borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filev jutaan terima kasih diucapkan kepada ayahanda,...

20
i BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKMAL TEMPAHAN DAN INVENTORI SESI PENGAJIAN: 2/2008/2009 Saya: AHMAD IRZAM BIN AHMAD MALEK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malayia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1184 JALAN JAMBU AIR, FELDA KAHANG BARAT, 86000 KLUANG, JOHOR EN. JOHARI BIN HASSAN Nama Penyelia Tarikh: 14 APRIL 2009 Tarikh: 14 APRIL 2009 PSZ 19:16 (Pind. 1/97) Catatan: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan dari pihak berkuasa/organisasi berkeaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebgai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dangphuc

Post on 14-Aug-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

i

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKMAL TEMPAHAN DAN INVENTORI

SESI PENGAJIAN: 2/2008/2009

Saya: AHMAD IRZAM BIN AHMAD MALEK

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malayia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1184 JALAN JAMBU AIR, FELDA KAHANG BARAT, 86000 KLUANG, JOHOR

EN. JOHARI BIN HASSAN Nama Penyelia

Tarikh: 14 APRIL 2009 Tarikh: 14 APRIL 2009

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan dari pihak berkuasa/organisasi berkeaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebgai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau

disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : EN. JOHARI BIN HASSAN

Tarikh : 14 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

iii

PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKMAL

TEMPAHAN DAN INVENTORI

AHMAD IRZAM BIN AHMAD MALEK

Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : AHMAD IRZAM BIN AHMAD MALEK

Tarikh : 14 APRIL 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

v

Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada

Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman

Bondaku, Sarifah binti Salim

Semua Kekanda dan Adindaku

Atas Kasih Sayang, Doa, Tunjuk Ajar Dan Nasihat Kalian Yang Tidak Putus-Putus

Kepada Daku

Juga Kepada Pensyarah yang disegani,

En. Johari bin Hassan

Atas Kesabaranmu Memberi Tunjuk Ajar

Kepada Rakan Seperjuanganku,

Bond, Ee, Poknik, Isa, Hasnan, Pok Lan Dan Lain-Lain

Terima Kasih Atas Persahabatan Kita Selama Ini

Teruskan Perjuangan

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan Sistem Pengurusan Makmal ini dalam masa yang

ditetapkan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan

dan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Johari bin Hasan selaku penyelia yang

telah banyak memberi bimbingan dan bantuan di sepanjang proses pembangunan sistem

ini. Sesungguhnya segala tunjuk ajar yang diberi amat berguna dan hanya Tuhan

sahajalah yang akan membalasnya. Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat penguji

sistem ini di atas kerjasama yang telah diberikan di dalam pembangunan sistem ini.

Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan ditujukan buat sahabat saya Mohd

Hazrizal bin Janai kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam pembangunan sistem ini

terutama dari segi pengaturcaraan. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan lain yang

banyak memberi sokongan iaitu poknik, bond, pokleh, hasnan, isa dan ubie. Semoga

segala usaha, bantuan serta sokongan kalian akan diberkati Allah SWT di atas kesudian

untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat. Akhir sekali saya sudahi dengan salam takzim

penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.

Sekian. Terima Kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

vii

ABSTRAK

Pengurusan makmal merupakan satu aspek penting yang berkaitan dengan

aktiviti merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Pada masa

kini pengurusan makmal sains telah menjadi kompleks yang memerlukan satu sistem

pengurusan yang sistematik dan efisyen. Maka dengan itu, pembangunan Sistem

Pengurusan Makmal berasaskan web ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi

pengurusan makmal sains di sekolah serta membaiki lagi sistem pengurusan makmal

sains yang lama terutama dari aspek tempahan dan inventori. Sistem Pengurusan

Makmal ini merangkumi aspek tempahan makmal, tempahan item, maklumat pengguna,

maklumat kakitangan makmal, maklumat pembekal dan inventori. Sistem ini

dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Frontpage untuk pengaturcaraan,

MySQL untuk pangkalan data, Xampp sebagai pelayar dalaman dan juga Adobe

Illustrator untuk penghasilan rekabentuk yang menarik. Pembangunan sistem ini

menggunakan Model Berputar yang dijadikan sebagai garis panduan dalam proses

pembangunan agar ianya menepati ciri-ciri dan objektif yang telah ditetapkan. Setelah

sistem ini dibangunkan, ianya melalui beberapa ujian oleh pensyarah dan pembantu

makmal sains. Sistem ini didapati mempunyai beberapa keupayaan yang tinggi dalam

membantu menguruskan makmal dengan sistematik. Menurut penguji lagi, sistem ini

mudah untuk digunakan dan difahami. Penguji juga berpendapat fungsi inventori dan

paparan tempahan perlu ditingkatkan lagi supaya sistem ini menjadi satu sistem yang

lebih lengkap. Diharapkan dengan pembangunan Sistem Pengurusan Makmal ini, ianya

dapat membantu pengguna terutama guru dan kakitangan makmal dalam menguruskan

makmal sains dengan lebih cekap dan efisyen.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

viii

ABSTRACT

Laboratory management is an important aspect which related to planning,

organizing, directing, coordinating, and controlling. Nowadays, science laboratory

management has becoming complex that it needed a systematic and an efficient system

management. So, the purpose of development of web-based Laboratory Management

System is to ease the science laboratory management in school as well as to improve the

previous traditional system in terms of booking and inventory. This Laboratory

Management System covers the aspect of laboratory booking , item booking, user’s data,

laboratory staff’s data, supplier’s data and inventory. This system was develop using

Microsoft Frontpage software for programming, MySQL for database, Xampp for

internal server and Adobe Illustrator in development of interact design. The

development of this system was using Circular Model as a guide in development process

as to fulfill certain criteria and objective. Upon the system completion, it was verified by

lecturer and science laboratory assistant. This system was verified to have several

capabilities in organizing science laboratory systematically. According to the verifier,

this system was easily used and understood. The verifier also belief that the inventory

function and booking display should be upgraded so that it can be a more comprehensive

system. It is hope that through the development of Laboratory Management System, it

can help users especially teacher and laboratory staff in managing science laboratory

more efficiently.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

ix

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

SENARAI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Persoalan Kajian 4

1.5 Skop Kajian 5

1.6 Kepentingan Projek 5

1.7 Rumusan 6

2 KAJIAN LITERATUR 7

2.1 Pengenalan 7

2.2 Pengurusan Makmal 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

x

2.2.1 Pengurusan Peralatan dan Bahan 9

2.2.2 Penggunaan Makmal 10

2.2.3 Pengurusan Personel 11

2.2.4 Inventori 11

2.3 Sistem Maklumat 13

2.3.1 Internet 14

2.3.2 Web 15

2.4 Sistem Pangkalan Data 16

2.4.1 Kelebihan Sistem Pengkalan Data 16

2.4.2 MySQL 17

2.5 Pengkodan 17

2.5.1 Hypertext Preprocessor 18

2.6 Penilaian Terhadap Sistem Inventori dan Tempahan

Makmal Yang Telah Dibangunkan 19

2.6.1 iMagic Inventory 20

2.6.2 Sistem Inventori dan Tempahan

Bersepadu Makmal JPSM 23

2.6.3 Analisa Perbandingan 24

2.7 Kelebihan Penggunaan Sistem Berkomputer Dalam

Pengurusan Makmal Berbanding Sistem Manual 25

3 METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Metodologi Pembangunan Sistem 29

3.3 Model Berputar 30

3.3.1 Putaran Pertama 31

3.3.2 Putaran Kedua 33

3.3.3 Kelebihan Model Berputar 34

3.3.4 Kelemahan Model Berputar 34

3.4 Perbandingan Model 35

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

xi

3.4.1 Justifikasi Pemilihan Model Berputar 36

3.5 Keperluan Perkakasan 37

3.5.1 Justifikasi Perkakasan 37

3.5.2 Keperluan Perisisan 38

3.6 Carta Aliran Sistem Pengurusan Makmal 41

4 PEMBANGUNAN SISTEM 45

4.1 Pengenalan 45

4.2 Pengguna 45

4.3 Modul-modul Sistem 46

4.3.1 Kategori Pentadbir 48

4.3.1.1 Modul Semak makmal 49

4.3.1.2 Modul Buat Tempahan 49

4.3.1.3 Modul Maklumat 51

4.3.1.4 Modul Daftar 52

4.3.1.5 Modul Laporan 52

4.3.1.6 Modul Tukar Katalaluan 54

4.3.2 Kategori pengguna 55

4.3.2.1 Modul Semak Peralatan 55

4.3.2.2 Modul Kakitangan Makmal 56

4.3.2.3 Modul maklumat anda 57

4.4 Penilaian dan Komen 58

4.5 Rumusan 59

5 RUMUSAN DAN CADANGAN 60

5.1 Pengenalan 60

5.2 Ringkasan Pembangunan 60

5.3 Masalah Yang Dihadapi 61

5.4 Kelebihan 62

5.5 Kelemahan 63

5.6 Cadangan 64

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

xii

5.7 Rumusan 64

5.8 Penutup 65

RUJUKAN 66

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perisisan iMagic Inventory 22

2.2 Sistem Inventori dan Tempahan

Bersepadu Makmal JPSM 24

3.1 Perbandingan Model Berputar Dengan Model Lain 35

3.2 Spesifikasi Perkakasan Komputer Untuk

Pembangunan Sistem 37

3.3 Keperluan Perisisan Untuk Pembangunan Sistem 37

4.1 Fungsi Utama Penguna 46

4.2 Komen Daripada Penguji 58

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Antaramuka Hadapan iMagic Inventory 21

2.2 Daftar Item 21

2.3 Antaramuka Hadapan Sistem Inventori dan

Tempahan Bersepadu Makmal JPSM 23

3.1 Model Berputar 30

3.2 Putaran Pertama 31

3.3 Putaran Kedua 33

3.4 Carta Alir Keseluruhan Sistem 41

3.5 Carta Alir Modul Guru 42

3.6 Carta Alir Modul Staff Makmal 43

3.7 Rekabentuk Cadangan 44

4.1 Paparan Log in Sistem 47

4.2 Paparan Lupa Katalauan Log in 47

4.3 Antaramuka Halaman Utama Pentadbir 48

4.4 Antaramuka Modul Semak Makmal 49

4.5 Antaramuka Modul Buat Tempahan (Tempah Makmal) 50

4.6 Antaramuka Modul Buat Tempahan

(tempah Makmal, Bahan dan Alat) 50

4.7 Antaramuka Modul Maklumat (Guru) 51

4.8 Antaramuka Modul Kemaskini Maklumat (Guru) 51

4.9 Antaramuka Modul Dafar (Guru) 52

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

xv

4.10 Antaramuka Laporan Tempahan Makmal 53

4.11 Antaramuka Laporan Log in Sistem 53

4.12 Antaramuka Tukar Katalaluan 54

4.13 Antaramuka Semak Peralatan 56

4.14 Antaramuka Modul Kakitangan Makmal 56

4.15 Antaramuka Modul Maklumat Anda 57

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

xvi

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pengurusan makmal di sekolah terutama makmal sains memerlukan satu sistem

berkomputer yang canggih bagi menggantikan sistem tradisional yang sedia ada. Sistem

tradisional pengurusan makmal merupakan satu sistem lama yang digunapakai di

sekolah dimana ianya banyak menggunakan buku log untuk merekodkan penggunaan

makmal dan juga item-item di dalam makmal. Sistem pengurusan makmal bersepadu

berasaskan web adalah khusus bagi memudahkan pengurusan sesebuah makmal dalam

usaha untuk meningkatkan kecekapan pengurusan makmal. Kewujudan sistem yang baik

dan sistematik didalam pengurusan makmal adalah perlu untuk menjadikan ianya lebih

efektif dan efisyen. Ianya akan lebih sistematik jika pengurusan data secara berpusat

digunakan untuk memudahkan pengurusan makmal berikutan kesemua maklumat akan

digabung pada satu pangkalan data.

Di sekolah terdapat pelbagai sistem berkomputer yang telah digunapakai.

Antaranya ialah sistem kedatangan, sistem penghantaran laporan peperiksaan, sistem

pengisian markah ujian, sistem jadual induk dan sistem maklumat pelajar. Pembelajaran

berasaskan web juga banyak dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar sekolah

contohnya Utusan Malaysia dan Berita Harian yang telah membangunkan portal

pendidikan secara online. Sistem-sistem berkomputer ini kebanyakkanya dibangunkan

untuk pentadbiran sekolah. Sistem untuk inventori makmal mungkin terdapat di

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

2

beberapa buah sekolah. Ianya mungkin berlainan antara satu sama lain. Namun sistem

pengurusan makmal yang menyeluruh dengan penggunaan komputer belum lagi

kedengaran digunapakai di sekolah. Diatas kesedaran itu, maka sistem pengurusan

makmal berasaskan web ini dicadangkan untuk dibangunkan untuk diimplementasikan

di makmal sekolah terutama makmal sains. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi

pengurusan makmal.

1.2 Latar belakang masalah

Di setiap sekolah terdapat makmal sains untuk kegunaan guru dan pelajar.

Pengurusan makmal dari segi penggunaan, tempahan, penjadualan dan persediaan masih

lagi menggunakan kaedah manual iaitu perlu berjumpa dengan pembantu makmal atau

guru yang memegang kunci makmal tersebut. Malah, pengurusan inventori juga masih

lagi menggunakan kaedah tradisional di kebanyakkan sekolah.

Untuk menjadikan pengurusan makmal yang lebih efisyen, efektif, inovasi dan

kreatif, organisasi makmal memerlukan satu sistem pengurusan yang teratur. Dalam

usaha ini, masalah utama ialah organisasi makmal disekolah tidak mempunyai satu

sistem pengurusan makmal yang teratur apabila ada guru yang ingin menggunakan sama

ada peralatan mahupun makmal tersebut. Terdapat beberapa buah sekolah yang

menggunakan Microsoft Excel untuk merekod keluar masuk peralatan dan tidak

ketinggalan juga terdapat sekolah masih menggunakan fail untuk merekod. Dari segi

penggunaan makmal pula untuk tujuan seperti pembelajaran dan eksperimen kaedah

mengisi maklumat di dalam buku log makmal masih lagi digunakan.

Ekoran daripada itu, pelbagai masalah timbul terutama dari sudut pengurusan,

operasi, inventori dan strategi. Daripada aspek pengurusan, kelemahan sistem yang tidak

terpusat akan menyukarkan proses pengurusan seperti pengendalian inventori untuk

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

3

mengetahui lokasi dan status barang tersebut. Selain itu juga terdapat masalah dari segi

penyediaan peralatan dan bahan apabila guru ingin melakukan eksperimen di makmal

sains. Aktiviti utama makmal tersebut ialah eksperimen. Guru perlu membuat

penempahan peralatan terlebih dahulu manakala pembantu makmal akan menyediakan

peralatan yang ditempah. Kebiasaannya guru diminta untuk menyemak peralatan yang

ingin digunakan di makmal tersebut. Ini mendatangkan masalah kepada guru mahupun

pembantu makmal tersebut. Adakalanya peralatan yang ingin digunakan tiada dalam

simpanan dan perlu ditempah dengan lebih awal lagi. Ini memerlukan guru untuk

sentiasa datang ke makmal untuk menyemak rekod peralatan. Isu yang timbul di sini

ialah pihak pengurusan makmal susah dan tidak mengetahui paras stok yang tinggal

apabila berlaku penempahan.

Sistem pengurusan makmal yang sistematik diperlukan dalam organisasi

pengurusan makmal sekolah kerana ia dapat memberikan impak yang besar terhadap

pengurusan makmal sekolah. Dengan adanya sistem pengurusan makmal berasaskan

web ini, ianya dapat memberikan kebaikan kepada guru, organisasi makmal dah juga

para pelajar.

1.3 Objektif Kajian

Diantara objektif-objektif bagi kajian ini ialah :

i. Membangunkan sebuah Sistem Pengurusan Makmal yang sistematik berasaskan

web.

ii. Memudahkan proses menempah penggunaan makmal dan penjadualan

penggunaan makmal.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filev Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Ayahanda, Ahmad Malek bin Suratman Bondaku, Sarifah binti Salim Semua Kekanda dan Adindaku Atas

4

iii. Merekabentuk sistem tempahan alat radas dan bahan kimia untuk aktiviti

eksperimen.

iv. Memudahkan proses menyimpan, mengemaskini dan carian berkaitan inventori

peralatan makmal yang dapat dicapai oleh pengguna seperti status item atau

peralatan di makmal serta lokasi item tersebut disimpan.

1.4 Persoalan Kajian

Latarbelakang masalah telah menimbulkan beberapa persoalan yang perlu

diselesaikan iaitu:

i. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengurusan makmal yang sistematik?

ii. Apakah impak penggunaan sistem pengurusan makmal kepada pengurusan

organisasi makmal di sekolah?

iii. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam sistem pengurusan makmal yang dapat

memudahkan lagi pengurusan makmal disekolah?

iv. Apakah sistem pengurusan makmal ini dapat menyelesaikan masalah-masalah

yang timbul daripada kelemahan sistem pengurusan makmal tradisional