bm percubaan upsr k12015

11
SK ST. FRANCIS Bahasa Malaysia Kertas 1 <Nama Ujian> <Tarikh> Masa : Kelas : Markah : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 hingga Soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “Kamu tidak pernah merasai keperitan hidup kerana __________ dalam keluarga berada,” kata Zalina kepada Farah. A terbesar B dibesarkan C memperbesar D membesar 2. Sukan tahunan sekolah itu dilangsungkan dalam suasana yang paling ___________ sepanjang sejarah sekolah itu. A seronok B ceria C meriah D bangga 3. Kami berasa ______________ apabila melihat olahragawan sekolah memenangi pingat emas. A bangga B bimbang C bingung D bengang 4. Zamri menceritakan __________ masalah yang dihadapinya kepada guru kaunseling. A segala B seluruh C segenap D setengah 5. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini. 1

Upload: brandon-henderson

Post on 05-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

1

SK ST. FRANCIS

Bahasa Malaysia

Kertas 1 Masa :

Kelas :Markah :

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Soalan 1 hingga Soalan 18Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yangpaling sesuai.

1.Kamu tidak pernah merasai keperitan hidup kerana __________dalam keluarga berada, kata Zalina kepada Farah.

Aterbesar

Bdibesarkan

Cmemperbesar

Dmembesar

2.Sukan tahunan sekolah itu dilangsungkan dalam suasana yang paling ___________ sepanjang sejarah sekolah itu.

Aseronok

Bceria

Cmeriah

Dbangga

3.Kami berasa ______________ apabila melihat olahragawan sekolah memenangi pingat emas.

Abangga

Bbimbang

Cbingung

Dbengang

4.Zamri menceritakan __________masalah yang dihadapinya kepada guru kaunseling.

Asegala

Bseluruh

Csegenap

Dsetengah

5.Soalanyang berikutberdasarkan gambar di bawah ini.

Puan Rosma memakai sepasang __________berlian.

Aanting-anting

Bangkut-angkut

Ckunang-kunang

Dumang-umang

6.__________ bekerja dan menetap di Sarawak, Sani jarang pulang ke kampung, __________ pada hari raya.

ASejak...kecuali

BHingga...apabila

CKetika...sementara

DSemenjak...manakala

7.Daim tidak dapat tidur dengan tenang kerana rakannya ______________ dengan kuat.

Abernafas

Bberdehem

Cberdenyut

Dberdengkur

8.Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Pemain badminton negara yang telah berjaya mengharumkan nama negara dalam sukan Olimpik di Beijing __________ dalam suatu majlis yang gilang-gemilang.

Adirayakan

Cdiadakan

Bdisambut

Ddiraikan

9.Tetamu itu ingin ______________ untuk pulang ke rumah.

Aberserah diri

Bberganti hari

Cbermohon diri

Dberalih tempat

10.Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Cahaya __________ itu agak terang.

Alampu gasolin

Blampu karbaid

Clampu picit

Dlampu meja

11.______________ pun pasti akan marah jika hal seperti ini berlaku kepada mereka.

ASiapa

BSeseorang

CSiapa-siapa

DMana-mana

12.__________ yang belum mendapat sijil, sila berjumpa dengan pihak urus setia, kata Puan Jeslina kepada para peserta.

AMana-mana

BSiapa-siapa

CApa-apa

DBila-bila

13.Hubungan persahabatan antara Vishnu dengan Malik ______________ erat.

Anian

Bbetul

Csekali

Dsungguh

14.Para jurulatih pasukan bola sepak itu sedang berbincang ______________ strategi permainan.

Aakan

Bpada

Ctentang

Dterhadap

15.Pak Usu membentangkan se__________tikar di ruang tamu.

Abidang

Bkajang

Cgelung

Dkeping

16.Gajah itu menemukan se______________ tebu dan telah makan dua ______________ tebu.

Agugus ... bilah

Brumpun ... ruas

Cjambak ... rumpun

Dkelompok ... batang

17.Para penonton marah dengan keputusan pengadil perlawanan hoki yang dianggap __________ itu.

Aberat sebelah

Bberat tulang

Cberat hati

Dberat punggung

18.Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu ______________, sama cocok, sama padan.

Abagai gadis julung bersubang

Bbagai pinang dibelah dua

Cbagai aur dengan tebing

Dbagai isi dengan kuku

Soalan 19Pilih perkataanseertibagi perkataan yangbergaris.

19.Istiadatmerenjiskantepung tawar dan menabur beras kunyit masih diamalkan dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

Amenuangkan

Bmenyimbah

Cmemercikkan

Dmencurahkan

Soalan 20Pilih perkataanberlawanbagi perkataan yangbergaris.

20.Mekanik itu sedangmelonggarkanskru pada enjin kereta ayah dengan alat pemutar skru.Kata berlawanbagimelonggarkanialah...

Amengetatkan.

Bmelekatkan.

Cmenampalkan.

Dmerapatkan.

Soalan 21Pilihjawapanyang paling sesuai bagisoalan yang diberikan.

21.Mengapakah Anisa disenangi oleh rakan-rakannya?

AAnisa sememangnya disenangi olehrakan-rakannya.

BAnisa disenangi oleh rakan-rakannya kerana diaberbudi bahasa.

CAnisa disenangi oleh semua rakannya.

DSebenarnya tidak semua rakan Anisamenyenanginya.

Soalan 22Pilihsoalanyang paling sesuai bagijawapan yang diberikan.

22.Seminar motivasi itu akan diadakan selama tiga hari berturut-turut.

ABilakah seminar motivasi itu akan diadakan?

BDi manakah seminar motivasi itu akan diadakan?

CSiapakah yang menganjurkan seminar motivasi itu?

DBerapa lamakah seminar motivasi itu akan diadakan?

Soalan 2325Pilih ayat yang menggunakanperkataan bergarisdenganbetul.

23.I

Luka di tangannya sudahbaik.

II

Balan berkawanbaikdengan Umar.

III

Wajah Sofiabaikapabila disolek.

IV

Keadaan Pak Usu dan keluarganyabaiksaja.

AI dan II sahaja

BII dan III sahaja

CI, II, dan IV sahaja

DII, III, dan IV sahaja

24.I

Ibu memukul adunan kek itu hinggakembang.

II

Ah Leong memanaskan ketul besi itu hinggakembang.

III

Bayi comel itu menangis kerana perutnyakembang.

IV

Kembanghatinya apabila dipuji oleh Cikgu Lim di hadapan murid-murid yang lain.

AIII sahaja

BI dan II sahaja

CI dan IV sahaja

DI, II, dan IV sahaja

25.Pilih ayat-ayat yang menggunakankata yang bergarisdengan betul.I

Budak itulebatketika bertutur dalam bahasa Inggeris.

II

Daun pokok mangga itu sangatlebatdaripada daun pokok jambu.

III

Walaupun baru berusia lima bulan, tetapi rambut bayi itu sangatlebat.

IV

Semua pasar raya menawarkan harga yanglebatsempena musim perayaan.

AI dan II sahaja

CII dan IV sahaja

BII dan III sahaja

DIII dan IV sahaja

Soalan 26 dan 27Pilih ayat yangsama maksuddenganayat yang diberikan.

26.Soalanyang berikutberdasarkan gambar di bawah ini.

Sara menconteng buku sekolah Sufina.

ABuku sekolah telah diconteng oleh Sara.

BBuku sekolah Sufina diconteng oleh kakaknya.

CBuku sekolah Sufina diconteng oleh Sara.

DBuku sekolah Sara diconteng oleh Sufina.

27.Pilih ayat yangsama maksudnyadengan ayat yang diberikan.

Ayah selalu memarahi adik kerana sikapnya yang suka menonton televisyen hingga larut malam.

AAyah selalu kena marah dengan adik kerana suka menonton televisyen hingga larut malam.

BSikap adik yang gemar menonton televisyen hingga jauh malam menyebabkan ayah selalu memarahinya.

CSikap ayah dan adik yang suka menonton televisyen hingga larut malam menyebabkan mereka dimarahi.

DSikap ayah yang pemarah menyebabkan adik selalu kena marah kerana menonton televisyen.

Soalan 28hingga Soalan 30Pilih ayat-ayat yangbetul.

28.I

Semua murid-murid yang sesat itu telahdijumpai.

II

Saya berdoa agar ibu cepat sembuh.

III

Saya dan Dania berjanji untuk makan tengahhari bersama-sama.

IV

Ibu dan ayah suka bersiar-siar di taman padawaktu petang.

AI dan II sahaja

BII dan III sahaja

CIII dan IV sahaja

DII, III, dan IV sahaja

29.AWah, cantiknya seni bina bangunan ini!

BEh, ambillah duit ini untuk membeli buku!

CNah, bergaya sungguh Ramli hari ini!

DCis, sudah lama kita tidak berjumpa!

30.AAyah saya tidak jurutera.

BJemput beratur sebelum menaiki bas.

CAdik,silabuang sampah ke dalam tong sampah.

DKeluarga Datuk Mansur bukan berasal daridaerah ini.

Soalan 31 hingga Soalan 35

31.Apakah jenis surat di atas?

Asurat penghargaan

Bsurat bantahan

Csurat rayuan

Dsurat tahniah

32.Siapakah yang menulis surat tadi?

Awakil pelajar tingkatan satu

Bseorang penduduk Taman Seri Muda

CGuru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 111

DIman Mustaqim bin Ahmad

33.Antara pernyataan yang berikut, yang manakahbukanisi surat tadi?

Apenulis surat menghadapi masalah pengangkutan

Bsudah lebih dua minggu penulis surat lewat ke sekolah

Ctinggal di asrama akan membolehkan penulis surat lulus dalam peperiksaan

Dayah penulis telah dipindahkan ke tempat kerja baru di Pulau Pinang

34.Penulis surat ini berharap agar...

Adapat tinggal di asrama sekolah.

Bdapat belajar dengan rakan-rakan baiknya.

Cdia tidak belajar sendirian lagi kerana sudah jemu.

Dprestasinya dalam peperiksaan akan meningkat.

35.Rangkai katameningkatkan prestasimembawa maksud...

Amenaikkan kebaikan.

Bmemperbaik pencapaian.

Cmenambahkan kehebatan.

Dmenunjukkan kemajuan.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca syarahan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guruguru kanan, guru-guru, serta rakan-rakan seperjuangan. Selamat sejahtera. Bersempena dengan Minggu Keselamatan ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Keselamatan di Jalan Raya, Tanggungjawab Bersama.

Hadirin yang dihormati, Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tidak seharusnya bergantung pada pihak-pihak tertentu saja untuk menjamin keselamatan diri kita di jalan raya. Setiap hari kita disajikan dengan berita-berita kemalangan yang mengerikan. Malah, kadar kemalangan di negara kita dikatakan antara yang tertinggi di dunia. Hal ini berpunca kerana sikap masyarakat kita sendiri yang kurang memberikan perhatian terhadap isu ini.

Hadirin sekalian, Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu mengendalikan kenderaan mereka. Ada juga pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk atau mabuk. Malah, ada pemandu yang tidak begitu arif tentang peraturan jalan raya. Hal tersebut antara lain berpunca daripada tindakan sesetengah pengusaha sekolah memandu yang mengeluarkan lesen memandu secara haram kepada pelatih-pelatih di sekolah memandu mereka. Oleh itu, bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di negara kita, pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas kerana langkah ini lebih berkesan dalam menangani masalah ini. Selain itu, kempenkempen keselamatan yang bertujuan menyeru masyarakat supaya mematuhi peraturan jalan raya yang sedia ada perlu diperbanyak. Setiap anggota masyarakat perlulah bekerjasama dan berganding bahu untuk menangani masalah ini. Akhir kata, pelbagai langkah perlu diambil untuk menangani masalah ini. Jangan sampai dikata orang,sudah terhantuk, baru terngadah. Sekian, terima kasih.

36.Siapakah yang mungkin sekali menyampaikan syarahan tersebut?

Aguru penolong kanan

Bguru Bahasa Melayu

CGuru Besar

Dmurid

37.Mengapakah kadar kemalangan di negara kita dikatakan antara yang tertinggi di dunia?

APihak berkuasa tidak berani menegur pesalahjalan raya.

BJalan raya yang dibina oleh kerajaan tidakbegitu baik.

CSikap masyarakat tidak serius terhadap isukemalangan.

DUndang-undang jalan raya di negara kita tidakcukup ketat.

38.Berdasarkan petikan, apakah langkah yangpalingberkesan untuk menangani masalah kemalangan jalan raya?

Amengadakan kempen keselamatan jalan raya

Bmengadakan kerjasama antara anggotamasyarakat

Cmenguatkuasakan undang-undang yang lebihtegas

Dmenambah bilangan sekolah memandu

39.Yang berikut merupakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya,kecuali...

Apemandu yang mengantuk dan mabuk.

Bpemandu yang panas baran.

Cpemandu yang lalai semasa mengendalikankenderaan.

Dpemandu yang kurang mahir dengan peraturanjalan raya.

40.Peribahasasudah terhantuk baru tengadahmembawa maksud...

Abahaya yang sengaja dicari.

Bmendapat kesusahan kerana terlanjur kata.

Ckesusahan yang datang berturut-turut.

Dsudah terkena, baru hendak beringat-ingat.

12