bk tak nak merokok bm - · pdf filebk_tak nak merokok_bm.qxp 14/02/2005 21:58 page 9. 10...

Download bk tak nak merokok bm -   · PDF filebk_tak nak merokok_bm.qxp 14/02/2005 21:58 Page 9. 10 Statistik tabiat merokok di seluruh dunia Rupa hebat, senyuman memikat, gigi berkarat!

If you can't read please download the document

Upload: tranmien

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • Kempen anti merokok olehKementerian Kesihatan Malaysia

    BK_Tak Nak Merokok_cover_BM.qxp 14/02/2005 22:05 Page 1

  • Kempen anti merokok olehKementerian Kesihatan Malaysia

    BK_Tak Nak Merokok_cover_BM.qxp 14/02/2005 01:45 Page 1

  • Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Laman web: www.moh.gov.my

    Kempen anti merokok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

    7 11

    11 13

    15 17

    19 21

    23 25

    27 29

    Kandungan4 Rakyat sihat adalah

    penting bagikesejahteraan MalaysiaMesej PerdanaMenteri Malaysia

    5 Demi melindungikesihatan warga mudadi MalaysiaMesej MenteriKesihatan Malaysia

    6 Kempen kebangsaanuntuk mencegah tabiatmerokok

    8 Tabiat merokok diMalaysia: Faktasepintas lalu

    10 Statistik tabiatmerokok di seluruhdunia

    12 Tabiat merokok adalahsatu penagihan

    14 Tabiat merokok bolehmembunuh 1 bilionorang dalam abad ini

    16 Lebih kerap andamerokok, lebihbesarlah risiko untukanda mengalami matipucuk

    18 Kesan berbahayaakibat terdedah kepadaasap rokok

    20 Kulit Perokok(Cigarette Skin)

    22 Risiko menghidapkanser adalah tinggi dikalangan perokok

    24 Penuh dengan racun26 Melumpuhkan

    kemampuan otak28 Paru-paru tersumbat30 Bersedialah untuk

    berhenti merokok31 Tetapkan tarikh untuk

    berhenti merokok32 Kaedah berhenti

    merokok

    bk_tak nak merokok_bm.qxp 14/02/2005 21:58 Page 1

  • Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bersama-sama parapelajar sekolah semasa pelancaran kempen anti merokok Tak nak pada 9 Februari 2004

    bk_tak nak merokok_bm.qxp 14/02/2005 21:58 Page 3

  • 4 5

    YAB Dato Seri AbdullahHaji Ahmad Badawi

    Perdana Menteri Malaysia

    Demi melindungi kesihatanwarga muda di Malaysia

    Masa depan penjagaan kesihatan di Malaysia wajardiperkukuhkan lagi dengan langkah-langkah yangberbentuk pencegahan. Sehubungan dengan itu,kempen-kempen yang dijalankan oleh Kementerianini adalah bertujuan untuk menanam gaya hidup sihatdi kalangan rakyat dan juga meningkatkan kesedaranmereka tentang aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

    Kempen anti merokok ini amat penting keranamerokok adalah salah satu daripada penyebab kematianutama yang boleh dicegah yang telah mengakibatkan 5juta kematian setiap tahun. Anggaran terbaru dalamLaporan Kesihatan Sedunia mendedahkan bahawadaripada 4 juta lelaki dan 1 juta wanita yang mati, lebih2 juta lelaki dan 380,000 wanita adalah dari negarayang sedang membangun. Di Malaysia, terdapat lebihkurang 4.6 juta perokok dan 8 peratus daripada angkaini adalah pelajar. Syarikat-syarikat rokok menyasarkangolongan muda sebagai pasaran baru bagi produkmereka dengan mengeksploitasikan kejahilan dan sifatketidakyakinan diri sendiri untuk meraih penggunayang akan dibelenggu sepanjang hayat.

    Sekian lama, Kerajaan telah menyampaikan mesejkepada perokok supaya berhenti merokok. Namun,kita sedar bahawa ini bukanlah satu tugas yangmudah kerana ketagihan merokok adalah sukar untukdiatasi. Justeru itu, Kementerian ini turut memberiperhatian kepada golongan muda untuk menghalangtabiat yang tidak sihat ini sebelum ianya bermula.Kempen Tak nak ini disasarkan terutamanya kepadagolongan muda bagi mencegah keinginan merekauntuk merokok dan menyangkal tanggapan bahawatabiat merokok adalah diterima secara sosial. Walaubagaimanapun, di samping golongan muda, kempenini juga memberi tumpuan kepada perokok dewasa.Kementerian ini memerlukan sokongan daripadasemua pihak bagi memastikan kempen ini mencapaikejayaannya. Marilah kita sama-sama menyokongdan memastikan kempen ini dapat mencapaikejayaannya yakni satu kejayaan buat mereka yangpaling banyak mendapat manfaat daripada kempen ini.

    Rakyat sihat adalah pentingbagi kesejahteraan Malaysia

    Kesejahteraan sesebuah negara ditentukan olehproduktiviti warganya. Bagi mencapai wawasan dancita-cita negara, seluruh rakyat perlu menyumbang danmelibatkan diri secara aktif untuk sama-samamembangunkan negara ini. Namun sedihnya, statistiktelah menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia yangmenghidap penyakit dan bilangan kematian akibatmerokok meningkat setiap tahun. Jelasnya, negara kitamemerlukan rakyat yang sihat dan aktif jika inginmeneruskan usaha ke arah kemajuan.

    Kerajaan memandang serius terhadap tabiat merokokyang mengancam kesihatan rakyat Malaysia. Kini,bilangan golongan muda yang merokok semakinbertambah dan ini merupakan satu keadaan yangmembimbangkan, sebab mereka adalah bakalpemimpin, tenaga profesional, ibu bapa dan penjagakepada generasi masa depan. Justeru itu, mereka perludiberi kesedaran mengenai akibat tabiat merokok yangamat membahayakan kesihatan dan kesejahteraanmereka. Pada hemat saya, kita dapat mencapaimatlamat ini dengan menunjukkan teladan yang betul orang dewasa yang merokok harus menghentikantabiat merokok mereka.

    Kesihatan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Atassebab itulah kesihatan semua rakyat Malaysia amatdiutamakan o leh Kera jaan. Ada lah menjaditanggungjawab kita bersama untuk mendidik golonganmuda bahawa jika mereka ingin memiliki tubuh yangsihat, mereka perlu terlebih dahulu mengamalkan gayahidup yang sihat. Saya menyeru kepada semua rakyatMalaysia supaya kita bersama-sama berganding bahuagar kempen anti merokok ini akan berjaya mencapaimatlamatnya.

    YB Dato Dr Chua Soi LekMenteri KesihatanMalaysia

    bk_tak nak merokok_bm.qxp 14/02/2005 21:58 Page 5

  • Kempen kebangsaan untukmencegah tabiat merokok

    Rata-rata di negara-negara maju, bilangan perokokmenurun. Ini kerana mereka lebih berpelajaran,menerima lebih banyak kesedaran dan amatmementingkan kesihatan. Mereka sedar mengenaibahaya yang disebabkan oleh tabiat merokok dantelah memilih sama ada untuk berhenti merokokatau tidak terpengaruh dengan tabiat ini. Senario dinegara membangun adalah sebaliknya. Bilanganperokok semakin bertambah, terutamanya dikalangan mereka yang begitu muda dan beranggapanbahawa tabiat merokok adalah bergaya satutanggapan yang digalakkan oleh syarikat-syarikatpengeluar rokok yang berminat untuk memancingpasaran baru untuk produk mereka.

    Trend yang amat membimbangkan ini kian menulardi Malaysia. Semakin hari, semakin ramai remaja danwanita Malaysia yang memulakan tabiat merokok.

    Sebab itulah Kerajaan telah mengambil langkah untukmelancarkan kempen ini. Mesejnya adalah untukmencegah remaja daripada memulakan tabiat merokokdan memujuk perokok yang sedia ada supaya berhentimerokok. Mesej ini akan disebarkan selama limatahun berturut-turut dan strategi bagi tahun pertamakempen ini adalah menggunakan kaedah mediaberintegrasi untuk meningkatkan kesedaran tentangbahaya merokok sebagai satu kempen, dan menyiarkanhasil-hasil penemuan penyelidikan yang berkaitan dariseluruh dunia. Televisyen, Radio, Pawagam, SuratKhabar, Majalah, Papan Kenyataan Komuniti, PapanIklan, Panel Pengiklanan Sekolah dan Poster adalahantara kolateral yang diterbitkan untuk menyebarkankesedaran ini.

    6 Slogan kempen

    bk_tak nak merokok_bm.qxp 14/02/2005 21:58 Page 7

  • Tabiat merokok di Malaysia:Fakta sepintas lalu

    Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.

    Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja dibawah umur 18 tahun mula merokok.

    30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18tahun merokok.

    Bilangan remaja perempuan yang merokok semakinbertambah. Hasil daripada dua kajian ke atasremaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan2004, bilangan remaja perempuan yang merokoktelah bertambah dari 4% hingga 8%. Secarakeseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapatibahawa hampir seorang daripada lima orang remajaadalah perokok.

    Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar17% setahun.

    Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkanhampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).

    Berdasarkan Kajian Morbiditi dan KesihatanKebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh KementerianKesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiatmerokok menyebabkan kematian lebih kurang10,000 orang setahun.

    8 9

    Statistik tabiat merokok di Malaysia

    1986 1996

    Keseluruhan 21.5% 24.8%

    Lelaki 40.9% 49.2%

    Wanita 4.1% 3.5%

    Bandar 19.2% 21.7%

    Luar Bandar 22.7% 28.6%

    Melayu 23.7% 27.9%

    Cina 17.7% 19.2%

    India 15.2% 16.2%

    Lain-lain 32.8% 32.4%

    Statistik prevalens perokok di kalangan remaja di bawah umur 18 tahun

    1996 1999

    Keseluruhan 16.9% 18.2%

    Lelaki 30.7% 29%

    Wanita 4.8% 8%

    Anggaran jumlah perokok dalam jangka masa 25 tahun

    2000 2025

    Populasi 22 juta 30 juta

    15 tahun ke bawah 7.5 juta (34%) 7.2 juta (24%)

    15 tahun ke atas 14.5 juta (66%) 22.8 juta (76%)

    Perokok dewasa sedia adaPerokok lelaki 49% 30%

    Perokok wanita 4% 10%

    Keseluruhan 25% 20%

    Jumlah perokok dewasa 3.6 juta 4.6 jutaSumber: Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia

    bk_tak nak merokok_bm.qxp 14/02/2005 21:58 Page 9

  • 10

    Statistik tabiat merokok di seluruh dunia

    Rupa hebat, senyuman memikat,

    gigi berkarat!

    Orang yang merokok selalunya cepat nampaktua. Selain itu, gigi berkarat, nafas berbau dansenang dapat penyakit. Kalau nasib tak baik,mati pucuk dibuatnya. Buat apalah bakar duit,memburukkan rupa dan meracuni badan.Lagipun, merokok bukannya cool. Janganmula.

    Rupa hebat, senyuman memikat,

    gigi berkarat!

    Orang yang merokok selalunya cepat nampak tua.Selain itu, gigi berkarat, nafas berbau dan senangdapat penyakit. Kulit pun boleh berkedut dibuatnya.Sayang... buat apalah bakar duit, memburukkan rupadan meracuni badan. Lagipun, merokok bukannyacool. Jangan mula.

    Perangkaan perokok di seluruh duniaSeluruh dunia 47% lelaki dewasamerokok

    12% wanita dewasamerokok

    Trend mendatar

    Negara maju 42% lelaki dewasa