borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦data diskriptif diperolehi melalui borang...

25
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GURU PELATIH FAKULTI PENDIDIKAN MEMILIH PROFESION PERGURUAN SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : NOR FATIMAH BINTI A. AZIZ ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : 177, JALAN SEKOLAH MAARIF, DR BAHARIN BIN ABU KAMPUNG RAJA , Nama Penyelia 22200 BESUT, TERENGGANU Tarikh :_4 APRIL 2008 Tarikh :_4 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GURU PELATIH

FAKULTI PENDIDIKAN MEMILIH PROFESION PERGURUAN

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : NOR FATIMAH BINTI A. AZIZ ( HURUF BESAR )

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : 177, JALAN SEKOLAH MAARIF, DR BAHARIN BIN ABU KAMPUNG RAJA, Nama Penyelia 22200 BESUT, TERENGGANU Tarikh :_4 APRIL 2008 Tarikh :_4 APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia : DR. BAHARIN BIN ABU

Tarikh : ................4 APRIL 2008 ...............

Page 3: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GURU PELATIH FAKULTI

PENDIDIKAN MEMILIH BIDANG PERGURUAN

NOR FATIMAH BINTI A. AZIZ

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 4: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NOR FATIMAH BINTI A. AZIZ

Tarikh : 4 APRIL 2008

Page 5: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku yang tercinta, A. Aziz Bin Awang

Meriam Binti Mustafa

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup

anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua dan buat kekanda-kekandaku, terima kasih atas segalanya.

Nazmah Binti A. Aziz, Sahimi Bin A. Aziz, Mohd Sukri Bin A. Aziz, Zulkefli Bin A.

Aziz, Mohd Rushdan Bin A. Aziz dan Mohd Ismail Bin A. Aziz.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Baharin Abu, kerana banyak membantu

dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Buat Rakan-Rakan, Sokongan mu rakan-rakan akan ku kenang

Page 6: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat

saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan ribuan terima

kasih yag tidak terhingga kepada Dr. Baharin Abu selaku Pensyarah Pembimbing

Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran

dan tunjuk ajar yang membina sehingga membolehkan saya menyempurnakan kajian

ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 1 SPH dan 4 SPE dan tidak lupa juga

kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi

menjayakan projek penulisan ini

Akhir sekali istimewa untuk ayah, ibu, kakak dan abang serta insan tersayang

dan sahabat-sahabatku, pengorbanan serta dorongan yang kalian berikan amat

dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allh s.w.t.

Page 7: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

v

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mendorong guru pelatih

Fakulti Pendidikan memilih bidang perguruan. Terdapat tiga faktor yang mendorong

guru pelatih iaitu pengaruh peribadi, pengaruh orang signifikan dan kemudahan yang

diberi dalam perkhidmatan pendidikan. Data diskriptif diperolehi melalui borang soal

selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS

12.0 (Statistical Packages for Social Science) bagi mendapatkan min skor,

kekerapan dan peratusan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi

dalam kajian rintis ialah 0.81 dan menunjukkan instrumen kajian sesuai digunakan.

Hasil dapatan kajian menunjukkan guru pelatih memilih bidang perguruan kerana

pengaruh faktor peribadi diikuti pengaruh orang signifikan dan akhir sekali

kemudahan yang diberi dalam perkhidmatan pendidikan.

Page 8: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

vi

ABSTRACT

This research is to study factors influencing Faculty of Education teacher’s trainee in

choosing education field. There are three factors persuades teacher’s trainee which

are personal influence, significant person influence and facility given in teaching

profession. The descriptive data was obtained through questionnaire of 41

correspondents from first year student of Bachelor of Technology with Education

(Living Skills). The data was then analyzed by SPSS 12.0 software (Statistical

Packages for Social Science) to attain score mean, frequency and percentage. The

Alpha Cronbach value for the questionnaire was 0.81 thus the survey is wide to be

used. The result shows teacher’s trainee choosing teaching field because of personal

factor influence follows by significant person influence and finally by facility given

in teaching profession.

Page 9: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian / Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Operasi 7

1.8.1 Faktor Memilih Kursus Perguruan 7

Page 10: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

viii

1.8.2 Orang Signifikan 8

1.8.3 Pengaruh Peribadi 8

1.8.4 Kemudahan yang Diberikan dalam

Perkhidmatan Pendidikan 8

1.8.5 Profesion Perguruan 9

1.9 Kesimpulan 9

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Teori Pemilihan Kerjaya 10

2.3 Faktor Pengaruh Orang Signifikan dalam

Pemilihan Kerjaya 13

2.4 Faktor Peribadi dalam Pemilihan Kerjaya 17

2.5 Faktor Pengaruh Kemudahan yang Diberikan dalam

Perkhidmatan Pendidikan kepada Pemilihan Kerjaya 20

2.6 Ciri-ciri Guru Berkesan 21

2.8 Etika Perguruan di Malaysia 23

2.9 Kesimpulan 25

3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Responden Kajian 27

3.4 Instrumen Kajian 27

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Kaedah Pemungutan Data 30

3.7 Kaedah Penganalisisan Data 30

3.8 Kesimpulan 32

Page 11: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

ix

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 33

4.2 Latar Belakang Responden 34

4.2.1 Analisis Jantina, Bangsa dan Umur 34

4.3 Faktor-faktor yang Mendorong Guru Pelatih Fakulti

Pendidikan Memilih Bidang Perguruan 35

4.3.1 Faktor Orang Signifikan dalam Pemilihan Bidang

Perguruan 35

4.3.2 Faktor Peribadi dalam Pemilihan Bidang

Perguruan 39

4.3.3 Faktor Tarikan Kemudahan Perkhidmatan Pendidikan

dalam Pemilihan Bidang Perguruan 42

4.4 Analisis Keseluruhan Dapatan Kajian 46

4.5 Kesimpulan 47

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan 48

5.3 Perbincangan Kajian 49

5.3.1 Faktor Orang Signifikan Terhadap Pemilihan

Bidang Perguruan 50

5.3.2 Faktor Peribadi Terhadap Pemilihan Bidang

Perguruan 51

5.3.3 Faktor Tarikan Kemudahan Perkhidmatan

Pendidikan Terhadap Pemilihan Bidang Perguruan 52

5.3.4 Faktor Utama Terhadap Bidang Perguruan 53

5.4 Cadangan 54

Page 12: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

x

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 54

5.6 Kesimpulan 55

6 RUJUKAN 57 7 LAMPIRAN 61

Page 13: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 27

3.2 Item Soalan Mengikut Kriteria 28

3.3 Skor Berdasarkan Aras Persetujuan 28

3.4 Pekali Alpha Cronbach 29

3.5 Pengkelasan Analisis Skala Empat Mata 31

3.6 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Markah Min 31

3.7 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 31

4.1 Analisis Peratusan Responden Mengikut Jantina 34

4.2 Analisis Peratusan Responden Mengikut Umur 34

4.3 Skala Ordinal Empat Mata 35

4.4 Pengaruh Orang Signifikan Terhadap Pemilihan

Profesion Perguruan di Kalangan Guru Pelatih

Fakulti Pendidikan 36

4.5 Pengaruh Peribadi Terhadap Pemilihan Profesion

Perguruan di Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan 40

4.6 Pengaruh Tarikan Kemudahan Yang Diberikan dalam

Perkhidmatan Terhadap Pemilihan Profesion Perguruan

di Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan. 43

4.7 Analisis Keseluruhan Dapatan Kajian. 46

Page 14: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

HALAMAN

2.1 Hiraki Keperluan Abraham Maslow 13

Page 15: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. TAJUK HALAMAN

A. Borang Soal Selidik. 61

B. Pengesahan Pelajar 66

C. Pengesahan Soal Selidik 67

Page 16: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

xiv

SINGKATAN

SPH Ijazah Sarjana Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

JPTK Jabatan Pendidikan Teknik Kejuruteraan

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 meletakkan pendidikan sebagai satu medium untuk mencapai

kemajuan dan terusnya menjayakan wawasan 2020. Ini kerana pendidikan adalah

penting kepada individu dan masyarakat kerana tanpa pendidikan kemajuan sesebuah

negara tidak akan dapat dicapai. Di sekolah, guru merupakan golongan yang berada

di barisan hadapan dan pemangkin kepada penghasilkan modal insan bagi

memastikan hasrat untuk mencapai wawasan 2020 menjadi kenyataan. Oleh itu,

bakal guru yang akan membimbing generasi muda perlu mempunyai ciri-ciri unggul

yang menjadi aspirasi kepada masyarakat dan negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru

berhasrat memilih bakal guru yang berminat, bukan mereka yang hanya

menceburkan diri setelah tiada pilihan lain kerana sikap separuh hati ini telah terbukti

mendatangkan akibat buruk kepada profesion itu sendiri (Berita Bahagian Pendidikan

Guru,1990). Menurut Hishammuddin Tun Hussein(1996), hasrat kerajaan adalah

untuk memastikan bukan sahaja negara dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi

lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan guru yang berkualiti ini kekal di

dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh

perkhidmatan mereka.

Page 18: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

2

Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan

tenaga mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini

memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berketrampilan sesuai

dengan bidang-bidang yang diperlukan untuk negara. Untuk merealisasikan matlamat

tersebut, Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan

Kementerian Pengajian Tinggi pada 29 Ogos 2006 telah bersetuju bahawa

pengurusan pengambilan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(ISMP) diwajibkan melalui Ujian Malaysia Educators Selection Inventory (MedSI)

dan temuduga mulai sesi akademik 2007/2008 untuk memastikan kualiti guru yang

dilahirkan menuruti Standard Guru Malaysia seperti yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) mulai 2006 hingga 2010 telah

dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang

holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana

Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 januari 2007 di Pusat

Kovensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP (2006-2010) telah menggariskan enam

teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memartabatkan

profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Teras ke

enam dalam PIPP iaitu memartabatkan profesion perguruan dirangka untuk memilih

dan melahirkan guru-guru yang bersedia untuk menghadapi segal cabaran di dalam

dunia pendidikan.

Justeru, kesediaan guru-guru untuk menjalankan tanggungjawab dan cabaran

dalam bidang perguruan penting bagi memastikan segala impian negara akan

tercapai. Pemilihan bidang perguruan mestilah berdasarkan kesanggupan seseorang

individu untuk memikul tugas seorang guru bukan kerana terpaksa ataupun desakan

daripada mana-mana pihak.

Page 19: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

3

1.2 Latar Belakang Masalah Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini

menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion

keguruan bukanlah satu profesion yang boleh dijadikan satu pilihan terakhir setelah

tidak diterima masuk ke kursus pilihan. Namun begitu, trend menjadikan profesion

perguruan sebagai pilihan terakhir bukan sesuatu yang baru di negara kita. Pelajar-

pelajar pada masa sekarang akan cuba memilih kursus selain dari pendidikan untuk

memasuki IPTA(Tajul Ariffin Noordin dan Nor’aini Dan, 1992). Mereka hanya akan

memilih kursus pendidikan apabila sudah tidak ada pilihan lain yang sesuai dengan

kelayakannya. Perlu ditekankan bahawa profesion perguruan memerlukan individu

yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, minat, iltizam dan berjiwa

pendidik.

Menurut Tajul Ariffin Noordin(1995), satu ciri penting perlu ada pada

seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat penuh

terhadap keseluruhan tugasnya. Jelas di sini, pendidikan merupakan pelaburan

terpenting bagi sesebuah negara dan guru merupakan pemangkin utama dan tunggak

bagi memastikan segala hasrat kerajaan tercapai. Mereka yang menjadi guru hanya

kerana gaji ataupun kerana tidak mendapat perkerjaan lain perlu sedar bahawa

profesion perguruan bukan lah satu bidang yang bleh dianggap mudah.

“...kemerosotan juga berlaku ke atas status profesion perguruan yang semakin

menunjukkan kecenderungan untuk meneliti nilai-nilai kebendaan. Keadaan ini

mungkin ada kaitannya dengan ketidakseimbangan permintaan tenaga pekerja.

Kebanyakan guru memilih bidang profesion perguruan sebagai jalan terakhir” (Tajul

Ariffin Noordin dan Nor’aini Dan:1992)

Bersesuaian dengan tema hari guru pada tahun 2005 yang kekal sama sejak

tahun 2003, iaitu “Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan” sangat bertepatan

dengan keperluan semasa kerana dalam era globalisasi dan K-ekonomi, Malaysia

terpaksa bersaing dengan negara lain di atas dasar kualiti dan rakyat tidak

mempunyai pilihan, melainkan berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan

generasi masa hadapan Malaysia yang amat mengutamakan kualiti dalam setiap

Page 20: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

4

perkerjaan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika Perdana Menteri, Dato’ Seri

Abdullah Haji Ahmad Badawi memberikan penekanan yang begitu tinggi terhadap

bidang pendidikan. Reformasi pendidikan yang ingin beliau bawa diharap dapat

melahirkan generasi masa hadapan yang betul-betul boleh mengangkat Malaysia ke

suatu tahap yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang (Hishammuddin Tun

Hussien, 2005).

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam memilih profesion perguruan sebagai kerjaya, terdapat faktor yang

mendorong seseorang itu untuk menjadikan perguruan sebagai pekerjaan sebagai

pekerjaan yang tetap. Pemilihan kerjaya sebagai seorang guru memerlukan sesorang

itu benar-benar ingin menjadi seorang guru dan bukan disebabkan oleh perkara-

perkara yang memaksa seseorang itu memilih profesion perguruan sebagai kerjaya

seperti tiada pilihan dan sebagainya.

Kajian yang dijalankan oleh Kasim Ab. Rahman (1999) mendapati keluarga

terutama ibu bapa mempengaruhi kerjaya seseorang. Beliau juga menyatakan

pengaruh ibu bapa lebih dominan berbanding pengaruh rakan sebaya dalam soal

pemilihan kerjaya. Dalam kajian yang dilakukan oleh Suffean Hussin (1996)

mendapati pengaruh faktor perkhidmatan itu sendiri seperti gaji, masa bekerja dan

elaun menjadi faktor utama dalam pemilihan kerjaya dalam profesion perguruan.

Tajul Ariffin Noordin (1995) pula menegaskan ciri penting yang perlu ada dalam

memilih profesion perguruan sebagai kerjaya adalah mempunyai minat yang penuh

terhadap profesion itu sendiri. Berdasarkan daripada kajian-kajian tersebut, kajian ini

dibuat untuk menjelaskan faktor manakah yang mendorong seseorang individu

memilih untuk menjadikan bidang perguruan sebagai kerjaya mereka. Adakah

disebabkan oleh pengaruh orang signifikan? Adakah faktor peribadi atau kemudahan

yang diberikan dalam perkhidmatan mempengaruhi seseorang individu memilih

bidang perguruan?

Page 21: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

5

Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang

mendorong guru pelatih Fakulti Pendidikan memilih profesion perguruan. Kajian ini

menumpukan kepada tiga faktor penting iaitu pengaruh orang signifikan, faktor

peribadi dan pengaruh kemudahan yang diberikan dalam perkhidmatan pendidikan.

1.4 Objektif Kajian Objektif utama kajian adalah untuk (i) mengenal pasti sama ada faktor orang signifikan mempengaruhi

pemilihan profesion perguruan oleh guru pelatih Fakulti Pendidikan

(ii) mengenal pasti sama ada faktor peribadi mempengaruhi pemilihan

profesion perguruan oleh guru pelatih Fakulti Pendidikan

(iii) mengenal pasti sama ada pengaruh kemudahan yang diberikan dalam

perkhidmatan pendidikan mempengaruhi pemilihan profesion perguruan

oleh guru pelatih Fakulti Pendidikan

1.5 Persoalan Kajian Di dalam kajian ini, persoalan kajian adalah bertujuan bagi mengenal pasti (i) adakah faktor orang signifikan mendorong guru pelatih Fakulti

Pendidikan memilih profesion perguruan?

(ii) adakah faktor peribadi mendorong guru pelatih Fakulti Pendidikan

memilih profesion perguruan?

(iii) adakah faktor kemudahan yang diberikan dalam perkhidmatan

pendidikan mendorong guru pelatih Fakulti Pendidikan memilih

profesion perguruan?

Page 22: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

6

1.6 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat dan

pengetahuan kepada semua pihak yang terlibat di dalam kajian ini samada secara

langsung ataupun tidak. Pihak yang boleh menjadikan kajian ini sebagai satu

tambahan maklumat adalah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Teknik Kejuruteraan (JPTK), Universiti Teknologi Malaysia dan juga individu yang

ingin menjadikan perguruan sebagai profesion mereka. Di antara kepentingan kajian

ini adalah

(i) kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia mengenai apakah faktor-faktor yang mendorong

seseorang individu memilih profesion perguruan sebagai kerjaya

mereka. Dapatan kajian juga boleh dijadikan maklum balas kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya Bahagian Pendidikan

Guru bagi memantapkan lagi kriteria calon yang memohon agar bakal

guru yang dihasilkan benar-benar berkeinginan untuk menjadi seorang

guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi

(ii) dengan dapatan kajian ini juga, diharap dapat membantu Jabatan

Pendidikan Teknik Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan UTM

dalam usaha melatih guru teknikal agar bersedia untuk menghadapi

dunia perguruan dan menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu,

dapatan kajian ini boleh dijadikan maklumat tambahan untuk pihak

JPTK ketika mengenal pasti calon-calon yang sesuai semasa pemilihan

pengambilan dilakukan. Ini bagi memastikan calon-calon terpilih bukan

sahaja mampu menjadi seorang guru teknikal bah kan juga mempunyai

ciri-ciri guru yang baik

(iii) dapatan kajian ini diharap dapat membantu responden ataupun guru

pelatih untuk membuat penilaian kendiri di atas pemilihan yang mereka

ambil. Penilaian ini diharap akan meyakinkan individu tersebut bahawa

kerjaya yang mereka pilih adalah suautu pilihan yang tepat. Kajian ini

juga diharap boleh menjadi satu maklumat dan rujukan bagi individu

yang ingin melakukan penyelidikan mengenai faktor-faktor yang

mendorong seseorang memilih bidang perguruan kelak.

Page 23: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

7

1.7 Skop Kajian / Batasan Kajian Kajian ini terbatas kepada beberapa faktor yang telah dikenal pasti

mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai seorang guru. Ianya hanya melibatkan

pelajar-pelajar tahun satu Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) sahaja. Pemilihan responden adalah disebabkan oleh

pengambilan pelajar baru bagi sesi 2007/2008 untuk bidang Pengajian Teknik

Kejuruteraan ini hanya melibatkan pelajar daripada kumpulan Kemahiran Hidup

sahaja. Aspek kajian yang dipilih adalah terbatas kepada faktor pengaruh orang

signifikan, faktor peribadi dan faktor kemudahan yang diberikan dalam perkhidmatan

pendidikan dalam mendorong guru pelatih, Fakulti Pendidikan memilih profesion

perguruan.

1.8 Definasi Operasi Bagi kajian ini, istilah berkaitan yang digunakan dalam kajian ini dihuraikan

untuk mengelakkan kekeliruan serta memudahkan pembaca memahami tujuan dan

had penggunaanya.

1.8.1 Faktor Memilih Profesion Perguruan

Faktor memilih profesion perguruan bermaksud sebab-sebab yang mendorong

guru pelatih iaitu pelajar tahun satu Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) sesi 2007/2008 dalam membuat keputusan memilih

profesion perguruan sebagai kerjaya mereka. Di dalam memilih kursus, seseorang

individu tidak dapat mengelakkan diri dari pengaruh dalaman dan luaran dalam

memilih kerjaya. Faktor-faktor yang dihuraikan dalam kajian ini ialah pengaruh

orang signifikan, pengaruh peribadi, faktor kemudahan yang diberikan dalam

perkhidmatan pendidikan, dalam memilih profesion perguruan di kalangan guru

pelatih, Fakulti Pendidikan.

Page 24: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

8

1.8.2 Orang Signifikan

Orang signifikan membawa maksud individu ataupun orang yang berada di

sekeliling dan memberi pengaruh kepada keputusan yang dibuat. Di dalam kajian

ini, orang signifikan merupakan keluarga iaitu ibu bapa, adik beradik dan saudara

mara, guru dan rakan. Keluarga merupakan seisi rumah yang terdiri daripada suami

isteri serta anak-anak atau orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara

satu sama lain atau sekalian orang yang bertalian kerana perkahwinan. Asmah

Omar(2001) menjelaskan guru adalah orang yang mengajar, terutama sekali di

sekolah. Guru juga membawa erti seseorang yang mempunyai nilai-nilai baik yang

menjadi ikutan dan tiruan. Rakan ditakrifkan sebagai sahabat dalam lingkungan usia,

latar belakang dan minat yang lebih kurang sama (Sharifah Alwiyah Alsagoff,1984).

1.8.3 Pengaruh peribadi

Di dalam kajian ini, pengaruh peribadi membawa maksud faktor dalaman

ataupun kecenderungan yang mendorong seseorang individu memilih untuk menjadi

seorang guru.

1.8.4 Kemudahan yang Diberikan dalam Perkhidmatan Pendidikan

Di dalam kajian ini kemudahan yang diberikan dalam perkhidmatan memberi

maksud gaji dan cuti yang diterima apabila memilih untuk menceburkan diri di

dalam profesion perguruan

Page 25: borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

9

1.8.5 Profesion Perguruan

Profesional bermaksud seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa

mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang

berkualiti (Esah Sulaiman,2003). Perkataan perguruan pula diambil dari perkataan

dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik

atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan

dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Profesion perguruan di dalam

kajian ini bermaksud individu yang melalui latihan dan pendidikan guru yang

diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Badan Berkanun di Universiti Teknologi

Malaysia yang membolehkannya diiktiraf sebagai seorang guru setelah selesai

menjalani pengajiannya kelak.

1.9 Kesimpulan

Dalam bab ini pengkaji menerangkan pendahuluan kajian yang mengandungi

pelbagai aspek termasuklah latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif

kajian, persoalan kajian, sumbangan hasil kajian, skop kajian/batasan kajian, dan

definisi operasi. Di dalam bab ini ianya lebih menerangkan tentang kajian yang akan

dilakukan bagi memenuhi kehendak penyelidik.