buku log bola tampar

Upload: hazeranabila-othman

Post on 12-Jul-2015

1.862 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN 1 SEJARAH BOLA TAMPAR Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1985 di Gimnasium Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Permainan ini berasal dari dua jenis permainan lain, iaitu tenis dan bola keranjang. Prof. Morgan menggabungkan jaring tenis dan bola keranjang. Pada mulanya bola tampar dikenali dengan nama Mintonette, tetapi diubah kepada Volleyball oleh Prof. H.T. Halstead pada tahun 1896. Walaupun perkembangan bola tampar agak perlahan, ia dikembangkan dengan meluas melalui pergerakan Y.M.C.A.. Kanada merupakan negara luar pertama menerima permianan bola tampar, iaitu pada tahun 1900. Selepas itu ia diperkenalkan ke negaranegara lain seperti Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico (1909), Filipina (1910), Uruguay (1912) , China (1913) dan Jepun (1917). Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, anggota tentera Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan bola tampar ke Asia dan Eropah. Secara perlahan-lahan permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Undang-undang permainan dicetak pada tahun 1897 dalam buku panduan The North Amerika YMCA Athletic League. Undang-undang permainan itu telah diubah suai beransur-ansur sejak tahun 1900. Buku undang-undang yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1916 oleh Y.M.C.A. di Amerika Syarikat. Dalam tahun 1922, Kejohanan Bola Tampar Pertama Y.M.C.A. dimulakan di Amerika Syarikat. Berikutan ini Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928. Sejurus kemudian persatuan-persatuan bola tampar telah ditubuhkan di Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipna. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936, 1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internationale de Volleyball (FTVB), persatuan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan. Selepas penubuhan FTVB, undang-undang permainan yang berasaskan undang-undang Amerika Syarikat telah dikemaskini dan diselaraskan.

Pada masa ini FTVB mempunyai sejumlah 175 anggota persatuan kebangsaan, termasuk Malaysia. Selepas FTVB ditubuhkan, banyak pertandingan antarabangsa dianjurkan. Pada tahun 1948, Kejohanan Bola Tampar Eropah Pertama diadakan di Rom. Kejohanan Dunia Pertama (bahagian lelaki) diadakan di Prague pada tahun 1949 dan Rusia telah muncul sebagai johan. Kejohanan Dunia Kedua (untuk lelaki) dan pertama kali untuk wanita telah diadakan di Paris dalam tahun 1951. Dalam Kejohanan Dunia Ketiga di Moscow pada tahun 1952, ia telah menarik minat 60 000 penonton. Rusia menjuarai kedua-dua bahagian tersebut. Dalam tahun 1948, bola tampar telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik ke-18 di Tokyo, Jepun. Rusia merupakan johan bahagian lelaki dan Jepun sebagai johan bahagaian wanita. Dalam tahun 1965, bola tampar diterima secara rasmi sebagai permainan Olimpik di Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Madrid. Berikutan ini bola tampar terus dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik di Mexico City (1984), Seoul (1988) dan Barcelona (1992). WILLIAM G. MORGAN ( 1870-1942 ) William G. Morgan (1870-1942), merupakan anak kelahiran New York yang tercatat dalam sejarah sebagai pengasas permainan bola tampar dan nama asalnya ialah MINTONETTE. Ketika mudanya, Morgan melanjutkan pengajiannya di Springfield College of The Young Mens Christian Association dan bertemu dengan James Naismith pada tahun 1891 iaitu pengasas permainan bola keranjang. Selapas menamatkan pengajian, beliau menghabiskan tahun pertamanya di Auburn ( Maine ) YMCA. Kemudian selepas musim panas pada tahun 1896 beliau berpindah ke YMCA di Holyoke ( Massachusetts ) dan dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Jasmani. Jawatan ini telah memberi beliau peluang untuk memperkenal, memperkembang dan mengarahkan pelbagai program latihan dan kelas kesukanan untuk lelaki dewasa.

Kepimpinan beliau telah diterima oleh semua pihak dan bilangan pelajar di kelas beliau semakin meningkat. Beliau menyedari bahawa beliau memerlukan sejenis permainan rekreasi dalam usaha untuk meneruskan program beliau. Permainan bola keranjang ketika itu baru berkembang dan sesuai untuk orang muda tetapi ia adalah satu keperluan untuk mendapatkan satu alternatif untuk orang yang lebih berumur dalam satu permainan yang kurang membebankan.( Less violent and less intense ).

TAHUN-TAHUN PENTING DALAM SEJARAH BOLA TAMPAR

Tahun 7Julai 1896 1900 1916 1917 1922 1928

Sejarah Bola Tampar Permainan pertama di Springfield College Bola yang lebih khusus telah dicipta Teknik mengumpan dan merejam ( set & spike ) telah diperkenalkan di Filipina. Mata permainan telah ditukar dari 21 ke 15. Kejohanan pertama dilangsungkan di Brooklyn, New York dan sebanyak 27 pasukan dari 11 negara telah menyertai. Menubuhkan Unites States Volleyball Association ( USVBA @ USA Volleyball ) U.S Open pertama dan dibuka kepada bukan skuad YMCA.

1930 1934 1937 1947

Permainan bola tampar pantai dimainkan oleh 2 pemain. Pengadil Bola Tampar Kebangsaan telah dipersetujui. The US Volleyball Association sebagai badan rasmi di peringkat antarabangsa. Ia diperkenalkan dalam persidangan AAU di Boston. Menemui The Federation International De Volleyball Ball ( FIVB )

1948 1949 1964 1965

Permainan bola tampar pertama dilangsungkan. Kejohanan Dunia berlangsung di Parague Czechoslavakia. Memperkenalkan permainan bola tampar di sukan Olimpik di Tokyo. The California Beach Volleyball Association (CBVA) ditubuhkan.

1974 1975

Kejohanan Dunia Mexico disiarkan di Jepun. Pasukan Kebangsaan Wanita US membuat latihan bergerak di Pasadena Texas. 1979 ke Colorado Springs, Coto De Caza dan Fountion Valley. 1980 ke Calfornia dan San Diego pada tahun 1985.

1977 1983 1984 1986 1987 1988 1989 1990 1992 1994 1995 1996

Pasukan Kebangsaan Lelaki bermula di Dayton kemudian di San Diego pada tahun 1981. The Association of Volleyball Profesionals (AVP) telah ditubuhkan. Pasukan US memenangi medal pertama di kejohanan Olimpik di Los Angeles. Pasukan lelaki Emas dan pasukan wanita Perak. The Womens Profesional Volleyball Association (WPVA) FIVB menambah Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai. Pasukan Kebangsaan Lelaki US mengulangi kejayaan emas di Olimpik Korea. Program Bantuan Sukan Diadakan oleh FIVB. Menganjurkan Liga Dunia 4 pemain Pro Beach League bermula di USA. Volleyball World Wide ditubuhkan. Permainan bola tampar 100 tahun. Bola Tampar Pantai, 2 pemain disenaraikan dalam Olimpik.

SEJARAH BOLA TAMPAR DI MALAYSIA Permainan bola tampar mula diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di Pulau Pinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajarpelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan pasukan bola tampar yang pertama di Pulau Pinag, ditubuhkan di sekitar 1926/27. Pada tahun 1927, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor dimulakan. Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala Lumpur. Permainan ini berkembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A.tetapi aktivitinya tidak begitu berkembang.

Pada tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dan sukan bola tampar menjadi popular seperti badminton dan bola keranjang khususnya di negeri tersebut. Dalam tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang-orang Cina Malaya telah menyertai Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh Cina di Shanghai. Penyertaan pasukan ini telah mendorong Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk memperluaskan perkembangan sukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya ia telah membawa kepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina Malaya pada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negeri-negeri dalam usaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Pada bulan April 1937, Kejohanan ini melibatkan bahagian lelaki dan wanita. Singapura telah muncul sebagai johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang. Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapi ia dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan antara negeri pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpa sebarang pertandingan. Pada tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan ini dikaji oleh para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satu mesyuarat di Pulau Pinang. Hasil pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan bola tampar kebangsaan (antara negeri) yang pertama pada tahun 1960. Pada tahun 1962, persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia dan berikutnya telah menjadi ahli penuh dalam Majlis Olimpik Malaya. Pada tahun 1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua di Bentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan. Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Ke empat di Jakarta. Pada tahun 1965, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan SEAP di Kuala Lumpur apabila sukan ini diperkenalkan. Sehingga kini, sukan bola tampar tetap kekal sebagai salah satu acara

sukan yang digemari walaupun tahap penglibatan serta prestasinya belum mencapai tahap yang tinggi setanding dengan beberapa sukan antarabangsa.

BOLA TAMPAR HARI INI

Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara di dunia. Tinjauan tahun 1970 bagi pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, telah melaporkan bahawa bola tampar dan bola keranjang mempunyai jumlah pemain berdaftar yang sama banyak, dengan bilangan lebih kurang 65 juta pemain untuk setiap jenis sukan itu (Buku Panduan Jurulatih Antarabangsa, hal.12). Populariti permainan ini meningkat apabila Jepun menyertakan bola tampar sebagai sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1964. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara asal yang mencipta permainan bola tampar, tetapi hanya pada pertengahan tahun 1980-an barulah negara ini menyediakan kepimpinan dan perkembangan yang pesat untuk permainan ini. Pada tahun 1984, pasukan lelaki dan wanita Amerika Syarikat buat kali pertamanya memenangi pingat bola tampar Sukan Olimpik. Pasukan lelaki menewaskan pasukan Brazil untuk merangkul pingat emas, dan pasukan wanita tewas kepada pasukan China dengan memperolehi pingat perak. Kemenangan ini telah membuka minat kepada golongan rakyat Amerika Syarikat. Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri tanpa mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan atau dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Permainan ini tetap pantas, bertenaga, menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagai sukan sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi di kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, dan program intramural sekolah. Dalam kejohanan Bola Tampar Amerika Syarikat setiap tahun sebagai tambahan kepada kejohanan terbuka, pemenangnya diiktiraf dalam senarai senior (perempuan melebihi 30 tahun, lelaki 35 tahun ke atas) dan Golden Masters (lelaki 45 tahun ke atas).

Kedua-dua kumpulan yang ditubuhkan ini memberi peluang kepada pemain untuk terus bergiat dalam permainan bola tampar pada peringkat pertandingan yang tertinggi walaupun umur telah meningkat. Selain peringkat pertandingan, bola tampar juga sangat popular dimainkan di perhimpunan sosial kerana permainan ini boleh di sesuaikan kemahirannya dan mempunyai peraturan-peraturan yang boleh dipermudahkan dan membolehkan permainan ini dapat dinikmati oleh kesemua orang. Bola tampar dimainkan di beberapa negara asing pada tahap profesional dan mendapat ganjaran kewangan yang banyak. Walau bagaimanapun di Amerika Syarikat, liga profesional yang pertama mengalami masalah kewangan dan akhirnya dibubarkan pada tahun 1982. Suatu aspek yang menarik dalam liga ini ialah pasukan campurannya. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai peranan yang berlainan dalam pasukan (wanita bermain sebagai benteng pertahanan dan lelaki sebagai penyerang), kejayaan tercapai hasil daripada kerjasama semua anggota pasukan. Pada tahun 1987, sebuah liga wanita ditubuhkan tetapi tidak diiktiraf sebagai liga profesional. Buat masa ini, pendapatan daripada segi kewangan untuk sukan ini bergantung kepada minat daripada peminatpeminat bola tampar. Dengan bertambahnya jumlah peminat di seluruh negara dari setahun ke setahun harapan masa depan permainan ini masih cerah. Daripada dorongan kejayaan pasukan bola tampar Sukan Olimpik 1984, permainan bola tampar terus berkembang di Amerika Syarikat pada semua peringkat. Kejayaan kewangan bergantung kepada imej permainan ini dan sokongan peminat. Ini akan menjadi kenyataan apabila mendapat galakan dan bantuan daripada pihak media sama ada media cetak atau media elektronik. Di bawah sistem kiraan mata yang sedia ada, jangka masa sesuatu perlawanan bola berlangsung antara 1 hingga lebih dari 3 jam. Bergantung kepada tahap kemahiran kedua-dua pasukan yang bertanding. Masa yang panjang ini menyukarkan pihak media terutamanya pihak televisyen. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuatkan permainan ini boleh dijangka daripada segi masa permainan dijalankan.

Oleh sebab kesulitan ini, kerap kali permainan ini tidak dapat ditayangkan pada keseluruhan masa pertandingan. Perubahan daripada segi kiraan mata dan/atau masa permainan boleh membuatkan bola tampar lebih menarik untuk liputan media. Terdapat tiga pertubuhan yang menentukan peraturan-peraturan pertandingan bola tampar di Amerika Syarikat. Kejohanan terbuka lelaki dan wanita, dan pertandingan kolej lelaki menggunakan peraturan-peraturan Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA). Untuk kejohanan peringkat kolej wanita dan sekolah peraturan-peraturan dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Sukan Wanita dan Perempuan (NAGWS). Majoriti daripada Sekolah Tinggi Perempuan dan semua Sekolah Tinggi Lelaki ditentukan oleh Persekutuan Kebangsaan Sekola-sekolah Tinggi Negeri (NFSHSA). USVBA mengawal semua kejohanan terbuka di Amerika Syarikat. Negara ini dibahagikan kepada bahagian, dengan setiap bahagian dipertanggungjawabkan untuk menjadualkan kalender pertandingan masing-masing untuk ahli-ahlinya. Pertandingan peringkat kolej untuk lelaki dan wanita dikawal oleh Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCCA), Persatuan Kebangsaan Olahraga Antara Kolej (NAIA), atau Persatuan Olahraga Kolej Remaja Kebangsaan (NJCAA). Pertubuhan-pertubuhan ini mengawasi dan mengelolakan permainan bermusim dan mentadbir kedua-dua kejohanan kebangsaan.

BAHAGIAN 2 GELANGGANG

GELANGGANG BOLA TAMPAR Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter panjang dan luasnya 9 meter 18m x 9m. Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuran sekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di atas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-kurangnya 7m atas permukaan gelanggang bola tampar.

Permukaan Gelanggang Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain di atas kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah berwarna cerah, manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu sama lain,diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas. Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal adalah dilarang. Garisan Gelanggang Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

Garisan-garisan sempadan o Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang permainan. Garisan Tengah o Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi. Garisan Serang

o o

Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan

dilukis 3m dari paksi garisan tengah, menandakan zon depan. serang dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-putus dari garisan tepi,berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu sama lain sepanjang 1.75 m.

ZON DAN KAWASAN PERMAINAN

a) Zon Depan Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serang zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga hujung zon bebas. b) Zon Servis Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m di belakang setiap garisan hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis. c) Zon Penggantian Zon penggantian dihadkan oleh unjuran kedua-dua garisan serang hingga ke meja pencatat skor. d) Kawasan Memanaskan Badan Untuk pertandingan rasmi dan Dunia FIVB, kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3m x 3m, yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas. e) Kawasan Penalti Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap dengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan, di luar garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah berukuran 5 cm.

BAHAGIAN 3 SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR PANTAI DAN MINI

BOLA TAMPAR BEACH Olympic History: Volleyball

Volleyball was invented by Massachusetts natives Dr. James Naismith and William Morgan in 1892, but world-wide influences have helped shape the sport as we know it today. After reaching Japan and Asia through the YMCA network by 1896, a specially designed ball came to be by 1900, and over the next 20 years, rules were set into place. The Philippines created the "set" and "spike" in 1916 and six-a-side play was the standard two years later. By 1920, the rules mandating three hits per side and backrow attacks were instituted. Japan, Russia and the United States each started national volleyball associations during the 1920s. And when U.S. soldiers brought the game overseas during World War II, the sport spread through the rest of Europe like wildfire and France recognized the sport nationally as well. The International Olympic Committee (IOC) made the game a non-Olympic sport in 1949 and the first World Championships for men were held in that same year. The women's first world-level competition came three years later. The Russians would dominate the sport until the mid-1980s with some challenge from Japan during the stint. The United States finally made their mark as the men's team won back-to-back gold medals in Los Angeles (1984) and Seoul (1988). With beach volleyball stealing some of the spotlight away from indoor, certain traditions will be dropped for the Sydney Games. Replacing the previous system where only the serving team could earn one, a point will be at stake for every rally. There also will be another agile defender called a "libero," and will be free to substitute in back-row defense at almost every turn.

Beach Volleyball Just one year after the sport of volleyball turned a century old, beach volleyball was implemented into the 1996 Summer Games in Atlanta. The outside version of the game is played on sand and consists of two players a side instead of six.

Unlike indoor volleyball, points are scored only when the serving team wins a rally. Sets are played to 15 points with a margin of at least two points and a ceiling of 17 points -- a team can win 17-16 for example -and games are played to the best of three sets. The medal round games are the best of three sets to 12 points. Although in the third set a point is scored for every rally, regardless of who is serving, and there is no ceiling -- a team must win by two points at least.

BOLA TAMPAR MINI ( MINI VOLLEYBALL)Indoor Mini Volleyball resumes in term three. This is the perfect format for new teams as well as more advanced teams with divisions from year 4 - 7. With all venues continuing from last year there is sure to be a competition near you. Don't forget the Mini Volleyball at Vodafone CityBeach and look out for the new competition starting at Magill!

What is Mini Volleyball? Mini Volleyball is played on a badminton court with four players per side, modified rules and a soft and lighter ball. What age is it for? It is for Year 4 through Year 7.

Where is it held?

Heathfield High school Brighton Secondary School Henley High School Underdale High School Golden Grove Primary School St Martins Parish School Blackwood High school Unley Sports for all Centre St Marys College Vodafone CityBeach Off-season at Unley, Brighton, Heathfield, Vodafone CityBeach and Golden Grove.

When is it played?

Starts second week term two and finishes second to last week term three. Off Season - October through December

How much does it cost? It costs $14 per team per week and an annual membership fee of $7.70

What are the rules? a) The official court is a badminton doubles court ( 13.4m x 6.1m).

b) The standard net height it two meters. c) A team normally consists of four players on the court but teams may play with three. If there are more than four players then the coach may choose to rotate. This means the substitute will rotate onto the court when your team wins a serve and one current player will move off the court. There is a small exception to this rule, should your server win three serves in a row you will rotate, even though you haven't lost the serve. Just so someone else in your team can have a serve. (Confused please read Mini Volleyball Rotation below) d) One time out, of 30 seconds, may be called each set. Coaches may also instruct their players during the game. e) Scoring system The team that wins the rally wins a point. The matches will be played the best of five sets. The first four sets go to 25 points, the fifth set goes to 15 points each set with a minimum lead of two points. f) If a set is uncompleted at the end of the time it is awarded to the team that has at least 16 points and are two or more points clear (16 - 14 or better). g) Service is from behind the court and must be underarm in the Year 4/5 Division. The Year 6/7 Division may serve over arm. In the Participation Division the ball may be hit off the hand (No Toss). After three successful serves a team will rotate but will retain the serve (See Mini Volleyball Rotation below). Teams earn the right to serve by winning the rally. h) On service the ball may not touch the net but may on any other occasion. i) Players can not touch the net. j) The ball must be hit cleanly and may not be thrown, caught or scooped. The ball may legally contact any part of the body although kicking the ball is illegal. k) Players may not hit the ball twice in a row. l) Teams have three hits to get the ball over the net. A block does not count as a hit. m) If you have any questions just ask the Arena Manager.

Mini Volleyball Rotation Players must rotate on the court each time your team wins the serve back, i.e. the other team served and you won the rally. Players rotate clockwise on the court so that there is a new server each time.

If you have more than five players on your team extra players can act as substitutes. Substitutes can be rotated onto the court each time your team wins the serve back. The simplest way is to think of these players as just extra positions on the court, i.e. part of the circle. The diagram below shows the simplest method to rotate players on. The same procedure occurs after a player has served three successful serves so we get a new server.

Official Rules Mini Volleyball Contents Rule 1 Aim of the game Rule 2 Team composition Rule 3 The court, the net and the ball Rule 4 Position of the players Rule 5 The serve Rule 6 Playing the ball Rule 7 Game near the net Rule 8 Interruptions of the game Rule 9 Scoring Rule 10 The Official

Introduction These rules are meant for children up to the age of 14 and aim to: Adapt the rules to the ability of the youngster starting to play volleyball. There are two skill levels, namely mini 3 and mini 4. Rule 1 Aim of the game Two teams play the ball over a high, mesh net to each other. The net should be strung tightly to allow the ball to 'bounce' off it. Each team tries to make the ball touch the ground in the opponents court. The opponents try to prevent this. Rule 2 Team composition 2.1 Mini 4 - A team consists of four players and a maximum of two substitutes. Mini 4 If a team is mixed the boys and girls must always be on the court in the relation 1:3, 2:2 or 3:1. Teams can have a maximum of two substitutes. Mini 3 A team consists of three players and a maximum of two substitutes Mini 3 If a team is mixed the boys and girls must always be on the court in the relation 1:2 or 2:1. Teams can have a maximum of three substitutes. 2.2 Should a team become incomplete during a match and no substitutes are available, this team is declared the loser of the remaining sets. The team keeps the sets and points they have already won. FIVB exceptional substitutions are allowed. Commentary: The team can play on outside of competition with borrowed players from other teams.

Rule 3 The court, the net and the ball 3.1 The court has the following sizes: Mini/Mix 4 six metres wide and 6 metres long; Mini/Mix 3 six metres wide and 4.5 metres long; Both halves of the court a badminton court using the inner rear line and the outer sideline is a good alternative are separated by a net. The lines, which indicate the playing area, are five centimetres wide and are part of the court. The mesh of the net is preferably made of a dark material. 3.2 The net height is: Mini 4 2.05 metre Mini 3 2.15 metre If possible, antennae perpendicular to the sidelines should be attached to the net. These antennae should be fixed to the net in the same manner as described in FIVB rules. 3.3 A Mini-volleyball weighs 220 grams (plus or minus 10 grams) and has a circumference cheap to buy. Rule 4 Position of the players 4.1 Before the referee starts the game, he performs the toss with the two captains. The winner chooses the court or the right of the first serve. In case of a deciding set, the referee tosses again for the choice of court or the serve. When in the deciding set one of the teams has scored 8 points, the teams have to change sides of 62 centimetres (plus or minus 1 centimetre) Commentary: The Trailball is extremely suited for playing mini-volleyball and is

without interruption. The player, who had the final serve before the side change, keeps it. The rotation of the players remains the same. 4.2 has court player serves. Two rotations are also possible with the mini-3 line-up. Two rotations are the possible with the serve. mini-4 line-up:

A Two players in the front and two in the back. The player positioned right-rear B. One player in the front, two players in the middle and one in the back. The rear

C. Two players in the front and one in the back, the rear court player serves. D. One player in the front and two in the back, the right-rear player serves. One of rotations shown below has to be taken up both to receive serve and to serve. Mini 4 (a) 3 4 2 1 Mini 4 (b) 4 3 1 2 Mini 3 (c) 3 1 2 3 Mini 3 (d) 2 1

4.3 The player who serves may not attack at the net (spike or push) or block. Commentary: When the player at serve attacks at less than 1 metre from the middle line it is a fault, this has to be decided by the referee. Rule 5 The serve 5.1 The ball is put into play by means of a serve. The (right) rear player executes the serve every time. The player may serve from any position along the rear line. When the player hits the ball, he has to have one foot on or over the rear line. This means both feet cannot be behind the line. Commentary: If the ball is thrown up wrongly, the player may drop the ball and

then start again with serving. (The ball may not be caught, this is considered a fault'.) 5.2 The player who serves may enter the court with two feet only after the serve. A serve is considered executed when the player hits the ball after throwing it. 5.3 The serve is good when:

The ball is hit with a hand in such a manner that it passes over the net without hitting it and passes completely between the two vertical antennae or net bands, which are considered to extend indefinitely. The serve has to be executed after the referees whistle. If a player serves before the whistle, the serve has to be executed again. 5.4 The opposition may not block the serve. 5.5 When three points have been scored on the serve of one player, the serving team rotates one position. The team does however retains the serve. Commentary: A player can therefore never score more than three points on his serve. In cases where the referee grants a penalty point (see 10.5), this rule is not valid and the extra point is added to the three points that can be scored. Rule 6 Playing the ball 6.1 The ball may be played with any part of the body (e.g. hand, head, shoulder, legs, feet) if, the contact is correct The ball cannot be 'held' as defined in FIVB rules. When playing the ball for the first time (each time the opponent plays the ball over the net), the ball may hit consecutive parts of the body, if these contacts take place during that same action to play the ball. Commentary: When learning mini-volleyball (beginners 3-3) it is recommended that it is allowable to catch each ball that passes over the net with two hands. Play should then continue using the setting technique.

6.2 After at most three touches, the ball has to pass the net. A touch by the block does not count as a touch. 6.3 A player may not play the ball twice in succession. ( excluding a block ) 6.4 A team loses the rally when the ball hits it's own court, an obstruction above or alongside the court and also when it falls to the ground outside the court after it has been hit by a player of that team. Rule 7 Game near the net 7.1 The players may not touch the net. They may touch the middle line, without going over it. 7.2 The ball may hit the net (except on the service). 7.3 The players can only block with their hands in defence of their court, except on the opponents serve. If one or two of the players who take part in the block hit the ball, this touch does not count for the allowed number of touches for a team. After the block, the team may play the ball three times. 7.4 If two opponents touch the ball simultaneously above the net, the team on whose side the ball ends up, may play the ball another three times.

Rule 8 Interruptions of the game 8.1 The referee indicates after the serve, by means of blowing his whistle, when the game has to be interrupted. 8.2 Each team has two 30-second time-outs during each set in order to get some playing tips or for consultation. Commentary: Many mini-volleyball matches are played on time. Rule 8.2 is not valid under those circumstances.

8.3 Mini Mini

Players 3 4

substitutions Obligatory Voluntary

are on

made on the the

as service service

follows: area area.

"turn-ins" "turn-ins"

Other substitutions are not possible. With mix-teams rule 2.1 applies at all times. Commentary: A "turn-in" means: when the serve changes (the team rotates one position clockwise) the right front player leaves the court and a substitute will serve. 8.4 If the game has to be interrupted due to some unforeseen circumstances, play has to be resumed at the same score-line and rotation as when the interruption occurred, if the interruption did not last more then four hours. After an interruption of over four hours, the match is started anew, and the results that have been gained earlier are cancelled. Rule 9 Scoring 9.1 A team is awarded a point when they serve and the opponent makes an error. A team remains at serve as long as they make no errors. If they do, the serve goes to the other team, and neither team is awarded a point (serve change). The team who receives the ball to serve, must first rotate one position clockwise, except at the beginning of a set. 9.2 A team wins the set, when they have reached 15 points with a minimum difference of two points (e.g. 15-13). In the case of a 14-14 tie, play is continued until a two point lead is made (16-14, 17-15) except that a point limit of 17 applies. After the score 16-16 one point wins the set. The score 17-16 wins the set. 9.3 A team wins the match when they have won two sets (2-0 or 2-1). Commentary: If a match is played on time, adapted scoring is used. In minivolleyball, the decisive set is not played using the rally-point system.

Rule 10 The Official 10.1 One referee controls the game. He ensures that the rules are followed, and that the game is played in an orderly and sportsmanlike manner from beginning to end. In this view he also acts as an educator. 10.2 He controls the game, because he indicates by blowing his whistle when a serve has to take place and when the game has to be interrupted because a fault has occurred. 10.3 The decisions of a referee during the game are binding. 10.4 The referee expects sportsmanlike behaviour of the players and the trainer or coach. When a serious misbehaviour occurs, or a repeat of a lesser violation, the referee can remove a player for the remainder of the set or match from the court. When the referee sees un-sportsmanlike behaviour with the coach, he can ask the organisers to take appropriate measures. 10.5 A warning follows each intentional disturbance that interrupts the game. When repeated, this is punished by a point for the opponents, if they are serving, else the loss of serve.10.6 In cases these rules do not provide for, the official volleyball rules apply.

BAHAGIAN 4 PERALATAN DAN ASPEK KESELAMATAN PENGENALAN Permainan bola tampar merupakan permainan gelanggang yang popular kerana gelanggangnya boleh didirikan disebarang kawasan rata sama ada dipadang, di dewan sekolah, di gymnasium, atau didewan sukan. Seperti jenis sukan yang lain, ia mengandungi ukuran khas untuk kawasan permainan dan alatan khas yang tertentu. Bab ini akan menerangkan kemudahan dan alatan bola tampar. Dengan pengetahuan ini semoga dapat memanfaatkan mereka yang terlibat dalam bola tampar sama ada sebagai pemain atau jurulatih.. i. BOLA Kulit bola harus dibuat daripada lapisan kulit yang fleksibel (flexible leather case) dengan satu pundit getah atau bahan yang serupanya didalam bola. Berat bola adalah antara 260 hingga 280 gram. Lilitannya dari 65 sm hingga 67 sm. Warna bola adalah muda dan sejenis warna sahaja. ii. JARING Jaring bola tampar adalah 9.50 meter panjang dan luasnya semeter. Ia diperbuat daripada jala hitam dengan lubang berbentuk segi empat sama berukuran 10sm persegi. Sehelai kain kanvas putih , luasnya 5 sm dilipat dan dijahit di bahagian atas jaring . Bahagian atas jaring diregangkan dengan satu dawai kasar untuk mengikat jaring kepada tiang dan menjadikan bahagian bawah tiang tegang. Dua jalur putih selebar 5 sm dan sepanjang semeter dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan diatas kedua-dua garisan tepi. Kedua-dua penanda tepi ini adalah sebahagian daripada jaring.

JARING BOLA TAMPAR ANTENA Dua batang kaca gentian (fibre-glass rod) atau bahan yang mudah lentur, berukuran 1.80 meter panjang dan 10mm garis pusat diikat diluar tepi setiap penanda tepi dan diletak disebelah jaring yang bertentangan. 80 sm dari setiap antena akan menganjur keatas jaring dan ditandakan dengan jalur selebar 10 sm yang kontras antara merah dan putih. Antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring yang menandakan had tepi jaring dan ruang lintasan.

Ketinggian Jaring

Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian atasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk wanita. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada kedua-dua garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran rasminya. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah : Lelaki B-18 Lelaki B-15 : 2.35 m : 2.25 m

Perempuan B-18 : 2.20 m Perempuan B-15 : 2.15 m L & P B-12 iii. TIANG Tiang bola tampar mesti bulat dan licin , tingginya 2.55 meter dan ketinggiannya harus boleh diubahsuaikan mengikut keperluan. Tiang ini harus dipasangkan berjarak antara 0.50 1.00 meter dari setiap garisan di tepi lantai. iv. PAKAIAN Pakaian pemain mengandungi jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Pakaian jersi, seluar pendek dan sarung kaki mesti seragam dan sama warna untuk satu pasukan. Jersi pemain mesti bernombor dari 1 hingga 18. Nombor mesti diletakkan dibahagian tengah depan dan belakang jersi. Warna nombor pada depan jersi ialah minimumnya 10 sm dan dibelakng jersi ialah 15 sm. Kelebaran jalur yang membentukkan nombor adalah minimumnya 2 sm. : 2.00 m

PAKAIAN PEMAIN BOLA TAMPAR v. KASUT Kasut mestilah ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau tapak kulit, tetapi tanpa tumit.

Semua pemain bola tampar harus memakai pakaian yang sesuai sama ada semasa berlatih atau semasa bertanding. Kebersihan diri adalah penting. Ini bermakna pemainpemain harus menggunakan tuala sendiri, sarung kaki dan kasut sendiri dan bukan meminjam daripada atau kepada pemain lain. ASPEK KESELAMATAN PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN KECEDERAAN-KECEDERAAN SERTA PERTOLONGAN CEMAS DAN PEMULIHAN. Kecederaan berlaku pada masa aktiviti fizikal dan permainan atau aktiviti-aktiviti itu dijalankan dalam bentuk pertandingan. Begitu juga dalam permainan bola tampar, kecederaan biasa berlaku. Kecederaan-kecederaan ini sering berlaku terutamanya apabila pemain itu berasa letih pada akhir sesuatu perlawanan atau sesi latihan. Adalah menjadi tugas guru dan jurulatih mengambil semua langkah dan tindakan pencegahan yang perlu untuk memastikan kecederaan kecederaan tidak terjadi. Tetapi kadangkala kecederaan masih berlaku sungguhpun langkah-langkah keselamatan telah diambil. Dalam situasi ini, seseorang guru atau jurulatih patut mengetahui apakah jenis pertolongan cemas dan langkah pemulihan yang harus diambil untuk tindakan selanjutnya . Sebelum seseorang guru atau jurulatih dapat berbuat demikian, mereka harus mempunyai pengetahuan tentang: 1. Jenis-jenis kecederaan yang berlaku dalam permainan bola tampar. 2. Bagaimana kecederaan berlaku atau mengapa ia berlaku. 3. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah kecederaan itu. 4. Apakah jenis pertolongan cemas yang harus diberi semasa menunggu kedatangan pegawai perubatan untuk memberi rawatan. 5. Apakah tindakan pemain pada masa pemulihan untuk memperoleh semula kesegaran dan kecerdasan badan.

JENIS-JENIS KECEDERAAN KECEDERAAN BIASA DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR SESUATU KECEDERAAN MUNGKIN DISEBABKAN OLEH; 1. Kekuatan Luaran (External Forces) kecederaan luaran - kecederaan luaran biasa berlaku bila seorang pemain melanggar dengan pemain lain atau dengan tiang jaring. 2. Kekuatan didalam badan satu kecederaan dalaman (intrinsic injury) - Untuk kecederaan dalaman , kekuatan (forces) bertindak keatas otot-otot , tendon, ligamen dan rawan menyebabkan kecederaan. Sebagai contoh , kecederaan tegang (strains) dan terseliuh. 3. Kegunanaan berlebihan (Over-use) - tidak membiasakan kegunaan tangan, kaki dan anggotra badan secara berlebihan tulang, otot-otot tendon dan ligamen juga boleh dicederakan melalui cara ini. - Faktor akibat tekanan (stress fractures) dibahagian bawah kaki disebabkan latihan berlebihan diatas permukaan keras dan kesakitan tendon Achiless merupakan contoh-contoh kecederaan ini..

BAHAGIAN 5 BAGAIMANA BERMAIN BOLA TAMPAR Permainan bola tampar dimain oleh dua pasukan yang mengandungi enam pemain setiap pasukan. Setiap pasukan berada diseparuh gelanggang masing-masing. Gelanggang segi empat, 60 kaki dengan 30 kaki dibahagikan dengan satu jaring 2.24 meter untuk wanita dan 2.43 meter untuk lelaki dari lantai. Pemain-pemain setiap pasukan menampar bola dengan tangan dan lengan bawah melintasi jaring kedalam gelanggan lawan . Perletakan kemahiran ( skilled placedment ) dan pukulan-pukulan digunakan supaya bola tidak dapat dikembalikan dengan berjaya. Permainan bermula apabila seseorang pemain (no1) memulakan servis dengan menghantar bola dari luar belakang sudut kanan gelanggang sendiri. Dia mesti memukul bola melintasi jaring dengan tangan atau lengan bawah dari satu posisi di belakang garisan hujung atau belakang gelanggang sendiri. Ini disebut membuat servis. Satu servis baik adalah yang melintasi jaring dan menyentuh lantai atau seorang pemain didalam gelanggang lawan. Apabila servis baik menyentuh lantai di dalam gelanggang lawan atau pemain lawan gagal mengembalikan bola, satu mata diperoleh dan pemain yang sama (no1) membuat sevis semula . Setiap pemain terus membuat servis sehingga dia melakukan satu kesalahan (fault) atau pasukannya gagal memulangkan bola kepada pemain-pemain lawan dan mendapat satu mata. Hanya pasukan yang membuat servis boleh mendapat mata. Selepas satu servis baik, setiap pasukan mesti memulangkan bola dengan memukulnya tidak lebih daripada tiga kali untuk menghantar bola melintasi jaring. Tidak sesiapa pemain dibenarkan memukul bola dua kali berturut-turut. Seorang pemain boleh memukul bola kali pertama dan kali ketiga semasa bermain untuk menghantar bola melintasi jaring. Semasa bermain, bola boleh dipukul kemana-mana arah dengan sebelah, kedua-dua tangan atau lengan bawah.

Bola tidak boleh menyentuh sebarang bahagian badan dibawah pinggang. Bola boleh dihantar dengan secepat mungkin dan apabila sebahagian bola melintasi jaring atau bola yang kena jaring juga boleh dimainkan. Situasi gagal memulangkan bola terjadi apabila satu side out atau mata dilakukan. Side out bererti pasukan yang membuat servis dan mata berlaku apabila pasukan penerima gagal membalas bola. Servis ditukar kepada pasukan lain apabila berlaku side-out tapi sebelum servis dibuat, pemain-pemain daripada pasukan yang akan membuat servis menukar posisi mengikut arah pergerakan jam. Pergerakan ini dikenali sebagai memutar (rotating). Satu permainan dimenangi oleh satu pasukan jikalau ia memperoleh 15 mata berlebihan daripada lawannya. Pasukan-pasukan kemudian menukar gelanggang masingmasing. Pasukan yang memenangi dua permainan akan menang perlawanan itu.

CARA BERMAINPEMAIN Sesuatu pasukan mengandungi maksimum 12 orang pemain, seorang jurulatih (mungkin juga seorang penolong jurulatih), seorang pelatih (trainer) dan seorang doktor. Hanya pemain-pemain yang didaftar dalam lampiran skor (score sheet) boleh menyertai pertandingan. SISTEM SKOR Untuk Memenangi Sesuatu Perlawanan Sesuatu perlawanan dimenangi oleh pasukan yang memenangi tiga dari maksimum lima set yang diadakan. Jika berlaku seri 2-2, set penantuan (ke 5) dimainkan. Untuk Memenangi Sesuatu Set Sesuatu set (set 1 hingga set 4) dimenangi oleh pasukan yang memperolehi 25 mata dahulu dalam kes 24-24, permainan diteruskan sehingga kelebihan.

PERSEDIAAN PERLAWANAN

Untuk memulakan permainan, pengadil pertama melakukan undian dengan melambung duit syiling di hadapan kedua-dua ketua pasukan. Pemenang lambungan ini memilih sama ada membuat servis atau menerima servis atau memilih gelanggang. Yang kalah mengambil pilihan selebihnya. Sekiranya set penantuan akan dimainkan, pengadil pertama akan menjalankan undian yang lain pula. Sebelum sesuatu perlawanan, setiap pasukan akan diberi masa tiga minit untuk memanaskan badan (jika penantuan gelanggang telah dibuat), atau lima minit jika penentuan gelanggang belum dibuat. Sekiranya kedua-dua ketua pasukan bersetuju memanaskan di jarring bersama-sama, pasukan-pasukan itu boleh melakukannya untuk 6 atau 10 minit. Dalam kes memanaskan badan secara bergilir-gilir, pasukan yang membuat servis pertama mengambil giliran pertama di jaring.

BARISAN UTAMA PASUKAN Sebelum bermula setiap set, jurulatih perlu menyenaraikan enam pemain utama pasukannya di dalam borang barisan pemain utama. Borang ini yang telah ditandatangi diserahkan kepada pengadil kedua atau pencatat skor. Selepas itu tiada pertukaran ke atas barisan pemain utama dibenarkan. Ia hanya boleh berlaku melalui proses pertukaran biasa. KEDUDUKAN DAN PUTARAN PEMAIN Kedudukan 1. Ketika bola dipukul oleh pembuat servis, setiap pasukan mesti berada di posisi masing-masing (melainkan pembuat servis) dalam dua baris tiga orang pemain. Barisan-barisan ini boleh berputus-putus. 2. Tiga pemain di sepanjang jaring adalah pemain barisan depan dan menempatkan kedudukan 4 (pemain kiri), 3 (pemain tengah),dan 2 (pemain kanan). Tiga orang

pemain lagi adalah pemain barisan belakang dan menampatkan kedudukan 5 (pemain kiri), 6 (pemain tengah ) dan 1 (pemain kanan)

4 5

3 6

2 1

1 2

Kedudukan pemain ditentukan dan dikawal menurut kedudukan tapak kaki yang bersentuhan dengan lantai Sesudah servis dilakukan, pemain-pemain boleh bergerak dan mengambil tempat di mana-mana di dalam gelanggang dan zon bebas.

Putaran Apabila pasukan yang menerima servis, bertukar peranan sebagai pembuat servis, pemain-pemain mestilah berputar satu kedudukan mengikut arah jam (pemain di kedudukan 2 berputar ke kedudukan 1 untuk membuat servis, pemain di kedudukan 1 berputar ke kedudukan 6, dan sebagainya. PENGGANTIAN PEMAIN Enam penggantian maksimum dibenarkan bagi sesebuah pasukan pada setiap set. Seorang atau lebih pemain boleh digantikan pada masa yang sama. Untuk penggantian lebih daripada seorang pemain, isyarat mesti diberi kepada pengadil dahulu. Seseorang pemain dari senarai barisan pemain utama boleh meninggalkan permainan dan masuk semula gelanggang, tetapi hanya sekali dalam satu set dengan syarat, dia menggantikan pemain yang menggantikanya. Penggantian mesti dilakukan di dalam zon penggantian.

BILANGAN PUKULAN BOLA a) Setiap pasukan berhak melakukan maksimum tiga pukulan sebelum menghantar balik bola melepasi jaring. Satu sentuhan yang tidak disengajakan juga dikira sebagai satu pukulan. b) Seseorang pemain tidak boleh memukul bola dua kali berturut-turut melainkan semasa mengadang. c) Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola pada masa yang sama (sentuhan serentak). Apabila dua atau tiga rakan sepasukan menyentuh bola serentak, ia dikira sebagai dua atau tiga pukulan (melainkan semasa mengadang). CIRI-CIRI PUKULAN Bola boleh disentuh dengan mana-mana bahagian badan. Bola boleh menyentuh beberapa bahagian badan dengan syarat sentuhan-sentuhan itu berlaku serentak. Semasa melintasi jaring bola boleh menyentuhnya melainkan semasa servis. Bola yang dihantar ke dalam jaring boleh diselamatkan dalam had tiga pukulan sepasukan. Jika bola memutuskan atau mengoyakkan tali jalinan jaring, rali itu dibatalkan dan dimainkan semula. Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menghulurkan tangan ke kawasan atas jaring pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawan membuat pukulan serang. Pemain dibenarkan menembusi ruang pihak lawan di bawah jarring dengan syarat dia tidak mengganggu pemain lawan. SERVIS Servis pertama untuk set 1 dan 5 dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh undian. Set-set lain akan dimulakan dengan servis dilakukan oleh pasukan yang tidak melakukan servis pertama dalam set sebelumnya. Pemain-pemain mestilah mengikut susunan servis yang direkordkan di atas borang barisan pemain utama. Putaran servis adalah mengikut arah pusingan jam. Pembuat servis mesti melakukan servis di dalam zon servis. Ia mesti memukul bola dalam masa lima saat selepas pengadil pertama meniup wisel untuk servis.

Servis yang dilakukan sebelum pengadil meniup wiselnya dibatalkan dan harus diulangi. Bola boleh dipukul dengan satu tangan atau mana-mana bahagian lengan selepas dilambung atau dilepaskan. Jika bola itu selepas dilambung atau dilepaskan oleh pembuat servis mendarat tampa manyentuhnya, ia dikira sebagai percubaan servis. Selepas percubaan servis, pengadil mesti membenarkan servis itu dilakukan semula dalam masa 5 saat yang berikutnya. Hanya satu percubaan servis dibenarkan. Pemain-pemain dari pasukan yang membuat servis tidak boleh menghalang pihak lawan seperti melindungi daripada melihat pembuat servis atau lintasan pergerakan bola. Pemain dari pasukan yang membuat servis dikira melakukan satu perlindungan individu sekiranya ia melambai-lambaikan tangan, melompat atau bergerak dari sebelah gelanggang, apabila servis sedang dilakukan dan bola tiu diservis melalui atasnya. PUKULAN SERANG Pemain barisan depan boleh melakukan sesuatu pukulan serang di sebarang ketinggian di ruang gelanggang sendiri. Pemain barisan belakang pula boleh merejam bola pada sebarang ketinggian dengan syarat lompatan itu di belakang garisan serang. Selepas membuat pukulan, dia boleh mendarat dalam zon depan. Pemain barisan belakang boleh memukul bola melepasi jarring semasa di zon depan jika pada masa sentuhan dibuat, dia menyentuh bola itu di bawah dari aras atas jarring. MENGADANG Hanya pemain-pemain barisan depan sahaja dibenarkan melakukan sesuatu adangan. Ia boleh dilakukan seorang, dua orang atau tiga orang. Sentuhan adangan tidak dikira sebagai satu pukulan. Tiga pukulan lagi dibenarkan selepas sentuhan adangan. Pukulan pertama selepas adangan boleh dilakukan oleh mana-mana pemain termasuk pemain yang telah menyentuh bola semasa mengadang. Semasa mengadang, pemain boleh meletakkan tangan atau lengan di sebarang jaring dengan syarat aksinya tidak mengganggu permainan pihak lawan. Namun adalah

tidak dibenarkan menyentuh bola di seberang jaring sehingga pihak lawan telah melakukan sesuatu pukulan serang. MASA HENTIAN PERMAINAN Setiap pasukan berhak untuk mendapatkan maksimum dua masa hentian dalam setiap set. Masa hentian yang tidak digunakan tidak dapat dikumpulkan untuk kegunaan set-set seterusnya. Tempoh satu hentian ialah 30 saat. Ketika ini semua pemain mesti berkumpul berhampiran dengan bangku masing-masing. GANGGUAN PERMAINAN Gangguan kurang dari 4 jam A. Jika perlawanan itu disambung main di gelanggang yang sama, maka set yang terganggu itu diteruskan. Pemain-pemain dan kedudukan-kedudukan adalah sama. Skor set yang telah dimainkan terdahulu juga dikekalkan. B. Jika perlawanan itu disambung main digelanggang lain, maka set yang terganggu itu dibatalkan dan dimainkan semula dengan barisan utama pemain-pemain yang sama. Set-set yang telah dimainkan terdahulu dikekalkan. Gangguan lebih dari 4 jam Jika satu atau beberapa gangguan berlaku melebihi jumlah masa empat jam, keseluruhan perlawanan akan dimainkan semula. SELANGAN ANTARA SET Selangan di antara set ialah tiga minit. Pada ketika ini, pertukaran gelanggang dan pendaftaran barisan utama pasukan-pasukan dilakukan

PERTUKARAN GELANGGANG Selepas setiap set, pasukan-pasukan akan menukar gelanggang kecuali pada set penentuan. Ahli-ahli pasukan yang lain akan menukar tempat duduk simpanan. Dalam set penentuan, pertukaran gelanggang berlaku apabila salah satu pasukan mencapai mata 8. Pertukaran dilakukan tanpa lengah dan kedudukan pemain dikekalkan. Sekiranya pertukaran tidak dibuat pada masa yang sepatutunya, ia akan dilakukan apabila sahaja ksilapan itu dikesan. Skor pada masa pertukaran dikekalkan.

BAHAGIAN 6 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAIANAN BOLA TAMPAR MENGHADANG (BLOCKING) Menghadang (blocking) merupakan kemahiran yang dilakukan sama ada seorang atau dua orang pemain yang bertujuan untuk : Menahan dan menghalang serangan daripada kemahiran merejam oleh pihak lawan. Menghadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang lawan Mendapatkan skor atau mata dengan menggagalkan percubaan rejaman oleh pihak lawan. Mengurangkan kelajuan dan memesongkan bola kepada pemain pasukan sendiri.

Kemahiran ini merupakan satu kaedah menahan bola dekat jaring. Pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi dimana bola itu melintasi jaring. Penghadangan hanya merupakan salah satu fasa daripada keseluruhan sistem pertahanan. Fasa-fasa lain termasuk menerima servis, memberi perlindungan di belakang perejam dan melakukan beberapa cara menyelamatkan bola. Ia juga digunakan untuk mengatasi rejaman dan akan kesannya membawa kejayaan atau kemenangan dalam permainan. Penghadangan yang menggunakan kedua-dua belah tangan adalah pertahanan terbaik untuk menahan bola yang direjamkan.

Fasa-Fasa Hadang Tunggal Fasa Persediaan

1. Tunggu di jaring. 2. Lihat pengumpan lawan. 3. Tangan di paras bahu. 4. Selepas umpanan, mata tertumpu kepada penyerang lawan. 5. Tempatkan diri anda di hadapan tangan memukul perejam.

Fasa Perlaksanaan

1. Lompat serta-merta setelah penyerang melompat. 2. Lengan mencapai atas jaring. 3. Tangan melintasi ke gelanggang lawan. 4. Bariskan setengah badan anda di depan bahagian sisi memukul lawan. 5. Undurkan tangan. 6. Mendarat atas kedua-dua kaki.

Fasa Ikut Lajak

1. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan. 2. Beralih daripada jaring. 3. Lihat bola.

Fasa-Fasa Hadang Berganda Fasa Persediaan

1. Setelah umpanan, pengadang yang bergerak, menumpukan perhatian kepada pemain yang sedang membuat hadangan.

Fasa Perlaksanaan

1. Kedua-dua pengadang melompat serentak.

Fasa Ikut Lajak 1. Semua pemain kembali ke kedudukan biasa.

MENGADANG Latihan perseorangan 1. Mengadap kedinding. a) Melonjak dan menyentuh dinding. b) Melonjak dan menyentuh tanda didinding. c) Latihan tubi diteruskan lima hingga enam kali berturut-turut dan rehat. 2. Mengadap ke jaring.

a) Mengulangi latihan tubi seperti no 1 diatas. Latihan berpasangan 1. Dua orang pemain mengadap sesama sendiri dengan jaring diantara mereka. a) Berdiri dekat jaring b) Membilang tiga kiraan. c) Pada kiraan ketiga, kedua-dua pemain melompat dan menepuk tangan pasangan diatas jaring. 2. Seperti No1 diatas, tetapi selepas menepuk tangan pasangan dan mendarat, bergerak ketepi dua langkah dan melompat untuk mengadang semula.

3. Seperti No 1 diatas, tetapi salah seorang pemain memegang sebiji bola diatas kepala. a) Seorang pemain memegang bola diatas kepala. b) Pada kiraan ketiga, kedua-dua pemain melompat . c) Pemain tanpa bola akan mengambil bola daripada pasangannya diatas jaring.

d) Latihan tubi diulangi beberapa kali.

4. Seperti No3 diatas,tetapi pemain yang memegang bola ,melompat dan membaling bola ketangan pengadang.

Latihan bertiga 1. Seperti dalam cara latihan ini menggunakan dua pemain yang akan menghantar bola bergilir-gilir kepada pengadang.

2. Tiga pemain, pemain A ialah pengumpan dan pemain B ialah pemain yang membuat pukulan berdiri digelanggang yang sama, pemain C ialah pengadang digelanggang lain. a) Pemain A mengumpam bola kepada pemainB . b) Pemain B membuat pukulan bola melintasi jaring. c) Pemain C mengadang bola itu. d) Latihan tubi itu diteruskan selama lima kali. e) Pemain-pemain menukar posisi dan peranan mereka

Latihan berkumpulan 1. Seperti dalam cara latihan berpasangan No1 dan No 2, tetapi bilangan pemain ditambah kepada enam orang. 2. Setiap kumpulan mengandungi enam atau lebih pemain. a) Pemain-pemain digelanggang A berdiri berpasangan iaitu pemain A1 dan pasangan A2. b) Pemain-pemain digelanggang B berbaris, iaitu pemain B1 berdiri didepan dan pemain B2 dibelakangnya. c) Pemain B1 dengan memegang bola bergerak ke jaring dan membaling bola ketangan pasangan A1 yang cuba mengadang bola itu. d) Pemain B2 bergerak dan membaling bola ketangan pasangan pemain A2 yang cuba mengadang bola itu. 3. Seperti dalam cara latihan bertiga No2, tetapi dua pemain mengadang diperlukan.

HANTARAN BAWAH TANGAN (DIGGING) Ia juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran jenis ini menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan pihak lawan. Kemahiran ini juga

diaplikasikan apabila semasa bola berada terlalu dekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan , menyelamatkan hantaran, dan mengawal bola. Fasa-fasa menyangga adalah seperti berikut: Fasa Persediaan 1. Tangan bersedia. 2. Kaki bekuda-kuda selebar bahu. 3. Lutut bengkok. 4. Lengan selari dengan paha. 5. Belakang lurus. 6. Mata mengikut bola.

Fasa Perlaksanaan 1. Kedua ibu jari selari.2.

Tumit pergelangan tapak tangan dirapatkan.

3. Capai ke arah bola. 4. Jatuhkan bahu rapat ke sasaran. 5. Luruskan badan ke bola. 6. Lakukan pergerakan menjolok ke hadapan dan ke atas. 7. Cungkil pergelangan tangan atau bengkokkan siku untuk mendapatkan ketinggian yang baik.

8. Pergerakkan pinggul ke hadapan. 9. Lihat bola menyentuh lengan.

Fasa Ikut Lajak 1. Pelantar lengan diarahkan ke sasaran 2. Lengan tidak tinggi daripada bahu. 3. Pindahkan berat badan ke hadapan. 4. Mata mengikut bola ke sasaran.

Butir-butiran menyangga 1. 2. tangan. 3. Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut untuk menerima hantaran. Pastikan ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari. Terkunci siku-siku dengan melurusklan lengan-lengan dan pergelangan

4. sasaran. 5. minimum. 6. 7. 8.

Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk menghadap Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu yang Elakkan daripada menghayun lengan ke bola. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi.

Variasi Menyangga 1. Persediaan kedudukan asas 2. Hantaran bawah tangan arah sisian ( lateral movement ) 3. Junam dan tangkap ( dive and catch ) 4. Junam dan luncur ( dive and slide ) 5. Junam dan pusing ( dive and turn ) 6. Berguling HANTARAN DEPAN (FOREARM PASS) Kemahiran asas bola tampar yang perlu dipelajari ialah hantar depan. Kemahiran ini juga dikenali sebagai hantaran bawah atau 'bump'. Biasanya ini adalah kemahiran pertama yang mesti dilaksanakan oleh pasukan anda jika anda belum dipililh untuk memulakan servis. Hantaran ini digunakan untuk menerima servis, menerima rejaman dan memainkan bola pada paras pinggang, ke bawah dan di jaring. Walaupun hantar depan selalu digunakan, adalah lebih baik anda mengawal hantaran dengan menggunakan hantaran atas kepala. Dengan itu, jika boleh hantaran atas kepala menjadi pilihan utama. Walau bagaimanapun, sebarang bola laju, seperti servis atau rejaman, mestilah selalu diterima dengan 'hantar depan' kerana tangan yang terbuka tidak cukup kuat untuk menerima bola yang dipukul kuat. Hantar depan selalu digunakan untuk menghantar terus kepada rakan pasukan. Ini adalah penting untuk menyerap hentakan bola pukulan kuat serta menghantar bola cara ini boleh membantu rakan sepasukan melaksanakan hantaran atas atau umpanan dalam permainan berikutnya.

MENGAPA HANTAR DEPAN PENTING? Jika anda ingin pasukan anda berjaya, hantar depan mestilah dilaksanakan sepenuhnya bila menerima bola daripada pihak lawan. Apabila anda melakukan serangan balas, hantar depan yang tepat amat penting. BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTAR DEPAN Unsur-unsur melaksanakan hantar depan yang baik adalah (a) menghampiri bola (b) tetapkan posisi anda (c) membuat sentuhan, dan (d) tumpuan kepada bola ke arah sasaran. Semasa melakukan balingan lengan hadapan; tangan anda mestilah digabungkan bersama; ibu jari mestilah selari. Siku berpusing ke dalam. Dengan itu, bahagian lengan yang lembut - lurus menghadap siling. Lengan anda selari dengan paha, jauhkan daripada badan. Anda mesti cuba meletakkan badan anda di belakang bola, serapkan daya, dan hantar bola terus kepada sasaran dengan menggunakan badan, melalui kaki yang diluruskan semasa menyentuh bola. Lihat Rajah untuk kunci kejayaan hantar depan. Sangga mempunyai kaitan kemahiran mudah untuk digunakan apabila anda bergerak ke arah bola terlebih dahulu, iaitu mendapat kedudukan yang sesuai sebelum cuba melaksanakan kemahiran. Kesukaran kemahiran ini ialah apabila anda tidak pernah menggunakan lengan anda dalam sukan-sukan yang lain. Kecenderungannya ialah untuk anda memukul dengan tangan, anda harus berhati-hati agar tidak menyerap tabiat ini.

Fasa-Fasa Hantar Depan Fasa Persediaan 1. Tangan mesti ditemukan. 2. Kedudukan kaki terbuka ke hadapan dan ke belakang. 3. Kaki selebar bahu. 4. Lutut dibengkokkan. 5. Lengan hadapan selari dengan paha. 6. Belakang lurus. 7. Mata pada bola.

Fasa Perlaksanaan 1. lbu jari selari. 2. Tumit tapak tangan ditemukan. 3. Terima bola pada tepi kiri badan. 4. Kaki dilunjurkan sedikit. 5. Pergerakan "menjolok" ke hadapan dan ke atas. 6. Platform condong ke arah hadapan. 7. Pinggul ke bawah dan ke hadapan. 8. Perhatikan bola menyentuh tangan.

Fasa Ikut Lajak

1. Tangan tetap ditemukan. 2. Platform mengikuti bola ke sasaran. 3. Tangan tidak tinggi lebih daripada bahu. 4. Pindahkan berat badan ke hadapan. 5. Mata rnengikut bola ke sasaran.

HANTARAN ATAS (setting) Kemahiran hantaran atas membolehkan anda mengawal bola dengan kecekapan yang sangat baik. Anda menggunakan tangan atas untuk menggerakkan bola kepada rakan sepasukan dan jarang sekali digunakan untuk mengembalikan bola ke pihak lawan. Hantaran dilaksanakan buat sementara oleh pengumpan untuk menghantar bola itu kepada penyerang tetapi ia mungkin digunakan oleh pemain untuk memenuhi tugas itu. Anda mestilah boleh melaksanakan kemahiran sama ada di hadapan atau di belakang tanpa mengubahcara penghantaran. MENGAPA HANTARAN ATAS PENTING Hantaran atas biasanya pukulan bola kedua pasukan anda dalam tiga peringkat serangan. Dalam kebanyakan keadaan serangan, seorang pemain dilantik sebagai pengumpan dan melaksanakan pukulan kedua atau set. Orang ini mestilah penghantar atas yang terbaik bagi satu-satu pasukan. Hantaran atas boleh digunakan oleh pemain ketika menerima sebarang bola tinggi lebih daripada paras bahu dan datang ke arah pemain dengan laju. Anda mestilah menggunakan hantaran atas bila perlu. Jangan biarkan bola jatuh ke paras hantaran depan, kerana hantaran atas adalah cara yang paling berkesan untuk mengendalikan bola.

BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTARAN ATAS KEPALA Kedudukan sedia ialah menggerakkan langkah, kaki dan bahu dijarakkan, lutut bengkok dan tangan diangkat ke hadapan dahi pada jarak lebih kurang15-20 cm. Ibu jari menghala ke mata anda. Bentuk tingkap dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam sebegitu rupa jari-jari adalah dua kali jaraknya daripada ibu jari anda. Lihat bola melalui tingkap ini. Adalah sangat penting, bahu anda diletakkan tegak menghala ke sasaran. Apabila bola menyentuh tangan anda, tangan anda membentuk mengikut bola dengan hanya dua gabungan tangan dan ibu jari menyentuh bola. Apabila bola menyentuh tangan anda, lunjurkan tangan dan kaki, pindahkan berat badan anda mengikut arah hantaran.

Fasa-Fasa Hantaran Atas Fasa Persediaan 1. Kedudukan bersedia. 2. Lutut dan punggung dibengkokkan. 3. Bahu tegak ke sasaran. 4. Tangan di hadapan dahi. 5. Membentuk tingkap. 6. Lihat bola melalui tingkap.

Fasa Perlaksanaan 1. Bentuk tangan mengikut bentuk bola. 2. Sentuh bahagian bawah bola.

3. Sentuh bola dengan bahagian atas temuan jari. 4. Luruskan tangan dan jari. 5. Tangan menghala ke sasaran.

Fasa Ikut Lajak 1. Tangan dan lengan lurus ke sasaran. 2. Pindahkan berat badan ke sasaran 3. Bergerak ke arah bola.

KEMAHIRAN MENYELAMAT BOLA Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupun bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, maka kemahiran menyelamat bola diperlukan. Di antara teknik yang boleh digunakan ialah terjun hadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanya digunakan oleh pemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir dengan permainan bola tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemain lelaki yang baru atau belum mahir dan pemain wanita. Kedua-dua teknik menyelamatkan bola ini dilakukan oleh pemain bola tampar. TERJUN HADAPAN 1. Pemain berlari menuju ke arah bola. Pemain tangan kanan membuat terjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan dihulurkan kejarak yang paling jauh. 2. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas. Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian belakang tapak tangan. 3. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk menyerap berat badan. 4. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso.

Aksi terjun hadapan dari mula hingga akhir

1. Bersedia untuk menuju ke arah bola. 2. Langkah yang luas digunakan unutk mendekati bola. Tangan dan kaki yang sama digunakan. 3. Badan direndahkan untuk menyelamatkan bola. Bola disentuh di sekitar pergelangan tangan atau bahagian dalam lengan atau bahagian atas tapak tangan. 4. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerakkan ke arah dalam supaya ia tidak menyentuh lantai. 5. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan. 6. Membuat gulingan. 7. Bersedia semula untuk permainan seterusnya

Aksi guling sisi dari mula hingga akhir (a-f)

MEREJAMKemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkan mata atau skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah gelanggang pihak lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari mana bola akan tiba. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayun tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan. Kemahiran merekam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainan ini berasal dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatu pertandingan bola tampar yang diadakan di Manila. Sebuah pasukan orang asli menarik perhatian orang ramai dengan menaikkan bola tinggi ke udara, dekat dengan jaring sementara seorang pemain orang asli dari tengah gelanggang, menghentam bola ke bawah. Pada masa itu tiada sesiapa pun boleh menahan serangan tersebut, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan yang menghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat jaringan. Justeru, kemahiran, merejam dihasilkan dan diaplikasikan dalam variasi kemahiran serangan. Kemahiran merejam boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu kuisan, rejaman perlahan dan rejaman kuat. Fasa-Fasa Fasa Persediaan

1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia mendekati jaring.

Fasa Perlaksanaan

1. Mula mendekati jaring apabila bola berada di point terakhir. 2. Kurangkan jarak dengan beberapa langkah. 3. Dua langkah ahir ke kanan, rapat ke kiri atau melangkah untuk melompat.

4. Lengan dihayunkan ke belakang ke paras pinggang. 5. Kedua-dua lengan menghayun ke hadapan. 6. Kedua-dua lengan menghayun tinggi ke arah bola.

7. Sentuh bola di hadapan bahu yang memukul. 8. Sentuh dengan hujung dua jari yang diganungkan. 9. Sentuh bahagian bawah setengah bola. 10. Sentuh dengan lengan yang lurus.

Fasa Ikut Lajak 1. Tangan mengikut bola ke sasaran. 2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk meresap tekanan mendarat.

Fasa-Fasa Rejaman Perlahan Fasa Persediaan 1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia mendekati jaring.

Fasa Perlaksanaan

1. Mula mendekati jaring apabila bola berada di paras tertinggi. 2. Kurangkan jarak dengan beberapa langkah. 3. Akhiri dua langkah dengan langkah kanan dan rapat dengan kiri untuk melompat. 4. Tangan dihayunkan ke belakang ke paras pinggang. 5. Kedua-dua lengan menghayun ke hadapan. 6. Kedua-dua lengan menghayun tinggi ke arah bola.

7. Sentuh bola di hadapan bahu yang memukul. 8. Sentuh dengan tumit tapak tangan yang terbuka. 9. Sentuh bahagian bawah tengah belakang bola. 10. Jari menggolek membalut bahagian atas bola. 11. Pergelangan tangan dipetik. 12. Sentuh dengan tangan yang betul-betul lurus.

Fasa Ikut Lajak 1. Tangan mengikut bola ke sasaran. 2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan.

PERGERAKAN DAN POSTUR Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus sentiasa bergerak mengikut situasi semasa permainan, bergerak untuk memainkan bola, bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaan untuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditentukan oleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi dan berbagai-bagai. Terdapat tiga jenis pergerakan asas seperti berikut: 1. 2. 3. Pergerakan kaki kehadapan (forwardfootwork). Pergerakan kaki sisi (side footwork). Pergerakan kaki ke belakang (backward footwork). Pergerakan seseorang pemain ditentukan oleh jarak dan masa. Langkah sisi digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yang mempunyai masa yang mencukupi; langkah silang digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan masa yang lebih singkat, manakala langkah berlari digunakan untuk jarak yang jauh dan masa yang singkat. Dalam semua pergerakan, mata mestilah ditumpukan pada bola. (Lihat rajah dibawah)

KEDUDUKAN SEDIA SEBELUM BERGERAK 1. Kedua-dua kaki pada kedudukan yang direnggangkan lebih luas dari bidang bahu dengan satu kaki ke hadapan. 2. Berat badan hendaklah pada bebola tapak kaki dengan lutut ke arah dalam. 3. Sentiasa bengkokkan lutut. 4. Belakang badan hendaklah lurus selesa. 5. Tangan bebas di atas aras lutut. 6. Tapak kaki sentiasa bergerak sebelum bergerak.

Langkah ke hadapan

Langkah ke hadapan

Langkah sisi tidak bersilang

Langkah sisi bersilang

LATIHAN UNTUK PERGERAKAN

Pergerakan kaki

1. Pemain berlari ke hadapan dari A ke B, melangkah sisi tidak bersilang dari B ke C dan melangkah ke belakang dari C ke D. Ulang latihan untuk beberapa kali. B C

A X Mula

D Tamat

2. Ulang latihan 1 dengan melangkah sisi bersilang dari B ke C. 3. Pemain berlari dari A ke B, kemudian berlari ke hadapan berpusing, pivot pada tapak kanan dan terus berlari arah silang ke belakang ke C. Dari sini pemain berlari ke hadapan (D), dan berpusing pivot pada tapak, terus berlari sehingga ke garis belakang (A). B C

A X Mula/tamat

D

Peringatan:

Dalam latihan pergerakan bola tampar, setiap pemain mesti berada dalam kedudukan rendah atau sedikit membengkokkan lutut untuk melakukan sebarang pergerakan dengan cepat. Mata pemain hendaklah diitumpukan pada aras atas jaring semasa bergerak. Pola pergerakan dan postur badan Salah satu asas kejayaan dalam sukan ialah untuk mengetahui dan memahami pola pergerakan di dalam aktiviti berkenaan. Pergerakan dan kemahiran dalam bola tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Postur tinggi digunakan semasa melompat untuk merejam bola, mengadang bola pukulan atau hantaran lawan dan membuat hantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat servis, hantaran atas dan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan guling di gelanggang. Melakukan suatu kemahiran dengan postur yang salah akan menyebabkan ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam kes-kes tertentu ia menyebabkan kecederaan. Pemain seharusnya berlatih pola pergerakan sehingga akhirnya ia menjadi reaksi automatik. Di samping itu, pemain-pemain harus menguasai pola-pola pergerakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam bola tampar.

Dalam melakukan pergerakan, perkara-perkara berikut harus dititikberatkan. 1. Semasa melakukan sesuatu kemahiran, pemain mesti mempunyai postur yang betul iaitu sama ada postur tinggi, sederhana ataupun rendah. 2. Pemain harus bergerak ke tempat perlakuan, iaitu dengan pergerakan langkah silang, langkah sisi atau langkah ke hadapan atau berlari. 3. Pemain mesti tiba di tempat perlakuan dengan cepat untuk menyediakan postur sebelum melakukan sesuatu kemahiran. 4. Selepas perlakuan kemahiran, pemain seharusnya kembali pada kedudukan bersedia. Postur badan

Sederhana

Tinggi Rendah Pola pergerakan badan

REJAMAN Fasa-Fasa Rejaman Kuat Fasa Persediaan 1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia melakukan pendekatan.

Fasa Perlaksanaan

1. Mula pendekatan apabila bola berada di puncak ketinggian. 2. Rapat ke bola dengan langkah yang sedikit. 3. Dua langkah terakhir adalah langkah kanan dan rapat dengan kiri untuk melompat. 4. Tangan menghayun ke belakang sekurangkurangnya pada paras pinggang.

5. Kedua-dua tangan menghayun ke hadapan. 6. Kedua-dua lengan menghayun tinggi ke arah bola. 7. Sentuh bola di hadapan bahu yang memukul. 8. Sentuh dengan tumit tapak tangan yang terbuka.

9. Sentuh bahagian tengah belakang bola. 10. Gunakan pukulan petikan pergelangan tangan yang kuat. 11. Sentuh dengan lengan yang betulbetul lurus.

KEMAHIRAN SERVIS Servis merupakan suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan

dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia juga merupakan salah satu kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain. Servis bukan sahaja sebagai pemula permainan, bahkan boleh dianggap sebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia digunakan dengan sebaiknya. Terdapat dua jenis servis yang asas iaitu Servis Bawah Tangan (underhand) dan Servis Atas Kepala (overhead). Kepentingan servis adalah seperti: Berdasarkan peraturan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis supaya dapat memperoleh mata. Pasukan yang mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai kelebihan untuk mendapat skor dan mengekalkan servis. Semasa peservis membuat servis dengan darjah tertentu, dia boleh memaksa lawannya bermain bola mengikut kehendaknya. Setiap servis yang kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat kesilapan seperti terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass) Servis Bawah Tangan Suatu servis yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten, dan memerlukan sedikit daya upaya fizikal sahaja. Pemain-pemain yang baru diajar membuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka boleh menghantar bola ke sasaran yang dikehendaki. Kaedah-kaedah membuat servis ini adalah seperti berikut:

Fasa-Fasa Servis Bawah Fasa Persediaan a) Kedudukan kaki terbuka. b) Bola pada paras pinggang. c) Bahu lurus pada jaring. d) Mata pada bola. e) Buka tangan pemukul.

Fasa Perlaksanaan a) Lengan dihayun ke belakang. b) Berat bdan dipindahkan ke belakang. c) Lengan dihayun ke hadapan. d) Berat badan dipindah ke hadapan. e) Tangan yang memegang menjatuhkan bola. f) Guna pangkal tangan yang dibuka. g) Sentuh bola pada paras pinggang. h) Sentuh bola di bawah tengah belakang bola.

Fasa Ikut Lajak Berat badan pada kaki hadapan. Lengan ke arah atas jaring. Bergerak masuk ke dalam gelanggang.

Servis Atas Kepala

Servis ini mudah dikuasai oleh ramai pemain. Ia lebih kuat (harder) dan berat (heavier) berbanding servis bawah tangan. Kaedahkaedah membuat servis atas kepala adalah seperti berikut ; Fasa-Fasa Servis Atas Kepala Fasa Persediaan 1. Berdiri menghadap jaring , dengan kaki berjarak seluas bahu. 2. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan. 3. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. 4. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand) Fasa Perlaksanaan 1. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis 2. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Fasa Ikut Lajak 1. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola.

2. Memukul bola dengan tapak tangan dan jejari di keliling bola. 3. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan. 4. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. 5. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan. Servis Gelombang (Floata) Servis ini hampir sama dengan servis permainan tenis. Selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati ( breaks of dies ). Maka, penerima mungkin terganggu sementara imbangannya. Kaedahkaedah melakukan servis gelombang adalah seperti berikut ;

Fasa-Fasa Servis Gelombang Fasa Persediaan a) Kedudukan terbuka. b) Bahu lurus pada jaring. c) Mata pada bola. d) Buka tangan pemukul.

Fasa Perlaksanaan a) Bola dilempar di hadapan bahu

pemukul. b) Bola dilemparkan rapat ke badan. c) Lengan dihayun ke belakang dengan siku ditinggikan. d) Tangan di telinga. e) Sentuh dengan pangkal tangan terbuka. f) Sentuh pada keluasan yang penuh. g) Tindakan menjolok.

Fasa Ikut Lajak 1. Berat badan pada kaki hadapan. 2. Tiada ikutan lengan. 3. Bergerak ke dalam gelanggang.

Butiran-butiran untuk servis 1. Pastikan kaki adalah di belakang garisan belakang.

2. 3. 4. depan. 5. 6. 7. 8. 9.

Melepaskan bola daripada tangan sebelem melakukan servis. Kaki berjarak, dengan kaki kiri ke depan (bagi pengguna tangan kanan) dan Bengkokkan lutut, memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki Pastikan tangan memukul adalah kukuh. Kaki menuju ke sasaran. Pastikan pelepasan bola adalah terkawal dan konsisten. Mengambil masa dan memberi perhatian ke atas servis. Masuk gelanggang secepat mungkin apabila bola telah dimainkan.

sebaliknya.

BAHAGIAN 7

DIARI LATIHAN TARIKH MASA TEMPAT ATKIVITI i. ii. iii. iv. : 13 JULAI 2006 : 8.00-11.00 PAGI : KOMPLEKS MUZIK : Penerangan tentang sinopsis dan kandungan kursus ikhtisas bola tampar. Sejarah bola tampar Peralatan dan Gelanggang Keperluan asas pemain Buku log

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 20 JULAI 2006 : 8.00-11.00 malam : Gelanggang bola tampar KOLEJ ZABA : Teori dan latihan amali hantaran depan (servis) i. Hantaran depan terdiri daripada overhead, under arm dan jumping pass ii. Encik Ezzad menerangkan serba sedikit pembelajaran motor yang terlibat hanyaran hadapn. iii. Encik ezzad menerangkan 3 fasa yang terlibat dalam melakukan forearm pass dan dipecahkan kebeberapa kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti hantaran depan.

TARIKH

: 27 JULAI 2006

MASA TEMPAT AKTIVITI

: 4.00 7.00 PTG : Gelanggang bola tampar UPSI : teori dan amali hantaran hadapan(under arm dan overhead) i. Encik Ezzad menerangkan beberapa undang undang dalam bola tampar yang melibatkan hantaran hadapan ii. Selepas penerangan pelajar melakukan aktiviti hantaran hadapan iaitu servis bawah tangan, servis atas kepala dan servis lompatan. iii. Pelajar memperaktikan fasa yang terlibat dalam servis bagi mengelakkan kesalahan dalam melakukan servis.

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 3 OGOS 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI : Kelas bola tampar dibatalkan kerana kebanyakkan pelajar perempuan mengikuti taklimat kepengadilan bola jaring dan sesetengah pelajar terlibat dengan mesyuarat kelab kenu.

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 10 OGOS 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI : i. Mempelajari undang undang dalam permainan bola tampar seperti isyarat tangan yang ditunjukkan oleh pengadil. ii. pelajar melakukan aktiviti iaitu servis atas kepala. Tujuannya adalah untuk memahirkan diri dalam servis ini yang agak sukar bagi kami yang masih mentah dalam permainan ini. iii. Selepas selesai aktiviti servis atas kepala pelajar dikehendaki melakukan study analysis dalam satu perlawanan persahabatan

antara pelajar ikhtisas lelaki dengan pemain bola tampar UPSI. Kami menganalisis resive ball, serving, false dan rotation.

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 17 OGOS 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI : Kelas ikhtisas bola tampar dibatalkan kerana hujan lebat.

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 24 OGOS 2006 : 8.00 11.00 malam : GIMNASIUM UPSI : i. Teori mengenai undang undang permainan bola tampar ii. Melakukan aktiviti mengumpan atau setting atau overhead pass. iii. pelajar dipecahkan berpasangan untuk melakukan 3 jenis setting, iaitu hight set, quit set dan back set. iv. Sebelum melakukan setting Encik Ezzad menerangkan dan menunjukkan 3 fasa dan otot yang terlibat semasa melakukan setting.

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 14 SEPTEMBER 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI : i. Teori mengenai undang undang permainan bola tampar ii. Mempelajari kemahiran asas dalam permainan bola tampar iaitu digging ataupun menyangga.

iii. Melakukan kemahiran menyangga secara berpasangan dalam keadaan statik dengan melakukan 3 fasa yang di tunjukkan oleh Encik Ezzad. Fasa tersbut ialah fasa persediaan, fasa perlaksanaan dan fasa ikut lajak. iv. Kemudian melakukan digging bebas dalam bentuk berkumpulan.

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 21 SEPTEMBER 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI : i. Teori mengenai undang undang permainan bola tampar ii. Mempelajari kemahiran asas dalam permainan bola tampar iaitu rejaman atau spikking iii. Terdapat 2 jenis rejaman atau spikking iaitu quit spikking, back spikking iv. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 2 lelaki dan 2 kumpulan perempuan untuk membuat rejaman secara bergilir gilir.

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 28 SEPTEMBER 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI .i Teori mengenai undang undang permainan bola tampar .ii Mempelajari kemahiran asas dalam permainan bola tampar iaitu hadang atau blocking .iii Terdapat 3 jenis hadang atau blocking iaitu single, double dan triple blocking

.iv Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu satu lelaki dan satu kumpulan perempuan untuk membuat hadangan secara bergilir gilir. .v Kemudian kumpulan lelaki dan perempuan dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 5 OKTOBER 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI : pengajaran mikro bagi , servis bawah tangan, dan servis atas kepala oleh 4kumpulan

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 11 OKTOBER 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI : Kelas ikhtisas bola tampar dibatalkan diatas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 12 OKTOBER 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI : pengajaran mikro bagi kemahiran menyangga, hadang dan rejaman oleh 4 kumpulan.

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 19 OKTOBER 2006 : 8.00 11.00 malam : Gelanggang bola tampar UPSI : Pengajaran mikro bagi kemahiran mengumpan atau setting oleh 2 kumpulan. Selepas tamat pengajaran mikro bermula sesi ujian kemahiran. Ujian ini melibatkan 5 kemahiran iaitu, Servis atas kepala Servis bawah tangan Digging/menyangga Rejaman /spikking Mengumpan/setting

BAHAGIAN 8 UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA TAMPAR UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA TAMPAR KAWASAN PERMAINAN Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas . ia adalah berbentuk segi empat tepat dan simetrikal. DIMENSI 1. Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat berukuran 18m x 9m dikelilingi oleh satu zon bebas berukuran minima 3m lebar pada semua pada tepinya. 2. Ruang bebas permainan adalah suatu ruang diatas kawasan permainan yang bebas daripada sebarang gangguan. Ruang bebas permainan ini berukuran minima 7m tinggi dari permukaan permainan. 3. Untuk pertandingan rasmi dan dunia FIVB , zon bebas hendaklah berukuran minima 5m dari garisan tepi dan 8 m dari garisan belakang. Ruang bebasnya hendaklah berukuran minima 12.5m tinggi dari permukaan permainan. PERMUKAAN PERMAINAN 1. Permukaaan permainan mestilah rata, mendatar,dan seragam. Ia mestilah tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain . adalah dilarang bermain diatas permukaan yang kasar dan licin. 2. Untuk pertandingan rasmi dan dunia FIVB,hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. 3. Untuk gelanggang dalam dewan , permukaan permainan mestilah bewarna cerah. 4. Untuk pertandingan rasmi dan Dunia FIVB, warna putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza diantara satu sama lain, diperlukan untuk gelanggang permainan di zon bebas. 5. Untuk gelanggang terbuka diluar, kecuraman 5mm semester dibenarkan untuk pengaliran air.

GARISAN DIATAS GELANGGANG 1. Semua garisan adalah 5sm lebar. Ia mestilah berwarna cerah dan lain warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. 2. Garisan-garisan sempadan Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk didalam ukuran gelanggang permainan. 3. Garisan-garisan tengah Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang yang sama berukuran 9m x 9m. garisan ini terletak tepat dibawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi. 4. Garisan serang Pada setiap gelanggang. Satu garisan dimana dilukis Untuk pertandingan rasmi dan dunia FIVB, garisan 3m dari paksi garisan tengah,menandakan zon depan. serang dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-putus dari garisan tepi , berukuran 15mcm lebar, dilukis 20cm diantara satu sama lain sepanjang 1.75m.

ZON-ZON DAN KAWASAN Zon depan Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi Zon depan dianggap sebagai pemanjangan mengjangkaui garisan garisan tengah dan belakang garisan serang. tepi hingga hujung zon bebas.

Zon servis

zon servis ialah kawasan yang lebarnya 9m dibelakang setiap Ia dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15sm panjang dan

garisan hujung. dilukis 20sm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis. Zon penggantian Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua-dua garisan serang sehingga ke meja pencatat skor. Kawasan memanaskan badan Untuk pertandingan rasmi dan dunia FIVB, kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3mx 3m , yang diletakkan pada keduadua penjuru bersebelahan banku diluar zon bebas. Kawasan penalty Satu kawasan penalty, anggaran 1mx 1m siap dengan dua buah kerusi , terletak dalam kawasan kawalan, diluar garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah berukuran 5cm. SUHU 1. Suhu minima tidak boleh kurang daripada 10c (50F). 2. Untuk pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, suhu maksima tidak boleh melebihi 25c (77F) dan minimanya ialah tidak kurang daripada 16c (61F). CERAHAN CAHAYA LAMPU 1. Untuk pertandingan rasmi dan dunia FIVB, cerahan cahaya laporan untuk kawasan permainan mestilah diantara 1000 hingga 1500 lux diukur pada paras 1m dari permukaan kawasan permainan. KETINGGIAN JARING 1. Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring dimana bahagian diatasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43m untuk lelaki dan 2.24m untuk perempuan. 2. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring ( pada kedua-dua Zon servis ini memanjang kebelakang hingga ke penghujung zon bebas.

garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2sm daripada ukuran rasminya. 3. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah Lelaki B-18 Lelaki B-15 Perempuan B-18 Perempuan B-15 L & P B-12 STRUKTUR 1. Jaring adalah 1m lebar dan 9.5m panjang,diperbuat dengan jalinan tali hitam, berbentuk 10cm persegi. 2. Dibahagian atasnya , sehelai kanvas putih 5cm lebar , dilipat dua lapis menutupi sepanjang atas jaring. Pada setiap penghujung balutan kanvas itu disediakan lubang yang melaluinya diikat tali pada tiang untuk menegangkan bahagian atas jaring. 3. Dalam jalur itu , direntangkan seutas tali kabel yang mengikat jaring kepada tiang dan menegangkan bahagian atas jaring. 4. Dibawah jaring ( tanpa jalur mendatar) satu tali, menerusi jalinan tali hitam , diikat kepada kedua-dua tiang untuk menegangkan bahagian bawah jaring. PENANDA TEPI 1. Dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegak atas setiap garisan tepi. 2. Ukurannya adalah 5sm lebar dan 1m panjang dan adalah sebahagian daripada jaring. ANTENA 1. Antena ialah satu rod berukuran 1.8m panjang dan berdiameter 10mm , diperbuat daripada fiberglass atau bahan yang serupa. 2. Antena diikat pada pinggir luar pada setiap penanda tepi. Antena itu diletak pada sebelah jaring yang bertentangan. 3. 80cm bahagian atas antena mengjangkaui diatas jaring dan ditandakan dengan jalur berukuran 10sm yang berlainan warna , merah dan putih digalakkan untuk jalur-jalur itu. 4. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring dan menghadkan ruang lintasan atas jaring. TIANG 2.35m 2.25m 2.20m 2.15m 2.00m

1. Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50 1.00m diluar garisan tepi. Ia berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. 2. Untuk Pertandingan Rasmi Dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 1m diluar garisan tepi kecuali dipersetujui oleh FIVB. 3. Tiang i