~b.pustakaan universiti i(ei(al abadi - …repository.um.edu.my/904/1/ka15(1)1996_a1.pdf ·...

3
~B.PUSTAKAAN UNIVERSITI MALAl'A I(EI(Al ABADI Berita Perpustakaan Universiti Malaya Jil.15 bil. 1 Mac 1996 Percuma ISSN0127-2578 Pengurusan Sistem Tandatunjuk (Signage) Di Perpustakaan Hashimah Hashim Pustakawan Sahagian Perkhidmatan Pembaca Perpustakaan Universiti Malaya Abstrak: Sistem tandatunjuk yang baik di dalam perpustakaan amat penting untuk persediaan perkhidmatan yang berkesan kepada pengguna. Sistem tandatunjuk hendaklah dirancang secara menyeluruh dan bermula daripada pelan umum perpustakaan kepada perkhidmatan khusus yang disediakan di sesuatu tempat atau unit. Sepuluh ciri piawaian hendaklah diperhatikan semasa merancang sesuatu sistem tandatunjuk. Katakunci: Tandatunjuk perpustakaan. Abstract: Good signage in libraries is essential for the provision of effective services to users. Signage has to be planned carefully starting from the signage of the general layout plan of the library to the more specific signage for specific services or units. Ten standard features should be observed when planning a sign age system. Keywords: Library signs. [Title in English: The Management of Signage Systems in Libraries] 1. Pengenalan S alah satu aspek penting yang selalunya diabaikan atau kurang diberi perhatiandalam sesebuah perpustakaan ialah pengurusan sistem tandatunjuk (signage). Pengabaian terhadapsistem tandatunjuk tersebut bukan sahaja berlaku terhadap sesebuah perpustakaan lama, bahkan juga perpustakaan baru yang mempunyai bangunan yang tersergam indah. Akibat pengabaian tersebut, akhirnya sesebuah perpustakaan tidak dapat berfungsi bagi memberikan perkhidmatan yang menyeluruh kepada para penggunanya. 2. Kepentingan Sistem Tandatunjuk Selain daripada menjejaskan perkhidmatan kepada pengguna, sistemtandatunjuk yang kurang sempuma juga turut merosakkan rekabentukdalaman sesebuah perpustakaan. Sistem tandatunjuk yang tidak konsisten dari segi bentuk, warna dan gaya sudah Pasti akan mengakibatkan pencemaran pemandangan bahagian dalaman perpustakaan. Keadaan ini berlaku kerana wujudnya penggunaan atau penambahan sistem tandatunjuk dan tanda arah (direction sign) secara ad hoc dan bertulis tangan secara yang tidak sistematik bagi membantu melengkapi sistem tandatunjuk sedia ada yang tidak sempuma. KANDUNGAN/CONTENTS Pengurusan Sistem Tandatunjuk (Signage) Oi Perpustakaan M.Sc. (Information Studies) Oi Leeds 4 Metropolitan University Tahun 1994/1995 Kertas Kerja Persidangan Yang Oiperolehil 7 Conference Papers Received 8enta Ringkas I News in Brief 17 Laporan Persidangan 1 Conference Reporls 17 Hal Ehwal Kakitangan / Staff Matters 18

Upload: lythien

Post on 15-Aug-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

~B.PUSTAKAAN UNIVERSITI MALA l'A

I(EI(Al ABADIBerita Perpustakaan Universiti Malaya

Jil.15 bil. 1 Mac 1996 Percuma ISSN0127-2578

Pengurusan Sistem Tandatunjuk (Signage) Di Perpustakaan

Hashimah HashimPustakawan

Sahagian Perkhidmatan PembacaPerpustakaan Universiti Malaya

Abstrak: Sistem tandatunjuk yang baik di dalam perpustakaan amat penting untukpersediaan perkhidmatan yang berkesan kepada pengguna. Sistem tandatunjuk hendaklahdirancang secara menyeluruh dan bermula daripada pelan umum perpustakaan kepadaperkhidmatan khusus yang disediakan di sesuatu tempat atau unit. Sepuluh ciri piawaianhendaklah diperhatikan semasa merancang sesuatu sistem tandatunjuk.

Katakunci: Tandatunjuk perpustakaan.

Abstract: Good signage in libraries is essential for the provision of effective services tousers. Signage has to be planned carefully starting from the signage of the general layoutplan of the library to the more specific signage for specific services or units. Ten standardfeatures should be observed when planning a sign age system.

Keywords: Library signs.

[Title in English: The Management of Signage Systems in Libraries]

1. Pengenalan

Salah satu aspek penting yang selalunyadiabaikan atau kurang diberi perhatiandalam

sesebuah perpustakaan ialah pengurusan sistemtandatunjuk (signage). Pengabaian terhadapsistemtandatunjuk tersebut bukan sahaja berlaku terhadapsesebuah perpustakaan lama, bahkan jugaperpustakaan baru yang mempunyai bangunan yangtersergam indah. Akibat pengabaian tersebut,akhirnya sesebuah perpustakaan tidak dapatberfungsi bagi memberikan perkhidmatan yangmenyeluruh kepada para penggunanya.

2. Kepentingan Sistem Tandatunjuk

Selain daripada menjejaskan perkhidmatan kepadapengguna, sistemtandatunjuk yang kurang sempumajuga turut merosakkan rekabentukdalaman sesebuahperpustakaan. Sistem tandatunjuk yang tidakkonsisten dari segi bentuk, warna dan gaya sudahPasti akan mengakibatkan pencemaranpemandangan bahagian dalaman perpustakaan.Keadaan ini berlaku kerana wujudnya penggunaan

atau penambahan sistem tandatunjuk dan tandaarah (direction sign) secara ad hoc dan bertulistangan secara yang tidak sistematik bagi membantumelengkapi sistem tandatunjuk sedia ada yang tidaksempuma.

KANDUNGAN/CONTENTS

Pengurusan Sistem Tandatunjuk (Signage)Oi Perpustakaan

M.Sc. (Information Studies) Oi Leeds 4Metropolitan University Tahun 1994/1995

Kertas Kerja Persidangan Yang Oiperolehil 7Conference Papers Received

8enta Ringkas I News in Brief 17

Laporan Persidangan 1 ConferenceReporls 17

Hal Ehwal Kakitangan / Staff Matters 18

Oleh itu sebagai alternatifnya, pengurusanperpustakaan semestinyalah merancang suatusistemtandatunjuk yang lengkap dan dapat berfungsisebagai penentuhala (wayfinding) di kalanganpengguna, khususnya semasa mereka berada didalam perpustakaan. Oi samping dapat membantukesempumaan sistem rekabentukdalaman, sistemtandatunjuk yang lengkap dan sempurna akanmemastikan keberkesanan fungsi sesebuahperpustakaan kepada para penggunanya.

Perpustakaan yang dianggap unggul bukan sahajadicirikan oleh bahan yang mencukupi, kakitanganyang peramah dan mesra, tetapi juga sistemtandatunjuk yang sempurna. Bagi memastikankesempurnaannya, sesuatu sistem tanda tunjuk diperpustakaan mestilah mempunyai komponen yanglengkap dan mengandungi ciri-ciri yang sewajarnya.

3. Komponen Sistem Tandatunjuk

Bagi memastikan agar sesebuah perpustakaanterse but dapat dimanfaatkan oleh pengguna secaramaksimum, maka tandatunjuk yang terdapat didalamnya mestilah bersifat komprehensif. Sistemtandatunjuk perpustakaan yang komprehensif danboleh digunapakai secara efektif serta difahami olehsetiap individu pengguna mestilah sekurang-kurangnya mempunyai enam komponen berikut:

i) Oirektori atau peta berhampiran dengan pintumasuk utama bagi menunjukkan lokasi danfungsijabatan atau bahagian.

ii) Tanda arah didalam bangunan bagi memandupengguna ke sesuatu lokasi, aras bangunan,pintu masuklkeluar, bilik dan juga dewan yangberkaitan dengan perpustakaan.

iii) Tandatunjuk di pintu masuk pejabat sesebuahjabatan atau bahagian yang dapat menunjukkanfungsi atau perkhidmatan jabatan berkaitan.

iv) Tandatunjuk mengenai maklumat pentadbiranperpustakaan, peraturan, amaran, prosedur,arahan, dan waktu perkhidmatan.

~ Tandatunjuk bagi menonjolkan sesuatu koleksidan perkhidmatan tertentu, makluman kegiatanatau peristiwa yang akan dan sedangberlangsung di perpustakaan.

VI) Tandatunjuk pada dinding tepi setiap rak (stack)mengenai maklumat buku yang terdapat dibahagian rak berkenaan.

Kesemua komponen di atas perlulah disediakansecara menyeluruh bagi menghasilkan sistem

2

tandatunjukyang komprehensif. Sistemtandatunjukyang komprehensif pastinya akan dapat memberikanmaklumat dan kefahaman yang rnenyeluruh kepadapengguna mengenai lokasidan juga segala maklumatmengenai struktur pentadbiran dan pengurusansesebuah perpustakaan.

Sistem tandatunjuk yang komprehensif juga akandapat menonjolkan identiti perpustakaan yang positifdi kalangan pengguna. Kesan langsung yangdiperolehi daripada identiti yang positif terse butialah wujudnya persepsi cemerlang mengenai imejperpustakaan di kalangan pengguna. Para penggunaakan sentiasa merasa selesa semasa berada didalam perpustakaan yang mempunyai tandatunjukyang komprehensif: segala bahan mudah diketahuilokasinya, pejabat pegawai bertugas mudah untukditentupasti, penggunaan sumber tenagapengurusan perpustakaan dapat dirancang secaraberstruktur, dan aspek terpenting ialah masa dantenaga pengguna dapat dijimatkan dan digunakansepenuhnya secara kos-efektif.

4. Pemilihan Peralatan Perpustakaan

Keberkesanan tandatunjuk secara maksimum dikalangan pengguna perpustakaan turut dipengaruhioleh faktor pemilihan peralatan perpustakaan.Tandatunjuk yang komprehensif akan lebih bermaknasekiranya tandatunjuk berkenaan disokong denganperalatan-peralatan perpustakaan yang dapatmemberikan kesan penggunaan yang maksimum dikalangan penggunanya.Peralatan perpustakaan yang dianggap berkesanpenggunaannya mestilah mengandungi tiga ciriberikut:

i) Berfungsi secara menyeluruhii) Penyelenggaraan yang mudahiii) Rupabentuk fizikal yang praktik

Peralatan yang boleh berfungsi secara menyeluruhakan dapat mengelakkan dan mengurangkanberlakunya kekangan terhadap operasi sesebuahperpustakaan. Oengan penyelenggaraan yang mudahdilakukan ke atas peralatan itu pula, kos pengurusandapat dikurangkan. Pengurangan kospenyelenggaraan akan membolehkan sesebuahperpustakaan untuk menggunakan kos yanqteriimatbagi membaikpulih dan memperlengkapkankeperluan peralatan sesuatu perkhidmatan lain yanglebih diutamakan.

Rupabentuk fizikal peralatan perpustakaan yangpraktik akan memudahkan perancangan danpengurusan rekaletak (layout) sesebuahperpustakaan yang melibatkan sistem susunaturutama, seperti rak, meja, bilik kareldan sebagainya.

@5. Beberapa Panduan Perancangan Sistem

Tandatunjuk

llPUSTAJ.:AAN UNIVERSITI MALATA

Selain daripada memiliki komponen yang lengkap,kesesuaian dengan rekabentuk dalaman, dankeseimbangannya dengan penggunaan peralatanperpustakaan, perancangan dan penyediaan sistemtandatunjuk di perpustakaan mestilah berdasarkanbeberapa panduan yang dianggap bersifat piawai.Antara sepuluh panduan perancangan itu ialah:

Q Penyediaan yang konsisten dari segi bentuk,warna, saiz, rekaletak dan perletakan (place-ment) dan selainnya.

ii) Penjelasan yang bersifat logikal dan progresif,iaitu bermula daripada identifikasisecara umumkepada sesuatu yang lebih spesifik. Arasmaklumat perlu distruktur agar mesej dapatdifahami dan dibezakan penekanannya.

iii) Penggunaan terminologi atau istilah yangkonsisten - satu istilah untuk satu bidang atauperkhidmatan. Elakkan penggunaan sebarangjargon dan kependekan.

iv) Elakkan penggunaan maklumat atautandatunjuk yang ber1ebihan. Tandatunjuk yangber1ebihan mungkin mengakibatkan kekeliruandan pertindihan pemahaman terhadapmaklumat.

~ Tandatunjuk mestilah diletakkan di tempat yangpaling sesuai dalam bangunan perpustakaan-pintu masukutama, kawasantangga, ruang lifdan selainnya. Kedudukan tandatunjuk mestilahtidak terhalang oleh sebarang tiang ataubahagian bangunandan kelengkapan lain yangterdapat dalam perpustakaan.

\/I) Tekstandatunjuk mestilah ditulis denganjelasdan tepat bagi memastikan mesej dapatdisampaikan secara berkesan. Frasa dan teksyang digunakan mestilah ringkas dan bolehdifahami.

Rujukan

viO Tandatunjuk mestilah diseimbangkan denganrekabentuksenibina bangunan perpustakaan.Dimensi tandatunjuk mestilah mempunyaiproposi yang sesuai dengan skala bangunan.Wama dan bahan tandatunjuk mestilah selarasdengan warna dan kemasan bangunan.

viiQ Tandatunjuk mestilah berdasarkan prinsiprekabentuk yang sempurna. Prinsip mengenaipenggunaan rupahuruf (typeface), saizgarisan,kontras, penggunaan simbol, dan warnamestilah digunapakai.

ix) Tandatunjuk mestilah bersifat dinamik dandapat disesuaikan penggunaannya seiringdengan perubahan semasa yang berlaku padasesebuah perpustakaan dari segi pengurusan,fungsi dan juga persekitarannya.

x) Tandatunjuk mestilah mematuhi segalaperaturan dan juga panduan yang digariskanoleh pihak berkuasa atau berauthoriti yangbertanggungjawab mengenai kelulusan ataupembinaan bangunan.

6. Rumusan

Sebagai rumusan perbincangan; setiap sistemtandatunjuk yang dirancang berdasarkan senaraigaris panduan yang dikemukakan perlulah puladisesuaikan dengan keupayaan atau kemampuanpenyelenggaraan sistern tandatunjuk itu sendiri. Bagisesebuah perpustakaan, keberkesanan penggunaantandatunjuk secara maksimum perlu dapat diurusdengan sempurna berdasarkan beberapa perspektifpengurusan penyelenggaraan. Antara perspektifituialah fleksibiliti pemasangan yang mudah ubah,sistem yang menarik, dan keupayaan untukmemenuhi spesifikasitahanguna untuk suatu ternpohyang lama, khususnya bagi bahan yang melibatkankos yang tinggi. Selain itu, sistem tandatunjuk itumestilah sentiasa dinamik dan berupaya untukdisesuaikan dengan sebarang fenomena perubahanyang melibatkan segala perspektifpengurusan, sarnaada pengurusan perpustakaan atau pengurusansistem tandatunjuk itu sendiri.

1. Brown, Carol R (1995). Planning Library Interiors, the Selection of Furnishing for the 21stCentury. Phoenix, AZ : Oryx Press.

2. Pollet, Dorothy and Peter C. Harkel (eds.) (1979). Sign Systems for Libraries: Solving theWayfinding Problems. New York: Bowker.

3. Raynolds, linds and Stephen Barrett (1981). Signs and Guiding for Libraries. London: Bingley.

4. Yeaman, Andrew RJ. (1989). Vital signs: cures for confusion. School Library Joumal, 35(15),PP·23-27

3