buasir
TRANSCRIPT
Buasir Daripada Wikipedia, ensiklopediabebas.
PENAFIAN: Untukpengetahuansahaja.
Siladapatkannasihatdoktor/pakarperubatanbertauliahmengenaikesihatananda. Maklumatperubatandanpenjagaankesihatandalamlamaninitidakbertujuanmenggantikanjagaanprofesional, khidmatnasihat,
diagnosis ataurawatandoktor/pakarperubatanbertauliah.
Lamaninitidakmempunyaijawapankepadasemuamasalahkesihatandanperubatan yang dialami.
Jawapankepadamasalahumummungkintiadakaitanlangsungdengankeadaankesihatananda.
Sekiranyaandamenyedaritanda/gejalapenyakitataujatuhsakit, silahubungidoktor/pakarperubatanbertauliahuntukrawatansegera.
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektumdan dubur. Apabila
vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membrandi sekitarnya membengkak, terasa
sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian
rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh
pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Jenis-jenisbuasir
o 1.1 Buasirdalaman
o 1.2 Buasirluaran
2 Penyebabutama
Buasir
Demonstrasianatomibuasir.
ICD-10 I84
ICD-9 455
MedlinePlus 000292
eMedicine med/2821
3 Pencegahan
4 Rawatan
5 Pengurusansendiri
6 Pautanluar
[sunting]Jenis-jenis buasir
[sunting]Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak
merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan
permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna
merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan
perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser
kolorektum.
[sunting]Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur.
Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia
terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan
rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir
adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun
dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
[sunting]Penyebab utama
Sentiasa duduk
Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
Cirit-birit
Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
Batuk yang teruk
Bersalin
Mengangkat berat
Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
[sunting]Pencegahan
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua
berikut:
Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-
jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat
mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan
nafas anda.
Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi
selepas masalah ini berpanjangan.
Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan
usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin
menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa
lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada
waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat
mengazabkan.
[sunting]Rawatan
Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya
anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan
semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka
barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan
gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.
Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali
sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh
membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh
mengecutkan buasir. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.
Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap
serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa
membuang air besar.
Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi
perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang
menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat
melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir
anda.
Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh
dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di
sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari
buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman
sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin
mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan
bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit
pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah,
dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur
Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak
menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati dari
segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi
semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi
pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh
berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.
Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam
beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak,
anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit
keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda
masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.
[sunting]Pengurusan sendiri
Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan
sayur-sayuran.
Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas
besar air.
Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah,
alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur),
berjumpalah doktor.
[sunting]Pautan luar