borang penyertaan majlis perbandaran langkawi … · 6.4 pendaftaran nama-nama pemain hendaklah...

7

Upload: dangxuyen

Post on 11-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI … · 6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur, hanya
Page 2: BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI … · 6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur, hanya

BORANG PENYERTAAN

MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN

Nama Pasukan : ..............................................................................................................

Nama Pengurus : ..............................................................................................................

Nama Jurulatih : ..............................................................................................................

Nama Fisio/Kitman : ..............................................................................................................

No. Tel. Pengurus : ..............................................................................................................

BIL. NAMA PEMAIN NO. K/P

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

* Sila sertakan salinan kad pengenalan bagi setiap peserta.

Page 3: BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI … · 6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur, hanya

KEJOHANAN BOLA JARING BANDARAYA PELANCONGAN 2019

MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1.0 PENGENALAN

Kejohanan ini merupakan Kejohanan Bola Jaring Bandaraya Pelancongan 2019 Majlis

Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

2.0 PENGANJURAN

Kejohanan ini merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Langkawi

Bandaraya Pelancongan sebagai memenuhi Kalendar Aktiviti tahun 2019 yang telah

dirancang.

3.0 TEMPAT KEJOHANAN

Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi Kedah

4.0 TARIKH KEJOHANAN

Kejohanan akan diadakan pada 27 & 28 April 2019 ( Sabtu & Ahad )

5.0 YURAN PENYERTAAN

Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah sebanyak RM 150.00 sepasukan dan perlu

dijelaskan sebelum tarikh tutup penyertaan melalui :-

5.1 Bayaran secara tunai hendaklah dilakukan di Kaunter Bayaran Majlis

Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

5.2 Bayaran secara dalam talian melalui akaun nombor 152077270077 (MAYBANK)

atau 02066023699676 (BIMB) dan hendaklah dikemukakan resit/bukti

bayaran bersama-sama borang penyertaan. Resit rasmi bayaran penyertaan akan

disediakan.

5.3 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan ingin menarik diri

dari kejohanan.

5.4 Bayaran penyertaan adalah di atas tujuan Menyertai Kejohanan Bola Jaring

Bandaraya Pelancongan 2019 dan menyatakan catatan nama penuh serta

nombor kad pengenalan pembayar bagi tujuan pengeluaran Resit Bayaran.

5.5 Sila Hubungi Urusetia Kejohanan iaitu En. Shyfullizan bin Padzil ( 017-5478183 )

atau Pn. Faezah binti Abdullah ( 017-4757969 ) bagi memaklumkan pengesahan

penyertaan atau untuk sebarang pertanyaan.

5.6 Penyertaan adalah terhad kepada 20 pasukan terawal yang mengesahkan

penyertaan.

Page 4: BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI … · 6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur, hanya

6.0 KELAYAKAN PESERTA DAN PENDAFTARAN PEMAIN

6.1 Kejohanan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan dalam Daerah Langkawi

sahaja yang berminat dengan syarat pendaftaran pemain yang layak adalah

seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia

ii. Wanita dan Berumur 21 tahun ke atas (lahir pada tahun 1998 ke

bawah)

iii. Pasukan bertanding dibenarkan untuk mendaftarkan mana-mana pemain

dari luar Daerah Langkawi yang mematuhi syarat pada para i & ii di atas.

iv. Pemain berstatus pemain negeri atau kebangsaan layak untuk

didaftarkan.

v. Setiap pasukan hendaklah wajib mendaftarkan minmun 2 orang pemain

veteran berumur 40 tahun ke atas ( lahir tahun 1979 ke bawah ).

6.2 Setiap pasukan hendaklah dan dibenarkan mendaftarkan :-

a) 1 orang pengurus pasukan.

b) 1 orang jurulatih.

c) 1 orang fisio/kitman/pembantu pasukan.

d) 10 orang pemain.

6.3 Setiap pasukan mestilah memakai pakaian pasukan yang seragam semasa

pertandingan.

6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan

borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur, hanya pemain berdaftar

sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

6.5 Seorang pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja sepanjang

kejohanan berlangsung dan mana-mana pemain melanggar peraturan ini maka

penyertaan pasukan yang diwakili akan dikira kalah dalam perlawanan yang

disertai dan pemain tersebut akan digantung sepanjang kejohanan.

6.6 Pertukaran nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus

pasukan dan sebelum majlis cabutan undi berakhir.

6.7 Pengurus Pasukan juga boleh didaftarkan sebagai pemain dalam pasukan.

Jurulatih dan Fisio/kitman/pembantu pasukan tidak dibenarkan.

6.8 Pihak Penganjur adalah berhak untuk menambah bilangan jemputan kepada

pasukan-pasukan dari luar Daerah Langkawi sekiranya didapati jumlah

penyertaan terlalu sedikit pada sebelum tarikh tutup kejohanan.

7.0 PERAUTURAN UMUM

7.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Bola Jaring

Antarabangsa (IFNA) tahun 1977 dikuatkuasa dan diputuskan oleh Persatuan

Bola Jaring Kebangsaan Malaysia

7.2 Peraturan Tambahan selain dari peraturan umum diatas, Jawatankuasa

Penganjur adalah berhak mengadakan/meminda peraturan-peraturan tambahan

yang selaras dengan matlamat dan objektif penganjuran.

Page 5: BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI … · 6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur, hanya

8.0 FORMAT PERTANDINGAN

8.1 Setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pusingan awal

dijalankan secara liga manakala pusingan seterusnya secara kalah singkir.

8.2 Pembahagian mata adalah seperti berikut :-

Menang - 3 Mata

Seri - 1 Mata

Kalah - 0 Mata

8.3 Setiap pasukan wajib menyenaraikan dua (2) orang pemain veteran semasa

setiap kali perlawanan dan hanya pemain veteran layak menggantikan

pemain veteran.

8.4 Jika berlaku keputusan seri diperingkat kalah singkir, maka keputusan

pertandingan akan ditentukan seperti berikut :-

i. Pertandingan disambung semula setelah 5 minit rehat dan kedua-dua pasukan

akan mengundi semula untuk memilih 5 hantaran tengah.

ii. Permainan akan diteruskan dengan 5 hantaran tengan secara bergilir-gilir.

Keputusan hantaran tengah yang kelima akan berakhir dengan jaringan gol.

8.5 Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya.

8.6 Keputusan jumlah jaringan tertinggi di peringkat kumpulan adalah diambil kira

sebagai kelebihan jika berlaku keputusan sama mata untuk layak ke peringkat

kalah singkir.

8.7 Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftarkan lebih dari satu pasukan.

9.0 TEMPOH PERLAWANAN

Pusingan Awal – Suku akhir : 7’: 1’: 7’ ( dalam minit )

Separuh Akhir – Akhir : 10’: 3’: 10’ ( dalam minit )

10.0 TATATERTIB PAKAIAN / PERALATAN

10.1 Pakaian bagi setiap pasukan hendaklah seragam.

10.2 Setiap pemain hendaklah memakai T-shirt atau jersi dengan Track Bottom, seluar

pendek atau thight semata-mata adalah tidak dibenarkan.

10.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set ‘bib’ yang belainan warna.

11.0 PERALATAN PERTANDINGAN / PENGADILAN

Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan peralatan pertandingan dan Pegawai

Teknikal sepanjang kejohanan.

12.0 TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

21.1 Setiap pasukan atau pemain yang terlewat 10 minit dari masa yang dijadualkan

akan dianggap sebagai menarik diri serta kemenangan akan diberikan kepada

pihak lawan.

12.2 Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya berlaku

maka pasukan atau pemain dianggap menarik diri keseluruhan kejohanan.

Keputusan yang terdahulu bagi pasuikan atau pemain berkenaan tidak diambil

kira.

Page 6: BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI … · 6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur, hanya

13.0 UNDIAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

Undian dan mesyuarat pengurus pasukan bersama pengadil, jawatankuasa teknikal dan

penganjur.

14.0 BANTAHAN

14.1 Semua bantahan hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai Bertugas di Meja

Urusetia untuk mendapatkan kepastian perkara yang akan dibantah dan

sekiranya masih tidak berpuashati boleh memanjangkan dengan mengisi borang

bantahan yang disediakan kepada Jawatankuasa Rayuan/Bantahan melalui

Urusetia Jawatankuasa Kejohanan dengan dikenakan wang cagaran RM 200.00

dalam masa 30 minit selepas perlawanan tamat. Wang cagaran akan dikembalikan

sekiranya Rayuan / Bantahan itu berjaya dan sekiranya gagal, wang cagaran tidak

akan dikembalikan. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan rayuan semula

dalah tidak dilayan.

14.2 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan akan dipengerusikan oleh Pengerusi yang

dilantik dengan ahli-ahli yang dilantik.

14.3 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan berhak memanggil pemain/pegawai

pasukan/pengadil bertugas sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

15.0 RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB

15.1 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku

kemalangan/kehilangan harta benda kepunyaan pegawai/pemain, kematian

samada sebelum/semasa/selepas kejohanan berlangsung.

15.2 Sebarang pindaan atau perubahan jadual adalah tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun jawatankuasa penganjur boleh menggunakan budi bicara

sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

15.3 Pasukan bertanding adalah dikehendaki menyediakan alatan pertolongan

kecemasan ( kit kecemasan ) sendiri bagi tujuan rawatan awal.

15.4 Sekiranya berlaku kemalangan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan

akan dirujuk terus ke pusat kesihatan/klinik/hospital terdekat.

16.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN ( KUASA MUTLAK )

16.1 Apa-apa jua syarat-syarat atau peraturan-peraturan yang tidak disebut dalam

syarat-syarat dan peraturan pertandingan ini, maka jawatankuasa penganjur

adalah diberi kuasa mutlak untuk menentukan keputusan.

16.2 Semua pemain diwajibkan membawa kad pengenalan dan semua pengurus

dikehendaki membuat semakan pendaftaran dimeja Urusetia sebelum

perlawanan bermula.

17.0 HADIAH

a) Johan - Wang Tunai RM 1,000.00 + Medal + Piala Iringan

b) N. Johan - Wang Tunai RM 700.00 + Medal

c) Ketiga - Wang Tunai RM 500.00 + Medal

d) Keempat - Wang Tunai RM 300.00 + Medal

Page 7: BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI … · 6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur, hanya

18.0 PERINTAH AM

Sepanjang kejohanan diadakan, para pemain dan pegawai pasukan adalah tertakluk

kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dan juga Undang-

Undang Kerajaan Malaysia. Pihak Jawatankuasa Kejohanan adalah berhak mengambil

tindakan dan melaporkan kepada Ketua-Ketua Jabatan Perkhidmatan berkenaan

sekiranya pemain atau pasukan bertanding melanggar mana-mana peraturan yang telah

ditetapkan.

19.0 TARIKH TUTUP KEJOHANAN DAN CABUTAN UNDI

Tarikh Tutup : 21 April 2019 ( Ahad ) jam 05.00 Petang

Cabutan Undi : 24 April 2019 ( Rabu ) 02.30 Petang

20.0 PENGESAHAN PENDAFTARAN PASUKAN

Pendaftaran lengkap pasukan hendaklah dikemukakan/dihantar kepada :-

Urusetia

Kejohanan Bola Jaring Bandaraya Pelancongan 2019

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

07000, Kuah Langkawi

Kedah Darul Aman

No. Tel : 04-9666590/04-9671824

Fax : 04-9671773

E-mel : [email protected] ( urusetia )

21.0 URUSETIA UNTUK DIHUBUNGI

1. En. Shyfullizan bin Padzil

No. Tel : 017-5478183

2. Pn. Faezah binti Abdullah

No. Tel : 017-4757969

22.0 TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI

Tarikh : 24 April 2019 ( Rabu )

Masa : 02.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Hibiscus, Aras 3, Bangunan MPLBP

* Sebarang perubahan akan dimaklumkan pada kadar segera