briged tengah pga kuala lumpur, 24 mei 2011 · am (pga), ketika ditemui di majlis dialog...

16
Berita Bukit Aman Bil. 2-2011 SANA-SINI K uala Lumpur, 24 Mei 2011 – “Ikatan silaturahim yang erat dan kukuh dikalangan warga PGA dan ahli PERKEP merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisasikan Visi dan Misi pucuk pimpinan”. “Untuk menjalinkan silaturahim sebenarnya bukanlah sukar. Apa yang penting ialah keinginan untuk bersilaturahim dalam diri sendiri, tidak sombong, mengenepikan keegoan, kebencian dan dendam, dan hendaklah digantikan dengan perasaan kasih sayang, bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan sentiasa berbuat baik sesama insan”. Demikian kata SAC Mohd Rodzi Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Cheras. Selain berdialog, Majlis Jalinan Silaturahim Briged Tengah PGA itu, turut diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Haji Zulkarnain Haji Hamzah, daripada Astro Oasis. Di samping itu pada sebelah petangnya pula, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Jalinan Silaturahim Briged Tengah PGA Oleh : L/Kpl. Fansus Jangor C heras, 25 Mei 2011 - "Pada dasarnya, Kelab Kebajikan Dan Sukan Polis Diraja Malaysia (KKS PDRM) adalah sangat bertepatan daripada perspektif falsafah dan praktikalnya. KKS ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan di dalam melahirkan masyarakat yang bersatu, prihatin dan sihat melalui aktiviti sosial, kebajikan dan sukan di kalangan kakitangan agensi kerajaan, dengan peruntukan atau sumbangan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Ini membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan seluruh warga penjawat awam di negara ini, termasuklah kepada kita warga PDRM," ujar Deputi Inspektor Jeneral Dato Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Mesyuarat Agong Kelab Kebajikan Dan Sukan Polis Diraja Malaysia (KKS PDRM), kali Ke-4 tahun 2011. TAHUNAN KKS KE-4 Oleh : L/Kpl. Fansus Jangor Melalui KKS PDRM ini dapat juga kita menjalin hubungan silaturahim yang erat di kalangan warga PDRM iaitu melalui aktiviti kebajikan dan sukan yang dianjurkan kelab ini. Hasil dari aktiviti tersebut dananya dapat juga disalurkan terus kepada kontinjen, formasi dan briged PDRM. Contohnya, tahun 2010, KKS telah membelanjakan sebanyak RM2,158,285 bagi membantu Persatuan-persatuan Polis dan Pegawai Awam termasuk juga Majlis-majlis Perayaan untuk warga PDRM. Akhir kata beliau menaruh harapan yang tinggi kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik agar dapat melaksanakan objektif dan tanggungjawab dengan penuh amanah serta komitmen yang tinggi. Turut hadir di majlis tersebut, CP Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM, merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Dan Sukan PDRM, Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota PDRM dan Kakitangan Awam. 17 Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, mengadakan Sambutan Hari Ibu. “Kita mahu mengeratkan hubungan silaturahim antara para ibu. Majlis Sambutan Hari Ibu yang diadakan ini adalah tanda kasih sayang dan penghargaan daripada para suami kepada para isteri yang sanggup berkorban tenaga dan masa demi kemajuan kerjaya para suami dan masa depan anak-anak mereka”. “Apabila suami mereka keluar operasi di kawasan yang jauh dari mereka, merekalah ibu, merekalah bapa dengan melaksanakan tanggungjawab membesarkan anak-anak serta keharmonian rumahtangga”, ujar Puan Hamisah Ahmad, Pengerusi PERKEP, Briged Tengah PGA. Puan Hamisah berkata, selain itu, kita juga mengajak para ibu beriadah dengan melibatkan diri dalam persatuan. Melalui berpersatuan kita dapat bertukar-tukar fikiran dan pandangan. “Pelbagai program telah dirancang untuk kebaikan ahli-ahli PERKEP bagi menambah pengetahuan, mengisi masa lapang, menjaga kesihatan dan mengkukuhkan lagi silaturahim di semua peringkat pangkat pegawai, anggota dan pegawai awam”, kata Puan Hamisah dengan harapan semua pihak akan memberikan komitmen yang jitu dalam menjayakan program yang telah dirancangkan itu. Mesyuarat Agung

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

17

SANA-SINI

Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 – “Ikatan silaturahim yang erat dan kukuh dikalangan warga

PGA dan ahli PERKEP merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisasikan Visi dan Misi pucuk pimpinan”.

“Un tuk men ja l i nkan s i l a t u r ah im sebenarnya bukanlah sukar. Apa yang penting ialah keinginan untuk bersilaturahim dalam diri sendiri, tidak sombong, mengenepikan keegoan, kebencian dan dendam, dan hendaklah digantikan dengan perasaan kasih sayang, bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan sentiasa berbuat baik sesama insan”.

Demikian kata SAC Mohd Rodzi Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Cheras.

Se la in berd ia log , Maj l is Ja l inan Silaturahim Briged Tengah PGA itu, turut diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Haji Zulkarnain Haji Hamzah, daripada Astro Oasis.

Di samping itu pada sebelah petangnya pula, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP),

Jalinan Silaturahim Briged Tengah PGAOleh : L/Kpl. Fansus Jangor

Cheras, 25 Mei 2011 - "Pada dasarnya, Kelab Kebajikan Dan Sukan Polis Diraja Malaysia (KKS PDRM) adalah sangat bertepatan daripada perspektif falsafah dan praktikalnya. KKS ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan

di dalam melahirkan masyarakat yang bersatu, prihatin dan sihat melalui aktiviti sosial, kebajikan dan sukan di kalangan kakitangan agensi kerajaan, dengan peruntukan atau sumbangan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Ini membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan seluruh warga penjawat awam di negara ini, termasuklah kepada kita warga PDRM," ujar Deputi Inspektor Jeneral Dato Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Mesyuarat Agong Kelab Kebajikan Dan Sukan Polis Diraja Malaysia (KKS PDRM), kali Ke-4 tahun 2011.

Tahunan KKS Ke-4Oleh : L/Kpl. Fansus Jangor

Melalui KKS PDRM ini dapat juga kita menjalin hubungan silaturahim yang erat di kalangan warga PDRM iaitu melalui aktiviti kebajikan dan sukan yang dianjurkan kelab ini. Hasil dari aktiviti tersebut dananya dapat juga disalurkan terus kepada kontinjen, formasi dan briged PDRM. Contohnya, tahun 2010, KKS telah membelanjakan sebanyak RM2,158,285 bagi membantu Persatuan-persatuan Polis dan Pegawai Awam termasuk juga Majlis-majlis Perayaan untuk warga PDRM.

Akh i r ka t a be l i au menaruh harapan yang tinggi kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik agar dapat melaksanakan objektif dan tanggungjawab dengan penuh amanah serta komitmen yang tinggi.

Turut hadir di majlis tersebut, CP Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM, merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Dan Sukan PDRM, Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota PDRM dan Kakitangan Awam.

17

Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, mengadakan Sambutan Hari Ibu.

“Kita mahu mengeratkan hubungan silaturahim antara para ibu. Majlis Sambutan Hari Ibu yang diadakan ini adalah tanda kasih sayang dan penghargaan daripada para suami kepada para isteri yang sanggup berkorban tenaga dan masa demi kemajuan kerjaya para suami dan masa depan anak-anak mereka”.

“Apabila suami mereka keluar operasi di kawasan yang jauh dari mereka, merekalah ibu, merekalah bapa dengan melaksanakan tanggungjawab membesarkan anak-anak serta keharmonian rumahtangga”, ujar Puan Hamisah Ahmad, Pengerusi PERKEP, Briged Tengah PGA.

Puan Hamisah berkata, selain itu, kita juga mengajak para ibu beriadah dengan melibatkan diri dalam persatuan. Melalui berpersatuan kita dapat bertukar-tukar fikiran dan pandangan.

“Pelbagai program telah dirancang untuk kebaikan ahli-ahli PERKEP bagi menambah pengetahuan, mengisi masa lapang, menjaga kesihatan dan mengkukuhkan lagi silaturahim di semua peringkat pangkat pegawai, anggota dan pegawai awam”, kata Puan Hamisah dengan harapan semua pihak akan memberikan komitmen yang jitu dalam menjayakan program yang telah dirancangkan itu.

Mesyuarat Agung

Page 2: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

18

SANA-SINIBerita Bukit Aman • Bil. 2-2011

Seremban, 2 Julai 2011 – “Terbukti Tatu PDRM – ATM telah memantapkan kolaborasi kedua-dua pihak. Mutu persembahan amat tinggi dan ianya

menarik minat orang ramai”.“Ini adalah pertama kali PDRM – ATM bergabung mengadakan

persembahan tatu yang dipertontonkan kepada orang ramai. Jelas, orang ramai amat berpuas hati”.

Demikian kata Dato’ Osman Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, ketika ditemui diakhir persembahan Tatu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Tatu PDRM - ATMOleh : Kpl. Mohamad Wahid Mat Din

Turut menyaksikan tatu tersebut ialah Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan CP Dato’ Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM.

Penonton disajikan dengan persembahan daripada Pancaragam Pusat PDRM-ATM, Kawad Tanpa Perintah, Tempur Tanpa Senjata, Kawad Patung, Akrobatik Motosikal PDRM-ATM dan Paramotor Unit 69 Komando PDRM. Tatu tersebut diadakan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun 2011.

18

Page 3: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

19

ANTARABANGSA

Sepang – 14 Mei 2011, Sembilan pegawai PDRM, dua puluh satu anggota

P D R M s e r t a e m p a t o r a n g pegawai/pembantu perubatan ATM telah selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport KLIA, Sepang. Hadir menyambut kepulangan perwira-perwira MALFPU (Malaysian Formed Police Unit) Briged Sabah adalah SAC Dato' Asri Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Y.Bhg Kolonel Dr. Mohd Rawi Mohd Nordin, Pengarah Perubatan Medan Angkatan Tentera Malaysia, dan Supt. Che Zakaria Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat.

Misi UNMIT (United Nation Integrated Mission in Timor-Leste) diketuai oleh ASP Micheal Alangaram, Ketua Pegawai UNPOL (United Nations Police) telah berlangsung selama satu tahun bermula 1 Mei 2010 hingga 14 Mei 2011.

Objekti f utama UNMIT adalah membantu Timor Leste berada di dalam keadaan stabil di samping memastikan rakyatnya sentiasa berada dalam suasana yang aman dan selamat. Dalam tempoh itu, mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang di samping menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia khasnya serta negara Malaysia amnya.

MALFPU Briged SabahOleh : L/Kpl. Fansus Jangor

Selamat Kembali Ke Tanah Air -

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

Page 4: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

20

Berita Bukit Aman • Edisi 2-2011ANTARABANGSA

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

Kuala Lumpur, 9 Mei 2011- Grand Ballroom, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, Inspektor Jeneral

Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara telah mengadakan Majlis Makan Malam, meraikan kunjungan delegasi dari Royal Thai Police, sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (Knight Grand Commander, First Class Order of Police Heroism) yang akan disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara pada 10 Mei 2011.

KPn Polis Diraja Malaysia bersama KPn ThailandOleh : L/Kpl. Aslam Syir Khan

Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada empat pegawai atasan Royal Thai Police ini adalah pengiktirafan di atas sumbangan cemerlang kepada masyarakat Malaysia Thai khususnya dan rantau negara Asean.

Delegasi Royal Thai Police diketuai oleh Ketua Polis Thailand, Police General Wichean Potephosree bersama isteri, Kingdao Potephosree, dan diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Thailand, Police General Adul Sangsingkeo dan isteri, Aranya Sangsingkeo, Pesuruhjaya Biro Bahagian Narkotik, Police Lieutenant General Atitep

Panjamanond, Pesuruhjaya Biro Bahagian Cawangan Khas, Police Lieutenant General Tritot Ronnaritivichai bersama Pegawai-Pegawai Kanan Polis Thailand.

Dalam ucapan Ketua Polis Negara, beliau berkata, “kunjungan delegasi Polis Thailand ini menandakan kuatnya persahabatan dan hubungan dua hala yang telah terjalin mesra sejak sekian lama dan seterusnya akan mengukuhkan lagi perkhidmatan polis antara kedua-dua negara”.

Makan Malam

Page 5: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

21

Putrajaya, 27 Jun 2011 - "Bertepatan dengan program transformasi kerajaan, penganjuran General Police And Special Equipment Exhibition & Conference (GPEC) atau

dikenali sebagai Program Pameran Kelengkapan Khas Polis dan Persidangan Asia 2011 Asia pada kali kedua merupakan elemen dan platform utama kepada pasukan polis dan pasukan-pasukan keselamatan negara dalam menambahbaik kemampuan dan keberkesanan mutu perkhidmatan serta keperluan logistik mereka," ujar Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya sempena perasmian pameran tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pameran yang akan berlangsung sehingga 29 Jun ini dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia dengan usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan lain-lain lagi.

GPEC 2011 tajaan bersama Motorola, Sapura dan Realmild ini turut disertai oleh syarikat-syarikat swasta tempatan dan antarabangsa yang mempamerkan teknologi terkini dalam bidang perkakasan pasukan-pasukan keselamatan.

Selain daripada pameran yang diadakan, GPEC Asia 2011 turut mengadakan persidangan dan forum bagi berkongsi idea dan persepsi mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penguatkuasaan, sistem terbaru dan keselamatan keseluruhan operasi pasukan.

Turut hadir Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

GPEC Asia 2011Oleh : L/Kpl. Fansus Jangor

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

ANTARABANGSA

Perasmian

Page 6: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

22

Bagan Datoh, 2 Mei 2011 – “Mat akan ganti baru titi ini apabila dapat gaji polis nanti”. Kata-

kata itu masih terngiang-ngiang di telinga saya. Hasrat Allahyarham Mohamad untuk membaiki titi tidak kesampaian. Allah S.W.T, lebih menyayanginya” ujar Siman Sappar, ayah kepada Allahyarham Konst/P. Mohamad Siman yang meninggal dunia akibat jangkitan ‘Adenovirus’ di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

“Sumbangan yang dihulurkan oleh pihak PPRPD ini, akan saya gunakan sebaik mungkin, terutamanya perbelanjaan adik-adik Allahyarham Mohamad yang masih bersekolah”, kata Siman di Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin yang dianjurkan oleh pihak PPRPD Malaysia sempena Mesyuarat Bersama Pengerusi PPRPD dan Exco Pusat Bil. 1/2011.

Menurut Siman, titi ini telah uzur dan kayu serta papannya telah reput, hanya menanti waktu untuk roboh. Sebab itulah Allahyarham Mohamad berjanji akan membaiki titi itu apabila mendapat gajinya setelah berkhidmat sebagai anggota polis.

“Mohamad adalah anak ke enam dalam 11 adik beradik. Amat bertanggungjawab terhadap keluarga. Allahyarham tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini ketika kami menggunakan titi ini”, tambah Siman sambil menunjukkan titi usang yang melintasi sebuah parit untuk menuju ke rumahnya.

“Tak sempat baiki titi” – SimanOleh : SM Megat Nizar

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin yang diadakan di Kampung Tiang, Rungkup, Bagan Datoh, Perak itu turut dihadiri masyarakat setempat, dipimpin oleh SM Basir Abd Samad Ibrahim, Bendahari PPRPD Malaysia.

“Sumbangan ikhlas daripada pihak PPRPD Malaysia, sebagai tanda prihatin persatuan terhadap keluarga Allahyarham Mohamad yang baru sahaja menyertai PDRM kini telah pergi buat selama-lamanya”.

“Ini adalah tanggungjawab persatuan membantu ahli serta keluaga walau dalam apa juga keadaan. Kebajikan ahli-ahli mesti diutamakan”.

Demikian kata Sub Insp. Jamal Abdullah, Pengerusi PPRPD Malaysia di majlis yang turut dihadiri Sub Insp. Norraji Rojo, Pengerusi PPRPD Perak merangkap Naib Pengerusi 1, PPRPD Malaysia dan Sjn. Mohd Asri Haji Sadli, Pemangku Ketua Polis Balai, Balai Polis Rungkup, Bagan Datoh, Perak.

KEBAJIKAN

Page 7: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

23

Papar, 4 Mei 2011 – Puan Norlizah Abd. Gani @ Ghani, ibu kepada Allahyarham Konst. Mohd Ansari

Abd. Rashid, telah menerima cek berjumlah RM243,023.90 daripada MCIS Zurich Insurance Berhad, Takaful Berhad dan Etiqa Takaful Berhad.

Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, telah menyerahkan cek-cek tersebut. Majlis berlangsung di rumah Puan Norlizah Abd. Gani @ Ghani, di Kampung Kawang, Papar, Sabah.

Turut hadir di majlis itu ialah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, CP Dato’ Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) dan DCP Dato’ Haji Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah.

Allahyarham Konst. Mohd Ansari berasal dari Kampung Kawang, Papar, Sabah, bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, telah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada bulan Disember 2010 yang lalu.

Oleh : L/Kpl. Sherilla Salleh

Waris Konstabel Mohd AnsariTERIMA DUIT INSURANS

Ketika berucap di majlis itu, Dato’ Sri Khalid menggalakkan warga PDRM supaya mendapatkan perlindungan insurans berikutan mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko ketika menjalankan tugas.

“Melalui penyerahan cek-cek itu adalah diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham Mohd Ansari”.

“Kita amat bersimpati dengan keluarga Allahyarham di atas kehilangan anak tersayang. Semoga keluarga Allahyarham redha dan bersabar dengan dugaan daripada Allah S.W.T itu”, ujar Dato’ Sri Khalid di majlis yang turut dihadiri penduduk kampung yang sama-sama bertahlil dan membaca Surah Yasin untuk Allahyarham Mohd Ansari.

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

23

Page 8: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

24

Bukit Aman, 26 Mei 2011 – Sebanyak RM121,915, diterima oleh mangsa kebakaran Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Wang sumbangan itu disalurkan ke Tabung Kelab Polis Bn. 8 PGA, Pangkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Sumbangan itu diterima daripada Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd. berjumlah RM36,000 dan kutipan ikhlas daripada kakitangan Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd. sebanyak RM4,415.

Kuwait Finance House (Malaysia)Berhad, menyumbang RM48,000 Bank Islam Malaysia Berhad RM16,000, Malaysia Building Society Berhad RM10,000, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia RM5,000 dan Al Rajhi Banking And Investment Corporation Malaysia Berhad RM2,500.

Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara melahirkan rasa terharu dan ucapan terima kasih kepada para dermawan yang sudi membantu mangsa kebakaran tersebut.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang disalur bagi meringankan beban yang dipikul oleh mangsa kebakaran”, ujar Tan Sri Haji Ismail, yang amat terharu dengan keprihatinan oleh syarikat dan individu yang memberikan sumbangan.

“Semoga hubungan polis dan masyarakat yang dibuktikan pada majlis ini akan terus terjalin dan dapat diaplikasikan dalam pelbagai bentuk hubungan agar dapat bersama-sama menjamin kesejahteraan dan keamanan rakyat dan negara kekal abadi”, kata Tan Sri Haji Ismail.

Tragedi kebakaran menimpa warga PDRM, Bn. 8 PGA, Pangkalan Chepa, Kelantan, pada 20 Februari 2011. Kebakaran melibatkan seramai 89 orang daripada 16 buah keluarga yang kehilangan tempat tinggal apabila blok kuaters yang mereka duduki hangus terbakar.

Mangsa kebakaran Bn. 8 PGA terima sumbangan

Oleh : SM Megat Nizar

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011KEBAJIKAN

RM121,915

24

Page 9: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

25

Bukit Aman, 16 Jun 2011 – Seorang pegawai dan lapan anggota polis menerima

sumbangan daripada Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN). Majlis penyerahan cek itu berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Semua peringkat pangkat pegawai dan anggota polis yang mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas, layak mener ima sumbangan dar i TAPPN.

Menurut Dato’ Sri Khalid, penyerahan cek i tu bagi mengenang jasa dan pengorbanan pegawai dan anggota polis yang telah menabur bakti kepada nusa dan bangsa.

“Mereka telah berkorban jiwa dan raga ketika menjalankan tugas demi kesejahteraan dan keamanan masyarakat dan negara. Sumbangan daripada TAPPN ini bukanlah nilai pengorbanan mereka, tetapi tanda ingatan dan penghargaan daripada pasukan dan kerajaan”, ujar Dato’ Sri Khalid ketika berucap di majlis itu yang turut dihadiri oleh Datin Sri Imran Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Penerima cek tersebut terdiri daripada waris Allahyarham Insp. Mohd Shukri Othman @ Mustafa, Allahyarham L/Kpl. Nik Hafizie Nik Din dan Allahyarham L/Kpl. Mohammad Shahid Mohammad Sham. Kesemua mereka telah terkorban ketika menjalankan tugas.

Penerima seterusnya yang mengalami kecederaan parah ketika menjalankan

TAPPN hargai pengorbanan polisOleh : Kpl. Noorlidia Mamun

Berita Bukit Aman • Edisi 2-2011

PERKEP

tugas i a lah S jn . Abd . Wahid Dikon, Sjn. Roslan Bachik, L/Kpl. Muhammad Nazry Zainal Abidin, L/Kpl. Jaya Chandran Murugasan, Konst. Muhammad Fitri Abd Ghani dan Konst. Ahmad Nik Mustaqim Azman.

“Saya menyeru kepada semua warga PDRM agar sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas kerana ‘malang t idak berbau’ , namun persediaan awal dan langkah berhati-hati dan berwaspada perlu ada dalam diri individu pada setiap masa”, kata Dato’ Sri Khalid diakhir ucapan sambil mengucapkan takziah kepada waris yang kehilangan orang tersayang ketika menjalankan tugas.

TAPPN menyalurkan bantuan mengikut kadar seperti berikut, cedera ringan (RM750), cedera parah (RM8,000) dan cedera parah kekal namun masih boleh bertugas (RM10,500).

Manakala cedera parah kekal sehingga terpaksa di tamatkan perkhidmatan (RM15,000), cedera parah menyebabkan buta, lumpuh dan kudung kedua-dua kaki (RM30,000) dan meninggal dunia (RM22,000).

Pada majlis itu Sjn. Rohana Idris, turut menerima sumbangan daripada Tabung Kebajikan Pasukan PDRM, kerana ruang tamu rumah yang didiaminya di Kuarters IPD Marang, Terengganu, mengalami kebakaran.

25

Page 10: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

26

Berita Bukit Aman • Edisi 2-2011KEBAJIKAN

Kuala Lumpur, 3 Julai 2011 – Walaupun sibuk, namun Dato’

Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, sempat meluangkan masa melawat Sjn. Mejar Yazid Mohamed di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Sjn. Mejar Yazid Mohamed, bertugas di Unit Tindak Khas (UTK), Bukit Aman, mengalami cedera parah akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas mengiringi Dato’ Sri Mohd Najib. Kemalangan berlaku berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Terdahulu, ketibaan Dato’ Sri Mohd Najib di Hospital Kuala Lumpur, disambut oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, CP Dato’ Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), PDRM dan SAC Dato’ Mohamad Fuad Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDNKA, Pasukan Gerakan Khas (PGK) Bukit Aman.

Oleh : L/Kpl. Sufian Arshad

26

PM

“Sesungguhnya kesudian Dato’ Sri Mohd Najib, meluangkan masa melawat Sjn. Mejar Yazid Mohamed itu, membukti kepekaan dan keprihatinan seorang pemimpin terhadap anggota bawahannya yang ditimpa musibah”.

“Saya amat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib dan pucuk pimpinan PDRM yang mengambil berat terhadap anak saya yang mengalami kemalangan”, ujar Mohamed, bapa kepada Sjn. Mejar Yazid yang jelas terharu dengan lawatan Perdana Menteri itu.

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

lawat anggota UTK di ICU

Page 11: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

27

Bukit Aman, 12 Jun 2011 - Program Remaja Santing diadakan di Dewan PERKEP

Bukit Aman dan majlis penutupannya telah disempurnakan oleh Puan Sri Hajah Suriati Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Kursus Remaja Santing Modular 1 merupakan program asas dan wajib dalam modular Program Remaja Santing. Kumpulan

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

PERKEP

ReMAJA SANTiNGOleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

ini merupakan peserta dan penaja 'Kumpulan Warga Remaja Santing'. Untuk program seterusnya, beberapa program dan aktiviti positif dan menarik termasuk teknik belajar dan menjawab peperiksaan, pendedahan kepada budaya korporat, aktiviti mengikut hobi dan kecenderungan akan dibentuk dan boleh diikuti oleh Kumpulan Warga Remaja Santing.

Program Warga Remaja Sant ing

dimodulkan khas dengan 2 modul asas wajib untuk remaja-remaja dengan hajat utama memupuk dan menguatkan kemahiran "intrapersonal, interpersonal" dan kemahiran lain. Matlamat akhir program ini ialah melahirkan remaja yang serba lengkap dari 4 aspek kehidupan iaitu fizikal, sosial, emosi dan rohaniah. Pada pengakhirannya, mereka akan menjadi insan terbaik di dunia dan akhirat, sinonim dengan makna 'Santing'

iaitu elok, cantik, menarik dan baik.

P r o g r a m R e m a j a Santing ini telah dianjurkan oleh Cawangan Kaunseling BAKA Bukit Aman dengan k e r j a s a m a P E R K E P Malaysia dan Shi-Mellow Consultancy Sdn. Bhd. Program ini mensasarkan pese r t a -pese r t a y ang terdir i dar ipada anak-anak keluraga PDRM yang berusia antara 15 tahun hingga 25 tahun.

Program

Page 12: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

28

Bukit Aman, 21 Jun 2011- Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak (AIA) 2011 anjuran bersama Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM serta Jabatan Psikiatri Hospital Selayang telah dirasmikan oleh Inspektor Jeneral

Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman. Dalam ucapan Tan Sri Haji Ismail, program yang berlangsung selama 1 hari ini merupakan program kedua yang

diadakan oleh PDRM melibatkan suami, isteri serta anak-anak keluarga polis dan sekaligus ketiga-tiga komponen inilah yang akan membentuk sebuah keluarga bahagia. Beliau juga berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Turut hadir Puan Sri Hajah Suriati Md. Sobri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP), Dr. Toh Chin Lee, Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri Hospital Selayang, Pegawai Kanan serta para peserta kursus

Program Kemahiran Keibubapaan (AIA) 2011.Program turut diselitkan dengan ceramah yang menyentuh tentang anak-anak hyper active dan autisma

melalui slot 'Anakku-Anak Istimewa', anak-anak yang lemah mengikuti pembelajaran melalui slot 'Bukanku Pinta' dan tingkah laku devian anak remaja melalui slot 'Gila Gila Remaja' yang disampaikan oleh

para penceramah jemputan.

Oleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Program Kemahiran KeibubapaanAyah Ibu Anak (AIA)

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011PERKEP

28

2011

Page 13: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

29

Kuala Lumpur, 27 Jun 2011 - Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-204 Tahun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan satu Forum Perdana bertempat di Pulapol Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Polis Dan Masyarakat Bagaikan Dua Umar’, forum dikendalikan moderator dan ahli panel forum iaitu Ustaz Haji Mohd Farid Ravi Abdullah Al Hafiz, Pensyarah Jabatan Al-Quran & Sunnah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy, Ketua Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM).

Sepanjang satu jam program berlangsung, isi perbincangan banyak tertumpu kepada prospek dan tanggungjawab kerjaya polis kepada masyarakat dari sudut pandangan Islam dan penyesuaiannya dalam kehidupan masa kini dengan mengambil contoh teladan tokoh Islam tersohor iaitu Saidina Umar bin Khattab dan Saidina Umar bin Abdul Aziz.

Forum Perdana ini turut dihadiri Deputi Inspektor Jeneral Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, CP Datuk Seri

Forum Perdana Sempena Hari PolisOleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Ke-204

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

AGAMA

Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

29

Page 14: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

30

SUKANBerita Bukit Aman • Bil. 2-2011

SUKAN

Cheras, 10 Mei 2011 - "Saya meminta kerjasama daripada semua pegawai-pegawai kanan

supaya sentiasa memupuk bakat-bakat baru di bawah jagaan mereka untuk diserlahkan dalam apa jua jenis sukan dan hanya menerusi galakan inilah sebagai pemudah untuk kesinambungan bakat sukan dalam PDRM," ujar Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Malam Anugerah Sukan PDRM 2010 di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Malam Anugerah Sukan PDRM

Dalam ucapannya juga, beliau amat berbangga atas penglibatan PDRM dalam sumbangan pingat untuk negara dengan kejayaan atlet-atlet PDRM membantu meletakkan negara di peringkat yang boleh dibanggakan.

Selain itu, kaedah meningkatkan potensi sukan juga perlu diberikan perhatian di mana mereka perlu mencontohi negara barat dalam research & development sukan yang melibatkan kajian saintifik mengenai ahli sukan, dalam erti kata lain kudrat mestilah disokong dengan teknik serta latihan yang betul dan sistematik.

Oleh : L/Kpl. Aslam Syir Khan

Terdahulu, CP Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM yang juga merupakan Pengerusi Majlis Sukan PDRM dalam ucapannya berkata, penganjuran Malam Anugerah Sukan ini merupakan kemuncak apresiasi kepada penglibatan warga-warga PDRM yang terlibat dalam arena sukan atas kegigihan, komitmen dan sumbangan mereka kepada pasukan.

Majlis menyaksikan penyampaian piala iringan, sijil dan anugerah kepada warga-warga PDRM atas penglibatan dan sumbangan mereka terhadap pembangunan sukan dalam PDRM.

30

Page 15: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

31

Berita Bukit Aman • Edisi 2-2011

SUKAN

Petaling Jaya, 1 Julai 2011 - Pertandingan Sukan Bowling antara Pegawai-Pegawai Kanan

PDRM Bukit Aman sempena Sukan Mes Bukit Aman yang telah berlangsung di Pyramid Mega Lanes, Sunway Pyramid Centre, Bandar Sunway, Selangor hari ini.

Sebanyak 9 pasukan dari setiap Jabatan PDRM Bukit Aman iaitu Jabatan Pengurusan PDRM, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkot ik, Jabatan Logist ik , Cawangan Khas, Jabatan KDNKA, Jabatan Pasukan Petugas Khas Dan Cawangan Urusetia KPN telah mengambil bahagian. Pertandingan dibahagikan kepada 4 acara iaitu Kategori VIP, Kategori Terbuka Individu, Kategori Lelaki Berkumpulan, Kategori Wanita Berkumpulan dan Kategori Markah Tertinggi.

Pertandingan boling ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan pegawai-pegawai Bukit Aman di

Oleh : L/ Kpl. Fansus Jangor.

antara semua jabatan yang telah terjalin sejak sekian lama. Bertemakan 'Polis Sihat Masyarakat Selamat', pertandingan berlangsung dalam suasana harmoni, ceria dan semangat kesukanan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh CP Dato' Robiah Abd. Ghani, Pengarah Jabatan Pengurusan dan dibantu oleh DCP Dato' Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Pengarah I, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

MeSS Pegawai Kanan PDRMPertandingan Sukan Bowling

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

Page 16: Briged Tengah PGA Kuala Lumpur, 24 Mei 2011 · Am (PGA), ketika ditemui di Majlis Dialog ‘Komander Briged Tengah PGA Bersama Warga Bn. 4, 5, 6 dan Bn 19 KLIA di Ibu Pejabat Briged

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011

32

SUKANBerita Bukit Aman • Edisi 2-2011

TYT Melaka sertaiGolf Piala KPN 2011Oleh : L/Kpl. Aslam Syir Khan

Melaka, 19 Jun 2011 – Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang DiPertua Negeri Melaka, meluangkan masa mengambil

bahagian di Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2011.

Acara yang dipertandingkan ialah kategori NETT Individu, GROSS Individu, NETT Berpasukan dan GROSS Berpasukan. Pertandingan berlangsung di Ayer Keroh Country Club, Tiara Melaka Golf & Country Resort dan Orna Golf Club.

“Penyertaan yang ramai dan munculnya peserta yang berbakat pada kejohanan ini, menjadi medan melahirkan jaguh PDRM untuk diangkat ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa”.

“Pasukan akan terus menyalurkan sumbangan dan bantuan dalam apa jua bentuk, sebagai galakkan dalam meningkatkan mutu sukan, sama ada individu mahu pun berpasukan”.

Demikian ujar Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, ketika berucap di majlis penutup yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang DiPertua Negeri Melaka, turut sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kejohanan itu disertai 350 orang peserta dari semua peringkat pegawai dan anggota, mewakili 32 pasukan.

Berita Bukit Aman • Bil. 2-2011