bio f4

22
PANITIA BIOLOGI 2015 Jawab semua soalan. 1. Antara yang berikut, yang manakah dikaji oleh ahli biologi? A Pergerakan objek B Kesan daya C Bintang, planet dan buruj D Kesan pencemaran ke atas organism 2. Aktiviti pembalakan membunuh tumbuhan, memusnahkan habitat haiwan dan menganggu keseimbangan alam. Antara ahli Biologi berikut, yang manakah tidak terlibat dalam hal ini? A Ahli botani B Ahli zoology C Ahli ekologi D Pakar ginekologi 3. Graf yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dilukis dengan menggunakan keputusan satu eksperimen. Rajah 1 Kadar tindak balas adalah A Pembolehubah yang dimalarkan B Pembolehubah bergerak balas C Pembolehubah yang tidak bersandar D Pembolehubah manipulasi 1

Upload: zam-zarina

Post on 13-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

soalan peperiksaan pertengahan tahun

TRANSCRIPT

Page 1: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

Jawab semua soalan.

1. Antara yang berikut, yang manakah dikaji oleh ahli biologi?

A Pergerakan objekB Kesan dayaC Bintang, planet dan burujD Kesan pencemaran ke atas organism

2. Aktiviti pembalakan membunuh tumbuhan, memusnahkan habitat haiwan dan menganggu keseimbangan alam. Antara ahli Biologi berikut, yang manakah tidak terlibat dalam hal ini?

A Ahli botaniB Ahli zoologyC Ahli ekologiD Pakar ginekologi

3. Graf yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dilukis dengan menggunakan keputusan satu eksperimen.

Rajah 1

Kadar tindak balas adalah

A Pembolehubah yang dimalarkanB Pembolehubah bergerak balasC Pembolehubah yang tidak bersandarD Pembolehubah manipulasi

1

Page 2: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

4. Rajah 2 menunjukkan satu sel haiwan.

Rajah 2

Apakah organel yang berlabel X?

A NukleolusB MitokondriaC Retikulum endoplasma kasarD Retikulum endoplasma licin

5. Antara organel berikut, yang manakah terdapat dalam sel haiwan tetapi tidak terdapat dalam sel tumbuhan?

A VakuolB SentriolC KloroplasD Mitokondria

6. Rajah 3 menunjukkan satu sel haiwan.

Rajah 3

Antara bahagian yang berlabel X, Y dan Z, yang manakah mewakili jasad Golgi, mitokondria dan kromosom?

2

Page 3: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

Jasad Golgi Mitokondria KromosomA X Y ZB Y Z XC Z X YD X Z y

7. Dalam organel yang manakah protein disintesis?

A NukleusB RibosomC KloroplasD Mitokondria

8. Tisu otot penerbangan burung memerlukan banyak tenaga dan mengandungi sebilangan besar

A NukleusB RibosomC KloroplasD Mitokondria

9. Aras organisasi sel dalam satu organisma multisel adalah seperti berikut.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan satu contoh bagi P?

3

Page 4: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

10. Rajah 4 menunjukkan sejenis tisu asas tumbuhan yang terdiri daripada sel berdinding nipis tersusun secara longgar dengan ruang di antaranya dan mempunyai vakuol besar.

Rajah 4

Apakah jenis tisu ini?

A Tisu epidermisB Tisu parenkimaC Tisu kolenkimaD Tisu sklerenkima

11. Sel dan sistem yang manakah dipadankan dengan betul?

4

Page 5: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

12. Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen yang disediakan untuk mengkaji pergerakan air melalui tiub Visking.

Rajah 5

Aras larutan di dalam tiub kapilari ditandai pada awal eksperimen.Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan perubahan isipadu larutan di dalam tiub Visking dan aras larutan di dalam tiub kapilari?

Isipadu larutan di dalam tiub Visking

Aras larutan di dalam tiub kapilari

A Bertambah MeningkatB Berkurang MeningkatC Tidak berubah Tidak berubahD Tidak berubah Meningkat

13. Sejenis pergerakan molekul merentas membrane plasma satu sel diterangkan di bawah.

Tidak memerlukan tenaga Berlaku dengan bantuan protein pembawa Molekul bergerak menuruni kecerunan kepekatan larutan

Apakah jenis pergerakan ini?

A OsmosisB Resapan ringkasC Pengangkutan aktifD Resapan berbantu

5

Page 6: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

14. Rajah 6 menunjukkan Amoeba sp.

Rajah 6

Antara bahan berikut, yang manakah tidak boleh meresap merentas membran plasma Amoeba sp?

A AirB OksigenC GlukosaD Karbon dioksida

15. Rajah 7 menunjukkan pergerakan satu bahan merentas membrane plasma satu sel melalui satu proses tertentu.

Rajah 7

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai proses ini?

A Proses ini tidak memerlukan tenagaB Proses ini dikenal sebagai pengangkutan aktifC Bahan ini bergerak menentang kecerunan kepekatanD Protein yang dilalui oleh bahan dipanggil pam

6

Page 7: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

16. Bagaimanakah pengangkutan aktif berbeza daripada osmosis, resapan ringkas dan resapan berbantu?

A Pengangkutan aktif memerlukan tenagaB Pengangkutan aktif tidak memerlukan tenagaC Molekul-molekul bergerak menentang kecerunan kepekatanD Molekul-molekul bergerak menuruni kecerunan kepekatan

17. Rajah 8.1 menunjukkan pergerakan bahan A merentas membrane plasma satu sel secara proses X. Rajah 8.2 menunjukkan pergerakan bahan B merentas membran plasma satu sel secara proses Y.

Rajah 7.2

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang perbezaan antara proses X dengan proses Y?

Proses X Proses YA Proses pengangkutan aktif Proses resapan berbantuB Proses ini tidak memerlukan

tenagaProses ini memerlukan tenaga

C Protein Q dikenal sebagai pam

Protein R dikenal sebagai protein liang

D Bahan A bergerak menentang kecerunan kepekatan

Bahan B bergerak menuruni kecerunan kepekatan

7

Page 8: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

18. Bagaimanakah garam mineral diserap daripada tanah oleh sel epidermis akar?

A Melalui osmosisB Melalui pengangkutan aktifC Melalui resapan ringkasD Melalui resapan berbantu

19. Rajah 8 menunjukkan keadaan satu sel tumbuhan berubah selepas direndam di dalam air suling.

Rajah 8

Apakah proses yang menyebabkan perubahan keadaan sel tumbuhan ini?

A OsmosisB Resapan ringkasC Pengangkutan aktifD Resapan berbantu

20. Beberapa hirisan timun yang direndam di dalam larutan garam menjadi lembik. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan mengapa hirisan timun ini menjadi lembik?

A Garam bergerak ke dalam hirisan timun secara osmosisB Air bergerak ke dalam hirisan timun secara osmosisC Air bergerak keluar daripada hirisan timun secara osmosisD Garam bergerak ke dalam hirisan timun secara pengangkutan aktif

21. Rajah 9 menunjukkan keadaan sebatang pokok

8

Page 9: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

Rajah 9Antara perkataan berikut, yang manakah menjelaskan keadaan sel pokok ini?

A SegahB KrenasiC HemolisisD Plasmolisis

22. Satu hirisan ubi kentang direndam di dalam larutan sukrosa 30%. Satu lagi hirisan ubi kentang dengan saiz yang sama direndam di dalam air suling. Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan keadaan dua hirisan ubi kentang ini?

Direndam di dalam larutan sukrosa 30%

Direndam dalam air suling

A Lembut dan segah Keras dan flasidB Keras dan flasid Lembut dan segahC Lembut dan flasid Keras dan segahD Keras dan segah Lembut dan flasid

23. Antara yang berikut, yang manakah bukan molekul organic dalam badan manusia?

A LipidB ProteinC AirD Karbohidrat

24. Antara yang berikut, yang manakah bukan fungsi air?

A Menyediakan permukaan lembap untuk proses resapan gasB Membantu pergerakan sendiC Bertindak sebagai penebat haba dalam badanD Membantu hidrolisis makanan oleh enzim

9

Page 10: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

25. Vitamin manakah yang berfungsi sebagai koenzim dalam proses respirasi sel?

A Vitamin AB Vitamin BC Vitamin CD Vitamin K

26. Antara sebatian berikut, yang manakah bukan polisakarida?

A KanjiB SukrosaC SelulosaD Glikogen

27. Satu peptida boleh diuraikan kepada dua unit asid amino dalam prosesA KondensasiB PemanasanC Penambahan asidD Hidrolisis

28 Apakah ciri yang membezakan lemak tepu dengan lemak tak tepu?

A Lemak tepu tidak mengandungi gliserolB Lemak tepu berkeadaan cecair pada suhu bilikC Lemak tepu mempunyai kandungan kolesterol yang rendahD Lemak tepu tidak mempunyai ikatan ganda dua antara atom-atom karbon

29 Seseorang yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit kardiovaskular dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan

A ProteinB KarbohidratC Lemak tepuD Glukosa

10

Page 11: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

30. Rajah 10 menunjukkan mekanisme tindakan enzim ke atas substrat .

Rajah 10

Apakah yang diwakili oleh p?

A EnzimB SubstratC HasilD Kompleks enzim-substrat

31. Mengapakah maltase hanya dapat menguraikan kanji tetapi tidak dapat menguraikan kanji?

A Saiz molekul maltase lebih kecil daripada molekul kanjiB Kanji menyebabkan struktur tertier maltase tenyahasliC Tapak aktif maltase hanya dapat melengkapi molekul maltosaD Maltase menjadi tidak aktif apabila bergabung dengan kanji

32. Menanggalkan kulit daripada gandum Mengasingkan agar-agar daripada alga laut

Enzim manakah yang sesuai digunakan untuk aktiviti tersebut?

A SelulaseB ProteaseC ZimaseD Amilase

33. Rajah 11 menunjukkan graf kadar tindak balas yang dikawal enzim P, R dan S pada nilai pH yang berlainan.

11

Page 12: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

Rajah 11

Apakah enzim P, R dan S?

P R SA Renin Amilase air liur LipaseB Pepsin Tripsin Amilase air liurC Renin Tripsin LipaseD Pepsin Lipase tripsin

34. Apabila kepekatan enzim adalah tetap, penambahan kepekatan substrat tidak menambahkan kadar tindak balas selepas takat maksimum kerana

A Tapak aktif telah tepu dengan substratB Tindak balas telah mencapai pH optimumC Tindak balas telah mencapai suhu optimumD Hasil yang terkumpul menghalang penggabungan kompleks enzim-substrat

35. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang hipotesis ‘mangga dan kunci’ bagi tindakan enzim?

A Molekul enzim ialah ‘mangga’ manakala molekul substart ialah ‘kunci’B Substrat bergabung dengan enzim di tapak aktifnyaC Kompleks enzim-substrat adalah sangat stabilD Enzim dan substrat mempunyai bentuk permukaan yang saling berpelengkapan

36. Antara yang berikut, yang manakah merupakan salah satu fungsi jalinan endoplasma kasar dalam penghasilan enzim luar sel?

A Mensintesiskan enzimB Menjadikan enzim tidak aktif

12

Page 13: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

C Mengubah suai proteinD Membentuk vesikel angkutan

37. Antar graf berikut, yang manakah menunjukkan kesan kepekatan enzim terhadap tindak balas biokimia yang dimangkinkan oleh enzim apabila kepekatan substrat dimalarkan?

38. Antara unsur berikut, yang manakah merupakan komponen protein dan bukannya karbohidrat?

A Karbon, hidrogen, oksigenB Karbon, oksigen, sulphurC Sulphur, hidrogen, fosforusD Nitrogen, sulphur, fosforus

39. Rajah 12 menunjukkan struktur tiga molekul biologi yang besar.

13

Page 14: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

Rajah 12

Apakah tiga molekul biologi ini?

P Q RA Lipid Protein KarbohidratB Protein Lipid KarbohidratC Karbohidrat Lipid ProteinD Protein Karbohidrat lipid

40. Kanji mengalami hidrolisis dalam dua peringkat untuk menjadi bahan P dan bahan Q.

Kanji ---------------- P -------------------- Q

Apakah bahan P dan bahan Q?

P QA Fruktosa GlukosaB Maltose GlukosaC Fruktosa GalaktosaD Galaktosa glukosa

41. Larutan bagi suatu bahan menghasilkan mendakan merah bata apabila diuji dengan larutan Benedict. Apakah bahan ini?

A Kanji

14

Page 15: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

B SukrosaC LaktosaD Glikogen

42. Antara bahan berikut, yang manakah bukan protein?

A EnzimB SelulosaC AntibodyD Haemoglobin

42 Antara struktur berikut, yang manakah menunjukkan struktur protein?

43. Rajah 12 menunjukkan hidrolisis satu molekul trigliserida.

Rajah 12

Apakah X, Y dan Z?

X Y ZA Glukosa Amylase Asid lemakB Alcohol Lipase Glukosa

15

Page 16: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

C Kanji Amylase Asid aminoD Air Lipase gliserol

44. Hormon berikut adalah lipid.

Estrogen Progesterone testeron

Apakah jenis lipid bagi hormone-hormon ini?A MinyakB LilinC SteroidD Fosfolipid

45. Antara graf berikut, yang manakah menunjukkan hubungan yang betul antara kadar tindak balas tripsin dengan suhu?

16

Page 17: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

46. Pepsin menghidrolisiskan

A LipidB KanjiC ProteinD Karbohidrat

47. Rajah 13 menunjukkan hipotesis ‘mangga dan kunci’ yang menjelaskan bagaimana enzim menguraikan suatu substrat.

17

Page 18: bio f4

PANITIA BIOLOGI 2015

Rajah 13

Berdasarkan rajah , pernyataan yang manakah tidak benar?

A Enzim dan subsrat bergabung menjadi satu kompleks enzim-substrat.B Bentuk substrat membenarkannya bergabung dengan tapak enzimC Bentuk tapak aktif enzim tidak membenarkan substrat bergabung dengannya.D Substrat diuraikan kepada dua atau lebih hasil

48 Antara persamaan berikut, yang manakah mewakili penguraian protein di dalam perut?

A Protein + air ---- polipeptidaB Protein + air -- polipeptidaC Protein --- polipeptida + airD Protein -- polipeptida + air

49. Antara berikut, yang manakah bukan fungsi normal protein?

A Untuk membekalkan tenagaB Untuk melindungi diri daripada penyakitC Untuk mengangkut bahan-bahan lainD Untuk mempercepatkan tindak balas kimia.

50. Antara faktor berikut, yang manakah mengakibatkan perubahan pada tapak aktif suatu enzim?

A PembekuanB PemanasanC HidrolisisD Kondensasi

Kertas Soalan Tamat

18