bm k2 edit trial 1 spm 2014

10
Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah- langkah keselamatan penggunaan perbankan elektronik dan faedah-faedah penggunaan perbankan elektronik. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kini urusan perbankan hanya di hujung jari. Aplikasi perbankan elektronik mula dibangunkan di Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia pada 1 Jun 2000 dan Maybank merupakan institusi kewangan pertama menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian dengan portal perbankannya www.maybank2u.com.my. Lantas, faktor keselamatan dan privasi merupakan dua perkara paling dominan yang mempengaruhi keputusan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik. Aspek keselamatan dalam aplikasi ini sebenarnya terletak di tangan pengguna sendiri dengan memastikan kata laluan ke akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain. Oleh itu, pengguna wajar mengelakkan penggunaan nombor telefon, tarikh lahir ataupun maklumat yang sudah biasa digunakan sebagai kata laluan. Pengguna juga perlu kerap menukar kata laluan agar penceroboh di Internet gagal mencuri kata laluan. Setelah segala urusan ditamatkan, pengguna juga disarankan supaya memadamkan semua data berkenaan aktiviti Internet mengikut cara yang dipaparkan oleh pengendali perbankan elektronik. Sekiranya data ini tidak dipadamkan, data akan berada dalam memori komputer dan boleh dikesan oleh penggodam Internet. Pengguna sering diingatkan supaya tidak melayani e-mel yang meminta mereka menukar nombor pin atau kata laluan perbankan. Banyak kes dilaporkan bahawa pengguna kehilangan wang dalam sekelip mata setelah terpedaya dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak bank meminta mereka mengemas kini maklumat pelanggan. Pautan pada e-mel atau paparan oleh apa-apa jua laman sesawang, berkemungkinan besar telah dihubungkan kepada portal rekaan para penggodam internet justeru pengguna dinasihati agar tidak melayari atau mengakses laman sesawang perbankan elektronik dengan jalan pintas. Pelanggan yang bijak juga tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kata laluan perbankan elektronik kepada sesiapa sahaja. Bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal atau kesilapan, pengguna perlu memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan. Sekiranya perlu mencatat kata laluan atau nombor pin kerana bimbang terlupa, pengguna mencatatkannya di tempat yang selamat. Terdapat juga pengguna yang tertipu dengan penghantar sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengaku ahli keluarga terdekat, lalu mendedahkan maklumat perbankan mereka. Oleh itu, jangan mudah percaya dengan SMS yang meminta kita menghantar maklumat rahsia. Pengguna harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan SMS tersebut. Walaupun perbankan elektronik berisiko, inisiatif pengguna penting untuk mendapatkan maklumat terkini agar penggodam tidak berjaya menembusi tembok keselamatan yang dibina. Pihak bank pula seharusnya sentiasa menaik taraf sistem keselamatan mereka memandangkan pelbagai teknologi dan kaedah penipuan dicipta untuk menerobos sistem keselematan aplikasi di internet.

Upload: lee-yang-ching

Post on 02-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BM SPM

TRANSCRIPT

Soalan 1 : Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah keselamatan penggunaan perbankan elektronik dan faedah-faedah penggunaan perbankan elektronik. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kini urusan perbankan hanya di hujung jari. Aplikasi perbankan elektronik mula dibangunkan di Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia pada 1 Jun 2000 dan Maybank merupakan institusi kewangan pertama menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian dengan portal perbankannya www.maybank2u.com.my. Lantas, faktor keselamatan dan privasi merupakan dua perkara paling dominan yang mempengaruhi keputusan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik. Aspek keselamatan dalam aplikasi ini sebenarnya terletak di tangan pengguna sendiri dengan memastikan kata laluan ke akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain. Oleh itu, pengguna wajar mengelakkan penggunaan nombor telefon, tarikh lahir ataupun maklumat yang sudah biasa digunakan sebagai kata laluan.

Pengguna juga perlu kerap menukar kata laluan agar penceroboh di Internet gagal mencuri kata laluan. Setelah segala urusan ditamatkan, pengguna juga disarankan supaya memadamkan semua data berkenaan aktiviti Internet mengikut cara yang dipaparkan oleh pengendali perbankan elektronik. Sekiranya data ini tidak dipadamkan, data akan berada dalam memori komputer dan boleh dikesan oleh penggodam Internet.

Pengguna sering diingatkan supaya tidak melayani e-mel yang meminta mereka menukar nombor pin atau kata laluan perbankan. Banyak kes dilaporkan bahawa pengguna kehilangan wang dalam sekelip mata setelah terpedaya dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak bank meminta mereka mengemas kini maklumat pelanggan. Pautan pada e-mel atau paparan oleh apa-apa jua laman sesawang, berkemungkinan besar telah dihubungkan kepada portal rekaan para penggodam internet justeru pengguna dinasihati agar tidak melayari atau mengakses laman sesawang perbankan elektronik dengan jalan pintas. Pelanggan yang bijak juga tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kata laluan perbankan elektronik kepada sesiapa sahaja. Bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal atau kesilapan, pengguna perlu memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan.

Sekiranya perlu mencatat kata laluan atau nombor pin kerana bimbang terlupa, pengguna mencatatkannya di tempat yang selamat. Terdapat juga pengguna yang tertipu dengan penghantar sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengaku ahli keluarga terdekat, lalu mendedahkan maklumat perbankan mereka. Oleh itu, jangan mudah percaya dengan SMS yang meminta kita menghantar maklumat rahsia. Pengguna harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan SMS tersebut.

Walaupun perbankan elektronik berisiko, inisiatif pengguna penting untuk mendapatkan maklumat terkini agar penggodam tidak berjaya menembusi tembok keselamatan yang dibina. Pihak bank pula seharusnya sentiasa menaik taraf sistem keselamatan mereka memandangkan pelbagai teknologi dan kaedah penipuan dicipta untuk menerobos sistem keselematan aplikasi di internet.

(Dipetik dan diubah suai daripada Urusan Perbankan di Hujung Jarioleh Siti Zakiah Melatu Samsi, Dewan Masyarakat, April 2011)

Soalan 2 : Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Apakah maksud rangkai kata dicipta untuk menerobos?[2 markah]

(ii)Pengarang menyatakan beberapa cara menggunakan khidmat perbankan elektronik.Nyataka cara-cara tersebut.[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah khidmat perbankan elektronik kurang mendapat sambutan daripada pengguna?Jelaskan dua sebab.[4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SALMAH: Kau meragui dua Makhluk Utopia tu kerana dalam beberapa hal pendapat- pendapat kita disanggah oleh mereka.

CHONG: (Seperti memikirkan sesuatu)

SALMAH: Kerana tak sanggup dikritik, maka kau pun meragui mereka! Betul tak?

CHONG: (Teragak-agak untuk bercakap) Tapi...

SALMAH: Kita harus sanggup dan berani menerima kritikan. Bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup berdepan dengan kritikan! Kalau bangsa kita ingin maju, kita harus dan mesti berani, bukan hanya untuk mengkritik tetapi juga untuk dikritik.

CHONG: Ah, lupakan saja tentang mimpi tu! Kita ni masih pelajar. Kita mempunyai tanggungjawab yang utama terhadap pelajaran. Buat apa susah-susah ambil tahu soal-soal yang bukan tanggungjawab kita? (Kepada CHANDRAN) Bagaimana, Chandran?

CHANDRAN: Entahlah. Aku kurang pasti. Kepala aku pening! (Kepada SALMAH) Apa pendapat kau, Salmah?

SALMAH: Aku yakin kita perlu buat sesuatu. Sebagai pelajar, memang tangungjawab kita belajar. Tapi sebagai manusia, sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan tanah airnya, kita juga mempunyai tanggungjawab tertentu. Aku fikir kata-kata dua Makhluk Utopia itu tadi ada kebenarannya. Ketepikanlah ego peribadi kita. Cuba renungkan kembali peristiwa yang berlaku sebentar tadi!(Dipetik daripada drama Forum Remaja 2020 oleh Sharif Shaary dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Nyatakan dua perkara penting yang perlu ada dalam diri remaja menurut Salmah berdasarkan petikan di atas.[2 markah]

(ii)Remaja perlu berani menghadapi kritikan untuk maju.Nyatakan empat perkara lain yang perlu ada dalam diri remaja untuk maju.[3 markah]

(iii)Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas dan dua nilai yang lain daripada yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut.[4 markah]Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kemudian Opu Daeng yang berlima bersaudara itu pun naik ke darat, memohonkan periksa, Bagaimana hal kita semua ini atau hendak berhenti di Kuala Kandang Kerbau itukah, atau hendak belayar, kerana hajat saya semuanya hendak belayar ke Riau? Ada juga suratnya raja-raja Riau yang bernama Sultan Raja Sulaiman hendak berjumpa saya semuanya, ada besar benar kehendaknya.

Kemudian lalu dijawab oleh Sultan Muhammad Zainuddin, Yang niat hati saya, seboleh-bolehnya Opu Daeng yang berlima bersaudara hendak saya ambil buat menantu. Pilihlah anak saya yang perempuan yang bertiga hendak saya kahwinkan dengan Daeng-daeng yang bertiga, mana suka yang hendak beristeri.

Kemudian maka dijawab oleh Opu Daeng yang berlima bersaudara, Baiklah. Nantilah saya muafakat di perahu adik-beradik. Dan lalu bermohon balik ke perahu.

Lalu berpakatlah berlima bersaudara serta mesyuarat. Lalu berkhabar Daeng Perani yang tua, Aku sudah berbini di Siantan anaknya nakhoda Alang dan aku sudah beranak dua orang dan yang tua Daeng Kemboja laki-laki dan yang seorang Daeng Khatijah perempuan. Maka kata Daeng Perani, Bailah adinda Opu Daeng Menambun berbinikan anak sultan itu yang bernama Puteri Kesumba. Jikalau adinda sudah kahwin sehari dua hari, jikalau tiada apa-apa pekerjaan, kita sama-sama juga belayar ke Riau.(Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Apakah dua alasan yang menyebabkan Opu Daeng lima bersaudara hendak belayar ke Riau?[2 markah]

(ii)Mengapakah Daeng Perani berasa dia tidak sesuai untuk berkahwin dengan anak Sultan Muhammad Zainuddin?[2 markah]

(iii)Sekiranya anda Opu Daeng Menambun, mengapakah anda bersetuju untuk berkahwin dengan Puteri Kesumba?Berikan tiga alasan.[4 markah]

Soalan 2(d) Petikan Puisi

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Melangkah ke ruangmuSatu pertukaran yang kontrasDari kehangantan merataKe kedinginan yang menerpa Terlalu hening di siniGua pendeta bersemadiDi puncak sepiDi sana siniKepala-kepala runduk menelitiMata dan fikir bersebati

Maju ke ruang bukuTerlalu kerdil aku di siniTerapung di laut ilmuTercurah berzamanDalam tak berselamBetapapun kulayariBahtera ilmu di siniTak terterokaYang akan kucatatHanya setitik dari tintaYang akan ku petikHanya sebiji dari mutiaraEngkau adalah pusaka moyangGedung peradaban insanTerhimpun berzaman

Bersemadi di siniAku adalah pelayar yang dahagaDi dada samuderaTak berpantaiBetapapun kuteguk darinyaDahaga tak pernah langsai

Shafie Abu Bakar(Dipetik daripada antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Nyatakan perkara-perkara yang dialami dan dirasai oleh aku ketika di perpustakaan. [2 markah]

(ii)Kebanyakan pelajar kurang berminat untuk berkunjung ke perpustakaan.Nyatakan tiga usaha yang dapat dilakukan agar para pelajar berminat untuk ke perpustakaan.[4 markah]

(iii)Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.[3 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[30 markah]Jawab semua soalan.

(a)Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)cerah

(ii)dingin

(iii)lapang[6 markah]

(b)Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat dengan lengkap bagi setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut:

Subjek: ___________________________________________________________Predikat: ___________________________________________________________

Seorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang mengendali pesawat. Kemahiran mengendali kapal terbang lebih sukar berbanding kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlulah menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang yang berkemahiran mampun menerbangkan pesawat tanpa mengira perjalanan itu jauh atau dekat.[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru ini.

(ii)Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.

(iii)Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, peranan hulu balang sangat penting untuk jaminan keamanan negeri.[6 markah](d)Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia 2014 yang disiarkan pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan destinasi-destinasi menarik dan unik di seluruh negara.

(ii)Semasa Pembentangan Belanjawan 2013, Yang Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM15 juta ke sekolah-sekolah di pedalaman negeri Sabah dan Sarawak.

(iii)Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta ini diharap dapat menjadi motivasi kepada masyarakat, titah raja kepada rakyatnya.[6 markah]

(e)Baca peribahasa di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa tersebut..

(i)Gagak pulang ke benua.

(ii)Alang-alang berdakwat biar hitam.

(iii)Musuh dalam selimut.[6 markah]

Soalan 4 : Novel[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) PAPA...(akhirnya kau tewas jua!) karya Deanna Yusof(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain(vi) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah(vii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir(viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a)Pelbagai emosi akan anda rasai apabila membaca sesebuah novel.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, terangkan dua perasaan anda setelah membaca novel berkenaan dan nyatakan alasan anda.[7 markah]

(b)Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan kepincangan dalam masyarakat yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh,Disemak oleh, Disahkan oleh,

(Wan Affandy b. Wan Mashor)(Rafidah bt. Rawi)(Kelinch Deng) Guru M/P BM, Ketua Panitia BM, Ketua Bidang Bahasa, SMK Bukit Assek. SMK Bukit Assek. SMK Bukit Assek