bm trial k2 ch 2012

Upload: gan-tong-hock-aka-ganos

Post on 04-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 BM Trial K2 CH 2012

    1/8

    SULIT

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 1103/2BAHASA MELAYU

    Kertas 2

    Ogos

    2 jam Dua jam tiga puluh minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi empatsoalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Jawaban bagi Soalan 2(b),Soalan 2(c), Soalan 2(d) danSoalan 4

    berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 danTingkatan 5 .

    4. Jawaban anda hendaklah ditulis dalam buku jawaban yang disediakan.

    Sekiranya kertas jawaban tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan

    daripada pengawas peperiksaan.

    5. Jawaban boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

    Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

    Lihat halaman sebelah

    1103/2 2012 Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

    UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

    SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU,

    KELANTAN DARUL NAIM

  • 7/31/2019 BM Trial K2 CH 2012

    2/8

    SULIT 1103/2

    Soalan 1 : Rumusan

    [30 markah]

    Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangusaha-usaha Program

    Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak(PERMATA) melahirkan kanak-kanak pintardankekangan yang dihadapinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah

    perkataan.

    Program Early Learningdi Australia, Program Head Startdi Amerika Syarikat, Program

    Early Years di Britain danProgram TiWariki di New Zealand telah menjadi cetusan minat kepada

    pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) di Malaysia.

    Sebenarnya, usaha seumpama ini juga telah pun dirintis oleh Singapura menerusi penubuhan

    Sekolah Tinggi Matematik dan Sains. Penubuhan PERMATA di Malaysia adalah untuk mendidik

    kanak-kanak pintar dan cemerlang sekali gus melahirkan modal insan. Thailand dan Indonesia juga

    mempunyai program khusus untuk mengasah keupayaan kanak-kanak pintar sejak lebih daripada

    10 tahun yang lalu. Meskipun kita dianggap sudah ketinggalan, namun cetusan idea penubuhanPERMATA oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, yakni Datin Seri Rosmah Mansor merupakan

    titik awal sebelum hasilnya dituai kelak.

    Kajian mendapati bahawa dalam kelompok kanak-kanak berusia sembilan tahun hingga 15

    tahun, tiga peratus hingga lima peratus merupakan kanak-kanak pintar. Menyedari hal tersebut,

    PERMATA telah menubuhkan PERMATApintar untuk memberikan pendidikan khas kepada

    kanak-kanak pintar. Keseriusan kerajaan dalam hal ini dapat dilihat menerusi penubuhan

    Kompleks PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khusus untuk

    memberikan pendidikan kepada kanak-kanak pintar negara yang berusia 16 tahun ke atas.

    Sebenarnya, program PERMATA memberikan fokus kepada kaedah pengasuhan dan pendidikan

    awal kanak-kanak berumur antara satu tahun hingga empat tahun. Pelaksanaan program ini

    digerakkan secara bersepadu dengan pelibatan ibu bapa kanak-kanak, komuniti dan pelbagai agensi

    yang memberikan perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Sesungguhnya,

    kanak-kanak PERMATA dididik melalui kaedah eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman yang

    memberikan ruang kepada mereka untuk berfikir dan kebebasan melalukan aktiviti tanpa rasa takut.

    Untuk tujuan itu juga, guru yang mendidik mereka diberi latihan khusus.

    PERMATA turut menjadikan program seumpamanya di negara-negara maju seperti

    Amerika Syarikat, Britain dan New Zealand sebagai panduan. Namun begitu, PERMATA tidak

    meniru bulat-bulat program-program itu, sebaliknya menyesuaikan kurikulumnya mengikut acuan

    dan keperluan kanak-kanak di negara ini. Tindakan yang seterusnya ialah PERMATA memastikankurikulumnya memberikan penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara keseluruhan,

    iaitu dari segi kemahiran kognitif, sosioekonomi, berkomunikasi dan fizikal. Kanak-kanak ini juga

    dididik melalui pendekatan kasih sayang dan belaian; pemikiran dan bacaan; pembelajaran secara

    bebas; kebolehan dan potensi; dan bermain dan menghayati kesenian. Pendekatan yang pelbagai

    ini diyakini akan membantu merangsang kebolehan intelek, kognitif, komunikasi dan kestabilan

    emosi kanak-kanak hatta melahirkan modal insan yang bakal dilahirkan menerusi PERMATA.

    Sementara itu, Universiti Perguruan Sultan Idris(UPSI) diberikan tanggungjawab menyediakan

    modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik

    di Pusat Anak Permata Negara. Nisbah tiga orang guru diajar oleh seorang pengajar juga dilakukan

    supaya kanak-kanak PERMATA mendapat manfaat daripada setiap kurikulum.

    Sehingga Disember 2009, sebanyak 478 buah pusat asuhan dan didikan awal PERMATA

    telah diwujudkan di seluruh negara. Lebih daripada 18 ribu orang dijangka mendapat manfaat

    2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

    2

  • 7/31/2019 BM Trial K2 CH 2012

    3/8

    SULIT 1103/2

    daripada program tersebut. Usaha yang dilakukan oleh PERMATA ini dapat mengisi ruang kosong

    yang wujud berikutan kerajaan sebelum ini hanya memberikan tumpuan kepada pelajar biasa dan

    pendidikan khas kepada kanak-kanak istimewa. Sehubungan itu, kita berharap agar kerajaan tidak

    terlepas pandang kebolehan kanak-kanak berusia seawal lima tahun dan kanak-kanak pintar di

    negara ini.

    (Dipetik dan diubah suai daripada

    Misi Penting Projek PERMATA Negaraoleh Aninah Janang,

    Dewan Masyarakat, Januari 2010)

    Soalan 2 : Pemahaman

    [35 markah]

    Soalan 2(a)Petikan Umum

    Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayatanda sendiri.

    (i) Berikan maksud rangkai kata titik awal sebelum hasilnya dituai kelak.

    [2 markah]

    (ii) Nyatakan tujuan-tujuan penubuhan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak

    (PERMATA) di Malaysia?

    [3 markah]

    (iii) Kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah Rancangan Malaysia

    Kesembilan dan RM100 juta melalui Belanjawan 2010 khusus bagi melahirkan kanak-kanak

    pintar dan cemerlang menerusi pembangunan dasar dan program PERMATA.

    Pada pendapat anda, kenapakah kanak-kanak pintar dan cemerlang ini amat penting kepada

    negara sehingga diberi peruntukan yang begitu besar?

    [4 markah]

    Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden

    2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

    3

  • 7/31/2019 BM Trial K2 CH 2012

    4/8

    SULIT 1103/2

    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Bermula dari makan siang hari Sabtu itu, perhubungannya dengan Syahid menjadi semakin

    akrab. Syahid seorang pemuda yang peramah. Mereka berdua begitu gembira seperti sepasang

    merpati yang terbang di langit lepas. Tetapi seperti yang sudah diduga, dia telah direntap bangun

    daripada alam mimpinya oleh tugas negara yang penting. Dia terpaksa meninggalkan Syahid tanpapesan. Syahid terlalu marah serta berasa seperti dia dipermainkan. Biar apa pun, ini ialah

    tanggungjawabnya yang mesti ditunaikan. Dia mengetepikan perasaan hatinya dan kepentingan

    dirinya kerana begitu sudah suratan takdir yang menyuruh dia memberikan sesuatu kepada negara

    dan bangsanya. Tugas yang banyak tidak dapat difahami orang dalam zaman yang materialistik ini.

    Waktu dia menyiapkan tesisnya dahulu, dia telah mendapat jawaban tentang sebab berlakunya

    rusuhan kaum. Sejak itu dia bertekad mengabdikan dirinya kepada nusa dan bangsa. Biarlah dia

    keseorangan dalam tugas ini. Biarlah kawan karibnya yang mengetahui menuduhnya sebagai

    perbuatan orang yang bodoh. Dia seorang gadis yang cantik, sederhana tinggi, mempunyai

    potongan tubuh yang menjadi impian banyak perempuan. Bermuka bujur telur, bermata jeli. Intelek

    pula. Apa yang dikehendakinya dalam hidup ini berada di hujung jarinya.

    Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu

    pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?

    Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang

    kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu

    semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh seorang

    perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia

    tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu motokar mewah yang diimport dan menjadi

    pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua

    ekszosnya menyembur keluar asap kotor.

    (Dipetik daripada cerpen Mellisa

    oleh Abdullah Hussain

    dalam antologiHarga Remaja,

    Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sifat-sifat fizikal Mellisa.

    [2 markah]

    (ii) Tidak banyak generasi muda di negara kita yang berminat untuk menjadi tentera seperti

    Mellisa dalam cerpen ini.

    Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi muda di negara ini

    kurang berminat untuk menceburi bidang ketenteraan?

    [3 markah]

    (iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen di atas, dan satu nilai murni

    lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan .

    [4 markah]

    Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

    2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

    4

  • 7/31/2019 BM Trial K2 CH 2012

    5/8

    SULIT 1103/2

    Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    ......Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak

    dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikian hal adinda

    sekalian ini.

    Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba

    menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua Rom

    dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri kepada kakanda.

    Maka oleh Indera Nata pula terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas rasanya

    serta ia berpantun:

    Rakit-rakit dari Inderagiri,

    Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;

    Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri,

    Nanti esok kakanda bawa.

    Maka Tuan Puteri Cendera Kesuma pun tersenyum seraya berpantun.

    Ikan pari bertelur beribu,

    Bertelur sejengkal juga;

    Hujan arah ke langit biru,

    Tawakalku dapat juga.

    Maka tuan puteri pun mengerlingkan ekor matanya kepada Indera Nata.

    (Dipetik daripada Hikayat Indera Nata, dalam antologiHarga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berdasarkan petikan di atas, berikan maksudseperti orang beroleh gunung emas.

    [2 markah]

    (ii) Apakah yang berlaku kepada ketujuh-tujuh orang puteri itu sehingga tuan puteri yang

    ketujuh merayu meminta bantuan Indera Nata?

    [3 markah]

    (iii) Masyarakat pada zaman dahulu sentiasa menggunakan puisi Melayu lama seperti pantun

    untuk berkomunikasi.

    Pada pendapat anda, kenapakah masyarakat pada zaman dahulu suka menggunakan pantun

    untuk berkomunikasi?

    [3 markah]

    Soalan 2(d) Petikan Puisi

    2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

    5

  • 7/31/2019 BM Trial K2 CH 2012

    6/8

    SULIT 1103/2

    Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan

    menggunakan ayat anda sendiri.

    BANGKITLAH

    Anak-anak yang sedang lena

    bangkitlahmatahari sudah tinggi

    di puncak gunung.

    Lihat jernihnya pagi ini

    burung-burung berterbangan di udara

    dan pepohon hijau merendang daunnya

    apa kau masih belum bangkit?

    Bangkitlah

    jangan sesal nanti

    madu bumi yang kekeringanisi laut kekosongan

    dan perut belantara menjadi ladang.

    Anak-anak

    esok apa yang akan kaumakan?

    tanah atau batu atau debu?

    kau mahu terus nangis

    tanpa air mata?

    Kalau tidak

    bangkitlah

    matahari belum lagi rembang

    dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

    Rejab F.I.

    dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    i) Berikan maksud

    matahari belum lagi rembang

    dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

    [2 markah]

    ii) Pada pendapat anda, apakah kesannya terhadap negara ini jika generasi muda masih leka

    dan malas berusaha untuk merebut peluang yang ada?

    [3 markah]

    iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

    [4 markah]

    Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

    [30 markah]

    2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

    6

  • 7/31/2019 BM Trial K2 CH 2012

    7/8

    SULIT 1103/2

    Jawab semuasoalan.

    (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda

    faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, dan

    menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

    i) andaipun

    ii) kendatipun

    iii) walaupun

    iv) mahupun

    v) sekalipun

    vi) bagaimanapun

    [6 markah]

    (b) Nyatakan jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan

    atau ayat permintaan.

    i) Keluar dari bilik aku sekarang!

    ii) Sila duduk di tempat masing-masing sebelum saya mulakan ujian ini.

    iii) Usahlah kamu pergi bekerja di luar negara kerana di negara kita pun ada pelbagai jenis

    pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan kamu.

    iv) Minta kamu semua bertenang ketika kami memeriksa keadaannya.

    v) Tanggalkan baju hujan itu sebelum masuk ke rumah.

    vi) Jangan pegang besi yang panas itu dengan tangan kamu.

    [6 markah]

    (c) Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan.

    Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih

    daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu

    menyalin petikan itu semula.

    Pusat membeli-belah menjadi pusat berlakunya bermacam-macam gejala negetif. Segelintirremaja menjadikannya sebagai tempat untuk mereka melepak dan keadaan ini

    membimbangkan orang ramai kerana remaja yang bakal menerajui pembangunan negara telah

    menghabiskan masa yang bernilai dengan aktiviti yang tidak faedah. Terdapat juga segulungan

    remaja yang menjadikannya sebagai tempat pertemuan. Jika pertemuan itu membawa kesan

    positif, ini tidak menjadi masalah tetapi yang dikhuatiri oleh berbagai pihak ialah mereka

    menjadikannya sebagai tempat bermulanya pergaulan bebas sehingga terlanjur ke kancah

    makhsiat.

    [6 markah]

    (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan

    satu kesalahantatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiapayat, anda tidak bolehmenyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau

    istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

    7

  • 7/31/2019 BM Trial K2 CH 2012

    8/8

    SULIT 1103/2

    (i) Pada petang itu hujan turun sedikit-dikit, tetapi para penonton-penonton tidak

    berganjak untuk menyaksikan persembahan Siti Nurhazila dan Jamal Abdillah.

    (ii) Galeri kraf tangan akan mengadakan mini bengkel untuk melahirkan pembina kraf

    tangan yang kreatif dan produktif.

    (iii) Yang Amat Berhormat Pengarah Pelajaran Negeri Kedah dan rombongan beliau akan

    mengadakan lawatan kerja sehari ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu dan Maktab

    Sultan Ismail sebelum bertolak di Pahang untuk menyaksikan Kejohanan MSSM.

    [6 markah]

    (e) Berikan maksud peribahasa-peribahasa berikut.

    (i) Bagai kacang lupakan kulit.

    (ii) Sudah jatuh ditimpa tangga.

    (iii) Seperti ayam mengarang telur.

    [6 markah]

    Soalan 4 : Novel

    [15 markah]

    Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

    (i) Renyah karya Gunawan Mahmood.

    (ii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hasan.

    (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai murninya yang ada

    pada watak utamanya.

    [7 markah]

    (b) Latar masyarakat merupakan gambaran tentang sesuatu masyarakat yang terdapat dalam

    sesebuah karya.

    Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat daripada

    setiap novel itu dengan mengemukakan contoh yang sesuai untuk menjelaskannya.

    [8 markah]

    KERTAS SOALAN TAMAT

    Disediakan oleh : Disahkan oleh :

    (GAN TONG HOCK) (PN. NORIZAN BINTI MOHD SALLEH)

    Ketua Panitia Bahasa Melayu

    2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

    8