borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦ · teknologi malaysia semasa latihan mengajar sesi...

28
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING DAN PENSYARAH PENYELIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya CHUA LEE FANG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 171. JALAN SALLEH DR. HJH NORAINI BT MOHD NOOR 84000 MUAR. JOHOR Nama Penyelia Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:

Upload: others

Post on 06-Jul-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN GURU

PEMBIMBING DAN PENSYARAH PENYELIA UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya CHUA LEE FANG

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 171. JALAN SALLEH DR. HJH NORAINI BT MOHD NOOR 84000 MUAR. JOHOR Nama Penyelia Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

√ Disahkan Oleh:

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penyelia : DR. HJH NORAINI BT MOHD NOOR

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN GURU

PEMBIMBING DAN PENSYARAH PENYELIA UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR

CHUA LEE FANG

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………

Nama Penulis : CHUA LEE FANG

Tarikh : 30 APRIL 2009

ii

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

DEDIKASI

Teristimewa buat Ayah dan Ibu yang disayangi

Chua Liang Seah

Teo Siam Cheng

Terima kasih jua saya ucapkan buat Ayah dan Ibu yang sentiasa

mendoakan kesejahteraan saya…

Buat suami yang disayangi ,

Shek Poi Ngian

Pensyarah Sekalian,

Yang Banyak Mencurahkan Ilmu Pengetahuan Dan

Nasihat Dalam Kehidupan

Untuk rakan-rakan seperjuangan SPH 2005/2009 yang sentiasa membantu sepanjang

perjuangan kita di UTM

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…

semoga Tuhan akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

iii

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

PENGHARGAAN

Dengan syukurnya akhirnya saya dapat menyiapkan kajian ini pada masa

yang telah ditetapkan. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan

setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, iaitu

Dr. Hjh Noraini Bt Mohd. Noor yang banyak memberikan tunjuk ajar sehinggalah

kajian saya ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Terima kasih juga ditujukan kepada keluarga saya dan suami kesayangan

yang telah memberi banyak dorongan untuk saya menyiapkan kajian ini. Tidak lupa

juga jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam kajian ini

samada secara langsung ataupun tidak. Di samping itu juga, ucapan terima kasih

diberikan kepada semua responden yang terlibat dalam kajian ini kerana tanpa

kerjasama kalian, mungkin kajian yang berunsurkan ilmiah ini tidak dapat dihasilkan

dengan jayanya.

Akhir sekali, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat

serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Sekian, terima kasih

iv

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap penyeliaan guru pembimbing

dan pensyarah penyelia Universiti Teknologi Malaysia semasa Latihan Mengajar.

Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah tentang pra pemerhatian pengajaran,

semasa pemerhatian, pos pemerhatian pengajaran dan sikap dan kemahiran penyelia

semasa mengendalikan penyeliaan. Seramai 73 orang responden terlibat dalam kajian

ini yang terdiri daripada semua pelajar tahun 3 aliran teknik dan vokasional

(Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, UTM yang telah menjalani latihan mengajar

pada semester satu 2007/2008. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai

instrumen kajian. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical

Package for The Social Science) Version 13.0 for Windows untuk mendapatkan nilai

kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru

pelatih 3 SPH terhadap penyeliaan guru pembimbing dan pensyarah penyelia UTM

semasa Latihan Mengajar adalah berada pada tahap peratusan yang baik. Ini

menunjukkan penyeliaan klinikal di kalangan guru pembimbing dan pensyarah

penyelia haruslah kekal dan dipertingkatkan lagi. Secara kesimpulannya, semasa pra

pemerhatian didapati responden mempunyai persepsi yang positif mengenai guru

pembimbing dan pensyarah penyelia UTM telah mengadakan perbincangan sebelum

memulakan sesi penyeliaan. Hasil kajian semasa pemerhatian juga menunjukkan

guru pembimbing dan pensyarah penyelia telah memerhati pengajaran yang sebenar

dalam kelas, bengkel ataupun makmal. Dari segi pos pemerhatian, responden

mempunyai persepsi yang positif tentang guru pembimbing dan pensyarah penyelia

UTM telah membincangkan semua aspek pengajaran yang telah mereka lakukan.

Hasil kajian tentang sikap dan kemahiran penyeliaan pula, menunjukkan guru

pembimbing dan pensyarah penyelia telah memberikan galakan dan bimbingan

semasa menjalani Latihan Mengajar.

v

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

ABSTRACT

This study discussed on students’ perception towards supervision guidance

teacher and lecturer (supervisor), UTM while undergoing their practical training in

teaching. The scopes of the studies are the pre-observation behavior, observation

behavior, post-observation behavior, attitude and skills during supervision. 73

respondents were involved in this research, which most of them are year 3 students in

Technical and Vocational Department (Living Skill), Faculty of Education, UTM,

who had undertaken practical training in teaching during the first semester of

2007/2008. Questionnaire was used as research instrument in study. The raw data

gathered were then analyzed using the SPSS (Statistical Package for the Social

Science) Software Version 13.0 for Windows to obtain the frequency, percentage and

mean values. The research finding shows that percentage of level students’

perception towards supervision guidance teacher and lecturer (supervisor), UTM

during their practical teaching was excellent. This shows that clinical supervision

towards guidance teacher and lecturer (supervisor) UTM should be maintain and

improved in order to produce students or potential teachers that are not only excellent

in their teaching skill but good in all manners. As a conclusion, during pre-

observation behavior, respondents having positive perception on supervisor guidance

teacher and lecturer UTM had held discussion before starting supervision session.

Meanwhile in observation behavior, the study shows that supervisor guidance teacher

and lecturer did observed the real lesson in class, workshop or laboratory. From post-

observation behavior, respondents having positive perception of supervisor guidance

teacher and lecturer UTM which discussed all aspects of teaching that they had go

through during practical teaching. In the aspect of supervision attitude and skills,

respondents showed positive perception towards supervisor guidance teacher and

lecturer that always give encouragement and guidance during practical teaching.

vi

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Guru Pelatih 7

1.6.2 Guru Pembimbing 8

1.5.3 Pensyarah Penyelia 8

1.7 Batasan Kajian 8

vii

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

1.8 Definisi Terminologi 9

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Guru Pelatih 3 SPH 9

1.8.3 Penyeliaan 10

1.8.4 Guru Pembimbing 10

1.8.5 Pensyarah Penyelia 10

1.8.6 Latihan Mengajar 11

1.8.7 Fakulti Pendidikan 11

1.8.8 Universiti 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Latihan Mengajar 13

2.3 Penyeliaan 15

2.4 Penyelia 16

2.5 Guru Pembimbing 17

2.6 Penyeliaan Klinikal 18

2.7 Perbincangan Pra Pemerhatian 20

2.8 Pemerhatian Pengajaran dan Pembelajaran 21

2.9 Perbincangan Pos-Pemerhatian 22

2.10 Sikap dan Kemahiran 22

2.11 Sikap dan Kemahiran Semasa Pra Pemerhatian 23

2.12 Sikap dan Kemahiran Semasa Pemerhatian 24

2.13 Sikap dan Kemahiran Semasa Pos Pemerhatian 24

2.14 Kesimpulan 25

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Tempat Kajian 27

viii

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 28

3.5.1 Bahagian A 28

3.6 Kesahan Soal Selidik 30

3.7 Kajian Rintis 31

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 32

3.9 Prosedur Kajian 33

3.10 Analisis Data 35

3.11 Kesimpulan 36

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Bahagian A 37

4.2.1 Analisis Pra Pemerhatian Pengajaran

Yang Diberikan Oleh Pelajar Terhadap

Guru Pembimbing dan Pensyarah Penyelia 43

4.2.2 Analisis Semasa Pemerhatian Pengajaran

Yang Diberikan Oleh Pelajar Terhadap

Guru Pembimbing dan Pensyarah Penyelia 48

4.2.3 Analisis Pos Pemerhatian Pengajaran

Yang Diberikan Oleh Pelajar Terhadap

Guru Pembimbing dan Pensyarah Penyelia 55

4.2.4 Analisis Mengenai Sikap dan Kemahiran

Terhadap Guru Pembimbing dan Pensyarah

Penyelia Semasa Mengendalikan Penyeliaan 62

4.3 Ringkasan Kajian Dapatan 64

4.4 Kesimpulan 65

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Rumusan 66

ix

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian 67

5.3.1 Guru Pembimbing 67

5.3.2 Pensyarah Penyelia 70

5.4 Perbincangan Kajian 72

5.4.1 Bahagian A 73

5.4.1.1 Pra Pemerhatian 73

5.4.1.2 Pemerhatian Pengajaran-

Pembelajaran 75

5.4.1.3 Pos Pemerhatian 76

5.4.1.4 Sikap dan Kemahiran Penyelia 77

5.5 Cadangan Kajian 78

5.5.1 Guru Pembimbing 79

5.5.2 Pensyarah Penyelia 79

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 80

5.7 Penutup 81

BIBLIOGRAFI 82

LAMPIRAN 85

x

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Pengelasan Skala Likert 29

3.2 Pembahagian Item Bahagian A Berdasarkan

Pembolehubah Dalam Soalan Kajian 30

3.3 Pekali Alfa Cronbach 32

3.4 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Lima

Mata Terhadap Item 36

3.5 Penentuan tahap peratusan 36

4.1 Pemeringkatan Skala Likert 38

4.2 Analisis Mengenai Pra Pemerhatian Pengajaran

Yang Diberikan Oleh Pelajar Terhadap Guru

Pembimbing 39

4.3 Analisis Mengenai Pra Pemerhatian Pengajaran

Yang Diberikan Oleh Pelajar Terhadap

Pensyarah Penyelia 41

4.4 Analisis Mengenai Semasa Pemerhatian

Pengajaran Yang Diberikan Oleh Pelajar

Terhadap Guru Pembimbing 46

4.5 Analisis Mengenai Semasa Pemerhatian Pengajaran

Yang Diberikan Oleh Pelajar Terhadap Pensyarah

Penyelia 47

4.6 Analisis Mengenai Pos Pemerhatian Pengajaran

Yang Diberikan Oleh Pelajar Terhadap Guru

Pembimbing 51

xi

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

4.7 Analisis Mengenai Pos Pemerhatian Pengajaran

Yang Diberikan Oleh Pelajar Terhadap Pensyarah

Penyelia 53

4.8 Analisis Mengenai Sikap dan Kemahiran

Terhadap Guru Pembimbing Semasa

Mengendalikan Penyeliaan 58

4.9 Analisis Mengenai Sikap dan Kemahiran

Terhadap Pensyarah Penyelia Semasa

Mengendalikan Penyeliaan 60

xii

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 33

xiii

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Science

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup

LM - Latihan Mengajar

xiv

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soal Selidik 85

xv

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, maruah dan kewibawaan guru seringkali diperkaitkan

di media massa seperti suratkhabar, radio, televesyen dan sebagainya. Oleh itu,

penghormatan masyarakat terhadap guru semakin luntur dan pudar; tidak seperti

dekad yang lalu guru disegani dan dihormati oleh semua orang jika berbanding pada

zaman hari ini. Tetapi sekarang ini, profesion perguruan merupakan pilihan terakhir

setelah seseorang itu gagal mendapat pekerjaan lain kerana tiada pilihan pekerjaan

yang lain.

Demi untuk mengangkat kembali martabat guru di sisi masyarakat, institusi

perguruan perlu menggembeling tenaga untuk melatih guru yang berwibawa yang

mampu mendidik generasi baru. Tanpa penglibatan padu dari semua pihak yang

bertanggungjawab, sudah pasti usaha melahirkan generasi pelapis yang ideal tidak

dapat dilahirkan.Oleh itu, mulai tahun 1993, pihak sekolah dan intitusi perguruan

seperti Universiti, Maktab Perguruan memainkan peranan yang lebih penting dalam

membimbing dan penyelia guru pelatih . Penglibatan sekolah dan institusi perguruan

dalam perlaksanaan praktikum dapat mewujudkan jalinan hubungan kerjasama

antara sekolah dan memupuk rasa tanggungjawab bersama.

Tugas seseorang guru bukan hanya berkaitan dengan ilmu pengetahuan tetapi

juga melibatkan pelajar, masyarakat dan alam sekitar. Oleh sebab itu, seseorang guru

yang baik perlulah berketrampilan dan beriltizam terhadap tugasnya. Bukan itu

sahaja, seseorang guru juga perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang luas

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

2

dan mendalam dari segi akademik serta peka terhadap isu-isu social yang berkaitan

dan penggunaan yang dapat menunjukkan kesesuaiannya dalam kehidupan seharian.

Menurut Abu Hassan (1997) , sebagai orang baru dalam dunia perguruan

sudah tentu guru pelatih menghadapi pelbagai masalah dan kelemahan tertentu,

terutamanya pada hari pertama beliau masuk ke dalam bilik darjah. Masalah yang

dihadapi oleh seseorang guru pelatih adalah seperti pengurusan dalam dan luar bilik

darjah, persediaan mengajar yang tidak mencukupi, tidak berkeyakinan dan

sebagainya akan menjejaskan prestasi pengajaran dan pembelajaran ketika memberi

penyampaian maklumat kepada pelajar.

Namun, Latihan Mengajar dilaksanakan dibawah satu sistem yang dirancang

rapi agar dapat memberi pengalaman dan kemahiran kepada guru pelatih supaya

menjadi guru yang profesional. Latihan Mengajar adalah komponen penting dalam

kurikulum latihan perguruan di mana ia mengamalkan segala teori dan kaedah

mengenai mengajar yang telah dipelajari dalam suasana sebenar bilik darjah yang

berlandaskan hasrat-hasrat dan matlamat-matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan

Falsafah Pendidikan Guru serta membimbing guru-guru pelatih ke arah menjadi

pendidik yang baik. Justeru itu, pensyarah penyelia dan guru pembimbing di sekolah

memainkan peranan dalam usaha membimbing dan menyelia kepada guru-guru

pelatih.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (BPG, 1989) , pada akhir tahun

1988, Bahagian Pendidikan Guru telah menubuhkan satu Jawatankuasa Induk untuk

mengkaji semula keberkesanan program latihan mengajar di maktab-maktab

perguruan. Antara perkara penting yang telah dipersetujui adalah konsep penyeliaan

bersama di mana kedua-dua pihak maktab atau universiti dan sekolah terlibat secara

langsung dalam latihan mengajar.

Sistem penyeliaan pengajaran merupakan salah satu usaha meningkatkan

mutu guru-guru pelatih terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sistem penyeliaan

pengajaran boleh juga dikatakan sebagai satu set kegiatan yang dirancang dan direka

bentuk untuk meningkatkan pembelajaran pengajaran, dan memaksimumkan manfaat

pengalaman pembelajaran pelajar. ( Ismail Kailani, 1998) Penilaian yang dibuat ke

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

3

atas guru pelatih akan membantu meningkatkan perkembangan profesionalisme guru

di samping juga memenuhi kehendak pengurusan dan pentadbiran.

Justeru itu, dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji tentang bimbingan

penyeliaan yang berasaskan klinikal terhadap guru pembimbing dan penyelia

pensyarah dalam aspek-aspek yang tertentu dengan harapan dapat meningkatkan

prestasi guru pelatih semasa latihan mengajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Latihan mengajar adalah satu komponen penting dalam program pendidikan

guru. Ia memberikan satu seri pengalaman amali berasaskan situasi sebenar dalam

bilik darjah yang memberi peluang kepada guru pelatih mempraktikkan pengetahuan

dan teori yang telah dipelajari di universiti. Semua pelajar Ijazah Sarjana Muda

dalam program pendidikan adalah disyaratkan menjalani latihan mengajar di sekolah

selama 13 minggu.

Guru pelatih akan melalui program latihan mengajar di sekolah selama 13

minggu , dimana tempoh tersebut akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian

pertama selama 7 minggu yang diadakan di akhir semester ke enam, manakala

bahagian kedua adalah selama enam minggu yang diadakan di akhir semester ke

lapan. ( Buku Persediaan Latihan Mengajar, 1986)

Menurut Abu Hassan (1997) , sebagai orang baru dalam dunia perguruan

sudah tentu guru pelatih menghadapi pelbagai masalah dan kelemahan tertentu,

terutamanya pada hari pertama beliau masuk ke dalam bilik darjah. Masalah yang

dihadapi oleh seseorang guru pelatih adalah seperti pengurusan dalam dan luar bilik

darjah, persediaan mengajar yang tidak mencukupi, tidak berkeyakinan dan

sebagainya akan menjejaskan prestasi pengajaran dan pembelajaran ketika memberi

penyampaian maklumat kepada pelajar.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

4

Selain itu, guru pelatih UTM kurang berketrampilan dengan tugasnya ( Abu

Zahari,1987) juga merupakan salah satu faktor masalah. Ramai di kalangan mereka

kurang mahir dengan isi akademik dan kurang kreatif dan inovasi untuk

menggunakan kaedah pengajaran yang effektif bagi menyampaikan isi tersebut

kerana guru pembimbing tidak diberikan pendedahan ilmu kaedah mengajar kepada

mereka.

Hazil (1995) pula berpendapat bahawa di dalam dunia pendidikan masa kini,

proses hubungan kemanusiaan amat penting dan ianya diberi penekanan yang

khusus. Guru mula dianggap sebagai manusia yang mempunyai idea, bakat, serta

mempunyai kehendak dan keperluan yang tersendiri. Menyendari akan hakikat ini,

pelaksanaan penyeliaan klinikal yang lebih berbentuk bimbingan dengan unsur-unsur

kemanusiaan akan dapat membantu guru pelatih mencungkil potensi diri mereka

menuju kecemerlangan dalam pengajaran.

Menurut Muainah Ismail (2000), perubahan ketara dari segi personaliti guru

pelatih berlaku semasa latihan mengajar. Perubahan dan perkembangan yang berlaku

adalah dalam suasana di sekolah dan bukan di dalam kampus. Pengalaman dan

pengetahuan diperolehi sewaktu latihan mengajar biasanya memberi kesan yang

mendalam.

Penyeliaan guru pelatih adalah satu bidang yang terbiar, tidak mendapat

penelitian yang wajar walaupun ia adalah perkara pusat dalam keseluruhan proses

pendidikan guru disebabkan terlalu mementingkan soal-soal pentadbiran, peranan

penyeliaan dalam proses latihan mengajar juga kurang diberi penekanan yang

sewajarnya. ( Abdul Roaf & T. Subahan, 1991)

Ismail Kailani (1998) menyatakan penyeliaan pengajaran ialah segala

tindakan atau perlakuan yang dirancang untuk mempengaruhi tingkahlaku

pengajaran guru. Ia dilakukan sama ada untuk memastikan guru melaksanakan tugas

seperti yang telah ditentukan untuk mengesani kekuatan atau kelemahan guru dan

dengan itu dapat menganalisis dan memperbaiki mutu pengajaran guru. Objektif

penyeliaan adalah memberi bimbingan ke arah perkembangan sahsial, ketahanan diri

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

5

dan nilai-nilai sesuai dengan profesion perguruan serta menilai guru pelatih semasa

menjalani latihan mengajar.

Menurut Hazil (1997), beliau menyatakan bahawa usaha melatih pelajar-

pelajar untuk menjadi guru adalah berterusan sejak mereka mendaftar mengikuti

kursus perguruan, Ini bermakna bimbingan telahpun bermula lama sebelum mereka

menjejak kaki di sekolah untuk menjalani latihan mengajar. Jika penyelia mengalami

banyak kesukaran semasa menyelia guru pelatih dalam latihan mengajar, besar

kemungkinan latihan dan bimbingan sebelumnya tidak mencukupi atau sejajar

dengan usaha-usaha yang dijalankan dalam masa latihan mengajar.

Di Amerika Syarikat, penyeliaan latihan mengajar secara tradisinya

melibatkan tiga pihak iaitu guru pelatih, guru sekolah dan penyelia dari universiti.

(Yee, 1969 ; Mc Intyre, 1984 ; Ismail 1989). Di England dan Wale pula, 64%

daripada institusi yang mengambil bahagian dalam satu kajian menggunakan dua

orang penyelia yang terdiri dari seorang penyelia pendidikan dan seorang lagi

penyelia matapelajaran. Namun begitu, kepentingan penglibatan guru pembimbing

sekolah telah mula disedari apabila 72% daripada guru pelatih memaklumkan

bahawa guru pembimbing sekolah membantu mereka telah member kesan yang

mendalam dibandingkan dengan penyelia daripada uiversiti. ( Yates, 1982)

Oleh demikian, kajian penyelidikan ini akan cuba memberi penumpuan

kepada penyeliaan klinikal yang telah dilakukan oleh guru pembimbing dan juga

penyelia UTM guru pelatih. Bimbingan dan tunjuk ajar adalah sangat penting bagi

melahirkan seseorang bakal guru yang bermutu tinggi dan berkualiti serta profesion.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik

ingin mengkaji tentang persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing

dan pensyarah penyelia UTM semasa Latihan Mengajar di kalangan pelajar 3 SPH

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

6

(Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan yang terdiri daripada kursus Kemahiran

Hidup.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa objektif. Antara objektif kajian

tersebut ialah:

i. Meninjau persepsi guru pelatih 3 SPH terhadap penyeliaan guru

pembimbing dan pensyarah penyelia UTM semasa perbincangan pra

pemerhatian pengajaran.

ii. Meninjau persepsi guru pelatih 3 SPH terhadap penyeliaan guru

pembimbing dan pensyarah penyelia UTM semasa permerhatian

pengajaran.

iii. Meninjau persepsi guru pelatih 3 SPH terhadap penyeliaan guru

pembimbing dan pensyarah penyelia UTM semasa perbincangan pos

pemerhatian

iv. Mengenalpasti butir-butir amalan sikap dan kemahiran guru

pembimbing dan pensyarah penyelia UTM yang semasa

mengendalikan penyeliaan.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji hanya menumpukan kepada persepsi guru pelatih

3 SPH terhadap penyeliaan guru pembimbing dan pensyarah penyelia UTM semasa

menjalani latihan mengajar.

Berikut adalah persoalan kajian yang dikaji:

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

7

i. Apakah persepsi pelajar terhadap guru pembimbing dan pensyarah penyelia

UTM semasa perbincangan pra pemerhatian pengajaran?

ii. Apakah persepsi pelajar terhadap guru pembimbing dan pensyarah penyelia

UTM semasa pemerhatian pengajaran?

iii. Apakah persepsi pelajar terhadap guru pembimbing dan pensyarah penyelia

UTM semasa pos pemerhatian pengajaran?

iv. Adakah guru pembimbing dan pensyarah penyelia UTM mengamalkan butir-

butir sikap dan kemahiran semasa mengendalikan penyeliaan terhadap guru

pelatih?

1.6 Kepentingan Kajian

Tunjuk ajar dan bimbingan merupakan aspek yang sangat penting bagi

seseorang guru pelatih semasa dalam Latihan Mengajar. Oleh itu, kajian yang

dijalankan ini adalah penting untuk memberikan maklumat yang berguna kepada

guru pelatih, pihak sekolah dan pihak fakulti pendidikan supaya sebarang kelemahan

yang wujud dapat diatasi dengan segera dalam usaha melahirkan bakal-bakal guru

yang berprofessional.

Antara kepentingan kajian adalah seperti berikut:

1.6.1 Guru Pelatih

Melalui kajian ini, guru pelatih UTM akan mendapat maklumbalas

berkenaan dari perspektif penilaian yang berbeza. Bimbingan penyeliaan

terhadap guru pembimbing dan pensyarah penyelia UTM boleh

membantu guru pelatih dalam memperbaiki kelemahan dan seterusnya

mempertingkatkan lagi strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih

effetif pada masa depan di samping juga dijadikan sebagai panduan dalam

menilai penyeliaan dan bimbingan yang akan dilaksanakan nanti.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

8

1.6.2 Guru Pembimbing

Perlantikan guru pembimbing bukan sahaja berdasarkan kelulusan yang

tinggi, malah terdapat juga beberapa kriteria yang penting untuk dijadikan

perwatakan penting (role-model) kepada guru pelatih. Dapatan hasil

kajian juga boleh membantu guru pembimbing membaiki kesilapan yang

telah dilakukan semasa penyeliaan yang lepas dan dapat mengelakkan

daripada berlaku pada masa akan datang. Kajian ini juga boleh dirujuk

oleh pihak sekolah dalam pemilihan penyelia bersekutu atau guru

pembimbing sebagai penduan bagi sesi penyeliaan masa depan.

1.6.3 Fakulti Pendidikan

Pihak fakulti boleh menggunakan hasil kajian ini untuk memperbaiki dan

meningkatkan lagi mutu kualiti pensyarah penyelia semasa mengadakan

bengkel di mana ia biasanya diadakan sebelum bermulanya sesi latihan

mengajar. Bengkel ini bukan hanya dibuat untuk penyelia bersekutu atau

guru pembimbing sahaja malah juga untuk penyelia UTM yang terdiri

daripada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada pelajar Tahun 3 Sarjana

Muda Teknologi serta pendidikan (Kemahiran Hidup) sahaja. Pemilihan respoden ini

dilakukan kerana mereka telah menjalani latihan mengajar selama 13 minggu.

Pengkaji akan meninjau persepsi guru pelatih dari sudut bimbingan penyeliaan yang

diberikan oleh guru pembimbing di sekolah dan juga pensyarah penyelia UTM dari

aspek pra permerhatian pengajaran, semasa permerhatian pengajaran serta pos

pemerhatian pengajaran semasa latihan mengajar dalam melaksanakan penilaian dan

bimbingan menyelia terhadap guru pelatih. Selain itu, pengkaji juga akan mengkaji

tentang amalan sikap dan kemahiran terhadap guru pembimbing sekolah dan

pensyarah penyelia UTM.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

9

1.8 Definisi Terminologi

Pengkaji telah menggunakan beberapa definisi dalam kajian ini untuk

menerangkan perbendaharaan kata yang dimaksudkan supaya lebih jelas dan tepat.

Definisi istilah-istilah yang diterangkan dalam dalam bahagian ini merupakan istilah-

istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja.

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan (1989), persepsi ialah gambaran atau bayangan

dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), dan

tanggapan. Tanggapan, pandangan atau perasaan seseorang terhadap sesuatu perkara

mengikut pengetahuan yang ada pada seseorang itu.

Dalam konteks ini,pengkaji dapat mendefinisikan persepsi bermaksud

pandangan atau tanggapan guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing dan

pensyarah penyelia semasa Latihan Mengajar.

1.8.2 Guru Pelatih 3 SPH (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kemahiran Hidup)

Guru pelatih 3 SPH merupakan golongan siswazah Tahun 3 dalam Aliran

Teknikal dan Vokasional yang menjalani Latihan Mengajar dalam mata pelajaran

teknikal di sekolah-sekolah. Ia juga meliputi guru-guru yang menerima latihan

khusus dalam bidang ketukangan.

Dalam kajian ini, guru pelatih Kemahiran Hidup di sini membawa maksud

guru yang mengajar di sekolah-sekolah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

semasa mereka menjalani latihan mengajar selama 13 minggu.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

10

1.8.3 Penyeliaan

Menurut Goldstein (1982), penyeliaan bermaksud penyelia membuat

pencerapan terhadap pengajaran guru pelatih bertujuan membantu guru pelatih

berkenaan dalam meningkatkan mutu pengajaran mereka.

Penyeliaan adalah segala tindakan dan perlakuan yang dirancang untuk

mempengaruhi tingkahlaku pengajaran guru. Ia dilakukan untuk memastikan guru

pelatih melaksanakan tugas seperti yang telah ditentukan dan untuk mengesan

kekuatan dan kelemahan guru pelatih.

(Latihan Mengajar, 2002; Panduan Untuk Penyelia)

1.8.4 Guru Pembimbing

Golongan guru yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun

dan pakar bidang tertentu, arif dan lebih tahu yang dapat membimbing dan tunjuk

ajar kepada guru pelatih. Antara tugas mereka meliputi orientasi, pengajaran dalam

kelas, penilaian, perkembangan professional dan kegiatan ko-kurikulum.

1.8.5 Pensyarah Penyelia

Pensyarah penyelia terdiri daripada pensyarah-pensyarah di Fakulti

Pendidikan. Tiap- tiap pensyarah akan bertugas sebagai Penyelia Latihan Mengajar

dan menerima surat perlantikan daripada Pengerusi, Jawatankuasa Latihan Mengajar.

Setiap penyelia dikehendaki menyelia sekurang-kurangnya 2 kali terhadap guru

pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Tugas utama penyelia adalah untuk

membuat penilaian pesepsi guru pelatih dan membimbing mereka semasa mereka

menjalani latihan mengajar.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 ... and lecturer did observed the real lesson in class, workshop

11

1.8.6 Latihan Mengajar

Mengikut Mok dan Lee (1998) , Latihan Mengajar merujuk kepada situasi

apabila seorang guru pelatih dihantar ke sekolah untuk mencuba dan mempraktikkan

kemahiran mengajar dan memainkan peranan sebagai guru.

Suatu kursus di mana guru pelatih diarahkan mengajar dalam situasi sebenar

iaitu di sekolah. Di sini mereka akan mempraktikkan segala teori, kaeadah,

kemahiran dan kefahaman yang dipelajari di dalam bilik kuliah ke situasi sebenar.

1.8.7 Fakulti Pendidikan

Fakulti pendidikan ialah merupakan fakulti yang menawarkan berbagai

program pendidikan perguruan ijazah pertama dan lanjutan (Buku Panduan

Akademik Ijazah Sarjana Muda sesi 2003/04:2). Fakulti Pendidikan menyediakan

profesion perguruan dan menyediakan penempatan pelajar siswazah mereka

menjalani Latihan Mengajar dan sebagainya.

1.8.8 Universiti

Menurut Kamus Dewan (2005), universiti ialah institusi atau pusat pengajian

tinggi yang memberikan ilmu dalam pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan

ilmiah, dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah. Dalam konteks kajian ini,

universiti yang dimaksudkan ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai,

Johor.