borang pengesahan gred - ir.unimas.my

24

Upload: others

Post on 22-Oct-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my
Page 2: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I Gred: A I

SESI PENGAJIAN : /Z 0 0 b

Saya gfkW/3- f V ~ & f i G K F c l f i K (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti' Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan

tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. ** sila tandakan ( 4 )

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

~ T E R H A D (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasitbadan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: s? TAMRN bf~r(~f17 J;fJ i ) ~ 7 0 : q c r ) Orv)f=YR,

Tarikh : ( O xbLki Lofly Tarikh: I - 5 ' a o o g

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasaJorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.

Page 3: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DAN KECENDERUNGAN

MEMINTA BANTUAN

DENGAN PERSONALITI SEBAGAI MODERATOR

SALEHA BINTI AWANG KECHIK

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

Projek bertajuk 'Hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan dengan personaliti sebagai moderator' telah disediakan oleh Saleha Binti Awang Kechik dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah . Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian.

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Cik Samsiah Jayos)

Tarikh:

Page 5: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

PENGHARGAAN

Alhamdulillah ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyempurnakan kajian ini. Dengan kudrat yang dianugerahkan oleh-Nya, segala dugaan dan cabaran dapat saya harungi dengan sabar malah dengan kehadiran insan-insan yang setia memberikan bantuan dan sokongan membuatkan saya semakin tabah untuk menyiapkan kajian ini sehingga terbitnya tesis ini.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia projek yang tidak jemu memberi bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan iaitu Encik Rizal Abu Bakar K.B., P.A. (MAL) dan Cik Samsiah Jayos K.B., P.A. (MAL). Tidak lupa juga kepada Dr. Sopian Bujang dan Dr. Azman Ismail yang sudi memberi tunjuk ajar dalarn membantu saya memperbaiki kelemahan yang ada serta meleraikan kekusutan yang bermain di minda.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ayah, Encik Awang Kechik Mohmud dan bonda, Puan Roshida Saad serta kaum keluarga, saudara Abdul Haadii Saad dan saudari Khamisah Awang Kechik yang banyak memberikan galakan di kala saya mengalami kesulitan semasa menyiapkan tesis ini. Sesungguhnya, sokongan dan nasihat yang diberikan oleh kalian menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk saya terus berusaha dan be rjuang sehingga ke akhirn ya.

Kajian ini juga tidak akan lengkap tanpa bantuan Ustaz Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, saudari Nurul Iman Ahmad serta saudari Adibah Yaacob dari Kolej Universiti INSANIAH (KUIN), yang telah membantu saya untuk mengedarkan borang soal selidik kajian ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada para pelajar KUIN yang secara sukarela menjadi responden dalam kajian ini.

Kepada teman tersayang, saudari Nurain Atan, saudari Nor Salmi Mat Rusli, saudari Anis Hidayah Ismail, saudari Nur Rarnizah A1 Aisri @ Alasri, saudari Nurulaini Muhiyuddin, saudari Arysa Johari serta saudari Mardhiah Yaacob, tiada kata seindah bicara yang dapat saya ungkapkan bagi menunjukkan kesyukuran saya atas kesetiaan kalian memberikan sokongan mental dan fizikal sepanjang misi menyelesaikan tugasan ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menyempurnakan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 6: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan Jadual Kandungan Senarai rajah Senarai Jadual Senarai Lampiran Senarai Simbol Statistik Abstrak Abstract

BAB 1 PENDAHULUAN

Pengenalan a

Latar Belakang Kajian Kenyataan Masalah Objektif Kajian 1.3.1 Objektif Umum 1.3.2 Objektif Khusus Kerangka Konseptual Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Definisi Istilah 1.7.1 Kecerdasan emosi 1.7.2 Personaliti 1.7.3 Personaliti Ekstraversi 1.7.4 Personaliti Neurotik 1.7.5 Personaliti Penyetujuan 1.7.6 Kecenderungan meminta bantuan Limitasi kajian Kesimpulan

iii iv vii viii ix X

xi xii

BAB 2 SOROTAN KARYA TERPILIH

2.0 Sorotan Karya Terpilih 14 2.1 Sejarah Kecerdasan Emosi 15

2.1.1 Mayer dan Salovey: Ability Model 16 2.1.2 Petrides dan Furnham: Salient Model 18 2.1.3 Goleman: MixedModel 20

2.2 Sejarah personaliti Big Five 2 1 2.3 Kecenderungan meminta bantuan 24 2.4 Kecerdasan emosi dan personaliti 2 8 2.5 Kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan 33

Page 7: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

2.6 Personaliti dan kecenderungan meminta bantuan 2.7 Kecerdasan emosi, personaliti dan kecenderungan

meminta bantuan 2.8 Kesimpulan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 3.1 Rekabentuk kajian 3.2 Lokasi kajian, populasi dan sarnpel 3.3 Pengukuran 3.4 Teknik pengumpulan data 3.5 Teknik Analisis

3.5.1 Analisis psikometrik 3.5.2 Prosedur menguji kesan moderasi

menggunakan Analisis Regresi Hierarki 3.6 Kesimpulan

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 4.1 Latar belakang demografi responden

4.1.1 Jantina 4.1.2 Umur 4.1.3 Bangsa 4.1.4 Kursus pengajian

4.2 Keputusan ujian kesahan dan kebolehpercayaan pemboleh ubah kajian

4.3 Keputusan korelasi matrik yang menunjukkan min, sisihan piawai dan korelasi antara pemboleh ubah 4.3.1 Korelasi positif dan signifikan antara

kecerdasan emos dan kecenderungan meminta bantuan 54

4.3.2 Korelasi positif dan signifikan antara kecerdasan emosi dan personaliti ekstraversi 5 6

4.3.3 Korelasi positif dan signifikan antara personaliti ekstraversi dan kecenderungan meminta bantuan 59

Page 8: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

4.4 Keputusan analisis regresi hirarki 4.4.1 Personaliti ekstraversi sebagai

pemboleh ubah moderator 4.4.2 Personaliti neurotik sebagai

pemboleh ubah moderator 4.4.3 Personaliti penyetuj uan sebagai

pemboleh ubah moderator 4.5 Kesimpulan

BAB 5 RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 5.1 Ringkasan kajian 5.2 Limitasi kajian ,J

5.3 Cadangan 5.3.1 Cadangan kepada pengkaji akan datang 5.3.2 Cadangan kepada pihak organisasi 5.3.3 Cadangan kepada kaunselor

5.4 Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 9: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

SENARAI RAJAH

Rajah 1

Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 2

Model meminta bantuan

vii

Page 10: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

SENARAI JADUAL

Jadual 1

Faktor Demografi Responden

Ujian kesahan dan kebolehpercayaan pemboleh ubah kajian

I

Korelasi matrik yang menunjukkan min, sisihan piawai dan korelasi antara pemboleh ubah

Keputusan Analisis Regresi Hirarki Personaliti Ekstraversi sebagai Moderator Hubungan antara Kecerdasan Emosi dan Kecenderungan Meminta Bantuan

Keputusan Analisis Regresi Hirarki Personaliti Neurotik sebagai Moderator Hubungan antara Kecerdasan Emosi dan Kecenderungan Meminta Bantuan

Keputusan Analisis Regresi Hirarki Personaliti Penyetujuan sebagai Moderator Hubungan antara Kecerdasan Emosi dan Kecenderungan Meminta Bantuan

Jadual7

Rumusan pengujian hipotesis

Page 11: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1

Borang Soal Selidik Kajian

Lampiran 2

Frekuensi Taburan Demografi

Lampiran 3 ,

Olltptlt SPSS: Ujian Kesahan dan Kebolehpercayaan Pemboleh ubah Kajian

Lampiran 4

Output SPSS: Korelasi Pearson

Lampiran 5

Otltpllt SPSS: Analisis Regresi Hirarki

Lampiran 6

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Lampiran 7

Statistik pelajar KUIN

Lampiran 8

Risalah KUIN

Page 12: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

Simbol

F

Ho

n

N

Nilai - p

r

R2

Adj. R2

t

Beta

Sig.

SENARAI SIMBOL STATISTIK

Maksud

Pemboleh ubah taburan-F

Hipotesis nu1

Saiz sampel

Saiz populasi

Aras capaian nilai signifikan

Pekali korelasi sampel

Pekali korelasi berganda

Pekali korelasi berganda terlaras

Pemboleh ubah t

Kuasa ujian

Signifikan

Page 13: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

ABSTRAK

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DAN KECENDERUNGAN MEMINTA BANTUAN

DENGAN PERSONALITI SEBAGAI MODERATOR

Saleha Binti Awang Kechik

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan dengan personaliti ekstraversi, neurotik dan penyetujuan sebagai moderator. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk keratan rentas seksyen dan persampelan sukarela. Seramai 157 orang pelajar diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) telah menjadi responden kajian ini. Instrumen yang digunakan terdiri daripada Laporan Kendiri Skala Kecerdasan Emosi, Skala Am Kecenderungan Meminta Bantuan dan Big Five Questionnaire. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan frekuensi dan peratusan berkaitan faktor-faktor demografi. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kecenderungan meminta bantuan dan personaliti ekstraversi dengan kecerdasan emosi. Personaliti ekstraversi juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecenderungan meminta bantuan. Walau bagaimanapun, analisis regresi hirarki menunjukkan personaliti ekstraversi, neurotik dan penyetujuan tidak bertindak sebagai moderator dalam kajian ini. Limitasi dan cadangan untuk pengkaji akan datang juga turut dibincangkan.

Page 14: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

ABSTRACT

THE MODERATING EFFECT OF PERSONALITY TOWARDS THE RELATIONSHIP OF EMOTIONAL INTELLIGENCE AND HELP-SEEKING

BEHA WOR

Saleha Binti Awang Kechik

The pzirpose of this research is to sttidy about the moderating effects of extraversion, neuroticism and agreeableness towards the relationship between emotional intelligence and help-seeking behavior. The eflects were investigated in this cross-sectional study using volzrntaiy sampling. n i s research was conducted among 157 diploma and tindergradz~ate stzrdents of INSANIAH University College (KUIN). Instniments tised in this study are Self-report Emotional Intelligence Scale, General Help Seeking Scale and Big Five Questionnaire. Descriptive statistic methods were zlsed to get freqzrencies and percentages for demographic factors. Results from Pearson correlation indicated that there are signiJicant correlations between help-seeking behavior and extraversion with emotional intelligence. Extraversion is also signi$cantly correlated with help-seeking behavior. However, hierarchical regression analysis shows that extraversion, netiroticism and agreeableness did not moderate the relationship between emotional intelligence and help-seeking behavior. The limitations and stiggestions for fi~ttlre study were fiirther disctlssed.

Page 15: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

. BAB 1

PENDAHULUAN . .

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan secara terperinci mengenai kajian ini yang

meliputi latar belakang, kenyataan masalah, objektif, kerangka konseptual,

hipotesis, kepentingan kajian, definisi istilah dan limitasi kajian.

Page 16: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

1.1 Latar Belakang Kajian

Seawal tahun 1820-an, emosi dikenal pasti sebagai elemen penting dalam

survival dan adaptasi seseorang (Sternberg, Lautrey & Lubart, 2002). Ekspresi

emosi dan pandangan terhadap hasil kecerdasan emosi dan sosial adalah sesuatu

yang utama dalam adaptasi yang efektif (Bar-On, 2002). Oleh itu, kesesuaian

dalam mempamerkan emosi pada situasi yang tepat disebut sebagai kecerdasan

emosi (Sternberg, Lautrey & Lubart, 2002). Minat yang mendalam bidang emosi

menyebabkan terhasilnya beberapa model kecerdasan emosi (Kierstead,l999).

Mixed Model oleh Goleman (1995) "dan Ability Model oleh Mayer dan Salovey

(1997) merupakan antara model yang terkenal dalam bidang kecerdasan emosi

(Chernis, 2000). Walaupun model-model tersebut adalah berbeza tetapi

menunjukkan dimensi kecerdasan emosi yang tersendiri yang digunakan untuk

mengukur tahap keupayaan individu (Kierstead, 1999).

Kajian mengenai kecerdasan emosi telah dikembangkan oleh para pengkaji

dalam bidang psikologi, pengurusan dan pendidikan. Kecerdasan emosi sangat

penting dalam kehidupan seharian. Ciarrochi dan Deane (2001) menyatakan

bahawa individu yang sangat lemah dalam mengendalikan emosi akan

menyebabkan masalah perhubungan, kesihatan mental yang tidak stabil dan kurang

berjaya dalam bidang kerjaya. Mereka mendapati individu yang lemah dalam

pengurusan emosi kurang mempunyai keinginan untuk meminta bantuan daripada

keluarga, rakan dan profesional dalam bidang kesihatan menyebabkan berlakunya

kemurungan, rasa putus harapan dan bunuh din.

Dari sudut bidang pengurusan pula, Vakola, Tsaousis dan Nikolaou (2004)

telah menjalankan kajian terhadap 137 orang pekerja profesional. Para pekerja

profesional tersebut telah dinilai dari sudut kecerdasan emosi, tret personaliti dan

sikap mereka terhadap perubahan organisasi. Kajian tersebut bertujuan mengenal

Page 17: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

pasti kesan kecerdasan emosi dan dimensi personaliti Big Five terhadap para

pekerja yang dapat membantu dalam melakukan perubahan dalam organisasi. Hasil

kajian mereka telah membuktikan terdapat hubungan yang positif di antara tret

personaliti dan kecerdasan emosi para pekerja profesional tersebut terhadap

perubahan organisasi.

Kajian mengenai kecerdasan emosi dalam bidang pendidikan pula banyak

melibatkan pelajar-pelajar kolej dalam lingkungan usia remaja. Antara kajian yang

telah dijalankan ialah kajian terhadap perbezaan kecerdasan emosi para pelajar

tempatan dan pelajar asing di univhsiti-universiti di Singapura (Fatt & Howe,

2003); kajian untuk mengenal pasti hubungan .di antara kecerdasan ,emosi dan

personaliti dan sumbangan kedua-duanya terhadap kualiti hubungan interpersonal

pelajar (Lopes, Salovey & Straus, 2003); kecerdasan emosi dan kaitahnya dengan

tekanan dan kesihatan mental (Ciarrochi, Deane & Anderson, 2002); kecerdasan

emosi, daya tindak dan skala lokus kawalan kesihatan (Saklofske, Galloway dan

Davidson, 2006); kecerdasan emosi, kepintaran akademik dan personaliti Big Five

(Van Der Zee, Thijs & Schakel, 2002); kecerdasan emosi dan personaliti (Shulman

& Hemenover, 2006); pertindihan konstruk kecerdasan emosi dan tret personaliti

(Mayer & Salovey, 1997) dan kesedaran terhadap kecerdasan emosi (Petrides &

Furnham, 2000).

Fatt & Howe (2003) telah menjalankan kajian di Singapura untuk

menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam kecerdasan emosi

para pelajar pra ijazah iaitu dari kalangan pelajar tempatan dan pelajar asing di

universiti. Hasil kajian mereka menunjukkan daripada bilangan seratus orang

pelajar, pelajar asing menunjukkan skor kecedasan emosi yang lebih tinggi

berbanding pelajar tempatan. Lelaki juga menunjukkan skor yang lebih tinggi

berbanding perempuan. Para majikan di Singapura juga dinasihatkan untuk

Page 18: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

mempertimbangkan kecerdasan emosi pelajar berbanding pencapaian akademik

mereka dalam aspek pemilihan peke rja.

Lopes, Salovey dan Straus (2003) pula telah menjalankan kajian terhadap

103 orang pelajar kolej untuk meneroka hubungan di antara kecerdasan emosi dan

personaliti dan sumbangan kedua-duanya terhadap kualiti hubungan interpersonal

pelajar. Mereka mendapati kedua-dua pemboleh ubah tersebut adalah berhubung

kait dengan laporan kendiri terhadap kepuasan hubungan sosial pelajar. Hasil

kajian Cianochi, Deane dan Anderson (2002) terhadap 302 orang pelajar universiti

dengan mengukur tekanan hidup, obfektif dan laporan kendiri kecerdasan emosi

dan kesihatan mental pula mendapati pengurusan emosi yang lemah di kalangan

pelajar menyebabkan kecenderungan membunuh diri lebih tinggi. Mereka

menyimpulkan bahawa kecerdasan emosi adalah konstruk yang penting untuk

memahami perkaitan di antara tekanan dan kesihatan mental.

Seramai 364 pelajar Kanada telah diuji berkaitan kecerdasan emosi, daya

tindak dan skala lokus kawalan kesihatan. Saklofske, Galloway, Austin dan

Davidson (2006) telah menyimpulkan bahawa kecerdasan emosi telah menjadi

mediator terhadap hubungan antara personaliti dan kawalan kesihatan dan mereka

telah mencadangkan agar kecerdasan emosi sebagai sumber daya tindak perlu

dikaji dengan lebih mendalam. Van Der Zee, Thijs dan Schakel (2002) pula telah

menguji 116 orang pelajar berkenaan kecerdasan emosi, kepintaran akademik dan

personaliti Big Five dan mendapati kecerdasan emosi mempunyai kaitan yang

lemah dengan kepintaran akademik namun mernpunyai hubungan yang kuat

dengan personaliti Big Five.

Kajian oleh Shulman dan Hemenover (2006) terhadap 265 orang pelajar

dengan purata umur 18 tahun yang mengambil kursus pengenalan psikologi di

sebuah universiti di Midwestern, Arnerika Syarikat mendapati kecerdasan emosi

Page 19: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

adalah tidak sinonim dengan personaliti. Manakala Mayer dan Salovey (1 997)

membuat kajian terhadap 180 orang pelajar di mana 165 orang pelajar iaitu 80%

daripada mereka merupakan pelajar berumur 18 dan 19 tahun yang diuji berkaitan

pertindihan konstruk kecerdasan emosi dan tret personaliti. Tiada pertindihan di

antara konstruk kecerdasan emosi dan tret personaliti didapati daripada kajian

tersebut. Petrides dan Furnham (2000) pula menguji 260 pelajar yang terdiri

daripada 175 orang wanita dan 85 orang lelaki dari tiga buah universiti di Britain

dan mendapati wanita mendapat skor yang lebih tinggi dalam kemahiran sosial,

berbanding lelaki dan menyimpulkan bahawa individu mempunyai kesedaran

terhadap kecerdasan emosi merekd sendiri.

Brackett, Mayer dan Warner (2004) juga membuat perbandingan di antara

lelaki dan wanita dan mendapati lelaki yang mendapat skor kecerdasan emosi yang

rendah secara umurnnya tidak berupaya untuk menjangka dan memahami emosi

mereka dan tidak bijak dalam menguruskan emosi yang membawa kepada sikap

negatif seperti penggunaan alkohol dan dadah terlarang, tingkah laku menyimpang

dan hubungan yang kurang mesra dengan rakan-rakan. Dalam kajian yang berbeza,

wanita pula menunjukkan kecerdasan emosi yang lebih baik namun mereka tidak

mempamerkan kemahiran dalam mengawal emosi mereka sendiri (Ciarrochi, Chan

& Bajgar, 2001).

1.2 Kenyataan Masalah

Ciarrochi dan Deane (2001) telah menyiasat hubungan antara kecerdasan

emosi dan keinginan untuk meminta bantuan. Pertama, mereka membuat andaian

bahawa individu dengan kecerdasan emosi yang tinggi akan menunjukkan

kecenderungan meminta bantuan yang rendah kerana individu seperti ini percaya

mereka mampu untuk mengawal masalah emosi mereka sendiri. Ternyata, hasil

kajian menunjukkan individu yang kurang meminta bantuan dilaporkan

Page 20: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

mempunyai kemahiran yang lemah dalam menguruskan emosi. Perkara ini

menunjukkan keupayaan menguruskan emosi merupakan satu faktor yang

mempengaruhi keinginan seseorang untuk meminta bantuan. Namun, kajian yang

dijalankan ini tidak menyentuh aspek personaliti dalam mengkaji hubungan di

antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

Para pengkaji personaliti pula telah menyimpulkan bahawa individu yang

mempunyai tahap ekstraversi tinggi dan tahap neurotik yang rendah adalah stabil

dari sudut emosi kerana dipengaruhi oleh faktor genetik. Begitu juga dengan

individu dengan tahap penyetujuan dhn kesedaran yang tinggi akan menunjukkan

emosi yang lebih stabil berbanding individu dengan tahap penyetujuan dan

kesedaran yang rendah (McCrae & Costa, 1991 dalarn Schultz & Schultz, 1994).

Jika dilihat dari sudut kajian oreh Ciarrochi dan Deane (2001), individu yang

mempunyai tahap penyetujuan, kesedaran dan ekstraversi yang tinggi dengan tahap

neurotik yang rendah akan menunjukkan kecenderungan meminta bantuan yang

rendah disebabkan kestabilan emosi individu tersebut. Walau bagaimanapun,

kestabilan emosi tidak melambangkan konsep kecerdasan emosi yang menyeluruh.

Menurut Mayer dan Salovey (1 997), konsep kecerdasan emosi adalah merangkumi

keupayaan untuk memantau emosi, menilai dan menjana emosi, memahami emosi

dan pengetahuan mengenai emosi, dan mengawal emosi.

Mayer, Salovey dan Caruso (2004) pula menyatakan di dalam kajian

mereka bahawa lebih tinggi kecerdasan emosi seseorang individu, usaha untuk

menyelesaikan masalah emosi individu tersebut adalah lebih mudah. Mereka

mengaitkan kecerdasan emosi dengan personaliti penyetujuan di mana individu

dengan kecerdasan emosi yang tinggi dikatakan lebih cenderung untuk bersifat

terbuka, taat dan mempunyai interaksi sosial yang positif. Mereka tidak melibatkan

diri dengan kelakuan negatif seperti merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah.

Namun, kajian mereka tidak menyentuh aspek kecenderungan meminta bantuan

Page 21: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

bagi individu yang berpersonaliti penyetujuan dan mempunyai kecerdasan emosi

yang tinggi.

Aspek kecenderungan meminta bantuan juga tidak dibincangkan dalarn

kajian oleh Vakola, Tsaousis dan Nikolaou (2004) di mana kajian mereka hanya

berkisar mengenai kecerdasan emosi dan dimensi personaliti Big Five para pekerja

yang dapat membantu dalam melakukan perubahan dalam organisasi. Kajian yang

melibatkan 137 orang profesional yang dinilai dari sudut kecerdasan emosi, tret

personaliti dan sikap mereka terhadap perubahan organisasi membuktikan terdapat

hubungan yang positif di antara tfet personaliti dan sikap pekerja terhadap

perubahan organisasi. Sikap pekerja terhadap perubahan organisasi adalah berkait

secara positif dengan ekstraversi, penyetujuan, kesedaran dan keterbukaan. Begitu

juga dengan kecerdasan emosi yang telah dibuktikan signifikan dengan sikap

peke rja terhadap perubahan organisasi.

Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kecerdasan emosi dan

kecenderungan meminta bantuan dengan personaliti sebagai moderator bagi

menjawab soalan utama iaitu adakah personaliti mempengaruhi perhubungan

antara kecerdasan emosi dan kecenderhgan mkrninta bantuan.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

Mengenal pasti perhubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan

meminta bantuan dengan personaliti sebagai moderator .

Page 22: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

1.3.2 Objektif Khusus

1) Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta

bantuan dengan personaliti ekstraversi sebagai moderator.

2) Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta

bantuan dengan personaliti neurotik sebagai moderator.

3) Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta

bantuan dengan personaliti penyetujuan sebagai moderator.

1.4 Kerangka Konseptual

Berikut di bawah adalah Kerangka Konseptual kajian:

Kecenderungan Kecerdasan 4 F meminta bantuan

emosi

Personaliti

Ekstraversi Neurotik Penyetujuan

Rajah 1: Kerangka Konseptual

Page 23: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

Lakaran kerangka konseptual ini bertujuan .untuk mengenal pasti

perhubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan

dengan personaliti ekstraversi, neurotik dan penyetujuan sebagai moderator.

Pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah kecerdasan emosi,

kecenderungan meminta bantuan sebagai pemboleh ubah bersandar dan personaliti

neurotik, ekstraversi dan penyetujuan sebagai pemboleh ubah moderator.

1.5 Hipotesis Kajian

Hol : Personaliti ekstraversi tidak b'ertindak sebagai moderator dalam hubungan

antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

Ho2 : Personaliti neurotik tidak bertindak sebagai moderator dalam hubungan

antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

Ho3 : Personaliti penyetujuan tidak bertindak sebagai moderator dalam hubungan

antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

1.6 Kepentingan ~ a j i a n . .

Kajian ini menyelidik tentang pengaruh personaliti terhadap hubungan

antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan untuk menyediakan

bukti empirikal mengenai kesahan kecerdasan emosi. Secara khusus, apabila

sesuatu konstruk itu baru, bukti empirikal akan menyumbangkan kepada tahap

kesahan yang lebih tinggi terhadap implikasi teori dan perkembangan konstruk

tersebut. Secara tidak langsung, kajian ini memberi sumbangan dalain

perkembangan ilmu terutarnanya dalam bidang kecerdasan emosi dan personaliti

yang masih belum mendapat pendedahan yang luas di Malaysia.

Page 24: BORANG PENGESAHAN Gred - ir.unimas.my

Kajian mengenai kecerdasan emosi dan personaliti telah dibuktikan dapat

membantu organisasi dalam melakukan perubahan yang positif terhadap sikap

pekerja seperti mana dalam kajian oleh Vakola, Tsaousis dan Nikolaou (2004).

Hasil kajian mereka membuktikan bahawa kecerdasan emosi dan dimensi

personaliti Big Five para pekerja profesional dapat membantu dalam melakukan

perubahan dalam organisasi. Justeru, kajian ini dapat membantu organisasi lain

terutamanya organisasi pendidikan dalam melakukan perubahan yang positif

terhadap sikap remaja, sekaligus perubahan yang positif terhadap organisasi

pendidikan terutama dari sudut pencapaian akademik para pelajar. 1

Arnett (1999) telah membuat satu kesimpulan bahawa tempoh usia remaja

merupakan tempoh kekalutan dan tekanan (storm and stress) iaitu satu tempoh

yang kritikal dalam hidup seseorang. Tambahan pula, remaja yang kurang

mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti emosi mungkin tidak menyedari

bahawa mereka mengalami kemurungan dan tidak jelas sama ada mereka perlu

meminta bantuan atau tidak (Ciarrochi, Deane, Wilson & Rickwood, 2002 ).

Melalui kajian ini, para remaja yang bergelar pelajar dapat memahami personaliti

mereka sendiri, menyedari kepentingan kawalan emosi dan berfikiran terbuka

terhadap bantuan profesional dalam menangani masalah mereka yang secara tidak

langsung dapat membantu mereka dalam meningkatkan lagi prestasi akademik

mereka.

Oleh itu, penting bagi seorang kaunselor untuk mengenal pasti individu

yang lemah dalam pengurusan emosi dan memahami personaliti mereka.

Kaunselor dapat mendalami dan lebih memahami personaliti remaja sekaligus

memudahkan pengurusan sesi kaunseling bersama remaja. Selain itu, kaunselor

dapat mengenal pasti punca-punca remaja mengelak daripada meminta bantuan dan

mengambil langkah yang bijak untuk membantu remaja menangani masalah yang