borang permohonan penempatan pekerjaan.bahan ppt

180

Upload: salmiah-othman

Post on 08-Feb-2016

384 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt
Page 2: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt
Page 3: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)PENGENALAN

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

 

OBJEKTIF :

1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).

2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.

4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.

5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

Program ini bukan sahaja “cost-effective” tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya.  Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan.  Selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.

Terdapat 9 buah PDK di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang memberi manfaat kepada orang kurang upaya.

BIL PDK NAMA PENYELIA ALAMAT

1 PDK PETALING

AZMAH BINTI NORDIN

PDK PETALINGNO29 JALAN2/151ATAMAN SURIA BT 6 ½ JLN PUCHONGKUALA LUMPUR TEL:03-77836358

Page 4: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

2 PDK SAN PENG

MALIA BINTI LONG PDK SAN PENGNO 22-B KOMPLEKS SERI SELALNGOR TKT 2 JLN SAN PENG 55200 KUALA LUMPURTEL:03-992210630

3 PDK KIU AZLIANA BINTI ALI PDK KIUNO 7 JALAN WIRAWARI 8 TAMAN MALURI55100 KUALA LUMPURTEL:03-92815011

4 PDK LEMBAH PANTAI

SHARIFAH UMAIMAH BINTI ABDULLAH

PDK LEMBAH PANTAINO 31 & 32 JALAN PANTAI PERMAI 3LEMBAH PANTAI 59200 KUALA LUMPURTEL: 03-22409236

5 PDK AL MAWADDAH

NORIZAN BINTI ABDULLAH

PDK AL MAWADDAHKEM MARKAS MEDAN TENTERA DARATKEM SG BESI57000 KUALA LUMPURTEL:03-90867200

6 PDK 4 DIVISYEN

SYARIFAH ANUM BINTI SYED ABD HADI

PDK KEM WARDIEBURN 4DIVISION KEM WARDIEBURN 53300 KUALA LUMPURTEL: 03-90867200

7 PDK TITIWANGSA

NO’RAINI BINTI MOHAMMED

PDK TITIWANGSANO 157 JALAN PERTIWITAMAN MALURI55100 KUALA LUMPUR

8 PDK PERMATA

HERESURIATI BINTI KAMARUDDIN

PDK PERMATA MABKOMPLEKS MAB JLN TEBING OFF JALAN TUN SAMBANTHAN 50470 KUALA LUMPURTEL:03-22722672TEL:22722677TEL:22722679FAX:03-22722676

9 PDK PUTRAJAYA

TIADA PDK PUTRAJAYABLOK E,NO 2, JALAN P 14,PRESINT 14,62050,PUTRAJAYA.

Page 5: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

TEL : 03-88903717FAX : 03-88903717

AHAGIAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYAPENGENALAN

Bahagian Pembangunan Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah salah satu bahagian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana tugas utama bahagian ini adalah untuk mengendalikan pengurusan berkaitan Orang Kurang Upaya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Segala pengurusan berkaitan pembangunan Orang Kurang Upaya adalah tertakluk di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008.

OBJEKTIF

1. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negeri ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.

2. Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.

3. Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

DEFINISI OKU

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

Akta Orang Kurang Upaya 2008

Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.

Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based.

Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.

PERKHIDMATAN

A. PERKHIDMATAN DI LUAR INSTITUSI

Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka.

1. Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Objektif Pendaftaran :-

Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini. Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan

kurang upaya.

Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU.

Untuk mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan.

Syarat-syarat Pendaftaran :-

Page 6: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan

Menggunakan borang pendaftaran yang boleh didapati di mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Kebajikan Masyarakat iaitu mengikut kategori umur iaitu bawah 18 dan atas 18 tahun.

Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri Orang Kurang Upaya bermastautin

2. Bantuan Alat Tiruan

Alat-alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kalipers, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)

Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda. alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.

Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-

o OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

o Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan

o Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan / alat sokongan yang diperlukan.

3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Elaun insentif kepada orang kurang upaya yang berkerja dan berpendapatan kurang daripada RM 1200.00 sebulan bagi individu. Ini adalah untuk menggalakkan mereka berminat untuk bekerja.

Skim ini juga bertujuan menggalakkan Orang Kurang Upaya terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:

Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU)

Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif

Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.

Kelayakan :-

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kurang Upaya Bekerja sendiri atau dengan majikan

Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga

Berumur 18 tahun ke atas

Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.

4. Bantuan OKU Tidak Bekerja ( BTB )

Bagi OKU yang tidak mampu bekerja kerana masalah kecacatan yang dialami dengan mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan hospital/klinik kerajaan.

Page 7: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Skim ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan.

Kelayakan:-

Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk

kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain

OKU berdaftar dengan JKM

Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan

Berumur antara 18-59 tahun

Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada

Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan

Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.

5. Perkhidmatan Kaunseling dan Khidmat nasihat

Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapi masalah dari segi emosi , keyakinan diri dan sebagainya atau memerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang diperlukan, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripada Pegawai / Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan atau kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri masing-masing.

B. PERKHIDMATAN DI DALAM INSTITUSI

Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.

Perkhidmatan di Institusi

Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial dan rohaniah

Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni

Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional

Penempatan semula dalam masyarakat

Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat setempat

Memberi kaunseling

Institusi Berkaitan Orang Kurang Upaya

Taman Sinar Harapan (TSH) Pusat Latihan Perinsustrian dan Pemulihan Bangi (PPLPP)

Bengkel Daya

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Rumah Kelompok

Page 8: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Menyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya. Terdapat 11 buah institusi orang kurang upaya seperti di bawah:-

INSTITUSI BILANGAN

Taman Sinar Harapan 7

Bengkel Terlindung 2

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi 1

Pusat Harian Bukit Tunku 1

JUMLAH 11DIREKTORI PEGAWAI

BIL NAMA JAWATAN SAMBUNGAN

1 Pn. Kamsiah Bt Hussain Pegawai Kebajikan Masyarakat(S41)

4042

2 En. Mohamad Affendy b. Mat Sani

Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat(S32)

4106

3 Pn. Rosnah Bt Hj.Mat @ Ali Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat(S32)

4045

5 Pn. Rosemawati Bt Nayan Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat(S27)

4104

6 Pn. Nur Al Huda Bt. Suhaini Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat(S27)

4043

8 Cik Khairolyusmaniza binti Zainal Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat(S27)

4044

9 En. Sairien B Juhaini Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat(S27)

4044

10 En. Mohd Sukran Bin Md Rashid Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat(S17)

4046

11 Pn. Nur Arafah Bt Mohamed Ali Pem. Kebajikan Masyarakat(S17)

12 Pn. Siti Sarah Bt Idris Pem. Kebajikan Masyarakat(S17)

10 Pn. Wan Norrini Bt Wan Ahmad Pem. Kebajikan Masyarakat(S17) 4044 

Page 9: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

MAKLUMAT TAMBAHAN

MAKLUMAN KATEGORI OKU

KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN

DASAR DAN PELAN TINDAKAN OKU

INSTITUSI YANG BERKAITAN OKU

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

ANDA TAHU MENGENAI OKU1. LATAR BELAKANG

1.1 Sejak pengistiharan Tahun Antarabangsa Orang Kurang Upaya 1980 dan pelancaran “The World Programme of Action Concerning Disabled Persons 1982” Malaysia turut memperkenalkan berbagai-bagai polisi dan program untuk membaiki kualiti kehidupan golongan orang kurang upaya. Penyertaan dan penglibatan komuniti bermula apabila komuniti mengambil bahagian dalam mengintegrasi golongan orang upaya. Kerajaan pula memulakan dasar dengan propaganda “Kebajikan Tanggungjawab Bersama”.

1.2 Seperti lain-lain negara membangun, sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah mengalami pertumbuhan dari aspek sosial dan ekonomi. Selaras dengan itu, Malaysia telah membentuk Dasar Kebajikan Negara (DKN) pada tahun 1990. DKN bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kestabilan masyarakat untuk pembangunan negara. Selaras dengan hasrat kerajaan melalui Wawasan 2020, ingin menjadikan Malaysia sebagai negara yang menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan seimbang kepada semua masyarakat. Dasar dan program kepada golongan orang kurang upaya di negara ini adalah berdasarkan strategi dan matlamat yang terkandung dalam Dasar Kebajikan Negara untuk mencapai keyakinan diri dan persamaan peluang di samping mewujudkan semangat saling bantu membantu serta berbudaya penyayang.

1.3 Pertumbuhan ekonomi yang dicapai telah memberi peluang kepada semua masyarakat memperolehi pengagihan yang adil. Pengumpulan kekayaan

Page 10: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

negara di tangan segelintir individu diharapkaan tidak lagi berlaku demi kestabilan negara, setiap rakyat patut diberi peluang dan hak yang sama rata untuk menikmati kejayaan negara termasuk kepada golongan orang kurang upaya. Bagi mencapai Wawasan 2020 ini Malaysia telah mengadakan berbagai perancangan, strategi, program dan aktiviti dengan kolaborasi berbagai sektor untuk mewujudkan negara maju melalui rancangan-rancangan pembangunan yang cekap dan pentas.

2. DEFINISI OKU 

2.1 Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2007, “Orang Kurang Upaya” (OKU) itu bermaksud seperti berikut:

“ Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat ”.

2.1. Bagi maksud pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan orang kurang upaya kepada enam kategori utama kecacatan/ ketidakupayaan seperti berikut:-

BIL.

KATEGORI

PENJELASAN

I

Kurang Upaya Pendengaran

a) Minimum ( Mild ) - (20 - < 30 db)b) Sederhana (Moderate) - (30-< 60 db)c) Teruk ( Severe ) - (60 - < 90 db)d) Sangat Teruk ( Profound ) - (> 90 db)

II

Kurang Upaya Penglihatan

Page 11: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

a) Buta (Blind)

Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)

b) Terhad –(Low Vision/Partially Sighted) 

Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)

c) TunnelVision

Pandangan yang terhad kepada satu arah dan dalam ruangan sehala.

III

Kurang Upaya Fizikal

Kecacatan anggota badan misalnya - Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta, kerdil dll.

IV

Cerebral Palsy

a. HemiplegiaCerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan

b. DiplegiaCerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki

c. QuadriplegiaCerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki.

V

Page 12: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Masalah Pembelajaran

Diagnosa perubatan dibawah kategori ini merangkumi :

a. Lewat Perkembangan (Global Developmental Delay)(bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun)

b. Down’s Syndrome

c. Autisma

d. Attention Deficit Hyperactive Disorder

e. Terencat Akal ( Mental Retardation) (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun)

f. Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

VI

Lain-lain

Diagnosa perubatan dibawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format

nota:

1. Slow learner ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran yang mungkin disebabkan oleh faktor intelek dan/atau persekitaran. Ia boleh dibetulkan dengan bimbingan di kelas pemulihan. Kanak-kanak ini perlu dinilai semula sekiranya masih menghadapi masalah pembelajaran selepas mendapat bantuan dari kelas pemulihan. Kanak-kanak dalam kategori ini perlu didaftarkan dengan Unit Pendidikan Khas untuk mendapat kemudahan pendidikan khas.

4. KAD KENAL DIRI OKU

4.1 Kad Kenal Diri OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Kad tersebut terbahagi kepada 6 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut:-

Page 13: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

i. Pengelihatan - Biruii. Pendengaran - Unguiii. Fizikal - Hijauiv. Cerebral Palsy - Merahv. Masalah Pembelajaran - Kuningvi. Lain-lain - Oren

4.2 Pendaftaran dan kad Kenal Diri

4.2.1 Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan/program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ianya seharusnya digalakkan bagi mendapat segala kemudahan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan dan swasta.

4.2.2 Objektif Pendaftaran dan Kenal Diri OKU

a. Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan orang kurang upaya di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan.

b. Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.

c. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan orang kurang upaya.

d. Untuk mengenal pasti orang kurang upaya mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

4.2.3 Borang – borang Pendaftaran OKUBorang - borangKegunaanBorang Permohonan Perkhidmatan Jabatan Kebajikan MasyarakatMaklumbalasBorang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Orang Kurang Upaya ( 18 tahun ke atas )

Butir-butir pengesahanBorang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas ( 0 – 18 Tahun )

Butir-butir pengesahan penempatan

Page 14: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Akuan Penerimaan Kad Kenal Diri OKU/Bantuan Alat Tiruan/Sokongan

Bukti Penerimaan4.2.4 Syarat –syarat Pendaftarana. Orang Kurang Upaya warganegara Malaysiab. Telah disahkan/diperkaui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaanc. Menggunakan borang yang betuld. Pendaftaran dijalankan di Pejabat Daerah/Jajahan/Negeri OKU bermastautin

5. PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN KEPADA OKU

5.1 Bantuan Alat Tiruan

Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya, membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi beroda, kaliper, anggota tiruan, tongkat putih (white cane), mesin Braille dan lain-lain peralatan yang tidak termampu dibeli oleh orang kurang upaya. Dengan adanya alat ini mereka boleh bergerak bebas dan mencari nafkah hidup tanpa bergantung sepenuhnya pada orang lain.

Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-

(i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(ii) Keperluan penggunaan alat dengan pengesahan dan sokongan Pegawai Perubatan/Doktor(iii) Ketidakmampuannya membeli(iv) Sumbangan bagi membeli alat itu (jika perlu)

5.2 Geran Pelancaran

Bertujuan membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran bagi menjalankan projek jayadiri atau perniagaan kecil yang mana mereka tidak dapat menjalankannya sebelum ini disebabkan ketiadaan modal dan peralatan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Had maksimum geran pelancaran ialah RM 2,700.00.Kelayakan :

(i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.(ii) Orang Kurang Upaya yang mempunyai pengetahuan/kemahiran bagi menjalankan perniagaan kecil sebagai mata pencarian.(iii) Orang Kurang Upaya yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan.(iv) Keutamaan hendaklah diberi kepada bekas pelatih institusi atau klien Jabatan.

Page 15: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

5.3 Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:

(i) Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas.(ii) Sebagai elaun insentif/perangsang bagi menggalakkan seseorang yang kurang upaya berminat untuk berkerja dan berdikari.(iii) Untuk meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya.

Kelayakan:

Pekerja orang kurang upaya termasuk yang bekerja secara sendiri atau bekerja dengan majikan termasuk pekerja di Bengkel Terlindung JKMM dan Bengkel Terlindung yang dikendalikan oleh pertubuhan sukarela (NGO) serta pekerja di bawah Program Rumah Kelompok (termasuk Taman Sinar Harapan) adalah layak menerima elaun ini sebanyak RM 200.00 sebulan sekiranya syarat berikut dipenuhi:-

i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya;ii) Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM 750.00 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga;iii) Berumur 16 tahun ke atas;

Pemohon mestilah menyertakan slip gaji/surat pengesahan pendapatan daripada majikan/surat pengesahan pendapatan daripada pemohon sendiri bagi yang bekerja sendiri.

9. PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN KHIDMAT NASIHAT

Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapi masalah dari segi emosi, keyakinan diri dan sebagainya atau memerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang diperlukan, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripada Pegawai/Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan atau kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri-Negeri.

10. AGENSI-AGENSI LAIN YANG TERLIBAT DALAM PERKHIDMATAN, PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN OKU

Selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, agensi Kerajaan yang

Page 16: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

lain dan Pertubuhan Kebajikan Sukarela ( NGOs ) juga terlibat dalam perkhidmatan pemulihan bagi orang kurang upaya. Agensi-agensi berkenaan adalah seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (Jabatan Pendidikan Khas), Kementerian Sumber Manusia (JabatanTenaga Kerja), Pertubuhan Kebajikan Sukarela dan lain-lain.

10.1. Kementerian Kesihatan - Program Pengesanan Awal (Early Intervention) memberi rawatan dan pemeriksaan untuk kemasukan ke Institusi Kebajikan.

10.2. Jabatan Pendidikan - Menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas (kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran dan masalah pembelajaran) melalui tiga program iaitu (i) Sekolah Khas, (ii) Program Integrasi dan (iii) Program Inkulsif di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program intergrasi juga disediakan bagi pelajar kurang upaya pendengaran di Sekolah Teknik dan Politeknik.

10.3. Jabatan Tenaga Kerja - Menggalakkan pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya melalui Jawatankuasa Penggalakan Penggajian Orang Kurang Upaya Di Sektor Swasta.

10.4. Pertubuhan Keb. Sukarela - Mengadakan Pusat Harian dan Pusat Latihan bagi orang kurang upaya sebagai perkhidmatan sokongan terhadap program-program Kerajaan dan juga sebagai memenuhi tanggungjawab masyarakat dalam pemulihan golongan tersebut.

11. KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KEPADA OKU OLEH AGENSI-AGENSI LAIN

11.1 Kemudahan PendidikanKementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan program khas kepada kanak-kanak dari kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi dan inklusif di sekolah biasa.Kerajaan mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Bagi Pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi diberi elaun bulanan sebanyak RM 300.00 sebulan (Kemudahan ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi). Pelajar-pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah diberikan elaun sebanyak RM 25.00 sebulan ( Kemudahan ini di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas).

11.2 Kemudahan Akses Untuk Orang Kurang UpayaDalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif

Page 17: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

dan memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang urus setianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

11.3. Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai PendapatanPada tahun 1981 Kerajaan memperluaskan potongan cukai berganda kepada majikan-majikan yang melatih dan mengambil pekerja kurang upaya.Mulai tahun tahun 1991 Kerajaan memberi pelepasan cukai sebanyak RM5,000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun.Kerajaan juga memberi pelepasan cukai sehingga RM5,000(maksimum) kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya.Kerajaan telah memberi pelepasan cukai tambahan sebanyak RM6000.00 sebagai tambahan kepada pelepasan diri sebanyak RM8,000.00 dan pelepasan tambahan sebanyak RM3,500 kepada pasangan yang kurang upaya sebagai tambahan kepada pelepasan sebanyak RM3,000.00 mulai tahun 2005.

11.4 Pengecualian Cukai JalanJabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan (road tax) bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004.

Syarat-syarat :

i) Kereta, van dan motosikal nasional sahaja;ii) Berdaftar dengan JKM (kurang upaya anggota);iii) Kenderaan didaftarkan di bawah nama pemohon;iv) Memiliki lesen memandu yang sah.v) Pengecualian diberi hanya pada sesebuah kenderaan dalam satu masa.

11.5 Kemudahan Pengangkutan AwamJabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya adalah SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA memberi tambang murah sehingga 50% bagi

Page 18: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

penerbangan dalam negeri, KERETAPI TANAH MELAYU (KTM) memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANASIONAL memberi konsesi 50% dari harga tambang dan RAPID KL memberi kemudahan tambang percuma kepada golongan kurang upaya.

11.6 Kemudahan PerumahanDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) memberi diskaun sebanyak 20 peratus kepada golongan kurang upaya berpendapatan rendah untuk memperolehi rumah kos rendah dan sederhana.

11.7 Pengecualian Bayaran Rawatan PerubatanOrang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

11.8 Pengecualian Bayaran Dokumen PerjalananJabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (pasport antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

11.9. Kemudahan Peluang PekerjaanKomitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 / 1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Tenaga Rakyat Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menggalakkan majikan di sektor swasta memberi peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya. Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta memberi garis panduan kepada agensi Kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja di sektor swasta. Orang kurang upaya, boleh membuat pendaftaran di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja Negeri dan Daerah atau melalui Perkhidmatan Pendaftaran Secara Online (SPOku) di www.elx.gov.my

11.10. Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang UpayaKerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

Page 19: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

11.11 Pengecualian 50% Duti Eksais Ke atas Kenderaan OKU AnggotaKementerian Kewangan telah memberikan pengecualian 50% Duti Eksais ke atas kenderaan cacat anggota yang berkeupayaan memandu sahaja dengan syarat :i) Pemohon Berdaftar dengan JKMii) Pemohon memiliki lesen memandu yang sahiii) Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik sehingga tamat tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; daniv) Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 10 tahun.

11. 12 Pencen TerbitanKerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan kurang upaya bagi penjawat awam yang meninggal dunia.

Tafsiran anak cacatSeorang anak yang tidak kira apa jua umur yang cacat akal atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri.

Proseduri. Waris hendaklah mengemukakan permohonan dengan menyatakan jenis kecacatan anak tersebut.ii. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri berkenaan diminta membuat siasatan.iii. Waris hendaklah membawa anak tersebut kepada Pakar Perubatan Kerajaan bagi penyakit berkenaan untuk dilengkapkan Laporan Pemeriksaan Pakar Perubatan.iv. Dokumen-dokumen yang diperlukan:-a. 1 salinan Surat Beranak anak tersebut dan salinan Kad Pengenalan bagi anak yang berumur lebih 18 tahun.b. Sekeping gambar foto anak yang menunjukkan anggota sepenuhnya (full length photograph).c. 1 salinan Kad Pengenalan waris atau penjaga (jika anak tersebut tidak dipelihara oleh ibu/bapa kandung atau ibu/bapa kandung telah meninggal dunia).

11.13 Waktu Bekerja Anjal Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mempunyai Anak-Anak Kurang UpayaPegawai perkhidmatan Awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya dibenarkan mengunakan Waktu Bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak-anak mereka dengan syarat masa-masa yang digunakan

Page 20: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

itu digantikan bagi tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan Kerajaan tidak terjejas.

11.14 Kemudahan TelekomTelekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:i) Bayaran Sewa bulanan dikecualikan kepada golongan kurang upaya.ii) Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang cajiii) Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak TM.

NOTA

Bagi setiap OKU yang ingin memperolehi insentif dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau agensi-agensi kerajaan atau swasta lain , MESTILAH mempunyai KAD KENAL DIRI OKU sebagai satu perakuan yang sah bahawa mereka orang kurang upaya.

KAD KENAL DIRI OKU hanya boleh diperolehi dengan mendaftarkan diri di PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH di tempat tinggal OKU tersebut.

OKU dan Peluang Pekerjaan

Pemilihan kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan kerjaya yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Golongan OKU juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan sama seperti orang lain bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, terdapat pandangan dan sikap prejudis sesetengah masyarakat

Page 21: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

berkaitan golongan OKU dan menyebabkan mereka dilayan seperti golongan kelas kedua atau golongan minoriti.

Kesusahan bagi mendapatkan kerja lebih tertumpu kepada golongan orang kurang upaya ini atau juga dikenali dengan istilah orang kelainan upaya. Bagi mereka faktor kecacatan bukanlah satu penghalang untuk mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Pada zaman kini, semakin banyak graduan oku yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi mereka sukar untuk mencari kerja.

Mengapakah pekara ini terjadi? Adakah majikan lebih mementingkan graduan yang sempurna sifat dari segi fizikal . Bagaimana pula dengan golongan yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan bukannya ilmu. Golongan OKU pada era ini atau zaman serba moden ini kebanyakannya sudah celik IT dan sudah berpendidikan . Tetapi mereka diabaikan dalam sektor pekerjaan.

Mungkin terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan antaranya mungkin dari segi kemudahan dalam sistem pengangkutan. Mereka mungkin susah untuk ke tempat kerja disebabkan faktor ini. Selain itu mungkin juga mereka gagal menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran ruang kerja atau pejabat yang tidak berapa sesuai dengan keadaan fizikal mereka . Seterusnya mungkin menghadapi kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Seperti mana yang telah diketahui, peluang pekerjaan bagi golongan oku adalah amat terhad sekali. Walaupun Dasar 1% jawatan untuk golongan OKU telah dilaksanakan tetapi apakah kesannya terhadap golongan tersebut. Malah, 1% untuk warga oku di sektor kerajaan pun tidak diisi sepenuhnya. malah, ada golongan OKU yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi diberikan pada orang lain.Graduan OKU juga amat sukar untuk mendapat peluang pekerjaan walaupun mereka punyai kelayakan. Inikah yang dikatakan masyarakat penyayang? masyarakat penyayang yang dibentuk oleh acuan manakah ini? Negara kita ini dipenuhi oleh warga asing untuk mencari pekerjaan walhal ada di antara pekerjaan itu dapat dilakukan oleh golongan oku itu dengan lebih baik lagi. Tetapi, ianya diberikan kepada warga asing.

Mungkin juga disebabkan oleh faktor tidak mempunyai pendidikan asas dalam bidang – bidang tertentu menyebabkan mereka tidak berkeupayaan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan .Contohnya dalam bidang kesetiausahaan, pekara asas dalam bidang tersebut perlu ada kerana jika tiada asas ini menyukarkan proses pekerjaan Walaupun begitu masih ada pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pengetahuan asas seperti kerja – kerja kraftangan dan membungkus makanan.

Page 22: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Selain itu juga, mereka boleh melakukan kerja melalui penggunaan teknologi yang sedia ada seperti menjadi operator telefon di pejabat – pejabat kerajaan mahupun swasta. Mereka yang boleh mengendalikan komputer boleh diberi tugas menaip dan membuat laporan tertentu. Mereka juga boleh bekerja di rumah dengan mendapatkan tugasan dan arahan melalui e-mel yang di hantar oleh majikan kepada mereka. Seterusnya mereka boleh menghantar tugasan tersebut kembali. Cara ini lebih mudah dan tidak menyusahkan mereka untuk ke tempat kerja.

Seterusnya, tiada persatuan khas yang dibentuk bagi membantu golongan kurang upaya ini dalam mendapatkan pekerjaan. Walaupun banyak kita lihat di internet saluran – saluran yang melaksanakan pengambilan pekerja tetapi bukanlah untuk golongan OKU. Seterusnya, dalam zaman atau era teknologi komunikasi ini, maklumat tentang kekosongan jawatan kebanyakannya dipaparkan dalam internet dan bagi OKU yang tidak begitu arif dalam dunia siber , mereka mungkin menghadapi masalah untuk mengakses maklumat tersebut.

Kerajaan sepatutnya lebih prihatin terhadap golongan ini bukan meminggirkan golongan ini ke tepi, mereka telah diberi pendidikan jadi wajarlah mereka dihargai dengan memberikan pekerjaan ataupun bantuan untuk memulakan peniagaan. Jadimereka boleh berdikari dan boleh berjaya dengan pekara yang mereka lakukan. Jadi kerajaan boleh mengurangkan peruntukan bantuan kepada golongan kurang upaya ini apabila mereka sudah mempunyai pekerjaan. Ini dapat mengelakan mereka daripada merasa rendah diri apabila dikatakan golongan yang suka meminta sahaja tanpa melakukan sebarang kerja.

Namun begitu nilai murni yang telah ditunjukkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Melaka dengan melancarkan skim pekerjaan sukarelawan di anggap memberi nafas baru kepada golongan OKU di daerah tersebut. Skim yang diperkenalkan itu mampu mengubah nasib OKU dengan memastikan mereka memperolehi pendapatan bulanan.Pekara ini patut dicontohi oleh para majikan lain dalam memberi peluang kepada OKU mencari pekerjaan.

Selain itu , perkhidmatan penempatan terdapat di setiap negeri bagi membantu orang-orang yang terlatih mendapatkan pekerjaan sama ada di pasaran terbuka ataupun di bengkel terlindung bagi mereka yang tidak berkemampuan bertanding di pasaran terbuka. Antara contoh bengkel terlindung ialah Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani dan bengkel-bengkel yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.Maklumat berkaitan boleh didapatkan daripada JKM.

Secara kesimpulannya, golongan oku yang berkeupayaan melakukan kerja tidak perlu di pinggirkan. Mereka perlu diberi peluang

Page 23: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

dalam mengharungi suasana kerja pada zaman yang moden ini iaitu dunia tanpa sempadan dalam era globalisasi. Penggunaan teknologi sedikit sebanyak dapat membantu ke arah kemajuan sekaligus tidak meminggirkan golongan tertentu.

Page 24: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

latihan kerjaya Dalam Pendidikan KhasKAJIAN PERBANDINGAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI ANTARANEGARA MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT

1. PENDAHULUAN

Setiap negara yang wujud di dunia ini akan mengalami proses normal iaitu pertumbuhan yang pesat dari segi kadar pertambahan bilangan penduduknya dari semasa ke semasa. Sejajar dengan peningkatan populasi penduduk sesebuah negara, maka ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah golongan berkeperluan khas bagi sesebuah negara.

Berikutan pertambahan bilangan manusia di muka bumi ini, maka masalah pengangguran dan peluang pekerjaan akan menjadi lebih terhad, di sebabkan persaingan ini,maka tidak hairanlah pihak berkuasa sesebuah negara berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menangani masalah tersebut dengan menyediakan latihan kerjaya dan bengkel-bengkel kemahiran sebagai persediaan asas sebelum seseorang terlibat ke alam perkerjaan seluruhnya sama ada bagi manusia normal mahupun orang kurang upaya (OKU)

Berdasarkan pendapat daripada kajian Klien dan Wiener (dalam Weinrach 1979) Super (dalam Brown & Brooks 1984), menunjukkan keselarasan kerjaya adalah suatu aspek penting dalam menentukan kepuasan, kebolehan pencapaian dan stabiliti.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, OKU bermakna : Individu yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh keperluan biasa bagi dirinya sendiri dan gagal untuk hidup bermasyarakat disebabkan kecacatan dari segi fizikal atau mental semenjak kelahiran ataupun kemudiannya.

Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (tanpa dikategorikan) (Hashim Omar 1991, Unit Pendidikan Khas, KPM).

2. GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Orang kurang upaya (OKU) atau golongan berkeperluan khas mengikut takrifan yang dipetik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2003) ialah seseorang yang tidak berupaya sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental yang dialami sejak lahir atau selepas lahir.

Mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), terdapat lima kategori golongan orang kurang upaya yang telah didaftarkan di bawah JKM iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal, kurang upaya anggota dan masalah pembelajaran.

3. KHIDMAT LATIHAN DAN BIMBINGAN KERJAYA

Page 25: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

JKM menyediakan perkhidmatan untuk membimbing dan membantu OKU supaya mampu berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang turut serta menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara. Usaha pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan agar mereka dapat diintegrasikan ke dalam masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat 2004). JKM juga menyediakan pelbagai pusat latihan dan kemahiran agar golongan ini benar-banar bersedia untuk menempuh alam pekerjaan. Antara program-program yang disediakan untuk mereka termasuklah Program Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal, kemahiran berkaitan dalam bidang keusahawanan juga didedahkan bagi tujuan memudahkan OKU mendapat pekerjaan di sektor perkilangan, sektor swasta, kerajaan, bengkel terlindung atau bekerja sendiri. Selain itu, peraturan dan akta juga telah disediakan oleh kerajaan yang bertujuan untuk melindungi mereka.

3.1 PERATURAN DAN AKTA 3.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan di mana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta bagi OKU. Insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan. Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja OKU mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi menggalakkan keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan OKU seperti bantuan kewangan bagi perniagaan kecil, pinjaman bagi modal, tapak perniagaan yang sesuai, kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan dan agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran mereka.

3.1.2 Polisi Kebajikan Kebangsaan 1990 telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian OKU di sektor swasta yang merupakan garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan OKU serta individu OKU itu sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja OKU bekerja di sektor swasta.

3.1.3 Potongan cukai berganda 1981 dan Peraturan cukai pendapatan 1992 kepada majikan mengambil OKU untuk bekerja. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibu bapa yang kurang upaya. Kerajaan juga telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.

Di bawah Akta pengangkutan jalan raya, Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada OKU. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah iaitu potongan sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi kepada OKU. 

Page 26: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

3.1.4 “Kod Amalan Akses Bagi OKU Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk OKU di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya untuk memastikan OKU ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. 

3.1.5 Skim Elaun OKU ini bertujuan menggalakkan mereka terus bekerja dan berdikari sebagai ahli masyarakat yang produktif dan berguna tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, sebagai penyenggaraan pendapatan (income mantainance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan, sebagai insentif atau perangsang bagi menggalakkan OKU minat bekerja dan berdikari dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka sendiri. Berkuatkuasa Januari 2004, Kadar elaun RM300 seorang sebulan bagi pendapatan bawah RM700.

3.1.6 Melalui kemudahan Geran Pelancaran, JKM juga membantu OKU yang ada kemahiran dan pengetahuan tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. Skim ini bertujuan menggalakkan penerima bantuan supayatidak bergantung kepada bantuan bulanan lagi dan menggalakkan golongan miskin atau termiskin supaya bermuafakat, bekerjasama bagi faedah mereka di bidang ekonomi supaya taraf hidup golongan itu dapat ditingkatkan. 

3.1.7 Waktu bekerja bagi pegawai perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya dibenarkan menggunakan waktu bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak mereka dengan syarat masa yang digunakan itu digantikan bagi tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan kerajaan tidak terjejas.

3.1.8 Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan pencen terbitan kepada anak / tanggungan OKU bagi penjawat awam yang meninggal dunia.

3.1.9 Kaunseling kerjaya adalah satu bidang kaunseling yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya sebagai proses yang mudah dalam membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Model analisis pekerjaan ini adalah satu model baru yang diubahsuai daripada model yang diperkenalkan oleh Frank Parsons.

4. LATIHAN KEMAHIRAN DAN PELUANG KERJAYA

4.1 JKM membantu mendapatkan kerja di sektor perkhidmatan kerajaan atau swasta, latihan dan kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun di bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani, Bengkel Tendong, Bengkel Seri Sembilan, Bengkel Ipoh, Bengkel Alor Setar, Bengkel Bayam atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Di antara pekerjaan yang dijalankan OKU ialah melipat sampul surat, menjahit beg seminar dan

percetakan. Dalam bidang percetakan bengkel terlindung menyediakan latihan kepada OKU yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan.

Page 27: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Program Sekolah ke Kerjaya (SKK) dalam beberapa mata pelajaran tertentu bagi membolehkan pelajar mengenali dunia pekerjaan dan mengetahui peluang-peluang pekerjaan yang bersesuaian bagi diisi oleh mereka. KPM juga berusaha memperluaskan bidang kurikulum bagi pelajar kurang upaya penglihatan supaya dapat dijadikan pengetahuan asas dalam kerjaya mereka melalui pengenalan mata pelajaran yang bercorak kemahiran hidup dan matapelajaran teknik dan vokasional. Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, KPM membuka peluang kepada golongan OKU (penglihatan) dan OKU (pendengaran) bagi mengisi jawatan sebagai guru dengan menawarkan kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan tempatan.

4.3 Kementerian Sumber Manusia , khususnya Jabatan Tenaga Rakyat memainkan peranan membantu pencari-pencari kerja termasuk OKU (penglihatan) mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelulusan, latihan, minat dan pengalaman mereka. Jabatan ini juga membantu majikan-majikan bagi mendapatkan pekerja-pekerja yang sesuai dengan kehendak dan keperluan majikan itu sendiri.

4.4 Jabatan Perkhidmatan Awam ini akan berusaha memastikan supaya OKU (penglihatan) mempunyai kelayakan dan kemahiran yang sesuai bagi memegang jawatan yang dipohon. Jawatan-jawatan dalam sektor awam yang sesuai bagi OKU (penglihatan) adalah pensyarah, tenaga pengajar, pegawai tadbir, guru, jurutrengkas, operator telefon, pegawai kerani, juruhebah dan penterjemah.4.5 JKM Malaysia telah merangka beberapa program berkaitan latihan dan kemahiran dalam usaha bagi melengkapkan dan melahirkan golongan OKU supaya bersedia menempuh alam pekerjaan. Antara program-program yg disediakan ialah Program

Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal. Program Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal (Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi) telah menawarkan kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK ini ditawarkan kepada golongan kurang upaya anggota, berumur 18 – 40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer, pendawaian letrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. Latihan Vokasional di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi juga menawarkan Kursus Vokasional seperti Pembantu Tadbir Sistem Makluamat (MLVK), Rekaan Fesyen dan jahitan (MLVK), Elektronik, Membuat Alat Sokongan (Protestik & Orthotik), Multimedia dan Pembuatan Kerusi Roda. Kursus Pra-Vokasional menawarkan kursus yang ditawarkan adalah Elektronik, komputer, lukisan dan jahitan.

4.6 JKM juga menyediakan pegawai-pegawai kebajikan masyarakat di peringkat negeri dan daerah untuk memberikan khidmat kaunseling dan penempatan kerja di gudang-gudang, kilang-kilang dan firma-firma swasta serta di bengkel-bengkel yang ditubuhkan dengan kerjasama persatuan-persatuan dan badan-badan sukarela yang berkaitan. JKM Malaysia juga mengadakan projek-projek khas melalui kerjasama kerajaan negeri iaitu Rancangan Perkampungan bagi OKU (penglihatan) seperti kerja-kerja dalam bidang pertanian, kraftangan, pertukangan dan ternakan.

4.7 Latihan vokasional yang dijalankan di Pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) meliputi aktiviti asas kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran asas vokasional dan cara penggunaan alatan pertukangan, pertanian serta peralatan-peralatan yang ada di rumah atau PDK yang merupakan penyediaan awal bagi melengkapkan diri OKU dalam membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka. Latihan vokasional yang disediakan dapat dikaitkan

Page 28: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

dengan peluang-peluang pekerjaan yang disediakan dan ditawarkan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun swasta. 

4.8 Kolej-kolej swasta seperti Lim Kok Wing Institute Creative Of Technology PJ, The One Academy Of Communication Design PJ, Cosmopoint KL, Klang, Malaysian Institute Of Art PJ, Mensa Art College dan PJ Art College yang telah dan bersedia untuk menerima pelajar lulusan Aliran Seni dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (SMPKV) yang lulus cemerlang dan berketrampilan sebagai pelukis sama ada pelukis profesional, pelukis potret dan pembuat hasilan kraf. SMPKV menawarkan Kursus Seni Halus selama 2 tahun. 

4.9 Jawatan yang disandang oleh golongan OKU adalah daripada bidang professional sehinggalah ke buruh kasar. Antara sektor swasta yang memberi peluang kepada golongan ini bekerja adalah Kumpulan Guthrie Furniture Berhad, Telekom, Resort World Berhad, Land & General dan Pemodalan Nasional Berhad. Selain itu, terdapat juga restoren-restoren makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut, Shakey Pizza dan sebagainya pasar raya-pasar raya seperti Carrefour, Giant, Jaya Jusco, kedai runcit, kedai dobi, kedai bunga dan sebagainya sesuai diceburi oleh OKU (pendengaran) dan OKU (akal). Kerja-kerja seperti memasak, mencuci lantai, mengemas meja dan sebagainya mampu dilakukan oleh mereka. Apa yang diperlukan oleh mereka hanyalah peluang dan kepercayaan daripada pihak majikan.

5.0 Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di Negara ini berperanan membela nasib golongan OKU di Malaysia. Antara NGO yang bergiat dalam bidang ini adalah Persatuan Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, KIWANIS, Bethany Home and PERKOB dan sebagainya dalam mencari peluang kerja untuk golongan OKU.Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (Malaysian Association For the Blind) adalah organisasi sukarela utama yang menyediakan perkhidmatan bagi OKU penglihatan. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Persatuan bagi Orang Buta Malaysia adalah seperti Kursus-kursus Pemulihan dan Latihan Vokasional, Perkhidmatan Pemulihan dalam Komuniti bagi OKU (penglihatan) di Luar Bandar,

Perkhidmatan Penempatan, Pusat Rotan dan Kraftangan, Pusat Sumber Braille, Program Pencegahan Kebutaan, Perkhidmatan Penglihatan Terhad, Asrama untuk Pekerja-pekerja Kurang Upaya Penglihatan, Program Derma Mata dan Jawatankuasa Bantuan kepada Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan.

5.2 Pusat Latihan Gurney (Gurney Training Centre) ini menawarkan kursus-kursus pemulihan dan latihan vokasional kepada OKU (penglihatan). Antara kurikulum formal yang dijalankan di pusat ini adalah kursus-kursus latihan vokasional seperti jurutrengkas, telefonis, kerja industri, pertukangan kayu, kraftangan, urut. Selepas tahun 1990 iaitu Kursus Kebolehan Menggunakan Komputer dan Kursus Pengatur Cara Perisian Komputer diperkenalkan. Kursus-kursus tambahan juga diperkenalkan seperti kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi membantu pelatih mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

5. PROSES PENDAFTARAN MENDAPATKAN PEKERJAAN BAGI OKU

5.1 Pendaftaran OKU boleh dilakukan melalui 2 cara :-

Page 29: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

5.1.1 Melengkapkan Borang ‘P’ yang boleh didapati daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Pertubuhan / Persatuan OKU dan Pejabat Penghulu / Penggawa.5.1.2 Melayari laman web Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Pencari Kerja di alamat :-WWW.MOHNGOV.MY

5.2 Calon akan diberi satu perakuan pendaftaran untuk simpanan dan rujukan. Tempoh sahnya selama 6 bulan.5.3 Panggilan Temuduga5.4 Menghadiri Temuduga5.5 Penempatan5.6 Calon Tidak Berjaya / Tidak Menerima Tawaran dikehendaki memaklumkan kepada JTK bagi membolehkan nama mereka dimasukkan semula ke dalam senarai mencari pekerjaan.5.6.1 Calon yang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui usaha sendiri diminta memaklumkan ke JTK bagi tujuan mengemaskini rekod.

6. PEKERJAAN YANG BOLEH DISERTAI OLEH GOLONGAN KURANG UPAYA (OKU) MENGIKUT KATEGORI MASALAH

6.1 Kategori Masalah Pendengaran6.1.1 Kerja-kerja pembersihan6.1.2 Pelayan6.1.3 Pekerja stor6.1.4 Juruwang6.1.5 Tukang masak6.1.6 Kimpalan6.1.7 Menanam / menjaga tanaman6.1.8 Membuat kuih / kek6.1.9 Membuat / memasang perabot6.2.0 Melukis / membakar tembikar6.2.1 Menyusun / menggam kayu6.2.2 Juruteknik6.2.3 Ahli sukan6.2.4 Pelukis6.2.5 Pereka fesyen6.2.6 Pendandan rambut6.2.7 Juruanalisis sistem6.2.8 Juruanalisis sistem6.2.9 Operator data entri6.3.0 Kerja-kerja pengeluaran

6.2 Kategori Masalah Penglihatan6.2.1 Menganyam / membuat perabot6.2.2 Pensyarah6.2.3 Tenaga pengajar6.2.4 Pegawai tadbir6.2.5 Guru6.2.6 Jurutrengkas

Page 30: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

6.2.7 Operator telefon6.2.8 Pegawai kerani6.2.9 Juruhebah6.3.0 Penterjemah

6.3 Kategori Masalah Mental6.3.1 Kerja-kerja pembersihan6.3.2 Membuat makanan6.3.3 Pelayan6.3.4 Memasak6.3.5 Mencuci lantai6.3.6 Mengemas meja

6.4 Kategori Masalah Fizikal6.4.1 Juruwang6.4.2 Kerja-kerja pembersihan6.4.3 Pelayan6.4.4 Pekerja stor6.4.5 Promoter barang6.4.6 Operator telefon6.4.7 Menanam / menjaga tanaman6.4.8 Kerani

7. PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI AMERIKA SYARIKAT (USA)

Di USA fenomena pendiskriminasian terhadap orang kurang upaya adalah berlaku seperti juga di negara-negara lain, oleh sebab itu pelbagai akta telah dibuat oleh pihak berwajib khas untuk melindungi orang cacat dari terus di sisihkan dari arus kemodenan dan kemajuan negara, sepintas lalu kita akan lihat 3 akta pendidikan bagi orang cacat di USA.i. Akta Pemulihan 1973 seksyen 504 yang menekankan penghapusan pendiskriminasian terhadap OKUii. Akta EHA dipinda kepada “The Individuals With Disablities Act” perkara 20 kod Amerika Syarikat seksyen 1400 (1990) yang menekankan pendidikan bermula 3-21 tahun, transisi ke dunia pekerjaan dan dana untuk OKUiii. Elementary and Secondary Education (ESEA) (No child left behind) act of 2001yang menghendaki semua kanak-kanak sekolah menjalani ujian penilaian dan menguasai 3M.

Di samping pelbagai akta, wujud badan-badan sukarela untuk golongan cacat di USA seperti pertubuhan NEC Amerika untuk menyokong dan menyuntik dana ke dalam program pembangunan golongan cacat. Kewujudan Pertubuhan Negara bagi menjaga kebajikan orang cacat Amerika ini akan meningkatkan penyertaan serta penglibatan yang sepenuhnya dan sama rata golongan cacat bersama dengan 54 juta rakyat Amerika dalam sama-sama mengikut arus kemodenan negara, tidak terkecuali wanita dalam semua aspek kehidupan. Nations Organization Disabilities (NOD) sebuah badan yang dibiayai oleh sektor swasta yang menjaga hal ehwal orang cacat Amerika telah ditubuhkan dalam 1982.

Page 31: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

8. GOLONGAN KHAS di USASebelum akta pendidikan orang cacat dibuat tahap pendidikan orang cacat adalah rendah dan kebajikan mereka seolah-seolah terabai. Ruang pekerjaan pula agak kecil untuk golongan cacat berbanding dengan penduduk secara umum. Banyak majikan yang takut untuk mengambil orang cacat dan mengaji mereka.· Namun sejak kebelakangan ini majikan telah menunjukkan minat untuk mengambil dan mengaji orang cacat bekerja bersama mereka. Perkhidmatan awam persekutuan menggaji 200,000 pekerja-pekerja cacat atau 7% dari jumlah pekerja di di bidang-bidang tertentu. · Pihak berkuasa Amerika memberi bantuan dan menyediakan peluang pekerjaan untuk orang-orang cacat bagi semua kategori kecacatan termasuklah veteran-veteran perang, penubuhan Team Teknologi Amerika Inc. 501 (c) (3) adalah bertujuan untuk mendidik, mewujudkan pekerjaan yang sesuai dengan golongan cacat tersebut.· Pihak berkuasa USA juga menawarkan satu skim perumahan yang mampu yang akan menjamin individu-individu agar dapat menjalani hidup yang berkualiti, dan gaya hidup mulia. .· Melalui komitmen, pengalaman, dan kepakaran, Team Teknologi Amerika Inc. akan membuat golongan cacat merasa terbela dan akan bersemangat untuk menjalani kehidupan seperti orang lain juga.Becky Ogle, pengarah pegawai pasukan petugas presiden di pekerjaan untuk Adults dengan ketidakupayaan, berkata tiket untuk berkerja dan Insentif Kerja Pembaikan Tindakan 1999 memberi manusia dengan ketidakupayaan satu peluang pergi bekerja tanpa mempunyai kerugian ketika menjalankan rawatan kesihatan. Untuk sesetengah majikan subsidi gaji adalah juga penting ketika memberi peserta satu percubaan. Perkara terpenting untuk menyesuaikan individu dan untuk memastikan syarat-syarat yang pekerjaan dan jangkaan kerja telah dibuat jelas. Pelarasan seperti boleh menghendaki satu perjanjian khas tentang masa bekerja dan sebagainya.

9. KAJIAN PERBANDINGAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI MALAYSIA DAN DI AMERIKA SYARIKAT (USA)

Seterusnya kita lihat perbandingan peluang dan latihan kerjaya di Malaysia dan di USA adalah seperti berikut:-9.1 Peluang dan latihan kerjaya di Malaysia, orang kurang upaya (OKU) mendapat penglibatan dari sektor awam, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pusat Latihan Gurney (Gurney Training Centre) yang membantu OKU memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup OKU supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai manakala di USA, orang cacat mendapat penglibatan NOD iaitu sebuah agensi swasta yang memberi bantuan pembangunan dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan orang cacat dengan kerjasama pertubuhan yang lain.

9.2 Di Malaysia, OKU mendapat insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan. Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka.

Page 32: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Manakala Di USA, satu gaji subsidi dibayar untuk majikan bagi satu tempoh sehingga 5 tahun. 

9.3 Di Malaysia, melalui ‘Kod Amalan Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam mengikut kecacatan yang berbeza.manakala Undang-undang di USA pula, hak dan keselamatan dalam perkhidmatan mereka tidak la terlalu di “highlightkan”.

9.4 Di Malaysia, terdapat 4 kategori OKU yang didaftarkan iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal dan kurang upaya anggota manakala di USA, kategori golongan cacat terdiri daripada kecacatan anggota, cerebral palsy dan ketidakupayaan psikiatri.

9.5 Di Malaysia, semakin ramai golongan OKU mendapat peluang latihan dan kemahiran vokasional dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, walaupun USA juga berpeluang mendapat latihan dan kemahiran vokasional namun akibat saingan yang hebat sesama mereka sndiri maka peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi orang cacat memerlukan saringan khas. 

10. ASPEK-ASPEK PERSAMAAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI MALAYSIA DAN DI USA

10.1Di Malaysia dan USA mempunyai persamaannya dalam aspek adanya perkhidmatan kaunseling dalam kerjaya yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Kaunseling kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan (Brown & Book 1986).11. KESIMPULAN

Kesimpulan kajian perbandingan peluang dan latihan kerjaya di Malaysia dan di USA di mana peluang dan kerjaya serta kebajikan golongan OKU di Malaysia adalah tidak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan peluang dan kebajikan oraang cacat di negara Amerika. Ini terbukti melalui adanya akta dan peraturan yang telah dikemukakan untuk melindungi kebajikan orang kurang upaya. Di samping itu juga penglibatan sepenuhnya daripada sektor awam, swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), agensi- agensi dan persatuan-persatuan yang memberi banyak bantuan latihan dan kemahiran vokasional, keistimewaan serta kemudahan kepada golongan OKU. Berbanding persaingan sesama orang cacat yang besar terhadap peluang dan kemudahan serta latihan kerjaya di Amerika dari pelbagai aspek lain seperti pendidikan, emosi, sosial dan sebagainya. 

RUJUKAN

Zinaida Ariffin. 2006. Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur : PST PROFESIONAL

Mohd Sharani. 2004. Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia.

Page 33: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Norasmah Othman & Safari Bari. Keusahawanan dan Kerjaya kepada Golongan Berkeperluan Khas : 354-362 

Ramlee. 2001. Penaksiran dan latihan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas. Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarkees, M.D. & Scott, J.L. 1986. Vocational special needs. Ed. 2. Homewood, Illinois : American Technical Publishers, Inc.

Zinaida. 2006. Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya. Pahang : PTS Proffessional.

Zainudin. Peranan Masyarakat dalam Mempertingkatkan Kerjaya Golongan Berkeperluan Khas : 402-406.

G:/CAREERS, VOCATIONS, AND JOBS.htmWWW.disabilityworld.org/06-0802/women/mailto:[email protected]:/disabilities USA.htmG:/ employment.htmG:/ Kerjaya Orang Cacat AmerikaG:/Peluang kerjaya.htm

Posted by zulkiflizaimahat 9:02 AM

n o c o m m e n t s :

Page 34: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Apa ye pekerjaan yang sesuai buat OKU?

Apa ye???

kalau kita sempitkan fikiran ...memanglah kita akan kata bahawa anak aku OKU apalah yang dia boleh buat.... tapi terfikirkah tuan-tuan dan puan-puan sekelian...ada banyak pekerjaan yang boleh dibuat oleh OKU...

ini adalah antara beberapa pekerjaan boleh dibuat oleh mereka...1. telefonis2. pekerja stesen minyak3. pelukis4. penari kebudayaan5. peniaga6. penulis7. pembuat kraftangan 9. pekerja gerai makan10. jurujual11. cashier12. pegawai kerajaan 13. penjaga lif14. pencuci pinggan mangkuk15. pelayan hotel

dan banyak lagi la

apa sahaja orang normal boleh buat...OKU juga boleg buat.... yakin boleh dan bersemangat

apapun yang penting mesti disesuaikan dengan kemampuan dan kebolehan serta minat yang mereka miliki

oklah itu hanya segelintir sahaja..... baik datang dari Allah dan buruk dari saya....

 Logged

Page 35: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

 serikemunting

Ahli Baru Posts: 16 "segalanya bermula disini"o

 

o

Re: pekerjaan buat OKU« Reply #1 on: October 19, 2009, 04:40:21 PM »

salam ,

sekadar makluman pdk negeri melaka bakal menyediakan peluang perkajan bagi oku ,malah bukan sahaj untuk oku di pdk malah semua oku yang berdaftar dengan JKM.Hanya sesuai dan minat sahaja. Setakat ini di PDK Nur Shahirah , Nur Ehsan,Seri Mutiara di , nur hidayah,Seri Murni nyalas sebelah Jasin sudah pun memberi elaun kepada beberapa orang pelatih yang membantu mereka dalam projek PDK .Di bahagian Alor Gajah PDK Seri Pengasih telah menmpatkan seramai 7 orang pelatih dalam projrk Penjualan Bunga dan Pasu dan mempunyai penempatan untuk Pelatih berdikari bagi pelatih Lelaki , terkini dalam proses menyediakan kawasan bagi membuat Bengkel Roti .Bagi PDK Seri malindo sudah mengadakan sebuah gerai bagi menjual makanan ringgan dan surat khabar ,selain itu telah mewujudkan "Homestay" .Dalam perancangan PDK Seri Permata akan menyediakan Bengkel atau peluang pekrjaan OKU untuk membuat batik Cop.

pasti ramai akan menafikan atau bertanya kenapa pelatih OKU ini tidak diberi peluang untuk bekerja di luar,jawapan nya ada yang boleh dan ada yang masih perlu pemantauan khusus masih perlu di beri latihan bengkel kerana kemampuan mereka disamping penerimaan Pelatih OKU ini dengan pemahaman Majikan luar dengan tabiat yang tidak tepat oleh pelatih OKU. kita bukan nak mengasingkan mereka tetapi ingin memberi mereka peluang utnuk bekerja bagi menampung diri sendiri.segala pekerjaan perlu melihat dari segi kemampuan dan minat pelatih tersebut.

 Logged

Page 36: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

 mutiara

Hero Member

Posts: 527o

 

o

Re: pekerjaan buat OKU« Reply #2 on: April 20, 2010, 05:00:42 PM »

Gadis OKU…Ijazah Cemerlang Hanya Sekadar Selembar Kertas…

SITI Huraizah Ruslan bagai pasrah menerima keadaan dirinya. Hampir tiga tahun bergelar siswazah, namun sehingga kini belum mampu ditawar jawatan setimpal dengan kelulusannya.

Pada 2007, media tempatan melaporkan kejayaan gadis cacat penglihatan yang muncul antara pelajar cemerlang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Berita Harian, tidak terkecuali juga TV3, menyiarkan berita kegembiraan gadis hitam manis yang berjaya mengejutkan massa. Dia lambang kegigihan orang kurang upaya (OKU). Dia lambang kecemerlangan yang tidak dibatasi kekurangan diri. Dia juga lambang kekuatan semangat untuk menimba ilmu walaupun terpaksa meninggalkan keluarga dan tiga adiknya di Pantai Timur.

Hari ini, Siti Huraizah bagai dilupakan. Ijazah cemerlang hanya sekadar selembar kertas yang hampir tidak ada apa-apa. Segala ilmu yang ditimba di Fakulti Seni Persembahan sekadar bayangan masa lalu, yang juga tidak ada apa-apa.

Page 37: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

“Terlalu tebal tembok halangan,” cetusnya. Sudah acap kali dia menghadiri temu duga, namun hasilnya tidak ada apa-apa. “Mereka takut mengambil orang buta seperti saya. Mereka bimbang saya tidak mampu menjalankan tugas dengan baik,” cetusnya sinis. Dia tidak diberi peluang. Dia bagai merenung nasib sendiri. Ada penemuduga yang jujur mengakui kesukaran memilih pekerja OKU di organisasi mereka.

Siti Huraizah pernah memohon untuk menyertai skim tenaga pengajar di pusat pengajian yang pernah berjasa kepadanya. “Malangnya mereka masih prejudis, tidak yakin kemampuan pensyarah buta,” keluhnya.

Kini dia bertugas di Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, di Setapak, Kuala Lumpur. Dengan pendapatan yang diterimanya, dia terpaksa bekerja kerana tidak mungkin untuk kembali ke pangkuan orang tuanya tanpa sebarang jawatan. Ria atau lara di Lembah Klang, Siti Huraizah terpaksa tekad kerana kehidupan tidak semudah yang diharapkan.

Siti Huraizah boleh dianggap citra permasalahan OKU di negara ini. Mereka bukan saja kekurangan fizikal dan kesempurnaan, bahkan kurang tumpuan daripada masyarakat. OKU tidak selamanya memohon bantuan dan berjiwa hamba. Apa yang mereka mahukan adalah peluang untuk menonjolkan kemampuan dan kreativiti. Malangnya prejudis dan salah anggapan menyebabkan ramai OKU tercicir daripada pelbagai peluang yang disediakan.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengandaikan 10 peratus daripada jumlah penduduk di sesebuah negara terdiri daripada OKU. Ini bermakna 2.7 juta rakyat Malaysia tergolong OKU, walaupun hanya segelintir yang mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada dasarnya, kerajaan memang prihatin masalah OKU menerusi pelbagai perancangan teliti. Akta OKU diluluskan di Parlimen (Dewan Negara) pada 24 Disember 2007, diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.

Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU – peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat. Akta ini memperuntukkan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.

Sejak pengisytiharan Tahun Antarabangsa OKU 1980 dan pelancaran The World Programme of Action Concerning Disabled Persons 1982, Malaysia turut memperkenalkan pelbagai polisi dan program untuk membaiki kualiti kehidupan OKU.

Page 38: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Bagaimanapun setiap dasar dan peraturan yang tidak diamalkan, bakal mengundang tanggapan sinis masyarakat. Pelaksanaan hampir tidak ada. Kehidupan OKU masih di bawah paras kemiskinan. Meskipun ada beberapa OKU berjaya dalam sektor tertentu, nisbahnya terlalu kecil berbanding mereka yang melarat.

Lihat saja sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Masjid India, ramai warga cacat fizikal dan penglihatan merempat, mengemis dan menagih simpati orang ramai.

Kerajaan melalui konsep 1Malaysia perlu lakukan sesuatu agar Akta OKU berfungsi untuk memberi peluang sama rata berdasarkan sistem merit, bukan kerana halangan fizikal. Jika Milton boleh muncul sebagai penyair dan seniman tersohor Britain kerana kebutaannya, kita juga ada Prof Datuk Dr Ismail Salleh (Allahyarham) yang handal pemikiran ekonominya. Kita juga ada Dr Chandra Muzafar yang bernas pemikiran sosialnya. Kita juga ada Dr Zulkifli Ahmad (politik) dan Nahmar Jamil (sastera). Mereka adalah segelintir insan OKU yang mencipta nama, di sebalik jutaan lagi yang tercicir dan menjadi marhaen di sisi tembok pembangunan negara.

Kempen kesedaran dan sikap bertanggungjawab untuk membantu OKU perlu dipupuk. Apalah gunanya mendakwa sebagai masyarakat penyayang, tetapi pada masa sama meletakkan kenderaan di petak yang disediakan untuk pemandu OKU.

Sehingga kini tiada peraturan khusus yang boleh menghukum mana-mana pesalah yang meletakkan kenderaan di petak OKU. Begitu juga kemudahan awam yang amat senang dicerobohi. Tandas OKU dimasuki sesuka hati, kenderaan awam tidak menyediakan kemudahan mengangkut kerusi roda, bangunan pejabat dan pusat beli-belah yang tidak mesra OKU dan prejudis sosial terhadap golongan cacat, menyebabkan usaha membentuk masyarakat minda kelas pertama tercabar.

Apa yang dialami Siti Huraizah tidak berseorangan. Masih ramai lagi OKU yang tidak mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat, walaupun mereka berkelayakan. Ada yang dinafikan peluang kenaikan pangkat kerana kekurangan fizikalnya. Ada juga yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana kerana penaja meragui kemampuan intelektual mereka.

Semuanya menuntut renungan pelbagai pihak. OKU masih terasing daripada impian masa depan yang indah di negara ini. – bhonline

 Logged

Page 39: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

 mutiara

Hero Member

Posts: 527o

 

o

Re: pekerjaan buat OKU« Reply #3 on: April 22, 2010, 01:10:35 PM »

OKU masih sukar dapat pekerjaan

Berita Harian- 06/04/2010

SUBANG JAYA: Sikap kurang percaya majikan kepada kebolehan orang kurang upaya (OKU) dalam menyempurnakan tugas diberikan menyukarkan golongan berkenaan mendapat tempat dalam pekerjaan khususnya di sektor swasta.

Hasil kajian rambang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) turut mendedahkan sikap kebanyakkan majikan yang enggan menyediakan pekerjaan termasuk infrastruktur sesuai untuk OKU juga menjadi penyebab golongan berkenaan lebih suka bekerja sendiri.

Pengarah Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia, Fong Khei Por, berkata hasil kajian itu juga merumuskan hanya OKU memahami keperluan OKU lain menyebabkan golongan ini lebih sesuai bekerja dengan majikan OKU yang menjalankan perniagaan termasuk secara kecil-kecilan.

"Kesedaran majikan khususnya di pihak swasta tidak jauh bezanya dari dulu sehingga kini.Walaupun ada pihak swasta yang mengambil pekerja OKU, ia hanya untuk jawatan rendah seperti pembantu jualan di pusat membeli belah, tukang cuci dan sebagainya.

Page 40: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

"Kita berharap majikan lebih bersedia untuk mengambil golongan ini sebagai pekerja dengan menyediakan infrastruktur serta menawarkan bentuk pekerjaan yang sesuai untuk mereka supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan bekerja bersama orang lain yang sempurna,"katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan Surat kelulusan Skim Bantuan Galakkan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) berjumlah RM709,960 kepada empat usahawan OKU dari Selangor di JTKSM sebagai modal tambahan bagi mengembangkan perniagaan masing-masing, kelmarin.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memperuntukkan RM22 juta sebagai modal bantuan kepada uasahawan OKU di seluruh negara yang dilancarkan pada 2007 dengan Bahagian Standard Perburuhan JTKSM sebagai urus setia bagi menilai permohonan usahawan dan diproses oleh JTKSM Selangor.

Hampir RM1 juta dikeluarkan untuk mengembangkan perniagaan OKU di Selangor membabitkan 25 permohonan yang diluluskan bermula 2007 sehingga 2009. Daripada jumlah itu, 18 cacat anggota manakala tujuh lagi cacat penglihatan.

"Ia juga bertujuan sebagai satu strstegi untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan menerusi usahawan berkenaan kerana kita sedar ramai OKU adalah usahawan berjaya dan mereka boleh menjadi majikan baik untuk OKU lain, "katanya.

Ashairi Sleiman yang menerima RM10,000 melahirkan rasa gembira dan berazam membesarkan perniagaan burger yang dibuka sejak empat tahun lalu di Bukit Tinggi klang disini, di samping menambah dua lagi pekerja OKU digerainya.

"Saya berterima kasih dengan keprihatinan pihak kementerian di atas nasib usahawan OKU seperti kami yang sering dipandang sepi oleh pihak bank apabila ingin membuat pinjaman. Selepas setahun menunggu , saya puas kerana akhirnya berjaya menerima geran ini, "katanya.

Pengusaha Pusat Urut Refleksologi, Basakaran Kuppan yang menerima RM25,968 melahirkan rasa lega apabila permohonannya diluluskan yang akan menggunakannya untuk membeli pelbagai alatan khas untuk pusat urutan yang dibuka sejak enam tahun lalu.

"Saya dapat rasakan sukarnya OKU mendapatkan pekerjaan kerana saya sendiri terpaksa menganggur sehingga lapan tahun selepas kehilangan penglihatan akibat kemalangan pada 1992.

"Akhirnya saya tekad membuka perniagaan sendiri dan berazam menawarkan kerja kepada OKU lain,"katanya.

Page 41: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Dua lagi usahawan,Ismail Hashim, kontraktor kelas F menerima RM15,000 manakala Ganapathy K R menerima jumlah tertinggi iaitu RM30,000 untuk mengembangkan perniagaan telefon bimbitnya di Jalan Klang Lama di sini.

Page 42: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

Syarat Kemasukkan:1.

1. Had Umur - Tiada had umur

2. Jenis OKU - semua jenis OKU yang mampu dilatih

Ciri-ciri PDK :1.

1. Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan

2. Ibubapa/ahli keluarga/komuniti memainkan peranan penting

3. Menggunakan teknologi dan kos yang rendah

4. Kaedah pemulihan dijalankan di PDK dan di rumah

5. Menggunakan sumber-sumber dan komuniti yang ada

Konsep PDK1. Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU diperingkat komuniti tempatan.2. Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti.

3. Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti.

4. Menyediakan platfom sesuai untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri.

5. Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang prihatin kepada keperluan OKU.

Peranan PDK masa kini:Alternatif kepada pendidikan khas selaras dengan keperluan pendidikan wajib sekolah rendah seperti yang termaktub di bawahPeraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)1997 khusus untuk kanak-kanak OKU yang mempunyai ketidakupayaan moderate dan severe (teruk).Program Pendidikan Khas hanya menawarkan tempat kepada Kanak-Kanak OKU yang berupaya mengurus diriOKU yang telah menunjukkan peningkatan dalam pengurusan diri akan di pertimbangkan untuk di tempatkan di Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran.Aktiviti di PDK

1. Kemahiran Motor Kasar2. Kemahiran Motor Halus

3. Perkembangan Bahasa

Page 43: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

4. Perkembangan Sosial

5. Pengurusan Diri

6. Pra Menulis, Membaca, Mengira dan Melukis

7. Kreativiti dan Retorik

8. Kemahiran Vokasional

9. Sukan Special Olympics

10. Bakat Istimewa PDK

Pencapaian:Faedah bagi keluarga dan masyarakat:1.   Insiden kecacatan dapat di kurangkan atau kecacatan lebih teruk dapat dicegah melalui intervensi awal dan sokongan keluarga yang dilatih.2.   Meningkatkan kesedaran di kalangan ahli keluarga akan potensi anak mereka untuk dibangunkan melalui latihan dan bimbingan.3.   Meningkatkan keyakinan komuniti terhadap keupayaan yang ada dan menjadikan masyarakat lebih matang dan penyayang

Page 44: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

PERANAN PELBAGAI PIHAK MEMBANTU OKU (Contoh Karangan Bahasa Melayu)

             Sebagai warganegara Malaysia, rakyat dikehendaki menghayati dan mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk memupuk semangat perpaduan. Rukun Negara diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia supaya mereka saling menghormati, membantu, memahami dan bekerjasama. Dengan ini, sebuah masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan sekiranya masyarakat yang bersifat individualistik dan materialistik masih wujud dalam jiwa mereka.    Mereka tidak sanggup menghulurkan bantuan kepada golongan yang lemah dan bersikap mementingkan diri sendiri sepertienau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini jelas diperlihatkan dalam isu Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini. Terdapat sebahagian masyarakat memandang rendah orang kurang upaya dan menganggap mereka tidak mampu memberikan jasa, sumbangan dan perkhidmatan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sebenarnya, ramai orang kurang upaya hanya mempunyai kecacatan dari segi fizikal , akal mereka masih sempurna dan dapat berfikir dengan matang. Mereka masih berupaya dan berkemampuan menyumbang jasa dalam pembangunan negara. Namun, kemampuan mereka telah dinafikan oleh masyarakat. Mereka tidak mempunyai peluang untuk membuktikan keupayaan mereka. Persoalannya, mengapakah langkah-langkah yang diambil untuk menjaga kebajikan serta kedudukan sosial OKU dalam masyarakat cuma bagai mencurahkan air ke daun keladi atau menampal kersik ke buluh? Walaupun kempen demi kempen terus dianjurkan namun, kebajikan golongan OKU tetap diabaikan. Dalam hal ini, siapakah yang harus disalahkan? Sikap menuding jaritidak

Page 45: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

akan menguntungkan sesiapa melainkan menambahburukkan situasi yang semakin parah. Oleh sebab itu, setiap pihak harus memainkan peranan masing-masing danmenjangkau sehabis tangan dalam melaksanakan prakarsa-prakarsa  yang pragmatik lagi efektif bagi membantu golongan OKU. 

               Sebagai mukadimah perbincangan, saya akan memfokuskan perbincangan saya secara mendalam dan menyeluruh lagi objektif dengan menyelami, membedah siasat dan mendiagnosis cara-cara yang dapat dilaksanakan untuk membantu golongan OKU dari perspektif peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Umum mengetahui bahawa setiap ibu bapa berharap anak-anak mereka sihat supaya kehidupan mereka lebih sempurna dan gembira. Namun, hakikat adalah berlawanan daripada apa-apa yang diharapkan kerana terdapat ibu bapa yang mendapat anak yang cacat dari segi fizikal. Dalam kalangan ibu bapa ini, terdapat segelintir ibu bapa sampai hati untuk meninggalkan anak kandung mereka di rumah anak yatim ataupun di rumah kebajikan. Malahan, terdapat ibu bapa yang mengurungkan anak mereka di dalam bilik kerana malu memiliki anak yang cacat. Mereka juga tidak menghantar anak mereka ke sekolah kerana menganggap anak mereka tidak mampu menerima pelajaran di sekolah. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa anak-anak merupakan anugerah yang terbaik dikurniakan oleh Tuhan kepada ibu bapa. Jadi, di bahu ibu bapa tergalas amanah yang sangat besar untuk memastikan anak-anak mempunyai kehidupan yang bahagia tanpa mengira anak itu cacat atau sempurna. Sebagai ibu bapa, mereka patut melindungi anak yang kurang upaya dan menghantar mereka ke sekolah untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya mereka boleh berdikari dan menyara kehidupan pada masa akan datang. Selain itu, ibu bapa juga patut menghantar anak-anak kurang upaya ke sekolah atau kolej yang menawarkan kursus kemahiran agar mereka mempunyai kemahiran untuk kerjaya masa depan mereka.  Bagi ibu bapa yang memiliki anak yang sihat, mereka tidak boleh bersifat berpeluk tubuh malah seharusnya menghulurkan bantuan kepada OKU. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka supaya bersimpati  akan nasib malang yang menimpa OKU. Ibu bapa sepatutnya bersedia membantu golongan OKU tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang.  Sekiranya ibu bapa terjumpa orang buta melintas jalan raya, ibu bapa hendaklah membantu mereka agar mereka dapat melintas jalan raya dengan selamat. Daripada peristiwa itu, ibu bapa telah menjadi suri teladan  kepada anak-

Page 46: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

anak mereka. Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak umpama sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa yang akan menggilap dan mencanainya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilat. Pada masa lapang, ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi ke pusat kebajikan untuk melakukan kerja amal bagi membantu OKU. Dengan melakukan kerja-kerja amal, ibu bapa dan anak-anak dapat membantu OKU di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga  persis  peribahasa sambil menyelam minum air. 

             Jika kita bersedia memerah otak dan berikhtar berhempas pulas, jalan penyelesaian yang berkesan tentu ada dan tentu bukan satu sahaja kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pihak kerajaan harus melakukan sesuatu untuk membantu OKU. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Pusat Kebajikan Masyarakat pada tahun 2009 menunjukkan bahawa kadar kemiskinan semakin meningkat disebabkan tiang keluarga tidak dapat bekerja dan mencari rezeki akibat cacat. Oleh hal yang demikian, kerajaan bukan sahaja perlu menyediakan tabung bagi membantu keluarga yang miskin malahan perlu menyediakan tabung untuk keluarga yang mempunyai ahli yang cacat supaya dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Tidak dapat menafikan bahawa pertambahan rumah setinggan di negara kita disebabkan oleh cara penyelesaian yang tidak sempurna. Ada angin ada pokoknya, kebanyakan golongan OKU tidak mendapat peluang pekerjaan dan menganggur dalam jangka masa yang panjang malah mereka juga tidak mampu membiayai perbelanjaan perubatan yang besar. Sekelompok daripada mereka tidak mempunyai tempat perlindungan. Dalam konteks ini, pihak kerajaan sepatutnya mewujudkan kebajikan perubatan kepada OKU supaya mereka mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan atau di pusat kesihatan kerajaan. Pihak hospital swasta juga harus bertimbang rasa dengan memberikan keistimewaan kepada golongan OKU melalui pemberian diskaun. Perkhidmatan Kebajikan Am dan Jabatan Kesihatan Negeri harus melipatgandakan usaha mendaftarkan OKU melalui bantuan alat-alat pemulihan seperti kerusi roda dan menyediakan latihan perusahaan dan vokasional. Kerajaan harus memperbanyakkan rumah murah dan memberikan keutamaan kepada mereka supaya mereka dapat membeli rumah dengan kos yang rendah. Pihak kerajaan harus mengalakkan golongan OKU belajar di sekolah teknik yang boleh membekalkan mereka ilmu kemahiran seperti kemahiran menghasilkan kraf tangan. Secara tidak langsung, pengusaha kraf tangan tidak perlu

Page 47: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

bimbang lagi bahawa tiada generasi muda yang ingin mewarisi malah kemahiran ini akan diwarisi serta dipelajari oleh generasi akan datang. Pihak kerajaan patut menganugerahkan penghargaan seperti pingat dan sijil kepada golongan OKU yang berjaya dan berjasa dalam sesuatu bidang. Agensi-agensi Bukan Kerajaan (NGO) secara sukarela hendaklah menyediakan beberapa kemudahan bagi OKU seperti penubuhan Persatuan Kusta dan Rumah Amal Cheshire yang sejajar dengan cogan kata ‘’Kebajikan Adalah Tanggungjawab Bersama’’. Pihak kerajaan tidak harus mengamalkan sikap memekakkan telinga yang tajam, menutup mata yang celik dan membutakan  hati yang insaf dalam peranan membantu OKU.

              Sebagaimana kita maklum, media massa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu golongan OKU. Media massa merupakan wahana yang dominan dalam  mempengaruhi minda seseorang dengan cepat dan berkesan. Generasi kini terutamanya golongan remaja tidak dapat menjauhkan diri daripada pengaruh media massa. Media massa telah berkembang dengan pesat dan bilangannya tumbuh dengan begitu cepat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa terbahagikan kepada dua iaitu media cetak dan media elektronik. Media massa merupakan pihak yang dapat memberikan maklumat lanjut tentang golongan OKU dan cara untuk membantu mereka. Media cetak merupakan media yang menggunakan kaedah tulisan seperti surat khabar, majalah dan buku. Media elektronik pula merupakan media yang menggunakan teknologi terkini yang menggunakan kaedah elektronik dan elektrik seperti radio, televisyen dan internet. Media massa harus menekankan keprihatinan masyarakat terhadap golongan OKU dan menghormati mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. Iklan yang berkaitan dengan sumbangan yang perlu diberikan oleh golongan OKU harus diuar-uarkan supaya semua masyarakat mengetahui dan menyalurkan sumbangan kepada yang memerlukan. Media massa juga boleh bertindak dengan menyeru masyarakat memberikan sumbangan kepada golongan OKU yang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Masyarakat harus diberitahu bahawa golongan OKU berhak mendapat peluang pendidikan dan juga bersosial dengan masyarakat serta tidak dipisahkan daripada aktiviti kemasyarakatan. Masyarakat harus memberikan layanan yang saksama kepada golongan OKU. Artis-artis tempatan yang terkenal sepatutnya memberikan  sokongan sepenuhnya kepada golongan OKU dengan  menyeru masyarakat memberikan perhatian dan sokongan kepada OKU dengan menggunakan pengaruh mereka

Page 48: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

yang kuat terhadap masyarakat. Media massa harus bekerjasama bagai aur dengan tebing bersama-sama artis-artis tempatan menekankan bahawa kecacatan bukan penghalang dalam memberikan sumbangan yang bermakna kepada produktiviti dan kemajuan negara. Banyak individu cemerlang telah berjaya meningkatkan nama baik negara dalam aspek sukan, pertandingan dan juga keputusan yang baik walaupun mereka mempunyai kecacatan dari aspek fizikal.

             Memang tidak dapat dinafikan bahawa remaja sekarang tidak mempunyai pegangan agama dan didikan moral yang kuat. Hal ini menyebabkan mereka memandang rendah terdapat sesiapa yang lemah daripada mereka terutamanya golongan kurang upaya yang cacat dari segi fizikal. Didikan agama dan moral mampu membentuk jati diri remaja. Dalam hal ini, pihak sekolah yang bertanggungjawab mendedahkan nilai murni kepada pelajar. Dengan mempunyai nilai murni yang baik, remaja generasi kini akan mempunyai kesedaran untuk menghormati hak golongan OKU. Remaja haruslah dididik oleh pihak sekolah tentang kesusahan yang dialami oleh OKU dan mereka sepatutnya menghulurkan bantuan dan tidak harus menghina mereka lagi. Hal ini adalah kerana golongan OKU juga merupakan makhluk yang diberi peluang untuk menjalani kehidupan biasa seperti manusia normal. Didikan agama juga sering mengajar manusia agar berbuat baik kepada semua orang tanpa mengira paras rupa, bentuk badan mereka sama ada mereka normal atau sebaliknya. Setiap individu memerlukan pengiktirafan daripada masyarakat bahawa mereka masih diterima oleh semua orang. Guru sendiri harus memainkan peranan yang penting dengan menjadi teladan baik kepada pelajar seperti membantu pelajar yang cacat dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka. Pelajar digalakkan membantu rakan mereka yang cacat semasa mereka dalam kesusahan supaya mereka tidak berasa tersisih. Guru harus memberikan layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar. Pihak sekolah sepatutnya  menyediakan kemudahan khas untuk pelajar kurang upaya seperti tandas khas. Perlindungan juga harus diberi dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar kurang upaya. Tindakan sedemikian adalah untuk menggalakkan mereka terus berusaha dan bersemangat gigih serta memastikan mereka dapat melanjutkan pelajaran pada masa akan datang. Melalui sekolah yang merupakan rumah kedua pelajar, pelajar akan menghormati golongan OKU dengan sepenuh hati. Hari Orang-orang Cacat Sedunia boleh dianjurkan oleh pihak sekolah bagi

Page 49: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

mengiktirafkan sumbangan mereka dalam pembangunan masyarakat dan negara. Pelajar harus diberi kesedaran tentang  pentingnya menghormati  hak-hak  golongan OKU. 

               Sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak harus bekerjasama untuk memberikan kesedaran kepada semua masyarakat tentang golongan OKU dan cara untuk membantu mereka. Golongan OKU harus dihormati dan dipandang tinggi kerana mereka mampu mencapai kecemerlangan yang tinggi walaupun cacat. Sejarah telah membuktikan bahawa kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup dan menyumbang bakti kepada pembangunan masyarakat dan negara. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Beethoven yang merupakan seorang pemuzik terkenal yang cacat pendengaran serta Professor Ismail bin Mohd.Salleh yang cacat penglihatan tetapi mendapat kejayaan dalam  bidang akademik . Masyarakat dan pihak lain harus memberi galakan kepada golongan OKU supaya mereka akan terus berusaha dalam bidang yang diminati sehingga mencapai kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. PBB juga telah mengiytiharkan sumbangan golongan OKU yang termaktub dalam Hak Orang Kurang Upaya 1975. Mereka mendapat hak serasi dengan semua manusia. Masyarakat harus menghargai golongan OKU dengan memahami mereka kerana kelahiran, keturunan, kemalangan atau penyakit menyebabkan kita lebih faham dan berasa bersyukur kepada Tuhan tentang diri sendiri. Golongan OKU harus diberi penghargaan dan diumumkan kejayaan oleh pihak kerajaan sebagai satu simbol kejayaan dan semangat dedikasi mereka dalam pembangunan negara. Janganlah menghina golongan OKU ini memandangkan mereka juga mempunyai ciri-ciri keperibadian yang istimewa. Marilah kita bersama membantu golongan OKU dan bersama-sama menyahut seruan kerajaan dengan mencapai Wawasan 2020 yang bertujuan untuk mewujudkan kelompok masyarakat yang sama taraf dan bantu-membantu.

Page 50: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

latihan kerjaya Dalam Pendidikan KhasKAJIAN PERBANDINGAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI ANTARANEGARA MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT

1. PENDAHULUAN

Setiap negara yang wujud di dunia ini akan mengalami proses normal iaitu pertumbuhan yang pesat dari segi kadar pertambahan bilangan penduduknya dari semasa ke semasa. Sejajar dengan peningkatan populasi penduduk sesebuah negara, maka ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah golongan berkeperluan khas bagi sesebuah negara.

Berikutan pertambahan bilangan manusia di muka bumi ini, maka masalah pengangguran dan peluang pekerjaan akan menjadi lebih terhad, di sebabkan persaingan ini,maka tidak hairanlah pihak berkuasa sesebuah negara berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menangani masalah tersebut dengan menyediakan latihan kerjaya dan bengkel-bengkel kemahiran sebagai persediaan asas sebelum seseorang terlibat ke alam perkerjaan seluruhnya sama ada bagi manusia normal mahupun orang kurang upaya (OKU)

Berdasarkan pendapat daripada kajian Klien dan Wiener (dalam Weinrach 1979) Super (dalam Brown & Brooks 1984), menunjukkan keselarasan kerjaya adalah suatu aspek penting dalam menentukan kepuasan, kebolehan pencapaian dan stabiliti.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, OKU bermakna : Individu yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh keperluan biasa bagi dirinya sendiri dan gagal untuk hidup bermasyarakat disebabkan kecacatan dari segi fizikal atau mental semenjak kelahiran ataupun kemudiannya.

Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (tanpa dikategorikan) (Hashim Omar 1991, Unit Pendidikan Khas, KPM).

2. GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Orang kurang upaya (OKU) atau golongan berkeperluan khas mengikut takrifan yang dipetik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2003) ialah seseorang yang tidak berupaya sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental yang dialami sejak lahir atau selepas lahir.

Page 51: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), terdapat lima kategori golongan orang kurang upaya yang telah didaftarkan di bawah JKM iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal, kurang upaya anggota dan masalah pembelajaran.

3. KHIDMAT LATIHAN DAN BIMBINGAN KERJAYA

JKM menyediakan perkhidmatan untuk membimbing dan membantu OKU supaya mampu berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang turut serta menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara. Usaha pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan agar mereka dapat diintegrasikan ke dalam masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat 2004). JKM juga menyediakan pelbagai pusat latihan dan kemahiran agar golongan ini benar-banar bersedia untuk menempuh alam pekerjaan. Antara program-program yang disediakan untuk mereka termasuklah Program Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal, kemahiran berkaitan dalam bidang keusahawanan juga didedahkan bagi tujuan memudahkan OKU mendapat pekerjaan di sektor perkilangan, sektor swasta, kerajaan, bengkel terlindung atau bekerja sendiri. Selain itu, peraturan dan akta juga telah disediakan oleh kerajaan yang bertujuan untuk melindungi mereka.

3.1 PERATURAN DAN AKTA 3.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan di mana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta bagi OKU. Insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan. Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja OKU mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi menggalakkan keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan OKU seperti bantuan kewangan bagi perniagaan kecil, pinjaman bagi modal, tapak perniagaan yang sesuai, kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan dan agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran mereka.

3.1.2 Polisi Kebajikan Kebangsaan 1990 telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian OKU di sektor swasta yang merupakan garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan OKU serta individu OKU itu sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja OKU bekerja di sektor swasta.

3.1.3 Potongan cukai berganda 1981 dan Peraturan cukai pendapatan 1992 kepada majikan mengambil OKU untuk bekerja. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibu bapa yang kurang upaya. Kerajaan juga telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.

Page 52: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Di bawah Akta pengangkutan jalan raya, Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada OKU. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah iaitu potongan sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi kepada OKU. 

3.1.4 “Kod Amalan Akses Bagi OKU Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk OKU di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya untuk memastikan OKU ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. 

3.1.5 Skim Elaun OKU ini bertujuan menggalakkan mereka terus bekerja dan berdikari sebagai ahli masyarakat yang produktif dan berguna tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, sebagai penyenggaraan pendapatan (income mantainance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan, sebagai insentif atau perangsang bagi menggalakkan OKU minat bekerja dan berdikari dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka sendiri. Berkuatkuasa Januari 2004, Kadar elaun RM300 seorang sebulan bagi pendapatan bawah RM700.

3.1.6 Melalui kemudahan Geran Pelancaran, JKM juga membantu OKU yang ada kemahiran dan pengetahuan tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. Skim ini bertujuan menggalakkan penerima bantuan supayatidak bergantung kepada bantuan bulanan lagi dan menggalakkan golongan miskin atau termiskin supaya bermuafakat, bekerjasama bagi faedah mereka di bidang ekonomi supaya taraf hidup golongan itu dapat ditingkatkan. 

3.1.7 Waktu bekerja bagi pegawai perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya dibenarkan menggunakan waktu bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak mereka dengan syarat masa yang digunakan itu digantikan bagi tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan kerajaan tidak terjejas.

3.1.8 Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan pencen terbitan kepada anak / tanggungan OKU bagi penjawat awam yang meninggal dunia.

3.1.9 Kaunseling kerjaya adalah satu bidang kaunseling yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya sebagai proses yang mudah dalam membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Model analisis pekerjaan ini adalah satu model baru yang diubahsuai daripada model yang diperkenalkan oleh Frank Parsons.

4. LATIHAN KEMAHIRAN DAN PELUANG KERJAYA

4.1 JKM membantu mendapatkan kerja di sektor perkhidmatan kerajaan atau swasta, latihan dan kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun di

Page 53: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani, Bengkel Tendong, Bengkel Seri Sembilan, Bengkel Ipoh, Bengkel Alor Setar, Bengkel Bayam atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Di antara pekerjaan yang dijalankan OKU ialah melipat sampul surat, menjahit beg seminar dan

percetakan. Dalam bidang percetakan bengkel terlindung menyediakan latihan kepada OKU yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan.

4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Program Sekolah ke Kerjaya (SKK) dalam beberapa mata pelajaran tertentu bagi membolehkan pelajar mengenali dunia pekerjaan dan mengetahui peluang-peluang pekerjaan yang bersesuaian bagi diisi oleh mereka. KPM juga berusaha memperluaskan bidang kurikulum bagi pelajar kurang upaya penglihatan supaya dapat dijadikan pengetahuan asas dalam kerjaya mereka melalui pengenalan mata pelajaran yang bercorak kemahiran hidup dan matapelajaran teknik dan vokasional. Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, KPM membuka peluang kepada golongan OKU (penglihatan) dan OKU (pendengaran) bagi mengisi jawatan sebagai guru dengan menawarkan kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan tempatan.

4.3 Kementerian Sumber Manusia , khususnya Jabatan Tenaga Rakyat memainkan peranan membantu pencari-pencari kerja termasuk OKU (penglihatan) mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelulusan, latihan, minat dan pengalaman mereka. Jabatan ini juga membantu majikan-majikan bagi mendapatkan pekerja-pekerja yang sesuai dengan kehendak dan keperluan majikan itu sendiri.

4.4 Jabatan Perkhidmatan Awam ini akan berusaha memastikan supaya OKU (penglihatan) mempunyai kelayakan dan kemahiran yang sesuai bagi memegang jawatan yang dipohon. Jawatan-jawatan dalam sektor awam yang sesuai bagi OKU (penglihatan) adalah pensyarah, tenaga pengajar, pegawai tadbir, guru, jurutrengkas, operator telefon, pegawai kerani, juruhebah dan penterjemah.4.5 JKM Malaysia telah merangka beberapa program berkaitan latihan dan kemahiran dalam usaha bagi melengkapkan dan melahirkan golongan OKU supaya bersedia menempuh alam pekerjaan. Antara program-program yg disediakan ialah Program

Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal. Program Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal (Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi) telah menawarkan kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK ini ditawarkan kepada golongan kurang upaya anggota, berumur 18 – 40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer, pendawaian letrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. Latihan Vokasional di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi juga menawarkan Kursus Vokasional seperti Pembantu Tadbir Sistem Makluamat (MLVK), Rekaan Fesyen dan jahitan (MLVK), Elektronik, Membuat Alat Sokongan (Protestik & Orthotik), Multimedia dan Pembuatan Kerusi Roda. Kursus Pra-Vokasional menawarkan kursus yang ditawarkan adalah Elektronik, komputer, lukisan dan jahitan.

4.6 JKM juga menyediakan pegawai-pegawai kebajikan masyarakat di peringkat negeri dan daerah untuk memberikan khidmat kaunseling dan penempatan kerja di gudang-gudang, kilang-kilang dan firma-firma swasta serta di bengkel-bengkel yang ditubuhkan dengan kerjasama persatuan-persatuan dan badan-badan sukarela yang berkaitan. JKM Malaysia juga mengadakan projek-projek khas melalui kerjasama

Page 54: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

kerajaan negeri iaitu Rancangan Perkampungan bagi OKU (penglihatan) seperti kerja-kerja dalam bidang pertanian, kraftangan, pertukangan dan ternakan.

4.7 Latihan vokasional yang dijalankan di Pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) meliputi aktiviti asas kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran asas vokasional dan cara penggunaan alatan pertukangan, pertanian serta peralatan-peralatan yang ada di rumah atau PDK yang merupakan penyediaan awal bagi melengkapkan diri OKU dalam membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka. Latihan vokasional yang disediakan dapat dikaitkan dengan peluang-peluang pekerjaan yang disediakan dan ditawarkan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun swasta. 

4.8 Kolej-kolej swasta seperti Lim Kok Wing Institute Creative Of Technology PJ, The One Academy Of Communication Design PJ, Cosmopoint KL, Klang, Malaysian Institute Of Art PJ, Mensa Art College dan PJ Art College yang telah dan bersedia untuk menerima pelajar lulusan Aliran Seni dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (SMPKV) yang lulus cemerlang dan berketrampilan sebagai pelukis sama ada pelukis profesional, pelukis potret dan pembuat hasilan kraf. SMPKV menawarkan Kursus Seni Halus selama 2 tahun. 

4.9 Jawatan yang disandang oleh golongan OKU adalah daripada bidang professional sehinggalah ke buruh kasar. Antara sektor swasta yang memberi peluang kepada golongan ini bekerja adalah Kumpulan Guthrie Furniture Berhad, Telekom, Resort World Berhad, Land & General dan Pemodalan Nasional Berhad. Selain itu, terdapat juga restoren-restoren makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut, Shakey Pizza dan sebagainya pasar raya-pasar raya seperti Carrefour, Giant, Jaya Jusco, kedai runcit, kedai dobi, kedai bunga dan sebagainya sesuai diceburi oleh OKU (pendengaran) dan OKU (akal). Kerja-kerja seperti memasak, mencuci lantai, mengemas meja dan sebagainya mampu dilakukan oleh mereka. Apa yang diperlukan oleh mereka hanyalah peluang dan kepercayaan daripada pihak majikan.

5.0 Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di Negara ini berperanan membela nasib golongan OKU di Malaysia. Antara NGO yang bergiat dalam bidang ini adalah Persatuan Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, KIWANIS, Bethany Home and PERKOB dan sebagainya dalam mencari peluang kerja untuk golongan OKU.Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (Malaysian Association For the Blind) adalah organisasi sukarela utama yang menyediakan perkhidmatan bagi OKU penglihatan. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Persatuan bagi Orang Buta Malaysia adalah seperti Kursus-kursus Pemulihan dan Latihan Vokasional, Perkhidmatan Pemulihan dalam Komuniti bagi OKU (penglihatan) di Luar Bandar,

Perkhidmatan Penempatan, Pusat Rotan dan Kraftangan, Pusat Sumber Braille, Program Pencegahan Kebutaan, Perkhidmatan Penglihatan Terhad, Asrama untuk Pekerja-pekerja Kurang Upaya Penglihatan, Program Derma Mata dan Jawatankuasa Bantuan kepada Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan.

5.2 Pusat Latihan Gurney (Gurney Training Centre) ini menawarkan kursus-kursus pemulihan dan latihan vokasional kepada OKU (penglihatan). Antara kurikulum formal yang dijalankan di pusat ini adalah kursus-kursus latihan vokasional seperti jurutrengkas, telefonis, kerja industri, pertukangan kayu, kraftangan, urut. Selepas tahun 1990 iaitu Kursus Kebolehan Menggunakan Komputer dan Kursus Pengatur Cara Perisian Komputer diperkenalkan. Kursus-kursus tambahan juga diperkenalkan seperti

Page 55: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi membantu pelatih mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

5. PROSES PENDAFTARAN MENDAPATKAN PEKERJAAN BAGI OKU

5.1 Pendaftaran OKU boleh dilakukan melalui 2 cara :-

5.1.1 Melengkapkan Borang ‘P’ yang boleh didapati daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Pertubuhan / Persatuan OKU dan Pejabat Penghulu / Penggawa.5.1.2 Melayari laman web Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Pencari Kerja di alamat :-WWW.MOHNGOV.MY

5.2 Calon akan diberi satu perakuan pendaftaran untuk simpanan dan rujukan. Tempoh sahnya selama 6 bulan.5.3 Panggilan Temuduga5.4 Menghadiri Temuduga5.5 Penempatan5.6 Calon Tidak Berjaya / Tidak Menerima Tawaran dikehendaki memaklumkan kepada JTK bagi membolehkan nama mereka dimasukkan semula ke dalam senarai mencari pekerjaan.5.6.1 Calon yang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui usaha sendiri diminta memaklumkan ke JTK bagi tujuan mengemaskini rekod.

6. PEKERJAAN YANG BOLEH DISERTAI OLEH GOLONGAN KURANG UPAYA (OKU) MENGIKUT KATEGORI MASALAH

6.1 Kategori Masalah Pendengaran6.1.1 Kerja-kerja pembersihan6.1.2 Pelayan6.1.3 Pekerja stor6.1.4 Juruwang6.1.5 Tukang masak6.1.6 Kimpalan6.1.7 Menanam / menjaga tanaman6.1.8 Membuat kuih / kek6.1.9 Membuat / memasang perabot6.2.0 Melukis / membakar tembikar6.2.1 Menyusun / menggam kayu6.2.2 Juruteknik6.2.3 Ahli sukan6.2.4 Pelukis6.2.5 Pereka fesyen6.2.6 Pendandan rambut6.2.7 Juruanalisis sistem6.2.8 Juruanalisis sistem6.2.9 Operator data entri6.3.0 Kerja-kerja pengeluaran

Page 56: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

6.2 Kategori Masalah Penglihatan6.2.1 Menganyam / membuat perabot6.2.2 Pensyarah6.2.3 Tenaga pengajar6.2.4 Pegawai tadbir6.2.5 Guru6.2.6 Jurutrengkas6.2.7 Operator telefon6.2.8 Pegawai kerani6.2.9 Juruhebah6.3.0 Penterjemah

6.3 Kategori Masalah Mental6.3.1 Kerja-kerja pembersihan6.3.2 Membuat makanan6.3.3 Pelayan6.3.4 Memasak6.3.5 Mencuci lantai6.3.6 Mengemas meja

6.4 Kategori Masalah Fizikal6.4.1 Juruwang6.4.2 Kerja-kerja pembersihan6.4.3 Pelayan6.4.4 Pekerja stor6.4.5 Promoter barang6.4.6 Operator telefon6.4.7 Menanam / menjaga tanaman6.4.8 Kerani

7. PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI AMERIKA SYARIKAT (USA)

Di USA fenomena pendiskriminasian terhadap orang kurang upaya adalah berlaku seperti juga di negara-negara lain, oleh sebab itu pelbagai akta telah dibuat oleh pihak berwajib khas untuk melindungi orang cacat dari terus di sisihkan dari arus kemodenan dan kemajuan negara, sepintas lalu kita akan lihat 3 akta pendidikan bagi orang cacat di USA.i. Akta Pemulihan 1973 seksyen 504 yang menekankan penghapusan pendiskriminasian terhadap OKUii. Akta EHA dipinda kepada “The Individuals With Disablities Act” perkara 20 kod Amerika Syarikat seksyen 1400 (1990) yang menekankan pendidikan bermula 3-21 tahun, transisi ke dunia pekerjaan dan dana untuk OKUiii. Elementary and Secondary Education (ESEA) (No child left behind) act of 2001yang menghendaki semua kanak-kanak sekolah menjalani ujian penilaian dan menguasai 3M.

Di samping pelbagai akta, wujud badan-badan sukarela untuk golongan cacat di USA seperti pertubuhan NEC Amerika untuk menyokong dan menyuntik dana ke dalam program pembangunan golongan cacat. Kewujudan Pertubuhan Negara bagi menjaga kebajikan orang cacat Amerika ini akan meningkatkan

Page 57: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

penyertaan serta penglibatan yang sepenuhnya dan sama rata golongan cacat bersama dengan 54 juta rakyat Amerika dalam sama-sama mengikut arus kemodenan negara, tidak terkecuali wanita dalam semua aspek kehidupan. Nations Organization Disabilities (NOD) sebuah badan yang dibiayai oleh sektor swasta yang menjaga hal ehwal orang cacat Amerika telah ditubuhkan dalam 1982.

8. GOLONGAN KHAS di USASebelum akta pendidikan orang cacat dibuat tahap pendidikan orang cacat adalah rendah dan kebajikan mereka seolah-seolah terabai. Ruang pekerjaan pula agak kecil untuk golongan cacat berbanding dengan penduduk secara umum. Banyak majikan yang takut untuk mengambil orang cacat dan mengaji mereka.· Namun sejak kebelakangan ini majikan telah menunjukkan minat untuk mengambil dan mengaji orang cacat bekerja bersama mereka. Perkhidmatan awam persekutuan menggaji 200,000 pekerja-pekerja cacat atau 7% dari jumlah pekerja di di bidang-bidang tertentu. · Pihak berkuasa Amerika memberi bantuan dan menyediakan peluang pekerjaan untuk orang-orang cacat bagi semua kategori kecacatan termasuklah veteran-veteran perang, penubuhan Team Teknologi Amerika Inc. 501 (c) (3) adalah bertujuan untuk mendidik, mewujudkan pekerjaan yang sesuai dengan golongan cacat tersebut.· Pihak berkuasa USA juga menawarkan satu skim perumahan yang mampu yang akan menjamin individu-individu agar dapat menjalani hidup yang berkualiti, dan gaya hidup mulia. .· Melalui komitmen, pengalaman, dan kepakaran, Team Teknologi Amerika Inc. akan membuat golongan cacat merasa terbela dan akan bersemangat untuk menjalani kehidupan seperti orang lain juga.Becky Ogle, pengarah pegawai pasukan petugas presiden di pekerjaan untuk Adults dengan ketidakupayaan, berkata tiket untuk berkerja dan Insentif Kerja Pembaikan Tindakan 1999 memberi manusia dengan ketidakupayaan satu peluang pergi bekerja tanpa mempunyai kerugian ketika menjalankan rawatan kesihatan. Untuk sesetengah majikan subsidi gaji adalah juga penting ketika memberi peserta satu percubaan. Perkara terpenting untuk menyesuaikan individu dan untuk memastikan syarat-syarat yang pekerjaan dan jangkaan kerja telah dibuat jelas. Pelarasan seperti boleh menghendaki satu perjanjian khas tentang masa bekerja dan sebagainya.

9. KAJIAN PERBANDINGAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI MALAYSIA DAN DI AMERIKA SYARIKAT (USA)

Seterusnya kita lihat perbandingan peluang dan latihan kerjaya di Malaysia dan di USA adalah seperti berikut:-9.1 Peluang dan latihan kerjaya di Malaysia, orang kurang upaya (OKU) mendapat penglibatan dari sektor awam, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pusat Latihan Gurney (Gurney Training Centre) yang membantu OKU memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup OKU supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai manakala di USA, orang cacat mendapat

Page 58: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

penglibatan NOD iaitu sebuah agensi swasta yang memberi bantuan pembangunan dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan orang cacat dengan kerjasama pertubuhan yang lain.

9.2 Di Malaysia, OKU mendapat insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan. Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. Manakala Di USA, satu gaji subsidi dibayar untuk majikan bagi satu tempoh sehingga 5 tahun. 

9.3 Di Malaysia, melalui ‘Kod Amalan Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam mengikut kecacatan yang berbeza.manakala Undang-undang di USA pula, hak dan keselamatan dalam perkhidmatan mereka tidak la terlalu di “highlightkan”.

9.4 Di Malaysia, terdapat 4 kategori OKU yang didaftarkan iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal dan kurang upaya anggota manakala di USA, kategori golongan cacat terdiri daripada kecacatan anggota, cerebral palsy dan ketidakupayaan psikiatri.

9.5 Di Malaysia, semakin ramai golongan OKU mendapat peluang latihan dan kemahiran vokasional dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, walaupun USA juga berpeluang mendapat latihan dan kemahiran vokasional namun akibat saingan yang hebat sesama mereka sndiri maka peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi orang cacat memerlukan saringan khas. 

10. ASPEK-ASPEK PERSAMAAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI MALAYSIA DAN DI USA

10.1Di Malaysia dan USA mempunyai persamaannya dalam aspek adanya perkhidmatan kaunseling dalam kerjaya yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Kaunseling kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan (Brown & Book 1986).11. KESIMPULAN

Kesimpulan kajian perbandingan peluang dan latihan kerjaya di Malaysia dan di USA di mana peluang dan kerjaya serta kebajikan golongan OKU di Malaysia adalah tidak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan peluang dan kebajikan oraang cacat di negara Amerika. Ini terbukti melalui adanya akta dan peraturan yang telah dikemukakan untuk melindungi kebajikan orang kurang upaya. Di samping itu juga penglibatan sepenuhnya daripada sektor awam, swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), agensi- agensi dan persatuan-persatuan yang memberi banyak bantuan latihan dan kemahiran vokasional, keistimewaan serta kemudahan kepada golongan OKU. Berbanding persaingan sesama orang cacat yang besar terhadap peluang dan kemudahan serta latihan kerjaya di Amerika dari pelbagai aspek lain

Page 59: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

seperti pendidikan, emosi, sosial dan sebagainya. 

RUJUKAN

Zinaida Ariffin. 2006. Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur : PST PROFESIONAL

Mohd Sharani. 2004. Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia.

Norasmah Othman & Safari Bari. Keusahawanan dan Kerjaya kepada Golongan Berkeperluan Khas : 354-362 

Ramlee. 2001. Penaksiran dan latihan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas. Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarkees, M.D. & Scott, J.L. 1986. Vocational special needs. Ed. 2. Homewood, Illinois : American Technical Publishers, Inc.

Zinaida. 2006. Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya. Pahang : PTS Proffessional.

Zainudin. Peranan Masyarakat dalam Mempertingkatkan Kerjaya Golongan Berkeperluan Khas : 402-406.

G:/CAREERS, VOCATIONS, AND JOBS.htmWWW.disabilityworld.org/06-0802/women/mailto:[email protected]:/disabilities USA.htmG:/ employment.htmG:/ Kerjaya Orang Cacat AmerikaG:/Peluang kerjaya.htm

Posted by zulkiflizaimahat 9:02 AM

n o c o m m e n t s :

Page 60: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

PERANAN AGENSI KERAJAAN TERHADAP OKU

KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN LAIN KEPADA OKU YANGDISEDIAKAN OLEH AGENSI KERAJAAN1.0 KEMENTERIAN PELAJARAN1.1. KEMUDAHAN PENDIDIKANKementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Khasmenyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan,pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikandilaksanakan melalui :1.1.1 Program Pendidikan KhasSekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalahpendengaran dan pembelajaran (menengah).Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluankhas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran danbermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harianbiasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasionalyang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secarapengasingan dan separa inklusif.1.1.2. Elaun RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan menengahBagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah merekadiberi elaun sebanyak RM 150.00 sebulan. Seterusnya Bajet 2005memperluaskan lagi pemberian elaun ini kepada setiap kanak-kanakkurang upaya yang di Sekolah Khas kelolaan Pertubuhan Sukarela

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI1.2.1. Pembiayaan Bantuan KewanganUntuk menggalakan Orang Kurang Upaya (OKU) melanjutkanpengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi, Kerajaan telahmenyediakan bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yangmelanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT),Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal seliaKementerian Pengajian Tinggi.

Tempoh Pembiayaan:Sijil – 2 tahun (dikolej Komuniti dan Politeknik sahaja)

Page 61: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Diploma – 3 tahunSarjana Muda – 4 tahunDiploma Lepasan Ijazah – 2 tahunSarjana – 2 tahunPh.D – 4 tahunSyarat-syarat Bantuan Kewangan Pelajar OKUWarganegara MalaysiaBerdaftar dengan Jabatan Kebajikan MasyarakatPelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurangupayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walaubagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjamanpelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerimaelemen wang saku sahaja;Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji(penuh/sebahagian); danKursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi KelayakanMalaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).(c) Kadar bayaran mengikut kategori pelajar iaitu:(i)(ii)Pelajar Sepenuh MasaPelajar Separuh Masa/Jarak Jauh(i) Pelajar Sepenuh Masa

Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang tidakmelebihi RM5,000/ setahun atau RM 20,000 sepanjang tempohpengajian pada satu peringkat pengajian( sekiranya menerimapinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerimabiasiswa hanya layak menerima wang saku sahaja.Kadar bantuan adalah wang saku RM300/ bulan dan bakinyaadalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagikedua – dua bantuan tersebut. Sekiranya jumlah wang sakudan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihantersebut tidak akan dibayar dan tidak akan dibawa ke hadapan.Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan pada tahunkalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula darituntutan pertama dibuat dalam tahun semasa.Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih sama adamemohon kedua – dua bantuan atau memilih yuran pengajiansahaja. Sekiranya memilih yuran pengajian sahaja dan masihterdapat lebihan dalam tahun tersebut, lebihan akandimasukkan ke dalam akaun pelajar pada akhir tahun.(ii) Pelajar Separuh Masa/Jarak JauhBantuan meliputi yuran pengajian sahaja dan tidak melebihiRM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian,pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000

Page 62: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

setahun. (sekiranya menerima pinjaman pelajaran ataupembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa termasuk yuranpengajian tidak layak menerima bantuan ini.Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPTberkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invoislengkap yang diterima; danBayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa.Tuntutan untuk semester yang telah berlalu tidak dibenarkan.Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;Setiausaha BahagianBahagian BiasiswaKementerian Pengajian Tinggi MalaysiaAras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,62100, PUTRAJAYA(u:p: Unit Pinjaman Dan Bantuan KewanganLaman Web KementerianLaman Web : http://www.portal.mohe.gov.myNo . Telefon : 03 - 88844606/888446971.2.2 Skim Pengecualian Yuran Pengajian Universiti Terbuka Malaysia.Universiti Terbuka Malaysia telah melancarkan Skim Pengecualian75% Yuran Pengajian bagi Golongan Kurang Upaya dan Warga Emasyang berusia 55 tahun ke atas pada 9 Ogos 2005 yang memberipeluang kepada golongan OKU dan warga emas untuk mengikutipengajian sesuai dengan moto universiti “Universiti Untuk Semua” dan“Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat.Laman Web: http//www.oum.edu.myNo. Telefon: 03 – 277322512.0 KEMENTERIAN KEWANGAN/ LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI2.1. PELEPASAN CUKAI2.1.1. Pelepasan Cukai Pendapatan bagi Anak Kurang Upaya yangBelajar di IPT.2Pelepasan cukai pendapatan diperluaskan kepada anak kurang upayayang belajar di institusi pengajian tinggi yang diktiraf mengikutperingkat pendidikan seperti berikut ;peringkat diploma dan ke atas di Malaysia, ataudi peringkat ijazah pertama dan ke atas di luar MalaysiaDengan mengambil kira pelepasan sedia ada sebanyak 5 ribu ringgituntuk anak kurang upaya, ibu bapa akan layak mendapat pelepasancukai berjumlah 9 ribu ringgit. Berkuatkuasa mulai tahun taksiran2006.2.1.2 Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai PendapatanKerajaan telah memberi pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagimembeli alat alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibubapaOKU.

Page 63: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Mulai tahun 2005 pelepasan cukai tambahan sebanyakRM6000 kepada OKU.Pasangan OKU sebanyak RM3500.Laman Web: http://e.hasil.org.myNo. Telefon: 03 - 620910002.1.3. Pengecualian 50 PERATUS (%) Duti Eksais Ke atas KenderaanOKUKementerian kewangan telah memberikan pengecualian 50% DutiEksais ke atas kenderaan cacat fizikal yang berkeupayaan memandudengan syarat - syarat seperti berikut :Pemohon Berdaftar dengan JKMPemohon memiliki lesen memandu yang sah

Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar miliksehingga tamat tempoh 10 tahunKecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; danPengecualian hanya dibenarkan untuk sebuahkenderaan bagi setiap 10 tahun.2.1.4 Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang UpayaKerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atassemua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.Laman Web: http://www.treasury.gov.myNo. Telefon: 03 888230003.0 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN3.1 Pengecualian Cukai JalanJabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan pengecualiancukai jalan (road tax) orang kurang upaya fizikal yangmenggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan.(a) Bayaran yang dikenakan:Kereta dikenakan bayaran RM 2.00motosikal RM 1.00(b) Syarat-Syarat Pengecualian Cukai JalanKereta, van dan motosikal nasional sahaja

Berdaftar dengan JKM sebagai orang kurang upayaFizikal sahajaBerdaftar dengan JKM sebagai orang kurang upayaFizikal sahajaPengecualian diberikan kepada pemohon sahajaPengecualian diberikan kepada sebuah kenderaan dalam satumasaMemiliki lesen memandu yang sah3.2 KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM:3.2.1 Perkhidmatan BasTerdapat dua jenis pekhidmatan bas yang disediakan iaitu seperti

Page 64: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

berikut :Bas EkpressBas Henti – hentiKadar Diskaun Tambang :Diskaun tambang sebanyak 25 peratus (%) bagi perkhidmatanbas ekspres.Diskaun tambang sebanyak 50 peratus (%) bagi perkhidmatanbas henti – hentiPemberian diskaun boleh dilaksanakan dengan menunjukkanKad OKU yang dikeluarkan oleh JKM semasa pembelian tiket.

Sistem Transit Aliran RinganMenawarkan kemudahan perkhidmatan bagi:- Laluan Ampang dan Sri Petaling ( Sebelum ini laluan STAR)- Laluan Kelana Jaya (Sebelum ini laluan PUTRA)Menawarkan diskaun sebanyak 50 % dengan menunjukkan Kad OKUsemasa pembelian tiket di kaunter.Laman Web:http://rapidkl.com.myNo. Telefon: 03 – 203788528/853.1.3 Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)Menikmati diskaun harga sebanyak 50% ke atas tambang perjalananbagi semua kelas (tambang perjalanan = tambang asas mengikut jarakkm) disetiap destinasi dengan menunjukkan kad OKU semasapembelian tiket di kaunter tiket.(Jumlah tambang adalah = tambang perjalanan + harga tempat duduk/katil.3.1.4 Perkhidmatan KTM Antarabandar Dan KomuterMenikmati diskaun harga sebanyak 50% ke semua destinasi denganmenunjukkan kad OKU semasa pembelian tiket dikaunter tiket.Laman Web: http://www.ktmb.com.myNo. Telefon: 03 – 227812223.1.5 Perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS)Memberi diskaun istimewa sehingga 50 peratus (%) bagi penerbangandalam negeri.

Diskaun hanya dapat diperoleh melalui pembelian tiket di kauntersahaja dan bukannya melalui mesin jualan tiket, Syarikat PrasaranaNegara akan memberikan diskaun 50% ke atas tambang perjalanan.Syarikat pengangkutan swasta digalakkan untuk memberikemudahan yang sama.Laman Web: www.malaysiaairline.comNo. Telefon: 03 – 224612004.0 KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN4.1 KEMUDAHAN PERUMAHAN

Page 65: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

4.1.1 DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga menyediakan kemudahankemudahankepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumahkos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangankadar sewa kepada orang kurang upaya.Laman Web:http://dbkl.co.myNo. Te l efon : 03 - 402344524.1.2 SYARIKAT PERUMAHAN NASIONAL BERHAD (SPNB)Syarikat Perumahan Nasional Berhad memberi keutamaan kepadaOKU yang berpendapatan rendah dalam memperolehi rumah kosrendah dan sederhana rendah iaitu sebanyak 20 peratus (%) diskaunharga telah ditawarkan.Laman Web: http://www.spnb.com.myNo. Telefon: 1 – 300 – 80 – 38385.0 KEMENTERIAN KESIHATAN5.1 PENGECUALIAN BAYARAN RAWATAN PERUBATAN

Kerajaan telah bersetuju supaya semua golongan orang kurangupaya berdaftar dengan JKM dikecualikan daripada bayaranrawatan perubatan di hospital kerajaan.5.2 Garis panduan pelaksanaan adalah seperti berikut:-Golongan kurang upaya terhad kepada mereka yang berdaftardengan JKM;Kelas wad yang layak diduduki ialah wad kelas tiga; danKemudahan ini adalah terhad kepada warganegara Malaysiasahaja.Laman Web: http://www.moh.gov.myNo. Telefon: 03 – 888530006.0 DASAR SATU PERATUS PEKERJAAN DAN PELUANGPEKERJAAN6.1 Sektor KerajaanKerajaan telah membuka peluang pekerjaan kepada OKU dalamsektor awam melalui Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaanberdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988 dan dipertingkatkanmelalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 / 2008 iaitu yang muladikuatkuasakan pada 1 April 20086.2 Sektor Swasta :Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian OrangCacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 dibawah Jabatan Tenaga KerjaSemenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan PenggajianOrang Kurang Upaya di Sektor Swasta.7.0 JABATAN TENAGA KERJASISTEM PENEMPATAN ORANG KURANG UPAYA (SPOKU)Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Kementerian SumberManusia) menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara online

Page 66: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

kepada majikan dan pencari kerja menerusi paparan di bawah.Pendaftaran boleh dilakukan dimana-mana tanpa perlu hadir diJabatan Tenaga Kerja.Laman Web: http://www.jktksm.gov.myNo. Telefon: 03 – 888650628.0 JABATAN TENAGA KERJA8.1 SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANGUPAYA (SBGP- OKU)Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGPOKU)adalah satu strategi kerajaan untuk ”bantu OKU mambantu OKUmendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan mereka.(SBGP-OKU) adalah terbuka kepada OKU di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak.8.2 Syarat-syarat permohonan :OKU hendaklah berdaftar dengan JKMWarganegara MalaysiaBerumur 18 tahun dan ke atas.Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk mengembangkanperniagaan.Permohonan boleh secara individu atau berkumpulan.Pengembangan perniagaan adalah bertujuan untuk membukapeluang pekerjaan kepada OKU.8.3Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar juga layakmemohon.Syarat-syarat untuk permohonan geran:Permohonan hendaklah menggunakan borang SBGP-OKUyang boleh diperolehi di mana-mana pejabat Jabatan TenagaKerja (JTK) yang berdekatan.Mengemukakan kertas kerja yang jelas menerangkan tujuanpermohonan dibuat beserta butiran terperinci dan dokumendokumentambahan.Sokongan daripada Persatuan/Pertubuhan badan BukanKerajaan (NGOs) adalah diberi keutamaan.Mana-mana OKU atau Kumpulan OKU yang telah menerimabantuan atau pinjaman daripada agensi-agensi lain juga layakuntuk memohonPermohonan yang lengkap yang disertakan dengan dokumendokumenyang perlu hendaklah diserahkan kepada JTK yangterdekat.Laman Web: http://www.jktksm.gov.myNo. Telefon: 03 – 888650629.0 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)9.1 KEMUDAHAN PENCEN DAN WAKTU KERJAKerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anakOKU penjawat awam yang telah meninggal dunia. Pencen ini diberikan

Page 67: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

sepanjang hayat kanak-kanak berkenaan.Bagi semua anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anakkurang upaya, kerajaan akan membenarkan mereka bekerja mengikut‘flexi-hours’ supaya dapat memudahkan urusan kebajikan anakmereka.Laman Web:http//wwwjpa.gov.myNo. Telefon: 03885300010.0 KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANPelan Takaful Berkelompok OKU menyediakan perlindungan danmanfaat takaful khusus untuk OKU yang berdaftar dengan JKM yangbelajar di kelas-kelas PDK secara berkelompok di bawah satuperjanjian Pelan Takaful Keluarga Berkelompok. Ianya bertujuanuntuk membantu keluarga atau OKU sendiri sekiranya berlakusebarang malapetaka kepada dirinya dan juga sebagai persediaan diri.11.0 KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI DAN MULTIMEDIATELEKOM MALAYSIATelekom Malaysia (TM) sediakan kemudahan kepada OrangKurang Upaya di bawah Pakej Penyayang seperti berikut :Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefonKediaman sahaja.Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan Panduan DirektoriTelefon (103)Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan TambahanSama ada ”Panggilan Menunggu” atau ”Pemindahan Panggilan”Perkhidmatan Pakej Internet – RM 45.00 hingga RM 148.00bergantung kepada kelajuannya.Syarat – Syarat kelayakan :Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan KebajikanMasyarakat.Warga negara yang berumur 18 tahun ke atas.Sekiranya kurang dari 18 tahun boleh memohon atas nama ibubapa atau penjaga yang sah yang berumur 18 tahun dan keatas serta mendapat surat pengesahan daripada JKM, JabatanKerajaan atau Ketua Kampung.Hanya ditawarkan di premis kediaman OKU tinggalTempoh perjanjian perkhidmatan telefon bagi pendaftaranpakej adalah selama 1 tahun.Kelayakan pakej akan terbatal sekiranya pelanggan melanggarsyarat – syarat dan peraturan –peraturan yangditetapkan.Laman Web:http://www.tm.com.myNo. Telefon: 03 – 2240704312.0 KEMENTERIAN DALAM NEGERI / JABATAN PENDAFTARANNEGARA12.1 KEMUDAHAN PENGECUALIAN BAYARAN MEMBUAT MYKAD,CARIAN SIJIL KELAHIRAN ATAU SIJIL KEMATIAN DAN

Page 68: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

DOKUMEN PERJALANANJabatan Pendaftaran Negara menyediakan pengecualian kepadaOKU untuk membuat MyKad yang hilang dan pengurangan ataupengecualian bayaran bagi kes daftar lewat kelahiran danmembuat MyKad.Laman Web:http://www.jpn.gov.myNo. Telefon: 038880700013.0 JABATAN IMIGRESEN13.1 PENGECUALIAN BAYARAN PASPOTKerajaan melalui Jabatan Imigresen telah memberi pengecualianbayaran kepada semua golongan Orang Kurang Upaya bagimembuat paspot untuk urusan ke Luar Negara.

Page 69: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

PERANAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan.

         Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu;

“Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.”

Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala Kementerian Kesihatan

Page 70: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

pula bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A Mohamed, 2006)

            Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

            Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran. Selain itu, program pendidikan khas juga diertikan sebagai suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. (Jamila K.A Mohamed, 2006).

            Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar masalah pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di politeknik yang menjalankan program pendidikan secara inklusif.

            Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan khas sebagai orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati A.Rashid et al. (2011), kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi). Kumpulan ini dianggap sebagai istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Antaranya murid yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan keperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai kecacatan samaada penglihatan, pendengaran ataupun masalah pembelajaran. (Jamila K.A Mohamed, 2006)

Page 71: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

2.0 PERKEMBANGAN      

2.1  PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

            Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi keutamaan kepada pelajar dan ibu bapa mereka sera tahu apa keperluan pelajar bagi menjadi seorang guru yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru iaitu “ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

            Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

            Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan

Page 72: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

tugas seperti menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka dapat diperbaharui.

            Kaunselor juga seringkali dikaitkan dengan guru pendidikan khas. ia berlaku apabila mereka seringkali mempunyai anggapan positif terhadap pelajar mereka. Mereka tidak pernah menganggap pelajar mereka mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan. Justeru itu, mereka sentiasa menerima pelajar mereka tanpa syarat. Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-murid mengalami masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta masalah pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri. Sebagai contoh Cikgu Alizah Abdul Malek, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong telah mengatakan bahawa beliau bukan sahaja mengajar di sekolah malah pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah (Utusan Online, 2011). Ini membuktikan bahawa peranan guru pendidikan khas sebagai kaunselor yang sentiasa menyelesaikan masalah murid walaupun masalah berlaku di luar sekolah. Lain pula dengan Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota apabila terdapat pelajar istimewa yang dirasakan berpotensi, dia akan membawa mereka pulang ke rumah selepas sekolah dan mengajar cara-cara pengurusan diri. (Kosmo, 2008).

2.2 CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS

            Guru adalah orang yang penting dalam riwayat hidup setiap individu sehinggakan ada pendapat yang mengatakan, “Saya suka subjek itu kerana saya sukakan cara guru itu mengajarnya”. Apabila kanak-kanak itu mula bersekolah sehinggalah mereka meningkat dewasa, mereka sentiasa berhadapan dengan guru serta interaksi juga sering berlaku. Guru mengajar, membimbing, menegur, memuji, memujuk dan memarahi pelajar-pelajarnya adalah situasi yang sentiasa berlaku semasa pengajaran dijalankan. Dalam situasi ini terdapat pelbagai kualiti yang berbeza. Mengikut Atan Long (1992) dalam buku Mengurus Tingkah Laku Pelajar , terdapat beberapa ciri menjadi guru yang baik iaitu emosi dan mental yang stabil dan sihat, dipercayai, sering memberi kerjasama, kesihatan yang baik, kecerdasan otak dan tingkahlaku yang sopan dan menyenangkan. Kesantunan dan kepedulian adalah ciri-ciri guru yang baik malah ia adalah

Page 73: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

perkara-perkara yang terkandung di bawah etika guru. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4, etika ialah prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa etika guru ialah prinsip moral atau akhlak yang menjadi pegangan seorang guru.

Jika dikaitkan dengan kesantunan guru atau etiket, ia terbahagi kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkahlaku dan kesantunan berbahasa. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010). Oleh yang demikian, kesantunan guru perlu dipamerkan untuk membentuk kesantunan di kalangan murid. Kepedulian guru juga adalah salah satu daripada ciri guru yang baik. Pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’, ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Oleh yang demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010).

Salah satu ciri guru pendidikan khas yang baik ialah mempunyai sifat sabar yang tinggi. Kesabaran ini diperlukan ketika menghadapi karenah murid-murid ini. Hal ini kerana murid berkeperluan khas ini sangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan perangai tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk. Untuk menghadapi situasi ini, seorang guru haruslah sentiasa berupaya mendengar dengan tekun, mengawal perasaan, serta menghargai murid. Jika kesabaran tidak dapat dipraktikkan, maka guru ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam mengendalikan murid-murid dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami kemurungan. Memetik kata-kata Cikgu Lee Fong Lan dari Sekolah Menengah Danau Kota dalam Kosmo terbitan 2008, beliau menyatakan bahawa beliau pernah ditendang dan diludah oleh kanak-kanak autisme tetapi dengan kesabarannya mendidik akhirnya kanak-kanak tersebut semakin mendengar kata dan berkelakuan baik. Pendapat ini disokong oleh Cikgu Alizah bahawa guru pendidikan khas memerlukan kesabaran yang tinggi dan dengan kesabaran itu menjadikan proefesion guru sebagai unik dan menarik.

Selain itu, guru pendidikan khas juga haruslah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas. Sudah diketahui umum bahawa bukan semua murid-murid berkeperluan khas ini mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi menjadi satu kebanggaan kepada gurunya apabila murid mereka mampu berdikari dan mengurus keperluan

Page 74: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

diri sendiri. Ia merupakan kejayaan terbesar yang dan hadiah yang tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama untuk dididik. Justeru itu, guru seharusnya bertanggungjawab menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat murid dalam pembelajaran. Seperti yang dikatakan oleh Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), bahawa pengajaran yang dilakukan kepada murid pendidikan khas perlu pendekatan kreatif dan kritis serta mempunyai kaedah pengajaran tersendiri.

Jika guru disiplin perlukan sifat yang tegas, guru pendidikan khas pula perlukan sifat pandai memujuk murid. Sifat ini diperlukan untuk menangani pelajar yang agrasif. Murid seperti ini tidak boleh dimarahi kerana mereka akan menjadi lebih agresif. Disinilah pentingnya sifat memujuk dan tahap kesabaran yang tinggi. Layanan yang diberikan kepada pelajar ini  perlulah dengan penuh berhemah. Sebagai contoh, Cikgu Alizah Abdul Malek telah mengalami situasi murid telah memanjat pokok dan pujukan diperlukan untuk murid tersebut turun dengan selamat. (Utusan Online, 2011)

Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa adalah sangat penting dalam mewujudkan perhubungan yang baik. Ciri positif komunikasi tersebut ialah guru boleh berinteraksi dengan baik. Dengan interaksi yang berlaku akan mewujudkan pelbagai perasaan yang positif seperti kepercayaan, empati dalam diri, penerimaan murid dan sebagainya. Dengan interaksi dua hala ini ibu bapa senang untuk mengadakan perbincangan dan meluahkan pandangan serta idea. Petikan daripada Khutbah Jakim juga menyatakan bahawa hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya usaha mengasuh dan mendidik anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Ibu bapa dan masyarakat perlu menjalin hubungan erat dan berterusan dengan pihak sekolah supaya permasalahan diselesaikan secara muhibah. (Berita Harian, 2011)

Untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan, guru haruslah mempunyai ilmu yang cukup dan kecerdasan minda dalam menyelesaikan masalah. Ilmu menjadi sesuatu yang penting untuk guru-guru ini mengenalpasti murid-murid mereka dengan baik dan mencari jalan penyelesaian yang baik dan sesuai untuk setiap murid. Ilmu bukan sahaja melalui pembacaan tetapi guru-guru ini boleh menghadiri kursus, menyambung pengajian dan bertanyakan pakar adalah salah satu daripada ilmu yang diperolehi. Dengan ilmu yang ada, guru-guru dapat menggunakan kecerdasan minda mereka dalam menghadapi muird-murid ini.

2.3  CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS

            Menjadi guru pendidikan khas adalah sesuatu yang amat berbeza dan mencabar berbanding menjadi guru biasa.(Utusan Online, 2011). Kata-

Page 75: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

kata tersebut adalah petikan daripada seorang guru pendidikan khas yang sebelum ini adalah guru biasa. Menurut Cikgu Alizah Bt Abdul Malek, kehidupan sebagai seorang guru pendidikan khas sangat mencabar kerana pelbagai karenah murid yang berbeza terpaksa mereka hadapi. Pendapat ini telah disokong oleh seorang lagi guru pendidikan khas iaitu Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota bahawa menjadi guru pendidkan khas sangat mencabar. (Kosmo, 2008)

            Cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi ialah murid-murid sendiri. murid-murid ini akan melakukan pelbagai aksi ataupun sikap untuk menunjukkan sikap memberontak, marah, sedih dan sebagainya. Terdapat juga murid yang membuat perangai disebabkan inginkan perhatian. Ia telah dialami oleh Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota yang telah digigit dan dipukul kerana tidak memberikan perhatian kepada seorang pelajar. Disebabkan kerenah yang pelbagai, guru perlu menggunakan segala kepakaran mereka samaada memujuk, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

            Seterusnya ialah cabaran daripada ibu bapa apabila meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru untuk mengubah anak mereka. Apabila wujud kesedaran ibu bapa terhadap masalah pembelajaran anak-anak mereka,  mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah. Mereka akan mula mengharapkan perubahan terhadap anak mereka sedangkan guru hanya mendidik semasa murid di sekolah sahaja. Tetapi dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas, guru pendidikan khas merasakan mereka mampu membawa perubahan kepada anak-anak istimewa ini. Seorang ibu iaitu Dayang Kianhing, telah mengatakan bahawa anaknya telah berlaku perubahan yang memberangsangkan apabila sudah boleh menghafal surah al-Fatihah dan bersolat serta sudah berminat ke sekolah. Ia adalah perkembangan yang memberangsangkan kerana anaknya sebelum ini mengalami masalah hiperaktif dan masalah pertuturan. (Utusan Online, 2011)          

3.0  IMPLIKASI

            Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap profesional guru tersebut. Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip pengalaman semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila pelbagai pengalaman telah dilalui, maka pelbagai perubahan yang baru akan dapat dibuat seiring dengan perubahan murid dan masa. Selaian itu, tahap profesioanalisme dapat ditingkatkan apabila guru mula memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu sama ada menyambung pengajaran, menghadiri kursus, membaca dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran baru juga akan dapat dikumpul melalui aktiviti yang dijalankan.

Page 76: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

            Selain itu, penyampaian pengajaran guru akan menjadi sesuatu yang menarik dan pelbagai. Penyampaian yang menarik sangat diperlukan supaya murid tidak merasa bosan sekaligus tidak ingin hadir ke sekolah. Untuk menjadikan pengajaran sesuatu yang menarik, guru mestilah menyediakan perancangan pengajaran terlebih dahulu sebelum menyampaikannya. Bukan sahaja perancangan pengajaran malah bahan bantu mengajar juga akan disediakan bagi menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan berkesan dan menarik.

            Etika guru akan terjaga dengan baik apabila menjadi guru pendidikan khas. Disebabkan guru memerlukan sikap sabar, penyayang, jujur serta bertanggungjawab maka, keperibadian guru akan meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Selain daripada itu, percakapan yang lembut dan sifat memujuk mampu menjadikan seorang guru pendidikan khas sebagai guru yang baik dan menjaga tingkahlaku.

            Walaubagaimanapun anak-anak murid yang diterima, hubungan guru dengan ibu bapa akan terjaga dengan baik. Ini adalah kerana interaksi dua hala yang dijalinkan mampu membina hubungan yang mesra. Dapat dilihat bahawa guru dan ibu bapa akan sentiasa berhubungan antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat dan juga membuat perbincangan tentang sesuatu perkara.

            Pembentukan tingkahlaku positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial dapat dipupuk. Apabila nilai-nilai murni sering diterapkan dalam diri murid, maka mereka akan mengaplikasikannya dengan orang persekitaran. Murid juga akan belajar melalui tingkahlaku dan cara guru mengajar dan mendidik mereka. Ini disebabkan oleh salah satu dari pembelajaran murid adalah melalui pemerhatian dan peniruan.

 4.0 CADANGAN

Cadangan pertama untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru seharusnya memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Kamus Dewan edisi ke-4 mentakrifkan emosi sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih dan marah. Oleh itu, emosi adalah ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang berpunca daripada psikologi, tingkahlaku dan naluri manusia. Guru haruslah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan dengan positif. Tanpa kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu untuk membina makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu, guru memerlukan dorongan diri ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan kecenderungan emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan orang lain.

Page 77: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Guru juga boleh menggunakan satu pendekatan untuk membentuk tingkahlaku murid supaya senang untuk dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai  contoh aktiviti bercerita dalam membentuk tingkahlaku murid. Cerita boleh dijadikan sebagai satu terapi untuk intervensi kaunseling kanak-kanak. Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka. Terapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli terapi dengan klien. (Lee Keok Cheong et al., 2012). Melalui aktiviti bercerita ini guru boleh menggunakan contoh teladan untuk memberi pengajaran kepada murid. Akan terdapat murid yang akan mengikut tingkahlaku yang diceritakan oleh guru. Cerita yang dipilih oleh guru juga hendaklah bersesuaian dengan perkembangan murid.

            Melahirkan guru mesra OKU juga salah satu dari cara untuk membentuk guru pendidikan khas yang baik dan prihatin serta mesra terhadap murid. Ia haruslah diberikan latihan semasa guru-guru ini berada dalam latihan perguruan. Ia bukan merujuk kepada guru pendidikan khas sahaja tetapi juga guru-guru biasa supaya mereka dapat mengesan ketidaksempurnaan anak didik mereka. Dengan itu, guru-guru bolehlah membawa masalah ini kepada pakar. Program ini juga disokong oleh pihak TWINTECH International University College of Technology (TWINTECH) apabila mereka menawarkan pelbagai program bagi membantu kerajaan melahirkan guru prihatin dan mesra orang kelainan upaya (OKU). Universti tersebut mengambil tindakan seperti penguasaan Bahasa Isyarat Malaysia wajib bagi graduan, melahirkan guru pendidikan khas berkepakaran autisme dan sebagainya. ( Mymetro, 2012)

5.0 RUMUSAN

            Pada pandangan saya, tugas guru pendidikan khas sangat mencabar kepada sesiapa yang menyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang masih belum menguasai tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Pengalaman ini telah dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia melalui penerbitan Kosmo, 2008 dan Utusan Online, 2011. Cikgu Alizah Abdul Malek (Utusan Online,2011) menyimpulkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai 1001 macam cerita. Cerita yang mereka sempat berkongsi adalah berkaitan ragam murid-murid dan juga harapan ibu bapa.  

Selain daripada guru, ibu bapa juga menganggap anak istimewa sebagai cabaran yang besar. Berikutan kenyataan tersebut, ibu kanak-kanak autisme menyatakan bahawa sebelum mendapat pendidikan di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, (NASOM) anaknya mudah naik angin dan marah apabila keinginan dirinya tidak dipenuhi. Percakapannya tidak difahami apabila hanya mengeluarkan bunyi seperti em...em...sahaja. (Berita Harian, 2012). Jika dilihat kenyataan ibu kanak-kanak tersebut, beliau hanya menghadapi seorang sahaja kanak-kanak istimewa tetapi guru

Page 78: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

pendidikan khas menghadapi murid lebih daripada seorang serta mempunyai kepelbagaian masalah.

Walaupun pelbagai cabaran yang telah mereka hadapi tetapi dengan kejayaan murid-murid mereka walaupun hanya sekadar mengurus diri sendiri adalah kejayaan terbesar dan tidak ternilai oleh mereka. Dengan berkat kesabaran mereka dalam mendidik, murid-murid ini telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru tersebut. Namun terdapat juga murid berkeperluan khas yang telah berjaya dengan cemerlang dan mendapat pendidkan sehingga peringkat tinggi.  Dua orang pelajar cacat penglihatan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak (SMPKS), Kuala Lumpur iaitu Tang Kah Hung dan Ahmad Shahide Ruslan telah mendapat 10 A untuk SP 2010. (Berita Harian, 2010) Ini menunjukkan terdapat juga murid berkeperluan khas yang berjaya sehingga ke peringkat tinggi.

Oleh yang demikian, jangan dipandang murid berkeperluan khas hanya memberikan beban yang besar kepada orang sekeliling mereka tetapi pandanglah mereka sebagai anugerah yang terindah. Saya memetik kata-kata Rosmah Mansur yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), iaitu “hanya dengan mendampingi mereka, barulah ia dapat membuka hati dan minda kita supaya lebih menghayati keperluan mereka dan seterusnya memperjuangkan nasib golongan OKU.”(Berita Harian, 2011)   

Sebagai kesimpulan, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi guru biasa tetapi sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada guru adalah melebihi murid-murid yang normal. Namun, sebagai seorang guru, keikhlasan dalam mendidik menjadikan mereka seorang yang berfikiran positif, bersikap menerima dan sebagainya.  Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi tetapi didiklah mereka kerana mereka berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kebergantungan kepada keluarga, masyarakat dan negara

Page 79: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

CONTOH PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.0   PENGENALAN

1.1  Definisi Tingkah laku

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),  tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu

Page 80: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.

Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah Laku Bermasalah  Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung. 

1.2 Definisi Pengurusan Tingkah LakuPengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan

tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.

2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU            Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu:2008).             Penderaan Kanak-Kanak  iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-

Page 81: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di sekelilingnya.  

Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.  

3.0 CARA MENGURUS TINGKAH LAKU            Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model ini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu guru mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak supaya memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang berjaya melatih kanak-kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya adalah tidak menghiraukan kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.4.0 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antara teknik-teknik tersebut adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools), teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction measure).

Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya, guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.

Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu, melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan. Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah,

Page 82: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.

Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku tersebut. 

5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKUMengurus TL memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut.

Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.

i. Prinsip PeneguhanPeneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar.

    ii.        Jenis-jenis PemerhatianPemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis mengikut

tujuan dan aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa    tetapi membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.

Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut.

Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam      jangka masa berperingkat  supaya mendapat dapatan yang berkesan dan  bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa terhadap        sesuatu tugasan.

6.0 ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Page 83: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara tersebut adalah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.

a)    PeneguhanPeneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan

kepada tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat digalakkan melalui amalan peneguhan.

b)   HukumanHukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas

melakukan sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan tentang satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak berlaku lagi di masa akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku yang kuat. Hukuman boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.

Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan.

c)    PromptsPrompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan

individu dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa tingkah laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus. Prompts respon adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan respon yang diperlukan. Antaranya adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan atau penarikan pada  stimulus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan respon yang betul diperolehi.

d)   KiuKiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau

konsep yang relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru membezakan suku kata dengan mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal ini akan membantu murid untuk membezakan suku kata pertama dengan suku kata kedua di samping dapat memudahkan proses bacaan.

7.0 TINGKAH LAKU BERMASALAHDalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang

tingkah laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang

Page 84: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

berlebihan.Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar. 7.1 Ciri-ciri  Tingkah Laku Bermasalah

7.1.1 Tingkah Laku Positif Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah

laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam meransang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.   

Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.             7.1.2 Tingkah Laku Negatif 

Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan

Page 85: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

lain malah kanak-kanak yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku  kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.

Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif.   Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan. 

7.2 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah

a)    HiperaktifHiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuan

iaitu tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak  hiperaktif juga mudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam membuat tugasan. Maka, mereka sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah.

b)   AgresifTingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat

beberapa perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi ngeri, perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku  agresif. Selain itu, kanak-kanak ini juga akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima teguran atau komen orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap dirinya adalah yang terbaik.

c)    Separation AnxietyTingkah laku ini juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat

ditunjukkan melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang.

d)   OverdependencyTingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung

kepada orang lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.

Page 86: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

e)    WithdrawalWithdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri

daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikan sebab untuk membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

8.0 KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKUTingkah laku terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup

melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sebdiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.

Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain belajar.

Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan murid .Ini menyebabkan berbagai-bagai masalah sebalaiknya murid sendiri sudah memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan murid dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, di sadapat berubah.mping minat bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.

Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.

Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.

Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

9.0 PENAKSIRAN TINGKAH LAKUBagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku,

pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak

Page 87: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya.            David Lambert dan David Lines 2000. Penaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan megenai pelajar.

Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yg memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.

Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar.

      i.        Perekodan PeristiwaPerekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu

tingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod. Contohnya jumlah berapa kali seorang murid bercakap-cakap dengan kawan semasa waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit. Kita boleh merekod tingkah laku murid berasaskan kekerapan sebenar, kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam peratus peluang sedia ada. Contohnya, Ali telah mengangkat tangan sebelum menjawab soalan guru hanya sekali dalam waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit atau kita boleh merekod sebagai Ali mengangkat tangannya 0.5 per 15 minit atau Ali mengangkat tangannya sebanyak 5% daripada peluang sedia ada untuk menjawab soalan guru (sekiranya guru telah menyoal sejumlah 20 soalan dalam kelas itu dan murid semua termasuk Ali boleh sukarela mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru).

i) Lembaran data yang ringkas

Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency Recording Data Sheet)

Page 88: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Tarikh : 20 Ogos 2009                                              Penilai: Cik Faridah IsmailNama Murid : Aniq Afiqah SallehKelas  : 3 Sinar

Pemerhatian

Tingkah Laku Murid

Kekerapan Kejadian

Jumlah Masa Ulasan Tambahan

Mengangkat tangan untuk menjawab soalan

/ 1 30 minit kelas pada waktu pagi     ( 10.00 pagi- 10.30 pagi) semasa sesi bercerita ”Si

Kancil”

Bercakap sewaktu guru mengajar

// 2

 ii) Lembaran data kekerapan untuk merekod tingkah laku sasaraN

    ii.    Rekod anekdot

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.Kegunaan rekod anekdot:

Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi.Kebaikan rekod anekdot:

         Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.         Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan

dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.         Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana

pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.         Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaj dan melupakan perkara atau tingkah

laku lain.

Keburukan rekod anekdot:         Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian yang diperlukan

oleh pemerhati sahaja.         Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian

itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam.

Page 89: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

         Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun digunakan secara berat sebelah.

         Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik

                                    Borang Rekod AnekdotPemerhati: ....................................................................................................Tarikh pemerhatian :.....................................................................................Masa pemerhatian : .....................................................................................Nama pelajar : .............................................................................................Penerangan tentang kejadian:.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :............................................................................................................................................................................................................................................Nota, cadangan dan langkah:.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan: .........................................   iii.        Persampelan masa

Rekod persampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku kanak-kanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal pasti kanak-kanak yang akan diperhatikan dalam satu tempoh masa. Pemerhatian akan dibahagikan kepada beberapa segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatat secara berterusan dan ambil tindakan. Tingkah laku yang hendak direkod ini perlu nyata dan kerap dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 15 minit.Kebaikan rekod persampelan masa:

         Menjimatkan masa.         Memberi maklumat berkenaanjangka masa tingkah laku itu berlaku.         Maklumat kualitatif ini sesuai bagi analisis menggunakan statistic.         Lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad.         Pemerhati dapat mengumpul data berkenaan beberapa orang kanak-kanak ataupun beberapa jenis

tingkah laku secara serentak.

Keburukan rekod persampelan masa:

Page 90: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

         Ia merekod tingkah laku yang sudah ditetapkan sahaja dan mungkin akan tertinggal tingkah laku yang berguna.

         Ia hanya merekod bila dan kekerapan tingkah laku itu berlaku sahaja. Catatan berkenaan tingkah laku, sebab-sebab dan keputusan ia dilakukan tidak dinyatakan. Ini menyebabkan penilaian menjadi berat sebelah.

Lembaran Data Persampelan Masa

Nama Murid : Persekitaran : Bahasa MelayuTingkah Laku Sasaran : Mengangkat tanganMasa Mula    : 8.00 pagi                                         Masa Tamat  : 9.00 pagiTarikh : 20 Ogos 2009               8.00  8.05   8.10  8.15  8.20 8.25 8.30 8.35 8.40 8.45 8.50 8.55  9.00

       Sela Masa

Nama murid1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Mior                       + + - - + - + + - - + -Laila - - - + + - - + - + - +Dewi + - + - - + - - + - - -

Petunjuk : + (Tingkah laku sasaran ditunjukkan)                   - (Tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan)

Ringkasan Pemerhatian:

            Jumlah Interval                                                                    Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan                                  Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan                     Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan                       Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan          

   iv.        Senarai semak

Walaubagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru dapat mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil pembelajaran seperti

Page 91: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan satu senarai hasil pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrument semakan semasa membuat pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Senarai semak ini dapat menyatakan samada murid boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Gambaran yang diperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan pencapaian murid itu. Ada juga dalam kalangan guru menggunakan skala pengelasan iaitu ‘belum menguasai, baik, cemerlang’ bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.

 Lembaran Data Senarai Semak (Check List Data Sheet)BUTIR-BUTIR DIRI MURIDNama Murid : ……………………………………. Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................Kelas: .................   No Pendaftaran JKM: ..................................................Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................Jantina : L / P      Kaum : .......................... Agama: .....................................Bil. Adik Beradik: ..............................     Anak ke- : ....................................

PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGAPERLAKUAN YANG KETARAAgresif           (          )Pasif                          (          )Kognitif                      (          )Emosi                         (         )Negatif Sosial          (         )Motor Kasar             (         )Motor Halus             (        )Pertuturan                (        )Pengurusan Diri       (        )Tertib Makan            (        )

Nama : .............................................................................No K/P : ...........................................................................Alamat : ..........................................................................             ...........................................................................             ...........................................................................Tandatangan: .......................     Tarikh: ..........................

Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk Ulasan

Page 92: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Ya Tidak

1.  Perlakuan Agresif1.1   Merosakkan harta sendiri/ orang lain1.2   Selalu berkelahi/ bertindak1.3   Cepat marah/ meradang1.4   Mengacau/ Menguasai orang lain1.5   Mencederakan diri1.6   Mencederakan orang lain1.7   Panas baran1.8   Perlakuan negatif berlaku dengan

tiba-tiba1.9   Hiperaktif

2. Perlakuan Pasif2.1 Memencilkan diri2.2 Sugul2.3Terlalu pendiam2.4 Terlalu malas2.5 Mudah terganggu perhatian2.6 Terlalu malu2.7 Lembab pergerakan2.8 Lembab membuat sesuatu

3. Perlakuan Negatif Sosial3.1 Mengusik3.2 Bercakap bohong3.3 Tidak menepati janji3.4 Engkar/ tidak menurut perintah3.5 Berbahasa Kasar3.6 Terlalu suka bercakap3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah3.8 Suka membuat bising3.9 Mengambil tanpa meminta3.10 Tidak bekerjasama3.11 Tidak bertimbang rasa

4. Pemasalahan Emosi4.1 Gelisah4.2 Menggerakkan bahagian anggota badan tanpa dapat dikawal4.3 Bebal4.4 Menipu / berbohong4.5 Selalu mengadu sakit4.6 Menangis dalam kelas4.7 Memerlukan perhatian yang lebih4.8 Risau4.9 Berkhayal/ termenung

Page 93: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan

    v.    Duration recordingMerekodkan jangka masa mengenai tingkah laku dapat dibuat dengan

mencatatkan masa mula dan masa tamat tingkah laku itu terjadi. Teknik ini selalunya digunakan bagi memerhatikan tingkah laku yang kurang terjadi dan diteruskan bagi tempoh yang tertentu. Contoh merekodkan jangka masa adalah apabila seorang pelajar kerap menangis di dalam kelas. Setiap kali pelajar itu menangis, anda mencatat masa mula dan masa tamat serta membuat pengiraan jangka masa episod menangis tadi.

Contoh-contoh lain merekod jangka masa adalah berapa lama yang diperlukan oleh seorang pelajar menyelasaikan kerja rumah matematiknya, tempoh masa yang diambil membersihkan kelas ataupun berapa lama yang dihabiskan bagi pelajar berkenaan mengetuk penselnya di atas meja secara berterusan. Jadual dibawah menunjukkan borang jangka masa yang boleh digunakan dalam teknik ini. 

Lembaran Data Perekodan Masa (Duration Recording Data Sheet)

Nama Murid  : Dayang Sarah Awang Lah                 Tarikh Lahir : 12.08.1999                          Siti Aisya Ali                                                              : 23.01.2000                          Waqi ahmad                                                               : 07.09.2000Kelas              : 3 Sinar                                        Penilai: Pn. Amnah SarianDefinisi Tingkah Laku yang Direkod : Membuat tugasanTarikh             : 21 0gos 2009         Tempoh masa : 30 minit                      Onset   offset        onset      offset      onset       offset       onset    offsetNama MuridWati 9.00-

9.059.06-9.15

9.16-9.20

9.20-9.30

Kumar 9.00- 9.08

9.09- 9.20

9.21- 9.25

9.26- 9.30

Firdaus 9.00-9.04

9.05- 9.10

9.11- 9.15

9.16- 9.30

Interval recordingInterval recording ataupun merekod jarak masa adalah teknik yang mngukur

samada tingkah laku itu berlaku ataupun tidak dalam jangka masa yang ditetapkan. Jumlah masa pemerhatian dibahagikan dengan jarak masa yang lebih kecil. Pemerhati mencatatkan samada tingkah laku itu terjadi ataupun tidak dalam masa itu. Dengan berpandukan pada teknik merekod jarak masa ini, guru dapat membuat anggaran tentang kedua-kedua frekuensi dan jarak masa tingkah laku pada masa yang sama.

Pemerhati akan mencatat sekali sahaja sekiranya tingkah laku terbabit berlaku pada bila-bila masa sepanjang jarak masa ini. Merekod jarak masa memerlukan

Page 94: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

tumpuan yang tidak berbelah bahagi dari pemerhati  memandangkan pemerhatian dilakukan secara berterusan bagi tempoh yang ditetapkan.

Teknik ini dapat dilakukan dalam beberapa perlakuan seperti ketika kanak-kanak membaling permainan mereka ketika lapang. Apabila masa lapang ini adalah 15 minit, bahagikan jarak masa ini kepada selang satu minat. Pada minit pertama, apabila seorang kanak-kanak membaling alat permainannya, karak masa ditandakan.

Pada minit kedua, jika dia tidak membaling alat permainan itu, maka jarak masa tidak ditandakan. Walaubagaimanapun apabila kanak-kanak ini membaling tiga alat permainan yang berbeza pada minit ketiga, jarak masa ditandakan hanya sekali sahaja. Borang bagi mengukur jarak masa boleh didapati pada jadual dibawah:

Lembaran Data Perekodan Interval (Interval Recording Data Sheet)

Nama Murid :                                                            Tarikh Lahir:Kelas            :Penilai          :Definisi Tingkah Laku yang direkod (TL  sasaran) :

MasaTingkah laku Lokasi

UlasanDuduk Berdiri Goyang Dapur Ruang tamu

Bilik Tidur

8.00 pg9.00 pg10.00 pg11.00 pg12.00 tgh1.00 ptg2.00 ptg

 vii.        Sekil kadar

Sekil kadar hampir sama dengan frekuensi. Merekodkan kadar tingkah laku membabitkan pengumpulan maklumat tentang frekuensi tingkah laku yang diperhatikan dan panjang tempoh pemerhatian itu. Kadar adalah nisbah bilangan tingkah laku terbabit berlaku dalam masa yang ditetapkan dan tempoh masa.

Kadar dihitung dengan menbahagikan bilangan tingkah laku yang terjadi ini dengan minit, jam ataupun hari ketika pemerhatian dibuat. Frekuensi ataupun berapa kali seorag pelajar meninggalkan tempat duduknya ketika kelas matematik dijalankan

Page 95: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

dapat dicatatkan sebagai kadar kija tempoh kelas dijalankan ataupun tempoh masa pemerhatian diketahui.

Kadar tingkah laku dapat dikira purata sekiranya pemerhatian dibuat beberapa kali sepanjang tempoh. Daripada beberapa siri pemerhatian ini, kadar purata pelajar meninggalkan tempat duduknya dapat ditentukan. Jadual dibawah menunjukkan bagaimana kita dapat mencatatkan tingkah laku meninggalkan tempat duduk sebagai kadar.

Lembaran Data Sekil Kadar (Rate Scale Data Sheet)BUTIR-BUTIR DIRI MURIDNama Murid : ……………………………………. Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................Kelas: .................   No Pendaftaran JKM: ..................................................Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................Jantina : L / P      Kaum : .......................... Agama: .....................................Bil. Adik Beradik: ..............................     Anak ke- : ....................................

PERLAKUAN YANG KETARAAgresif           (          )Pasif                          (          )Kognitif                      (          )Emosi                         (         )Negatif Sosial          (         )Motor Kasar             (         )Motor Halus             (        )Pertuturan                (        )Pengurusan Diri       (        )Tertib Makan            (        )

PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA Nama : .............................................................................No K/P : ...........................................................................Alamat : ..........................................................................             ...........................................................................             ...........................................................................Tandatangan: .......................     Tarikh: ..........................

Bil Keterangan Tingkah Laku Tahap Tingkah Laku Ulasan1 2 3 4 5

1.  Perlakuan Agresif1.10Merosakkan harta sendiri/

Page 96: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

orang lain1.11Selalu berkelahi/ bertindak1.12Cepat marah/ meradang1.13Mengacau/ Menguasai orang

lain1.14Mencederakan diri1.15Mencederakan orang lain1.16Panas baran1.17Perlakuan negatif berlaku

dengan tiba-tiba1.18Hiperaktif

2. Perlakuan Pasif2.1 Memencilkan diri2.2 Sugul2.3Terlalu pendiam2.4 Terlalu malas2.5 Mudah terganggu perhatian2.6 Terlalu malu2.7 Lembab pergerakan2.8 Lembab membuat sesuatu

3. Perlakuan Negatif Sosial3.1 Mengusik3.2 Bercakap bohong3.3 Tidak menepati janji3.4 Engkar/ tidak menurut perintah3.5 Berbahasa Kasar3.6 Terlalu suka bercakap3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah3.8 Suka membuat bising3.9 Mengambil tanpa meminta3.10 Tidak bekerjasama3.11 Tidak bertimbang rasa

4. Pemasalahan Emosi4.1 Gelisah4.2 Menggerakkan bahagian anggota badan tanpa dapat dikawal4.3 Bebal4.4 Menipu / berbohong4.5 Selalu mengadu sakit4.6 Menangis dalam kelas4.7 Memerlukan perhatian

Page 97: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

yang lebih4.8 Risau4.9 Berkhayal/ termenung4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan

Skala : 1- tidak memuaskan             2- kurang memuaskan            3- sederhana            4- baik            5- sangat baik

viii.        Rekod berterusan

Ia adalah catatan lengkap berkenaan kejadian dan dicatat mengikut urutan masa kejadian berlaku. Guru atau pemerhati akan duduk ataupun berdiri dari jarak beberapa meter daripada murid dan mula mencatat apa sahaja kejadian yang berlaku dalam masa yang telah ditetapkan. Masanya mungkin lima minit ataupun mungkin diulang beberapa kali pada hari itu. Rekod ini berbeza daripada rekod anekdot kerana ia merekod semua kejadian yang berlaku bukan hanya kejadian dipilih ataupun yang diperlukan sahaja. Catatannya juga menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan menggunakan teknik penulisan ringkas jika boleh.Kebaikan rekod berterusan:

         Rekod yang lengkap, komprehensif dan tidak terhad kepada satu kejadian sahaja.         Rekod ini terbuka dan membolehkan guru mencatat apa sahaja yang beliau lihat.         Guru atau pemerhati tidak perlu mempunyai kemahiran pemerhati yang khusus.

Keburukan rekod berterusan:         Memerlukan banyak masa.         Sukar merekod semua kejadian dengan lengkap.         Baik bagi merekod pemerhati individu tetapi sukar merekod pemerhatian secara kumpulan.

   ix.        Rekod Spesimen

Hampir sama dengan rekod berterusan, tetapi ia lebih lengkap, lebih jelas dan kriterianya sudah ditetapkan seperti masa dan kanak-kanak yng terlibat. Rekod ini selalu digunakan oleh penyelidik yang memrlukan catatan menyeluruh dan lengkap berkenaan satu-satu tingkah laku. Kebaikan dan keburukannya juga hamper sama dengan rekod berterusan.

Page 98: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

 CONTOH PEMERHATIANSaya telah melakukan kajian terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang

benama Maziah dan dia lebih suka dikenali sebagai Mama. Dia yang menghadapi masalah pembelajaran dan dikategorikan sebagai Sindrom Down yang juga mempunyai masalah kecacatan mental dan sudah berusia 11 tahun. Apa yang saya dapati setelah membuat pemerhatian selama lima hari banyak tingkah laku negatif yang dapat dikesan antaranya adalah dia seorang yang suka mengganggu, suka mencubit, suka memukul rakan-rakannya dan tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

                       Menurut guru kelasnya, Maziah suka mencubit rakan sekelasnya yang tidak rapat dengannya. Selain itu, jika rakannya itu tidak memenuhi kehendak dia akan memukul kepala rakannya dengan apa sahaja yang ada ditangannya. Contohnya, semasa bermain-main gabus dengan rakan-rakannya di bahagian belakang kelas dia telah memukul kepala rakannya dengan gabus kerana rakannya itu tidak mengendahkan arahan dia supaya jangan bermain ditempat yang sama dengannya. Semasa proses pengajaran dan pengajaran berlangsung, dia akan menjelir lidah kepada               rakan-rakannya walaupun rakannya itu tidak melakukan apa-apa.

                                        Maziah tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.Maziah juga suka memarahi rakan-rakannya tanpa sebab kerana rakan-rakannya

yang lain tidak suka berkawan dengannya yang suka menjelir lidah dan memukul. Rakan-rakannya tidak berapa rapat dengannya kerana tabiaatnya yang suka memukul dan menjelir lidah itu.

                       Namun begitu, walaupun Maziah mempunyai banyak tingkah laku negatif tetapi dia juga mempunyai banyak tingkah laku positif. Maziah merupakan kanak-kanak yang  mampu mengurus dirinya sendiri, dia boleh makan dan meletakkan kembali pinggan ditempat yang telah disediakan. Menurut ibunya yang juga seorang guru, Maziah sudah pandai mengurus dirinya sendiri seperti mandi, memakai baju dan memakai kasut tanpa bantuan orang lain. Tingkah laku negatifnya itu sahaja yang belum dapat diubah. Menurut ibunya lagi, dia juga berkelakuan begitu juga dengan adiknya di rumah. Suka memukul dan menjelir lidah. Namun, setelah ditegur Maziah akan berhenti melakukan perbuatan tersebut seketika.

KAJIAN KES TINGKAH LAKU BERMASALAH

Nama murid              : Maziah binti Mohd YusoffKategori                     : Sindrom Down + Terencat AkalTingkah laku berterusan:

1)    menjelir lidah2)    memukul kawan3)    berkhayal

Page 99: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

4)    menyanyi dengan kuat5)    tidak dapat menumpukan perhatian6)    menangis tanpa sebab

Tingkah laku semasa:1)    berada dalam dunia sendiri2)    suka mengganggu rakan

            Berdasarkan rekod tersebut terdapat beberapa perancangan bagi menguruskan tingkah laku yang direkodkan dalam bentuk borang-borang yang bersesuaian.

RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKUMasalah tingkah laku suka memukul kawan

Nama Murid                          : Maziah binti Mohd YusoffTarikh Mula                           : 16 Ogos 2009Masalah Tingkah Laku       : Memukul kawanTarikh Lahir                           : 25.09.1998Umur                                      : 11 tahunPengetahun sedia ada       : Dimarahi dan ditegur oleh guru jika memukul kawanMatlamat                                : Mengurangkan atau menghentikan aktiviti memukul kawan.

          Pemerhatian       Memukul kawan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku.Tingkah laku yang hendak

diuruskan       Suka memukul kawan

Tingkah laku sasaran        berhenti daripada tingkah laku tersebut

Masa tingkah laku dilakukan

       semasa tiada sebarang aktiviti       semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran       keadaan marah dan berseorangan

Sebab keutamaan       Murid tidak dapat membezakan antara tingkah

laku positif atau negatif.       Mengelakkan tingkah laku tersebut menjadi

berterusan sehingga dewasa.       Membuatkan rakan lain tidak selamat dengan

dirinya       Memberi kesan kepada rakan-rakan

Strategi atau kaedah        Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut.        melaksanakan aktiviti yang diminatinya seperti

Page 100: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

puzzle.       Memberi peneguhan negatif untuk mengurangkan

tingkah laku tersebut.       menasihati murid supaya tidak mengulangi tingkah

laku tersebut       memberi ganjaran seperti pujian jika berjaya

menghentikan tingkah laku tersebut.       Menggalakkan mereka belajar secara

berkumpulan supaya rakan lain berasa selesa dan selamat dengannya.

       memperbanyakkan penggunaan bahan bantu belajar supaya murid tidak berasa bosan.

Peneguhan        Positif  memberikan ganjaran  memberikn pujian seperti ”bagus” atau ’baik”.

       Negatif  memberi teguran  duduk di belakang  tidak dibenarkan bermain dengan rakan-rakan  hukuman

PENGURUSAN TINGKAH LAKU SASARAN            Catatan ditulis dalam bentuk borang rekod anekdot untuk dimasukkan ke dalam fail murid.

Sekolah Kebangsaan Seri keterehBorang Rekod Anekdot

Pemerhati: Nazifah Binti LangTarikh pemerhatian :16 Ogos 2009Masa pemerhatian : 9.15 pagiNama pelajar :  Maziah binti Mohd Yusoff

Penerangan tentang kejadian:- suka memukul kawan- berkhayal- menjelir lidah

Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :  - berlaku semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas  - bermain bersama rakan.   Nota, cadangan dan langkah:

   melaksanakan intervensi dengan menggunakan kaedah ganjaran.

   memberi nasihat dan teguran gterhadap perlakuan tersebut.

Page 101: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Tandatangan: fauziah

Rekod dalam bentuk Senarai Semak

Senarai SemPERLAKUAN YANG KETARAAgresif           (          )Pasif                          (          )Kognitif                      (          )Emosi                         (         )Negatif Sosial          (         )Motor Kasar             (         )Motor Halus             (        )Pertuturan                (        )Pengurusan Diri       (        )Tertib Makan            (        )

Page 102: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk UlasanYa Tidak

1.  Perlakuan Agresif1.19Merosakkan harta sendiri/ orang lain1.20Selalu berkelahi/ bertindak1.21Cepat marah/ meradang1.22Mengacau/Menguasai orang lain1.23Mencederakan diri1.24Memukul orang lain1.25Menjelir lidah1.26Panas baran1.27Perlakuan negatif berlaku dengan

tiba-tiba1.28Hiperaktif                                     

               

*tingkah laku 1.24 perlu diberi intervensi*

2. Perlakuan Pasif2.1 Memencilkan diri2.2 Sugul2.3Terlalu pendiam2.4 Terlalu malas2.5 Mudah terganggu perhatian2.6 Terlalu malu2.7 Lembab pergerakan2.8 Lembab membuat sesuatu

Page 103: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

√3. Perlakuan Negatif Sosial

3.1 Mengusik3.2 Bercakap bohong3.3 Tidak menepati janji3.4 Engkar/ tidak menurut perintah3.5 Berbahasa Kasar3.6 Terlalu suka bercakap3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah3.8 Suka membuat bising3.9 Mengambil tanpa meminta3.10 Tidak bekerjasama3.11 Tidak bertimbang rasa

√√√

4. Pemasalahan Emosi4.1 Gelisah4.2 Menggerakkan bahagian anggota badan tanpa dapat dikawal4.3 Bebal4.4 Menipu /berbohong4.5 Selalu mengadu sakit4.6 Menangis dalam kelas4.7 Memerlukan perhatian yang lebih4.8 Risau4.9 Berkhayal/ termenung4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan

√√

√√√√

i) Data Awal- Tingkah Laku Sasaran (memukul rakan)          MasaHari

8.30-9.30 pagi

9.30-10.30  pagi

10.30-11.30 pagi

11.30-12.30 tengah hari

Jumlah

Ahad (16/8/09)

3 1 2 2 8

Isnin (17/8/09)

4 2 3 2 11

Selasa (18/8/09)

3 2 0 3 8

Rabu 2 1 0 1 4

Page 104: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

(19/8/09)Khamis (20/8/09)

2 0 3 1 5

Penilaian :         Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan         Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru         Temubual guru dan ibu bapa         Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian:         Daripada hasil pemerhatian, Maziah akan berhenti melakukan perbuatan tersebut jika guru menegur dan

diminta meminta maaf.          Tingkah laku berkurangan setiap kali menjelang tengah hari.         Guru perlu memantau tingkah laku tersebut dari semasa ke semasa.

ii) Semasa menjalankan intervensiMasaHari

8.30-9.30 pagi

9.30-10.30  pagi

10.30-11.30 pagi

11.30-12.30 tengah hari

Jumlah

Ahad (1/9/09)

2 1 2 2 7

Isnin (2/9/09)

2 2 1 1 6

Selasa (3/9/09)

1 2 2 0 5

Rabu (4/9/09)

0 2 2 1 5

Khamis (5/9/09)

1 2 1 1 5

Ahad (8/9/09)

2 1 1 0 4

Isnin (9/9/09)

1 1 1 0 3

Selasa (10/9/09)

0 1 1 0 2

Rabu (11/9/09)

1 1 0 0 2

Page 105: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Khamis (12/9/09)

1 0 0 0 1

Penilaian :         Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan         Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru         Temubual guru dan ibu bapa         Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian:         Guru memberi teguran kepada Maziah secara baik dan lembut.         Guru membuat aktiviti yang diminati Maziah seperti puzzle untuk menarik minatnya.          Guru memberikan peneguhan negatif terhadap perlakuan tersebut.

iii) Selepas menjalankan intervensi

MasaHari

8.30-9.30 pagi

9.30-10.30  pagi

10.30-11.30 pagi

11.30-12.30 tengah hari

Jumlah

Ahad (15/9/09)

          0       

1 1 0 2

Isnin (16/9/09)

1 1 0 0 2

Selasa (17/9/09)

1 0 0 0 1

Rabu (18/9/09)

1 0 0 0 1

Khamis (19/9/09)

0 0 0 0 0

Penilaian :         Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan         Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru         Temubual guru dan ibu bapa         Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian:         Tingkah laku yang ditunjukkan berkurangan setelah intervensi dilakukan

Page 106: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

         Maziah dan rakan-rakan telah dapat bermain bersama dengan selesa serta dapat menumpukan perhatian di dalam kelas

         Maziah sudah tidak berani memukul rakan-rakannya.

Bibliografi

BukuSaayah binti Abu, Menjadi Guru TadikaRohani binti Abdullah, Nani binti Menon dan Mohd Sharani bin Ahmad,Panduan                   Kurikulum Prasekolah.Open University Malaysia, Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak Berkeperluan Khas,                 Fakulti Pendidikan dan Bahasa.                                           Wan Norazman Wan Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia,               Pengurusan Tingkah Laku

RINGKASAN PENDIDIKAN KHAS

1. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KHAS

1.0 KONSEP

Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk Pendidikan Khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi memenuhi keperluan-

Page 107: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

keperluan khas bagi mired-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan atau kurang upaya.

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohanu, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkembangan optimium kanak-kanak dengan keperluan-keprluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan , boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi diri sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

1.3 OBJEKTIF

Objektif Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran biasa. Selain itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawab adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran dan sistem persekolahan. Selain itu, hal ini juga bermatlamatkan untuk menyeimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid khas dengan murid-murid normal dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru , peluang-peluang kenaikan seperti pangkat, juru teknik audiologi pendidikan

( educational speech therapist ), otientasi dan mobility pendidikan  (Orientation and Mobility Instructor ), dan psikologi pendidikan ( eduicational psychologist ), dan sebagainya merupakan Objektif Pendidikan Khas  

Page 108: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

1.4 VISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat falsafah pendidikan negara.

1.5 MISI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, bermutu, kepada pelajar berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

1.6 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Terdapat pelbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang ( 2000 ) menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah Pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan, dan pendengaran serta masalah dalam pembelajaran ataupun murid-murid yang pintar cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar. Berlainan pula dengan pendefinisian oleh Jabatan Pendidikan Johor ( 1998 ) yang menyatakan Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang berkeperluan khas dengan memberi penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan individu murid dan pelajar terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( developmental skills )

Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid bermasalah pembelajaran belajar bersama-sama murid normal di dalam kelas yang sama. Mereka di ajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas.

1.7 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Bermasalah pendengaran ( hearing impairment )

Bermasalah penglihatan ( visual impairment )

Bermasalah pembelajaran ( learning disabililities )

Page 109: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Bermasalah kerencatan akal ( mental Retadation )

Bermasalah tingkah laku dan emosi ( behavior disorders & emotional disturbance )

Bermasalah pertuturan atau bahasa ( speech or language impairment )

Pintar cerdas ( gifted and talented )

Bermasalah fizikal ( physical disabilities )

Bermasalah kesihatan ( health impairment )

Masalah bergabung ( multiple problem )

Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas memberi definisi yang menekankan kepada kebolehan, kefungsian , kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan  ( developmental skills ). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan  kecacatan dan ketidakbolehan  ( medical deficit model ). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.

2. DEFINASI TAJUK

2.0 ORTHOPEDIC IMPAIRMENTS

Orthopedic impairments ialah masalah ketidakupayaan motor yang disebabkan oleh penyakit atau kerosakan termasuk cerebral palsy, spina bifida, atau kecederaan disebabkan oleh kecederaan trauma . hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut memerlukan perhatian pakar dan perkhidmatan sokongan untuk faedah dari program pembelajaran. Antara penyebab kepada masalah othopedik impairment ini ialah :

Disfungsi sistem saraf

Strok

Epilepsi

Penyakit kardiovaskular

Page 110: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Penyakit jantung koronari

Arteri Reumatisme

Kencing manis

Dll

Cara lain untuk memeriksa kanak-kanak yang mempunyai orthopedic impairments ialah melalui pembahagian masalah ini kepada :

a) Neuromotor impairment ( cerebral palsy, spina bifida, dan kecederaan tulang belakang )

b) Degeranerative disease ( distropi otot )

c) Ortophedic & musculouskeletal disorders ( kecacatan kaki dan tangan )

Orthopedic impairments boleh memberi kesan kepada keupayaan murid-murid di sekolah. Hal ini boleh dibahagi kepada beberapa  kategori dan memberi kesan kepada sosial, emosi, psikologi, dan fizikal.

Kemahiran motor yang lemah

Penggunaan tangan dan lengan yang lemah dalam masalah ini seperti tidak dapat menggunakan peralatan menulis,membelek helaian buku, dan menyertai pelbagai aktiviti yang memerlukan pergerakan yang pantas.

Bahasa yang terbatas

Murid-murid yang mempunyai masalah pertuturan yang teruk boleh memberi kesan kepada pembelajarannya kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik,tidak dapat untuk memberi pandangan, serta tidak dapat untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran.

Faktor individu

Murid-murid mungkin mengalami beberapa faktor individu yang berlaku sebagai sebahagian daripada ortopedhic impairmentsyang akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Sesetengahnya termasuk kesakitan dan ketidakselesaan,kepatahan, dan kuasa bertahan yang terbatas.

Page 111: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Faktor psikologi

Kanak-kanak yang mengalami kognitif dan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan orthopedic impairment akan mengalami kesukaran untuk belajar. Tambahan pula, sesetengah kanak-kanak akan mengalami motivasi diri yang rendah, dan kesedihan akibat daripada masalah ini yang juga akan menjejaskan penampilan.

Suasana pembelajaran yang tidak efektif

Sesetengah sekolah mempunyai harapan yang rendah terhadap kanak-kanak yang mengalami orthopedic impairments. Sokongan yang kurang akan menyebabkan kanak-kanak itu gagal dalam hidup dan akan menyumbang kepada faktor psikologi seperti yang dijelaskan di atas.

2.1 MASALAH KESIHATAN

Masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas di mana serangan penyakit terhadap diri mereka tidak menentu. Hal ini menyebabkan pembelajaran mereka terganggu kerana kesihatan tidak stabil. Kadang kala mengambil masa yang lama kerana terpaksa menerima rawatan di hospital. Antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas ialah :

Sawan / epilepsy

Lelah ( asthma )

Hemophelia ( masalah darah )

Jantung berlubang

Haiper aktif

Leukemia

Sawan / epilepsy

Lelah ( asthma )

Hemophelia ( masalah darah )

Jantung berlubang

Haiper aktif

Page 112: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Leukemia

Alahan

3.         KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

3.1 AUTISME

      3.1.1 SEJARAH

Victor “Wild Boy of Aveyron” (1799) ditangkap di dalam hutan di selatan Perancis dan dibawa ke Paris untuk ditempatkan di institusi orang pekak. Jean Marc Garpard Hard telah menerima dan cuba mengajar Victor dengan menyediakan ABM yang khas. Dalam pemerhatian Hard, Victor memperlihatkan beberapa cirri-ciri yang abnormal. Antaranya ialah seperti tidak bercakap, menghayun badan ke hadapan dan ke belakang, tidak menunjukkan perasaan bergatung kepada sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian kepada sesuatu. Selain itu, ia juga tidak memandang objek atau orang, tiada reaksi walaupun dilepaskan tembakan dibelakang kepala, tetapi memberi reaksi bila mendengar  bunyi kulit kacang yang dilepaskan dengan perlahan. Di samping itu, ia juga tidak suka bermain dengan alat permainan tetapi suka berain dengan air dan menunjukkan reaksi sentuh kain, tangan dan muka yang mereka yang dikenali.

Sebelum Leo Kanner menjelaskan keadaan gangguan autisma pada tahun 1943, kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri autisma infatil dianggap mengalami psikosis yang bermula dalam usia yang muda. Ada yang gangguan ini dianggap sebagai sejenis gangguan skizofrenia. Oleh sebab ganguan skizofrenia memerlukan cirri-ciri gangguan fikiran dan setelah di sedari bahawa kanak-kanak belum boleh bercakap dan perkembangan kognitifnya masih dalam fasa awal lagi, maka gangguan ini tidak mungkin ada pada persamaan dengan gangguan skizofrenia. Satu daripada ciri yang penting dalam skizofrenia adalah seperti mendengar suara ghaib, tidak mungkin akan dialami oleh kanak-kanak yang belum boleh bertutur. Ekoran itu, Leo Kanner mengkategorikan gangguan yang dialami oleh kanak-kanak ini sebagai gangguan autisme infatil.

Walau bagaimanapun, Kasper Hauser dilahirkan 1828 tiba di Nurenberg dengan membawa surat untuk memohon kepada ketua askar untuk berkhidmat kepada raja. Beliau mengucapkan “I want to be a horseman like my father was” dan mengulangnya berkali-kali dan  cirri-ciri ini merupakan autisme. Ciri-ciri sikap Kasper yang lain ialah cakap berulang, tidak faham apa yang dicakapkan kepadanya, sukakan bilik gelap dan alat permainan, berupaya menurut perintah, minat menulis dan melukis serta daya ingatan yang tinggi.

Selain itu, bagi Eugen Bleuler (1919) ialah orang yang pertama menggunakan perkataan autisme. Ini merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar.

Page 113: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

3.1.2 DEFINISI AUTISME

Menurut Thevarthen Aitken, Papoudi dan Robert (1998) perkataan autisme merupakan gabungan  dua huruf  Greek iaitu ‘aut’ yang bermakna diri dan ‘ism’ yang membawa makna orientasi atau keadaan. Oleh itu, autisme boleh didefinisikan sebagai kedaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya.

Autisme berasal daripada perkataan Yunani bermaksud ‘autos’ atau tiada keupayaan dan tidak boleh berinteraksi sosial. Autisme, autisma dan autistik adalah perkataan yang digunakan bagi menerangkan tentang sejenis penyakit dimana pesakitnya tidak sedar akan keadaan persekitarannya dan berada seolah-olah seperti di dalam dunianya.

Autisme adalah ketidakmampuan yang mungkin di derita seumur hidup oleh seseorang yang menyebabkan ia tidak dapat mengerti tepat apayang mereka lihat, dengar dan juga melalui indra mereka. Ini mengakibatkan masalah yang cukup berat pada hubungan sosial, komunikasi dan perilaku.

Nama-nama yang lain yang diberikan untuk menjelaskan autisme bagi kanak-kanak adalah autisme infatil, psikosi infatil, autisme kanak-kanak, psiko simbiotik, skizofrenia kanak-kanak dan sindrom skizofrenia kanak-kan

3.1.3 CIRI-CIRI FIZIKAL

Sekarang ini sering mendengar tentang autisme, yang banyak terjadi kepada anak-anak. Ini disebabkan ibu bapa lebih peka da mengambil berat akan pekembangan anak-anak. Perkembangan yang bermula dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu bapa kini amat sensitif jika anak-anak mereka tidak seperti kanak-kanak lain.

Autisme adalah gangguan kognitif atau gangguan sukar untuk  gangguan tingkah laku sosial dan sukar untuk berbicara. Data statistk menyatakan, 50% terdapat gejala gangguan mental retardasi.

Di Amerika syarikat, seorang anak dinyatakan kanak-kanak autisme setelah berusia enam tahun setelah mengalami pemeriksaan yang rapi. Manakala, di Indonesia, menjelang dua tahun ibu bapa telah mengandaikan anak mereka sebagai kanak-kanak autisme disebabkan tidak boleh berbicara dan terdapat cirri-ciri kanak-kanak autisme. Kemudian, pemeriksaan oleh pakar juga akan dilakukan.

Sehingga kini, para ahli belum dapat memberi keputusan yang tepat penyebabnya. Tetapi, dari penelitian kanak-kanak autisma ini mempunyai kelainan pada otak yang

Page 114: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

disebabkan gangguan perkembangan pada saat kehamilan dan gangguan hati yang menimbulkan gangguan saraf dan jiwa.

Dengan itu, ciri-ciri yang ada boleh kita perhatikan dapat membantu kita mengesan lebih awal untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada kanak-kanak ini. Antaranya ialah berlaku sebelum berumur dua puluh dua tahun, berlaku berkekalan, sukar berhubung secara bermasyarakat, sukar berkomunikasi dan sukar menerima perubahan dari kebiasaan. Selain itu, ia juga sukar memberhentikan dari perlakuan yang berulang, gemar menyendiri, tidak mengendahkan keadaan sekeliling dan suka hidup bersendirian. Di samping itu, ia juga berkecenderungan kepada objek yang bergerak, serang yang pendiam, sangat menyayangi sesuatu objek yang disukai dan sangat susah untuk mengubah sesuatu yang telah dilakukannya setiap hari.

3.1.4 MASALAH KESIHATAN

Dalam Seminar bertajuk Autisma dan Penanganannya beberapa waktu lalu, Dr Melly Budhiman (Ketua Yayasan Autisma Indonesia) menghuraikan autisma sebagai gangguan perkembagan yang luas dan berat. Gangguan perkembangan tersebut mencakupi bidang kounikasi, interaksi dan perilaku. Gejala ini timbul sebelum anak mencapai usia tiga tahun. Pada sebahagian anak, gejala tersebut sudah nampak sejak lahir.

Penyebabya, gangguan pada perkembangan susunan saraf pusat yang mengakibatkan fungsi otak terganggu. Autisma biasa terjadi pada sesiapa sahaja. Perbandingan antara lelaki dan perempuan adalah tiga nisbah satu. Seseorang ibu yang sentiasa peka memantau perkembangan anaknya akan mudah melihat beberapa keganjilan sebelum anak itu mencapai usia satu tahun. Perkara yang paling menonjol adalah sangat kurangnya kontak mata.

Sebahagian kecil pesakit autisma sempat berkembang normal. Namun, sebelum mencapai usia tiga tahun, perkembangannya terhenti. Kemudian mulai nampak gejala-gejala autisme. Biasanya gejala-gejala tersebut kian jelas setelah anak mencapai usia tiga tahun.

Namun begitu, terdapat beberapa gejala yang boleh berlakunya autisma ini. Antara gejala-gejala tersebut ialah terjadinya gangguan komunikasi verbal mahupun non-verbal seperti terlambat berbicara, meracau, sering meniru, sering menarik tangan orang yang berdekatan agar melakukan sesuatu untuknya. Selain itu, terjadinya gangguan interaksi sosial seperti menghindari tatapan mata orang lain, lebih asyik bermain sendiri, dan menolak bila dipeluk.

Di samping itu, berlaku juga gangguan pada perilaku yang berlebihan, misalnya tidak boleh diam dan mengulang-ulang gerakan tertentu.atau gangguan perilaku kekurangan, misalnya diam dengan tatapan mata kosong atau bermain sambil menonton. Malah, terjadinya gangguan emosi iaitu tidak ada atau kurangnya empati, tertawa-tawa, menangis

Page 115: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

atau marah-marah sendiri dan sering memgamuk. Selain itu, terjadi juga gangguan persepsi sensoris seperti suka mencium-cium atau menjilat-jilat benda apa saja, sukar untuk mendengar suara keras, dan tidak boleh diraba.

Untuk mendiagnosis autisme infatil, menurut Melly, tidak memerlukan pemeriksaan canggih seperti CT-scan. Diagnosis ditegakkan berdasarkan gejala klinis yang tampak, yang menunjukkan penyimpangan.

Dalam pada itu, mereka yang sedemikian hanya berminat tentang diri mereka sendiri dan sangat menarik diri dari kenyataan. Pada anak-anak ini, kelainan perilaku ini terlihat dari ketidakmampuan anak tersebut berhubungan dengan orang lain. Seolah-olah mereka hidup dalam dunianya sendiri dan menggunakan bahasa atau ungkapan yang difahami oleh mereka.

Namun begitu,mereka menunjukkanciri-ciri seperti perkembangan terlambat, terutama dalam perlakuan dasar hidup bermasyarkat. Mereka juga yang mengalami masalah ini suka bermain sendirian atau tidak mahu berkumpul dengan anggota keluarga atau orang lain. Malah, mereka juga lesu dan tidak pedulikan orang lain yang cuba untuk berkomunikasi dengannya.

Selain itu, mereka ini sedikit atau tidak mempunyai kontak mata. Di samping itu, mereka mengerjakan sesuatu tanpa berfikir panjang dan berperangai buruk jika dilarang akan membangkitkan kemarahan. Pada umumnya pertumbuhan jiwa terkebelakang seperti orang yang cacat mental. Dari beberapa segi pula, anak tersebut mempunyai kelebihan tertentu dan sangat pandai misalnya dalam menggambar, matematik, muzik atau melukis.

3.1.5 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Punca gangguan autisma ini masih belum di fahami begitu mendalam. Oleh itu, bentuk rawatan untuk kanak-kanak autisma belum ada lagi yang boleh dikatakan memberi kesan. Hanya yang boleh diubah setakat ini ialah tingkahlaku sahaja mengikut terapi tingkahlaku yang sedia ada. Ini bertujuan menggalakkan perkembangan yang sihat dan seberapa normal yang boleh mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisma.

Yang paling penting sekarang adalah membuat diagnosis dengan teliti dan tepat bagi mengesahkan  sama ada kanak-kanak ini mengalami autisma atau tidak. Setelah pasti, barulah diberitahu kepada ibu bapanya. Ini kerana rawatan awal perlu diberikan seawal yang mungkin supaya latihan dan didikan untuk membolehkan kanakkanak ini menggunakan dan memahami bahasa dapat dilaksanakan sebelum berumur lims tahun. Oleh itu, rawatan dalam bentuk pendidikan awal dan terapi tingkahlaku amat penting bagi kanak-kanak ini.

Segala didikan perlu diberi sedikit tetapi berulang-ulang. Rawatan perlu dibuat bersama ahli lain, seperti jurupilih tatacara, guru-guru dan ibu bapa. Rawatan didapati lebih

Page 116: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

berkesan sekiranya dilakukan dirumah sendiri atau di sekolah khas yang berdekatan dengan rumah kediamannya serta sekumpulan murid autisma lain, tetapi tidak melebihi empat atau lima orang murid dalam setiap kumpulan. Dari segi komunikasi pula, kanak-kanak ini perlu diberi peluang bergaul dengan kanak-kanak normal apabila keadaan mereka lebih baik. Kanak-kanak ini tidak digalakkan duduk disekolah berasrama kerana dikuatiri akan lebih memburukkan keadaan mereka, yang boleh menyebabkan interaksi bersama-sama ahli keluarga mereka akan terjejas.

Manakala dari segi rawatan pula, terdapat dua jenis rawatan menerima sokongan emperikal adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium. Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi tingkahlaku seperti peneguhan positif dan time outy, untuk menigkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri. Lebih kurang 45% daripada kanak-kanak autisma dapat meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian setelah mengambil vitamin B6 dengan magnesium. Terdapat juga beberapa zat makanan pelengkap dan Di- Methy-Iglycine (DMG). DMG banyak membantu kearah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdotuntuk menggalakan kemahiran komunikasi.

Selain itu, ada juga ubat-ubatan seperti Haloperidol untuk mengawal tingkah laku yang tidak diingini boleh diberi tetapi sekiranya kanak-kanak autisma ini terlalu lasak (hiperaktif) sehingga menganggu tidurnya. Dari segi peranan ahli keluarga, mereka juga perlu memberi bantuan agar kanak-kanak ini tidak terabai. Mereka boleh mengikuti pertubuhan seperti NASOM (Nasional Autistic Society of Malaysia) untuk membantu keperluan kanak-kanak autisma dan keperluan keluarga boleh ditubuhkan. Kebanyakkan ibu bapa akan mendapat manfaat setelah menjadi ahli dalam pertubuhan ini.

          3.2  CEREBRAL PALSY

3.2.1. SEJARAH:

Cerebral Palsy ialah perkataan yang menerangkan berkenaan golongan kurang upaya yang menghalang dan menghadkanpergerakan psikomotor seseorang individu itu. Setakat ini tidak terdapat satu sebab yang spesifik kenapa berlakunya Cerebral Palsy. Walaubagaimanapun ia bolehlah dikaitkan dengan kerosakan otak sebelum, semasa atau selepas kelahiran seseorang kanak-kanak itu. Pihak perubatan bertanggungjawab untuk memastikan ibu mengandung memperolehi penjagaan yang betul semasa mengandung, proses kelahiran dan selepas melahirkan anak.

Page 117: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Kekurangan oksigen ke otak atau trauma semasa proses kelahiran akan menyebabkan berlakunya Cerebral Palsy. Bayi yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan kerosakan di otak. Bayi yang mengalami kerosakan otak ketika usia mencapai enam bulan, biasanya mengalami perkembangan yang lambat.

3.2.2 DEFINISI:

Cerebral Palsy (lebih dikenali sebagai Spastik) ialah satu keadaan yang berpunca daripada kecacatan otak. Menurut kajian seorang sukarelawan JOVC, Encik Yasuko Kunimori yang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sandakan Sabah, dalam bukunya yang bertajuk “Satu Projek Klasifikasi Kecacatan” mengatakan Cerebral bermaksud otak, Palsy pula bermaksud kurang atau tidak berupaya mengawal pergerakan otot-otot.

Chua Tee Tee dan rakannya Koh Koh Boon di dalam buku bertajuk, “Pendidikan Khas dan Pemulihan” mengatakan Cerebral Palsy bermaksud kelumpuhan akal yang menganggu pergerakan tubuh. Dari sumber yang diperolehi daripada Unit Pemulihan Carakerja Hospital Melaka, Cerebral Palsy adalah gangguan pergerakan, posture, dan sebagainya yang disebabkan kerosakan atau kegagalan perkembangan normal dalam otak.

Deborah Deutsch Smith dan Ruth Luckasson menulis di dalam “Introduction To Special Education: Teaching In An Age Of Challenge”, the term Cerebral Palsy literally means muscle paralysis whose cause is in the brain. Exceptional Learners- Introduction to Special Education, Daniell P. Hallahan dan James M. Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a disease. It is rather condition that is nonprogressive and noninfectious…

Berasaskan kepada sumber-sumber tersebut, maka Cerebral Palsy didefinisikan sebagai satu pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan, kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak.

3.2.3 CIRI-CIRI FIZIKAL:

Kanak-kanak ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut. Gerakan tersentak-sentak dan kurang berkoordinasi serta mungkin tidak dapat mengenggam benda dengan

Page 118: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

jari. Sekiranya cuba mengawal pergerakan, pergerakan itu akan bertambah tersentak-sentak. Semasa cuba mengambil sesuatu benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka kerenyot dan lidah yang terjulur.

Mereka mungkin tidak dapat mengawal otot-otot bibir, lidah dan kerongkong menyebabkan air liur meleleh. Gerakan mereka adalah tidak stabil dan mereka seolah-olahcuba menstabilkan badan. Semasa berjalan mereka tersandung-sandung dengan gaya berjalan semacam gunting, berdiri atas jari kaki dengan lutut yang bengkok dan menuju bahagian dalam.

Kanak-kanak Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya atau mengeluarkan “babling sound”. Mereka juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya. Selain itu mreka hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Dari segi masalah penglihatan, kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

3.2.4 CIRI-CIRI KSIHATAN:

Kanak-kanak ini akan menngalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini sering menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta mengigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan sukar untuk dikeluarkan semula.

Mereka juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang, dan bising. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

Kanak-kanak Cerebral Palsy mungkin akan mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Pergerakan psikomotor adalah terbatas, mereka tidak boleh berjalan atau duduk sendiri atau menggunakan tangan sendiri. Ada yang boleh belajar berjalantetapi ramai yang menggunakan kerusi roda, braces atau peralatan lain. Sesetengah mengalami masalah menyuap makanan, menghisap atau menelan. Mereka bergantung kepada orang lain untuk makan atau ke tandas.

Page 119: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

                        3.2.5 JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY:

3.2.5.1- Spastik

Kecacatan ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal (voluntary muscle). Menyebabkan koordinasi pergerkan menjadi susah, di mana stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini seterusnya akan mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang pergerakan yang sempurna dan lancar. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang terbesar di kalangan kanak-kanak yang menghidap Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak.

3.2.5.2- Atetosis

Kerosakan berlaku pada bahagian “basal ganglion”. Atetosis dicirikan oleh pergerakan “writhing” yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahagian bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran utama. Sering kali juga ia melibatkan otot-otot tekak dan diapnram yang menyebabkan pertuturan menjadi payah dan tidak jelas. Mereka juga mengalami masalah mengawal pengluaran air liur.

3.2.5.3- Ataksia

Kerosakan pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan kesulitan mengawal imbangan badan yang boleh dikesan dari perawakan dan pergerakan seseorang spastik. Pergerakan  adalah kekok dan teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa meliuk-likkan badannya. Pendengarannya juga turut terjejas. 

3.2.6 LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN:

3.2.6.1- Rawatan Pemulihan Anggota (fisioterapi)

Memberi latihan kepada kanak-kanak spastik menggunakan anggota, terutama kaki dan tangan dengan bantuan alatan seperti ‘kaliper angkup’, ‘walking aid’, asut khas, kerusi perawakan (posture chairs), ‘standing boxes’ dan ‘crawlers’. Latihan yang diberikan, kanak-kanak spastik dapat mengurangkan perawakan dan pergerakan yang kuang normal dan

Page 120: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

dapat mencegah sendi-sendi dan otot-otot dari mengejang disebabkan oleh kekurangan penggunaan.

3.2.6.2- Rawatan Pemulihan Pertuturan

Seseorang kanak-kanak spastik cacat pertuturan disebabkan oleh dua perkara iaitu pertama kerosakan fungsi saraf otot pada bahagian otot pertuturan, pendengaran dan pernafasan. Kedua kekurangan pengalaman akibat dari kekurangan peluang untuk berinteraksi yang disebabkan oleh kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya otot-otot pertuturan diberikan untuk mengembangkan keupayaan untuk berkomunikasi sama ada secara lisan, isyarat ataupun bertulis.

3.2.6.3- Rawatan Pemulihan Cara Kerja 

Memperkembangkan pola pergerakan asas kepada kemahiran motor dan sosial bagi membolehkan kanak-kanak berdikari dari segi fungsi mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah kebolehan memegang dan menggunakan sesuatu barang, perkembangan kordinasi mata dan tangan, perkembangan fungsi sensori dan persepsi. Latihan berupa mencapai, memegang dan melepaskan sesuatu barang, latihan menggunakan jejari bagi membolehkan kegunan jejari untuk makan, menulis dan sebagainya dengan bantuan alatan seerti ‘hand splint’, sudu khas dan seumpamanya.

Latihan persepsi diberikan dengan mendedahkan kanak-kanak kepada seberapa banyak pengalaman seperti sensori dan dilatih membentuk konsep yang bersesuaian berkenaan diri sendiri dan juga keadaan sekelilingnya. Umpamanya tentang warna, bentuk, saiz dan rasa. Dalam memperolehi kemahiran sosial, kanak-kanak dilatih melakukan aktiviti-aktiviti seharian.

Contohnya aktiviti penjagaan diri sendiri seperti makan, memakai pakaian dan latihan ke tandas. Aktiviti kehidupan seperti memasak, mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi dan hobi. Aktiviti vokasional seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti pertanian.

3.3 DISLEKSIA 

3.3.1. DEFINISI:

Perkataan Disleksia (dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ bermaksud ‘kesukaran’ dan ‘lexia’ bermaksud ‘perkataan’ dan jika diterjemahkan secara

Page 121: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

terus bermaksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Istilah lain yang digunakan untuk menunjukkan masalah ini ialah “buta huruf”.

Perkataan Disleksia telah diperkenalkan oleh Profesor Berlin, seorang pakar perubatan dan ophtalmotologist pada tahun 1887 (Hammond & Hughes, 1996). Dari sudut pengistilahan, penggunaan perkataan Disleksia amat terhad kerana istilah tersebut merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaan menguasai kemahiran membaca. Penulisan Barat mentakrifkan Disleksia sebagai kesukaran atau ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.

Manakala mengikut British Psychological Society (1999)“Dyslexia is evident when accurate and fluent word reading or spelling develops very incompletely or with great diffculty”, iaitu Disleksia terbukti wujud apabila ketepatan dan kelancaran membaca perkataan atau mengeja berkembang secara amat tidak lengkap atau dengan kesukaran yang amat sangat.

Bagi Payne dan Turner (1999), Hammond dan Hughes (1996) lebih cenderung menggunakan istilah ‘Specific Learning Difficulties’ (masalah belajar spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah belajar disleksia. Pada mereka murid Disleksia bukan sahaja mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja tetapi berkemungkinan menghadapi masalah secara menyeluruh dalam kemahiran ‘literasi’ dan ‘numerasi’.

3.3.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:    

Secara umumnya tiada apa yang membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain. Mereka membesar seperti biasa, tidak terbantut pertumbuhan. Tetapi apabila dikaji mereka ada perbezaan dengan murid normal. Fahaman lisan mereka baik tetapi lemah dalam bacaan. Mereka juga fasih bertutur dan boleh bercerita tetapi kerja tulisan lemah. Tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah.

Pakaian mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor, butang bajusalah butang, tali kasut tidak diikat rapi, kidal, kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan pemalas atau bodoh. Perhatiandan pengamatan singkat dan lemah. Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri, suka membuat bising.  

Page 122: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan sudu garfu sewaktu makan, sukar menggunaakn gunting terutama jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensil secara ganjil, sukar mengikat tali leher.

Mereka juga sukar untuk melompat dan skipping kerana masalah keseimbangan, sukar untuk menangkap , membaling dan menyepak bola. Mereka sering terlanggar orang lain dan objek, selalu menjatuhkan barang, sukar untuk naik tangga, sukar belajar menunggang basikal, sukar menyiapakan meja makan, sukar untuk berenang, sukar dalam permainan yang menggunakan perkataan kiri atau kanan, atas atau bawah, depan dan belakang, undur atau maju serta sukar belajar menari.

Setiap individu mungkin dominan pada bahagian kiri atau kanan sahaja. Bagi murid-murid yang mempunyai masalah literaliti bersilang menggunakan kedua-dua bahagian kiri dan kanan dalam melakukan pekerjaan yang berlainan. Contohnya individu menyepak bola dengan kaki kiri tetapi melihat melalui lensa kamera dengan mata kanan. Masalah ini juga boleh dilihat sewaktu kanak-kanak menggunakan pen, pensil atau krayon.

3.3.3. JENIS-JENIS DISLEKSIA:

3.3.3.1- Disleksia Pandangan

Murid-murid ini dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan, membuat interpretasi atau mengingati erkataan yang dilihat. Ada yang begitu teruk sehingga tidak dapat membaca langsung, ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan yang mempunyai sukukata yang banyak sahaja.

Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama, seperti beg untuk bog, snip untuk ship. Kecenderungan kebalikan seperti dig untuk big, kecenderungan songsang contohnya spa untuk sap. Lukisanyang rendah mutunya kerana banyak butiran yang penting ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa. Tidak dapat menjalani latihan permainan sukan yang kompleks. Kepayahan membuat analisis dan sintesis pandangan, tetapi tinggi daya kebolehan dalam aktiviti kemahiran mendengar yang mana menutup kekurangan dalam aktiviti berkaitan dengan pandangan.

3.3.3.2- Disleksia Pendengaran

Dapat melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi pendengaran. Contohnya membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenala pasti bunyi dalam setiap perkataan satu pengadunan bunyi untuk menjadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke

Page 123: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

dalam suku kata tertentu. Murid-murid ini akan menghadapi masalah dalam belajar membaca.

Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kecelaruan diskriminasi pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan sukar belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik. Mempunyai masalah dengan analisis dan sintesisi pendengaran. Ini menyebabkan ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada sukukata atau bunyi tertentu, tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan menjadi satu yang lengkap.

Tidak dapat membunyikan semula bunyi dalam perkataan, contohnya tidak dapat mengingati bunyi huruf atau tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu makna perkataan itu. Ada kekacauan dalam memahami bunyi secara berurutan seperti penyebutan yang tidak betul semasa menulis, mengubah urutan huruf kerana tidak dapat mengingat atau mengekalkan urutan bunyi. Darisegi perlakuan, murid-murid ini lebih cenderung untuk memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran pandangan.

3.3.4. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:

Mereka yang menghadapi Disleksia biasanya susah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis tetapi memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan yang lain. Ini disebabkan oleh perbezaan dalam caraotak memproses maklumat terutama sekali berkenaan dengan bunyi , simbol dan makna. Kanak-kanak Disleksia cenderung menggunakan otak kanan. Ini menimbulkan cara disleksik berfikir dan cara belajar berlainan. Cara anak Disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu anugerah bukan satu masalah.

Program kemahiran keibubapaan seperti Program Peningkatan Akademik. Sebelum persekolahan, ibu bapa hendaklah peka dengan memerhatikan simptom-simptom Disleksia, beri bantuan bacaan dan latihan pembelajaran sebelum tadika, perhatikan dan beri bantuan sosial, beri pengalaman luaran meningkatkan pengetahuan seperti melawat zoo, muzium dan lain-lain.

Ketika bersedia untuk memasuki alam persekolahan, ibu bapa hendaklah berbincang dengan guru besar dengan memberitahu masalah melalui maklumat berkenaan penilaian psikologi dan pendidikan, mengenali guru yang mengajar anak dengan menjelaskan masalah anak dan meminta kerjasama membantu dan memahami masalah anak sepanjang persekolahan.

Ibu bapa juga perlu meluangkan masa untuk mengajar dan membantu anak melalui mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak, mengenal pasti bakat kebolehan dan kemahiran khusus yang dimiliki, cuba berbagai cara untuk menarik minat dan menambah motivasi serta memahami gaya pembelajaran kanak-kanak Disleksia.

Page 124: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Selain itu juga mengadakan program perkongsian mengajar berhasil. Program ini dapat membantu ibu bapa membantu anak mereka di rumah dengan menggunakan pendekatan secara bersama dengan guru. Gunakan pelbagai deria seperti sebut, dengar, lihat, rasa dan sentuh. Contohnya menulis atas pasir, bina bentuk huruf., mengulang dengan kerap melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan.

Kaedah kumulatif di mana ia mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari dengan menggunakan contoh yang berbeza untuk pengukuhan dan pembinaan yakin diri seperti menggunakan strategi ingatan atau hafalan seperti peta minda, lukisan dan carta. Kanak-kanak Disleksia mudah berasa letih, jadi kurangkan beban kerja mereka. Kaedah yang lebih baik dengan membaca hanya sebelah mata yang mengelakkan kedua-dua melihat huruf yang kelihatan bersilang antara satu sama lain.

Di samping itu juga, mengadakan program kerjasama antara pelbagai disiplin. Termasuklah terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli psikologi, guru pendidikan khas, pentadbir dan ahli-ahli lain akan mampu membina modul serta pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh ibu bapa mengembang potensi anak-anak ini.

Individu Disleksia harus digalakkan mempamerkan kekuatan luar biasa terutama dalam pemikiran kreatif secara visual. Kebolehan mereka yang unik harus digunakan supaya mereka juga boleh berjaya dalam bidang seni, sains dan teknikal. Nama-nama hebat yang tergolong dalam kumpulan Disleksia termasuklah Thomas Edison, Leonardo De Vinci, Winston Churchill, George Pattorn dan William Butler Yeats.

3.4 SPINA BIFIDA

3.4.1. DEFINISI:

Perkataan Spina Bifida berasal dari perkataan ‘Latin’ bermaksud ‘Split Spike’ atau tulang belakang merebah iaitu pembentukan yang tidak lengkap atau selaput yang menonjol.

                                    Sistem saraf pusat elemen utamanya ialah otak dan spina cord. Semua aktiviti badan dikawal oleh otak dengan cara menerima maklumat menerusi sentuhan, penglihatan, perasaan, deria rasa dan pendengaran. Spina terbentuk daripada 33 cantuman tulang di sepanjang belakang berfungsi pergerakan otot-otot dan melindungi spina cord. Tiub neural terbentuk antara 14-28 minggu. Spina terjadi disebabkan tulang mengelilingi otak dan spina cord gagal bercantum dengan lengkap.

3.4.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:

Page 125: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Terdapat beberapa masalah perkembangan fizikal yang dikenalpasti iaitu perkembangan fizikal tidak sempurna, kebolehan mental yang teruk, cara percakapan yang janggal, sukar berjalan mengikut arah bunyi dan hanya menggunakan isyarat tangan apabila berkomunikasi. 

3.4.3. CIRI-CIRI KESIHATAN:

Mempunyai masalah kesihatan seperti saiz telinga, telinga berair atau bernanah, kurap, selesema, sakit tekak dan tonsilitus. Hilang kawalan atau kesukaran mengawal untuk membuang air kencing, kencing malam kerana mengalami masalah usus dan pundi kencing. Saraf-saraf menjadi tegang terutama bahagian “lumber dan sacral”.

3.4.4. LANGKAH-LANGKAH PERUBATAN:

Wanita mengandung perlu mengambil asid folik pada kadar 0.4 mm setiap hari terutama ketika awal mengandung. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini terhadap anak dalam kandungan. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan nasihat dan kaunseling perubatan daripada pakar genetik.

3.5 SLOW LEARNER3.5.1. DEFINISI:        

Slow Learner (lambat belajar) ialah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang di bawah sederhana atau rencatan yang ringan. Mengikut Burt (1937) “Slow Learner who are unable to cope with the work normally expected of their age group. In teaching backward children, the mentalage is often taken as a guide to the levels of attainment to be expected of pupils. Thus, if a child’s mental age is 10 years, we assume that his attainment age should also be at the 10 years level. On the contrary, if his attainment age falls below his mental age, his is considered a slow learner”.

3.5.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:

Kanak-kanak ini menunjukkan kebolehan menulis dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya dua tahun di bawah usianya. Lemah daya perhatian terhadap sesuatu kerja, tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya kerana mereka selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang lain dan menggunakan perkataan yang tidak menarik perhatian kanak-kanak lain kepada mereka.

Selain itu, kekok pergerakan tangannya lalu menimbulkan masalah pembelajaran di sekolah. Ini kerana setiap kali guru menyuruh mereka menyalin sesuatu, mereka tidak dapat menghabiskan kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya pemikiran mereka mungkin

Page 126: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

sederhana atau lebih baik daripada kanak-kanak lain tetapi masalah kekok pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal dalam uijan yang memerlukan banyak menulis.

3.6 EPILEPSY

3.6.1 SEJARAH

Dalam masyarakat melayu penyakit sawan memang sudah dikenali sejak dahulu lagi. Ia lebih popular dengan gelaran “gila babi” atau “sawan babi” bagi masyarakat melayu. Bagi masyarakat cina pula, mereka menggelarkannya sebagai “sawan kambing”. Kedua-dua gelaran ini jelas menunjukkan rasa jijik masyarakat kita terhadap penyakit tersebut dengan mengaitkannya dengan nama binatang. Panggilan-panggilan yang kejam ini adalah tidak berperikemanusiaan dan boleh menimbulkan kesan negatif yang mendalam di dalam jiwa kanak-kanak tersebut.

Akibat kurangnya pengetahuan tentang penyakit tersebut, maka ada antara kita yang mengaitkannya dengan rasukan syaitan ataupun hantu. Lantas, ada ibu bapa yang membawanya berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk mengubatinya dan bukannya  ke klinik atau ke hospital. Ini disertakan pergerakan mereka sewaktu mengalami epilepsy tersebut. Secara tiba-tiba pesakit akan terjatuh, badannya terketar-ketar, mulut berbuih dan kemudian akan tertidur keletihan. Fenomena ini berlaku seperti dirasuk oleh syaitan.

3.6.2 DEFINISI

Menurut Kamus Dewan 2002, sawan atau epilepsy bermaksud penyakit yang dating secara tiba-tiba dan menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang, berbuih mulut dan lain-lain. Epilepsy adalah sawan serius. Semasa pesakit mengalaminya terdapat perubahan pada “Brain Wave”.

Epilepsy atau sawan terbahagi kepada dua iaitu sawan demam dan sawan bukan demam. Sawan  demam ialah sawan yang berpunca dari demam panas dan berlaku dikalangan kanak-kanak yang berumur diantara enam bulan hingga tiga tahun. Manakala, sawan bukan demam ialah yang berpunca bukan disebabkan oleh demam panas.

Page 127: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Namun begitu, sawan bukan demam terbahagi kepada tiga. Antaranya ialah sawan grand mal, sawan petit mal, dan  sawan psikomotor. Sawan grand mal ialah yang ditandai dengan kehilangan ingatan, kekakuan badan, menahan nafas, jatuh ke tanah melainkan jika ditahan, badan yang terketar-ketar dan berakhir dengan kelesuan dan tertidur. Setelah sedar, mereka pening kepala, kebingunggan dan mengantuk.

Selain itu, sawan petit mal pula ialah ditandai dengan sifat merenung jauh seolah-olah pesakit sedang dilamun mimpi disiang hari. Kadangkala dia mengenyitkan matanya  beberapa kali secara tiba-tiba atau diikuti oleh pergerakan pada kaki, tangan atau pipi muka beberapa kali.

Manakala, sawan psikomotor pula ialah perlakuan-perlakuan yang disengajakan, tetapi tidak sesuai dengan keadaan. Pesakit seolah-olah seperti dirasuk sambil mendecap-decapkan bibirnya beberapa kali atau melakukan pergerakan bibirnya seperti menguyah. Pesakit juga mungkin bangun secara tiba-tiba dari kerusinya dan berjalan sambil membuka baju. Ada juga yang bercakap sendirian dan menggerak-gerakkan tangannya seolah-olah memandu kereta. Jika perlakuannya dihalang, pesakit akan melawan atau pun merasa marah. Sawan psikomotor berlangsung hanya beberapa minit sahaja dan tidak disertai oleh pengerakkan badan yang keterlaluan atau pun terjatuh.

3.6.3 CIRI-CIRI FIZIKAL

Secara umumnya, penyakit epilepsy menyerang kanak-kanak tidak mengira sama ada kanak-kanak itu di dalam kategori sebagai kanak-kanak istimewa atau tidak. Di sini bermaksud kanak-kanak normal juga ada yang mngidap epilepsy. Perkembangan fizikalnya adalah kognitif dan sosial.

Kanak-kanak yang mengalami terencat akal lazimnya juga akan menghadapi epilepsy, tetapi semua pesakit epilepsy adalah terencat akal. Ada kanak-kanak yang menghidapi epilepsy aktif seperti kanak-kanak normal, gembira dan ada kalanya lebih pandai lagi daripada kanak-kanak normal. Dalam hubungan sosial pula, kanak-kanak tersebut boleh bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain. Cuma semasa kanak-kanak tersebut mengalami epilepsy, keadaannya jauh berbeza dengan kanak-kanak normal. Pada waktu itu, mereka tidak boleh berfikir dan mengingatinya. Keadaan mereka agak lemah dan kepenatan seterusnya akan tertidur.

Bagi kanak-kanak epilepsy yang mengalami kerencatan akal pula mempunyai fikiran yang tidak keruan dan merungsingkan. Tindakan mereka diluar kawalan dan tidak diduga seperti naik marah, membaling barang-barang, menghantuk kepala, mencederakan diri dan sebagainya. Emosi dan fikiran mereka tidak stabil apatah lagi apabila diserang epilepsy.

Terdapat masyarakat yang memandang negatif terhadap kanak-kanak kerencatan akal dan dalam masa yang sama juga mengalami epilepsy. Oleh kerana itu, pergaulan mereka agak terbatas. Ini disebabkan, ada yang beranggapan epilepsy boleh berjangkit

Page 128: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

melalui air liur yang meleleh. Ibu bapa kanak-kanak tersebut juga kadang kala tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan masyarakat luar kerana merasa malu mempunyai anak epilepsy.

3.6.3 LANGKAH PENCEGAHAN

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada menghidap epilepsy ini. Antaranya ialah jangan biarkan anak-anak yang mengalami demam yang berpanjangan. Jika dibiarkan terlalu lama dan suhunya terlalu tinggi akan menyebabakan anak-anak tersebut mengalami sawan demam. Oleh itu, seharusnya ibu bapa segera membawanya ke klinik atau pun ke hospital. Terdapat juga ibu bapa yang mengelap badan kanak-kanak terebut dengan tuala basah agar suhu badannya akan  turun.

Selain itu, elakkan kepala daripada terhantuk dengan kuat terutama dikalangan kanak-kanak. Hantukan dan pukulan yang kuat boleh menimbulkan masalah saraf di kepala. Masalah saraf di kepala mempunyai kaitan dengan kerencatan akal dan hampir semua yang terencat akal mengalami epilepsy.

Disamping itu, dapatkan makanan yang seimbang bagi ibu-ibu yang mengandung. Makanan yang seimbang ini mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan di dalam badan si ibu dan membantu pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan gula, kalsium, atau magnesium di dalam darah boleh mengakibatkan epilepsy.

Malah, pastikan keadaan dan kelengkapan yang mencukupi sewaktu menyambut kelahiran. Ini kerana epilepsy boleh berlaku dikalangan mereka yang lemas semasa di dalam rahim ibu atau pun ketika dilahirkan. Sering kali kita mendengar layanan-layanan yang kurang baik diberikan oleh pihak hospital kepada ibu-ibu yang akan melahirkan anak. Sikap sambil lewa dan cuai ini kadang kala menyebabkan si ibu bersalin seorang diri dan akibatnya ank tersebut lemas di dalam rahim atau pun sewaktu dilahirkan.

Walau bagaimanapun, elakkan daripada terdedah dengan keracunan plumbum khususnya bagi ibu-ibu yang mengandung. Keracunan plumbum ini termasuklah seperti terdedah dengan cat, petrol dan sebagainya.   

3.7 HIPERAKTIF (Attention Deficit Disorder)

Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat (central nerves system). Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktornya ialah genetik, infeksi, kerosakan pada otak dan masalah persekitaran rumah. Selain itu, ia juga berpunca daripada keracunan (toksin), kekurangan zat makanan, alahan kepada makanan dan alahan kepada bahan kimia.

Page 129: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Mereka tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukkan kedegilannya serta susah dikawal dan didisplinkan. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk diam di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.

            Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan mereka sering terasa terasing. Kanak-kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga empat puluh orang murid dalam satu kelas. Mereka tidak boleh menerima perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.

Selain itu, kanak-kanak hiperaktif ini juga mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kank-kanak seperti ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu. Guru-guru perlu sering meberikan peringatan kepada murid-murid  ini sama ada isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatiannya dari semasa ke semasa. Adakalanya, pakar kanak-kanak perlu memberi ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.

Walau bagaimanapun, hiperaktif ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri khususnya ialah aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan serta tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi, dan warna. Selain itu, mereka ini tidur tidak tetap dan terlalu kerap menangis atau ketawa. Disamping itu, mereka sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan dan mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Malah, mereka sering mengamuk bila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri  serta berinteraksi dengan rakan sebaya.      

3.8 SINDROM DOWN

3.8.1 Apa itu Sindrom Down

Ramai telah mendengar namun, ramai juga yang cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan sejenis penyakit yang moden atau orang kaya malah sindrom down (SD) tidak dikatakan penyakit. Sindrom Down tidak boleh diubati dan ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kank-kanak sindrom down lambat berbanding dengna kanak-kanak biasa. Oleh itu akank-kanak sindrom down perlu

Page 130: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membawa mereka berdikari. Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu Trisomi, Traslovation dan Mesiac. Tidak kira jenis Sindrom Down, kanak-kanak Sindrom Dwon boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.

Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang dilahirkan mempunyai tiga salinan kromosom ini. Sebab itu jugalah, Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21. Dengan erti kata lain, mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyebabkan mereka dikategorikan Sindrom Down dan lain-lain kromosom mereka adalah normal.

3.8.2 Apa itu kromosom

Kromosom adalah struktur yang terdapat nucleus sel-sel yang mengandungi maklumat yang di warisi daripada ibu dan bapa. Ia mengandungi kod genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian pertumbuhan dan fungsi sel.

Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu. Manakala bakinya di warisi daripada bapa. Setiap individu mempunyai kod genetic yang unik (kecuali kembar seiras)Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan fizikal setipa individu yang berbeza-beza.

3.8.3 SEJARAH SINDROM DOWN

Penyakit ini sebenarnya sudah diketahui sejak 1860 oleh Dr.Langdon Down dari Inggeris, tetapi baru pada awal tahun 60-an ditemukan diagnosisnya secara pasti iaitu dengan pemeriksaan kromosom. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas, iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas.

Tetapi setelah diketahui bahawa penyakit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan adanya tuntutan dari perintah negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap pemberian nama tersebut , maka dianjurkan untuk mengganti nama tersebut dengan Sindrom Down .

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis luar negara .Pada tahun 1866 , seorang ahli fizik berbangsa Inggeris , John Lagdon Down ( 1828 – 1896 ) telah menerbitkan penerangan pertama di dalam dunia perubatan mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down .Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome Lejuene , seorang ahli fizik dari Perancis . Beliau telah menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke -21 . Bagi orang normal , bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi pengidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom .Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom pertama yang dirajahkan secara penuh .

Page 131: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

3.8.4 CIRI – CIRI MASALAH FIZIKAL SINDROM DOWN

3.8.4.1 Sifat Pada Kepala , Muka , Dan Leher                  

           

Kanak –kanak Sindrom Down mempunyai ciri – ciri fizikal yang unik di mana mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol . Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek .Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam .Mata mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua- dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata .

Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang tebal , kasar , dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir .Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur .Paras telinga adalah lebih rendah . Kebiasaannya kepala mereka adalah lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek .

                                    3.8.4.2 Sifat Pada Tangan dan Lengan

Sifat- sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari- jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan yang lebar dan pendek .Kebiasaannya tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan .Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol .

                                    3.8.4.3 Sifat Pada Kaki

Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki .

Page 132: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

                                    3.8.4.4 Sifat Pada Otot

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebakan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar .

                                    3.8.4.5 Ciri-Ciri Lain

Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendah serta agak bongkok . Mereka juga majority adalah berambut lurus dan lembut . Kebiasaanya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan bergembira diamna mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik . IQ mereka pula adalah di antara 30-80 . Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir .

            3.8.5 PUNCA-PUNCA KEJADIAN

Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunayi risiko ynag lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down . Sembiloan puluh lima peratus ( 95%) Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 . Keadaan ini disebabkan oleh “kon-dysjustion” kromosom yang terlibta itu adalah kromosom dua puluh satu di mana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom dua puluh satu tidak berlaku dengan sempurna .

Di kalangan lima peratus (5%) lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “tranlocation”. Keadaan biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetic dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemua 46 kromosom.

Mekanisna ini biasanya berlaku apda ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda . Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “mossic”.

            3.8.6 JENIS-JENIS SINDROM DOWN

3.8.6.1 Trisomi

Page 133: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Kanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan intelek . Kanak-kanak jenis ini adalah berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47 .

Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga . Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu ynag berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu ynag berusia 40 tahun nisbah kelahiran adalah pada nisbah 1:30 kelahiran . Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini ialah antara 50%-80% .

3.8.6.2 Translocation

Kelahiran jenis ini tidak membabitkan kebaikan kromosom dalam darah ibu hamil. Sindrom Down (translocation) ini terjadi dalam dua cara .Cara yang pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21 . Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak Sindrom Down adalah 3%-5%.

Cara kedua yanbg terjadi apabila secebis kromosom yang bernombor 21 bercampur dengan nombor yang sama . jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down ini ialah di antara 50%-80%.

3.8.6.3 Mosaic

Sindrom Down jenis ini adalah tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down . Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk . Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.

3.8.7 MASALAH KESIHATAN

3.8.7.1   Masalah Jantung

Masalah jantung yang paling kuat berlaku adalah jantung berlubang seperti Ventricullar Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara arteri kiri dan kanan .

Page 134: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan ( Patent Ductus Ateriosis / PDA) .Bagi kanak-kanak ini boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan susah bernafas .

           

3.8.7.2 Masalah Usus

            Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti :

1. Salur esophagus yang terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian yang tertentu esofagus. Biasanya ia dapat di kesan semasa ia berumur 1-2 hari di mana bayi mengalmai masalah menelan air liurnya atau dikesan oleh doktod atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir .

2. Salur usus kecil duodenum yang tidka terbuka penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum . biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar .

3. Salur usus rektum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum . Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar .

3.8.7.3 Masalah Lain

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormone tairiod . masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down .

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher boleh menyebabkan berlakuany penyakit lumpuh di mana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down . Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia .

Selain itu kanak-kanak Sindrom Down mudah mendapat selesema, radang tengkorok dan radang paru-paru . Mereka juga menghadapi masalah kurang pendengaran dan penglihatan yang kurang jelas

Page 135: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

3.8.8.LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Walaupun Sindrom Down sejenis penyakit yang di anggap serius tetapi ia boleh di cegah . Terdapat beberapa langkah dalam pencegahannya . Pencegahan tersebut meliputi ibu-ibu yang mengandung .

Para ibu sememangnya tidak digalakkan untuk mengandung setelah usia mereka mencecah atau melebihi 35 tahun . Tetapi keadaan ini sememangnya menjadi masalah pada masa kini kerana kebanyakkan golongan wanita lebih cenderung atau lebih mementingkan kerjaya daripada memikirkan tentang rumah tangga . Oleh itu mereka telah mengambil langkah untuk berkahwin lambat . Keadaan ini telah menyebabkan mereka lewat mengandung dan kesuburan mereka akan terjejas . Oleh itu, terdapatnya pelbagai informasi yang disiarkan oleh media massa kita hendakklah mengambil berat tentangnya kerana ia boleh dijadikan panduan dalam kehidupan berkeluarga .

Jika seseorang ibu pernah mengalami masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat, mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar . Cara yang sebegini adalah untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak cacat ataupun Sindrom Down . Melalui pemeriksaan ini juga , kita dapat mengetahui penyebabnya, seterusnya ibu itu boleh mengambil langkah pencegahan yang segera . Kita amat mementingkan pencegahan adalah disebabkan kerana jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk merawtanya tidak mungkin lagi dapat dijalankan walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan serta ari-ari seseorang seperti yang telah dinyatakan .

Disamping itu dengan adanya kemudahan teknologi yang cangggih dalam bidang perubatan sekarang, ibu-ibu yang mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down sebagai langkah pencegahannya . Kaedah ujian ini adalah satu langkah pencegahan yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat iaitu dalam tempoh bulan pertama ketika kehamilan sedang berlaku . Prosedur ini tidak mendatangkan kesan serta menyakitkan si ibu . Ia juga kurang merbahaya bagi bayi di dalam kandungan dan kaedah ini juga tidak melibatkan pengmbilan cecair dari dalam rahim ibu . Namun begitu, wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan di dunia . Oleh itu, prosedur yang terbaru yang dikenali sebagai Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau FTPS dapat memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down . Ujian boleh dijalankan oleh ibu-ibu mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14 kehamilannya .

Page 136: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

3.8.9 UJIAN MENGESAN ANAK YANG CACAT

Jika seseorang wanita itu menglami kehamilan, maka mereka boleh melakukan ujian untuk diuji selnya bagi bayi yang sedang membesar dalam kandungannya . Ia merupakan satu kaedah yang baru dan ia juga dinamai sebagai Penempelan Vilus Korion dan kaedah ini membolehkan seseorang doktor mengambil sel ini pada minggu yang kelima kehamilannya .

Kaedah tersebut dilakukan dengan memasukkan, satu tiup pig yang halus serta melalui vagina ibu seterusnya ke adlam uterus . Dengan bantuan Ultrasound juga, ia dapat memberikan gambaran tentang kandungan uterus dan koroin, iaitu sau membran yang melingkumi bayi dalam kanduang yang sedang membesar itu .

Seterusnya penyedut akan digunakan untuk mengeluarkan satu sample Vilus Korion, melaluinya sambungan bak pokok bagi Korion dapat di lihat . Sel-sel ini dalah merupakan sel yang mengandungi kromosom dan genetic ynag sama seperti bayi dan ia boleh diuji bagi pengesanan sebarang kecacatan genetik . Contohnya, satu Kariotip akan menunjukkan sama ada bayi yang akan dilahirkan pengidap Sindrom Down atau sebaliknya .

Di samping itu juga, terdapat dua lagi akedah ujian yang lain boleh digunakan untuk mengumpul sel bagi melakukan ujian . Amniosentesis dilakukan pada kira-kira minggu keenam belas kehamilan si ibu . Manakala bagi amniosentesis,. Sebatang jarum panjang yang digunakan untuk mengeluarkan sedikit bendalir Amnium dan sel fetus . Selepas sel dikultus, maka analisis serta ujian kromosom yang boleh mengesan kekurangan biokimia boleh dijalankan . Dalam fetoskopi, serta periskop yang kecil denga satu sumber cahaya sejuk disisipkan melalui satu belahan yang kecil di dalam uterus . Melalui kaedah ini ia membolehkan kita melihat sebahagian kecil fetus di dalam dan mengambil sampel kulit serta darah bagi tujuan untuk dilakukan ujian .    

3.9 MURID PINTAR CERDAS            

3.9.1 DEFINISI

Ahli biologi mengatakan pintar cerdas sebagai kebolehan luarbiasa yang dimiliki oleh seorang individu yang melakukan adaptasai dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran . Sebagai contoh ialah sensitive dan juga diam .

Stanford Binet (1916) pintar cerdsa merupakan kepada keupayaan seseorang untuk memahami, membuta pertimbangan dan penakulan denagn bijak . Manakala Lewis Terman (1916) pula menyatakan bahawa pintar cerdas sebagai individu ynag berkebolehan berjiwa secara abstrak iaitu lebih jauh daripada orang biasa .Mengikut pendapat Marland (1972) kanak-kanak yang dikenlapasti oleh pihka yang berkelayakkan profesional sebagai individu ynag memiliki kebolehan tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan . Di samping

Page 137: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

itu, menurut pusat perkembangan kurikulum Malaysia , pintar cerdas adalah kanak-kanak yang maju dalam pembelajaran dan menerima pelajaran lebih awal dan cepat daripada kanak-kanak normal . Mereka dapat membuat kerja sekolah dengan cepat, sempurna serta mempunyai bakat menyeluruh dalam bidang yang tertentu .

Kesimpulannya ialah pintar cerdas merangkumi satu kombinasi yang istimewa dan tinggi, (Superiol General Abilities), pencapaian kreatif pada tahap yang lebih bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya .

3.9.2 PUNCA-PUNCA PINTAR CERDAS

3.9.2.1 Faktor Genetik

Perwarisan daripada ciri-ciri fizikal ibu bapa, boleh dibeza-beza jika di lihat persamaan dan perbezaan anak-naka dalam keluarga . Kebanyakkan pakar bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sememangnya diwarisi daripada ibu bapa . Namun begitu tiada alat yang dapat mengukur kebenaran faktor genetik . 

3.9.2.2 Faktor Persekitaran

Pengalaman melalui asuhan merupakan salah satu daripada factor yang lebih dominan dan membnatu dalam perkembangan serta meningkatkan kepintaran seseorang. Keadaan sekeliling seseorang individu yang membesar adalah faktor penentu untuk menentukna sejauhmana bakat dan kepintaran yang diwarisi berkembang .

3.9.3 CIRI-CIRI MASALAH FIZIKAL PINTAR CERDAS

Page 138: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalamai masalah fizikal dalam pintar cerdas ialah mempunyai semangat inkuiri dan perasaan curiga . Kebolehan yang luar biasa, suka bertanya dan berminat untuk mendapatkan jawapan yang terkini .

Mereka yang terdiri dariapda golongan ini juga berciri-cirikan seperti sangat kreatif teruatamyan dalam menguasa dalam kemhairan yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang abstrak da mempunyai idea-idea yang kreatif dan kadang kala mereka di anggap pelik .

Di Samping itu, mereka juga bercirikan seperti suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar oleh orang lain . Mereka juga boleh bercakap, membaca, menulis dan memahami percakapan orang dewasa pada peringkat umur yang awal dan mempunyai perbendaharaan kata yang kemas . Selain itu, mereka juga dikatakan mempunyai tahap penumpuan yang lama terhadap sesuatau perkara terutamanya dalam aspek kemahiran dan mereka juga mempuyai tenaga yang banyak dan dikatakan begitu aktif serta mampu bersesosial dengan cepat .  Kanak-kanak yang diketegorakan dalam masalah ini juga mempunyai daya keistimewaan yang hampir sama dengan kanak-kanak normal ynag biasa . Mereka juga turut mempunyai daya kepimpinan dan ketua yang lebih dominant serta “superior” di kalangan rakan sebaya .

3.9.4 MASALAH KESIHATAN

JENIS-JENIS KECERDASAN DAN KEBOLEHAN ( DR.GARNER )

3.9.4.1 Verbal-Linguistik

Mereka berkebolehan dalam menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan .Golongan ini juga amat peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutamanya kebolehan dalam merangsang emosi .

3.9.4.2 Logik dan Matematik

Kebolehan dalam menakluk, menyelesaikan masalaah yang komplek, membuat perkaitan seperti menyoal, kritis, cekap dalam membuat pengiraan dan perbandingan . Mereka juga cukup cekpa dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan komputer .

Page 139: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

3.9.4.3 Existentian

Kanak-kanak ynag terdiri daripada golongan pintar cerdas adalah amat berminat tentang hayat, evolusi manusia dan kematian .

3.9.4.4 Visual-Ruang

Mereka berkebolehan dalam mengesan dan menggambar bentuk, ruang,warna dan garisan. Selain itu mereka berkebolehan dalam mempersembahkan idea visual dan mengesan grafik . Berkebolehan juga dalam bidang seni, kreatif dalam menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat . 

           

3.9.4.5 Muzik

Kanak-kanak dari masaalh pintar cerdas adalah amat berkebolehan dalam mengsan nada, melodi termask kemahuan dalam mengenal logo dan mengubah tempo / irama dalam melodi yang mudah . Mereka juga boleh merekodkan memori auditori . Murid yang mempunyai kecerdasan ini gemar belajar dalam masalah pengjaran lisan dan suka akan aktiviti yang jenis bersifat tarian .

3.9.4.6 Interpersonal

Kebolehan dalam memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrta orang lain. Mereka boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan . Murid-murid ini yang tergolong dalamkecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan lagi melalui pembelajaran koorperatif, pengajaran dengan rakan sebaya akan penglibatan dalam perbincangan kelas . Kebolehan dalam menjayakan sesuatu perhubungan dan kebolehan bersosialis. Selain itu, murid-murid daripada masalah pintar cerdas ini juga berkebolehan dalam memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuk kemahiran yang membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana untuk mengawal perasaan . Mereka juga turut berkebolehan dalam memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi dan golongan pintar cerdas ini juga suka bekerja secara bersendirian .

Page 140: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

3.9.4.5 Kinestetik

Berkebolehan dalam menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuki menyelesaikan masalah termasuk masalah fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan .Murid-murid pintar cerdas ini juga amat mahir dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan motor halus dan motor kasar NATURALS.Di samping itu juga mereka juga turut berkebolehan dalam mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuhan bahan galian dan haiwan serta berkebolehan dalam melihat perhubungan dan pula yang rapat antara tumbuhan dan juga antara kehidupan haiwan .

3.9.5 Perkembangan Fizikal

Pada dasarnya kanak-kanak pintar cerdas mengalami pertumbuhan fizikal yang sama .

      

3.10 KERENCATAN AKAL

Golongan yang mudah mengalamai masalah kerencatan akal adalah terdiri daripada kanak-kanak yang lewat dalam perkembangan berbanding dengan kanak-kanak normal . Kelewatan itu bergantung kepada tahap ( degree ) iaitu sejenis kerencatan yang di alami oleh seseorang kanak-kanak . Selain itu kelemahan mereka juga kurang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seumur dengan mereka .

Kanak-kanak terencat akan memerluikan masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal . Hanya sebahagian kecil sahaja , kanak-kanak yang dilahirkan cacat atau tidak normal dan sebahagian besranya sihta dan normal . Sunggguhpun begitu kanak-kanak yang sihat dan normal ini tidak semuanya akan mejadi orang dewasa yang normal .

Terdapat beberapa bahaya yang perlu dihadapi dan juga ditempuhi oleh kanak-kanak ini semasa membesar seperti bahaya biologi atau dari alam sekitar . Bahaya-bahaya ini boleh mengakibatkan keadaan yang tidak normal ini lebih dikenali sebagai kanak-kanak khas .

Page 141: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Kanak-kanak khas adalah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dari segi ciri-ciri fizikal dan psikologis . Program-program sekolah biasa di bentuk untuk kanak-kanak normal tidak dapat memberi peluang penyesuaian dan perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak ini . Mereka memerlukan pelajaran yang khas atau dalam kes-kes yang tertentu memerlukan khidmat pembantu atau kedua-duanya sekali untuk mencapai taraf yang sepadan dengan keupayaan mereka . 

3.10.1 IMPLIKASI KERENCATAN AKAL TERHADAP

PERKEMBANGAN FIZIKAL, MENTAL, SOSIAL, EMOSI,    

SAHSIAH DAN PERTUTURAN / PEROLEHAN BAHASA.

1. Beberapa jenis kecacatan fizikal terdapat di kalangan mereka yang terencat akal . Antaranya ialah kecacatan kederiaan, kecacatan motor dan epilepsy. Sebahagian daripada orang ynag terencat akal akan mengalami kecacatan penglihatan atau pendengaran . Kecacatan motor yang mungkin terdapat termasuklah spastisiti, ataksia dan atetosis . Epilepsi biasanya berlaku dalam kes-kes kerencatan yang tinggi atau yang teruk sahaj iaitu apabila terdapat kerosakan otka yang jelas .

2. Dari segi perkembangan mental mereka yang terencat akal mempunyai kemahiran yang tidka menentu dan mereka mempunyai tahap intelektual ynag berbeza-beza. Mereka juga menunjukkan prestasi yang rendah dalam semua jenis tugas seperti pembelajaran, ingatan, penggunaan konsep dan penyelesaian masalah . Mereka mudah lupa akibta hilang ingatan seketika dan gemar bertanya soalan yang berulang-ulang atau menceritakan sesuatu yang berulang kali .

3. Mereka yang mengalami kerencatan akal akan menghadapi kesulitan didalam perkembangan sosial daripada perkara-perkara berikut seperti memahami hubungan sosial, membentuk tali persahabatan, memahami fikiran dan perasaan orang lain dan mengekalkan hubungna mata .

4. Dari segi perkembangan emosi dan sahsiah, mereka yang mempunyai kerencatan akal mempunyai tingkah laku yang boleh menimbulkan masalah pembelajaran biasanya akan dipengaruhi oleh kecenderungan hiperakif, gangguam perhatian, suka mengikut perasaan, ragam emosi yang kuat berubah, kelemahan koordinasi pergerakan umum dan lambat memberi gerak balas . Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang bemacam-macam ragam dan pelik, selalu mengalami perasaan takut dan cemas dan sentiasa mengelka drai bercakap dan bermain bersama rakan yang lain . Mereka lebih suka bermain secara bersendirian .

5. Implikasi terhadap perkembangan pertuturan atau perolehan bahasa mereka ini mempunyai tahap kefahaman bahasa yang rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut . Bahasa mereka juga agak ganjil dan sukar difahami . Mereka yang terencat akal

Page 142: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

ini akan mengalami kesulitan dalam memahami pertuturan, kesulitan memahami isyarat ( badan, tangan, mimik muka ), kesulitan dalam mengguankan bahasa, lewat atau tiada langsung perkembangan bahasa dan terdapat juga echolalia iaitu mengulang percakapan orang lain .    

3.10.2 MASALAH KESIHATAN       

Faktor-faktor yang membawa kepada berlakuanya kecacatan terencat akal ini ialah seperti berikut :

1. keadaan ganjil kromosom

2. vairus

3. penyakit kuning

4. encephalitis

5. otak dalam keadaan luar biasa ( Deformation ) dan bayi itu tidak sedakan diri apabila dilahirkan .

* Kebanyakkan susah untuk mengesan apa yang menyebabkan kecacatan akal .

3.11 MASALAH TINGKAH LAKU         

            3.11.1 Apakah Tingkah Laku

            Tingakah laku bermaksud perangai, gerakgeri, kelakuan, perangai atau perbuatan. Ia dilakukan oleh individu atau seseorang apabila individu berkenaan apabila berasa mahu melakukannya setelah menerima arahan-arahan dari sistem saraf pusat iaitu otak . Tingkah laku merupakan gerakan-gerakan fizikal yang dapat diperhatikan . Tingkah laku juga dapat menggambarkan keadaan emosi seseorang sama ada ia gembira, sedih atau sebagainya.

            3.11.2 Apakah ‘Normal’      

Page 143: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

            Normal pula membawa pengajaran sesuatu keadaan atau suasana yang biasa berlaku atau perkara yang sememangnya sepatutnya terjadi sebagaimana yang dikehendaki mengikut norma-norma yang tertentu .  Jika sekiranya ia tidak berlaku, ataupun jika ia berlaku tetapi ia tidak mengikuti garis panduan yang tersedia maka ia dianggap telah terpesong atau terkeluar dari kebiasaanya ia berlaku .

            3.11.3 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tingkah Laku Normal

            Tingkah laku normal adalah perangai, kelakuan, perbuatan dan gerakgeri yag kebiasaanya dilakukan oleh setiap kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan dan pencapaiannya yang berdasarkan kepada umur masing-masing .

            Melalui pemerhatian tingkah laku yang telah dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran, maka dapat dilihat bahawa tingkahlaku-tingkahlaku yang dipamerkan oleh mereka telah dianggap terpesong dari tingkah laku yang di anggap normal .

            3.11.4  Apakah Tingkah Laku Terpesong

                        Keseluruhan semua tingkah laku yng dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini juga dilakukan oleh kanak-kanak normal yang lain . Nmaun tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini dianggap terpesong kerana perkara-perkara berikut :

1. Jangka Masa Tingkah Laku Berlaku

Tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak beramsalh pembelajaran pada kebiasaanya memakan tempoh masa yang agak lama dari kanak-kanak normal . Contohnya , Saiful kalau ia menangis memakan masa untuk berhenti , malah kadang-kadang denagn aktiviti-aktiviti yang lain kerana ia akan menjadi lebih marah . Berbeza dengan kanak-kanak normal ia berlaku sekejap sahaja dan akan pulih bila ia dipujuk atau bila telah tertarik dengan perkara-perkara lain .

2. Kekerapan Tingkah Laku Berlaku

Page 144: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Bagi aknak-kaank yang bermasalah pembelajaran tingkahlaku-tingkahlaku yang bersifat negative telah kerapberlaku dari tingkahlau yang bersifat positif. Umpamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran lebih kerap mengalami ‘tantrum’ dari kanak-kanak normal . Ini disebabkan mereka tidak dapat mmbuat altenatif lain untuk mengatasi sesuatu perkara yang berlaku ke atas dirinya . Terutama jika ia merupakan sesuatu masalah kepada mereka . Bagi mereka ini merupakan jalan atau cara yang berkesan dan mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain .

3. Kesesuaian Dan Ketidaksesuaian Waktu Berlaku

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran seringkali melakuakn tingkahlaku-tingkahlaku ini bersesuaian dengan waktu, masa, ketika dan suasana . Contohnya dalam situasi pembelajran yang berlaku sepatutnya saiful bolrh duduka beri tumpuan keapda apa yang gurunya sampaikan . Tetapi adalah sebaliknya yang berlaku . Ataupun dalam suasana yang gembira, riang dan seronok contoh ketika ada parti hari lahir, tiba-tiba saja ia boleh menjerit dan menangis dan sebagainya . Kanak-kanak ini tidak dapat mengadaptasikan tingkahlaku yang akan dilakukannya deangna keadaan persekitarannya . Mereka akan melakukan tanpa menghiraukan apa yang sedang terjadi di persekitaranya .

4. Tingkahlaku Tidak Selaras Dengan Umurnya

Didapati tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak bermasalh pembelajaran ini tidak selaras dengan umur mereka. Kebiasaanya walaupaun umur mereka telah mencapai 7, 8 ,dan 9 tahun , tetapi mereka masih lagi menunjukkan sikap atua sifat seperti kanak-kanak yang berusia dalam 4 tahun . Mereka masih lagi manja tidak suka berdikari tiada perasaan marah ataiu bercakap sendiri dan sebagainya yang sepatutnya tidak lagi dilakukan oleh mereka dalam usia sebegitu . Mereka juga sering mengamuk bila kehendaknya tidak dituruti . Sepatutnya mereka telah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk .

5. Lambat Memberikan Respon

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lambat memberikan respon kepada rangsangan-rangsangan yang diberikan . Mereka tidak menunjukkan perasaan minat atua tertarik keapda sesuatu pada pandangan kali pertama. Walaupun ia anggap menarik oleh mereka yang normal . Contohnya Saiful, ia tidak akan memberikan perhatiannya kepada gurunya jika sekiranya gurunya tidak merangsang dengan benda-benda yang diminatinya terlebih dahulu .

Keadaan ini berlaku kerana sistem saraf pusat iaitu tidak dapat berfungsi secara optimum kerana telah mengalami masalah seperti kerencatan di bahagian yang tertentu,berlainan

Page 145: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

dengan otak kanak-kanak yang normal. Oleh yang demikian ia tidak dapat memberikan maklumat yang tepat kepada emosi dan tigkahlaku kanak-kanak berkenaan

3.12 MASALAH KECACATAN MULTIPAL ATAU MASALAH

        BERGABUNG    

                        Kanak-kanak jenis ini mempunyai dua atau beberapa kecacatan . Ini termasuklah cacat penglihatan dan pendengaran iaitu buta dan pekak, terencta akal dan ‘cerebralpalsy’, ‘aphsia’ dan pekak dan lain-lain gabungan kecacatan lagi . Gangguan psikologi adalah kecacatan tambahan lagi kanak-kanak ini, yang timbul akibat dari kekecewaan disebabkan oleh kecacatan multipal itu . Di antara kes yang serius ialah mereka yang mengalami kecacatan dua atau lebih daripada dua pancarindera . Keadaan ini disebabkan sumber rangsangan kanak-kanak itu kurang berfungsi dengan baik . Mangsa kecacatan ini yang sangat terkenal ialah Helen Keler .

            Kanak-kanak perkembangannya dihalang oleh ‘cerebral palsy’ dan terencat sama ada disebabkan buta atau pekak, mempunyai peluang yang terhad untuk mempelajari sesuatu perkara dan tidak mampu untuk menolong diri mereka sendiri .   

3.13 MASALAH PENDENGARAN

Seseorang yang cacat pendengaran selalunya disalah anggap sebagai seorang yang normal kerana kecacatan mereka tidak ketara tidak seperti mana seorang yang Lumpuh, buta atau spastik. Seseorang yang buta dan pekak menyatakan jika di beri peluang memilih di antara buta dan pekak , mereka lebih rela memilih sebagai sebagai seorang yang buta.

 Jika seseorang itu di lahirkan tanpa kecacatan pendengaran, dia akan mampu untuk bertutur. Sebaliknya jika dia dilahirkan dengan cacat pendengaran, tentu perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan semakin parah jika sekiranya kanak-kanak tersebut langsung tidak mendengar dan sudah pastinya dia tidak akan dapat bercakap. Ini kerana sejak di lahirkan, salah satu cara untuk kanak-kanak belajar mengenal alam sekeliling ialah melalai pendengaran.Apabila umur semakin meningkat, kanak-kanak akan mulai belajar bercakap dan membentuk bahasanya sendiri.Kebanyakan yang cacat pendengaran bertutur bukanlah di sebabkan oleh alat suara mereka rosak tetapi disebabkan mereka tidak dapat menyebutkan kerana tidak pernah mendengar.

                         Kecacatan pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu;

Page 146: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

1. Cacat Pendengaran Penerimaan

Kehilangan pendengran penerimaan ialah apabila getaran tidak boleh sampai ke bahagian dalam telinga yang mungkin disebabkan lubang telingan tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak mempunyai lubang telinga. Kecacatan pendengaran seperti biasanya tidaklah tenat dan penggunaan alat pendengaran pengaliran tulang selalunya boleh memulihkan pendengaran yang rosak itu.

2. Kecacatan Pendengaran Pengamatan.

Kecacatan pendengaran pengamatan atau sarat deria selalunya lebih tenat. Ini di sebabkan oleh kerosakan bahagian dalam telinga atau kecacatan saraf telinga yang menghantarnya utusan kebahagian otak.

3. Cacat Pendengaran Pusat

Kecacatan pendengaran pusat pula apabila organ pendengaran berfungsi secara betul tetapi system urat saraf pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera.

4. Cacat Pendengaran Psikogenik

Kecacatan pendengaran psikogenik ialah satu keadaan apabila organ-organ penerimaan termasuklah urat saraf pusat berfungsi dengan baik tetapi pengidapnya tidak boleh mendengar apa-apa kerana gannguan emosi yang terpenda

Daripada huraian di atas, secara umunnya kecacatan pendengaran boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu:

A. Pekak – mereka yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi. Kecacatan ini dialami sama ada sebelum atau selepas di lahirkan.

B. Separa pekak—walaupun deria dengar mereka rosak tetapi boleh berfungsi sama ada dengan alat bantuan pendengaran atau tidak.

Terdapat berbagai-bagai darjah atau peringkat cacat pendengaran iaitu dari peringkat yang rendah kepada peringkat yang tenat. Bagi mengetahui darjah pendengaran, sejenis alat mengukur yang dipanggil audimeter digunakan. Unit yang di gunakan bagi menjelaskan

Page 147: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

kekuatan bunyi ialah desibel (dB). Jika peringkat kecacatan pendengaran seseorang yang tenat, nilai desibelnya lebih tinggi.

Kadang-kadang cacat pendengaran pada pelajar tudak diketahui oleh ibu bapa sehinggalah kanak-kanak bersekolah. Guru juga tidak menyedari keadaan ini dan mungkin menyalahkan anggap pelajar itu mempunyai masalah pembelajaran  perenggan baru.Cacat pendengaran boleh diklasifikasikan seperti berikut

1. Ringan (mild)- kehilangan pendengaran 20-40(decibel)

2. Seherhana (moderete) – kehilangan pendengaran 40-70(decibel)

3. Teruk(severe) – kehilangan pendengaran 70-95(decibel)

4. Amat teruk (profound)- kehilangan pendengaran melebihi 95(decibel)

3.13.1 Kecacatan pendengaran ringan (mild) 20-40 (decibel)

Pada peringkat pendengaran ini menunjukkan kehilangan pendengara

yang sedikit. Mereka ini menghadapi masalah mendengar perbualan yang perlahan. Kanak-kanak ini dapat menbentuk pertuturan dan bahasa yang normal jika mendapat amplikasi bunyi yang sesuai.

3.13.2 Kecacatan pendengaran sederhana (moderete) 40-70(dB)

Tahap sederhana pula ,kanak –kanak dapat memahani pertuturan

terutamanya apabila terdapat bunyi latar.Ini boleh menpengaruhi perkembangan pertuturan dan bahasa jika mereka tidak dapat dipasang dengan alat bantuan pendengaran seawal mungkin. Apa yang lebih penting pada tahap ini ialah perlunya ada latihan agar mereka dapat mengetahui perbezaan bunyi pertuturan.

3.13.3 Kecacatan pendengaran teruk (severe) 70-95 (dB)

Tahap 70 ke 95 dB adalah tahap yang teruk. Pada tahap ini mereka tidak dapat mendengar bunyi pertuturan yang normal. Dengan bantuan alat bantu dengar maka ia boleh membesar

Page 148: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

bunyi pertuturan yang tertentu dan membantu memahami pertuturan. Mereka menghadapi masalah mengenai pertuturan dan kualiti pertuturan.

3.13.4 Kecacatan pendengaran yang amat teruk (profound) melebihi 95 ke

          atas

Tahap melebihi 95 dB ke atas pila ialah tahap kepekakkan yang sangat teruk sekali. Pada tahap ini mereka menghadapi masalah besar untuk mendengar bunyi pertuturan. Keberkesanan penggunaan alat bantu dengar ini bergantung kepada individu. Mereka ini menghadapi masalah yang teruk dalam penguasaan pertuturan dan bahasa.

   Sekerapan dimensa bunyi boleh disamakan dengan nada. Lagi lebih kekerapannya maka lagi tinggilah nadanya. Inimpula diukur menggunakan cycles (bilangan getaran) dalam satu saat. Nada yang rendah sekali dari piano mempunyai kekerapan 27 cycles satu saat dan nada yang tinggi sekali ialah 4000 cycles sesaat. Walau bagaimanapun, telinga manusia boleh mendengar bunyi-bunyi yang mempunyai kekerapan antara 20 hingga 20,000 cycles satu saat.

   Dalam hal yang sedemikian, seseorang yang lemah pendengaran mungkin mendengar hanya sebahagian daripada satu satu perkataan kerana vokal –vokal tergolong kepada bunyi kekerapan jangka rendah dan oleh itu, senang untuk menbezakan  melalui pendengaran. Manakala beberapa konsonan yang mempunyai kekerapan tinggi misalnya ‘s’ akan melemahkan kefahaman pertuturan kanak-kanak itu. Oleh itu, kehilangan pendengaran bagi seseorang itu boleh ditunjukkan di atas audiogram mengikut keintensifannya (dalam unit decibel) dan kekerapan (beberapa cycles dalam satu saat) dengan menggunakan alat jangka oudio ton jati.

3.13.5 TAHAP DAN CIRI PENDENGARAN

Tahap dB Ciri-ciri Pendengaran

1 0-24 Pendengaran normal

25-35 Sukar mengencam suara, diskriminasi

36-54 Masalah bunyi lembut, cakap jauh

2 55-69 Masalah suara kuat dan perlahan / perbualan telefon

3 70-79 Boleh kenal vokal tapi masalah konsonan

Page 149: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Boleh dengar jeritan kuat

Masalah pertuturan tanpa terapi

4 >90 Pekak teruk

Maalah bahasa dan pertuturan teruk

Kanak –kanak yang mengalami kehilangan pendengaran menunjukan tanda-tanda berikut

Selalu kurang tumpuan .

Selalu gagal bertindakbalas terhadap pertuturan orang lain, terutamanya dalam

      situasi bising

Selalu minta orang mengulangi apa yang telah di sebut

Selalu maju rapat kepada penutur

Selalu memberi perhatian kepada muka penutur.

Selalu memberi jawapan yang tidak kena kepada soalan

Sering meninggalkan beberapa bunyi daripada pertuturnya atau menggantikan

bunyi-bunyi lain.

Mempunyai suara yang terlalu lembut dan kuat.

Berindakbalas lambat terhadap arahan

.lemah tatabahasa.

Menghadapi masalah mengulangi apa yang didengar

Menghadapi masalah menentukan arah bunyi.

Selalu menghahapi telinga berair, selsema, sakit tekak.  

3.13.6 Langkah-Langkah Pencegahan

Page 150: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

 Langkah pencegahan bermula sejak sebelum dan selepas kelahiran bayi.

Pencegahan awal dapat membantu mengelakkan daripada berlaku masalah kehilangan pendengan. Langkah pencegahan yang paling awal dapat dilaksanakan sebelum ibu mengandung. Rawatan ini berbentuk imunisasi yang diberikan kepada semua golongan remaja dan wanita. Imunisasi ini disebut sebagai Imunisasi Rubella. Ia disuntik kepada remaja yang berumur 12 tahun keatas. Suntikan ini dapat mengelakkan daripada jangkitan Rubilla(German Measles) yang menyerang ibu mengandung tiga bulan pertama. Pengambilan dadah dan alkohor yang berlebihan juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah kehilangan pendengaran. Kesan daripada pengambilan tersebut menyebabkan pertumbuhan perkembangan janin terbantut. Walaupun seseorang itu dilahir normal namun itu tidak menghalang daripada terjadinya masalah kehilangan pendengaran ini.

Faktor keadaan fizikal dan alam sekitar juga antara penyebab terjadinya masalah kehilangan pendengaran. Suatu ketika dahulu heboh diperkatakan penggunaan Plumbum di dalam penghasilan pensil dan cat air.penggunaan pewarna ini turut digunakan didalam penghasilan barang permaianan kanak-kanak. Pendedahan yang berterusan kepada agen-agen kimia yang merbahaya ini boleh mengakibatkan pelbagai implikasi.

      Selain daripada faktor-faktor di atas, kemalangan juga memberi kesan kepada deria pendengaran. Bahagian telinga adalah organ yang sangat sensitive.Ini kerana organ yang dikenali koklea merupakan organ terpenting bagi membolehkan seseorang itu mendengar. Ia merupakan organ yang kecil, sensitive, dan kedudukan yang hampir dengan otak dan saraf muka. Sebarang kecederaan pada bahagian ini boleh mengakibatkan masalah kepekakan yang serius. Namun ,sekiranya seseorang itu dilahirkan pekak, masih ada peluang untuk sembuh seperti normal. Salah satu cara ialah menerusi implan koklea. Implan ini bagi menghasilkan rangsangan pendengaran dan meningkatkan kebolehan bertutur. Pengesan awal mampu membantu mereka bertutur berbanding lewat diketahui. Jika lewat diketahui maka proses pemulihan agak sukar kerana tengkorak dan lidah mereka terlalu lama tidak digunakan. Ini boleh menyebabkan ia menjadi keras dan tidak mampu mengeluarkan bunyi untuk menghasilkan percakapan. Jika masalah pendengaran dikenalpasti seawall tiga bulan, mereka diberikan alat bantuan pendengaran dan pembedahan koklea dalam telinga mengikut tahap kecacatan pendengaran yang dialami oleh bayi tersebut. Kurangnya pendedahan mengenai pembedahan ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui golongan yang menghadapi masalah itu masih ada harapan untuk mendengar semula.

     3.13.7 SEBAB-SEBAB KEHILANGAN PENDENGARAN.

3.13.7.1 .Sejarah keluarga

Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh Hallahan dan Kauffman(1977) iaitu sebelum, semasa, atau selepas kelahiran.

Page 151: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

a) Sebelum Kelahiran

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan gejala ini berlaku sebelum kelahiran seperti factor baka disebabkan oleh gen yang dibawa ibu bapa. Manakala factor bukan baka pula disebabkan oleh jangkitan semasa mengandung seperti Rubella, Meningitis, campak, beri-beri, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, pengambilan dadah dan alkohor yang berlebihan, mengandung yang terlalu kerap dan Toksemia di peringkat akhir mengandung turut menyumbang kepada gejala ini.

b) Semasa Kelahiran

Faktor semasa kelahiran pula berlaku disebabkan oleh kelahiran yang tidak cukup bulan,tekanan yang terlalu kuat terutama pada bahagian telinga kerana kepala bayi terlalu lama dipintu rahim, kecederaan semasa dilahirkan terutama dibahagian telinga, penyakit Homolisis yang disebabkan oleh factor Rd darah, dan barat badan bayi semasa lahir kurang daripada 1.5 kilogram.

 

c) Selepas kelahiran  

            Bagi selepas kelahiran pula disebabkan oleh kemalangan yang mencederakan bahagian telinga, pengambilan antibiotik seperti streptomein dll,terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat, terdedah kepada bahan kimia seperti plumbum yang terdapat dalam pensil warna,dan penyakit berjangkit yang dibawa oleh bacteria dan virus seperti begok, deman campak, demam panas,dan sebagainya,

 

                        d) Hyperbilirubinaemia

             Ianya berlaku melibatkan komplikasi yang terdapat dalam factor Rd darah iaitu kurang merbahaya pada kandungan pertama seterusnya antibody mencukupi akan terbentuk pada kandungan kedua atau ketiga untuk merbahayakan fetus( Fundenberg et al.,1980) mengakibatkan , erythroblastosisi fetalis akan berlaku iaitu sel darah fetal rosak. Ini membari kesan kepada  otak bayi, selain keadaan kepekaan, cerebral palsy, aphasia dan retardation juga boleh berlaku.

                        e)  Meningitis

Page 152: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

            Penyakit teruk yang disebabkan oleh selaput yang meliputi otak dan tulang belakang menjadi bengkak dan merah. Walaupun kebanyakan kes meningitis kehilangan pendengaran disebabkan jangkitan bekteria, meningisti juga boleh disebabkan  oleh virus. Kadar penyumbang meningitis kepada kepekakan telah berkurangan namun mereka berisiko untuk mendapat kecacatan neurological yang teruk selain daripada kepekakan.

            3.14 Masalah Penglihatan

                        3.14.1 Definisi Masalah Penglihatan

Menurut Hewett (1974) Pengelihatan seseorang 20/200 atau kurang. Kecacatan penglihatan yang tidak sempurna berlaku apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70. harifah Zaharah (1985) berkata masalah pengelihatan ialah penglihatan terhad atau rabun iaitu seseorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan terang.

                        3.14.2 Punca-Punca BermasalahPenglihatan

1. 47% disebabakan jangkitan semasa lahir

2. 33% akibat keracunan

3. 7-8% akibat kemalangan

3.14.3 Jenis-Jenis Masalah Penglihatan

1. Miopia (rabun dekat)

2. Hiperopia (rabun jauh)

3. Astigmatisme

4. Rabun malam

5. Rabun warna

3.14.4 Tanda-Tanda Timbulnya Masalah Mata

3.14.4.1 TINGKAHLAKU

Page 153: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

i) Menggosok-gosok mata dengan keterlaluan.

ii) menutup atau melindungi sebelah mata , mengenyetkan 

    kepala atau mendorong kepala  ke depan.

iii)mengalami kesulitan membaca atau membuat kerja-

    kerja lain yang memerlukan penggunaan mata dengan

    rapi.

iv)mengedip-ngedip mata lebih kerap daripada biasanya

    atau mudah berasa jengkel apabila membuat kerja yang  

    memerlukan penglihatan rapi.

v) memegang buku rapat pada mata.

vi)tidak dapat melihat benda-benda yang jauh dengan jelas.

vii)mengecilkan mata (merapatkan kelopak mata) atau

     mengerutkan dahi.

3.14.4.2 RUPA

i) bermata juling.

Biasanya antara sebab mata juling ini adalah disebabkan oleh rabun dekat yang terlalu teruk ataupun oleh penyakit barah.

ii)kelopak mata merah.

Tahap penglihatan anak adalah amat sensitif ketika tahun-tahun awal tumbesaran anak terutamanya ketika berusia 4 dan 5 tahun.

iii)mata yang radang atau berair.

Page 154: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

iv)Tembel yang timbul berulang kali.

3.14.3 KOMPELIN

i)mata gatal, merah atau berasa gatal-gatal.

ii)tidak dapat melihat dengan jelas.

iii)pening kepala (rasa pening), sakit kepala atau rasa loya

    (mual) berikutan daripada kerja yang banyak

    memerlukan penglihatan rapi.

iv)penglihatan kabur atau berganda.

Bagi katarak, ia disebabkan oleh pengaburan kanta mata yang mengakibatkan penglihatan menjadikabur. Pada kanak-kanak, keadaan ini dinamakan katarak konginental (katarak sejak lahir) danpenglihatan bagi jarak jauh dan terhadap warna adalah jelas. Dr. Abdul Aziz Al-Aklbar bin Mohamed Noor mengatakan, "mengesan punca kerosakan mata diperingkat awal amat mustahak kerana jika terlambat terutamanya selepas anak berusia 10 tahun,rawatan yang diberikan mungkin memakan masa kerana ia berkait rapat dengan perkembangan otak.Selepas 10 tahun, perkembangan otak manusia sudah tetap jadi sukar untuk kita merawat penyakittersebut dengan sepenuhnya."

4. KESIMPULAN

Murid-murid berkeperluan khas dikenalpasti dan dikategorikan berdasarkan jenis kecacatan atau kekurangan yang di alaminya dalam keadaan luar biasa iaitu dari segi fizikal, mental, emosi, dan tingkahlaku. Murid-murid berkeperluan khas ini terbahagi kepada

Page 155: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

beberapa jenis iaitu murid-murid cacat pendengaran, cacat penglihatan, bermasalah pembelajaran, bermasalah tingkah laku, bermasalah pertuturan, murid spastic, terencat akal, cerdas pintar dan cacat anggota.

Jabatan  Pendidikan Khas pada tahun 1998 mengatakan bahawa setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi mengatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka. Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleeh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi, dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali murid khas ini.

Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan ini amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan ini wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan pontensi gologan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat gologan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan ini. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada gologan berkerluan khas menurut segala kehendak masyarakat.

5. BIBLIOGAFI

Jabatan Pendidikan Khas(1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur ; Kertas yang tidak terbitkan.

Pekeliling kewangan Bil 2/91-KP 1573/17L jid 8(78) bertarikh 11 Februari 1991

Pekeliling kewangan Bil 3/1995 bertarikh 11 januari 1995

Page 156: Borang Permohonan Penempatan Pekerjaan.bahan Ppt

Surat Siaran Jabatan Pendidikan Khas, KP/JPK/BPKPK/09/03/1(43)

Surat Pekeliling Bahagian  Sekolah-Skolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS)8502/5/PK/Jid. V26 bertarikh  18 januari 1986

Surat Pekeliling Bahagian  Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS)8502/5/PK/Jid V34 bertarikh 30 jun 1989

Peraturan-Peraturan Pendidikan (PENDIDIKAN KHAS)1997 [KP(PUU)S 10075/07/I/ Jid.II,PN(PU2)569]

Sang,M.S,(2000).Pendidikan Di Malaysia .Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.