borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · pdf filesupaya program rmt diteruskan...

33
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR TERHADAP RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya NOR IZWANI BINTI DAUD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap 9A, Jalan Behor Pulai, Kg.Sg. Bakong, 01000 Kangar, Perlis Tarikh : 24 APRIL 2008 ____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) USTAZ AHMAD PUHAD ALIM ( NAMA PENYELIA ) Tarikh : 24 APRIL 2008 ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: dangquynh

Post on 30-Jan-2018

262 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR TERHADAP RANCANGAN

MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH KEBANGSAAN

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya NOR IZWANI BINTI DAUD

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

__________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap 9A, Jalan Behor Pulai, Kg.Sg. Bakong, 01000 Kangar, Perlis Tarikh : 24 APRIL 2008

____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

USTAZ AHMAD PUHAD ALIM ( NAMA PENYELIA )

Tarikh : 24 APRIL 2008

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan : ……………………………...

Nama Penyelia : Ustaz Ahmad Puhad bin Alim

Tarikh : ……………………………… 24 APRIL 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

iii

PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR TERHADAP RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH KEBANGSAAN.

NOR IZWANI BINTI DAUD

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

iv

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ...........................................

Nama Penulis : NOR IZWANI BINTI DAUD

Tarikh : 24 April 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tuhanku

Ampunkan hambaMu ini

Kusyukuri setiap anugerah pemberianMu

Redhakan kehidupanku dunia dan akhirat

Rasulku

Selawat dan salam ku mahkotakan buatmu

Syafaatkan umatmu wahai Rasul penunjuk jalan

Ayahda dan Bonda tercinta

Daud bin Shaari & Chik binti Omar

Terima kasih atas doa dan restu yang sentiasa mengiringiku hingga ke akhir hayat ini

Tidak lupa juga pengorbananmu yang tiada bernoktah

Kasih sayang dan semangat yang kalian titipkan amat ku hargai...

Semoga sentiasa di bawah rahmatNya

Abang, kakak dan adik-adik tersayang,

Amirul, Hafidawati, Nor Aniza dan Mohd Hanif

Teruskan usaha kalian menuju jalan kebenaran

Dorongan & semangat yang ditabur

tidak terbalas dengan ungkapan kata-kata

Guru, Pensyarah

Terima kasih atas segala didikan

Juga halalkan segala ilmu yang dicurahkan

insan teristimewa .. Mohamad Rizwan bin Sarpan

Pengorbanan, kesabaran dan kesetianmu

Tidak akan ku lupakan hingga ke akhir hayat

Buat teman-teman seperjuangan

Terima kasih di atas segalanya

Moga ukhuwah Islamiyyah yang terjalin dapat diteruskan hingga ke

penghujungnya....Amin

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Pemurah kerana dengan

limpah kurnia inayah dan izinNya, diberi saya kekuatan dan semangat untuk

melaksanakan kajian ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammmad

S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat baginda, serta para mujahidin. Setinggi-tinggi

penghargaan diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga yang tidak jemu-jemu memberi

sokongan yang amat membantu dalam menyiapkan kajian ini. Semoga Allah

memberikan kebahagian buat kalian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih diucapkan buat

penyelia saya yang dihormati Al-Fadhil Ustaz Ahmad Puhad bin Alim atas segala tunjuk

ajar, pandangan, nasihat dan dorongan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada dua

orang penilai saya Dr. Arieff Salleh bin Rosman dan Ustazah Akmaliza binti Abdullah

yang membantu saya dalam pemurnian kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan Fakulti Pendidikan UTM, Pusat

Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Perpustakaan Sultanah Zanariah

UTM, Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM dan Perpustakaan Al-Ghazali (ILIM) atas

segala bantuan yang diberikan sepanjang saya mendapatkan bahan-bahan rujukan.

Tidak dilupakan juga kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Perlis dan

Sekolah Kebangsaan Seri Pulai yang telah membantu saya dalam mendapatkan

responden dan maklumat dan para responden yang telah memberikan kerjasama semasa

menjawab soal selidik. Begitu juga terima kasih diucapkan buat sahabat seperjuangan

yang banyak berkongsi idea dalam melaksanakan kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima

kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak bagi

menyempurnakan kajian ini. Semoga Allah memberkati dan membalas dengan kebaikan

jua.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

vii

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan

Makanan Tambahan (RMT). Sekolah yang terlibat dengan program RMT dalam kajian

ini ialah Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Seramai 37 orang ibu bapa pelajar yang

terlibat dalam kajian ini. Proses penyelidikan kajian ini menggunakan soal selidik yang

mengandungi 37 item soalan sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik tersebut

terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A yang berkaitan dengan latar belakang

responden dan juga bahagian B,C dan D yang mengandungi item-item berkaitan

persoalan kajian. Data-data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis menggunakan

perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) 13.0 for windows. Data

yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratusan

dan min. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.918. Secara keseluruhannya,

hasil kajian menunjukkan persepsi ibu bapa pelajar terhadap RMT bagi aspek yang

dikaji adalah tinggi iaitu dengan min 4.02. Didapati majoriti ibu bapa pelajar bersetuju

supaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

viii

ABSTRACT

This study is conducted to determine the perception of School Food Programmes

(SFP) among parents. The school that involves with SFP in this research is Sekolah

Kebangsaan Seri Perlis. A set of questionnaires consists of 37 items as a part of

instrument for this study which of questionnaires were distributed to 37 respondent. The

questionnaires are further divided into four part. Part A is to seek respondents

background. While B, C and D contain questions on research by the used of likert scales.

The accumulated data are analyzed by using Statistical Package for Social Science

(SPSS) for Windows version 13.0. The data which have been collected is further

analyzed in descriptive form and the expression of frequency, percentage and min were

calculated. Realibility value of the instrument was α = 0.918. As the whole, the

perception of SFP among parents was at high level with mean of response 4.02. This

study also showed that majority of the parents seems to agree to the implementation of

SFP in the future.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xviii

SENARAI SINGKATAN xix

SENARAI LAMPIRAN xx

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

x

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi / Istilah 12

1.9 Kesimpulan 13

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan

(RMT)

2.2.1 Sejarah Pelaksanaan Rancangan 15

Makanan Tambahan (RMT)

2.2.2 Kriteria Pemilihan Pelajar untuk 17

Menerima Rancangan Makanan

Tambahan (RMT)

2.2.3 Aktiviti Pendidikan yang Disemai Melalui 18

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

2.3 Pemakanan Menurut Perspektif Islam 19

2.4 Pemilihan Makanan yang Baik 22

2.4.1 Makanan yang Halal dan Makanan Haram 23

2.4.2 Makanan yang Baik dan Berkhasiat serta 25

Seimbang

2.5 Pemakanan untuk Keluarga 28

2.6 Kedudukan Luar Bandar dan Penduduk Luar Bandar 29

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xi

2.7 Keracunan Makanan 30

2.7.1 Punca-punca Keracunan Makanan 31

2.8 Kajian Lepas 32

2.9 Kesimpulan 36

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 37

3.2 Reka bentuk Kajian 38

3.3 Tempat Kajian 38

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 39

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 39

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 41

3.6 Tatacara kajian 42

3.7 Kajian Rintis 43

3.8 Kajian Sebenar 44

3.9 Jangka Masa Kajian 44

3.10 Analisis Data 45

3.11 Kesimpulan 46

BAHAGIAN EMPAT

DAPATAN KAJIAN

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 47

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xii

4.2 Analisis Data : Bahagian A

(Latar Belakang Responden)

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut 48

Umur

4.2.2 Latar Belakang Hubungan Responden 49

dengan Pelajar

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 49

Bangsa

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut 49

Tempat Tinggal

4.2.5 Latar Belakang Pekerjaan Responden 50

4.2.6 Latar Belakang Pendapatan Responden 50

4.2.7 Bilangan Anak Responden 51

4.2.8 Latar Belakang Pendidikan Responden 51

4.3 Analisis Data : Bahagian B

(Maklum Balas Responden)

4.3.1 Analisis Data Berhubung Pengetahuan 52

Responden terhadap Rancangan Makanan

Tambahan (RMT)

4.3.2 Analisis Data Berhubung Persepsi Responden 58

terhadap Rancangan Makanan Tambahan

(RMT)

4.3.3 Analisis Data Berhubung Penerimaan 65

Responden terhadap Rancangan Makanan

Tambahan (RMT)

4.4 Analisis Keseluruhan

4.4.1 Rumusan Dapatan Kajian Pengetahuan Ibu Bapa 71

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xiii

Pelajar Terhadap Rancangan Makanan Tambahan

(RMT) di Sekolah Kebangsaan

4.4.2 Rumusan Dapatan Kajian Persepsi Ibu Bapa 73

Pelajar Terhadap Rancangan Makanan Tambahan

(RMT) di Sekolah Kebangsaan

4.4.3 Rumusan Dapatan Kajian Penerimaan 75

Ibu Bapa Pelajar Terhadap Rancangan

Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah

Kebangsaan

4.5 Kesimpulan 76

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahulun 77

5.2 Perbincangan

5.2.1 Maklumat Demografi Responden 78

5.2.2 Pengetahuan Responden terhadap 80

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

5.2.3 Persepsi Responden terhadap 83

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

5.2.4 Penerimaan Responden terhadap 86

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

5.3 Rumusan 89

5.4 Cadangan

5.4.1 Ibu bapa 91

5.4.2 Pengusaha kantin 91

5.4.3 Pihak Sekolah 91

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xiv

5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 92

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 93

5.6 Kesimpulan 93

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik

B Surat akuan dari Fakulti Pendidikan

C Surat akuan daripada PPIPS

D Surat Kelulusan daripada KPM

E Surat Kelulusan daripada JPN

F Menu Rancangan Makanan Tambahan SK. Seri Perlis

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kronologi Keracunan Makanan di sekolah sepanjang Januari 7

hingga Februari 2008

3.1 Klasifikasi soalan dalam bahagian B,C dan D 40

3.2 Skor berdasarkan Skala Likert 41

3.3 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 46

3.4 Tahap Skor Min 46

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 48

4.2 Taburan Responden Mengikut Hubungan 49

dengan Pelajar

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49

4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 49

4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 50

4.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Keluarga 50

4.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 51

4.8 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 51

4.9 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 1 52

4.10 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 2 53

4.11 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 3 53

4.12 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 4 54

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xvi

4.13 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 5 54

4.14 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 6 55

4.15 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 7 55

4.16 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 8 56

4.17 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 9 56

4.18 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 10 57

4.19 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 11 57

4.20 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 12 58

4.21 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 13 58

4.22 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 14 59

4.23 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 15 59

4.24 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 16 60

4.25 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 17 60

4.26 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 18 61

4.27 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 19 61

4.28 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 20 62

4.29 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 21 62

4.30 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 22 63

4.31 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 23 63

4.32 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 24 64

4.33 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 25 64

4.34 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 26 65

4.35 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 27 65

4.36 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 28 66

4.37 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 29 66

4.38 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 30 67

4.39 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 31 67

4.40 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 32 68

4.41 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 33 68

4.42 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 34 69

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xvii

4.43 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 35 69

4.44 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 36 70

4.45 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 37 70

4.46 Rumusan Dapatan Kajian Pengetahuan Ibu Bapa Pelajar 71

Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

di Sekolah Kebangsaan

4.47 Rumusan Dapatan Kajian Persepsi Ibu Bapa Pelajar 73

Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

di Sekolah Kebangsaan

4.48 Rumusan Dapatan Kajian Penerimaan Ibu Bapa Pelajar 75

Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

di Sekolah Kebangsaan

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xviii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Piramid Makanan 26

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xix

SENARAI SINGKATAN

RMT Rancangan Makanan Tambahan

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

IMR Institute of Medical Research

SPSS Statistical Package for Social Science

WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia

KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

DEB Dasar Ekonomi Baru

SPBT Skim Pinjaman Buku Teks

SBP Sekolah Berasrama Penuh

PSS Program Susu Sekolah

KWAPM Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

JPNK Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

FELDA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

AMP Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan

ILO Pertubuhan Buruh Antarabangsa

FPP Fakulti Pengajian Pendidikan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat akuan dari Fakulti Pendidikan

C Surat akuan daripada PPIPS

D Surat Kelulusan daripada KPM

E Surat Kelulusan daripada JPN

F Menu Rancangan Makanan Tambahan SK. Seri Perlis

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

BAB 1

Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sedang dilaksanakan di sekolah-

sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini merupakan salah satu usaha murni

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu meningkatkan taraf

pemakanan dan kesihatan pelajar-pelajar sekolah rendah. Rancangan ini bertujuan untuk

memberi makanan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya dari luar

bandar dan dari golongan berpendapatan rendah secara imbuhan. Rancangan ini buat

sementara waktu adalah untuk memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan mereka

sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Menurut Aziz

Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), rancangan ini

sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu bapa dalam memberi

makanan kepada anak-anak mereka tetapi ianya adalah sekadar membekalkan 25%

hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak-kanak tersebut

(http://ilmusvr:imr.gov.my 20 Ogos 2007).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian utama

terhadap tahap kesihatan warga sekolah. Amalan penjagaan kesihatan menerusi aktiviti

yang terancang, teratur serta mencapai piawai yang ditentukan dapat menjamin

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

2

kesihatan warga sekolah pada tahap optimum. Kementerian sentiasa menjalankan

pelbagai usaha untuk mempertingkatkan tahap pencapaian pendidikan negara

(Muhammad Ikmal Opat Abdullah. Pendidik, 2006: 14).

Di samping itu, program ini juga dirangka dengan beberapa objektif khusus iaitu:

i. Untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan dapat

mengimbangi pengambilan zat-zat makanan harian pelajar-pelajar

terbabit,

ii. Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak

langsung,

iii. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta

amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri,

kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar dan

iv. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam

usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT (http://ilmusvr:imr.gov.my 20

Ogos 2007).

Pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan ini juga adalah usaha bagi

meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan pelajar-pelajar sekolah. Menurut Wan

Nudri dan Aminah (1996), keperluan pemakanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah

rendah adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra-sekolah, ini

disebabkan oleh pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua

belas tahun adalah amat ketara. Pelajar-pelajar yang mendapat zat makanan yang

secukupnya dan dalam keadaan persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai

tumbesaran yang optimum. Sebaliknya pelajar-pelajar yang mendapat kurang zat

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

3

makanan akan mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan, kurang

penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran di sekolah

(Kajian Taraf (Pola) Pemakanan Di Kalangan Pelajar Melayu Tahun Enam Sekolah

Rendah Di Kawasan Keramat, Kuala Lumpur.)

(http://members.tripod.com/onedin/INTAN.htm 14 Julai 2007).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, faktor-faktor yang mempengaruhi

pemakanan adalah amat penting dan berguna jika ianya dikaji secara terperinci dan

berterusan terutamanya bagi memastikan kesinambungan wujudnya generasi yang sihat

secara berterusan di negara ini. Isu-isu berkaitan dengan makanan dan pemakanan

adalah melibatkan interaksi budaya, sosial, ekonomi dan psikologi yang kompleks.

Pada tahun 1988, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa terdapat bukti-bukti

yang kukuh menunjukkan bahawa tabiat atau amalan makan yang buruk merupakan

salah satu faktor penting yang meningkatkan penyakit-penyakit kronik dengan begitu

cepat (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1996).

Baik buruknya taraf pemakanan seseorang juga berpunca daripada tabiat makan

yang diamalkannya. Tabiat makan seseorang menggambarkan pengambilan makanan

yang sering diamalkan oleh seseorang individu. Tabiat makan yang buruk boleh

membawa kepada keadaan yang tidak sihat seperti kegemukan atau berkemungkinan

meningkatkan risiko terhadap beberapa penyakit seperti penyakit jantung, diabetis,

tekanan darah tinggi, karies gigi dan beberapa jenis kanser. Berdasarkan isu-isu

tersebut, adalah penting bagi setiap individu mempunyai pengetahuan yang cukup

mengenai makanan, tabiat makan dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya

untuk membolehkan mereka mengamalkan tabiat atau amalan makan yang sihat serta

membolehkan mereka hidup sihat dan memiliki kehidupan yang berkualiti (Kajian Taraf

(Pola) Pemakanan Di Kalangan Pelajar Melayu Tahun Enam Sekolah Rendah Di

Kawasan Keramat, Kuala Lumpur).

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

4

Pengetahuan pemakanan dan amalan makan yang sihat perlu diberi penekanan

lebih awal kepada setiap individu iaitu bermula di peringkat sekolah rendah lagi.

Pelajar-pelajar dalam usia ini perlu diberi pendedahan kepada perkara tersebut bagi

mewujudkan generasi yang mempunyai taraf pemakanan yang baik iaitu sihat dari segi

rohani, jasmani dan mental. Seterusnya bebas daripada risiko penyakit yang berbahaya

seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser. Selain daripada itu,

pendedahan awal ini juga akan dapat memberikan kesedaran awal kepada mereka

mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri supaya sentiasa berada pada tahap yang

optimum.

Dalam konteks kehidupan manusia, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia itu

adalah memperlihatkan suatu cara hidup dan ianya mesti berlandaskan dengan syariat

yang telah digariskan oleh Islam. Allah S.W.T telah mensyariatkan supaya manusia

makan dan minum benda-benda yang bersih dan halal. Firman Allah:

$ yγ •ƒ r'̄≈ tƒ â¨$̈Ζ9$# (#θ è= ä. $ £ϑÏΒ ’ Îû ÇÚö‘ F{$# Wξ≈ n= ym $ Y7Íh‹sÛ Ÿω uρ (#θ ãè Î6 ®Ks? ÏN≡uθ äÜäz Ç⎯≈ sÜø‹¤±9$# 4 …çμ ¯ΡÎ)

öΝä3s9 Aρ ߉tã î⎦⎫Î7•Β ∩⊇∉∇∪

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(al-Baqarah: 168)

Pemilihan makanan dan minuman yang bersih serta halal amat penting dan

sangat dititikberatkan dalam Islam yang bertujuan untuk memastikan makanan dan

minuman itu tidak memudaratkan manusia. Islam mengajar manusia untuk menjaga

kesihatan tubuh badan dan dalam perkara ini Islam menumpukan kepada cara dan bahan

makanan.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

5

Setiap makanan yang dimakan bukan sahaja dapat membina pertumbuhan

fizikal, malah turut mempengaruhi pembentukan spiritual manusia (Rozlin Farid 1998).

Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka diberi makan dan minuman

yang halal dan baik malah suci kerana benda-benda yang dimakan itu akan menjadi

daging tubuh badan yang mempengaruhi tingkah laku dan akhlak seseorang. Rasulullah

s.a.w bersabda:

أو لى به فالنارآل لحم نبت من حرام Maksudnya:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang lebih utama untuknya.”

(H.R Tirmidzi)

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1970-1990) bermatlamat untuk

mengukuhkan perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan di kalangan semua

kaum dan penyusunan semula masyarakat. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan

keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan

menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum (Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010:17).

Sehubungan dengan itu, pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk

warganegara ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur

terutama di luar bandar untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan

antara golongan kaya dengan golongan miskin, program sokongan pendidikan seperti

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh

(SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

6

(RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

2006-2010:18).

“Kita percaya bahawa program sokongan sekolah dan bantuan boleh

meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan keciciran di kalangan pelajar

miskin. Oleh itu, program sokongan dan bantuan seperti Kumpulan Wang Amanah

Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Baucer Tuisyen, Rancangan Makanan Tambahan

(RMT), Program Susu Sekolah dan Skim Pinjaman Buku Teks akan terus diperluas. Kita

akan lebih telus dalam urusan pemilihan dan pengagihan dengan memperkemaskan lagi

prosedur dan proses di semua peringkat.”, petikan ucapan Y.B Dato’ Sri Hishammuddin

Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan

Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 3 April 2006 di Autorium Parcel D,

Putrajaya.

Kebelakangan ini kita dapat lihat bahawa kejadian keracunan makanan di

sekolah sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai pelajar. Antara

punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah,

asrama dan daripada program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan(RMT)

dan Program Susu Sekolah (PSS). Kes terbaru yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo

(Nuzulsham Shamsuddin, 23 April 2008) berkenaan kes keracunan makanan di Sekolah

Kebangsaan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya yang melibatkan kira-kira 100 orang

murid mengalami muntah dan sakit perut dipercayai selepas makan di kantin sekolah.

Sementara itu, di Tanah Merah Kelantan, 64 murid Sekolah Rendah Kebangsaan Nik

Daud di Jakar dikejarkan ke klinik akibat cirit-birit selepas memakan roti dan air soya di

kantin sekolah. Kejadian melibatkan murid tahun satu hingga tahun enam ketika

bersarapan pada pukul 7.30 pagi di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Di samping itu, hal ini juga dapat dilihat berdasarkan kronologi kejadian

keracunan makanan di sekolah sepanjang Januari hingga Februari 2008.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

7

Jadual 1.1: Kronologi Keracunan Makanan di sekolah sepanjang Januari hingga

Februari 2008

Tarikh Kes 5 Januari 10 pelajar dan guru sekolah swasta

di Sekyen 7 Shah Alam, Selangor. 23 Januari 33 orang murid Sekolah Rendah

Kebangsaan Jambu Bongkok, Mercang dan SK Padang Mengkuang, Bukit Payong, Terengganu.

30 Januari 33 murid Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya, Negeri Sembilan.

31 Januari 2 guru bersama 53 murid Sekolah Kebangsaan Seri Ampangan Muda, Kedah. (RMT)

3 Februari 60 pelajar perempuan Sekolah Menengah Seri Nering, Besut, Terengganu.

4 Februari 39 pelajar sekolah Kebangsan Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.(.RMT)

5 Februari 41 pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu, Penaga, Pulau Pinang.

Sumber: Md. Zan Saari, 2008. http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull 26 Mac 2008

Selain itu, sebanyak 18 kes keracunan berlaku di Kedah iaitu kes yang

melibatkan 1,237 orang pelajar yang terbabit sepanjang tempoh 16 Januari sehingga 12

Julai 2007 . Kes keracunan yang berlaku di Baling membabitkan lebih 80 orang pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Batu 42 (Safuri Kamarudin. Berita Harian, 3

Ogos 2007:20).

Utusan Malaysia Online (16 Julai 2007) melaporkan seramai 40 orang pelajar

Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai dikejarkan ke Hospital Parit Buntar

selepas sakit perut, pening dan muntah dipercayai keracunan makanan selepas memakan

makanan termasuk nasi lemak, sandwich, nasi dan gulai daging di kantin sekolah.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

8

Gejala keracunan makanan yang melibatkan pelajar di seluruh negara seakan-

akan tiada noktahnya dan dipercayai berterusan selagi pihak yang bertanggungjawab

tidak serius menjaga soal kualiti makanan di sekolah. Pelajar-pelajar sekolah yang rata-

ratanya berusia 10-12 tahun mengadu mengalami sakit perut, pening dan muntah-

muntah selepas menikmati makanan dan minuman di kantin yang juga menyediakan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Menurut Pengarah Hospital Parit Buntar, Dr.

Narimah Yusof, pelajar-pelajar yang dibawa ke hospital adalah dalam keadaan lemah

dengan mengalami muntah selain mengadu sakit perut (Utusan Malaysia Online:16 Julai

2007).

Dalam Berita mStar Online (6 Julai 2007), Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr.

Chua Soi Lek berkata pemeriksaan kesihatan adalah meliputi kebersihan tempat

simpanan makanan dan kesihatan diri pengusaha kantin bagi memastikan ia menepati

piawai kesihatan untuk seseorang pengendali makanan. Kementerian Kesihatan

memandang serius kes keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah yang semakin

menjadi-jadi terutamanya di Kedah dan kementerian akan membuat pemeriksaan

menyeluruh terhadap pengusaha kantin sekolah. Kementerian akan menghantar pasukan

penguatkuasa dari Jabatan Kesihatan untuk melancarkan operasi dan mengambil

tindakan terhadap mereka yang didapati tidak menjaga kesihatan tempat mengendali

makanan atau kebersihan diri. Keracunan makanan selalunya berpunca daripada

kekotoran yang menyebabkan makanan di kantin sekolah dijangkiti kuman

(http://www.mStar.com)

Menurut Ketua Unit Sektor Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

(JPNK), Dr Ahmad Yani Mohamad berkata kebanyakan bahan mentah seperti cili boh,

santan, susu dan sos yang telah rosak dan mudah dijangkiti bakteria adalah menjadi

penyebab utama berlakunya kes keracunan makanan. Pemantauan yang telah dibuat

mendapati bahawa ada antara pengusaha kantin dan asrama sekolah yang tidak

mengambil berat tentang bahan mentah yang digunakan untuk memasak. Malah tidak

menutup semula bekas cili boh, santan atau sos sehingga menyebabkan bahan itu rosak

akibat terdedah kepada udara. Pengusaha makanan tersebut hanya mementingkan

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

9

keuntungan sahaja tanpa mengambil kira kepentingan kebersihan makanan yang

disediakan (http://www.mStar.com: 28 Jun 2007).

Keracunan makanan bukanlah perkara yang remeh dan tidak boleh diambil

ringan. Jika tidak ditangani segera, ia boleh memudaratkan mangsa malah mungkin

mengakibatkan maut, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Penyediaan makanan perlu diteliti

untuk memastikan pelajar-pelajar sekolah mendapat cukup zat makanan untuk

menjalankan aktiviti semasa di sekolah.

Melihat kepada beberapa permasalahan yang timbul, penyelidik berminat untuk

mengkaji apakah persepsi ibu bapa berhubung Rancangan Makanan Tambahan yang

diberikan kepada anak-anak mereka.

1.3 Penyataan Masalah

Sekolah seharusnya selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan pelajar.

Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) yang berkesan. Isu keracunan makanan yang serius berlaku

kebelakangan ini turut melibatkan pelajar sekolah yang mengikuti program Rancangan

Makanan Tambahan (RMT). Keadaan yang berlaku ini akan menimbulkan pelbagai

tanggapan dan kebimbangan terutamanya pihak ibu bapa pelajar. Ibu bapa yang prihatin

tentu tertanya-tanya apakah kesudahannya bagi permasalahan yang berlaku.

Sehubungan daripada penyataan-penyataan tersebut, maka kajian deskriptif ini

diketengahkan untuk melihat apakah persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan

Makanan Tambahan (RMT) di sekolah. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji tentang

pengetahuan dan penerimaan ibu bapa pelajar terhadap rancangan tersebut.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

10

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah digariskan bagi melicinkan pelaksanaan kajian

iaitu:

i. Untuk mengenalpasti pengetahuan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan

Makanan Tambahan (RMT).

ii. Untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan

Tambahan(RMT).

iii. Untuk mengenalpasti penerimaan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan

Tambahan(RMT).

1.5 Persoalan Kajian

Dalam mencapai objektif kajian yang ditetapkan, beberapa persoalan kajian perlu

dijawab bagi membolehkan kajian ini mencapai seperti apa yang telah dirancang.

Persoalan kajian ini adalah:

i. Apakah pengetahuan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan Tambahan

(RMT).

ii. Apakah persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan Tambahan

(RMT).

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

11

iii. Apakah penerimaan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan Tambahan

(RMT).

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan yang dirasakan

perlu bagi menyumbang kepada pihak-pihak tertentu. Data, maklumat, respon serta hasil

rumusan kajian ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak pihak-pihak yang

berkaitan dalam usaha mereka menjayakan matlamat dan objektif masing-masing.

Antara kepentingan kajian ini adalah:

i. Memberi sedikit informasi kepada ibu bapa pelajar dan mengetahui persepsi

sebenar ibu bapa pelajar tentang Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

ii. Pihak sekolah dapat memberi perhatian serius dan mengambil langkah-langkah

tegas dalam mengawal dan mencegah kejadian keracunan makanan di sekolah-

sekolah.

iii. Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengadakan tindakan

susulan dan merangka strategi yang efektif bagi memantapkan lagi Rancangan

Makanan Tambahan (RMT) agar program ini benar-benar membantu murid dan

bukannya menimbulkan masalah serta bebanan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis, Kangar Perlis. Kajian

ini terhad kepada ibu bapa pelajar tahun satu hingga tahun lima sahaja yang mendapat

sumbangan Rancangan Makanan Tambahan. Kajian ini tidak melibatkan pelajar tahun

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

12

enam. Penyelidik tidak digalakkan melibatkan kelas-kelas peperiksaan di dalam

penyelidikan. Hal ini disebabkan oleh peringatan yang telah diberikan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan (BPPDP) kepada mana-mana penyelidik yang ingin menjalankan

penyelidikan di institusi di bawah KPM. Salah seorang sahaja yang akan menjawab soal

selidik yang diedarkan sama ada ibu atau bapa atau penjaga. Penemuan dan kajian hanya

terbatas terhadap populasi kajian yang dikaji. Skop kajian hanya tertumpu kepada

persepsi, pengetahuan dan penerimaan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan

Tambahan (RMT).

Kebolehpercayaan data yang dikumpulkan adalah jawapan daripada responden

semasa menjawab soal selidik yang diedarkan dan ia juga dipengaruhi oleh peristiwa

dan suasana yang terjadi semasa kajian dijalankan, di mana ia mungkin tidak dapat

memberi gambaran sebenar persepsi ibu bapa pelajar yang menerima RMT di sekolah

yang lain.

1.8 Takrifan Istilah

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan (2000: 1193) ‘Persepsi’ bermaksud gambaran atau

bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan menerusi pancaindera,

tanggapan, kekuatan imaginasi dan kepekaan. ‘Persepsi’ juga ditakrifkan sebagai

tanggapan atau gambaran yang terkandung di dalam pemikiran individu atau kelompok

tertentu terhadap sesuatu keadaan atau situasi. Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh

penglihatan, pendengaran, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Ia juga boleh

dipengaruhi oleh pihak-pihak lain dan persekitaran. Maka dalam kajian ini, ‘persepsi’

adalah merangkumi pendapat, sikap dan penilaian ibu bapa pelajar Rancangan Makanan

Tambahan (RMT) terhadap isu yang diketengahkan.

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filesupaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. ... SENARAI JADUAL xv SENARAI ... F Menu Rancangan Makanan Tambahan

13

1.8.2 Ibu bapa

Ibu bapa merujuk kepada penjaga bagi pelajar yang mendapat bantuan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis.

1.8.3 Rancangan Makanan Tambahan

Rancangan Makanan Tambahan(RMT) dilaksanakan sebagai satu program yang

bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan pelajar sekolah

rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri

diperluaskan pelaksanaannya menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Surat Perkeliling Kewangan Bil.7

tahun 2002 RMT di Sekolah Rendah).

1.9 Kesimpulan

Keseluruhan bab ini menerangkan secara ringkas tentang kajian tentang

“Persepsi Ibu Bapa Pelajar terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah

Kebangsaan” yang akan dilaksanakan oleh penyelidik. Tajuk yang dipilih amat

bertepatan dengan isu-isu terkini yang sering belaku dan dipaparkan di dada-dada akhbar

yang menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya ibu bapa pelajar.

Pemakanan yang baik perlu untuk kesihatan bagi membolehkan manusia hidup

dan menjalani segala kegiatan atau aktiviti, baik urusan pekerjaan atau ibadah.

Pemilihan makanan dan minuman yang bersih serta halal amat penting dan sangat

dititikberatkan dalam Islam.