bm 1&2 percubaan spm peringkat zon 2010

Download BM 1&2 Percubaan SPM Peringkat Zon 2010

Post on 23-Jun-2015

819 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KERTAS SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN BM 1&2 PERCUBAAN SPM 2010 DENGAN BAHAN KOMSAS SESUAI UNTUK ZON SARAWAK DAN TERENGGANU.

TRANSCRIPT

SULITSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 BAHASA MELAYU Kertas 1 2 jam 1103/2

Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperikasaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Gambar di bawah menunjukkan pelbagai jenis makanan tradisional yang menyelerakan. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mempopularkan makanan tradisional. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. MAKANAN TRADISIONAL KIAN POPULAR

Mempromosikannya di hotel-hotel atau tempat pelancongn

Memastikan kualiti makanan dijamin berkhasiat

Persekitaran tempat makan yang selesa1

Hidangan yang kreatif

SULITBahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.

Amalan menabung dalam kalangan anak-anak perlu dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Huraikan kepentingan amalan ini demi masa depan anda.

2.

Penyalahgunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin berleluasa. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam menangani masalah tersebut.

3.

Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam. Selaku pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda dikehendaki menyampaikan sebuah ceramah tentang sebab-sebab kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Sediakan teks ceramah itu selengkapnya.

4.

Penularan penyakit berjangkit seperti Influenza HIN1 memberikan impak kepada seluruh warga dunia. Kerjasama negara di seluruh dunia amat perlu dalam menangani penyakit berjangkit ini. Bincangkan tindakan-tindakan yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani gejala tersebut.

5.

Anda baru sahaja selesai membaca sebuah novel. Sehubungan dengan itu, anda berminat untuk membuat ulasan tentang unsur-unsur menarik yang terdapat dalam novel tersebut. Tuliskan ulasan anda selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

2 atbochar@gmail.com

SULITSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1

BAHAGIAN A : KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN ( 30 markah) PANDUAN PEMERIKSAAN: 1. Diharapkan calon dapat menghuraikan langkah-langkah/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ usaha mempopularkan makanan tradisional. 2. Kemungkinan : Calon membincangkan makanan segera. ( Isi terpesong) : Calon membincangkan jenis-jenis dan kebaikan makanan tradisional. ( Isi Terpesong) KRITERIA PENSKORAN : PERINGKAT CEMERLANG MARKAH 28-30 26-27 KRITERIA - Karangan menepati bahan rangsangan - Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat - Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat/kosa kata luas dan tepat - Wacana lengkap - Menggunakan ungkapan yang menarik - Idea relevan dengan tema dan dihuraikan dengan jelas dan matang. - Karangan menepati bahan rangsangan - Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat - Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat/kosa kata luas - Wacana lengkap - Menggunakan ungkapan yang menarik - Idea relevan dengan tema dan dihuraikan dengan jelas - Karangan masih menepati tema bahan rangsangan - Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat - Penggunaan tanda baca masih betul - Ejaan masih mengikut sistem ejaan rumi baru - Wacana masih lengkap - Idea masih relevan dengan tema. Huraian masih jelas - Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan - Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat Kesalahankesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut sistem yang ketara. - Penggunaan kosa kata terhad - Wacana kurang lengkap - Idea masih kurang relevan dengan tema. Huraian kurang jelas Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis - Banyak kesalahan bahasa - Idea tidak menepati tema bahan rangsangan

KEPUJIAN

23-25 20-22

MEMUASKAN

17-19 15-16

KURANG MEMUASKAN

12-14 10-11

PENCAPAIAN MINIMUM

06-09 01-05

3 atbochar@gmail.com

SULITBAHAGIAN A Karangan Berpandu Pendahuluan: Malaysia sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisional. Masyarakatnya yang majmuk makanan tradisionalnya berbeza-beza mengikut kaum. Cara makanan disediakan serta bahan yang digunakan dalam masakan menjadikan makanan tersebut unik dan istimewa. Isi 1 mempromosikannya di hotel & tempat pelancongan - Memberi peluang kepada pelancong asing menikmati makanan tradisional jika hotel dan tempat pelancongan menyajikannya. - Masyarakat bandar tidak perlu pulang ke kampung semata-mata untuk menikmati makanan tradisional. - Imej makanan tradisional meningkat Isi 2 Memastikan kualiti makanan dijamin berkhasiat - Pentingkan cara penyediaan yang bersih - Kandungan khasiat/nutrasi kurang karbohidrat, gula dan lemak - Trend masyarakat kini utamakan kesihatan /pemakanan sihat Isi 3 Persekitaran tempat makan yang selesa - Pengunjung mahukan suasana tempat makan yang selesa dan damai seperti di kampung - Makanan bukan saja sedap tetapi mementingkan keselesaan pelanggan - Salah satu daya tarikan agar pengunjung datang lagi Isi 4 Hidangan yang kreatif - Masakan dan cara penyajian perlu kreatif dan berbeza daripada gerai makan/restoran lain - Pengunjung tidak mahu bentuk/cara sajian yang sama dari mana-mana restoran yang pernah dikunjungi - Kelainan /keunikan sajian akan menarik perhatian pelanggan Penutup Makanan tradisional mempunyai potensi untuk dikomersialkan Harap pengusaha makanan mengubah pemikiran untuk berdaya saing dengan makanan Barat supaya mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.

BAHAGIAN B : Karangan Respon Terbuka [100 markah ] PERINCIAN PEMARKAHAN 1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan. 2. Jika karangan : a. Kurang daripada 350 perkataan,periksa seperti biasa. b. Terlalu panjang periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan. 3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah. 4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Soalan 1 a) Format b) Diharapakan

: Tiada : Calon dapat menghuraikan kepentingan amalan menabung 4 atbochar@gmail.com

SULITc) Kemungkinan Cadangan jawaapan Pendahuluan - Kajian di internet mendapati 12% rakyat Malaysia tiada tabungan dan 34% hanya menabung 1-12% daripada pendapatan mereka fenomena yang membimbangkan ibu bapa mesti menjadi suri teladan dengan mengamalkan budaya menabung dalam kalangan anak-anak amalan menabung banyak kepentingannya - sediakan payung sebelum hujan Cadangan Isi 1. Kegunaan waktu kecemasan -wang diperlukan apabila berlakunya sesuatu kecemasan -kes-kes kecemasan seperti kemalangan, membeli ubat dan rawatan segera -malang tidak berbau 2. Simpanan untuk melanjutan pelajaran -wang yang banyak diperlukan untuk sesi pendaftaran, yuran, barangan keperluan dan bahan rujukan -mengurangkan beban ibu bapa -membeli keperluan pelajaran apabila perlu pada bila-bila masa 3. Memupuk amalan berjimat cermat -nilai berjimat cermat -berbelanja apabila perlu sahaja -nilai kesederhanaan amat dituntut dalam agama 4. Membantu mengurang kos perbelanjaan harian ibu bapa -terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai -kos hidup seharian dikurangkan apabila anak-anak menabung -simpanan anak-anak amat diperlukan untuk tujuan tertentu 5. Berdikari dari segi kewangan -Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. -Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna Penutup -anak bangsa Malaysia mesti bijak merancang kewangan -berjimat sebelum kena dan berjimat sebelum habis harus menjadi amalan -amalan menabung mendidik anak-anak berjimat cermat dan berhemah ketika berbelanja Soalan 2 a.Format b.Diharap : Tiada : Calon dapat menghuraikan peranan keluarga dalam menangani masalah penyalah gunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja. c.Kemungkinan : : Calon hanya menjelaskan cara-cara menabung dan langkah- langkah berjimat cermat (isi terpesong)

5 atbochar@gmail.com

SULIT Calon mungkin menyatakan peranan guru / pihak-pihak lain dalam menangani masalah tersebut ( Isi terpesong) Calon memfokuskan kepada peranan ayah atau ibu sahaja ( Diterima. Maksimum peringkat baik)

Cadangan Jawapan: Pendahuluan: Budaya penggunaan telefon bimbit yang sedang berkembang/ Trend semasa / keperluan hidup Isu penyalahgunaan telefon / kait dengan multifungsi telefon bimbit/kecanggihan Kaitkan dengan keluarga Cadangan Isi/Idea: i. Ibu bapa mengawal /mengehadkan penggunaan telefon bimbit pada masa-masa tertentu sahaja ii. Ibu bapa memantau penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak/remaja iii. Ibu bapa menegur dan menasihati anak-anak dengan penuh berhemah jika mendapati anakanak menyalahgunakan telefon bimbit iv. Ahli keluarga ( abang, adik,kakak, ahli keluarga lain )menjadi suri teladan kepada remaja dalam menggunakan telefon bimbit dengan cara yang seawajarnya. v. Keluarga bekerjasama dengan pihak sekolah,polis ( Institusi lain) dalam menangani penyalahgunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja /anak-anak. vi. Ibu bapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat menghadapi cabarancabaran baru /semasa dalam hal mendidik anak. Penutup: (Kesimpulan : Kerjasama semua pihak perlu untuk menangani masalah ini Menuntut keprihatinan ibu bapa mengatasi masalah agar penggunaan telefon bimbit lebih menyumbang kepada kebaikan /aspek positif/ keselesaan hidup *** Terima mana-mana isi yang bersesuaian. SOALAN 3 a) Format : Ceramah Mar