borang pk 07 3 contoh format minit mesyuarat pertama

4
PK07 Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK KALI PERTAMA Tarikh : 4 JANUARI 2015 ( AHAD) Masa : 12.00 tgh Tempat : BILIK MUZIK, SKB Pengerusi : PUAN AZURA BT HJ HAMIDUN Kehadiran(Bilangan) : 7 ORANG ( dilampirkan ) Turut Hadir (Jika ada) : 1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli panitia dan mengalu alukan kedatangan semua. 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. Tiada 3. PERKARA BERBANGKIT Tiada 4. PEMBENTANGAN / FOKUS MESYUARAT 4.1. Memaklumkan bahawa semua guru yang mengajar muzik pada tahun ini bukan dari opsyen muzik. Namun begitu semua guru diminta mengajar muzik dengan sebaik- baiknya walaupun tidak tahu menggunakan alatan muzik memandangkan tiada guru opsyen muzik. 4.1.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memohon kedapa PPd untuk memohon guru muzik tetapi masih belum ada guru muzik yang dihantar ke sekolah. 4.1.3 Penilaian murid bagi tahap 2 untuk tahun 6 adalah seperti tahun lepas, walaupun guru- guru tidak dapat menjalani ujian amali tetapi guru-guru boleh membuat folio muzik mengikut tajuk yang bersesuaian. Bagi murid tahun 1 hingga 5 ujian tidak akan dijalankan tetapi penilaian adalah berdasarkan PBS 4.2.2 Pelaksanaan KSSR dan KBSR Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor © 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Upload: qiesyacomels

Post on 21-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

PK 15/3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK KALI PERTAMA Tarikh: 4 JANUARI 2015 ( AHAD)

Masa: 12.00 tgh

Tempat: BILIK MUZIK, SKB

Pengerusi: PUAN AZURA BT HJ HAMIDUN

Kehadiran(Bilangan) : 7 ORANG ( dilampirkan )

Turut Hadir (Jika ada):

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli panitia dan mengalu alukan kedatangan semua.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. Tiada

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. PEMBENTANGAN / FOKUS MESYUARAT

4.1. Memaklumkan bahawa semua guru yang mengajar muzik pada tahun ini bukan dari opsyen muzik. Namun begitu semua guru diminta mengajar muzik dengan sebaik-baiknya walaupun tidak tahu menggunakan alatan muzik memandangkan tiada guru opsyen muzik.

4.1.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memohon kedapa PPd untuk memohon guru muzik tetapi masih belum ada guru muzik yang dihantar ke sekolah.

4.1.3 Penilaian murid bagi tahap 2 untuk tahun 6 adalah seperti tahun lepas, walaupun guru- guru tidak dapat menjalani ujian amali tetapi guru-guru boleh membuat folio muzik mengikut tajuk yang bersesuaian. Bagi murid tahun 1 hingga 5 ujian tidak akan dijalankan tetapi penilaian adalah berdasarkan PBS

4.2.2 Pelaksanaan KSSR dan KBSR

Tahun 2015 Pelaksanaan KSSR bermula dari tahun 1 hingga tahun 5. Manakala KBSR hanya tahun 6. Semua guru diminta bersedia dengan segala maklumat yang berkaitan.

4.2.3 Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) KSSR Tahun 5

LDP KSSR Tahun 5 Muzik telah dilaksanakan pada penghujung November lepas . Tindakan: Semua guru4.3 KSSR dan KBSR

4.3.1 Dokumen Standard Kurikulum Prestasi (DSKP) KSSR Tahun 1 Hingga 5 , Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP) Tahun 6

Semua guru perlu mencetak dan menyediakan DSKP bagi tahun 1 hingga 5 dan huraian sukatan untuk tahun 6 . DSKP dan huraian ini boleh disimpan di dalam fail kerana saiznya yang tebal tidak sesuai untuk di binding. Satu salinan akan disimpan di dalam fail panitia.

4.3.2 Rancangan Pengajaran Dan Tahunan KSSR Dan KBSR Semua guru boleh memuatturun rancangan pengajaran tahunan ( RPT ) di KSSR online yang dicadangkan dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian guru.RPT perlu diselaraskan dengan takwim sekolah terutamanya pada bahagian cuti umum dan cuti persekolahan serta aktiviti-aktivit yang telah dirancangkan oleh pihak pentadbir sekolah. Guru digalakkan memuat turun modul modul yang dicadangakan oleh pihak kementerian sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun. RPT dan DSKP Tahun 5 perlu dibuat 2 salianan untuk diserahkan 1 salinan kepada pentadbir dan salinan fail panitia. Semua guru perlu menghantar RPT ke pejabat untuk disemak oleh pihak pentadbir.

4.3.3 Penulisan Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) / Plan J

Penulisan RPT didalam buku rekod mengikut format yang telah disediakan. Contoh ( lampiran ) Rancangan pengajaran guru boleh dibuat dalam bentuk fail.

4.3.4 SPPBS dan SAPS

SPPBS dijalankan secara offline. Semua guru digalakkan menyediakan manual bagi setiap Mata pelajaran termasuk DMZ. Segala borang borang pentaksiran perlu disediakan untuk setiap kelas dengan cetakan nama pada setiap borang. Ianya digunakan sepanjang tahun sepanjang pentaksiran. Semua guru digalakkan menyediakan dari sekarang. Sepanjang pentaksiran guru boleh menggunakan pelbagai cara untuk dijadikan sebagai evidens. Contohnya buku tulis, buku aktiviti, modul , lembaran kerja dan sebagainya. SAPS juga perlu diisi dari tahun 1 hingga tahun 6.

Tindakan: Semua guru

4.4 Penetapan Buku Latihan

4.4.1 Buku latihan atau buku tulis

Buku tulis hanya sebuah bagi setiap tahun. Sebuah buku kecil garis lima yang tertera Buku Muzik di bahagian depan / kulit buku. 4.4.2 Penyeliaan dan Penyemakan Buku Tulis

Penyeliaan buku tulis pada hari pertama persekolahan bermaksud semua guru memastikan semua murid telah memiliki buku tulis. 4.4.3 Penyemakan Buku Tulis / Pemantaun dan Pencerapan

Jadual penyemakan buku tulis akan di edarkan oleh Puan Masranitah dan untuk penyemakan buku tulis , pemantauan dan pencerapan kali pertama akan bermula pada 8 Februari 2015. Guru boleh menyemak takwim sekolah 2015. Semua buku murid perlu disemak. Tindakan: Semua guru

5. Hal hal lain

5.1 Penyerahan Jadual Waktu Semua guru perlu menyerahkan satu salinan jadual waktu untuk disimpan di dalam fail.

5.2 Penggunaan Bilik Muzik

Semua guru Muzik digalakkan menggunakan bilik Muzik dan jadual penggunaan Bilik Muzik akan diberikan dan ditampal di Bilik Muzik .

5.3 Anggaran Belanja Mengurus ( ABM )

Semua guru diminta mencadangkan pembelian alatan Muzik mengikut topik pengajaran guru.

Tindakan: Semua guru

PENUTUP

a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

......................................... ...........................................( AZURA BINTI HJ ABD MALIK ) ( PN. AZURA BT HJ HAMIDUN) Setiausaha PengerusiPanitia Muzik Panitia Muzik SK Bandar , Kota Tinggi SK Bandar , Kota Tinggi Tarikh : 7 Januari 2015 Tarikh : 7 Januari 2015

Lampiran

Contoh Penulisan RPH :

1. Minggu / Hari/ Tarikh :1 / Ahad / 11 Januari 2015

2. Kelas / Masa / Mata Pelajaran :6 Gemilang / 10.10 11.10 pagi /PEND MUZIK

3. Tema/ Tajuk Standard Pembelajaran (KOD) :1.1.1 , 1.1.2 , 1.1.3

4. Objektif Pembelajaran :Murid dapat menyenaraikan 5 haiwan yang hidup berkumpulan dan

menyendiri

5. Aktiviti PDP :1. tayangan video berkaitan tajuk

2. menyenaraikan haiwan haiwan yang telah dilihat

3. menklasifikasikan haiwan tersebut kepada haiwan yang hidup menyendiri

atau secara berkumpulan

4. Perbincangan dan latihan pengukuhan

6 Elemen Merentas Kurikulum ( EMK) :KPS : Memerhati , Berkomunikasi KBKK : Mengklasifikasikan

7 Bahan Bantu Mengajar :LCD , Laptop , CD

8 Penialaian PDP :PEKA / Lembaran Kerja

9 Refleksi/ Impak dan Kerja Rumah :38 daripada 39 orang pelajar boleh menjawab 9 daripada 10 soalan yang

diberikan dengan betul . Seorang pelajar tidak hadir.

Kerja rumah : 5 latihan pengukuhan bahagian B

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00