buat duit dengan murahnya.my

31
.my Semua Hakcipta Terpelihara © Murahnya.my 2012 1

Upload: idea-bisnes-internet

Post on 19-May-2015

894 views

Category:

Business


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Semua Hakcipta Terpelihara © Murahnya.my 2012

1

Page 2: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Kandungan

Pengenalan ................................................................................................................................ 3

BAHAGIAN I: 3 CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN AKTIF AND PASIF DI MURAHNYA DIBONGKAR!!! ........................................................................................................................... 6

1. Menjana Pendapatan Sebagai Seller ........................................................................... 6 2. Menjana Pendapatan Sebagai Affiliate ....................................................................... 9 3. Bagaimana untuk menjana pendapatan sebagai Buyer? .......................................... 11

BAHAGIAN II: MANUAL PENGGUNAAN MURAHNYA ............................................................. 13 Bagaimana menggunakan Murahnya? .............................................................................. 13

Mendaftar ......................................................................................................................... 13 Mengesahkan Email Anda ................................................................................................ 13 Whitelist email [email protected] ............................................................................ 14 Cara untuk whitelist ......................................................................................................... 15 Menyediakan Servis untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia ..................................... 16 Membeli Servis ................................................................................................................. 20 Membuat Pembelian Servis di Murahnya ........................................................................ 21 Mempromosi Link Affiliate ............................................................................................... 26

Penutup .................................................................................................................................. 31

2

Page 3: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Pengenalan

Pertama sekali terima kasih kerana mendaftar dan memuaturun panduan

ringkas bagaimana menjana pendapatan secara online di Murahnya.my ini.

Murahnya.my telah dibina dengan matlamat menyediakan platform yang

terkawal dan selamat untuk rakyat Malaysia menyediakan Servis yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Murahnya menyediakan kesemua yang diperlukan untuk menawarkan dan membeli Servis daripada sistem penawaran dan penghantaran (offer and delivery) kepada sistem pembayaran menggunakan perbankan internet (Maybank2u, Cimb Clicks, dsb) dan Paypal.

Ramai rakyat Malaysia sekarang yang telah sedar tentang perniagaan internet

yang sebenar yang boleh menjana pendapatan sampingan mahupun

pendapatan tetap. Terdapat ramai belia di Malaysia yang telah terdedah tentang peluang ini tetapi terlalu ramai yang terkapai-kapai mencari dimana dan bagaimana untuk bermula. Akibatnya ada yang terjatuh ke dalam skim

penipuan melalui internet yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perniagaan internet adalah satu cabang perniagaan yang baik dan mudah. Sesiapa sahaja yang mempunyai komputer dan akses internet boleh

memulakan perniagaan dan menjana pendapatan sampingan. Malah terdapat

ramai belia di Malaysia sekarang, malahan di seluruh dunia menjana pendapatan tetap hanya dari internet. Bekerja sendiri, tiada bos, tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja, bekerja dengan waktu

yang fleksibel, dsb

Di Malaysia, siapa tidak kenal Dr Irfan Khairi? Seorang pakar perniagaan internet yang telah menjana keuntungan sebanyak RM1 juta pada usia 25

tahun. Sehingga kini Dr Irfan Khairi banyak berkongsi kaedah dan cara terbaik

bagaimana memulakan perniagaan di internet melalui buku, majalah, seminar, radio, tv dsb.

Dan ramai lagi usahawan yang telah berjaya dan sedang meningkat naik di dalam perniagaan internet yang amat berkembang pesat ini.

Jadi dengan tujuan untuk membantu sesiapa sahaja yang mahu memulakan perniagaan internet dengan PERCUMA, senang dan cepat, Murahnya.my dibangunkan. Di Murahnya, sesiapa sahaja boleh membuka akaun dengan percuma dan boleh menawarkan sebarang Servis yang sesuai kepada rakyat Malaysia mengikut kemahiran masing-masing.

3

Page 4: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Murahnya adalah satu platform “Job-Mikro” untuk rakyat Malaysia menjual serta menyediakan servis khusus kepada rakyat Malaysia lainnya yang

memerlukan bantuan untuk menyiapkan sesuatu kerja pada harga yang amat

berpatutan.

Misalnya, sekiranya anda mahir dalam membuat grafik, anda boleh tawarkan servis untuk membuat grafik. Jika anda ada kemahiran menulis, anda boleh tawarkan servis untuk menulis artikel untuk ramai pemilik-pemilik blog yang sentiasa perlukan artikel terkini dan berkualiti. Jika anda pandai memasak, anda boleh jual panduan sama ada dalam bentuk ebook atau video cara memasak “Laksa Penang sedap terangkat sehingga mak mertua lalu pun tak toleh dah” . Dan macam-macam lagi Servis boleh ditawarkan.

Untuk menggunakan Murahnya, anda perlu mendaftar sebagai ahli. Daftar di sini. Jangan risau, pendaftaran adalah PERCUMA. Setelah mendaftar, anda boleh Membeli, Menjual dan menjadi Affiliate sekaligus. Tidak perlu membuka akaun berbeza.

• Servis-servis yang ditawarkan di Murahnya dipanggil “Servis”.

• Pembeli Servis di Murahnya dipanggil “Buyer”. Di Murahnya, semua

Buyer dapat memperolehi Servis yang murah dan berkualiti

Bagaimana untuk memilih Servis yang berkualiti? Teruskan membaca..

• Penjual di Murahnya dipanggil “Seller”. Di Murahnya, semua rakyat

Malaysia boleh berniaga! Hanya dari rumah dengan masa yang

fleksibel Dan anda boleh mulakan perniagaan and dengan PERCUMA! Setelah Servis anda dibeli, Murahnya akan mengambil sebahagian bayaran kepada servis itu sebagai komisen. Berapa banyak yang Murahnya ambil? Teruskan membaca.. Murah sahaja. Selagi Servis anda belum dibeli, anda tidak perlu bayar walaupun seposen

• Setiap Buyer dan Seller secara automatic menjadi “Affiliate” kepada

Murahnya. Ini merupakan satu peluang terbaik untuk semua rakyat

Malaysia. Apabila anda menjadi ahli secara percuma, anda akan memiliki link Affiliate unik. Apa yang anda perlu lakukan, hanya kongsikan link tersebut dengan rakan-rakan di Facebook, Twitter, Google + atau dimana-mana sahaja. (Pastikan gunakan cara yang beretika ya? Murahnya tidak akan berkompromi dengan ahli yang menggunakan

4

Page 5: Buat duit dengan murahnya.my

.my

kaedah yang tidak beretika seperti Spam dsb. Akaun anda boleh ditutup serta merta.)

Apabila anda berkongsi link affiliate anda, rakan-rakan dan saudara mara yang datang mendaftar di Murahnya untuk membeli atau menjual Servis.

Apabila ada rakan anda menjual atau membeli mana-mana Servis di

Murahnya, anda akan mendapat komisen. Berapa banyak komisen?

Berapa kali pembelian anda boleh dapat komisen? Teruskan membaca..

Pastinya anda akan ‘terduduk’ tak percaya

5

Page 6: Buat duit dengan murahnya.my

.my

BAHAGIAN I: 3 CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN AKTIF AND PASIF DI MURAHNYA DIBONGKAR!!!

1. Menjana Pendapatan Sebagai Seller

Di Murahnya, Seller diberi Level masing-masing mengikut beberapa kriteria

seperti dibawah:

Level

Diskripsi

Nilai Servis

Dibenarkan untuk

Ditawarkan

Syarat

Minimum

Diperlukan

Level 1

Seller baru

RM 10, RM 20, RM

30, RM 40 dan

RM50 sahaja

Rating: -

Servis siap: -

Level 2 Telah menyempurnakan

sekurang-kurangnya 30 Servis

RM10 hingga

RM60

Rating: 85%

Servis siap: 30

Level 3 Telah menyempurnakan

sekurang-kurangnya 50 Servis

RM10 hingga

RM70

Rating: 90%

Servis siap: 50

Level 4 Telah menyempurnakan

sekurang-kurangnya 60 Servis

RM10 hingga

RM80

Rating: 95%

Servis siap: 60

Level 5 Telah menyempurnakan

sekurang-kurangnya 80 Servis

RM10 hingga

RM100

Rating: 98%

Servis siap: 80

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa Seller di Murahnya ditapis dengan begitu ketat sekali. Seller perlu memastikan Rating minimum perlu dijaga. Sekiranya ada Seller yang tidak menjaga kualiti Servis mereka, dan Buyer memberi rating negatif, maka Rating mereka akan menurun dan seterusnya Level mereka juga akan turun sekiranya tidak mencapat peratus (%) rating minimum.

Jadi untuk menjawab soalan bagaimana memilih Seller dan/atau Servis yang berkualiti, pilihlah Seller dan/atau Servis yang mempunyai Rating yang tinggi.

6

Page 7: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Peringatan: Seller perlu sentiasa memastikan Servis yang ditawarkan berkualiti. Sekiranya kualiti Servis menurun, dan mendapat Rating yang rendah daripada syarat minimum, secara automatik sistem Murahnya akan

menurunkan Level Seller satu tangga. Contohnya: Seller A telah mencapai Level 5. Level 5 memerlukan Rating sekurang-kurangnya 98%. Sekiranya Rating ini menurun ke 97% kerana mendapat maklumbalas negatif dari Buyer, secara automatik Level Seller A akan diturunkan ke Level 4, dan seterusnya.

Namun begitu, sekiranya Seller tersebut masih baru, itu tidak bermakna Seller

tersebut tidak menawarkan Servis yang berkualiti. Ranking/Level ini hanyalah

sebagai penanda aras indikatif untuk membezakan Seller dan Servis di

Murahnya.

Kepada Seller-Seller baru, pastikan anda menyediakan Servis yang terbaik kepada Buyer. Sekiranya Buyer berpuas hati dengan hasil kerja anda, mereka pastinya akan memberikan Rating yang baik dan anda akan dinaiktaraf secara automatik setelah syarat minimum dipenuhi.

Kepada Seller-Seller yang baik, kami amat menghargai anda Banyak kemudahan seperti dapat menjual pada harga yang lebih tinggi, mendapat bayaran yang lebih tinggi, dsb akan kami berikan sekiranya anda terus menawarkan Servis-Servis berkualiti.

Soalan seterusnya adalah, bagaimanakah pecahan pendapatan antara Seller, Affiliate dan Murahnya. Untuk menjawab soalan ini, sila rujuk jadual dibawah.

Harga

Servis

Pendapatan kepada

Seller

Komisen Affiliate

Komisen Murahnya

(Termasuk caj Paypal/Webcash)

RM10 70% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 20%

RM20 70% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 20%

RM30 70% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 20%

RM40 70% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 20%

RM50 70% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 20%

7

Page 8: Buat duit dengan murahnya.my

.my

RM60 75% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 15%

RM70 75% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 15%

RM80 75% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 15%

RM90 80% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 10%

RM100 80% 10% (5% Buyer, 5%

Seller) 10%

Disini anda boleh melihat dengan jelas, semakin tinggi nilai Servis yang Seller tawarkan, semakin tinggi peratusan yang akan diterima. Untuk membolehkan Seller menawarkan Servis yang lebih mahal, Seller perlu mendapatkan syarat minimum yang telah diterangkan di atas.

Jadi untuk menjawab soalan berapakah peratus pendapatan yang akan Seller perolehi? Jadual diatas menjawab soalan tersebut dengan baik. Seller akan mendapat 70%-80% dari jumlah jualan

bergantung kepada Level anda. Jadi pastikan Servis yang anda

tawarkan berkualiti, semakin tinggi pendapatan yang anda akan perolehi

UPDATE: 15 Julai 2012

Setiap Seller dan Affiliate perlu membuka akaun percuma di Webcash.com.my untuk menerima bayaran ke akaun bank anda. Murahnya akan membuat

bayaran ke akaun Webcash anda setelah baki minimum RM53 dicapai. Anda

seterusnya boleh withdraw wang tersebut dari akaun Webcash anda terus ke akaun bank.

*Webcash mengenakan caj RM3 untuk setiap pengeluaran ke akaun bank anda.

8

Page 9: Buat duit dengan murahnya.my

.my

2. Menjana Pendapatan Sebagai Affiliate

Seller

5%

Ok, sekarang kita bercakap pula mengenai Affiliate. Saya percaya, ramai yang

berminat dengan bahagian ini

Berapa banyak bayaran yang biasanya anda terima sekiranya anda mempromosi sebarang affiliate Pay-Per-Lead di Malaysia? Saya rasa sekitar RM0.25 ke RM1.00 untuk setiap Lead yang anda bawa. Berapa kali bayaran yang anda terima untuk setiap Lead ini? Sudah pasti hanya sekali bukan?

Ini amat berbeza dengan system Affiliate Murahnya. Di Murahnya,

setiap user mempunyai halaman promosi masing-masing. Contohnya http://www.murahnya.my/aff.php?dr=5920, apabila anda berkongsi link affiliate anda, rakan-rakan anda boleh memuat turun ebook percuma di halaman tersebut.

Anda juga boleh berkongsi URL mana-mana Servis yang anda suka. Pastikan anda login ke Murahnya sebelum copy URL Servis tersebut. Ini adalah kerana

setelah anda login, URL setiap Servis akan mengandungi link Affiliate anda. Contohnya link Servis ini;

http://www.murahnya.my/Bisnes/1840/memberikan-5000-like-dari-pelbagai-neg

ara-untuk-facebook-fanpage-anda?dr=5920. ?dr=5920 dihujung link ini adalah

ID Affiliate yang unik untuk anda. Setiap orang mempunyai ID Affiliate yang

berbeza.

9

Page 10: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Apabila rakan anda datang dan mendaftar di Murahnya sama ada untuk membeli atau menjual, secara automatik, rakan anda tersebut akan didaftar secara kekal (hard-coded) sebagai referral anda. Jadi pada bila-bila masa sahaja pada masa depan rakan anda tersebut datang ke Murahnya (walaupun tidak lagi menggunakan affiliate link anda) dan membeli satu Servis di Murahnya, anda akan mendapat komisen 5% dari pembelian itu.

Sekiranya rakan anda datang ke Murahnya dan menyediakan satu Servis, dan

Servis itu dibeli oleh orang lain, anda juga akan mendapat 5% dari hasil jualan

tersebut.

Sekiranya terdapat pembelian Servis di Murahnya yang mana kedua-dua Seller

dan Buyer adalah referral dari anda, anda akan menerima 10% (5% untuk Seller +

5% untuk Buyer)

Ini bermakna, anda akan mendapat komisen 5% ke 10% untuk satu transaksi dari rakan-rakan (referral) anda, SEPANJANG HAYAT! Ya betul, komisen anda itu akan anda perolehi selagi mana rakan anda itu membeli atau menjual Servis di Murahnya!

Ini adalah peluang menjana passive income terbaik di Malaysia!

Tapi ada yang bertanya, “Sepanjang hayat? Hayat siapa?”

Sudah tentulah hayat saya dan hayat Murahnya. Selagi saya hidup, dan selagi saya adalah pemilik sah Murahnya, komisen anda akan terus berjalan seperti biasa. Sekiranya saya dah ‘out-of-service’ dari dunia ni atau Murahnya dimiliki oleh orang lain, yang tu saya tak boleh gerenti pemilik baru tak ubah polisi.

Tetapi jika anda yang ‘out-of-service’ dari dunia ini terlebih dahulu, sudah pasti

komisen dan pendapatan pasif anda ini boleh anda wariskan kepada sesiapa

sahaja yang anda mahu

Sistem Affiliate ini kami telah bangunkan sebaik mungkin dengan mengambil kira semua kebaikan sistem affiliate website-website terkemuka seperti Amazon, Clickbank dan sebagainya. Jika anda ada feature yang anda mahu kami tambah, PM saja Admin dan bagi cadangan. Kami amat menghargai dan mengambil berat setiap cadangan dan keperluan anda.

10

Page 11: Buat duit dengan murahnya.my

.my

3. Bagaimana untuk menjana pendapatan sebagai Buyer?

Ini antara soalan yang paling banyak ditanya . Macamana membeli pun boleh jana pendapatan? Pernahkah anda dengar peribahasa Inggeris ini?

“A dollar saved is a dollar earned”

Dalam Bahasa Melayu maksudnya; Satu ringgit yang dijimatkan adalah satu

ringgit yang dijana.

Maksudnya sekiranya anda dapat jimatkan RM1 dalam perniagaan ataupun kehidupan anda dalam sehari, itu bermakna anda telah menjana RM1 pendapatan pada hari tersebut

Di Murahnya, kami menekankan kepada Seller untuk memberikan Servis yang terbaik pada harga yang sangat-sangat berpatutan. Sebagai contoh, untuk membayar satu syarikat teknologi maklumat untuk:

“memasang website Wordpress untuk anda, siap dengan Theme yang menarik, siap dengan semua Plugin yang diperlukan untuk anda memulakan blog anda sendiri”

Anda akan dikenakan bayaran sekitar RM300 ke RM500. Tak percaya? Buat carian di Google untuk syarikat teknologi maklumat, dan email mereka dan minta sebutharga untuk perkara di atas.

Tetapi di Murahnya, anda boleh buat carian di Search Bar Murahnya untuk katakunci “pasang wordpress”. Pada masa panduan ini ditulis, terdapat seorang Seller di Murahnya yang menawarkan Servis ini pada harga RM10

sahaja!

Dan beliau mendapat maklumbalas dan Rating yang baik dari Buyer yang pernah menggunakan Servis beliau. Itu bermakna Servis yang beliau berikan adalah baik.

Dengan menggunakan Murahnya, anda bukan hanya dapat menjimatkan “a

dollar” tetapi, beribu-ribu dollar sebulan pun boleh dijimatkan (dijana)

Cubalah Servis-Servis di Murahnya. Anda bukan sahaja akan membantu diri dan syarikat anda berjimat, malah dapat membantu ratusan malahan ribuan rakyat Malaysia yang:

11

Page 12: Buat duit dengan murahnya.my

.my

a. Mungkin juga para profesional yang ingin menjana pendapatan

sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

b. Mungkin masih menganggur, c. Orang kurang upaya yang mungkin sukar mendapat pekerjaan diluar tetapi mempunyai kemahiran menyediakan Servis tertentu, d. Ibu-ibu yang tinggal dirumah untuk menjaga anak-anak mereka dan memerlukan pendapatan sampingan,

Mereka ini dan pelbagai lapisan rakyat Malaysia yang berkemahiran menjadikan Murahnya sebagai satu sumber pendapatan sampingan mereka.

Di Murahnya, semua orang Win-Win-Win

Sekiranya ada persoalan,andaboleh hubungi kami di http://www.murahnya.my/contact ataupun di Fanpage kami http://facebook.com/murahnya.

Jangan lupa untuk membaca halaman Terma Servis dan Penggunaan Murahnya di http://www.murahnya.my/terms_of_service.

Klik sini untuk mendaftar di murahnya.my. Pendaftaran adalah PERCUMA.

12

Page 13: Buat duit dengan murahnya.my

.my

BAHAGIAN II: MANUAL PENGGUNAAN MURAHNYA

Bagaimana menggunakan Murahnya?

Bergantung kepada bagaimana anda mendapat ebook ini, anda mungkin telah ataupun belum mendaftar di Murahnya. Walaubagaimanapun ebook panduan ini menerangkan untuk kedua-dua situasi.

Mendaftar

Untuk mendaftar, pergi ke http://www.murahnya.my/signup dan ikut arahan dalam gambar di bawah.

Mengesahkan Email Anda

Setelah anda mendaftar, cari email dari [email protected] di email anda. Buka email tersebut dan klik link pengesahan seperti gambar di bawah.

13

Page 14: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Setelah anda mengesahkan email anda, anda akan dapat menggunakan

kesemua kemudahan yang ditawarkan di Murahnya

Pengesahan email ini dilakukan untuk keselamatan pengguna. Sekiranya anda tidak mendaftar di Murahnya dan ada orang lain yang mendaftar menggunakan email anda, orang itu tidak akan dapat menggunakan Murahnya untuk membeli atau menawarkan sebarang Servis.

Whitelist email [email protected]

Apa itu whitelist email? Whitelist adalah perkataan bertentang maksud dengan

Blacklist Secara mudahnya, anda perlu whitelist email [email protected] untuk memastikan anda sentiasa mendapat email dari Admin Murahnya. Ini juga untuk mengelakkan email yang Admin hantar masuk ke dalam folder Spam/Junk email anda.

Jika ini berlaku anda mungkin terlepas makluman bahawa Servis anda telah dibeli. Ini akhirnya boleh menyebabkan kelewatan penghantaran Servis dan boleh menerima Rating atau maklumbalas yang negatif daripada Buyer.

Contoh email yang akan Admin hantar kepada anda:

1. Email pengesahan: Email pengesahan akan dihantar oleh Admin

Murahnya sekiranya berlaku perkara-perkara seperti Servis anda telah diluluskan, Servis anda dibeli, anda telah membeli Servis, Servis yang

14

Page 15: Buat duit dengan murahnya.my

.my

anda beli telah disiapkan, anda telah membuat bayaran, anda telah

menerima bayaran, anda telah memohon pengeluaran pendapatan, dan sebagainya.

2. Email makluman dan pemberitahuan: Email ini akan dihantar sekiranya terdapat maklumat terkini yang berlaku di Murahnya misalnya makluman tentang kemudahan (feature) terbaru untuk membantu perniagaan anda, makluman terkini Terma dan Syarat Penggunaan di Murahnya dan sebagainya.

3. Email perkongsian maklumat: Email ini biasanya dihantar secara berkala

oleh Admin Murahnya untuk berkongsi maklumat mengenai perniagaan, peluang-peluang terkini untuk menjana pendapatan, berkongsi ilmu atau artikel yang dapat membantu anda membina perniagaan anda dan sebagainya.

Cara untuk whitelist

Cara paling mudah untuk whitelist email [email protected] adalah apabila anda dapati email dari [email protected] termasuk kedalam Spam folder email anda, anda hanya perlu buka email tersebut dan klik butang “Not Spam”

di email anda.

Seterusnya untuk betul-betul pasti, masukkan email [email protected] ke dalam Contact List anda. Dengan melakukan dua perkara ini email dari Admin Murahnya akan sentiasa masuk ke dalam Inbox anda dan anda akan mendapat pemberitahuan dengan segera

15

Page 16: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Menyediakan Servis untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia

Untuk menyediakan Servis yang anda mahu tawarkan kepada rakyat Malaysia,

ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah.

1. Setelah anda Login untuk kali pertama, klik pada tab “Mula Menjual”.

2. Anda akan melihat halaman dibawah. Klik “Buat Servis Baru”.

16

Page 17: Buat duit dengan murahnya.my

.my

3. Seterusnya ikut contoh dalam gambar dibawah. 17

Page 18: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Setelah anda klik butang hantar, Servis anda akan diperiksa oleh Admin Murahnya. Sekiranya tiada masalah, Admin akan meluluskan Servis anda dan Servis anda akan Live di Murahnya dan sedia untuk dibeli oleh Buyer

Senang bukan? Sekarang anda boleh tunggu sahaja pesanan, atau, lebih digalakkan anda kongsikan Servis anda dengan rakan-rakan di Facebook, Twitter, dsb. Ini adalah promosi mudah dan Murahnya menyediakan semuanya untuk anda. Lihat gambar dibawah untuk melakukannya.

18

Page 19: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Pastikan URL yang anda kongsikan itu mengandungi ID Affiliate anda kerana sekiranya rakan anda yang datang ke halaman Servis anda itu mendaftar tetapi membeli Servis dari Seller yang lain, anda tetap akan mendapat komisen

Anda boleh membaca mengenai bagaimana mempromosi Link Affiliate anda di m/s 26 nanti.

19

Page 20: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Membeli Servis

Ianya amat mudah untuk membeli Servis di Murahnya. Untuk makluman anda, setiap pembayaran yang anda lakukan di Murahnya akan dibayar ke akaun Murahnya. Seller hanya akan dibayar setelah mereka menyiapkan hasil kerja yang dijanjikan dan anda menerima dan berpuas hati dengan hasil kerja

mereka.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil kerja Seller, anda boleh meminta Seller membetulkan atau membaiki hasil kerja mereka. Sekiranya anda masih tidak berpuas hati, anda digalakkan untuk menyelesaikan sebarang isu dengan Seller secara baik.

Andaikata tiada penyelesaian dicapai, anda boleh menolak hasil kerja Seller dan wang anda akan dikembalikan ke akaun anda di Murahnya. Anda boleh menggunakan wang ini untuk pembelian akan datang atau boleh melakukan pengeluaran ke akaun bank (melalui Webcash.com.my) atau Paypal anda (mengikut Terma Servis dan Penggunaan Murahnya).

20

Page 21: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Membuat Pembelian Servis di Murahnya

Mahu membeli sebarang Servis di Murahnya? Senang saja . Lakukan Carian keyword yang anda mahukan. Cth seperti dibawah:

21

Page 22: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Setelah itu anda boleh klik pada tajuk Servis yang anda suka. 22

Page 23: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Setelah anda klik butang “Beli” berwarna oren tersebut, anda akan dibawa ke halaman pembayaran seperti dibawah.

23

Page 24: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Membayar menggunakan Bank Tempatan (Melalui Webcash.com.my)

Makluman: Murahnya menggunakan servis Webcash.com.my untuk menguruskan sebarang bayaran melalui Bank Tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks, dan sebagainya. Murahnya tidak mengambil atau menyimpan sebarang maklumat kewangan anda. Sistem ini 100% selamat

24

Page 25: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Pembayaran menggunakan Paypal atau Kad kredit

Makluman: Murahnya menggunakan servis Paypal.com untuk menguruskan sebarang bayaran melalui Paypal, Visa dan Mastercard. Murahnya tidak

mengambil atau menyimpan sebarang maklumat kewangan anda. Sistem ini 100% selamat

25

Page 26: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Mempromosi Link Affiliate

1. Kaedah PERTAMA

Untuk promosi link affiliate anda untuk menjana pendapatan pasif, sila ikuti langkah dalam gambar dibawah.

Setiap user Murahnya secara automatik menjadi Affiliate. Pergi link dibawah:

26

Page 27: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Setelah itu anda akan melihat halaman ini;

Sekiranya anda pergi ke link affiliate anda, contohnya

http://www.murahnya.my/aff.php?dr=5920 anda akan melihat halaman dibawah;

27

Page 28: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Ebook apa yang akan mereka dapat sekiranya mendaftar melalui link anda?

Ebook yang sedang anda baca ini lah yang akan mereka terima

28

Page 29: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan anda di Facebook, contoh:

Download ebook percuma cara menjana pendapatan sampingan dengan senang di http://www.murahnya.my/aff.php?dr=5920. Ebook ini hanya boleh didapati jika mendaftar melalui link tersebut.

Ini contoh sahaja. Gunakanlah kreativiti anda sebaiknya.

2. Kaedah KEDUA (Lebih mudah)

Kaedah kedua untuk mempromosi link Affiliate anda adalah dengan hanya 3 langkah ini:

a. Login di Murahnya.my

b. Klik mana-mana Servis yang anda suka dan copy URL link tersebut (termasuk Affiliate ID anda)

c. Kongsikan dengan rakan-rakan

Lihat gambar dibawah. 29

Page 30: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Dengan cara ini, apabila rakan anda melawat halaman ini misalnya, browser mereka akan ditanam cookie yang mengandungi ID Affiliate anda. Tempoh sah cookie ini adalah LIFETIME.

Sekiranya mereka tidak membeli Servis anda tetapi membeli Servis dari Seller yang lain, anda tetap mendapat komisen. Dan jika sebulan selepas itu mereka

datang lagi ke Murahnya dan membeli pula Servis lain, anda dapat komisen

lagi. Jika mereka menawarkan Servis dan Servis mereka dibeli, anda dapat

komisen lagi

Secara mudahnya, kerja sekali pendapatan sepanjang hayat! Hebat!!!

Sistem Affiliate ini kami telah bangunkan sebaik mungkin dengan mengambil kira semua kebaikan sistem affiliate website-website terkemuka seperti Amazon, Clickbank dan sebagainya. Jika anda ada feature yang anda mahu kami tambah, PM saja Admin dan bagi cadangan. Kami amat menghargai dan mengambil berat setiap cadangan dan keperluan anda.

Klik sini untuk mendaftar di murahnya.my. Pendaftaran adalah PERCUMA.

30

Page 31: Buat duit dengan murahnya.my

.my

Penutup

Ok, itu sahaja buat masa ini. Pastikan anda whitelist email [email protected] kerana kami akan menghantar email makluman

sekiranya panduan ini dikemaskini dengan maklumat atau fungsi terkini untuk

membantu anda lebih gembira bersama kami

Sesunggguhnya aspirasi kami adalah mahu menjadikan Murahnya menjadi satu platform untuk rakyat Malaysia yang baik, mempunyai minda-positif (positive-

minded), jujur, bertimbangrasa and mempunyai jatidiri untuk menawarkan dan membeli perkhidmatan pada harga yang berpatutan dalam ruang dan platform yang selamat dan terkawal.

Secara ringkasnya, di Murahnya kami mahu semua orang menjalankan

urusniaga yang jujur dan bergembira

Sekiranya ada persoalan, anda boleh hubungi kami di http://www.murahnya.my/contact ataupun di Fanpage kami http://facebook.com/murahnya.

Jangan lupa untuk membaca halaman Terma Servis dan Penggunaan Murahnya di http://www.murahnya.my/terms_of_service

Sekian, Terima kasih.

Abu Muhammad (bersama guru saya Dr Irfan Khairi [email protected] http://www.facebook.com/murahnya http://www.facebook.com/abu.muhammad.545

)

31