bola baling

13
Isi Kandungan 1. Storyboard bahan rancangan mengajar bola baling. 1.1 Sejarah ringkas permainan bola baling di Malaysia . 1.2 Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling. 1.3 Penjelasan perincian kemahiran menjaring. 1.4 Cadangkan tiga latihan latih tubi bagi kemahiran menjaring. 2. BBM ( Tayangan video ) kemahiran menghadang bagi permainan bola tampar (tayangan video). Bibliografi 1.1 Sejarah ringkas permainan bola baling di Malaysia. 1

Upload: chinchengyung

Post on 26-Jun-2015

2.894 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Baling

Isi Kandungan

1. Storyboard bahan rancangan mengajar bola baling.

1.1 Sejarah ringkas permainan bola baling di Malaysia .

1.2 Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling.

1.3 Penjelasan perincian kemahiran menjaring.

1.4 Cadangkan tiga latihan latih tubi bagi kemahiran menjaring.

2. BBM ( Tayangan video ) kemahiran menghadang bagi permainan bola tampar (tayangan

video).

Bibliografi

1

Page 2: Bola Baling

1.1 Sejarah ringkas permainan bola baling di Malaysia.

Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh seorang guru yang

bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock Han kepada satu kumpulan guru dan

pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor. Kepopularan permainan ini terbukti dengan

berlangsungnya Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola

Baling anjuran Selangor dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. Kejohanan ini disertai oleh

12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Ini

diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di Malaysia dan disusuli pula

dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling Malaysia pada tahun 1985. Kini permainan bola

baling dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

1.2 Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling.

Dalam permainan bola baling, teknik kemahiran amat penting. Untuk mendapatkan peningkatan

tahap kemahiran, pemain harus melalui teknik pengelolaan latihan yang teratur. Kebolehan deria

dan pergerakan motor seeorang pemain juga sangat penting dalam peningkatan pretasi dirinya.

Tambahan lagi, disiplin diri dan sikap semula jadi akan menyesuaikan diri pemain untuk

menjalani latihan kemahiran dengan besungguh-sungguh.

Secara umumnya, kemahiran asas bola baling dapat di bahagika kepada sembilan aktivit yang

terdiri daripada berlari, melompat, membuat hantaran dan tangkapan, menangkap, menggelecek,

menghadang, menjaring, mengacah dan menjaga pintu gol.

BERLARI

Berlari merupakan satu kemahiran yang penting dalam permainan bola baling. Kelebihannya

adalah dapat melakukan pelbagai gerakan yang spontan seperti larian pecut, lari sisi, larian ke

belakang, dan larian mengejut. Dengan memiliki kemahiran ini, pemain akan dapat mengawal

larian dengan bijak serta mengubah-ubah hala supaya dapat merancang serangan dan

mengelirukan pihak lawan semasa perlawanan.

2

Page 3: Bola Baling

MELOMPAT

Melompat merupakan satu kemahiran mempunyai kelebihan dalam permainan bola baling.

Lompatan yang tinggi dapat menyambut hantaran bola dan menjaringkan gol. Semasa di udara

pemain dapat membuat pelbagai gerakan yang mengelirukan penjaga gol pihak lawan menjangka

balingannya.

HANTARAN DAN TANGKAPAN

Setiap pemain haruslah menguasai kemahiran menbuat hantaran dan tangkapan dengan tangan

dan bola. Untuk menguasai kemahiran ini perlu teknik dan latihan yang berterusan. Kejayaan

sesebuah pasukan adalah bergantung kepada kemahiran baik daripada kemahiran hantaran dan

tangkapan pemanin yang bagus. Contoh kemahiran menghantar adalah seperti :-

i. Hantaran atas bahu

ii. Hantaran atas kepala

iii. Hantaran lob

iv. Hantaran paras dada

v. Hantaran sisi

vi. Hantaran lantun sebelah tangan

vii. Hantaran lantun dua belah tangan

Berikut adalah gambar kemahiran hantaran dalam permainan bola baling : -

3

Hantaran atas bahu Hantaran atas kepala

Hantaran Paras DadaHantaran Sisi

Hantaran lob

Page 4: Bola Baling

TANGKAPAN ( Menangkap Bola )

Kemahiran hantaran dan menangkap bola merupakan kombinasi kemahiran penting dalam pengawalan bola. Prinsip utama adalah mengawal bola, mematikan kelajuan, memegang dengan cengkaman tangan yang fleksibel. Tangkapan yang yang kemas juga memerlukan ketajaman mata dan jangkaan kepantasan untuk menangkap bola. Tangkapan yang tepat juga berkait dengan kebolehan melontar bola dengan tepat ke sasaran.

4

Hantaran Lantun Sebelah Tangan

Kedudukan Tangan dan Jari Semasa Menyambut Bola

Menyambut Bola Aras Muka

Menyambut Bola dengan sebelah tangan

Hantaran Lantun dua belah Tangan

Menyambut rendah

Page 5: Bola Baling

MENGGELECEK MENGACAH DAN MENGAWAL BOLA

Menggelecek adalah satu kemahiran melantunkan bola di lantai dengan sebelah tangan sahaja sambil membuat gerangan serangan.Kebolehan jari membuka luas akan dapat mengawal pergerakan bola menuju ke pihak lawan.Semasa membuat lantunan bola hendaklah menolak bola ke arah hadapan padang.

5

Menyambut Bola tinggi

Menggelecek sambil menukar arah

Menggelecek sambil mengawal bola

Menggelecek sambil mengacah

Page 6: Bola Baling

MENGHADANG DAN MENGAWAL

Menghadang atau mengawal adalah bertjuan untuk menghalang serangan gol oleh pihak lawan. Ia jugabertujaun untuk melambatkan serangan supaya rakan-rakan sempat melakukan pertahanan. Dengan menghalang juga akan dapat mematahkan perancangan serangan pihak lawan. Selain itu, halangan juga boleh memberikan ruang atau kesempatan pada rakan untuk membuat serangan berterusan dan sentiasa berusaha merampas bola semula apabila bola dikawal pihak lawan.

6

Mengacah dua lawan satu

Page 7: Bola Baling

TEKNIK MENJARING GOL

Jaringan gol merupakan kemuncak permainan bola baling. Jaringan yang cantik akan memberikan kepuasan dan menjadi keseronokan pada penonton. Perangkaan jaringan gol dal permainan ini boleh mencecah ke puluhan gol. Terdapat pelbagai teknik dalam kemahiran menjaring gol. Antaranya adalah jaringan atas kepala, balingan bawah lengan dan balingan lonjatan seperti yang ditunjukan dalam gambar storyboard ini.

KEMAHIRAN PENJAGA GOL

7

Page 8: Bola Baling

Dalam permainan bola baling, penjaga gol merupakan barisan terakhir pertahanan pasukan. Penjaga gol mmerupakan pemain yang penting yang bertugas menghalang setiap cubaan jaringan pihak lawan dari 9 meter dan dianggap satu kelebihan jika dapat menyelamatkan percubaan jarak dekat 6 meter. Penjaga gol haruslah mempunyai kelebihan dari segi kecergasan mental, fizikal serta keseimbangan emosi yang tinggi agar dapat mengawal permainan sepanjang masa perlawanan.

1.3 Penjelasan perincian kemahiran menjaring gol.

Bola baling ialah sukan yang berkisarkan tentang menjaringkan gol. Pemjaring yang berbakat

akan melakukan pelbagai cara penjaringan yang menarik. Pelbagai teknik dan kemahiran yang

digunakan dalam menghasilkan jaringan. Boleh menjapai 40 gol. Maka itulah yang dapat

menarik minat pemain dalam latihan menjaring gol.

Kekuatan, kelajuan, ketepatan dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada seorang

penjaring. Penjaring juga perlu ada daya kreativiti. Pemikiran yang tangkas dan bertindak dengan

bijak akan membuahkan hasil gol yang kualiti.

Untuk menjadi seorang penjaring yang baik, prinsip-prinsip yang perlu ada ialah seperti

keyakinan diri yang tinggi, pengawalan imbangan dan tempo dalam permainan,tumpuan penuh

dalam semua pergerakan, berkebolehan mengikut lajak, pintar merancang dan mengarah untuk

menepati sasaran serta cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

Terdapat empat jenis cara menjaring yang popular iaitu: -

a. Jaringan bahu

b. Jaringan lompat

c. Jaringan menjunam dan

d. Jaringan rendah / bawah lengan

Berikut adalah storyboard dan penerangan pergerakan jenis-jenis kemahiran menjaring.

JARINGAN BAHU

i. Membawa bola antara paras bahu dan abdomen sambik bergerak ke arah gol.

8

Page 9: Bola Baling

ii. Perlakuan jaringan bermula

dengan kaki kiri ke hadapan dan

kaki kana bengkok ke belakang.

iii. Tangan kanan membawa bola

dibawa ke belakang dan siku

bengkok.

iv. Mengikut momentum, bola dibawa ke atas paras kepala.

v. Tangan dihayun lurus ke hadapan dalam aksi membaling bola dengan sekuat tenaga.

vi. Gabungan kekuatan otot bahu, dada, lengan dan jari perlu untuk balingan yang kuat.

vii. Ikut lajak setelah balingan dibuat.

JARINGAN LOMPAT

i. Bersedia tiga langkah ke belakang.

ii. Genggam bola lurus ke belakang.

iii. Mula berlangkah dan pada langkahan ketiga lompat setinggi

yang boleh.

iv. Semasa di kemuncak lompatan tujukan bola ke arah penjuru

gol yang kosong.

v. Variasi arah balingan boleh pelbagai.

vi. Haluan balingan boleh bertukar pada saat akhir untuk

mengelirukan penjaga gol.

vii. Balingan yang ditujukan ke lantai boleh menghasilkan

lantunan yang menghasilkan gol.

viii. Ikut lajak dan mendarat.

9

Page 10: Bola Baling

JARINGAN MENJUNAM

i. Bersedia di

luar kawasan

gol.

ii. Bergerak

secara pantas

dan agresif ke arah gol.

iii. Bergerak ke sisi lawan untuk mengelak daripada dihalang.

iv. Melonjak melemparkan diri ke arah ruang kosong untuk membuat balingan.

v. Bola dibaling apabila berada dekat dengan gol.

vi. Bola dilepaskan semasa di ruang udara sebelum bahagian badan menyentuh lantai

kawasan gol.

vii. Mendarat ikut lajak dan sokongan tangan untuk daratan yang lembut.

JARINGAN RENDAH / BAWAH LENGAN

i. Kaki di buka luas.

ii. Berat badan di atas kaki ( kanan), lutut bengkok. Kaki kiri lurus ke

arah balingan.

iii. Bola dibawa jauh ke belakang dan siku bengkok.

iv. Bahu kiri menghala ke arah gol.

v. Kilaskan badan supaya dada menghadap ke arah gol.

vi. Pada masa yang sama, tangan balingan dihayun ke arah gol dengan

tangan lurus.

vii. Berat badan pindah ke kaki kiri.

viii. Balingan bola lantun digunakan supaya lantunan dapat menghasilkan gol.

10

Page 11: Bola Baling

ix. Ikut lajak tangan balingan.

1.5 Cadangkan tiga latihan latih tubi bagi kemahiran menjaring.

Pemain perlu membuat latihan ansur maju menjaring secara terancang dan konsisten agar dapat

mengekalkan teknik dan gerak yang baik. Antara cadangan latihan ansur maju menjaring adalah

seperti berikut:-

a. Jaringan penjuru

b. Jaringan lompat

c. Jaringan setempat

d. Jaringan Motor.

JARINGAN PENJURU

Pemain perlu menjatuhkan skital yang di letakan di tepi penjuru tiang gol. Pemain juga boleh

berlatih membaling dinding yang telah ditanda bulatan. Balingan perlu mengena sasaran skital

setiap kali bola dilepaskan. Pemain juga digalakan mengambil tiga langkah sebelum membaling.

Latihan empat penjuru yang paling suka digunakan adalah dengan meletakan skital di bawah

penjuru tiang gol dan mengikat tali di sebelah atas kedua penjuru tiang gol. Selain skital, penjaga

gol aktif atau pasif juga boleh digunakan, ini adalah untuk menguji balingan dapat dilakukan ke

ruang kosong pintu gol.

11

Tiang Gol

Skitel

Tali rafea

Page 12: Bola Baling

JARINGAN LOMPAT

Aktiviti :-

i. Pemain perlu berlari dan melonjak sebelah kaki dan angkat tangan yang bertentangan

dengan kaki lonjakan ke atas.

ii. Berlonjak kaki kiri angkat tangan kanan.

iii. Berlari dan melonjak denga bahu kiri menghala ke arah gol. Tangan kanan dihayun ke

belakang bahu ke hadapan. – dengan bola / tanpa bola.

iv. Latihan pasanagan – berlari, melonjak dan membaling kepada kawan.

v. Berlari tiga langkah, melonjak dan membaling ke arah gol dengan penjaga gol pasif atau

aktif.

LATIHAN MENJARING SETEMPAT

Pemain beratur secara separuh bulatan di belakang garisan 6 meter.

Aktiviti :-

i. Latihan menjaring secara bergilir.

ii. Pemain akan berganjak ke kiri setiap balingan dilakukan. Ini adalah untuk membaling

pada posisi yang berbeza.

iii. LAtihan ini boleh berbagai variasi, jaringan bahu, jaringan lompat, jaringan junam,

jaringan rendah dan jaringan lantun.

12

Page 13: Bola Baling

3. BBM ( Tayangan video ) kemahiran menghadang bagi permainan bola baling.

( Tayangan video disertakan ).

13

Page 14: Bola Baling

Bibliografi

Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006).

Siri Sukan Popular: Bola baling . Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006)

Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005).

Handball : Techniques & Tactics. (2005).

Human Kinetics Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006)

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

14