bpma bg kt p2u
Post on 08-Apr-2018
245 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/7/2019 BPMA bg kt P2U
1/233
Areila Sahimi
1
ALUNAN suara Rihanna
menyanyikan lagu Umbrella
bergema memecahkan kesunyian
malam. Potong stim betul! Gangguan teknologi dari sape-sape entah tengah-tengah malam buta macam ni. Baru nak
masuk apa yang dibaca, terus hilang entah ke mana.
Skrin teleon bimbit dilihat. Kak Ana. Ada apa hal
akak sorang ni callaku memalam buta macam ni? Mesti ada
hal urgent yang memerlukan perhatian dengan segera. Kalau
tidak, jangan harap Kak Ana nak calladik terchenta. Setakatmain missed callmemang selalu, setiap kali bila dia tak ada
kerja yang nak kena buat. Konon-konon katanya missed call
itu tandanya rindu. Rindu dekat adik akak yang sorang ni...
Ye la tu, Kak Ana....
Alunan suara Rihanna berhenti. Selang sesaat,
Rihanna menyanyi kembali. Sah. Ini mesti Urusan Seri
Paduka Baginda yang penting, minta diambil tindakan serta-merta. Panggilan dijawab.
Leeya, apa kamu buat lambat bebenor jawab
bab 1
8/7/2019 BPMA bg kt P2U
2/233
Baju Pengantin Mak Andam
2
teleon ni? Dah start cuti semester, kan? Minggu ni balik
Ipoh. Akak ada job nak kasi dekat kamu ni. Balik Leeya.
Jangan tak balik!
Senaas Kak Ana mengeluarkan kata-kata.
Kemudian, terdengar suara tercungap-cungap macam orang
mengah disuruh menyanyi lagu Ziana Zain berkey tinggi
pulak.
Apa ke halnya akak aku yang sorang ni, Aleeya
berkata di dalam hati. Kalau iya pun ada perkara yang pentingsangat, cakaplah pelan-pelan. Ini sudah sama laju dengan
ERL KL Sentral ke KLIA, apa cerita! Apa yang sudah terjadi?
Kak Ana. Assalamualaikum. Mana ni kak? Kalau
iya pun nak kasi job tergolek dekat adikmu ini, kasilah salam
dulu. Ni main redah aje. Apa kes ni Kak Ana? Call orang
memalam buta ni? Mengganggu konsentrasi orang mau studiaje ni. Turn Aleeya pula bukak mulut.
Kak Ana menarik naas terlebih dahulu.
Ye la Leeya. Kamu nak jawab teleon pun punyalah
lama bebenorakak ni tunggu. Akak ni dah la tengah kelibang-
kelibut nak cari orang tolong cover kerja akak. Tetiba
terlintas kamu dalam kotak fkiran akak ni. Apalagi, teruslah
akak dail nombor kamu. Assalamualaikum adikku, kata Kak
Ana lagi.
Bila sudah berada di dalam keadaan terdesak
sebegini, sesiapa sahaja yang terlintas, tak perlu ambil masa
nak fkir panjang. Main belasah ajelah!
Cittt! Apa punya akak entah. Dah berjela-jela
mukadimah baru nak kasi salam. Ye kak. Waalaikumussalam.Job apa akak nak suruh orang cover ni kak? Jangan-jangan
nak suruh orang jadi bidan terjun. Jadi mak andam.
Aleeya cuba meneka. Tangannya menyelak-nyelak
8/7/2019 BPMA bg kt P2U
3/233
Areila Sahimi
3
nota yang berwarna-warni di tangan. Mana tahu, ada yang
boleh masuk. Sekurang-kurangnya tidaklah sia-sia sahaja
bersengkang mata sampai ke tengah malam.
Kak Ana yang aku kenali adalah bekas majikanku di
tempat kerja dahulu. Selepas habis SPM, di sinilah aku mula
bekerja sebagai pembantu kedai di butik pengantin milik Kak
Ana. Butik Seri Pengantin yang terletak di bangunan
kompleks membeli-belah Megoplex Ipoh.
Selepas gagal menempatkan diri di mana-manainstitusi pengajian tinggi awam yang ada di Malaysia, aku
terus mengambil keputusan untuk bekerja. Siapa yang tidak
kecewa apabila semua permohonan untuk menyambung
pelajaran di universiti tidak diterima. Kecewa beb!!! Sangat-
sangat kecewa. Terasa macam sudah gelap masa hadapan.
Ikutkan memang result SPM aku tidak adalahgempak mana pun. Tapi kira okeylah. Lebih dari cukup-
cukup makan. Time tu rasanya terlalu banyak persaingan.
Result yang macam ni dia orang main pandang sebelah mata
aje kut. Ataupun pandang tak pakai mata. Tapi ada jugak
member-member sekolah yang result lebih kurang dengan
aku boleh pulak diterima masuk. Itu apa cerita? Siapa mahu
jawab kalau dibawa ke tengah? Macam manalah aku takkuciwa bangat. Tapi berbalik kepada takdir Tuhan, mungkin
bukan rezeki. Aku cuba positikan diri sendiri.
Nak sambung studi tingkatan enam ambik STPM,
aku pulak tak nak. Bukan aku tak cuba belajar tingkatan
enam. Sudah dicuba sedaya upaya. Tapi belajar tingkatan
enam dalam aliran sains hayat memang tak boleh blah. Orang
kata, boleh pecah kapla. Memang semasa SPM aku belajar
aliran sains. Result subjek sains pun takat-takat lepas aje.
Sipi-sipi aje boleh lulus. Sudah jelas aku memang tak boleh
nak bawak subjek sains semasa di tingkatan enam itu. Silap
8/7/2019 BPMA bg kt P2U
4/233
Baju Pengantin Mak Andam
4
hari bulan, boleh kerinting rambut akibat terlalu stres
dengan subjek yang aku belajar di sekolah.
Anak abah yang seorang ni memang kaya dengan
alasan. Kalau nak seribu daya. Kalau dah tak nak itulah,
seribu alasan pun dia boleh bagi. Tak pernah pun abah tengok
doktor-doktor kat hospital tu semuanya berambut kerinting
sebab stres belajar subjek sains. Tak ada pulak yang sakit jiwa
pun belajar sains.
Itu yang abah pernah kata pada aku ketika akumenyampaikan hajat di hati untuk berhenti sekolah. Anak
abah yang degillah katakan. Semedang membantah bila
terasa tidak puas hati.
Abah, abah... Selalu sahaja menyuruh aku mengikut
setiap kemahuannya. Sehingga aku sendiri tidak boleh
membuat pilihan di dalam hidup ini. Ini Malaysia, negarayang mengamalkan prinsip demokrasi. Sepatutnya aku boleh
pilih untuk jadi apa yang aku nak. Bukan sekadar menurut
membabi buta. Macam anak kecil yang setiap apa yang ingin
dilakukan perlu ditentukan oleh orang tua.
Aku memang sudah tidak berminat mahu
menyambung pelajaran di tingkatan enam. Lagipun alam-
alam sains ini bukan minat aku. Langsung tidak cenderungke arah itu. Jika diikutkan benda yang paling aku minat
adalah untuk menjadi seorang wartawan surat khabar di
Malaysia. Pada aku pena wartawan itu mampu juga membuat
perubahan, baik di dalam masyarakat mahupun negara. Itu
yang aku inginkan. Tapi apakan daya. Itu cuma keinginan
yang seakan susah sahaja untuk aku capai. Untuk masuk ke
aliran sastera, mentah-mentah borang pertukaran jurusan
telah ditolak.
Akhirnya aku ambik keputusan untuk cabut dari
tingkatan enam. Abah dengan mak tak tau. Aku main cabut
8/7/2019 BPMA bg kt P2U
5/233
Areila Sahimi
5
aje dari tingkatan enam tanpa pengetahuan sape-sape pun.
Dari rumah, complete aku pakai baju seragam sekolah. Kain
biru turquoise dengan baju kurung putih. Tak lupa kasut
Pallas Jazz putih. Keluar rumah dengan penuh gaya kembang
hidung, ala-ala student cemerlang nak pergi menuntut ilmu,
tapi padahal aku jadi minah temberang yang melencong ke
tempat lain. On time pukul dua petang baru aku balik rumah.
Muka macam tak boleh blah, langsung tak rasa bersalah!
Konon-konon penat studi dalam kelas.Rupa-rupanya penat tawa satu shopping complex
yang ada dekat Ipoh tu. Mana shopping complex aku tak
pernah jejak. Boleh dikatakan semua shopping complex kat
Ipoh tu aku sudah masuk. JJ, Yik Fong, GM, Ipoh Parade. Itu
semua lubuk tempat aku melepakkan diri sementara nak
tunggu tamat waktu persekolahan. Bapak segala jahat aku
dulu. Memang kurang asam betullah!
Dan nak dijadikan cerita, aku terkantoi dengan
abah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga. Ingat lagi dalam memori otak ni macam mana
abah mengamuk sakan bila dapat tau yang selama ini anak
dara dia tak pergi sekolah, tapi pergi melepak entah kat
mana-mana. Apa yang aku masih ingat:Abah tak sangka Leeya boleh tipu abah sampai
macam ni. Abah bagi Leeya duit suruh pergi sekolah. Tapi
Leeya tergamak tipu abah hidup-hidup. Abah kecewa sangat
dengan perangai Leeya ni tau!
Leeya tak nak pergi sekolah, abah. Memang Leeya
tak boleh bawak subjek sains tu. Leeya nak kerja, abah.
Kerja apa yang kamu nak buat? Cakap Leeya,
cakap!!! Tak pergi sekolah satu hal. Kamu melepak kat pekan
Ipoh tu dengan mana-mana jantan. Tak tau malu ke?
8/7/2019 BPMA bg kt P2U
6/233
Baju Pengantin Mak Andam
6
Kalau nak tahu ini memang kes bawak ftnah.
Memang aku tak pergi sekolah. Memang aku melepak kat
pekan Ipoh. Tapi aku melepak kat pekan Ipoh tu sensorang.
Jadi lone ranger. Takde mana-mana jantan pun yang escort
aku. Sialan betullah mulut orang yang bawak cite ni.
Mana ada Leeya melepak dengan jantan, abah.
Diam!!! Kamu pergi masuk dalam bilik kamu
sekarang. Pergi... sebelum abah hilang sabar.
Tragis! Tragis peristiwa malam itu. Dek kerana
tembelang yang sudah pecah, akibatnya berbirat-birat sana
sini badan aku kena pelupuh dengan rotan. Tak cukup rotan,
tali pinggang pun turut sama hinggap ke belakang badan.
Nasib bukan tali pinggang The Rock. Bisa memang berbisa.
Sebotol minyak gamat Langkawi habis aku sapu kat badan
aku ni. Air mata dah habis aku keluarkan. Tak ada siapa punyang datang menghulurkan simpati. Sedihnya... Lebih sedih
daripada cerita sinetron Ratapan Anak Tiri.
Sebenarnya bukan tak ada yang bersimpati. Mak
nak tolong.
Tapi aham-aham ajelah. Abah tengah mengamuk
besar masa tu. Angin ribut tauan tengah melanda satu
badan. Tak ada siapa pun yang berani.
Adik-adik, lagilah! Semua duduk diam menikus
tengok abah yang tengah berapi tu.
Ini semua Si Din Mercun punya angkara. Mulut
cabul. Aku dapat