bris soil clasification

27
Petikan : Panduan Mengenali Siri-siri Tanah Utama di Semenanjung Malaysia terbitan Ogos 1993 PANDUAN SIRI-SIRI TANAH UTAMA DI SEMENANJUNG MALAYSIA Untuk tujuan perancangan pertanian, tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan, iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan. Di Semenanjung Malaysia, unit asas yang digunakan bagi pemetaan tanah ialah siri tanah (soil series). Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Semenanjung Malaysia adalah berasaskan sistem “USDA Soil Taxonomy, 1992” yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Dengan menggunakan sistem ini, nama siri-siri tanah dikenalpasti. Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah telah diwujudkan dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri-ciri tanah yang utama, landskap dan cara pembentukan tanah (Rajah 1). Kumpulan tersebut adalah:- 1. Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi. 2. Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah. 3. Tanah yang terbentuk dari aluvium lama. 4. Tanah laterit. 5. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai terbaru. 6. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai hampir tua. 7. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) 8. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat. 9. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat. 10. Tanah organan (gambut) cetek.

Upload: guestf0ed8d

Post on 16-Dec-2014

5.096 views

Category:

Documents

6 download

DESCRIPTION

TRANSCRIPT

Page 1: Bris soil clasification

Petikan : Panduan Mengenali Siri-siri Tanah Utama di Semenanjung Malaysia terbitan Ogos 1993

PANDUAN SIRI-SIRI TANAH UTAMA DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Untuk tujuan perancangan pertanian, tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan, iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman.  Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.

Di Semenanjung Malaysia, unit asas yang digunakan bagi pemetaan tanah ialah siri tanah (soil series).  Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Semenanjung Malaysia adalah berasaskan sistem “USDA Soil Taxonomy, 1992” yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan.  Dengan menggunakan sistem ini, nama siri-siri tanah dikenalpasti.  Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah telah diwujudkan dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri-ciri tanah yang utama, landskap dan cara pembentukan tanah (Rajah 1). Kumpulan tersebut adalah:-

1. Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi.2. Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah.

3. Tanah yang terbentuk dari aluvium lama.

4. Tanah laterit.

5. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai terbaru.

6. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai hampir tua.

7. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)

8. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat.

9. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat.

10. Tanah organan (gambut) cetek. 

Page 2: Bris soil clasification

KUMPULAN 1:  Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam.

KUMPULAN 2: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam.

KUMPULAN 3: Mengandungi tanah yang salir terjadi di atas aluvium lama dan didapati di atas landskap terubah (reworked landscape) yang bertopografi beralun dan berombak.

KUMPULAN 4:  Terdiri dari tanah laterit yang terdapat di landskap pediman.KUMPULAN 5:  Berasl dari aluvium sungai yang terbaru pada elevasi yang rendah.KUMPULAN 6: Terdapat di atas aluvium sungai yang hampir tua dan didapati pada kedudukan yang agak tinggi.

KUMPULAN 7: Mengandungi tanah di atas landskap BRIS khususnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.  Tanah ini tidak subur, mempunyai lapisan albik dan spodik dan bertekstur pasir.

KUMPULAN 8:  Terdiri dari tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat.KUMPULAN 9:  Tanah lempung laut yang tidak mempunyai ciri-ciri asid sulfat.  KUMPULAN 10:  Tanah organan cetek.KUMPULAN 11:  Tanah organan yang sederhana dalam dan dalam.

Page 3: Bris soil clasification

Terdapat 5 kelas kesesuaian tanah dan beberapa subkelas.  Kelas kesesuaian tanah dikenalpasti melalui bilangan dan tahap keparahan bagi halangan yang terdapat pada tanah tersebut.  Subkelas pula menunjukkan ciri-ciri halangan tanah dan dikenalpasti melalui 9 faktor halangan tanah seperti kedalaman ke lapisan asid sulfat, kedalaman ke lapisan padat, saliran, kecerunan, ketidakseimbangan nutrien, keberbatuan, ketebalan lapisan organan, kemasinan dan struktur dan tekstur tanah.  Kelima-lima kelas kesesuaian tanah menggambarkan potensi tanah untuk pembangunan pertanian berdasarkan kepada bilangan tanaman yang sesuai di tanam di dalam satu-satu kelas. 

Kelas 1:Tanah yang tiada halangan atau halangan kecil sahaja kepada pertumbuhan tanaman.  Sesuai untuk kebanyakan tanaman.  Dengan menggunakan pengurusan yang sederhana sahaja, tanaman-tanaman tersebut dapat memberikan hasil yang lumayan.

Kelas 2:Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana kepada pertujmbuhan tanaman.  Kesesuaiannya kurang sedikit berbanding dengan tanah kelas 1.  Pengurusan yang sederhana diperlukan bagi mendapat hasil yang memuaskan.  Amalan pengurusan yang mudah termasuk kawalan hakisan serta kerja pengairan dan saliran diperlukan.

Kelas 3:Tanah yang mempunyai satu halangan serius kepada pertumbuhan tanaman.  Hanya sesuai untuk beberapa tanaman sahaja.  Pengurusan yang tinggi diperlukan bagi membangun dan memulihkan tanah jenis ini untuk penghasilan jangkamasa yang panjang.  Amalan-amalan pengurusan tanah sepeti pengawalan hakisan, pembajaan baja yang intensif, dan/atau kerja-kerja pengairan atau saliran yang melibatkan perbelanjaan sederhana, adalah perlu.

Kelas 4:Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius kepada tumbuhan tanaman.  Sesuai untuk sedikit tanaman sahaja ataupun tanaman tertentu.  Pengurusan yang sangat tinggi diperlukan bagi mengekalkan penghasilan tanaman yang sederhana dan berterusan.  Kerja-kerja pemuliharaan tanah perlu diberi sekiranya tanah ini akan digunakan bagi satu jangkamasa yang panjang.  Tanah kelas ini selalu terdapat pada rupabumi berbukit yang menjadi satu halangan serius kepada penggunaan tanah untuk pembangunan tanah.  Terdapat juga tanah-tanah lain dalam kelas ini seperti tanah asid sulfat dan gambut.

Kelas 5:Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang sangat serius kepada pertumbuhan tanaman.  Tanah di dalam kelas ini sangat kurang sesuai untuk pertumbuhan tanaman.  Adalah lebih baik jika tanah ini dibiar untuk tumbuhan hutan sekiranya ia tidak digunakan untuk perbandaran, perlombongan dan kuari.

Kelas kesesuaian tanah pula dibahagikan kepada subkelas kesesuaian tanah berdasarkan jenis dan tahap keparahan halangan tanah.  Berasaskan halangan-halangan ini, subkelas kesesuaian tanah akan menjadi panduan untuk penentuan kesesuaian tanaman, pengurusan kesuburan dan pemuliharaan tanah.  Perbezaan yang nyata antara kelas kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah ialah kelas kesesuaian tanah bergantung kepada bilangan dan tahap keparahan halangan tanah manakala subkelas kesesuaian tanah menekankan kepada jenis dan tahap keparahan halangan tanah.  Apabila kelas kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah disatukan, maklumat mengenai bilangan, jenis dan tahap keparahan akan diperolehi.  Sebagai contoh:  Siri Bungor yang mempunyai keupayaan pertukaran kation kurang daripada 10 cmol (+) sekilogram tanah dan terletak di atas rupabumi beralun (2o-6o), halangan-halangan tanah ini ialah:-

Page 4: Bris soil clasification

Halangan sederhana : Ketidak seimbangan nutrienHalangan kecil:  Kecerunan 2”-6”

Oleh kerana siri tanah ini mempunyai satu halangan sederhana, maka mengikut definisi, ianya dikelaskan sebagai kelas kesesuaian tanah 2.  Jenis halangan sederhana ialah ketidak seimbangan nutrien. Halangan kecil ialah kecerunan.

PENENTUAN KESESUAIAN TANAMAN

Faktor-faktor utama yang diambilkira untuk menentukan kesesuaian tanaman adalah iklim, tanah dan terain.  Penentuan kesesuaian tanaman yang berasaskan iklim dibuat dengan menggunakan sistem “Agroecological Regions in Peninsular Malaysia” oleh MARDI.  Manakala penentuan kesesuaian tanaman dari segi tanah dan terain adalah berdasarkan kepada sistem “Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia” oleh Jabatan Pertanian.  Tanaman yang didapati sesuai di sesuatu tempat dengan “Agroecological Regions in Peninsular Malaysia” akan ditentukan kesesuaian mutamadnya dengan sistem “Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia”.  Taraf kesesuaian tanaman dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu:-

1. Sesuai (Suitable):Tanah yang tidak mempunyai sebarang halangan ataupun hanya sedikit penghalang  terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman.  Penghasilan dapat diperbaiki dengan pengurusan sederhana, contohnya: kesuburan tanah. 

2. Sederhana Sesuai (Marginally Suitable):Tanah yang mempunyai beberapa halangan yang mungkin mendatangkan bahaya terhadap penghasilan atau pertumbuhan tanaman.  Input-input pengurusan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.  Contohnya:  kawasan kurang salir yang memerlukan sistem saliran untuk memperbaiki keadaan tanah. 

3. Tidak Sesuai (Unsuitable):Tanah yang mempunyai halangan-halangan merbahaya kepada pertumbuhan dan penghasilan tanaman.  Hasil yang memuaskan hanya mungkin diperolehi dengan pengurusan yang tinggi.  Contohnya:  kawasan yang sangat curam ataupun selalu ditenggelami air yang sukar disalirkan.

SIRI TANAH KUMPULAN 1: Tanah terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi

SIRI BENTA 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:  Typic Hapludalf, clayey, mixed, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Luvisol.

  Kumpulan 1

Page 5: Bris soil clasification

Sifat-sifat utama tanah:Coklat tua (10YR 3/3); lempung; berstruktur blok subsegi, saiz sedang, gred sederhana; peroi ke teguh mengikut kedalaman; sederhana dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation 10-15 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes tinggi; horizon diagnosis argilik.

Halangan tanah:

1. Kedalaman ke lapisan padat:  sederhana. 2. Kecerunan:  Sederhana hingga sangat serius.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak :  20cG;    Terain berbukit  :  3G(c);   Terain curam  :  5G

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.

Taburan:Kebayakan di sekitar kawasan Benta, Pahang. 

BATANG MERBAU

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah: Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8) ke coklat (10YR 5/2, 5/4); lempung; berpasir sederhana; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon

  Kumpulan 1

Page 6: Bris soil clasification

diagnosis argilik.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Kecil hingga sangat serius. 2. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun :  20nt(G);    Terain berombak : 2 Gnt;  Terain berbukit  :  3G(nt);   Terain curam  :  5G

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Kebayakan di sekitar Semenanjung Malaysia, terutama sekali di sekitar Tanah Merah, Kelantan.

SIRI BESERAH

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, fine,  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Xanthic Ferralsol.

Sifat-sifat utama tanah: Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berkerikil, berstruktur blok subsegi, saiz

  Kumpulan 1

Page 7: Bris soil clasification

halus hingga sedang, gred lemah; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Sederhana hingga sangat serius. 2. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana. 3. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2 Gnt;  Terain berbukit  :  3G(nt);   Terain curam  :  5G

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Kebayakan di kawasan bukit granit di semua negeri.

SIRI BUKIT TEMIANG  

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, clayey  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Ferric Acrisol

Sifat-sifat utama tanah: Merah kuning (5YR 5/6, 5/8) ke kuning merah (5YR 6/6, 6/8, 7/6, 7/8); lempung berpasir kasar; berstruktur blok subsegi, saiz sedang hingga kasar, gred sederhana, peroi; sederhana dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam

  Kumpulan 1

Page 8: Bris soil clasification

keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) seklilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

Halangan tanah:

1. Kedalaman ke lapisan padat:  Sederhana 2. Kecerunan:  Sederhana hingga sangat serius. 3. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2cGn;  Terain berbukit  :  3G(cn);   Terain curam  :  5G

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Kebayakan di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di kawasan granit.

SIRI JERANGAU 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, very fine,  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Rhodic Ferralsol.

Sifat-sifat utama tanah: Coklat pekat (7.5YR 4/6, 5/6, 5/8); lempung berat;

  Kumpulan 1

Page 9: Bris soil clasification

berstruktur butir dan blok subsegi, saiz halus, gred lemah; peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

Halangan tanah:

1. Saliran:  Serius 2. Kecerunan:  Kecil hingga sangat serius. 3. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana. 4. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun : 3D(nt); Terain berombak : 3D (Gnt);  Terain berbukit  :  4DG(nt);   Terain curam  :  5G(D).

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Di kawasan Jerangau, Terengganu dan Kulai, Johor.

SIRI KUANTAN 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, very fine,  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Ferralsol.

Sifat-sifat utama tanah: Coklat tua (10YR 3/3); lempung berat; berstruktur butir dan

  Kumpulan 1

Page 10: Bris soil clasification

blok subsegi; saiz halus, gred lemah; peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

Halangan tanah:

1. Saliran:  Serius 2. Kecerunan:  Kecil hingga sangat serius. 3. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana. 4. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun : 3D(nt); Terain berombak : 3D (Gnt);  Terain berbukit  :  4DG(nt);   Terain curam  :  5G(D).

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Di kawasan kawasan Kuantan, Pahang.

SIRI KULAI

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Kandiudult, clayey,  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Lixisol

Sifat-sifat utama tanah: Kuning buah zaitun (2.5YR 6/6, 6/8) ke coklat muda buah

Kumpulan1

Page 11: Bris soil clasification

zaitun (2.5 YR 5/4, 5/6); lempung berlodak; berstruktur blok subsegi, saiz sedang, gred sederhana; teguh; dalam; sederhana salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Sederhana hingga sangat serius. 2. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak :  2Gn;    Terain berbukit : 3G(n);   Terain curam : 5G

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Di kawasan kawasan Kulai, Johor.

SIRI LANCHANG 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Kandiudult, clayey,  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol

Sifat-sifat utama tanah: Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8) ke kuning coklat (10YR 6/6, 6/8); lempung berat; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang; gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan

Kumpulan1

Page 12: Bris soil clasification

pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Sederhana hingga sangat serius. 2. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana. 3. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2 Gnt;  Terain berbukit : 3G(nt);  Terain curam :  5G.

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Di sekitar kawasan Panchang, Pahang dan Kota Tinggi, Johor.

SIRI MASAI 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Kanhapludult, clayey-skeletal,  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol, skeletic phase.

Sifat-sifat utama tanah: Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4,

  Kumpulan1

Page 13: Bris soil clasification

5/6, 5/8); lempung berkerikil; berstruktur blok subsegi, saiz sedang; gred lemah ke sederhana; agak teguh; cetek; salir; lapisan laterit bermula antara 0-50 sm; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Sederhana hingga sangat serius. 2. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana. 3. Keberbatuan:  Serius

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 3R(Gn);  Terain berbukit : 4G (n);  Terain curam :  5G(R).

Kesesuaian tanaman:Buah-buahan, kelapa, kelapa sawit, getah.

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Mengganti dengan tanah tanpa batu.- Lubang tanaman lebih besar dan dalam..- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Di sekitar kawasan tengah dan selatan Johor.

SIRI RENGAM 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey,  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah: Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung

  Kumpulan1

Page 14: Bris soil clasification

berpasir kasar; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang; gred lemah ke sederhana; peroi; dalam salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Kecil hingga sangat serius. 2. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana. 3. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 2nt (G);  Terain berombak : 2Gnt;  Terain berbukit: 3G(nt);  Terain curam :  5G.

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Kebanyakan di kawasan granit di seluruh Semenanjung Malaysia.

SIRI SEGAMAT

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, very fine  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:

  Kumpulan1

Page 15: Bris soil clasification

Merah tua (2.5YR 3/6) ke merah kuning (5 YR 4/6, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi; saiz  halus, gred lemah; sangat peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Kecil hingga sangat serius. 2. Saliran:   Serius 3. Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana 4. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 3D(nt);  Terain berombak : 3D(Gnt);  Terain berbukit: 4DG(nt);  Terain curam :  5G(D).

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Di sekitar kawasan Segamat, Johor dan Kg. Awah, Temerloh, Pahang.

SIRI SENAI 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Acrudoxic Kandiudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:

  Kumpulan1

Page 16: Bris soil clasification

Coklat pekat (7.5 YR 4/6, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi, saiz halus, gred lemah; peroi; dalam; salir; terdapat di terain beralun hingga ke berombak; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Kecil hingga sangat serius.

2. Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 2Gn;  Terain berombak : 3G(nt)

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Kebanyakan di kawasan Senai, Johor.

SIRI SUNGAI MAS 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Haplic Hapludox, very fine  kaolinitic, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah: Merah tua (2.5YR 3/6); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi; saiz halus, gred lemah; sangat peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain berombak hingga curam;

  Kumpulan1

Page 17: Bris soil clasification

keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Sederhana hingga sangat serius. 2. Saliran:   Serius 3. Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana 4. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 3D(Gnt); Terain berbukit : 4D(nt); Terain curam : 5G(D)

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Di sekitar kawasan Raub, Pahang dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

SIRI TAI TAK 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey, kaolinitic,  isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah: Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung; berstruktur blok subsegi; saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan

  Kumpulan1

Page 18: Bris soil clasification

bes rendah; horizon diagnosis argilik.

Halangan Tanah

1. Kecerunan:  Sederhana hingga sangat halus 2. Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana 3. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2Gnt; Terain berbukit : 3D(nt); Terain curam : 5G

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Di sekitar Kota Tinggi, Johor, Bukit Tinggi, Pahang dan Jelebu, Negeri Sembilan.

SIRI ULU DONG 

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey, kaolinitic,  isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah: Merah kuning (5YR 4/6, 5/6, 5/8) ke merah (2.5YR 4/6, 4/8, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur blok subsegi; saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak ke curam; keupayaan

  Kumpulan1

Page 19: Bris soil clasification

pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

Halangan Tanah

1. Kecerunan:  Sederhana hingga sangat halus 2. Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana 3. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2Gnt; Terain berbukit : 3D(nt); Terain curam : 5G

Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:Di sekitar Raub, Pahang dan Jeli, Kelantan.

Siri tanah Kumpulan 2

Siri tanah Kumpulan 3-5

Siri tanah Kumpulan 6

Siri tanah Kumpulan 7, 8, 9, 10, 11

Petikan : Panduan Mengenali Siri-siri Tanah Utama di Semenanjung Malaysia terbitan Ogos 1993

PANDUAN SIRI-SIRI TANAH UTAMA DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Page 20: Bris soil clasification

KUMPULAN 7: Tanah BRIS

SIRI BAGING  Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Quartzipsamment, coated, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:

Coklat pucat (10YR 6/3) ke coklat pucat lampau (10YR 7/3, 8/3, 8/4); berpasir kasar, berstruktur butir tunggal; dalam; sangat  salir;  terdapat di terain rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; tiada horizon diagnosis.

Halangan tanah:Saliran:  SeriusKecerunan:  Tiada hingga kecil.Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana.Tekstur dan struktur:  Serius

Kumpulan 7

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:  4DT(n)

Kesesuaian TanamanKelapa, gajus, tembakau dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan

1. Memerlukan penambahan tanah bertekstur lempung dan bahan organan seperti kompos, tahi lembu dan tahi ayam dalam lubang tanaman untuk memperbaiki struktur tanah, daya pegangan air dan nutrien.

2. Pembajaan yang sempurna dan kerap. 3. Pemuliharaan kelembapan tanah dengan sungkupan. 4. Tanam atas batas bagi tanaman kontan. 5. Memerlukan pengairan intensif.

Taburan:Permatang pantai di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Page 21: Bris soil clasification

SIRI JAMBU Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Spodic Quartzipsamment, uncoated,  isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Spodic-Albic Arenosol.

Sifat-sifat utama tanah:

Kelabu muda (10Y 7/1, 7/2); ke putih (10YR 8/1, 8/2); berpasir kasar; berstruktur butir tunggal; dalam;  tersangat  salir; terdapat di terain rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; tiada horizon diagnosis diagnosis.

Halangan tanah: Saliran:  Serius.Kecerunan:  Tiada hingga kecil.Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana.Tekstur dan struktur:  Serius.

Kumpulan 7

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain rata dan beralun:  4DT(n).

Kesesuaian tanaman:Kelapa, gajus, tembakau dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:

1. Memerlukan penambahan tanah bertekstur lempung dan bahan organan seperti kompos, tahi lembu dan tahi ayam dalam lubang tanaman untuk memperbaiki struktur tanah, daya pegangan air dan nutrien.

2. Pembajaan yang sempurna dan kerap. 3. Gunakan sungkupan untuk mengawal kelembapan tanah. 4. Tanam atas batas bagi tanaman kontan. 5. Memerlukan pengairan intensif.

Taburan:Permatang pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia termasuk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

SIRI PAUH

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:

  Kumpulan 7

Page 22: Bris soil clasification

Typic Quartzipsamment, coated, isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Arenosol..

Sifat-sifat utama tanah:

Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8), berpasir kasar; tidak berstruktur; gegai; dalam; sangat salir; terdapat di terain rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; tiada horizon diagnosis.

Halangan tanah:

1. Kecerunan:  Tiada hingga kecil.2. Saliran:  Serius 3. Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana. 4. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain rata dan beralun:  4DT(n)

Kesesuaian tanaman:Kelapa, gajus, tembakau dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:

1. Memerlukan penambahan tanah bertekstur lempung dan bahan organan seperti kompos, tahi lembu dan tahi ayam dalam lubang tanaman untuk memperbaiki struktur tanah, daya pegangan air dan nutrien.

2. Pembajaan yang sempurna dan kerap. 3. Gunakan sungkupan untuk mengawal kelembapan tanah. 4. Tanam atas batas bagi tanaman kontan. 5. Memerlukan pengairan intensif.

Taburan:Permatang pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia termasuk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

SIRI RUDUA

Klasifikasi Tanah:

1. USDA Soil Taxonomy:Typic Haplorthod, sandy, siliceous,  isohyperthermic. 

2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Podzol.

  Kumpulan 7

Page 23: Bris soil clasification

Sifat-sifat utama tanah:

Kelabu coklat (10YR 6/2, 2.5Y 6/2)) ke kelabu (10YR 5/1, 6/1); berpasir kasar; berstruktur butir tunggal; gegai; sederhana dalam; horizon spodik diantara kedalam 50-100 sm; sangat salir; terdapat di terain rata; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis spodik dan albik.

Halangan tanah:

1. Saliran:  Serius2. Kecerunan:  Tiada hingga kecil.3. Tekstur dan struktur:  Serius 4. Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana. 5. Kedalaman ke lapisan padat:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Lapisan spodik lembut  :  4DT(n)Lapisan spodik keras    :  4DT(cn)

Kesesuaian tanaman:Kelapa, gajus, tembakau dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:

1. Memerlukan penambahan tanah betekstur lempung dan bahan organan seperti kompos, tahi lembu dan tahi ayam dalam lubang tanaman untuk memperbaiki struktur tanah, pegangan air dan nutrien.