. Latihan ini ditamatkan dengan aktiviti menendang ke arah penjaga gol dan pelbagai jenis tendangan diajar seperti tendangan

3

voley menggunakan kaki kiri dan kanan. Walaupun pada hari itu keadaan padang yang agak basah kerana hujan, namun demikian, semua ahli kumpulan tetap bermain dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.

4

PENGENALAN

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Federation International Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis Futebol de Salao, dan bahasa Sepanyol ftbol de saln. Kedua-duanya bermaksud bola sepak dalam dewan.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul. Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA.[1] Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan.5

Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federacion Internacional de Footballl de Saln) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di So Paulo, dengan tuan rumahnya adalah Brazil yang menjuarai kejohanan tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran ftbol, maka FIFUSA telah mencipta nama futsal pada tahun 1985.

FUTSAL Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas, hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan

6

PERALATAN DAN KEPERLUAN Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola balingan dan boleh disesuaikan. Follow up: Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas sintetik, lantai parquet atas simen yang boleh menyerap lantunan.

BOLA FUTSAL Dibuat dari kulit atau bahan sintetik Size 4 untuk dewasa Size 3 untuk junior Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 440 gms. Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa. Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard). Kasut Futsal disebut juga Futsalor, Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat. Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut. Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak danmengurangkan kecederaan. Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain.

7

UNDANG-UNDANG BIASA PERMAINAN FUTSAL Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30% 5 orang pemain. Pemain gantian yang tidak terhad. Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama. Masa dijaga oleh penjaga masa. 20 minit separuh masa dengan 1 time-out untuk setiap pasukan setiap separuh masa. Tiada tindakan untuk pergeseran bahu