brosur program nilam

9
PROGRAM GALAKAN MEMBACA Pengenalan Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan. Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM. MATLAMAT Matlamat program NILAM adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar. OBJEKTIF Menjadikan murid banyak membaca. Menggalakkan sekolah agar terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN WAKAF BUKU PERINGKAT SEKOLAH SK SENGGARANG 2012 TARIKH : 20 FEBRUARI 2012 (ISNIN) MASA : 7.20 pagi ~ 7.50 pagi

Upload: firdaus-ainun

Post on 01-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

brosur

TRANSCRIPT

Page 1: Brosur Program NILAM

SELAMAT DATANGKE

SK SENGGARANGJalan Ismail, 83200 Senggarang,

Batu Pahat, Johor

JBA0059

 Tel/Faks : 074291357E-mel : [email protected]

JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM

GURU BESAR : ENCIK SULAIMAN B. ARJAM

PROGRAM GALAKAN MEMBACA

Pengenalan

Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.

Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.

MATLAMAT

Matlamat program NILAM adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.

OBJEKTIF

Menjadikan murid banyak membaca. Menggalakkan sekolah agar terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

APAKAH NILAM?

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.Program ini telah bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN WAKAF BUKU

PERINGKAT SEKOLAHSK SENGGARANG

2012

TARIKH : 20 FEBRUARI 2012 (ISNIN) MASA : 7.20 pagi ~ 7.50 pagi TEMPAT : DEWAN LESTARI,

SK SENGGARANG

“NILAM MENJANA MINDA”

Page 2: Brosur Program NILAM