bilangan 28 tahun 15 januari - disember 2018 berangkat … · bilangan 28 tahun 15 januari -...

12
Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat ϭ Berangkat saksikan aktiviti HKK 2018 Bandar Seri Begawan, Ahad, 06 Mei 2018 -. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli dan menyaksikan aktiviti-aktiviti acara Riadah Keluarga Harmoni yang berlangsung di Taman Haji Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara. Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al- Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Acara tersebut diwarnai dengan tiga kategori, iaitu Aktiviti Ceria Keluarga, Aktiviti Pameran Info Keluarga dan Aktiviti Jualan Bazaar Keluarga Cermat. KEBAWAH DYMM berkenan menyaksikan pameran Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat pada HKK 2018 Aktiviti Ceria Keluarga mengandungi aktiviti berbentuk permainan kekeluargaan. Sementara itu, Aktiviti Info Keluarga, merupakan pameran- pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta perbadanan-perbadanan kebajikan yang bertujuan untuk memberi nasihat, sokongan dan maklumat yang berfaedah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap isu-isu kekeluargaan dan isu-isu yang berkaitan. Antara yang menyertai pameran berkenaan terdiri dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Persatuan Warga Emas Brunei dan Muara, Persatuan Warga Emas Tutong, Pusat Bahagia, Persatuan SMARTER Brunei, Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga (Jabatan Hal Ehwal Syariah), Unit Pendidikan Khas (Jabatan Pengajian Islam). Pameran Menghalusi Solat dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Klinik Surah Al-Fatihah, Jabatan Muzium- Muzium, Jerudong Park Medical Centre, Syarikat Darussalam Enterprise, Tabung Amanah Pekerja (TAP), Pusat Promosi Kesihatan, Majlis AIDS Brunei Darussalam, Telekom Brunei Berhad (TelBru), Syarikat DST dan banyak lagi. Kemudian aktiviti tersebut diserikan lagi dengan Jualan Bazaar Keluarga Cermat, iaitu ‘Food Bazaar’ dan ‘Non- Food Bazaar’ daripada pembekal- pembekal dan syarikat tempatan bagi memeriahkan lagi suasana acara kemuncak perhimpunan keluarga. Para peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang biasa berniaga di Bandarku Ceria setentunya tidak melepaskan peluang berjaja pada hari tersebut dalam sama-sama memeriahkan lagi Sambutan HKK 2018. Sebanyak 3,000 hadiah-hadiah menarik disediakan yang ditaja oleh pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta badan-badan korporat dan organisasi bukan Kerajaan. Dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha bercemar duli dan seterusnya menyaksikan aktiviti-aktiviti Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni 2018 Kebangsaan (HKK) tahun ini mencerminkan keprihatinan baginda serta kerabat diraja kepada rakyat dan masyarakat, serta memperlihatkan lagi hubungan raja serta rakyat yang tiada tembok, bahkan baginda bersama-sama mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan di negara ini.

Upload: tranthu

Post on 13-Jul-2019

235 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Berangkat saksikan aktiviti HKK 2018

Bandar Seri Begawan, Ahad, 06 Mei 2018 -. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli dan menyaksikan aktiviti-aktiviti acara Riadah Keluarga Harmoni yang berlangsung di Taman Haji Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

Turut berangkat ialah Duli Yang

Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Acara tersebut diwarnai dengan tiga kategori, iaitu Aktiviti Ceria Keluarga, Aktiviti Pameran Info Keluarga dan Aktiviti Jualan Bazaar Keluarga Cermat.

KEBAWAH DYMM berkenan menyaksikan pameran Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat pada HKK 2018

Aktiviti Ceria Keluarga mengandungi aktiviti berbentuk permainan kekeluargaan.

Sementara itu, Aktiviti Info

Keluarga, merupakan pameran-pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta perbadanan-perbadanan kebajikan yang bertujuan untuk memberi nasihat, sokongan dan maklumat yang berfaedah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap isu-isu kekeluargaan dan isu-isu yang berkaitan.

Antara yang menyertai pameran

berkenaan terdiri dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Persatuan Warga Emas Brunei dan Muara, Persatuan Warga Emas Tutong, Pusat Bahagia, Persatuan SMARTER Brunei, Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga (Jabatan Hal Ehwal

Syariah), Unit Pendidikan Khas (Jabatan Pengajian Islam). Pameran Menghalusi Solat dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Klinik Surah Al-Fatihah, Jabatan Muzium-Muzium, Jerudong Park Medical Centre, Syarikat Darussalam Enterprise, Tabung Amanah Pekerja (TAP), Pusat Promosi Kesihatan, Majlis AIDS Brunei Darussalam, Telekom Brunei Berhad (TelBru), Syarikat DST dan banyak lagi.

Kemudian aktiviti tersebut diserikan

lagi dengan Jualan Bazaar Keluarga Cermat, iaitu ‘Food Bazaar’ dan ‘Non-Food Bazaar’ daripada pembekal-pembekal dan syarikat tempatan bagi memeriahkan lagi suasana acara kemuncak perhimpunan keluarga.

Para peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang biasa berniaga di Bandarku Ceria setentunya tidak melepaskan peluang berjaja pada hari tersebut dalam sama-sama memeriahkan lagi Sambutan HKK 2018.

Sebanyak 3,000 hadiah-hadiah menarik disediakan yang ditaja oleh pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta badan-badan korporat dan organisasi bukan Kerajaan.

Dengan keberangkatan Kebawah Duli

Yang Maha bercemar duli dan seterusnya menyaksikan aktiviti-aktiviti Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni 2018 Kebangsaan (HKK) tahun ini mencerminkan keprihatinan baginda serta kerabat diraja kepada rakyat dan masyarakat, serta memperlihatkan lagi hubungan raja serta rakyat yang tiada tembok, bahkan baginda bersama-sama mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan di negara ini.

Page 2: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Bil. 28 Tahun 15 Jan-Dis 18

INFO MAS adalah sebuah Buletin terbitan JAPEM, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang mengongsikan INFOrmasi MASyarakat yang berkaitan dengan JAPEM. Dihasratkan ianya akan menjadi sebuah buletin yang berharga dan menjadi pilihan umpama eMAS………

Terbitan

Bahagian Perhubungan Awam, Sumber dan Sukarelawan

Rekabentuk & Bahan Bahagian Perhubungan Awam,

Sumber dan Sukarelawan

Alamat Jabatan Pembangunan Masyarakat

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Simpang 336 - 17 Jalan Kebangsaan BB4310

Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam

Laman Web

http://www.japem.gov.bn

Email [email protected]

Facebook Jabatan Pembangunan Masyarakat

Twitter

JAPEM_MCYS

Telefon 2381903 / 2381905 / 2381921

Belait: 3342054 Tutong: 4221040

Temburong: 5221563

Helpline Kebajikan 141

Faksimili 2382109

Belait: 3340128 Tutong: 4221390

Temburong: 5221512

Info Mas | Bersama Info Mas

Bandar Seri Begawan, 16 Disember 2018 – Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (Universal Children's Day) Kali Ke-12 diraikan semasa program Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

Sambutan tersebut dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Sekolah-Sekolah (JSS), Kementerian Pendidikan, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM).

Perasmiannya disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii selaku tetamu kehormat. Turut hadir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd. Tahir, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan di KKBS, wakil-wakil daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Ahli-ahli MKM.

Sambutan yang bertemakan 'Go Blue' adalah satu inisiatif bagi menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia yang merupakan sebahagian

daripada komitmen Negara Brunei Darussalam dalam meratifikasikan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child) pada 27 Disember 1995.

Antara objektif sambutan ini

diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pendidikan kanak-kanak, seterusnya memberigakan kepada kanak-kanak tentang cara-cara untuk melindungi diri sendiri daripada menjadi mangsa keganasan, buli dan eksploitasi di sekolah.

Pelbagai aktiviti diadakan semasa sambutan dijalankan, antaranya pameran interaktif dan pemberigaan maklumat dari JAPEM, JSS dan MKM.

Selain itu, sambutan juga diisi dengan aktiviti zumba bersama keluarga, 'face painting', pertandingan mewarna, permainan 'nerf wreck' dan terdapat hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan bagi memeriahkan sambutan tersebut.

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii menyaksikan salah satu aktiviti yang diadakan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (Universal Children's Day) Kali Ke-12

Page 3: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Sukarelawan JAPEM pelajari bahasa isyarat

26 Ogos 2018 - Seramai 32 peserta terdiri daripada sukarelawan berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menyertai Kursus Singkat Bahasa Isyarat yang berlangsung di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia, Brunei dan Muara di sini.

Para peserta diajarkan penggunaan bentuk tangan (hand shapes) bagi mengeja huruf dan nombor, tatacara menyampaikan salam dan mengutarakan pertanyaan menggunakan bahasa isyarat.

Selain itu peserta juga diberikan kesempatan untuk belajar dan menghalusi bahasa isyarat yang betul melalui beberapa aktiviti seperti memperkenalkan diri, belajar menggunakan kata kerja, ekspresi perasaan dan sebagainya.

Kursus ini dikendalikan oleh dua pemudahcara daripada Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, iaitu Dayang Widiafalena binti Haji Surhan dan Dayang Hajah

Mariani binti Abdullah. Antara tujuan kursus

adalah untuk memberikan pendedahan kepada para sukarelawan mengenai isu pendengaran penggunaan dan kepentingan bahasa isyarat bagi kemudahan berkomunikasi dengan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kursus anjuran Unit Sukarelawan, JAPEM dengan kerjasama Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan itu diharap akan dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran para sukarelawan JAPEM untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan OKU yang mempunyai masalah pendengaran agar aktiviti dan kegiatan yang diungkayahkan dapat berjalan dengan lebih efektif.

Di akhir kursus, para peserta menerima sijil penyertaan masing-masing yang disampaikan oleh Penolong Pengarah JAPEM, Haji Khairul Ariffin bin Haji Abd Aji

Info Mas | Beriga

Para sukarelawan yang menyertai Kursus Singkat Bahasa Isyarat yang berlangsung di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia, Kampung Pulaie

Page 4: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Info Mas | Sepanjang Jalan

ACF beri peluang kanak-kanak kembangkan idea Bandar Seri Begawan, 06 Ogos 2018 - Forum Kanak-Kanak ASEAN (ASEAN Children Forum (ACF)) Ke-5 memberikan peluang kepada kanak-kanak dari negara-negara Anggota ASEAN untuk mengembangkan idea dan pelan tindakan tentang isu-isu yang mendatangkan kesan pada kehidupan dan isu-isu serantau, yang menarik minat mereka berdasarkan tajuk-tajuk yang dibentangkan semasa forum berkenaan.

Majlis Pembukaan Rasmi ACF Ke-5 diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Guru Terlatih Pusat Bahagia Brunei Muara, Awang Haji Nuurmatin bin Haji Abu Bakar, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat.

Majlis turut diserikan dengan Persembahan Mari Bercerita yang bertajuk 'Pulau Labi-Labi' oleh pemenang ‘ASEAN Folklore Story-telling Competition 2018’, Awangku Muhammad Aqil Nurfail bin Pengira Hasnul Bahrin dan Awang Waiz Amani bin Aminuddin.

Dalam ucaptama Wakil Istimewa UNICEF bagi Negara Brunei Darussalam, Marianne Clark-Hattingh antara lain berkata, dunia memerlukan penglibatan daripada semua pihak, khususnya kanak-kanak untuk bangkit menjadi pemangkin perubahan.

Mereka tambahnya, boleh membuat sumbangan berharga dan menyalakan api transformasi bagi keluarga, bandar serta negara mereka, di ASEAN dan akhirnya di dunia. Umumnya untuk membina dunia juga masa depan yang mereka mahukan.

Sementara itu, Wakil Istimewa UNICEF dari Jawatankuasa Kebangsaan UNICEF bagi Korea Selatan, Tuan Choi Si-Won pula dalam ucapannya berkata, kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang kerana kanak-kanak di ASEAN layak mendapat masa depan yang lebih baik.

Beliau menambah, perjuangan untuk memastikan dunia adalah selamat, bersih dan sihat untuk anak-anak kita masih berterusan.

Forum dengan tema 'Anak-Anak Kita, Masa Depan Kita, ASEAN Kita' diadakan selama tiga hari bermula 5 Ogos hingga 8 Ogos disertai oleh seramai 70 delegasi yang mewakili negara anggota ASEAN termasuk wakil Suruhanjaya ASEAN mengenai Penggalakan dan Perlindungan

Paradise Resort. Pembentangan dibuat

melalui lakonan dan nyanyian berdasarkan empat isu utama forum yang berkaitan dengan keamanan; keselamatan siber dan jenayah di bawah umur; menghormati semua golongan termasuk orang kelainan upaya, warga emas dan kepelbagaian kaum serta budaya; penjagaan alam sekitar dan gaya hidup sihat dari segi kesihatan fizikal dan mental

Hak Wanita dan Kanak-kanak (ACWC), mentor serta kanak-kanak, berumur 12 hingga 17 tahun.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Setiausaha Tetap KKBS, duta-duta dan perwakilan negara anggota ASEAN serta pegawai- pegawai kanan kerajaan.

ACF Ke-5 berakhir pada 08 Ogos 2018 dengan pembentangan hasil sesi plenari yang diadakan di Mangrove

Para delegasi bergambar ramai bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Page 5: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bergambar kenangan Bersama ahli jawatankuasa tertinggi Pusat Masyarakat Bestari Kampong Pandan

Info Mas | Bariga

PMB Kampung Pandan bagi warga emas dirasmikan 13 Februari 2018 – Menyedari akan hakikat jangka hayat yang kian meningkat ditambah dengan kualiti kehidupan rakyat yang semakin tinggi dan taraf kesihatan yang sangat baik merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan dan terjadi di semua negara termasuk negara kita Brunei Darussalam.

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan sebuah lagi Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di negara ini yang diserapkan dan dinamakan sebagai Pusat Masyarakat Bestari (PMB) Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait.

Pusat ini ditempatkan di bawah satu bumbung dengan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampung Pandan yang berobjektifkan sebagai 'One Stop Centre' untuk aktiviti-aktiviti ke arah menjadikan sebuah masyarakat yang berpengetahuan dan aktif dalam kegiatan berkebajikan.

Ia juga sebagai salah satu kemudahan warga emas untuk berinteraksi atau 'networking' dengan pelbagai golongan masyarakat terutama sekali belia, remaja dan kanak-kanak yang bertujuan untuk

merapatkan jurang antara mereka. Di samping itu, masyarakat juga berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan melalui perkongsian pengalaman warga emas.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan penubuhan PMB Kampung Pandan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Tertubuhnya Pusat Masyarakat Bestari (PMB) Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait 2018 yang kini diperluaskan fungsinya dengan penyerapan aktiviti-aktiviti bagi warga emas diharapkan dapat memenuhi keperluan warga emas untuk terus menikmati kehidupan yang aktif dan dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti serta program bersesuaian bagi para warga emas.

Ia juga diharapkan sebagai langkah pertama bagi Pusat Masyarakat Bestari bagi menarik penglibatan pihak belia dan peringkat masyarakat sekeliling di dalam kegiatan sosial berkebajikan ke arah masyarakat yang bersepadu dan berpengetahuan.

Page 6: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan
Page 7: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan
Page 8: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Para peserta dibahagikan kepada lapan kumpulan dan berpeluang memberi pandangan dan maklum balas mengenai empat bidang, iaitu Kemasyarakatan, Kewangan, Kesihatan dan Keugamaan dengan bimbingan lapan orang fasilitator, terdiri dari wakil-wakil daripada Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM); LiveWIRE Brunei;. Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan; Pusat Da'wah Islamiah dan Kementerian Pendidikan.

Tujuan bengkel ini

Info Mas | Biskita dan Kami

Persembahan pencak silat dan persembahan alat muzik tradisi bernama 'Kasapi' dan diiringi dengan gulintangan dari Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong

diadakan adalah untuk membincangkan dan meneliti Pelan Tindakan Warga Emas dengan memfokuskan kepada empat perkara tersebut.

Dengan adanya bengkel ini diharapkan dapat mengumpulkan maklumat, pendapat dan solusi bagi merancang serta menambah baik apa jua perkara yang berkaitan dalam meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan warga emas di Negara Brunei Darussalam.

Pertahankan hak asasi warga emas

11 Oktober 2018 - Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ikatan kekeluargaan, penjagaan dan perlindungan berkaitan ke arah peningkatan kualiti hidup warga emas, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas (HAWE) 2018 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Dengan membawakan tema 'Meraikan Hak Asasi Warga Emas', sambutan HAWE tahun ini juga bertujuan untuk memberikan galakan dan sokongan dalam memperkasa golongan warga emas, untuk meneruskan bakti dan bergiat aktif meningkatkan taraf kehidupan warga emas.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan sambutan HAWE 2018 tersebut ialah Menteri KKBS, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir Ahli-ahli Majlis

Salah satu kumpulan yang membincangkan bidang kesihatan

Mesyuarat Negara, iaitu Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis; Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin; Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong; Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman; Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, pegawai-pegawai kanan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya dan warga emas.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pencak silat dan persembahan alat muzik tradisi bernama 'Kasapi' dan diiringi dengan gulintangan dari Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong.

Acara kemuncak sambutan ini adalah Bengkel Pelan Tindakan Warga Emas yang diikuti oleh seramai 120 orang peserta, terdiri daripada warga emas dari PKWE Lambak Kanan, PKWE Daerah Tutong dan Pusat Masyarakat Bestari (PMB) Kampong Pandan, Kuala Belait.

Antara yang hadir di Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2018 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Page 9: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Aktiviti membersihkan kawasan luar rumah milik Dayang Saripah binti Haji Ismail dilakukan oleh warga JAPEM

Info Mas | Peristiwa

JAPEM sertai Projek Titih Aktiviti termasuklah

kempen pembersihan dalam dan kawasan luar rumah milik Dayang Saripah binti Haji Ismail seorang balu yang menjaga tiga orang cucu yatim piatu.

Juga hadir ialah Ahli Majlis

Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash'ari; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pemangku Pegawai Daerah Brunei Muara dan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan.

Penglibatan JAPEM dalam

projek ini telah diketuai oleh Pemangku Pengarahnya, Awang Abd Rahman bin Haji Apong

Mentiri, 09 Disember 2018 - Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menyertai Projek Titih, anjuran Kementerian Kebudayaan, belia dan Sukan (KKBS) telah diadakan pagi tadi di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampong Mentiri merupakan aktiviti yang dianjurkan bersempena dengan Hari Bertindakan 2018 ‘Day Of Action’ (D.O.A). Projek tersebut melibatkan pegawai dan kakitangan KKBS, JAPEM, Jabatan Belia dan Sukan, sukarelawan JAPEM.

Turut hadir menyertai

projek, ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Turut hadir menyertai projek

Gambar atas kanan – Sebahagian warga JAPEM yang menyertai Projek Titih

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Para peserta dibahagikan kepada lapan kumpulan dan berpeluang memberi pandangan dan maklum balas mengenai empat bidang, iaitu Kemasyarakatan, Kewangan, Kesihatan dan Keugamaan dengan bimbingan lapan orang fasilitator, terdiri dari wakil-wakil daripada Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM); LiveWIRE Brunei;. Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan; Pusat Da'wah Islamiah dan Kementerian Pendidikan.

Tujuan bengkel ini

Info Mas | Biskita dan Kami

Persembahan pencak silat dan persembahan alat muzik tradisi bernama 'Kasapi' dan diiringi dengan gulintangan dari Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong

diadakan adalah untuk membincangkan dan meneliti Pelan Tindakan Warga Emas dengan memfokuskan kepada empat perkara tersebut.

Dengan adanya bengkel ini diharapkan dapat mengumpulkan maklumat, pendapat dan solusi bagi merancang serta menambah baik apa jua perkara yang berkaitan dalam meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan warga emas di Negara Brunei Darussalam.

Pertahankan hak asasi warga emas

11 Oktober 2018 - Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ikatan kekeluargaan, penjagaan dan perlindungan berkaitan ke arah peningkatan kualiti hidup warga emas, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas (HAWE) 2018 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Dengan membawakan tema 'Meraikan Hak Asasi Warga Emas', sambutan HAWE tahun ini juga bertujuan untuk memberikan galakan dan sokongan dalam memperkasa golongan warga emas, untuk meneruskan bakti dan bergiat aktif meningkatkan taraf kehidupan warga emas.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan sambutan HAWE 2018 tersebut ialah Menteri KKBS, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir Ahli-ahli Majlis

Salah satu kumpulan yang membincangkan bidang kesihatan

Mesyuarat Negara, iaitu Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis; Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin; Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong; Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman; Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, pegawai-pegawai kanan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya dan warga emas.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pencak silat dan persembahan alat muzik tradisi bernama 'Kasapi' dan diiringi dengan gulintangan dari Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong.

Acara kemuncak sambutan ini adalah Bengkel Pelan Tindakan Warga Emas yang diikuti oleh seramai 120 orang peserta, terdiri daripada warga emas dari PKWE Lambak Kanan, PKWE Daerah Tutong dan Pusat Masyarakat Bestari (PMB) Kampong Pandan, Kuala Belait.

Antara yang hadir di Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2018 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Page 10: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Fauziah binti Haji Timbang Kerani Kewangan

Kementerian Pembangunan 06.12.2018

Info Mas | Dalam Kenangan

Kenaikan Pangkat

Dayang Hamizah binti Awang Haji Sarbini Penolong Pegawai Kewangan Tingkat 1

02.01.2018

Nuryazieda binti Muhammad Daud Kerani

13.01.2018

Siti Nursakinah binti Salleh Pegawai Pencen-Pencen Kanan

31.03.2018

Selamat Berpindah

Hajah Noridah binti Abdul Hamid Penolong Pengarah (kumpulan 2) Di Bahagian Perkhidmatan Sosial

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Dalam tanggagaji

10.12.2018

Selamat Bersara Napisah binti Haji Simpol

Pembersih 02.04.2018

Hajah Juhana binti Haji Md Jaya

Kerani Sulit 04.04.2018

Norajah binti Haji Bolhaji

Warden 27.10.2018

Selamat Datang

Allahyarham Hajah Rosnah binti Haji Duraman berusia 55 tahun telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 14 Rabiulakhir 1439 Hijrah bersamaan dengan 01 Januari 2018. Allahyarham mula berkhidmat

AL-FATIHAH dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Yang Negara Brunei Darussalam pada 17.02.1983 sebagai Pegawai Pencen-Pencen di Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan.

Pada 01 Julai 1984, Allahyarham telah diubah gelaran jawatan sebagai Pegawai Pencen-Pencen Tingkat II. Jawatan terakhir Allahyarham ialah Pegawai Pencen - Pencen Tingkat 1

sejak 01 Jun 1998. Allahyarhamah pernah

mengikuti latihan, kursus dan bengkel di dalam negara. Selain itu Allahyarham juga pernah diaturkan untuk menjalankan tugas-tugas sementara atau memangku jawatan-jawatan seperti Pegawai Pencen-Pencen Tingkat 1, Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat, Pegawai Pencen - Pencen Kanan, Penolong Timbalan Pegawal Pencen-Pencen.

Sepanjang berkhidmat

dengan pihak Kerajaan selama 34 tahun, Allahyarhamah telah dikurniakan Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Hari Keputeraan KDYMM yang ke-58 tahun. Menerima Anugerah Pekerja Cemerlang bagi pegawai dan kakitangan KKBS serta Jabatan-jabatan dibawahnya pada 26 Jun 2007.

Seluruh warga JAPEM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau sentiasa dilindungi Allah SWT dan dikalangan orang-orang yang bertaqwa.

Kepada Pegawai-Pegawai yang menerima Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

yang ke-72 tahun.

Pingat Kerja Lama (PKL)

Noryani binti Haji Abd Rani Janapi bin Jian Rogayah binti Abdullah Norliah binti Haji Md Ali Haji Mohd Husaini bin Haji Awang Angkat

Hajah Ajijah binti Haji Usop@Ahad Hajah Siti Mariam binti Haji Hitam Mariani binti Haji Jamil Ismail bin Pengarah Haji Matusin Faridah binti Haji Mahmood

Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Page 11: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Info Mas | Semasa

08 Ogos 2018 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Malam Gala sempena Penutup Forum Kanak-kanak ASEAN (ACF) Ke-5 yang berlangsung di Serambi Suluh, Tarindak D'Seni, di ibu negara.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pemangku Setiausaha Tetap,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria selaku wakil Kebajikan Sosial dan Pembangunan Sosial (SOMSWD) Negara Brunei Darussalam dan Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir.

Sejurus keberangkatan

tiba, DYTM dan YTM dijunjung menyertai sesi bergambar ramai bersama delegasi, disusuli dengan menandatangani lembaran kenangan oleh DYTM dan YTM, dan seterusnya berkenan menyaksikan persembahan kebudayaan bertajuk Senandung Budaya daripada KKBS dengan kerjasama Yippie Music School.

Dalam sembah alu-aluannya Pemangku

Acara kemudian diteruskan dengan sembah rumusan dari perwakilan delegasi kanak-kanak yang telah disampaikan oleh Nurul Farah Nabila binti Kamarudin dari Malaysia, diikuti dengan sembah tayangan video yang menayangkan aktiviti-aktiviti para delegasi sepanjang forum dijalankan.

Persembahan budaya

daripada para delegasi setiap negara anggota ASEAN turut memeriahkan dan mewarnai lagi majlis tersebut.

DYTM dan YTM

seterusnya berkenan menerima pesambah yang berupa lukisan hasil daripada delegasi kanak-kanak dan setiap negara-negara anggota ASEAN.

Sebelum berangkat

meninggalkan majlis, DYTM dan YTM berkenan menerima junjung ziarah daripada delegasi yang menyertai forum tersebut.

Setiausaha Tetap KKBS antara lain menjelaskan ACF Ke-5 dengan tema Anak-Anak Kita, Masa Depan Kita, ASEAN Kita, telah membincangkan empat isu utama iaitu keamanan; keselamatan (siber dan jenayah di bawah umur); menghormati semua golongan; penjagaan alam sekitar dan gaya hidup sihat.

Sembah beliau lagi,

selama tiga hari forum tersebut diadakan, para delegasi telah berkongsi pengalaman dalam isu-isu yang berkaitan dan mengenal pasti punca-punca utama serta inisiatif nasional yang telah dilakukan di negara masing-masing.

Para delegasi juga

tambahnya, telah membuat beberapa cadangan yang mengandungi satu set pelan tindakan yang boleh dibawa ke hadapan oleh setiap negara di peringkat individu, institusi dan komuniti.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Malam Gala sempena Penutup Forum Kanak-kanak ASEAN (ACF) Ke-5

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Fauziah binti Haji Timbang Kerani Kewangan

Kementerian Pembangunan 06.12.2018

Info Mas | Dalam Kenangan

Kenaikan Pangkat

Dayang Hamizah binti Awang Haji Sarbini Penolong Pegawai Kewangan Tingkat 1

02.01.2018

Nuryazieda binti Muhammad Daud Kerani

13.01.2018

Siti Nursakinah binti Salleh Pegawai Pencen-Pencen Kanan

31.03.2018

Selamat Berpindah

Hajah Noridah binti Abdul Hamid Penolong Pengarah (kumpulan 2) Di Bahagian Perkhidmatan Sosial

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Dalam tanggagaji

10.12.2018

Selamat Bersara Napisah binti Haji Simpol

Pembersih 02.04.2018

Hajah Juhana binti Haji Md Jaya

Kerani Sulit 04.04.2018

Norajah binti Haji Bolhaji

Warden 27.10.2018

Selamat Datang

Allahyarham Hajah Rosnah binti Haji Duraman berusia 55 tahun telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 14 Rabiulakhir 1439 Hijrah bersamaan dengan 01 Januari 2018. Allahyarham mula berkhidmat

AL-FATIHAH dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Yang Negara Brunei Darussalam pada 17.02.1983 sebagai Pegawai Pencen-Pencen di Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan.

Pada 01 Julai 1984, Allahyarham telah diubah gelaran jawatan sebagai Pegawai Pencen-Pencen Tingkat II. Jawatan terakhir Allahyarham ialah Pegawai Pencen - Pencen Tingkat 1

sejak 01 Jun 1998. Allahyarhamah pernah

mengikuti latihan, kursus dan bengkel di dalam negara. Selain itu Allahyarham juga pernah diaturkan untuk menjalankan tugas-tugas sementara atau memangku jawatan-jawatan seperti Pegawai Pencen-Pencen Tingkat 1, Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat, Pegawai Pencen - Pencen Kanan, Penolong Timbalan Pegawal Pencen-Pencen.

Sepanjang berkhidmat

dengan pihak Kerajaan selama 34 tahun, Allahyarhamah telah dikurniakan Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Hari Keputeraan KDYMM yang ke-58 tahun. Menerima Anugerah Pekerja Cemerlang bagi pegawai dan kakitangan KKBS serta Jabatan-jabatan dibawahnya pada 26 Jun 2007.

Seluruh warga JAPEM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau sentiasa dilindungi Allah SWT dan dikalangan orang-orang yang bertaqwa.

Kepada Pegawai-Pegawai yang menerima Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

yang ke-72 tahun.

Pingat Kerja Lama (PKL)

Noryani binti Haji Abd Rani Janapi bin Jian Rogayah binti Abdullah Norliah binti Haji Md Ali Haji Mohd Husaini bin Haji Awang Angkat

Hajah Ajijah binti Haji Usop@Ahad Hajah Siti Mariam binti Haji Hitam Mariani binti Haji Jamil Ismail bin Pengarah Haji Matusin Faridah binti Haji Mahmood

Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Page 12: Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Berangkat … · Bilangan 28 Tahun 15 Januari - Disember 2018 Ceria setentunya tidak melepaskan sam pamera kerajaan dan bukan k yang bertujuan

Info Mas | Jabatan Pembangunan Masyarakat , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | www.japem.gov.bn | Helpline 141 | Facebook: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya diperkenalkan pada tahun 1954 dan berkuat kuasa sejak tahun 1955.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena Awal Tahun Masihi 2018 pada 1 Januari yang lalu telah mengurniakan perkenan bagi pindaan pada Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya khususnya pengurniaan Pencen Hilang Upaya yang pada masa ini dikurniakan kepada Rakyat dan Penduduk Tetap negara ini yang berkelayakan dan berumur 15 tahun ke atas, untuk dilaratkan

kepada Rakyat dan Penduduk Tetap negara ini yang berumur di bawah 15 tahun, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 Masihi bersamaan 14 Rabiulakhir 1439 Hijrah

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), iaitu agensi yang. Dipertanggung-jawabkan bagi melaksanakan Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya, sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa pengurniaan Pencen Hilang Upaya bagi Rakyat dan Penduduk Tetap negara ini bermula sejurus mendapat pengesahan kurang atau hilang upaya daripada Pegawai Perubatan Kerajaan dan akan digelar sebagai 'Elaun Kurang

Upaya' khususnya bagi kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah yang berstatus Penduduk Tetap, Pengurniaan Elaun Kurang Upaya ini akan hanya dihulurkan kepada mereka yang 'stateless' yang lahir di Negara Brunei Darussalam sahaja.

Manakala proses Permohonan Elaun Kurang Upaya ini adalah sama seperti Permohonan Pencen Hilang Upaya yang telah berjalan dan diguna pakai selama ini oleh pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). Juga dimaklumkan bahawa kadar Elaun Kurang Upaya, iaitu bagi yang berumur 15 tahun ke bawah adalah sebanyak BND150.00 setiap sebulan.

Bagi pemohon yang berkelayakan, tarikh kelayakan untuk mendapat Elaun Kurang

Upaya adalah bermula dari tarikh pindaan itu berkuat kuasa, iaitu 1 Januari 2018 dan pembayaran akan dilaksanakan setelah selesai proses pengesahan diterima.

Bagi keterangan lanjut orang ramai bolehlah datang ke JAPEM di Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan atau menghubungi terus ke talian +673 2382911 atau +673 2381903 sambungan 1142 / 1145 / 1138 ke Bahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-Pencen. Pemohon di Daerah Tutong, Belait dan Temburong bolehlah datang terus ke cawangan-cawangan JAPEM di daerah masing-masing

Pindaan Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya (Penggal 18)

kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN) melalui Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah.

Tujuan program adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran mengenai bahaya dadah dalam kalangan pekerja-pekerja termasuk penerangan mengenai peruntukan undang-undang yang mengawal kesalahan-kesalahan dibawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh BKN. Taklimat tersebut diselajurkan dengan satu pameran di luang legar tingkat bawah, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Program tersebut telah diungkayah oleh Bahagian Perhubungan Awam, Sumber dan Sukarelawan (PASS), JAPEM dengan

Pameran mini Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Tempat Kerja mendapat sambutan dari pegawai dan tenaga kerja JAPEM

2018 yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini.

20 Ogos - Lebih 50 orang pegawai dan tenaga kerja JAPEM menghadiri Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Tempat Kerja bagi tahun