bmm3123 sejarah bm.ppt

28
LOGO SEJARAH EJAAN JAWI BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH: SYARUDIN BIN IBRAHIM PPG BAHASA MELAYU AMBILAN FEB. KUMPULAN 2 BMM 3123 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan, dan Terjemahan

Upload: syarudin-ibrahim

Post on 18-Jan-2016

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

LOGO

SEJARAH EJAAN JAWI

BAHASA MELAYUDISEDIAKAN OLEH:SYARUDIN BIN IBRAHIMPPG BAHASA MELAYU AMBILAN FEB.KUMPULAN 2

BMM 3123Sejarah Perkembangan Bahasa

Melayu, Perkamusan, dan Terjemahan

Page 2: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

KONSEP DAN DEFINISI

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.

Page 3: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

1. Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi.

2. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai “al-jawah” atau Jawi seperti yang terdapat dalam catatan Ibn Batutah pada pertengahan abad ke-14M menurut Zulkifley Hamid et.al, (2007).

3. Menurut Hamdan (1992), sistem tulisan jawi merupakan suatu proses adaptasi yang diubahsuai daripada sistem tulisan Arab untuk menulis mushaf al-Quran yang berjumlah 30 huruf sebagai panduan utama sistem ejaan Jawi.

Page 4: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

4. Di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei dikenali sebagai tulisan Jawi. Indonesia pula dikenali sebagai “tulisan Arab-Melayu”.

5. Bukti batu bersurat berbahasa Melayu menggunakan tulisan Jawi ditemui di Nusantara antaranya ialah:

-Batu nisan di Brunei pada tahun 1048 M-Batu nisan di Acheh pada tahun 1062 M-Wang Syiling di Kelantan pada tahun 1303 M-Batu Bersurat Terengganu abad ke-13

Page 5: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Islam Samudera - Pasai

Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Islam Samudera - Pasai

1. Sejarah sistem ejaan Jawi bermula pada abad ke-12 pada zaman kerajaan Melayu Islam Samudera-Pasai iaitu di Nanggroe Aceh Darussalam.

2. Raja pertamanya (1297M) bergelar Malik al-Salleh telah menukar nama setelah memeluk agama Islam daripada nama Merah Silu. Anaknya Malik al-Zahir juga beragama Islam.

3. Kerajaan ini telah menjadi pusat perdagangan dan pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China, India, dan Eropah telah singgah di negeri ini seperti yang disebut di dalam buku Rihlah ilal-Masyriq (Pengembaraan ke Timur) oleh Abu Abdullah Ibn Battuta (1304M-1368M).

4. Ini menjadikan Pasai menjadi pusat penyebaran agama Islam dan para ulama Pasai banyak menterjemahankan kitab-kitab agama dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Page 6: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

5. Pada zaman kerajaan ini juga sistem ejaan Jawi digunakan untuk mengeja bahasa Melayu seluruhnya mematuhi hukum-hukum ejaan bahasa Arab yang dikenali sebagai sistem i’rab iaitu semua abjadnya yang berhuruf konsonan dan tidak mempunyai huruf vokal.

6. Sistem pervokalannya dilambangkan oleh tanda baris atas (fatha) untuk tanda vokal a dan vokal e, manakala baris bawah (kasrah) untuk tanda vokal i dan e dan baris depan (dzammah) untuk tanda vokal u dan vokal o.

7. Baris mati (jazm / sukun) merujuk kepada tanpa sebarang pervokalan.

Page 7: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Bukti Kedatangan Islam di SamuderaBukti Kedatangan Islam di Samudera

1. De Jong, sejarahwan Belanda berpendapat bahawa Pasai adalah sebuah negeri Islam sejak sebelum kedatangan Marco Polo pada tahun 1292 Masihi.

2. Mengikut catatan sejarah khususnya di Sumatera sama ada di Barus, Lamri, Aru dan Perlak berdasarkan hubungan dagangan Asia Barat dengan Nusantara.

3. I-Tsing seorang sarjana Cina yang berkunjung ke Sriwijaya pada tahun 672 M menguatkan lagi kenyataan tersebut. Semasa pelayaran, beliau telah menumpang kapal orang ‘Posse’ iaitu panggilan orang China kepada orang Arab Islam.

Page 8: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

4. Ahli sejarahnDr. OW Wolters, berpendapat ‘Posse’ sebagai panggilan orang China kepada orang Melayu yang dikatakan telah memeluk Islam.

5. Mengikut catatan Dinasti T’ang terdapat orang-orang ‘Ta-Shih’ di pantai barat Sumatera Utara iaitu gelaran kepada orang Islam pada tahun 674 M.

6. Inkripsi batu nisan sejak kurun ke-7 hingga ke-13 M ialah batu nisan di Leren bertarikh 1082 M dan batu nisan Sultan Malik al- Salih di Pasai bertarikh 1297 Masihi.

Sumber: Rencana : Sejarah perkembangan tulisan Jawi di Nusantara. Jumaat, 8 Ogos 2014.

Berita Harian.

Page 9: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Batu Nisan LerenBatu Nisan Leren

1. Kepunyaan Fatimah binti Maimun bin Haibatullah terletak di Leren, Gerisik Jawa Timur.

2. Bertulisan Arab bertarikh 1082 atau 1102 M. Ia menjadi bukti tertua kewujudan orang Islam di Jawa.

3. Menurut sejarahwan D G E Hall, tarikh yang tercatat padanya hanya menunjukkan adanya seorang Arab atau Parsi di sana pada tahun tersebut.

Page 10: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Contoh Pengunaan Ejaan Jawi Sistem Bahasa Arab Sepenuhnya.

Page 11: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Batu Nisan Sultan Malik Al-Salleh, PasaiBatu Nisan Sultan Malik Al-Salleh, Pasai

Page 12: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan

Johor

Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan

Johor

Page 13: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

1. Kerajaan Melayu Islam Melaka menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran tersohor pada akhir abad ke-14 M oleh anak raja Palembang bernama Parameswara.

2. Bertukar nama menjadi Sultan Iskandar Shah pada tahun 1409 M setelah memeluk agama Islam dan berhung rapat dengan kerajaan Melayu Pasai melalui perkahwinan dengan Puteri Sultan Pasai. Ini menjadikan Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-15 M hingga abad ke-17 M.

3. Sultan Mansur Shah (1459-1477) telah menaiki takhta pada tahun 1459 telah menjadikan Melaka sebuah pangkalan luar bagi kapal-kapal kerana kedudukan yang strategik.

4. Hubungan diplomatik dengan Maharaja China semakin erat dengan Puteri hang Li Po dikahwinkan dengan baginda yang membawa kesan kelompok kaum Peranakan hasil perkahwinan campur pandatang Cina dengan penduduk tempatan yang dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya

Page 14: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

5. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh Portugis dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Pahang dan kemudian ke Bentan di Johor. Dengan itu, Sultan Alauddin Riayat Shah II telah menubuhkan kerajaan Johor, manakala anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 di mana wilayah jajahan termasuklah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.

6. Menurut Hashim Musa (2007) menyatakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor telah mengalami proses ejaan Jawi yang lebih baku dan seragam.

7. Buktinya dengan manuskrip Hikayat Bayan Budiman yang dipercayai ditulis sekitar tahun 1600 M berdasarkan naskhah yang tersimpan di Perpustakaan Bodlein, Oxford. Ia mempunyai 14 halaman tanpa pemdahuluan dan penyudahnya.

Page 15: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

1. Tanda baris tidak digunakan.

2. Tidak wujud tanda tasydid (sabdu).

3. Abjad (alif) kadang-kadang menduduki tempat (ha) dan abjad (shin) menduduki tempat (sin) yang lebih mirip kepada ejaan asal bahasa Sanskrit. Contohnya, (h)arta, dosya, manusyia

Ciri Sistem Tulisan Jawi Hikayat Bayan Budiman

Ciri Sistem Tulisan Jawi Hikayat Bayan Budiman

Page 16: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

4. Banyak ejaan lama. Misalnya, ngapa → mengapa, tuhanku → tuanku, beniaga → berniaga

5. Abjad vokal tidak digunakan pada posisi akhir kata. Contoh, pergi

Page 17: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

6. Bunyi vokal pepet kadang-kadang dilambangkan oleh (alif) tetapi selalunya oleh (wau), misalnya surambi → serambi, kumarau → kemarau

7. Abjad (wau) mungkin digunakan untuk bunyi pepet, tidak digunakan pada posisi bukan akhir kata, misalnya: budi, suka, muda.

Page 18: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

8. Pemvokalan secara abjad vokal berdasarkan suara dan tekanan yang lebih pada akhir suku kata, misalnya muka, umpama, setia.

Page 19: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Tulisan Jawi di Batu Bersurat Terengganu

Tulisan Jawi di Batu Bersurat Terengganu

1. Batu ini telah berusia 700 tahun merupakan Batu Bersurat paling tua dan tulisan Jawi pertama di Malaysia.

2. Membuktikan bahawa Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1303 M. Ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara) Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887.

3. Dijumpai oleh saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari di bahagian tangga surau yang dijadikan alas membasuh kaki.

4. Perkembangan sistem ejaan Jawi yang dianggap menyamai sistem bahasa Melayu pada batu bersurat ini bertarikh 702 H / 1303 M.

Page 20: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

5. Bentuk tulisan Jawi pada bukti ini ialah tulisan khat nasakh yang mudah dibaca dan ada menyebut nama Tuhan dengan panggilan ‘Dewata Yang Mulia’.

6. Berdasarkan kajian yang dibuat pakar-pakar bahasa, sistem tulisan Jawi terdapat di Batu Bersurat Terengganu terdiri daripada tiga bentuk, iaitu:

i. Pemvokalan sistem baris (sistem i'rab) ii. Pemvokalan sistem abjad iii. Penambahan 5 konsonan baharu

Page 21: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

7. Bentuk pemvokalan sistem baris (sistem i'rab) merupakan lanjutan pada pengaruh sistem ejaan Jawi zaman Kesultanan Islam Samudera-Pasai masih lagi kekal pada Batu Bersurat Terengganu kerana semasa batu bersurat ini ditulis (dipahat), pengaruh sistem bahasa induknya, iaitu Bahasa Arab, masih lagi menebal.

8. Beberapa perkataan yang menggunakan pemvokalan sistem baris (sistem i'rab) yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu adalah seperti berikut.

Page 22: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

9. Bentuk pemvokalan sistem abjad pula merupakan proses adaptasi daripada pemvokalan sistem baris (sistem i'rab) untuk disesuaikan dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Dalam pemvokalan sistem abjad, huruf alif, wau dan ya sebagai tanda vokal digunakan bagi menggantikan tanda madd dalam bahasa Arab yang melambangkan kepanjangan suara dalam bunyi vokal. Selain itu, abjad alif, wau dan ya juga telah berfungsi sebagai tanda separuh vokal dan diftong.

Page 23: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

10. Sistem ejaan Jawi pada Batu Bersurat Terengganu juga memasukkan lima abjad baru dengan menambahkan tanda titik kepada bentuk abjad Arab yang sedia ada, iaitu (cha), (nga), (pa), (ga) dan (nya). Namun dalam inskripsi batu itu, titik-titik bagi abjad itu kecuali (nya) tidak ditandakan. Kemungkinan yang lain adalah tanda tersebut sudah terhakis.

Page 24: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Batu Bersurat Terengganu

•Rasulullah dengan yang orang sentiasa mereka sir•Asa pada Dewata yang Mulia Raya memberi menamakan negara Agama Islam•Dengan benar bicara dari diajar mengesahkan bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya•Di Benua aku ini penentu agama Rasulullah s.a.w. Raja Mandalika yang benar secara Islam Dewata Mulia Raya•Bahumi ini penentu itu fardhu pada sekalia Raja Mandalika•Islam menurut sembah Dewata Mulia Raya•Dengan benar bicara secara hal ehwal kerana Hukum Mu Asma Illahi Mu•Maka titah Seri Paduka Tuhan menduduki Tamir ini di benua Terengganu ini ada purnama ada•Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di Sasakala•Baginda Rasullullah telah lalu Tujuh Ratus Dua

Tafsiran Muka 1Tafsiran Muka 1

Page 25: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Tafsiran Muka 2

•Keluarga di benua jauh jika (minta bahagian)•Datang berikan. Keempat (derma) orang berpiutang•Jangan mengambil (laba jika diambil) hilangkan emas•Kelima derma barang orang (laki-laki) merdeka•Jangan mengambil tukul (buat pakai) emas•Jika ambil hilangkan emas. Keenam derma barang•Orang berbuat balacara laki-laki perempuan satitah•Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu•Seratus rotan. Jika beristeri•Atau perempuan bersuami ditanam hinggakan•Pinggang di hambalang dengan batu matikan•Jika ingkar (balacara) hambalang jika anak Mandalika

Page 26: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Tafsiran Muka 3

•Bujang dandanya sepuluh tengah tiga jika........

•Menteri bujang dandanya tujuh tahil (sepaha)........

•Tengah tiga, jika tertua (ketua) bujang dandanya lima (tahil).....

•Tujuh tahil sepaha masuk bendahara, (jika) orang.......

•Merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak (berkahwin)........

•Tiada dapat bersuami, jika berbuat balacara jika tiada (saksi)

Page 27: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

Tafsiran Muka 4

•......tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma•.......(Titah) Seri Paduka Tuhan siapa tiada terpedaya dendanya sepuluh tengah tiga•........jika anakku atau pamanku atau cucuku, atau keluargaku atau anak (saudaraku)•........Tamir ini segala isi Tamir barang siapa tiada mengikut Tamir ini laknat Dewata Mulia Raya•.........dijadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgarcara Tamir ini

Sumber: http://trg3m-batu-bersurat-trg.blogspot.com/Sumber: http://trg3m-batu-bersurat-trg.blogspot.com/

Page 28: BMM3123 SEJARAH BM.ppt

LOGO

Terima kasih