bola jaring

Upload: d-fbuser-86291374

Post on 06-Jul-2015

544 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

ETIKA DAN PRINSIPPRINSIP KEJURULATIHAN

SIKAP-SIKAP SEORANG JURULATIH

SIKAP-SIKAP ..Suka memimpin dan mengajar serta meyakinkan bahawa diri berupaya mengajar dan melakukannya dengan baik. Berasa seronok ketika bermain dan mendapat banyak manfaat daripada permainan bola jaring dan mahu orang lain juga mengalaminya. Berasa puas hati menolong orang lain mencapai kehendak mereka ketika dalam permainan. Sentiasa bertindak adil dan saksama dalam pengurusan permainan terutamanya dalam pemilihan wakil-wakil untuk bertanding dalam permainan bola jaring.

SIKAP-SIKAP .Mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sentiasa memerhatikan dan menentukan bakat serta kelemahan para pemain seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Mengenalpasti alasan-alasan yang dapat memotivasikan para pemain. Sentiasa memberi dorongan dan galakan kepada para pemain. Gemar memperoleh kemahiran-kemahiran baru. Mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang teknik-teknik atau kemahiran-kemahiran bola jaring.

SIKAP-SIKAP .Mempunyai sifat empati.Ia adalah kebolehan untuk memahami dengan mudah pemikiran,perasaan dan emosi pemain seperti kecewa,gembira,bimbang dan marah. Jurulatih yang mempunyai empati jarang merendahkan nilai diri atau memarahi pemain dengan keras kerana memahami perasaan mereka apabila mengalami keadaan tersebut. Kadang-kadang jurulatih mungkin terpaksa mengorbankan kemenangan diri untuk kepentingan dan kesejahteraan pemainpemain.

STAIL-STAIL KEJURULATIHAN YANG BERSESUAIAN DENGAN PEMAIN

KOMAIN

KOOPERATIF

SUBMISIF

3 STAIL KEJURULATIHAN1.KOMAIN *Jurulatih membuat semua keputusan dan pemain bertindak balas terhadap semua arahan jurulatih. 2. KO-OPERATIF *Jurulatih berkongsi dengan pemainpemain dalam membuat keputusan.Walaubagaimanapun jurulatih mengenalpasti

SAMBUNGAN*tanggungjawabnya untuk memberi kepimpinan dan membantu pemainpemain kepada pencapaian objektif yang telah ditetapkan.Jurulatih juga mengenalpasti bahawa para pemain tidak akan menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab tanpa diberi peluang membuat keputusan

SAMBUNGAN3. SUBMISIF *Jurulatih hanya membuat sedikit keputusan.Pendekatan adalah dengan bermain mengikut suka dan berseronok.Jurulatih jarang memberi arahan yang membina,kurang menggunakan pengaruhnya dan tidak mempedulikan disiplin diri pemain.Jurulatih ini kurang kecekapan untuk memberi arahan dan kepimpinan

SAMBUNGAN Tiada satu pun stail kejurulatihan yang sempurna atau terbaik.Tetapi ramai jurulatih yang tergolong dalam ketegori kooperatif namun jurulatif yang berjaya tergolong dalam stail komain. Stail komain digunakan oleh ramai profesional dan jurulatih di sekolah.Stail ini berkesan hanya jika kemenangan adalah objektif utama dimana pemain bermain untuk mendapat kepujian dan mengelakkan dari dimarahi jurulatih dan

SAMBUNGAN Kerana motivasi secara intrisik.Dalam stail ini,pencapaian dan kejayaan adalah milik jurulatih dan bukan para pemain. Stail ko-operatif menempatkan lebih kepercayaan kepada pemain-pemain dan ini memberi kesan positif kepada imej diri pemain.Ia juga memperbaiki komunikasi dan motivasi.Pemain bermain bukan kerana berasa takut kepada jurulatih tetapi untuk kepuasan diri sendiri.Jadi stail ini lebih senang diterima dan memberi keseronokan kepada pemain.

MENYEDIAKAN SATU PASUKAN

MENGAPAKAH APAKAHDIMANA,BILAKAH ,BAGAIMANA

PASUKAN

MENILAI PASUKAN Hendaklah dinilai sewaktu permulaan musim permainan dan catatan dibuat mengenai pasukan dan setiap pemain. Perhatikan kekuatan dan kelemahan pemain,kesilapan-kesilapan umum,tahap kemahiran dan kevergasan serta pengetahuan mereka berkenaan peraturan dan sebagainya. Prosedur ini memerlukan suatu jangka masa.Penilaian juga boleh dicatatkan melalui pemerhatian semasa pemain bermain.

MENILAI PASUKAN Penilaian ini boleh dilakukan dengan melakukan ujian-ujian khas yang disediakan dengan tujuan tertentu,misalnya 1. Ujian kemahiran untuk menilai tahap kemahiran yang dianggap penting seperti ujian kemahiran gerak-kaki,hantaran,elakan dan kawalan. 2. Ujian kecergasan untuk menilai tahaptahap aerobik dan anaerobik,kekuatan dan kederasan mereka.

MATLAMAT DALAM PERSEDIAAN PASUKAN

MATLAMAT PERSEDIAAN PASUKAN Penting kerana menetapkan haluan untuk sesuatu persediaan dan supaya tidak lari dari tujuan sebenar mewujudkan pasukan. Terdapat banyak jenis matlamat yang boleh ditetapkan seperti matlamat sepanjang masa hidup,matlamat semusim,matlamat keseluruhan dan juga matlamat spesifik untuk setiap sesi.Matlamat keseluruhan adalah penyataan umum dan ditujukan kepada sebab-sebab dan falsafah mengapa menyertai bidang sukan.

SAMBUNGAN Matlamat spesifik adalah penghapusan dari matlamat keseluruhan. Satu matlamat spesifik akan: 1.Menyatakan kehendak saya hendak belajar menjaringkan gol. 2. Menerangkan hasil akhir perlakuan .kebolehan menjaringkan bola dengan cepat dan tepat. 3. Menyatakan keadaan melakukan jaringan daripada jarak 2 meter. 4. Memutuskan kriteria untuk perlaksanaan yang boleh diterima ...menjaringkan 3 daripada 5 hantaran ke dalam jaringan dalam masa 15 saat.

BAGAIMANA HENDAK MENETAPKAN MATLAMAT1. APAKAH KEHENDAK ANDA? -Sebelum menetapkan matlamat,mesti tahu apakah kehendak dan falsafah dalam membimbing serta mempertimbangkan kehendak-kehendak pemain. -Sebagai contoh adakah matlamat untuk mendapat pasukan yang menang,pemain hanya bermain untuk keseronokan,matlamat untuk menolong pemain belajar dan mendalami permainan bola jaring.

SAMBUNGAN..2. MATLAMAT-MATLAMAT UMUM UNTUK JURULATIH DAN PEMAINPEMAIN - Jurulatih perlu berbincang dengan pemain-pemain supaya mereka memahami matlamat-matlamat yang telah ditetapkan dan selari dengan kehendak mereka. 3. MATLAMAT-MATLAMAT INDIVIDU -Boleh menetapkan matlamat individu para pemainsupaya ia selari dan mengukuhkan lagi matlamat pasukan.

SAMBUNGAN..4. MATLAMAT-MATLAMAT SAMPINGAN -adalah perkara-perkara yang mesti dilepasi sebelum mencapai matlamat utama yang telah ditetapkan.Matlamat sampingan bukan sahaja memastikan tidak terkeluar dari tujuan asal malah dapat menyatakan tahap kemajuan dan samada berjaya mencapai matlamat utama. 5. TAHAP PRETASI SESEBUAH PASUKAN -Selepas menetapkan matlamat jurulatih mestilah melihat kedudukan pasukannya dengan menimbangkan kebolehan pemainpemain,masa untuk persiapan,kemudahankemudahan yang boleh digunakan,corak pertandingan,keupayaan pihak lawan dansumber kewangan yang ada.

PENETAPAN MATLAMAT

PENETAPAN MATLAMAT

MENETAPKAN MATLAMAT

BUKAN MATLAMAT-hasil -senang -bukan realistik -umum -jangka panjang

-perlaksanaan-mencabar -realistik -spesifik Jangka pendek

GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN SATU PROGRAM

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKANNYA:1. MATLAMAT PENGAJARAN Harus bersesuaian dengan falsafah,organisasi dan objektif-objektif kejurulatihan.Matlamat pengajaran mempunyai pernyataan-pernyataan umum mengenai apa yang diharapkan dan dicapai oleh pemainpemain pada akhir musim latihan.2. MENETAPKAN TOPIK-TOPIK Topik-topik yang ditetapkan harus menetapi matlamat pengajaran. Selepas menentukan kemahiran bagi setiap matlamat

SAMBUNGAN..pastikan samada kemahiran tersebut sesuai atau tidak dengan pemain.Ini boleh dilakukan melalui satu penilaian dilakukan bagi setiap kemahiran. 3. MENYUSUN TOPIK-TOPIK Setelah topik ditentukan ia perlu disusun dalam satu jadual pengajaran untuk satu musim latihan.Satu jadual pengajaran yang lengkap perlu meliputi semua topik-topik yang disenaraikan dalam langkah 2. Ia perlu disusun mengikut susunan.Kemahiran yang lebih kompleks disenaraikan di bahagian akhir jadual.

SAMBUNGAN..Pan uan n ntukan ju lah asa an h n ak i unakan untuk s tiap k ahiran alam jadual pen ajaran: (i)memperuntukkan masa dalam setiap sesi latihan agi pemain melatih kemahiran-kemahiran pilihan mereka. (ii)menukar jadual pengajaran sekiran a ia tidak memenuhi kepeluan pemain. (iii)tidak mengharapkan semua pemain leh mempelajari semua kemahiran ang telah dirancangkan.Bilangan kemahiran ang leh dikuasai leh pemain ergantung pada tahap kemahirann a sekarang dan kebolehann a mempelajari kemahiran baru.

GARIS PANDUAN UNTUK SATU PROGRAM LATIHANMATLAMATMATLAMAT -definisikan dengan jelas PROGRAM LATIHAN sesuai,seronok mencabar PROGRAM -struktur tetapi fleksibel PRINSIP-PRINSIP LATIHAN -latihan beban intensiti,masa latihan,kekerapan spesifik,kualiti PENILAIAN -oleh pemain dan jurulatih sendiri pada peringkat semua program

MERANGKA PROGRAM

MERANGKA PROGRAMRANCANGAN PRA-MUSIM1.Mewujudkan matlamat-matlamat pengajaran 2.Menetapkan topiktopik untuk setiap maklumat 3.Menyusun topiktopik untuk setiap matlamat 4.Menilai pengetahuan dan tahap kemahiran pemain-pemain baru

RANCANGAN DALAM MUSIMMerancang,melaksana dan menilai setiap latihan

PENILAIAN SELEPAS MUSIM1.Menilai pengetahuan dan tahap kemahirankemahiran pemain yang keluar 2.Menilai keseluruhan program pengajaran dan diri sebagai jurulatih

MERANCANG UNTUK SATU PERTANDINGAN

SEBELUM PERTANDINGAN Pada masa ini,pemain dianggap mempunyai tahap kecergasan dan kemahiran seperti yang diperlukan. Mengetahui seberapa banyak maklumat mengenai pihak lawan seperti kelebihan mereka,tahap kecergasan,susuk badan pemain dan sebagainya. Mengambil kira tentang jurulatih pihak lawan dan pengadil-pengadil dalam pertandingan nanti.

SEBELUM PERTANDINGANPasukan harus dilengkapkan dengan semua aspek berkenaan semasa dalam latihan bukan hanya semasa pertandingan. Persediaan sebelum pertandingan harus menolong pemain-pemain dari segi: (a)mengambil kira kesempatan atas kelemahan-kelemahan pihak lawan (b)mengimbangi kelebihan mereka (c)melindungi kelemahan-kelemahan pemain sepasukan (d)mengoptimunkan kelebihan dalam pasukan

SEBELUM PERTANDINGANMelatih pemain bermain dalam permukaan gelanggang yang pelbagai kerana ketidakbiasaan terhadap sesuatu gelanggan akan menjejaskan mutu permainan dan boleh mengakibatkan kecederaan. Memastikan semua pemain sampai ke tempat pertandingan lebih awal supaya mempunyai masa untuk memberi nasihat dan tip-tip berguna. Membantu pemain memanaskan badan sebelum pertandingan dimulakan.

SEMASA PERTANDINGAN Jurulatih tidak dibenarkan membimbing pemain semasa pertandingan dijalankan kecuali waktuwaktu rehat di antara suku-suku dan separuh masa. Pada waktu ini jurulatih harus memberikan pemain maklum balas mengenai perlaksanaan dan arahan yang perlu mengenai taktik-taktik yang digunakan serta memberi galakan.

SELEPAS PERTANDINGANBahagian ini tidak diambil kira sebagai bahagian penting dalam penyediaan pasukan untuk pertandingan. Bahagian ini digunakan untuk melakukan maklum balas,analisis dan penilaian perlaksanaan pemain-pemain. Tanpa maklum balas pembelajaran dan pembetulan tidak akan wujud. Maklum balas digunakan sebagai pengukur samada jurulatih dan pemain telah berjaya mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan