biodata tokoh

Upload: alieza-azman

Post on 07-Mar-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Biodata Tokoh: Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.

Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.

Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.

Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.

Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.

Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.

Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).

Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.

Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini.

Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.

Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus 'perniagaan' sememangnya sesuatu yang semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Setar semasa masih berada di alam persekolahan.

Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.

Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.

Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Tun Dr Mahathir bin Mohamaddilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakanPerdana Menteri Malaysiayang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbarThe Straits TimesSingapurapada 20 Julai, 1947 bertajuk Malay Women Make Their Own Freedom. Ketika penggal kepimpinannya dari16 Julai1981sehingga31 Oktober2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju diAsia Tenggarasehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dariKrisis Kewangan Asia 1997dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dariIMFyang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambildikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhirdimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawalsebagai alternatif kepada"Sistem Ekonomi Persendirian"dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagaiautokratikoleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau olehThe New York Timesmenyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubunngAkta Keselamatan Dalam Negeriyang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhankronismeseperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasukJambatan Pulau Pinang,Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA),Koridor Raya Multimedia(MSC), Pusat PentadbiranPutrajayadanLitar Antarabangsa Sepang.Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkanDarjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negarayang membawa gelaranTun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuahNegara industri baruyang disegani di kalangannegara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepasPresiden SuhartodariIndonesia.

Bapa PembangunanNama :Tun Abdul Razak bin Datuk HusseinLahir : 11 Mac 1922,

di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.

Pendidikan : Sekolah Melayu Langgar, Pekan.

Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK.

1940 - Raffles College Singapura - Pentadbiran

1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang.

1950 - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law.

Kerjaya1952- Setiausaha Kerajaan Pahang.1955- Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan -bertanding pilihanraya pertama dan menang,

Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak

yang menentukan sistem Pelajaran Negara pada 16.05.1956.

BergelarBapa PembangunanLuar Bandar keranausaha gigih beliau naikkan taraf luar bandar.

1970- 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa.Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani.

14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke

rahmatullah di London.

Jenazahnya dikebumikan diMakam Pahlawan Masjid Negara.

Allahyaraham Tun Abdul Razak

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' HusseinPerdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)Bapa Pembangunan Malaysia

EraTun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922.

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976

Asal UsulPendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.

Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'.

Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.

Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya.

Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya sendiri.

Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.

Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Peranan Dan SumbanganAllahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.

Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.

Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.

Di arena antarabangsaDi arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.

Membangunkan Malaysia

Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.

Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.

'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:

? Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum? Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.

Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu.

Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.

Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit.

Pemimpin yang berjiwa rakyatAllahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.

Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.

Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik.Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati hari ini.

KeistimewaanAllahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein seorang pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul Razaklah yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik Gerakan'.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa Pembangunan Malaysia.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati. Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.BIODATA Y.A.B TUN HUSSEIN ONN

Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn (1976-1981)

Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru.

Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan

Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak.

Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran

menengahnya di English College, Johor Bahru.

Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai

kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor.

Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera

di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942.

Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.

Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah.

Setelah peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian

Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada

pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih

di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi.

Ketika itu beliau berpangkat Kapten.

Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru.

Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.

Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah. Setelah peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi. Ketika itu beliau berpangkat Kapten.

Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot, Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.

Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan.

Semasa darurat beliau dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan Kawalan Kampung di Johor. Tun Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951. Seterusnya Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, malangnya parti itu tidak mendapat sambutan. Sewaktu bersara dari politik, beliau telah pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn, England dan telah lulus sebagai seorang peguam pada tahun 1958.

Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur, dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970.

Sebagai Menteri Pelajaran beliau telah menghadapi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pelajaran, termasuk mengenai masalah keciciran di kalangan penuntut-penuntut sekolah. Pada masa ini juga satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia mengenai sistem ejaan baru telah diadakan di Kuala Lumpur. Pada tahun 1972, Tun Hussein telah dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO.

Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia.

Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalannya.

Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya, Tun Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar termasuklah negara- negara barat dan lain-lain anggota ASEAN. Pada akhir tahun 1977, krisis melanda Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan.

UMNO telah menunjukkan jalan-jalan kepada PAS bagaimana menyelesaikan krisis itu tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan PAS. Kerana krisis itu mungkin membawa kepada keadaan huru hara, Tun Hussein Onn telah mengistiharkan darurat di negeri tersebut. Dalam bulan Mac 1978, satu pilihanraya diadakan bagi Negeri Kelantan, yang mengembalikan kerajaan Barisan Nasional setelah 18 tahun berada di tangan parti pembangkang.

Dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1978, Barisan Nasional yang bermanifesto "A man whom you can trust" (Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang cemerlang dengan 131 kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen, di samping menguasai semua kerajaan-kerajaan Negeri.

Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin supaya parti dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul. Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-elemen yang disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis.