borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · no. jadual tajuk muka surat 3.1 guru sjkc di daerah...

24
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya CHIEW KAI WAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 18, JALAN BELIBIS 1, TAMAN PERLING, 81200 JOHOR BAHRU. Tarikh : 24 APRIL 2009 (TANDATANGAN PENYELIA) PN. NOR FADILA MOHD AMIN NAMA PENYELIA Tarikh : 24 APRIL 2009

Upload: lykiet

Post on 15-Jul-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : UPERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

SESI PENGAJIAN : U2008/2009 Saya UCHIEW KAI WAN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 18, JALAN BELIBIS 1, TAMAN PERLING, 81200 JOHOR BAHRU. Tarikh : U24 APRIL 2009

(TANDATANGAN PENYELIA)

PN. NOR FADILA MOHD AMIN NAMA PENYELIA

Tarikh : 2U4 APRIL 2009

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penulis : PN. NOR FADILA MOHD AMIN

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

i

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA

DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

CHIEW KAI WAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

ii

“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satu telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ________________

Nama Penulis : CHIEW KAI WAN

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

iii

DEDIKASI

Untuk Ibu dan bapa yang tercinta…… Jasa dan doamu terlalu beerti dan telah

menyemarakkan semangat perjuangan ini

Buat saudara-mara...... Bantuan dan dorongan kalian kekal tersemat

dalam hati sanubariku

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih

kepada Puan Nor Fadila Mohd Amin, selaku penyelia pengkaji atas dorongan dan

bimbingan yang diberi oleh beliau sepanjang penulisan projek sarjana muda ini. Tanpa

beliau, projek ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.

Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada para responden yang rela

meluangkan masa untuk mengisi borang soal selidik. Mereka telah memberi maklumat

yang banyak dan berguna kepada pengkaji.

Selain itu, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli

keluarga atas sokongan yang diberikan sepanjang proses penulisan projek sarjana muda

ini. Tidak dilupai, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kerana sudi

memberi sokongan dan maklumat.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan

perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Kemahiran Hidup di sekolah jenis kebangsaan cina. Kajian ini memberi fokus kepada 3

aspek utama iaitu persepsi guru terhadap penggunaan perisian multimedia, kesan

penggunaan perisian multimedia dan kekangan yang dihadapi oleh guru semasa

penggunaan perisian multimedia telah dikaji. Kajian yang berbentuk deskriptif ini

melibatkan 16 orang guru di sekolah jenis kebagsaan cina di daerah Kuala Kangsar,

Perak. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berstruktur yang

mengandungi 37 item yang menggunakan maklum balas skala Likert 5 poin. Nilai

koefisien kebolehpercayaan, alpha cronbach bagi soal selidik adalah 0.65. Data-data

yang diperoleh seterusnya dianalisis bagi mendapatkan nilai peratusan dan frekuensi

melalui perisian Pakej Statistik bagi Sains Sosial (SPSS). Hasil kajian ini menunjukkan

bahawa guru mempunyai pandangan yang positif terhadap penggunaan perisian

multimedia Kemahiran Hidup Selain itu, penggunaan perisian multimedia Kemahiran

Hidup memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru semasa penggunaan perisian multimedia

Kemahiran Hidup adalah kemahiran ICT guru dan juga masalah teknikal perisian.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the perception of teachers on the use of

multimedia software in the teaching and learning process of Living Skills subject in

chinese primary schools. This study focused on 3 important aspects mainly on teacher's

perception towards multimedia software, the impact of using multimedia software and

the problems faced by the teacher when using multimedia software. The sample of this

descriptive research consists of 16 teachers from chinese primary schools teachers of the

Kuala Kangsar district in Perak. The research instrument used for the purpose of this

study is structured questionnaire which consists of 37 items using five points Likert

scale. The reliability coefficient value, which is the Alpha Cronbach is 0.65. The data is

analyzed by using SPSS to get the frequency and percentages values. The research

shows that teachers have positive perceptions on the use of Living Skills’ multimedia

software. Besides, the use of Living Skills’ multimedia software gives positive effects

on the teaching and learning process. The problems of using Living Skills’ multimedia

software among teachers are the lack of ICT skills and software technical problems.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PENGKAJI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Guru 9

1.6.2 Pelajar 10

1.6.3 Sekolah 10

1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

viii

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Persepsi 11

1.8.2 Penggunaan CDRI 12

1.8.3 Kesan penggunaan CDRI 12

1.8.4 Kekangan penggunaan CDRI 12

1.8.5 Kemahiran ICT 13

1.8.6 CDRI Kemahiran Hidup 13

1.10 Kesimpulan 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kemahiran Hidup 15

2.3 Komponen Kandungan Kemahiran Hidup 17

2.4.1 Reka Bentuk dan Teknologi 17

2.4.2 Perniagaan dan Keusahawanan 18

2.4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 18

2.5 Kepentingan ICT 20

2.6 Kajian Berkaitan Persepsi Penggunaan Perisian

Multimedia 23

2.7 Kajian Berkaitan Kesan Penggunaan Perisian Multimedia 24

2.8 Kajian Berkaitan Kekangan Penggunaan Perisian

Multimedia 25

2.9 Dapatan Kajian-kajian Terdahulu Yang Berkaitan 27

2.10 Kesimpulan 28

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Prosedur Pensampelan 31

3.4 Instrumen Kajian 33

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

ix

3.5 Pengesahan Instrumen 35

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Prosedur Kajian 38

3.8 Analisis Data 38

3.9 Batasan Kajian 41

3.10 Kesimpulan 41

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Data 43

4.3 Bahagian A 43

4.3.1 Taburan Pengalaman Mengajar Kemahiran Hidup

Responden 43

4.3.2 Taburan Berkaitan dengan Kemahiran ICT

Responden 44

4.4 Bahagian B 45

4.4.1 Persoalan kajian 1: Apakah persepsi guru terhadap

penggunaan perisian multimedia dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran

Kemahiran Hidup? 45

4.4.2 Persoalan kajian 2: Apakah kesan terhadap

penggunaan perisian multimedia dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran

Kemahiran Hidup? 48

4.4.3 Persoalan kajian 3: Apakah kekangan yang dihadapi

oleh guru terhadap penggunaan perisian multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

mata pelajaran Kemahiran Hidup? 51

4.5 Rumusan 53

4.6 Kesimpulan 54

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

x

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Rumusan 55

5.3 Perbincangan 57

5.3.1 Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian

Kemahiran Hidup 57

5.3.2 Kesan Penggunaan Perisian Kemahiran Hidup 59

5.3.3 Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Terhadap

Penggunaan Perisian Kemahiran Hidup 61

5.4 Cadangan 62

5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 63

5.5 Penutup 63

RUJUKAN 65

LAMPIRAN A – D 70 – 77

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar,

Perak.

32

3.2 Kedudukan nombor item mengikut

persoalan kajian

34

3.3 Contoh item soalan kajian 34

3.4 Skala Pemeringkatan Likert 35

3.5 Pembetulan item 36

3.6 Data demografi responden (Bahagian A) 39

3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan

peratusan

40

4.1 Taburan pengalaman mengajar Kemahiran

Hidup responden

44

4.2

Taburan berkaitan dengan kemahiran ICT

responden

44

4.3 Taburan persepsi guru terhadap

penggunaan perisian multimedia

Kemahiran Hidup

47

4.3.1 Taburan crosstab antara pengalaman

mengajar KH dengan soalan kajian2

48

4.4 Taburan kesan terhadap penggunaan

perisian multimedia Kemahiran Hidup

50

4.5 Taburan kekangan yang dihadapi terhadap

penggunaan perisian multimedia

Kemahiran Hidup

52

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Percantuman IT dan C 18

4.1 Peratusan Keseluruhan Bagi Setiap

Persoalan Kajian

53

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

xiii

SENARAI SINGKATAN

AS - Amat Setuju

ATS - Amat Tidak Setuju

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KH - Kemahiran Hidup

KHSR Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KS - Kurang Setuju

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PPSMI Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa

Inggeris

S - Setuju

SJKC Sekolah Jenis Kebnagsaan Cina

SPSS - Pakej Statistik Bagi Sains Sosial

TS - Tidak Setuju

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 70

B Surat Pengesahan Pelajar 75

C Surat Menjalankan Kajian (EPRD) 76

D Surat Menjalankan Kajian (JPN) 77

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

1

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran

yang diajar di sekolah rendah bermula dari tahun 4 hingga ke tahun 6 di seluruh

Malaysia. Kemahiran Hidup memberi input terhadap pengalaman dan pengetahuan

dalam pengendalian kehidupan harian serta membangunkan murid yang celik

teknologi bagi mencapai matlamat wawasan 2020. Matlamat mata pelajaran

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi

kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya

mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung

berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2003).

Justeru, sistem pendidikan di negara kita telah melalui transformasi radikal

yang selari dengan falsafah pendidikan Malaysia yang mengakibatkan penstrukturan

semula kurikulum yang sedia ada. Perubahan yang pesat ini adalah impak

penglobalisian di dalam bidang teknologi maklumat serta menjadi pemangkin kepada

penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan

di sekolah di seluruh negara. Berdasarkan kajian Computer Technology Research,

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

2

menyatakan bahawa seseorang individu akan dapat menyimpan 80 peratus daripada

apa yang mereka lihat, dengar dan buat secara serentak (Rozinah Jamaludin, 2000).

Oleh itu, pengintegrasian elemen-elemen multimedia dapat memberi satu sesi P&P

yang lebih menarik, kreatif, inovatif serta memberi pengalaman belajar dengan lebih

berkesan kepada para pelajar.

Sebagai langkah permulaan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) cuba menerapkan penggunaan perisian multimedia dalam P&P, di dalam

empat mata pelajaran iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dasar ini telah dilaksanakan bagi tahun satu, tingkatan satu serta tingkatan enam

bawah dan ianya akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2003). Berdasarkan bajet 2003, kerajaan telah

memperuntukkan hampir RM 5 billion untuk tempoh tujuh tahun bagi menyediakan

prasarana pendidikan yang khususnya di dalam penggunaan teknologi maklumat

dalam P&P (Tamrin Anuar, 2003). Tujuan perlaksanaan dasar ini adalah untuk

meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia dan melahirkan generasi muda yang

berketrampilan dalam sains dan teknologi dengan harapan dapat bersaing di pasaran

global serta berhasrat membawa negara kita mencapai status negara maju menjelang

tahun 2020. Sebenarnya perkataan multimedia telah lama diperkenalkan dalam alam

pendidikan. Namun pada ketika itu, multimedia lebih merujuk kepada bahan bantu

mengajar yang bersifat audio-visual seperti radio, televisyen, video dan sebagainya.

Dewasa ini, melalui perkembangan teknologi yang begitu pesat, teknologi komputer

telah mengambil alih peranan bahan bantu mengajar yang manual kepada

penggabungan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi dalam bentuk CD-Rom

sebagai satu perisian multimedia interaktif. Menurut Philips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

3

seseorang memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya

digunakan dengan berkesan. Ini kerana penggunaan multimedia memudahkan

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan mengekalkan informasi

di dalam ingatan pelajar. Pernyataan ini disokong oleh Crowe dan Palmers-Lynes,

1995, bahawa tahap pengekalan maklumat di dalam pelajar meningkat sebanyak 30%

semasa menggunakan kaedah multimedia interaktif berbanding dengan kaedah

tradisi. Selain itu, aktiviti permainan juga memberi implikasi dan kepentingan

dalam proses pembelajaran (Riber, 1996). 1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan alaf baru menyaksikan perkembangan teknologi pendidikan

berkembang dengan begitu pantas. Tidak dinafikan, sejak dasar Program

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

diimplimentasikan di sekolah pada tahun 2003, kebanyakan guru telah pun

didedahkan dengan kemahiran menggunakan ICT melalui pelbagai kursus yang

dianjurkan samada oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pusat Sumber Pendidikan Negeri

ataupun Pusat Kegiatan Guru (Paridon Sahip dan Mohd Arif Ismail 2006).

Maltamat utama pendedahan ini adalah untuk memastikan guru-guru mahir dalam

penggunaan ICT dan seterusnya dapat menggunakan bahan-bahan pengajaran

berbentuk ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran. Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru

melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Beliau menekan

bahawa seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada

peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum

mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

4

Namun, apa yang lebih merisaukan kini ialah kurangnya minat guru untuk

mempelajari komputer (Zoraini Wati Abas, 1993). Ini kerana mereka merasa fobia

dengan komputer. Ini dapat dijelaskan melalui kajian yang telah dijalankan di

negeri Kedah mengenai Penggunaan Media Teknologi di kalangan guru oleh Shafee

(1990), bahawa guru yang mempunyai pengalaman tentang penggunaan komputer

adalah rendah berbanding penggunaan Projektor Slaid dan media teknologi lain.

Manakala, hanya8.6%guru menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran . Selain itu, terdapat golongan guru yang masih cetek dalam penggunaan

komputer sebagai bahan bantuan mengajar. Ini dapat dijelaskan oleh Zoraini Wati

Abas (1993), bahawa terdapat 57% Sekolah Menengah di Malaysia yang memiliki

komputer tetapi kurang dari 5% guru-guru yang tahu menggunakannya. Hasil

kajian penggunaan komputer di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Johor Bahru

oleh Ahmad Rashid (1992), pula menyatakan bahawa penggunaan didapati hanya

13.74% daripada 161 responden menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Berpandukan kepada dapatan kajian

Henry Goh, SMK St. Micheal Penampang (2004) yang membuat kajian mengenai

latar belakang dan pengetahuan ICT di kalangan guru matematik di pantai barat

selatan, Sabah menunjukkan bahawa tahap pengetahuan ICT dan aplikasinya di

kalangan guru matematik masih pada tahap sederhana. Keadaan ini

membimbangkan kerana bagi mengendalikan pembelajaran berpandukan teknologi,

guru mesti menguasai kemahiran asas aplikasi ICT yang merangkumi kemahiran

perisian, pemprosesan kata, persembahan elektronik, mengakses internet,

mengendalikan media elektronik dan sistem rangkaian komputer

Dalam kaedah pengajaran konvensional, pengajar memberi penerangan dan

menyebarkan ilmu berpusat di dalam kelas dan bergantung kepada silibus dan

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

5

kaedah pengajaran oleh tenaga pengajar. Setiap tenaga pengajar juga mempunyai

pendekatan berbeza mengikut inisiatif mereka untuk memberi penjelasan terhadap

topik atau bab yang diajar. Namun begitu, terdapat juga pelbagai sumber bahan

pendidikan termasuk kemudahan maklumat dari sumber elektronik dapat

meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Ismail Zain, 2002). Pembelajaran

yang berkesan juga dianggap sebagai pembelajaran yang menyeronokkan (Dick &

Rieser, 1989). Perisian multimedia merupakan satu alternatif baru ke arah

mempelbagaikan media pengajaran melalui pendekatan teknologi multimedia serta

memberi pendedahan kepada pelajar tentang kecanggihan teknologi multimedia

masa kini (Ismail Zain,2002). Menurut Paridon dan Mohd Arif (2006), menyatakan bahawa tujuan utama

perisian dihasilkan adalah untuk memberi kaedah tambahan kepada pelajar dalam

memperolehi pengetahuan dan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk

multimedia. Tujuan utama perisian dihasilkan adalah untuk memberi kaedaah

tambahan kepada pelajar-pelajar dalam memperolehi pengetahuan dan maklumat

yang dipersembahkan dalam bentuk multimedia interaktif (Bahagian Teknologi

Pendidikan, 2003).

Pembelajaran melalui multimedia adalah sangat efektif kerana ia

melibatkan semua deria, mengikut Dwyer (1978), daya ingatan bergantung kepada

10% apa yang dibaca, 20% apa yang didengar, 30% apa yang dilihat, 50% apa yang

didengar dan dilihat, 70% apa yang disuarakan sendiri dan 90% apa yang dilakukan

sendiri Justeru itu, pengintegrasian elemen-elemen multimedia dapat memberi satu

sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, kreatif dan inovatif serta

memberi pengalaman belajar dengan lebih berkesan kepada para pelajar.

O’Connor dan Brie, 1994 menyatakan bahawa terdapat kajian yang

menunjukkan penggunaan perisian multimedia mampu menyokong pembelajaran

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

6

yang bersifat penyelesaian masalah, membentuk dan menguji hipotesis, penilaian

berasaskan keupayaan serta meningkatkan kreativiti pelajar. Pengajaran melalui

perisian multimedia menggalak pelajar untuk menjadi seorang yang mampu berfikir

secara kritis, menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari dan

menyusun maklumat, bermotivasi dalam pembelajaran dan sebagainya.

Di sini jelas menunjukkan bahawa penggunaan perisian multimedia adalah

satu media yang sangat berkesan dalam proses penyampaian pelajaran dan

merupakan alat yang sangat sesuai dalam pendekatan pengajaran di bilik darjah.

Dalam konteks ini, guru seharusnya membuat persediaan serta perubahan sikap,

pemikiran, dan tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran dan

amalan di bilik darjah (Ismail Zain, 2002). Sehubungan dengan itu, guru tidak

seharusnya berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi sekarang. Guru perlu

menerokai dengan lebih giat serta senggup menerima segala cabaran dalam arena

mencari dan menyampaikan ilmu. Guru perlu lebih bersifat responsif, proaktif,

serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam

sistem pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan ledakan maklumat. Namun, Siti Hajar Noh(2002) dalam kajiannnya tentang tahap penggunaan

perisian multimedia di kalangan guru sains di daerah Port Dickson Negeri Sembilan

mendapati bahawa, penggunaan perisian di kalangan guru-guru sains dalam

pengajaran masih kurang. Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan bagi meninjau

pandangan guru dan persepsi mereka terhadap penggunaan perisian multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Maka kajian ini akan dibuat untuk mendapat maklumat atau tindak balas berhubung

dengan persepsi guru, kesan penggunaan, dan kekangan semasa menggunakan

perisian multimedia keluaran Kementerian Pelajar Malaysia sebagai bahan bantu

mengajar guru-guru.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

7

1.3 Pernyataan Masalah

Guru selalu mengajar mengikut buku teks dan ini akan menyebabkan

fikiran pelajar mudah menjadi beku dan tidak kreatif. Pernyataan ini disokong oleh

Fauziah Hashim(2002), bahawa pelajar didedahkan kepada penghafalan rumus tanpa

mengetahui konsep sebenarnya. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata

pelajaran yang banyak melibatkan penggunaan perlatan dan gerakerja praktikal

(Kamaruzaman Karim, 1995). Berdasarkan perbincangan di atas jelas

menunjukkan bahawa penggunaan perisian multimedia menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Oleh kerana kajian yang dijalankan oleh Norohidah Mamat(2001) hanya

menyentuh tentang penilaian penggunaan perisian kursus di Sekolah Bestari: satu

kajian di Negeri Terengganu bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris sahaja. Maka, kajian ini diperlukan untuk mengkaji persepsi

guru terhadap penggunaan perisian multimedia, kesan yang ditimbulkan serta

kekangan yang dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti persepsi dan pendapat guru

tentang penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Berdasarkan pernyataan permasalahan yang

dikemukakan ini, objektif kajian ini adalah untuk:

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar, Perak. 32 3.2 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 34 3.3

8

a. Mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan perisian

multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup.

b. Mengenalpasti kesan terhadap penggunaan perisian multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran

Kemahiran Hidup.

c. Mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh guru terhadap

penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang perlu dijawab ialah :

a. Apakah persepsi guru terhadap penggunaan perisian multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran

Kemahiran Hidup?

b. Apakah kesan terhadap penggunaan perisian multimedia dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran

Hidup?