budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013

37
Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia Pengenalan Suasana pembelajaran di negara kita sekarang sudah jauh berubah. Kita berinteraksi dengan pelbagai latar budaya masyarakat. Pembelajaran dalam bilik darjah pula mendedahkan murid kepada pola hubungan kepelbagaian kaum. Pendedahan kepada pelbagai latar belakang masyarakat memerlukan para pendidik mengetahui konsep budaya di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut untuk membentuk 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Pemimpin negara. Pengertian dan Konsep Budaya Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan ‘budaya’ berasal daripada cantuman perkataan ‘Sanskrit’ dan ‘Melayu’ yang membawa pergertian: ‘Kecergasan Fikiran dan Akal’. Budaya memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan.

Upload: wanis75

Post on 30-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

Pengenalan

Suasana pembelajaran di negara kita sekarang sudah jauh berubah. Kita berinteraksi

dengan pelbagai latar budaya masyarakat.

Pembelajaran dalam bilik darjah pula mendedahkan murid kepada pola hubungan

kepelbagaian kaum.

Pendedahan kepada pelbagai latar belakang masyarakat memerlukan para pendidik

mengetahui konsep budaya di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut untuk

membentuk 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Pemimpin negara.

Pengertian dan Konsep Budaya

Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa

dan agama penganutnya.

Perkataan ‘budaya’ berasal daripada cantuman perkataan ‘Sanskrit’ dan ‘Melayu’ yang

membawa pergertian: ‘Kecergasan Fikiran dan Akal’.

Budaya memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa,

tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.

Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan

akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu

permasalahan.

Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan menjadi amalan

bersama.

Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka.

Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat yang

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.

Kebudayaan dapat dibahagikan kepada 2 benda iaitu:

Page 2: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Kebendaan

Bukan Kebendaan

Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain.

Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan yang wujud dalam masyarakat dari

segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan

lain-lain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan Sejagat.

Terdapat 2 peranan utama bagi pembentukan kebudayaan baru yang boleh diterima oleh

komuniti setempat.

Tujuan utamanya adalah untuk membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian

serta identiti.

Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Namun begitu, Budaya sering berubah mengikut peredaran masa yang dapat diterima

secara kolektif oleh masyarakat.

Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau

kuasa yang menggerakkan jiwa.

Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak

masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama.

Nilai tersebut akan membentuk Norma dalam masyarakat.

Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi,

cara berfikir, kelakuan, dll.

Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan

tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,

kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Sementara itu, dalam ‘Dictionary of Philosophy (1996), turut dijelaskan maksud Budaya

sebagai:

‘The way of Philosophy (1996), ‘The way of life of people, including their attitudes,

values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity’.

Page 3: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

. Amalan yang dibentuk ini akan menentukan hala tuju bersama dalam masyarakat

berkenaan.

Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan

kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan

kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.

Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan

alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat.

Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi

ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat serta amalan

kebiasaan yang lain.

Ini merujuk kepada perkataan ‘Bourdieu’ yang membawa maksud satu proses sosial yang

membolehkan Budaya dan struktur sosial saling berinteraksi.

Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks.

Proses Sosialisasi akan turut membantu memperkembang Budaya yang terdiri daripada

Latar Bangsa dan Agama.

L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya merupakan satu pola tingkah laku, objek,

alat, idea, sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol.

Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara

bersama oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat.

Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang

mengandungi pola Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan

diwariskan melalui Simbol serta berbentuk Material.

Malinowsky (1965), dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture”, mengkelaskan

Budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.

Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusteraan,

institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dll.

Budaya secara umumnya adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.

Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk

pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi

sesuatu situasi.

Page 4: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan

masyarakat sekelilingnya.

Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Dalam konteks pendidikan semasa, Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada

Budaya masyarakat.

Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh

masyarakat.

Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi Budaya di sesebuah sekolah.

Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menerapkan nilai-nilai pendidikan yang

mempunyai Nilai Material dan Bukan Material.

Guru seharusnya merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan

murid yang bakal memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat tanpa

menyalahi Budaya yang diterima bersama.

Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, Budaya meliputi aspek lokasi, pekerjaan

ibu bapa, pendidikan, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa,

adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi

unsur Budaya Rakyat Asal.

Terdapat Unsur Budaya Asing dari kaum lain yang sesuai dan yang tidak bercanggah,

diterima dalam Budaya masyarakat di Malaysia.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsi oleh semua rakyat.

Budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok mempunyai ciri-ciri berikut:

i. boleh dipelajari

ii. boleh dikongsi

iii. bersifat sejagat

iv. boleh diwarisi

v. sentiasa berubah

vi. mempunyai unsur simbolik

vii. mempunyai pandangan semesta

Page 5: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Pemupukan Kesedaran Kebangsaan dan Kenegaraan dalam kalangan murid berasaskan

ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.

Guru perlu menerapkan nilai murni dalam masyarakat supaya mereka kelak dapat

menyesuaikan diri dengan Budaya masyarakat.

Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik yang mempunyai Budaya berlainan di

bawah satu bentuk Identiti Nasional yang khusus tetapi dapat diterima oleh hampir

semua golongan etnik di negara ini.

Pengalaman penjajahan telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat kita.

‘Ilmu Kolonial’ telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai ‘Etnisiti’ iaitu

Etnik.

Masalah Perhubungan yang timbul di kalangan Etnik adalah berpunca daripada Interaksi

Sosial yang tidak mesra serta kebudayaan yang berbeza-beza.

Jenis dan Demografi Kelompok

Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling

bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu.

Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal

Kelompok Formal merujuk kepada kelompok yang ditentukan oleh Struktur Organisasi

serta Pengkhususan Tugas (Division of Labour) untuk mencapai objektif Organisasi.

Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada beberapa

kumpulan:

i. Kelompok Tugas:

Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas.

ii. Kelompok Kepentingan:

Individu bekerjasama untuk mencapai

sasaran khusus.

iii. Kelompok Persahabatan:

Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama

kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.

Alasan orang untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok adalah seperti

berikut:

Page 6: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

i. Keamanan

ii. Status

iii. Harga Diri

iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi keperluan Sosial).

v. Kekuatan

vi. Pencapaian Tujuan

Pengelasan Kelompok Ras dalam masyarakat pula boleh dilihat kepada beberapa bahagian

seperti:-

i. Caucasoid- (Orang-Orang Eropah)

ii. Negroid- (Orang-Orang Kulit Hitam)

iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia)

iv. American Indian-(Orang Asli Amerika)

v. Austroloid-(Orang Asli Australia)

Antara permasalahan yang dikenalpasti telah diringkas seperti berikut:-

i. Perbezaan Pencapaian

ii. Jurang Sosial

iii. Monopoli

iv. Budaya

iv. Pengekalan Identiti

v. Prasangka

vi. Ethnocentrisme

vii. Stereotaip

Pengelompokan masyarakat ini juga boleh dibincangkan secara bersama dengan

‘Demografi’.

Achille Guillard (1885), pertama menggunakan istillah ‘Demografi’ ini dalam karyanya

yang berjudul ‘Elements of Human Statistics or Comparative Demography’.

Kata ‘Demografi’ berasal dari bahasa Yunani ‘demos’ bermaksud penduduk di sesuatu

kawasan.

‘Grafein’ pula bermaksud menulis tentang sesuatu perkara.

Page 7: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Demografi Kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi

penduduk di sesuatu kawasan.

Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi soal Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian),

Perkahwinan serta Imigrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta

mempengaruhi saiz dan taburan penduduk manusia.

Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum

etnik di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak.

Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu

Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah

sebanyak (14%).

Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan Masyarakat Majmuk.

Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum

di Sabah dan Sarawak.

Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu ini telah membina asas

peradaban yang mantap sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.

(Menerima Budaya orang lain ke dalam Budaya sendiri).

Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan peradaban

Melayu di Asia Tenggara.

Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 17

suku kaum etnik yang menetap di sini.

Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang terdapat di Malaysia.

Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli seramai 141, 230 orang. Ekonomi orang Asli

masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.

Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai matlamat akhirnya.

Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu ‘Bangsa Malaysia’ yang

terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan

mempunyai identiti nasional tersendiri.

Proses perpaduan negara dalam kalangan negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti

politik etnik masing-masing.

Page 8: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan orientasi pemikiran masing-masing.

Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses penyatuan,

perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia.

Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang terdapat dalam menyatupadukan

masyarakat Malaysia dan membentuk hubungan atau kepelbagaian kaum.

Peringkat proses seterusnya dinamakan: Sergresi.

Hubungan yang bersifat Pemisahan antara etnik dalam sebuah negara seperti pemisahan

kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Akomodasi adalah satu keadaan yang mana kelompok yang berkonflik bersetuju untuk

menghentikan konflik apabila adanya interaksi secara aman.

Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling bekerjasama tetapi tidak bersatu padu.

Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. (Furnival, 1949).

Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari tentang kepentingan norma dan nilai

mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan Budaya hidup

masing-masing.

Institusi-Institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan saling bergantungan antara

satu sama lain. Contohnya, negara Switzerland.

Negara Switzerland mempunyai hubungan etnik bersifat Akomodasi, di mana etnik-etnik

di dalamnya seperti Etnik Jerman, Peranchis dan Itali saling membuat penyesuaian antara

satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman.

Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya

yang terjadi apabila manusia dalam Kumpulan Minoriti menerima norma, nilai dan pola-

pola tingkah-laku dan Budaya dari Golongan Majoriti.

Proses ini merupakan proses meminjam dan menerima unsur-unsur Budaya golongan

Majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur Budaya Asal.

Asimilasi adalah Proses Percantuman dan Penyatuan antara kelompok dan individu yang

berlainan kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai identiti

yang sama.

Page 9: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Amalgamasi Budaya merupakan satu proses yang terjadi apabila Budaya dan Ras

bercampur untuk membentuk jenis-jenis Budaya dan Ras yang baru.

Cara utama untuk menentukan Proses Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan Campur

antara Etnik dan Ras.

Perbezaan Sosio-Ekonomi, Budaya, Segregasi, Pemisahan Fizikal, Agama, Dasar

Kerajaan,dll turut menjadi faktor penghalang ketara.

Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai

matlamat pembentukan Budaya ini.

Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai

matlamat pembentukan Budaya ini.

Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan Nasional.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

telah diakui dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan hubungan antara etnik.

Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang.

Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan sejak

dari bangku sekolah lagi.

Murid perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan memahami hubungan Etnik.

Antara usaha yang telah dijalankan ke arah memupuk Perpaduan Nasional yang telah

dijalankan oleh kerajaan adalah:

i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

ii. Rukun Negara

iii. Dasar Ekonomi Baru

iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan

v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

vi. Gabungan Parti-Parti Politik.

vii. Integrasi antara Wilayah.

Page 10: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan

Sabah/Sarawak.

Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan

usaha yang berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor

swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.

Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas

Menengah serta Kelas Bawahan perlu ditingkatkan.

Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia.

Walaupun tahap Perpaduan Nasional di negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya

mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Abdul Rahman Embong (2001), menjelaskan bahawa bangsa yang terdiri daripada semua

kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa

dengan nama Kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi,

Budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang sepunya.

Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)

melibatkan satu proses yang panjang dan merupakan satu keperluan bagi Malaysia.

. Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) memerlukan penyertaan menyeluruh setiap

anggota masyarakat dan penglibatan sepenuhnya jentera kerajaan.

. Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara

Malaysia.

Page 11: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Ketaksamaan Peluang Pendidikan ( Nota )

Pengenalan

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran

begitu prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upaya menyediakan

peluang pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat. Pelbagai isu

pendidikan termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur pendidikan diberi cukup

perhatian. Selain itu, dasar-dasar yang digubal seperti Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan yang dibentang di Parlimen turut memperkukuhkan lagi pendidikan di

Malaysia. Petikan dari ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat

Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006

jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang

pendidikan agar tidak ada golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun

Page 12: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di

Malaysia.

Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa

faktor penyumbang masalah termasuklah:

Kelas sosial

Jantina

Kumpulan minoriti

Murid berkeperluan khas

Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

Perbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagi

membincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum

Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian

daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia,

Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada

keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya, bahasa

pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua lagi

masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan India.

Kelas sosial

Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-

bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini

terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan

‘pecah dan perintah’. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih

baik berbanding kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai

dan pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita

sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan

Page 13: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan

belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja

penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di

pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan

peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini

hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas

tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya

seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan sebagainya.

Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi

masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan

yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat

menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula sanggup

menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbanding sekolah kerajaan. Mengikut

siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar

anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan pendidikan yang lebih baik

berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan

lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap

hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka

mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang

baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-rata

kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan

kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina.

Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelum merdeka

lagi adalah isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata-rata lebih selesa

bertutur dalam bahasa ibunda mereka (malah masih ada yang tidak fasih berbahasa

Kebangsaan), mereka lebih senang memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan dan

sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan semestinya kepada sekolah kebangsaan dan

sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun, peruntukan yang besar diberikan

Page 14: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

kepada kedua-dua bentuk sekolah ini. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini

menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikan kepada setiap etnik di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan,

pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap

anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia

hari ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik

semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang pendidikan bagi

setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina

memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik

Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara keputusan

peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini

melebarkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan.

Jantina

Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara.

Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering

dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus

kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli

hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan

bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua

jantina ini.

Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki

sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan

ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan

perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap

aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan,

kedoktoran serta kulinari.

Page 15: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua

jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM)

pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah

sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron,

bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang

berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang

setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri.

Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi

memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku

karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar

pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus

pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah

daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama.

Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika

disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat

tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas

meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang

mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika

itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di

peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih

terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan

rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak

memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu,

masih ada golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di

peringkat menengah atau rendah.

Kumpulan minoriti

Page 16: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah

masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini

banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada

kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan

kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan

amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan

ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari

bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu

menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor ‘scrambler’ untuk sampai ke

penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit

terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi

bukan menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya,

kerja-kerja untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan.

Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata.

Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki

buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka

tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka

yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa

yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan

dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil

perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat

sama rata dalam peluang pendidikan.

Murid berkeperluan khas

Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal.

Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat

mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada

terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi

Page 17: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

pendidikan khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program

pendidikan khas, iaitu:

Kerencatan mental

Bermasalah pembelajaran

Kecelaruan tingkah laku

Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

Cacat penglihatan

Cacat fizikal

Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak

mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu

dengan baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik.

Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara

Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung

atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini

akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

(i) Individu

Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan

membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar

lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran

kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang

berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang pintar.

Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup

dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada.

Page 18: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini

kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain.

Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain

atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.

(ii) Keluarga

Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang

ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih

berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang

masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang.

Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan

yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.

(iii) Masyarakat

Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga.

Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah

masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek

pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan

yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli

oleh masyakarat lain.

(iv) Negara

Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal

insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya

saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah

digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara

akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling

memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan

semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi.

Page 19: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan

sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru-guru,

masyarakat sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi

azam dan tekad menjadi tunjang perjuangan

PENGENALAN 7.01 Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan. 7.02 Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3): “… merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …”

(RMKe-3, 1976-1980)

7.03 Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walau bagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

DASAR DAN MATLAMAT 7.04 Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap

sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan, iaitu:

Jurang bandar dan luar bandar Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada

segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang digital

Page 20: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M,

kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan.

Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan

penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

Jurang sosioekonomi Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan,

disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar.7.05 KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi fokus kepada:

• membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak;• meningkatkan kadar penyertaan pelajar dan mengurangkan risiko keciciran; • meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman; • menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti; dan• membaikpulih dan meningkatkan infrastruktur SKM termasuk SK dan SJK yang terpilih.

STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN DALAM RMKe-9 Taburan Sekolah dan Prasarana7.06 Pada tahun 2005, terdapat 5,077 (66.8%) buah sekolah rendah dan 792 (39.0%)

buah sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah dan menengah khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan pendidikan (Rajah 7.1 dan 7.2). Terdapat 5,951 (78.3%) sekolah rendah dan 870 (42.9%) sekolah menengah berusia melebihi 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi. KPM akan terus memastikan sekolah khususnya di luar bandar dilengkapkan infrastruktur mengikut standard minimum dan diselenggarakan, sekolah usang dan daif dinaiktaraf dan dibaik pulih supaya lebih selamat dan kondusif serta disediakan kemudahan asas.

7.07 Di kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.7.08 Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1,517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well). Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan. Terdapat beberapa cara untuk menjana air dari telaga tiub iaitudengan menggunakan genset, pam, penapisan atau reverse osmosis.

7.09 Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak mempunyai bilik sains, dan 42 buah

sekolah masih menumpang di sekolah lain. Bagi sekolah menengah, 138 buah tidak

mempunyai makmal komputer, 25 buah tidak mempunyai makmal sains dan 26 buah

Page 21: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

masih menumpang di sekolah lain. Terdapat juga sekolah yang beroperasi dalam dua

sesi iaitu 858 sekolah rendah dan 748 sekolah menengah.

Sekolah Kurang Murid 7.10 Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan

sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90

peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan

peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak

bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan.

Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada

jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM

mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar

sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan

Taburan Guru 7.11 Terdapat seramai 190,336 orang guru di sekolah rendah dan 136,598 orang guru di sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru di sekolah rendah dan 2,895 guru di sekolah menengah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan/sementara. KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi menyelesaikan masalah ini, KPM melaksanakan program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) dan pengambilan GSTT. Cabaran KPM adalah untuk memastikan guru terlatih mengikut opsyen ditempatkan di semua sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan p&p berjalan dengan lancar dan berkesan.

Jurang Digital 7.12 Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut KPM mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Dalam RMKe- 8, KPM telah:

• menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti

komputer,

komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server); • membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu

p&p; • melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p;

dan• melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.

Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM telah menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.

7.13 Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian

dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar

yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program

pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal

komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan

dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar

bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

Page 22: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman.

Kadar Penyertaan7.14 Kadar penyertaan pelajar dalam sistem pendidikan adalah sebanyak 96.0 peratus bagi sekolah rendah, 84.4 peratus bagi sekolah menengah rendah dan 71.7 peratus bagi sekolah menengah atas. Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kadar penyertaan di sekolah rendah dan menengah khususnya di kalangan Orang Asli dan kaum minoriti.

Penguasaan 3M7.15 Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit akademik kumulatif dan perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Walaupun murid Tahap I yang mengalami defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1 peratus pada tahun 2003 kepada 7.7 peratus pada tahun 2004, ia masih berada di atas paras normal iaitu 5 peratus bagi sesuatu sistem pendidikan. Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan program rintis Kelas Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah sekolah pada tahun 2004. Pada tahun 2006, program ini diganti dengan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi murid Tahun 1. Murid yang tidak melepasi standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas. Cabaran KPM adalah untuk meminimumkan defisit akademik terutama di negeri dan lokasi yang masih tinggi kadarnya. Penguasaan 3M akan terus dipertingkatkan melalui peluasan dan peningkatan Program Pemulihan dengan menyediakan Guru Pemulihan Khas Terlatih, Bilik Pemulihan Khas dan peruntukan yang mencukupi.

Kadar Keciciran 7.16 Kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah telah menunjukkan penurunan

sepanjang tempoh RMKe-8. Bagi sekolah rendah, kadar keciciran telah menurun daripada 20,560 (4.2%) murid bagi kohort 1997/2002 kepada 9,713 (1.9%) murid bagi kohort 2000/2005. Bagi sekolah menengah, kadar keciciran telah menurun daripada 60,413 (14.5%) pelajar bagi kohort 1998/2002 kepada 43,586 (10.3%) pelajar bagi kohort 2001/2005. Kadar keciciran di sekolah rendah ialah 1.9 peratus di bandar dan 1.2 peratus di luar bandar bagi kohort 1999/2004. Manakala, pada peringkat menengah kadar keciciran ialah sebanyak 10.1 peratus daripada saiz kohort di bandar dan 16.7 peratus daripada saiz kohort di luar bandar bagi kohort 2000/2005.

7.17 Walau bagaimanapun, data yang ada menunjukkan jumlah pelajar yang cicir dan terkeluar daripada sekolah di bawah KPM sahaja. Data tidak mengambil kira pelajar yang telah menyambung persekolahan di sekolah-sekolah di luar KPM seperti di Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa atau ke luar negara. Cabaran KPM adalah untuk mengenal pasti jumlah keciciran sebenar daripada sistem pendidikan negara dan mengurangkan kadar keciciran pada semua peringkat pendidikan.

Pendidikan Pelajar Berkeperluan Khas7.18 KPM juga menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar kurang upaya yang

terdiri daripada pelajar bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Pelajar yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah kognitif ringan, masalah tingkah laku, autisme, sindrom down, Attention Deficit Disorder (ADD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran khususnya disleksia. Sehingga 2005, terdapat 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan 973 Program Pendidikan Khas Integrasi. 7.19 Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak-

Page 23: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4+ tahun, iaitu pada peringkat prasekolah jika ada kekosongan. Kanak-kanak kurang upaya yang berusia kurang daripada 4 tahun mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan KementerianKesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela. PDK juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih daripada satu jenis kecacatan kerana pada ketika ini, KPM hanya menyediakan pendidikan bagi pelajar yang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja serta boleh mengurus diri seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1995. KPM akan berusaha menyediakan kemudahan yang sesuai agar lebih ramai pelajar kurang upaya yang kini ditempatkan di PDK mendapat pendidikan formal di sekolah-sekolah anjuran KPM. 7.20 Kepakaran pendidikan bagi pelajar kurang upaya telah berkembang dengan pesat di negara-negara maju terutama bagi pelajar yang mengalami ADD, ADHD, disleksia atau lain-lain permasalahan. Pelajar ini memerlukan pendekatan spesifik bagi menangani masalah dengan berkesan, contohnya tidak dinaikkan kelas secara automatik. Di samping KPM, terdapat juga sekolah antarabangsa yang menyediakan program bagi pelajar kurang upaya.7.21 KPM perlu mempertimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan

pendidikan kepada pelajar kurang upaya yang mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis kecacatan dan menambah baik program yang bersesuaian dengan kategori permasalahan pelajar terbabit. KPM juga menghadapi cabaran untuk memastikan pelajar berkeperluan khas mendapat lebih peluang mengikuti pendidikan aliran akademik dan vokasional.

7.22 KPM perlu menyediakan lebih banyak infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas yang relevan. KPM akan memperluas dan mem-pertingkatkan pengisian Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, menyediakan guru pendidikan khas terlatih dan pembantu pengurusan murid yang mencukupi, menyediakan pentaksiran alternatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin perkongsian pintar dengan badan sukarela dan Kementerian lain yang juga menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya. 7.23 Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat (gifted and talented) memerlukan program yang khusus bagi memenuhi keperluan mereka. Cabaran KPM adalah untuk menyediakan kurikulum yang sesuai bagi kanak-kanak pintar cerdas dan menyediakan Sekolah Seni bagi mereka yang berbakat dan cenderung kepada bidang kesenian.

Kemiskinan dalam Bandar7.24 Golongan berpendapatan rendah di bandar biasanya berada di luar tahap kelayakan untuk diberi bantuan tambahan daripada KPM. Walau bagaimanapun, kos sara hidup yang tinggi di bandar menyebabkan anak-anak daripada kalangan keluarga ini juga memerlukan bantuan sama seperti anak-anak daripada kalangan keluarga miskin di luar bandar. Selain menerima bantuan daripada KPM seperti Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan dan KWAPM, pelajar-pelajar ini juga mendapat bantuan daripada pihak luar KPM. Pihak luar KPM ini termasuklah Pusat Pungutan Zakat, badan-badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan. Cabaran KPM adalah untuk menyediakan lebih banyak bantuan bagi pelajar kumpulan ini.

Bantuan dan Program Sokongan 7.25 KPM memperuntukkan lebih daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui pelbagai program bantuan seperti: Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) RMT telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantuan makanan berkhasiat kepada murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-

Page 24: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

murid ini juga menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau per kapita RM80 dan ke bawah. Seramai 700,000 murid menerima RMT manakala anggaran 550,000 murid menerima PSS setiap tahun. Bagi murid negeri Sabah, PSS dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) KWAPM diwujudkan berikutan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003 untuk membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan. Pada tahun 2005, seramai 350,000 murid sekolah rendah diberi bantuan KWAPM. Bantuan Makanan Asrama Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah dan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan isi rumah RM1,000 dan ke bawah. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid KPM menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar.

Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar dalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang mempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan sebagai tambang ke sekolah agama atau ke masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini digunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar.

Jaket Keselamatan KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang menggunakan

pengangkutan air untuk ke sekolah. Bagi tahun 2005, KPM telah membekalkan 37,000 unit jaket keselamatan bernilai lebih RM1.4 juta ke sekolah-sekolah.

Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya KPM menyediakan Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada

tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima bantuan ini. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga yang pendapatan isi rumah

RM2,000 dan ke bawah bagi sekolah kebangsaan serta RM1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005, SPBT telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Skim Baucar Tuisyen (SBT) KPM menyediakan bantuan SBT kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam

pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT setahun.

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)

KPM menganugerahkan BKP dan BKPU kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun, dianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU.

Asrama Harian KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama harian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar.

JADUAL 7.1 PERUNTUKAN BANTUAN PELAJAR 2006Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

RM200 juta

Biasiswa RM200 jutaSkim Pinjaman RM160.4 juta

Page 25: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

Buku TeksElaun Orang Kurang Upaya

RM6.8 juta

Rancangan Makanan Tambahan

RM183.2 juta

Program Susu Sekolah

RM21.8 juta

Skim Baucar Tuisyen

RM181.9 juta

Pelajar Miskin Sekolah Berasrama Penuh

RM2.8 juta

Bantuan pengangkutan

RM7.4 juta

Bantuan makanan

RM531.6 juta

Bantuan jaket keselamatan

RM2 juta

JUMLAH RM 1.5 Bilion

7.26 Cabaran KPM adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan kesahihan pelajar yang layak diberikan bantuan serta memastikan tidak berlaku pertindihan dalam pemberian bantuan dengan pihak luar KPM. KPM juga sedang berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah bantuan kepada pelajar miskin dan meneliti kaedah untuk menambah baik sistem pengagihan bantuan-bantuan ini.Bantuan Pihak Luar KPM7.27 Kementerian dan agensi kerajaan yang lain, badan korporat, pihak swasta dan

pihak media, Pertubuhan Bukan Kerajaan, parti politik, PIBG dan Alumni banyak memberi sokongan dan bantuan kepada pelajar. Program sokongan dan bantuan yang disediakan adalah:• bantuan kepada pelajar miskin;• bantuan bagi program-program akademik;• bantuan bagi program-program kokurikulum;• sumbangan perkakasan ICT;• bantuan bagi melaksanakan acara-acara di sekolah; dan• program sekolah angkat.

FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN 7.28 Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan

memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut: Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar

• Menambah baik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak– menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas

– menyediakan bekalan elektrik24 jam termasuk membekal genset berkapasiti 30-35 KVa ke sekolah pedalaman, merintis penggunaan solar hybrid dan merintis penggunaan empangan mini– menyediakan bekalan air ke sekolah

• Menambah baik Sekolah Kurang Murid– Menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan peluasan– Mewujudkan norma baru untuk guru di Sekolah Kurang Murid– Mengkaji pemberian geran per kapita

Page 26: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

• Merapatkan jurang pencapaian akademik– menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja

• Merapatkan jurang digital– Menyediakan makmal komputer– Menyediakan Pusat Akses– Menambah bilangan komputer– Merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur lebar – Pembestarian sekolah luar bandar– Menambah baik TV Pendidikan– Merintis penggunaan video teleconferencing

Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran• Penguasaan 3M

– Memperluas Program KIA2M untuk Tahun 1– Menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap I– Menggiatkan Program Gerak Gempur – Memperkenalkan program khusus Orang Asli dan suku minoriti

• Pengurangan kadar keciciran – Menguatkuasakan Pendidikan Wajib– Memperluas MPV di Sekolah Menengah Harian– Memperbanyak program motivasi– Menjalin pemuafakatan antara warga sekolah, keluarga dan komuniti– Memperkenalkan pentaksiran dan penilaian yang sesuai – Menyediakan sistem penyampaian alternatif berorientasikan emotional quotient (EQ) dan kebolehan murid– Memperatkan kerjasama dengan pihak luar KPM dalam mengenal pasti punca dan cara mengatasi keciciran

• Pemantapan program pendidikan bagi pelajar kurang upaya– Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai

dua kecacatan– Memantapkan program pendidikan khas inklusif – Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf– Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur

satu hari di pusat perkhidmatan– Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar

dua kecacatan– Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas– Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas– Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia• Penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan

– Mewujudkan Sekolah Seni – Merintis program khusus bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat– Mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi mengadakan program pendidikan untuk kanak-kanak yang direman dan mencadangkan Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)

– Menyediakan kemudahan pendidikan kepada pelajar yang kini berada di Pusat Pemulihan Komuniti

Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman• Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman

– Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman– Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman– Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar

Page 27: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Assingment Edu 2013

– Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurnaMenambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti• Pemantapan sistem pengagihan bantuan

– Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM)– Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan– Menilai impak program secara berkala

– Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD)– Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta

PENUTUP– 7.29 Jurang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan

tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan kemajuan negara. Oleh itu, KPM sentiasa memberi penekanan bagi merapatkan jurang tersebut dengan melaksanakan pelbagai usaha secara serentak dan berterusan.