bmm (ii) htr

26
(ii) Berdasarkan konsep bagi setiap KBT, sila cadangkan satu aktiviti bagi setiap KBT dan nyatakan bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut dengan memasukkan audio/visual/grafik. ( Kerja individu, 50%). KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Pengenalan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu bolehdilaksanakansecarasolomahupunsecarabergabungan. JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (a)KemahiranBerfikir Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaanyangdimulaipertanyaanrasaingintahu,seperti; a)Apakahobjekitu? b)Bagaimanakahbentukobjekitu? c)Apakahkegunaanobjekitu? d)Bagaimanakahmenggunakanobjekitu? e)Dimanakahdapatmemperolehobjekitu? Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis,

Upload: cik-lieya

Post on 24-May-2015

409 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm (ii) htr

(ii) Berdasarkan konsep bagi setiap KBT, sila cadangkan satu aktiviti bagi

setiap KBT dan nyatakan bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut

dengan memasukkan audio/visual/grafik. ( Kerja individu, 50%).

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Pengenalan 

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam

setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti

pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai

persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai

tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu

bolehdilaksanakansecarasolomahupunsecarabergabungan.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

(a)KemahiranBerfikir

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan

1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan

minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat

pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah

apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan

anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set

pertanyaanyangdimulaipertanyaanrasaingintahu,seperti;

a)Apakahobjekitu?

b)Bagaimanakahbentukobjekitu?

c)Apakahkegunaanobjekitu?

d)Bagaimanakahmenggunakanobjekitu?

e)Dimanakahdapatmemperolehobjekitu?

Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda

akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan

menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan.

Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti

berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir.Iadinamakanjenis-

jeniskemahiranberfikir. Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan

Page 2: Bmm (ii) htr

dalampengajarandanpembelajaran.

(b) KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea

baharu yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu,

pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan

yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002) dalam

Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti:-

i) MENJANA IDEA.

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan

idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan

cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan,

menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya.

ii) MEMBUAT INFRENS.

Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat

kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal

berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang

diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian

awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya.

iii. MENGHUBUNGKAIT.

Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab,

menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan

pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya.

iv. MERAWAT.

Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan

berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan

sebagainya.

v. MEMBUAT HIPOTESI

Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu

Page 3: Bmm (ii) htr

dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan

kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.

vi. MENSISTENSIS.

Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-

idea, dan sebagainya.

vii. MENGITLAK.

Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat

penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum

daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.

viii. Menganalogi.

Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat

simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya.

ix. Membuat gambaran mental.

Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda,

melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya.

x. REKA CIPTA.

Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan

sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif,dansebagainya.

(b) KEMAHIRAN BERFIKUT

Membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai

kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan

penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan

melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku

manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu

pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir

Kritisakanmelibatkanbeberapaaktivitipemikiranseperti;

Page 4: Bmm (ii) htr

i. MENCIRIKAN:

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau

menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti

sesuatu,dansebagainya.

ii. MEMBANDING BEZA:

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari

persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya.

iii. Mengumpul dan mengkelaskan

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat

pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.

iv. Membuat urutan

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun

mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya.

v. Menganalisis

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin

maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari

punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya.

vi. Menilai

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir

maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai

atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya.

vii. Membuat kesimpulan

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan

maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.

(c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan

rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan

secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan

penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh

untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;

Page 5: Bmm (ii) htr

i. Hipotesis

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari

maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai.

ii. Pengumpulan

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan

maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau

rumusan.

(d) STRATEGI BERFIKIR

Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan

masalah.Petunjukstrategiberfikirialah;

i. Mengkonsepsikan

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-

ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep.

ii. Menyelesaikan masalah

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti

masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk

diselesaikan.

iii. Membuat keputusan

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti

matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat

penentuan.

(b)KemahiranTeknologiMaklumatdanKomunikasi

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan

menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah,

terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan

pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

(2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel,

menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat.

Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan

mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT

bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset,

Page 6: Bmm (ii) htr

televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum

(2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari

aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan

ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;

i. Persembahan

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan

power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambarvisualdansebagainya.

ii. Demonstrasi

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual

berkenaantunjukcara,rajahcontohpelaksanaan,dansebagainya.

Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

dapatdilaksanakandalambeberapakategoriseperti;

i. Tutorial

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari

maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar

maklumat menggunakan email, menonton demostrasicontohtugasan,dansebagainya.

ii. Penerokaan

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan

mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan

mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan. 

iii. Pengaplikasian

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan

mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan,

mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih

dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang

sesuai sepertiSPSS,dansebagainya.

iv. Komunikasi

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar,

menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun dengan ramai

individu. Antara mod atau bahan yang memboleh

(c)KemahiranBelajarCaraBelajar

Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai

satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama

Page 7: Bmm (ii) htr

guru. Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat

BCB merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas

bersama guru ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Bagi Abdul

Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha mengembangkan tabiat belajar.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid

peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid

meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan

semasa, dan sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka

diharapkan sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu,

rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan

maklumat.

Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

membuat sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan menyusun idea, mencari

sumber maklumat, memilih dan menilai maklumat, membuat pemerhatian, mendengar

secara aktif, mencatat nota atau maklumat atau data, membuat inferensi atau generalisasi,

menyusun data, membuat rujukan silang, berkongsi maklumat, menepati masa.

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan

aspek;

i. Kemahiran pengurusan kendiri

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan

peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus

tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan.

ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati,

memahami dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya,

memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat

dan sebagainya.

iii. Kemahiran membaca

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara

luncuran (skimming) seperti membaca tajuk, subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau

rumusan; membaca secara imbasan (scanning) seperti membaca pantas pendahuluan atau

rumusan; bacaan intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju dengan cara

menambahkanbahanbacaan.

iv. Kemahiran menulis

Page 8: Bmm (ii) htr

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau

mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda, mencatat isi penting dan

sebagainya.

v. Kemahiran mengingat

Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan

kembali fakta atau isi, menceritakan kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya.

(d)KemahiranKajianMasaDepan

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu

cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan

agar generasi baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini disebabkan

masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan dugaan yang tidak

sama dengan masa sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD diharapkan dapat

mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan matang.

Betapapun kita tidak tahun kejadian masa depan, namun masa depan dapat diramalkan.

Misalnya, seseorang yang terlibat sebagai pengedar najis dadah pasti akan ditangkap dan

dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah ialah;

i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan,

membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk menghadapi hasil

ramalan,dansebagainya.

ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis

kejadian dan menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi kebimbangan, membuat

persediaan menghadapi sesuatu yang bakal berlaku, dan sebagainya.

iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu daripada

berlaku, membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan

kebiasaandiri,dansebagainya.

(e)KemahiranKecerdasanPelbagai

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah

yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid

mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid

aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani

menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan

Page 9: Bmm (ii) htr

Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan

dalampengajarandanpembelajaranmurid,iaitu;

i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata-

kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat

menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan

bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang

diperkatakan, dan sebagainya.

ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan

bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan

menjangka, dan sebagainya.

iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,

ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil

seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.

iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan

ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan

masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya.

v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga

termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama.

vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta

hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan

sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan

tugasanyangdiberikan.

vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan,

kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu

berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau

kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan.

viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan

memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan

Page 10: Bmm (ii) htr

oranglaindanmengamalkannya,dansebagainya.

(f)KemahiranPembelajaranKontekstual

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK)

merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi

pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam

pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on

(mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran

berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau

menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara bermakna.

Ia berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama melalui kata-kata,

perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat

budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja

atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Guru boleh melaksanakan

Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam

pelbagaibentukpembelajaranseperti;

i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea

alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan

sebagainya.

ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan

maklumat atau idea sedia ada, reka cipta seperti mencipta ‘kereta luncur’ yang

menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan

kenderaanudara,dansebagainya.

iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai

pelbagai teknik atau laras bahasa, dan sebagainya.

iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif

menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya.

v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan

untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain seperti

menggunakan objek bersudut (Matematik) untuk melukis mural (Seni Visual), mengarang

cerita Sains, memilih corak dan warna yang sesuai untuk pakaian harian, dan sebagainya.

Page 11: Bmm (ii) htr

(g)KemahiranPembelajaranKonstruktivisme

Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum

(2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan

dengan membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Murid membina

sesuatu atau pengetahuan mereka dengan menguji idea baharu dan idea sedia ada. Mereka

boleh mencipta satu makna baharu atau objek baharu. Tentunya untuk membina sesuatu

yang baharu akan memerlukan sesuatu yang sedia ada. Jepun mencipta kereta Toyota

adalah berdasarkan kereta Ford yang dicipta oleh Britain. Yang menjadi inti fokus dalam

konstruktivisme ialah ‘membina sesuatu yang baharu’ sama ada yang dibina itu objek,

konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd. Nasrudin Dasuki mencipta Mapen dengan

menggabungkan bentuk drama dengan cerpen. Murid boleh membina sesuatu berdasarkan

pengetahuan atau pengalaman sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini berbeza dengan PK

yang menekankan ‘penggabungan idea’ atau ‘hubung kait idea.’ Konstruktivisme dapat

membina pemahaman dan pengetahuan baharu. Aspek pengajaran dan pembelajaran yang

boleh melaksanakan Pembelajaran Konstruktivismeialah;

i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu.

ii. Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah membina rumusan maklumat atau data-data, mengkategorikan maklumat

atau data berdasarkan kriteria tertentu, dan sebagainya.

iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah membina objek-objek seperti kenderaan atau rumah masa

depan,dansebagainya.

iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina

hipotesis atau ramalan berdasarkan maklumat diperoleh, membina tesis berdasarkan

maklumat dan data yang sahih, dan sebagainya.

Kesimpulan

Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah

memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru

mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan KBT

dan seterusnya menjadikan pembelajarannya berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan KBT

diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario

Page 12: Bmm (ii) htr

dunia yang global. 

Rujukan

Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa 

Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti

Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001a. 

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b. 

Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001c. 

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001d. 

Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001e. 

Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a. 

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia. 

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b.

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. 

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, “Kemahiran 

Page 13: Bmm (ii) htr

Belajar Cara Belajar” dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan

Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa

Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemahiran Bernilai TambahKONSEP KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DAN PENGINTEGRASIANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

1.1 Kurikulum Semakan dan Kemahiran Bernilai Tambah

Kurikulum semakan tahun 2000 merupakan usaha berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan kurikulum yang mampu memenuhi aspirasi negara. Perubahan ini dilakukan berasaskan pandangan umum bahawa struktur dan kandungan kurikulum yang sedia ada harus memenuhi tuntutan baru. Dalam kurikulum semakan ini, kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum tersebut. Elemen pengisian kurikulum sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme dan peraturan sosiobudaya dikekalkan. Kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti

1.2 Rasional Pengintegrasian Kemahiran bernilai tambah dalam kurikulum Semakan

Kementerian Pelajaran mengambil kira saranan UNESCO dalam “The Treasure Within” Report to UNESCO of the International Commision on Education for the Twenty-first Century Learning” (1995).Laporan ini mengemukakan konsep pembelajaran seumur hidup sebagai syarat menempuh cabaran abad ke-21 dan empat asas utama pendidikan yang berikut:

i. Belajar untuk mengetahui (learning to know).

Penggabungan pendidikan umum dengan beberapa mata pelajaran terpilih yang dapat memberikan ruang untuk pendidikan seumur hidup.

ii. Belajar untuk membuat (learning to do)

Kebolehan untuk menghadapi pelbagai situasi alam pekarjaan serta mampu bekerja dalam satu pasukan.

iii. Belajar untuk hidup bersama (learning to live together)

Rasa persefahaman terhadap orang lain melalui sejarah, tradisi dan nilai kerohanian mereka dan semangat saling bergantung untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama.

iv. Belajar menjadi insan sempurna (learning to be)

Keupayaan berdikari dan mengamalkan pertimbangan dengan rasa tanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat bersama.

Page 14: Bmm (ii) htr

Empat tungguk utama pendidikan ini menggariskan pendekatan untuk membangunkan dan mempertingkatkan potensi individu seoptimum mungkin. Tungguk pertama dan kedua, ‘belajar untuk mengetahui” dan “belajar untuk membuat” menjelaskan keperluan mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah yang releven dengan kehidupan semasa dan akan datang dengan kandungan kurikulum teras merentas mata pelajaran dan disiplin ilmu. Gabungan kecekapan dan pengetahuan yang diperolehi daripada sesuatu bidang ilmu atau mata pelajaran , serta kemahiran generik yang dikuasai oleh individu pelajar membolehkannya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara secara efisien dalam situasi perubahan teknologi yang berterusan.

Prasyarat untuk guru (untuk kejayaan)

1. Guru perlu tahu tentang kandungan (apa yang hendak disampaikan) (what to be given/ delivered/ transferred)2. Kaedah menyampaikan (the arrival of meaning)3. Adakah keinginan untuk melakukan.4. Pembinaan sikap-sikap positif.

KONSEP KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Dalam literatur pendidikan, istilah ‘kemahiran generik’ sering diutarakan dengan pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai ‘strategi kognitif ‘. Sarjana kognitif pula merujukkannya sebagai ‘ilmu bebas domain’ (domain-independent knowledge) Stasz et.al, 1990: Bikson dan Law, 1995; Bikson, 1994 mentakrifkan kemahiran generik sebagai ‘ Suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi.”

Attewell (1994) : pengguna / pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberkan penekanan.

Institusi pengajian tinggi dan maktab-maktab perguruan menjadikan kemahiran generik sebahagian daripada kurikulum pengajian. Latihan Guru Sekolah Bestari yang ditawarkan di beberapa maktab perguruan di Malaysia memberikan penekanan terhadap peningkatan kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai , dan kemahiran fasilitator.Meskipun aplikasi kemahiran generik semakin diberikan penekanan, namun terdapat variasi tentang subkemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik.

Bahagian Pendidikan Tinggi (Higher Education Council 1992): Higher Education: Achieving quality AGPS, Canberra, Australia ) menyenaraikan kemahiran generik yang berikut:

§ Pemikiran kritis

§ Penyelesaian masalah

§ Komunikasi berkesan

§ Keupayaan bekerja dalam pasukan

Page 15: Bmm (ii) htr

§ Kepemimpinan

§ Keupayaan bekerja mandiri

§ Literasi maklumat

§ Keupayaan membuat keputusan

§ Keupayaan untuk belajar

§ Keingintahuan intelektual

§ Pemikiran logik

§ Pemahaman tentang organisasi

§ Kecekapan dalam tugas rutin

§ Pemikiran bebas

§ Perancangan dan penyelarasan

Rangka kerja James Cook University pula menggariskan kemahiran generik seperti berikut:

· Pemikiran kritis

· Penyelesaian masalah

· Keupayaan menggunakan teknologi

· Bekerja dengan orang lain

· Komunikasi

· Pengiraan

· Penggunaan teknologi maklumat

· Kesedaran sosiobudaya

Bagi kurikulum Sekolah Bestari pula, kemahiran generik yang diterapkan ialah:

1. Kemahiran mentaksir dan menilai

2. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

3. kemahiran teknologi maklumat

4. kemahiran belajar

5. kemahiran fasilitator

Page 16: Bmm (ii) htr

Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana bersetuju bahawa jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir (penyelsaian masalah), strategi pembelajaran (mencipta mnemonik untuk mengingat dan kemahiran metakognitif). Para sarjana, penggubal kurikulum dan pelaksana pendidikan bersetuju tentang kepentingan kemahiran generik serta tuntutan untuk melengkapkan individu pelajar dengan kemahiran tersebut.

Konsep dan prinsip kemahiran bernilai tambah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran bernilai tambah memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu/ kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kemahiran bernilai tambah tersebut ialah:

1. Kemahiran berfikir

2. Kemahiran belajar cara belajar

3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

4. Kajian masa depan

5. Kecerdasan pelbagai

6. Pembelajaran konstruktivisme

7. Pembelajaran kontekstual

Bagi tiga kemahiran pertama di atas, terkandung pecahan kemahiran generik yang lebih khusus seperti kemahiran menganalisis, kemahiran merujuk bahan atau menyusun data dan fail dalam komputer. Kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi medium untuk memperkukuhkan kemahiran generik di samping mencetuskan kemahiran tambahan yang relevan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, pendekatan pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan tumpuan kepada kecerdasan interpersonal (dalam kecerdasan pelbagai) menekankan kerja dan interaksi dalam kumpulan. Oleh hal yang demikian, aplikasi pendekatan-pendekatan tersebut menyediakan wadah mencetuskan kemahiran berinteraksi, meningkatkan kemahiran interpersonal, serta kebolehan bekerja dalam pasukan. (teamwork) Kemahiran bernilai tambah ini yang diintegrasikan dalam kurikulum semakan mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang sebenar.

2.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan

Page 17: Bmm (ii) htr

menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah:

1. mencirikan

2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan

3. menghubungkaitkan

4. membandingkan dan membezakan

5. menyusun mengikut keutamaan

6. menentukan urutan

7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu

8. membezakan fakta (Menurut … dalam bukunya, ) dan pendapat (I think, I believe, I feel, In my opinion)

9. menganalisis

10. mengesan kecondongan pendapat

11. mengenalpasti sebab dan akibat

12. meramalkan

13. mensintesiskan

14. mengitlak

15. menganalogikan

16. membuat inferens

17. membuat kesimpulan

18. menginterpretasikan, mentafsirkan

19. menilai

20. menjana idea

21. mereka cipta

22. merumuskan, meringkaskan

23. menyelesaikan masalah

24. membuat keputusan

Page 18: Bmm (ii) htr

Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

2.2 Kemahiran Belajar cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:

1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif

2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan

3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas)

4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas

5. Kemahiran menghasilkan laporan

6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki

7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri, rancangan pembelajaran , pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.

8. Persediaan menghadapi peperiksaan

9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei

10.Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang

11.Strategi belajar dalam kumpulan

2.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ialtu:

1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CDROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid.

2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan

Page 19: Bmm (ii) htr

pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri.

3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya.

4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya.

2.4 Kajian Masa Depan. (KMD)

Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan), masa kini (menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

2.5 Kecerdasan Pelbagai

Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza merangkumi kecerdasan verbal- linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah:

1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa.

2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik.

3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan.

5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo.

6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.

7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan

Page 20: Bmm (ii) htr

kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan.

8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya.

Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka.

2.6 Pembelajaran Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran konstruktivisme berasaskan format 5E yang berikut:

1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.

2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen.

3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta bukti dan alasan dan penjelasan.

4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar.

5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka.

Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih tajam, yakin dan seronok untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.

2.7 Pembelajaran Kontekstual

Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan.

Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah:

1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai.

2. berpusatkan murid

Page 21: Bmm (ii) htr

3. menekankan pembelajaran secara konkrit

4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir

5. menekankan interaksi

6. pembelajaran koperatif

7. akses kepada maklumat

Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dengan kehidupan mereka.

PRINSIP PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Kemahiran bernilai tambah perlu diintegrasikan dengan kandungan isi pelajaran sesuatu subjek. Oleh itu guru harus terlebih dahulu mengenalpasti kandungan mata pelajaran untuk disisipkan dan mengajarkan kemahiran bernilai tambah tertentu.

Dari segi kurikulum, kemahiran bernilai tambah ialah unsur dalam pengisian kurikulum. Sebagaimana unsur-unsur lain (nilai murni, ilmu, patriotisme dan kewarganegaraan dan peraturan sosiobudaya ) kemahiran bernilai tambah diintegrasikan secara penyerapan. Kurikulum Bahasa Melayu semakan mengekalkan prinsip asas pengajaran iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Walaupun penggabungjalinan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa , tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, prinsip penyerapan perlu diberikan perhatian.

Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan kebolehan berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif, emotif dan psikomotor pelajar. Sehubungan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira:

· kesesuaian kemahiran bernilai tambah dengan objektif dan hasil pembelajaran

· bahan dan teknik untuk mengajarkan kbt

· penyusunan langkah untuk mencapai hasil pembelajaran

· peruntukan masa bagi langkah untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah

· aspek penilaian formatif hasil pembelajaran dan kbt .

Kesesuaian Jenis Kemahiran Bernilai Tambah yang akan Diintegrasikan dengan Hasil Pembelajaran

Setelah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memikirkan jenis

Page 22: Bmm (ii) htr

kemahiran bernilai tambah yang dapat diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai dalam waktu pengajaran. Guru harus menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca atau menulis. Pertimbangan perlu dibuat agar kemahiran ini terjalin dengan aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran. Langkah yang terancang bagi pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar kemahiran ini diserapkan kepada pelajar dengan berkesan.

Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran Thn 3, kemahiran mendengar dan bertutur 1.1 Aras 2 i yang berikut:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 2 i. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran di atas. Aktiviti mendengar rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, disusuli dengan latihan secara berpasangan, murid melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul, melatih kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan mengemukakan panduan mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar, guru juga telah menyerapkan kemahiran mengengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar.

Latihan membuat simulasi berjumpa kawan lama dan keluarganya di bandar dapat membolehkan murid berlatih bertutur dan mendengar dalam situasi tertentu, menyediakan ruang latihan menggunakan kata panggilan, serta pada masa yang sama dapat mengasah kecerdasan interpersonal murid, suatu kemahiran generik yang penting bagi perkembangan diri individu.

Latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca mengabungjalinkan kemahiran membaca dan menulis di samping menguji pengetahuan sedia ada murid serta meningkatkan kemahiran merumus, suatu jenis kemahiran berfikir.

Melalui teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran, guru dapat menyalurkan kemahiran bernilai tambah lain sesuai seperti kemahiran kontekstual, di samping dapat mencapai objektif hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kemahiran bernilai tambah perlu diolah dan diintegrasikan secara natural ttp terancang dalam langkah pengajaran. Hasil pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai tambah melalui proses yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif dapat menyematkan kemahiran hidup (living skills) kepada murid. Pengintegrasian kemahiran bernilai tambah menjadikan ilmu yang dipelajari murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengan tuntutan kehidupan mereka pada masa hadapan.

Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terbentuk daripada hasil pembelajaran dan sistem bahasa. Unsur kemahiran bernilai tambah boleh diperlihatkan dalam pernyataan objektif tersebut; umpamanya:

a. Mengemukakan tiga pernyataan inferens tentang kesan permakanan tidak seimbang.

Page 23: Bmm (ii) htr

(Contoh pernyataan inferens: Makan banyak makanan yang manis dan berkanji menimbulkan masalah berat badan berlebihan.)

b. Mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar.

c. Menggemukakan peta konsep karangan “Amalan pemakanan yang sihat” menggunakan alat aplikasi komputer yang telah dipelajari.

Objektif a: memperlihatkan penyerapan kemahiran membuat inferens.

Objektif b: dapat menguji kecekapan murid mencatat nota (dengan andian guru telah mendedahkan teknik mencatat nota kepada murid.)

Objektif c: dapat melatih murid membina peta konsep di sampig dapat dijadikan ukuran untuk menilai tahap kecekapan aplikasi teknologi maklumat.

Peruntukan masa untuk mengajarkan kemahiran bernilai tambah

Dalam sesuatu waktu pengajaran, tumpuan pengajaran dan kbt ialah mencapai hasil pembelajaran yang menjadi fokus utama dalam sesuatu pelajaran yang juga merupakan objektif pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi subjek bahasa Melayu, beberapa pernyataan hasil pembelajaran bertindan dengan kemahiran bernilai tambah tertentu umpamanya kemahiran berfikir dan belajar cara belajar tertentu, bererti jumlah masa yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan pernyataan yang tidak menjurus kepada kemahiran bernilai tambah. Bagi tujuan menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran, satu atau dua aktiviti perlu disediakan; misalnya melatih murid membaca secara imbasan indeks, menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau mengajarkan cara membuat generalisasi. Pengaplikasian kemahiran TMK biasanya memakan masa yang lebih lama dari segi persiapan bahan dan peralatan dan hal ini menuntut pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien di pihak guru.

Penilaian bagi jenis Kemahiran bernilai tambah yang dipilih

Di samping mengukur tahap pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang menjadi objektif dan fokus pengajaran penilaian formatif juga dijalankan untuk menilai tahap pencapaian murid bagi aktiviti penyerapan kemahiran bernilai tambah. Contohnya, apabila seorang murid diminta melakonkan semula atau membuat improvisasi berdasarkan rakaman yang diperdengarkan, penilaian bukan sahaja dibuat dari segi kebahasaan, (ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan), malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik. Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras (hasil pembelajaran) secara terancang pada waktu pengajaran. Bagi mengendalikan pengajaran demikian, guru harus bijak memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran generik dikuasai murid. Perkara-perkara berikut perlu diingat dalam aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran semasa mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah

Page 24: Bmm (ii) htr

Tajuk 12 : Pengaplikasian KBT dalam P&P BM _ TMK & KP

Tajuk 12

Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu                Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi               Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Sinopsis

Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu

guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Dua Kemahiran Bernilai Tambah yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:                    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)                    Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

Hasil Pembelajaran

3..        Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. 

Kemahiran Bernilai Tambah

Nota ringkas:

12.1     Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK

secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk

tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi

perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui

internet.

Objektif  TMK dalam pembelajaran

         Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran

   Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai

keupayaan

         Meningkatkan motivasi murid

         Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)

         Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh

       Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau

terlalu mahal untuk diperoleh

         Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar

Page 25: Bmm (ii) htr

         Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal,

mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa

         Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid

    Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang

minimum

         Meningkatkan kemahiran TMK

12.2     Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

    Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-ruang,

interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.

         Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan

menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka

kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza

i.              Kecerdasan Verbal- Linguistik

   Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk

menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan.

        Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka pada makna yang

kompleks

         Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain

         Contoh aktiviti :  menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan

ii.            Kecerdasan Logik- Matematik

         Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul

secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.

         Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks

yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan,

menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan

cekap

         Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis

iii.           Kecerdasan Muzik

      Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat

di persekitaran

    Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain

alat muzik, dan menghafal lirik muzik

      Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo

dengan mudah

    Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, dan berpuisi dengan iringan

muzik

iv.           Kecerdasan Kinestetik

Page 26: Bmm (ii) htr

    Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan,

serta menyelesaikan masalah. 

      Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak geri, dan perimbangan

tubuh badan

       Contoh aktiviti :  pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lakonan

v.            Kecerdasan Visual-Ruang

        Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan garisan serta

kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik

    Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga

dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah

dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang

         Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar jalan cerita

vi.           Kecerdasan Intrapersonal

         Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan

kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu.

   Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan

kesedihan

    Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis puisi tentang diri sendiri

vii.          Kecerdasan Interpersonal

         Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain

         Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara

praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah

         Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan perbincangan

viii.        Kecerdasan Naturalis

         Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian

     Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat

di sekeliling

  Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan

fauna

   Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca, mengkaji serta mengkategorikan

flora dan fauna 

Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

          Petunjuk kepada potensi murid

          Mempelbagaikan cara penilaian

          Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

          Membangunkan bakat dan kebolehan murid

Page 27: Bmm (ii) htr

          Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid

          Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya

          Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan

          Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK

       dan keperluan murid

Arahan:

                     Sila baca dan fahami konsep Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai

                     Aplikasi Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai dalam kelas tutorial anda.

                     Anda dikehendaki  bersedia untuk melaksanakan tugasan tersebut