bil: 59 / 2015

67
5 59 JUARA KESELURUHAN HARI INOVASI 1NRE JUPEM

Upload: duongnhan

Post on 01-Feb-2017

288 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil: 59 / 2015

Jabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaWisma JUPEM

Jalan Sultan Yahya Petra50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618www.jupem.gov.my

559

JUARA KESELURUHANHARI INOVASI 1NRE

JUPEM

Page 2: Bil: 59 / 2015

Rencana Pengarang

Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera dan Salam 1 JUPEMAlhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Berita Ukur Bil. 59, edisi Julai – Disember 2015 telah berjaya diterbitkan mengikut tempoh masa seperti yang dirancangkan. Sedar tidak sedar, kita telah pun berada di penghujung tahun 2015 dan bakal memasuki tahun baru 2016. Sukuan kedua tahun 2015 ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dan aktiviti yang menarik untuk dijadikan kenangan dan dikongsikan bersama-sama warga JUPEM. Sehubungan itu, pihak sidang pengarang ingin menyeru mana-mana pihak sama ada daripada Bahagian di Ibu Pejabat atau pun JUPEM Negeri bagi menyumbangkan apa jua bentuk hasil karya untuk dimuatkan dalam Berita Ukur dalam edisi yang seterusnya. Sumbangan karya tersebut boleh diemelkan kepada sidang pengarang melalui emel [email protected] atau [email protected].

Sekian, terima kasih.

Pengarang

JUPEM Pertahankan Juara Keseluruhan Hari Inovasi 1NRE

57Muka Surat Depan

PENGARANGDari Meja

Sida

ngREdAksi

PenasihatDatuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PengerusiDato’ Sr Hasan bin Jamil

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I

Ketua PenyuntingSr Wan Mohamad Darani bin

Ab. Rahman

PenyuntingSr Looi Kam Seng

Pengarang / Jurugambar / RekabentukNurul Hayati binti Ismail

Hasni bin OmarHasanul Ariffin bin Mohd Nor

Ahmad Najmi bin Awang

Ketua PercetakanSr Zoher bin Nomanbhoy

Semua rencana, artikel dan bahan tulisan yang terdapat di dalam Berita Ukur ini adalah sumbangan daripada Bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan JUPEM Negeri yang terlibat.

Bahagian Perancangan dan KorporatJabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaTingkat 13, Wisma JUPEMJalan Sultan Yahya Petra50578 Kuala LumpurTel : 03-2617 0800Fax : 03-26170990

www.jupem.gov.my

www.facebook.com/page/jabatan-ukur-dan-pemetaan-malaysia

559

JUARA KESELURUHANHARI INOVASI 1NRE

JUPEM

Page 3: Bil: 59 / 2015

KandunganJABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYS IA

bersama warga jupemuTama

aKTIVITI INOVasI jupem

peNgIKTIraFaN

aKTIVITI

Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Dan Bola Tampar JUPEM7Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama

YB Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE)

4

Mesyuarat Pengurusan JUPEMBilangan 3/20155

Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Tahun 20156

Majlis Sambutan Aidilfitri 20158

Majlis Jasamu Dikenang12

Taklimat Pemahaman Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:201518

Anugerah Amalan Terbaik AKRAB (ATA)53

Anugerah Naziran Cemerlang Bahagian Pemetaan Topografi Sabah Bagi Tahun 2015

55

JUPEM Pertahan Johan Keseluruhan Pertandingan Sempena Hari Inovasi 1NRE

56Lawatan YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri Ke Persempadanan Antarabangsa Malaysia - Thailand di Negeri Perlis

28

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Anugerah Inovasi 1NRE

48

JUPEM Pahang Dan JUPEM Pulau Pinang Terima Anugerah Di Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pahang Dan Cabaran Inovasi Inklusif MOSTI

49

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JUPEM 201550

Projek Penandaan, Pengukuran dan Penyelenggaraan Sempadan Antarabangsa Malaysia – Thailand

prOjeK

44Tekanan Darah Tinggi

KesIHaTaN

66

Bengkel Peningkatan Profesionalisme AKRAB JUPEM20

Lawatan YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar Ke Sabah25

Mesyuarat Jawatankuasa Geospatial Pertahanan Siri 12/201524

Taklimat WorldDEM Astrium Airbus Space And Defence22

Mesyuarat Penyelarasan Penyediaan Dokumen ICT Strategic Planning Tahun 2016-2020 Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

23

Page 4: Bil: 59 / 2015

4 UTAMA4

Majlis Perhimpunan Bulanan bersama YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diadakan di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2015. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah dipilih menjadi tuan rumah bagi perhimpunan pertama YB Menteri yang baru dilantik. Majlis disajikan dengan satu tayangan montaj yang memaparkan peranan dan usaha JUPEM dalam pengurusan krisis bencana gempa bumi di Ranau, Sabah dan diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai dan kakitangan JUPEM yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pengukuran di kawasan Ranau dan Gunung Kinabalu, Sabah oleh YB Menteri. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha I dan YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha II serta Ketua-ketua Jabatan/Agensi dan kakitangan di bawah NRE.

M A J L I S P E R H I M P U N A N B U L A N A N B E R S A M AYB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

Page 5: Bil: 59 / 2015

5UTAMA

MESYUARAT PENGURUSAN JUPEM BILANGAN 3/2015

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 3 tahun 2015 telah berlansung pada 28 September 2015 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 40 orang pegawai yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi JUPEM, Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri serta wakil bahagian masing-masing. Mesyuarat ini diadakan secara berkala untuk membincangkan permasalahan dan melaporkan pencapaian sasaran kerja tahunan oleh Pengarah Ukur Bahagian yang terlibat serta melaporkan aktiviti dan pencapaian JUPEM sepanjang tahun kepada YBhg. Datuk KPUP.

Page 6: Bil: 59 / 2015

Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Tahun 2015 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan bertempat di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang pada 28 dan 29 Disember 2015. Persidangan selama dua hari ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JUPEM serta Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah Bahagian, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri serta wakil bahagian yang berkaitan. Dalam persidangan ini, sebanyak 27 kertas kerja telah dibentangkan oleh pegawai-pegawai yang terlibat.

UTAMA66

PERSIDANGAN PENGARAH-PENGARAH UKURT A H U N 2 0 1 5

Page 7: Bil: 59 / 2015

Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Gelanggang Futsal dan Bola Tampar JUPEM pada 31 Julai 2015. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia serta turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II. Gelanggang ini akan diurus dan diselenggarakan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Seramai 100 orang pegawai dan kakitangan JUPEM yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Pasukan Futsal Jabatan, Pasukan Bola Tampar Jabatan, telah sama-sama hadir memeriahkan dan menyaksikan majlis perasmian tersebut.

M A J L I S P E R A S M I A NGELANGGANG FUTSAL DAN BOLA TAMPAR JUPEM

BERSAMA WARGA JUPEM 7

Page 8: Bil: 59 / 2015

Sambutan Aidil Fitri dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, Sr Jasni bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan, Penolong-Penolong Pengarah Ukur dan warga JUPEM Negeri Sembilan. Turut hadir ke majlis ini adalah mantan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan iaitu Sr Hj. Hamdani bin Hj. Sadiman dan Sr Hj. Abd. Rahman bin Mohd Don serta Juruukur-juruukur Tanah Berlesen.

Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Ibu Pejabat JUPEM telah diadakan pada 31 Julai 2015 bertempat di perkarangan letak kereta Bangunan Ukur, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur. Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM serta para jemputan lain. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I (Pengurusan Sumber Asli) dan YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada anak-anak yatim dan meluangkan masa melawat gerai makanan yang menyajikan pelbagai juadah makanan. Bagi memeriahkan lagi majlis ini, persembahan kumpulan muzik oleh anggota terdiri daripada kakitangan JUPEM telah menghiburkan para hadirin dengan lagu-lagu bertemakan sambutan Hari Raya.

8 BERSAMA WARGA JUPEM8

SAMBUTAN AIDILFITRI 2015J U P E M N E G E R I S E M B I L A N

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI JUPEM 2015

Page 9: Bil: 59 / 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Pejabat Ukur Daerah telah diadakan pada 30 Julai 2015 bertujuan untuk mengeratkan silaturahim Pegawai Kerjaluar dan Pengurusan Tertinggi Jabatan di samping memperkenalkan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor yang baru melapor diri bertugas di Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor. Selain Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, turut hadir ialah Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Penolong-penolong Pengarah Ukur, Pegawai Teknologi Maklumat turut memeriahkan majlis ini. Majlis dipenuhi dengan aturcara salawat dan marhaban, ucapan selamat hari raya dan ramah mesra serta bermaaf-maafan di kalangan hadirin.

Sempena menyambut Syawal, JUPEM Kelantan telah mengadakan majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Raya Adilfitri yang bertempat di perkarangan JUPEM Kelantan pada 6 Ogos 2015. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Tn. Hj. Abdul Aziz bin Yahya telah menyampaikan tazkirah berkaitan menjaga lidah dalam kehidupan seharian. Pelbagai juadah telah disediakan di mana terbahagi kepada tujuh gerai dan diwakili oleh zon amalan EKSA iaitu Zon Wayang Kulit, Zon Gasing, Zon Wau Bulan, Zon Rebana, Zon Serunai, Zon Gendang dan Zon Congkak. Pertandingan gerai tercantik telah dimenangi oleh Zon Wayang Kulit dengan mempersembahkan gubahan buah-buahan. Majlis ini juga turut meraikan golongan Orang Kelainan Upaya daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Ilham, Tendong, Pasir Mas yang dipengerusikan oleh pegawai JUPEM sendiri iaitu En. Mazlan bin Mohamed.

BERSAMA WARGA JUPEM 9

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PEJABAT UKUR DAERAH JOHOR SELATAN

SAMBUTAN AIDILFITRI 2015J U P E M K E L A N T A N

Page 10: Bil: 59 / 2015

10 BERSAMA WARGA JUPEM10

GALERI SAMBUTAN AIDILFITRI DI JUPEM IBU PEJABAT DAN JUPEM NEGERI

Page 11: Bil: 59 / 2015

BERSAMA WARGA JUPEM 11

GALERI SAMBUTAN AIDILFITRI DI JUPEM IBU PEJABAT DAN JUPEM NEGERI

Page 12: Bil: 59 / 2015

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 28 Disember 2015 bertempat di Hotel Swiss Garden Beach Resort Kuantan, Pahang bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada lima orang pegawai JUPEM yang telah bersara.

JUPEM Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Persaraan Pegawai dan Kakitangan pada 12 Ogos 2015 bertempat di Dewan Perdana KRS Bandar Warisan Puteri Sikamat. Majlis Persaraan diadakan bagi meraikan tiga orang kakitangan yang akan bersara pada tahun ini iaitu Encik Abdul Rahman Mardeka bin Simpol (01.09.2015), Encik Abdul Malek bin Shamsuddin (08.09.2015) dan Encik Achuthan a/l Narranan (29.12.2015).

M A J L I S J A S A M U

DIKENANG

12 bersama warga JUPEM12

MAJLIS PERSARAAN PAGAWAI DAN KAKITANGAN JUPEM NEGERI SEMBILAN

Page 13: Bil: 59 / 2015

Pada bulan Disember 2014, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, telah ditemuramah oleh pihak Geospatial World Forum mengenai keperluan penting untuk melihat semula strategi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan hasil temuramah ini telah dimuat naik ke dalam Asia Geospatial Digest.

“There is an imperative need for a relook at our strategies”

Department of Survey and Mapping Malaysia (JUPEM) is looking forward to broader public-private partnership, better collaboration with other authorities and enhance their level of services. Meet YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Director General of JUPEM, speaking on the direction and strategy in achieving those goals.

what are the new ideas and commitment that you would like to bring in? any new direction being implemented now? Anything new for the department will obviously be tied to the continuous struggle of improving ourselves to fulfil the reason for our very own existence, I mean JUPEM’s existence. You may have already been aware of JUPEM’s core functions, which include undertaking cadastral surveys for the issuance of land titles throughout Peninsular Malaysia. Also, performing topographic mapping, developing and maintaining the national geodetic infrastructure as well as conducting demarcation and survey of Malaysia’s international boundary with its neighbours, both on land as well as in the maritime areas. One function that has stood out – being a very routine one, but yet a fundamental task, is that of national topographic mapping. It sticks out because I feel it is an activity that needs to be significantly improved. On this, we actually have a topographic map revision policy which was put in place, more than a decade ago. Basically, it states that for town and city areas, updating will need to be performed once in 3 years; for developing areas - once in 5 years. And for remote or undeveloped areas, or where there is meagre development - once in 10 years. However, we find that the demand for current and accurate geospatial data is so great that the aforesaid policy has now become obsolete. Currently, clients are talking about the need for at least yearly updates, if not better. But, in reality JUPEM has not been able to wholly provide the frequency of updates based on the existing policy, what more to meet the current demands of clients.

So, there is an imperative need for a relook at the strategies utilised in the production of our topographic maps. On this, what I’ve resolved to undertake are:

Firstly, to get the private sector to be involved with the topographic mapping activity. This will be through continuous contracting out of some of the processes of topographic mapping to the consultant land surveyors. As competency in the private sector is currently limited, this will be carried out on a gradual basis. JUPEM will itself have to ensure that this contracting work will be a permanent feature of JUPEM’s work activity. Only then, would more consultant land surveyors be willing to invest in building their capacity to undertake the work in terms of procuring equipment and technologies as well as building their competency. Currently, there are only a small number of firms that are able to carry out the work. And we would like more to be involved with this, in order to expedite the rate of work completion. By the way, JUPEM will have to do their part in obtaining the needed funding and allocation to contract out the work. I have every confidence that this could be done; because the government will need to enlarge the organisation by at least another 50%, if it intends to fulfil the demand for topographic datasets that are current. And this is something which obviously the government could not afford.

TEMURAMAH YBHG. DATUK KPUP BERSAMA GEOSPATIAL WORLD FORUM DALAM ASIA GEOSPATIAL DIGEST

TERBITAN KHAS 13

Page 14: Bil: 59 / 2015

The aforesaid strategy, to me, is most pragmatic considering that the government is for a lean organisation. Furthermore, it is widely acknowledged that the private sector is more productive and efficient. Additionally, an enlarged organisation would be a big future burden on government in regards to the payment of retirement benefits, which are unproductive. Also, it will be a form of smart partnership in between government organisation and the private sector. Getting the private sector firms to be involved, will hopefully spur more innovative and creative solutions and products from data produced too.

Secondly, optimise the government’s call for the use of National Blue Ocean Strategy in undertaking departmental initiatives. On this, it is my intention to collaborate with the Local Authorities in all the states of Malaysia. This essentially will mean innovating on the current pool of resources to achieve high impact programmes. We all know very well that most development occurs at the local level. The local authorities are the ones that generally consider and approve development plans for an area. Hence, they have information on the developments, before and after they occur. In fact, there are already those that require as-built plans to be prepared and submitted to them after completion of construction. So, why not get this available information from them.

We can subsequently use this information and update our maps without having to collect it our self. An updated version of our map could then be given to them in exchange, for their use in performing future local large scale planning. Additionally, we can also obtain information on where developments are approved, and we could use this to plan our data capture for the updates; probably only needing to use our UAVs to image the changes. And this could very well be executed by JUPEM in the States. This, wholesomely could expedite our updating work in a significant way and also reduce our cost of carrying out the work. This idea is still at a conceptual stage. The detail mechanisms are still being worked out. But, what has motivated me to move on to implement this is the support that I’d received from the Secretary General of our Ministry, when I’d made this preliminary proposal to him. Obviously, this approach will need his support because it will eventually need the close collaboration in between two different ministries - the Ministry of Natural Resources & Environment, and the Ministry of Urban Wellbeing, Housing & Local Government.

On further new directions, I strongly believe that we need to significantly increase our own level of commitment to provide better services to our clients. I’ve been emphasising on making use of our development projects to give focus on this matter. One of the initiatives made is to enable our clients to have access to our portal services and amongst other things, create their own maps with facilities to do that thrown in. And we too stand to gain indirectly from the information to be captured in our server; this is more of crowd-sourcing. In addition, I’ve also been stressing on our image library project. This is where I’ve set as the primary objective - of serving our own ortho-photos as the alternative to Google images. I’ve thrown this challenge to my officers, because it does not make sense to find our clients - especially the government departments and agencies, opting for Google images when we ourselves possess better resolution, higher accuracy aerial photo images that could be provided to them. So, the aim is to have this on-line portal service to provide those images to them for their use, as a better alternative; obviously for the areas that we’d completed coverage with our ortho-photos. Additionally, I’d also been stressing on the need to produce more services and products that would be able to meet the needs and demands of users, as well as the need to be “more useful to more people”.

Another major new direction that we would be taking up is that involving underground utility mapping. In this regards, we have just recently obtained approval by the government to our proposal that new utilities must be surveyed at the time that they were emplaced, before they become obscure by earth covering. And that the survey must be performed by authorised land surveyors. We had also been successful in getting this mandatory requirement to be enforced by the local authorities. So, this decision will certainly change the way of doing things, which will eventually have massive cost savings impact to the country. We are working out new arrangements with the concerned authorities, and with these new workflows, underground utility information in future will be transmitted to JUPEM in the states for

“I’ve set as the primary objective - of serving our own ortho-photos as the alternative to google images”

14 TERBITAN KHAS14

Page 15: Bil: 59 / 2015

their keeping and maintenance. And this will assist us in the future in providing accurate, reliable, fit for purpose underground utility data to concerned users, and that’s when we will deliver the so-called “call before you dig services”, when all are in place.

The mission of jupem is an advisor to the government, to provide and manage the national mapping and cadastre information efficiently and also responsible to provide the geodetic infrastructure for the planning & development. How do you aim to fulfill this mission?

We have to continue with our efforts of improving our delivery mechanism. Some of our previous efforts have been entrenched into the working system - they become routine work. We have set KPIs which need to be fulfilled by all concerned - at all levels, right from senior executives and top management, down to the support group level. But, there are also the new initiatives that we have made that would eventually enable us to fulfil our mission. Our recent efforts that have borne fruits include the implementation of the e-cadastre system. This was introduced some 4-5 years ago. Through the implementation of this project, we had been able to address all if not most of the problems or weaknesses that were inherent in our old archaic cadastral survey system. By that, we had been able to now have a unified homogeneous cadastral coordinated system throughout the whole of Peninsular Malaysia. Through that project too, we had been able to make use of the state-of-art technologies in undertaking cadastral surveys and this includes the use of GNSS technology. With all the improvements, we have been able to expedite cadastral survey work towards achieving by next year, our aim of performing all cadastral surveys within 2 months of request - not anymore 2 years of what it used to be.

On quite a similar strategy, we are now in the midst of implementing our e-mapping project. This will allow us to use cutting edge technologies to further improve our production mapping, through further maximal automation of all work processes. The advent of GNSS technologies, image processing UAV’s, digital cameras amongst others will allow us to utilise them to expedite our map production. For example, through this project, we will be able to use digital cameras on all fronts. We now have three units to cover the states of Sabah, Sarawak as well as the whole of Peninsular Malaysia. So, there is no longer the need for the processing and scanning of films and there will be lesser need for ground controls for the Aerial Triangulation process. This will save a lot of time. Also, pertaining to image processing - we now have software suites that will significantly lessen the time of image processing. So is the automated generalisation tool, which will also reduce significantly the time to produce smaller scaled databases. Certainly, the use of GNSS for data capture in the field would help expedite the work as well.

For our geodetic infrastructure we are beginning to further densify our MyRTKnet stations. These are COR stations that not only serve as the fiducial geodetic infrastructure for the country but also provide GNSS data corrections for GNSS user, particularly those who use real time kinematic approach in carrying out their surveys. We currently have 78 stations throughout the country, but we are adding another 15 to cover the gaps, especially in the remote areas. This is important to us as GNSS has now become more widely utilised, particularly in cadastral surveying.

As mentioned earlier, another aspect of our work that I’m emphasizing is on upgrading our services to clients - these clients could be government departments and agencies, could also be the public and those from the survey fraternity. It is my conviction that we owe our existence to our clients. So, it would be in the best interest of the department if we could give our level best to them. This certainly is in line with the governments’ drive - the so called “merakyatkan perkhidmatan awam”, the much advocated approach to improve the effectiveness of public service delivery. Hence, physically we will be renovating our premises to provide for a one-stop centre for our services, especially that for the sales of our products and services. Also the much needed premise to provide consultancy for our services. Thereat, will be a showroom for all the products that we produce. This should not only facilitate our dealings with clients but would also serve as a better marketing avenue for our products, thereby fulfilling a different objective of raising revenue for government.

So far how much progress has been made at the work on finishing the base map for the whole country?

Basically, we already have a base map covering the whole of Malaysia at a scale of 1:50000. Additionally, we also have one at 1:25000 covering the whole of Peninsular Malaysia and about half of that of East

“we have been able to expedite cadastral survey work towards achieving by next year, our aim of performing all cadastral surveys within 2 months of request”

TERBITAN KHAS 15

Page 16: Bil: 59 / 2015

16 TERBITAN KHAS16

Malaysia; frankly, the urgency of having a complete one is not that felt for East Malaysia at this scale as we already have them at 1:50000 scale. We have also city and town maps at scales of 1:5000 & 1:10000 for most of the major towns and cities throughout the country, though some badly need updating work to be carried out. As I had mentioned earlier we are going for the regular yearly updates for these areas, and hope that our plan of roping in the private sector to be involved with mapping work would assist us in this long term vision of having very updated current maps for the whole country, especially that of the towns and cities that would normally experience rapid developments and changes.

How is jupem contributing towards the economic development of malaysia?

Taking the current economic scenario into perspective, we have various government policies in place that will spur economic development of Malaysia. They include the ETP (Economic Transformation

Programme), the GTP (Government Transformation Programme), Digital Economy etc. Within the aforesaid policies are the various programmes that are supposed to be implemented. For instance, in the case of the ETP, there are the so-called 12 NKEA’s (National Key Economic Areas) that are to be given the focus. A major portion, if not all of these will need the use of geospatial information in their implementation. As an exemplification, the NKEA for the development of Greater

Kuala Lumpur/Klang Valley will certainly need the use of geospatial information for planning, land acquisition, valuation, construction etc. And, being the biggest producer and provider of geospatial information in the country, JUPEM obviously had contributed and will continue to significantly contribute to the economic development of Malaysia.

How the development of latest technology had and will transform the landscape of mapping, surveying and cadastre industry in malaysia?

There is a wide array of technologies that had impacted our topographic mapping and cadastral survey industry in Malaysia. They include GNSS, image capture and processing, soft photogrammetry, GIS , computer databasing, LiDAR, UAVs and cloud computing. These technologies have, in regards to JUPEM, transformed the way we do things -the way that we capture, process, maintain and manage geospatial information. Even the way that we provide the infrastructure to support all measurement activities in Malaysia- I mean the geodetic infrastructure. In this regards, the COR stations, which are active have replaced the static monuments of positional reference-serving as the fiducial or fundamental reference of all measurements. GNSS technologies had been the main driver in this and so was the case in the implementation of e-cadastre, which sees more use of GNSS for cadastral surveying. It’s the same with topographic data capture in the field for field completion, where GNSS and GIS technologies have been widely utilised as well. On the imaging front, we see the coming of digital aerial cameras replacing the analogue ones. We at JUPEM have entirely replaced the latter as it has proven to be more cost effective and productive.

We now have utilised too the new image processing softwares that have enabled us to see significant improvement in the time to process those images. This had assisted us in expediting a part of the process in the whole workflow of topographic mapping. The use of latest technologies in databasing also helps us to manage and maintain our data in a more effective manner apart from allowing us to cut down the time of many of the processes in the work flow. They include the on-line management of work, the generalisation process, the managing of information in the database and the actual production of our maps-digital or hardcopy.

On the future, there certainly would be an increased take up rate of GNSS technologies in the work carried out not only for cadastral surveys but also in other survey work as well. I believe the UAVs for data capturing will become increasingly used. As such, policies on this will need to be worked out - we will take a lead on this, in collaboration with the appropriate authorities. LiDAR too will become more popular to address the need for accurate DTMs for specific applications. The consultant land surveyors will obviously need to raise their competency levels in the concerned technologies, if they are to remain competitive.

“being the biggest producer and provider of geospatial information in the country, jupem obviously had contributed and will continue to significantly contribute to the economic development of malaysia”

Page 17: Bil: 59 / 2015

TERBITAN KHAS 17

as a leader who going to lead jupem for many years to come, how do you see jupem in next 5 year time?

I foresee that JUPEM will be a more efficient, credible and higher profiled authoritative national geospatial information producer and provider. With the push to bring the department to provide better and

enlarged services to broader users through partnership and the NBOS strategy, it should earn more extensive realisation and recognition as to its relevance to national development, resource management, security and particularly economic development. The new and broader areas that we will cover include that of providing underground utility mapping information services

(the so-called “call before you dig service”), and large scale geospatial data provider at the local level, including new products that relate to meeting

the needs of large-scale data applications, which may include that which will spin off from the development of our multi-purpose cadastre project.

Could you tell some major achievements of jupem so far?

To me, one of the biggest achievements over the last decade or so is the securing of government’s approval over a major issue involving underground utility mapping. When JUPEM first started undertaking the task of underground utility mapping in 2006, I had then realised that

we are doing something unproductive. What we did, as directed by government then were to keep and maintain underground utility data

delivered to us by utility providers. As we soon found out, the data were mostly inaccurate, and in certain circumstances, incomplete. So, I had initiated a proposal to the government, way back in 2007, in the form of a cabinet paper

to address the issue. Basically,

the proposal is ultimately aimed at

obtaining and maintaining good, accurate, fit-for-purpose underground utility data. And the proposed approach is made very clear, i.e. firstly, to make it mandatory for new underground utility surveys to be performed at the time they were emplaced in the ground, and secondly – that the survey must be carried out by authorised land surveyors. The proposal

had met with many setbacks and it was only after 7 years that we can get this through. And this was eventually made possible with the assistance of the Secretary General of our Ministry, who had additionally helped to secure another important decision, i.e. getting this requirement to be enforced by the local authorities.

Another most current or latest major achievement would have been the implementation of the coordinated cadastral system, through the e-cadastre project. This has enabled the inherent shortcomings of the archaic cadastral survey system, embedded in the system for decades, to be addressed. Combined with the use of latest technologies, it has enabled cadastral survey work to be performed in a more expeditious manner apart from the endeavour resulting in a national digital cadastral database that is homogenous throughout the whole of Peninsular Malaysia. Certainly, the implementation of the MyRTKnet (Malaysian Real-Time Kinematic Network) infrastructure that supports e-cadastre, could also be considered an achievement by itself as well.

where do you see the integration of data happening in malaysia?

In fact, I was talking about this in my presentation during the International Symposium on Spatially Enabling Government in 2012. I did mention about the need for data integration. MaCGDI is the government agency that provides the infrastructure for information to be exchanged. In this regards, they too should provide the tools to integrate information, which come from the various data custodians. With this facility, users can then utilise it for disaster response, flood mitigation, forest management and others. Data and information is one thing, another is the need to focus our efforts on how to make use of them efficiently. So, MacGDI will have to really work on this to ensure data integration being facilitated and made possible by all concerned.

The biggest achievements over the last decade or so is the securing of government’s approval over a major issue involving underground utility mapping”

Page 18: Bil: 59 / 2015

18 BERSAMA WARGA JUPEM18

JUPEM Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan (UPEN) telah menganjurkan Bengkel Garis Panduan Pelaksanaan Pengukuran Ke Atas Jajaran Utiliti Bawah Tanah Semasa Pemasangan pada 11 Ogos 2015 bertempat di Bilik Kenanga, Tingkat Satu, Wisma Negeri, Seremban. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi penjelasan dan pendedahan terperinci kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Pengukuran Ke Atas Jajaran Utiliti Bawah Tanah Semasa Pemasangan khususnya yang melibatkan keperluan JUPEM. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan bagi mengenalpasti kesesuaian kaedah pelaksanaan, menambahbaik prosidur sedia ada dan menetapkan peraturan baru ke arah pelaksanaan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 7 Tahun 2014 tersebut. Bengkel ini telah dihadiri seramai 36 orang peserta daripada pelbagai agensi Kerajaan, pembekal utiliti dan Juruukur Tanah Berlesen.

Satu Taklimat Pemahaman Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 telah diadakan bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM pada 6 Oktober 2015. Taklimat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil dan dihadiri semua Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah Bahagian serta Pengarah-pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Bakri bin Jali, penceramah jemputan dari SIRIM Training Services Sdn. Bhd. bertujuan memberi pemahaman dan pengenalan kepada pihak pengurusan JUPEM akan penambahbaikan standard MS 9001:2008 kepada ISO 9001:2015.

TAKLIMAT PEMAHAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2015

BENGKEL GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGUKURAN KE ATAS JAJARAN UTILITI BAWAH TANAH

SEMASA PEMASANGAN DI JUPEM NEGERI SEMBILAN

18 AKTIVITI18

Page 19: Bil: 59 / 2015

Bahagian Perancangan dan Korporat, JUPEM telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Persembahan dan Penyediaan Dokumentasi Kumpulan Inovatif dan Kreatif JUPEM pada 13 hingga 15 September 2015 bertempat di Institut Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan. Bengkel yang disertai oleh 60 orang pegawai dan kakitangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan persembahan dan kaedah penyediaan dokumentasi KIK yang mantap kepada peserta. Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Haji Husaini bin Haji Morid, penceramah dari QKM Consult.

BENGKEL PEMANTAPAN PERSEMBAHAN DAN PENYEDIAAN DOKUMENTASI KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF JUPEM

Pada 28 dan 29 September 2015 telah berlangsung Kursus Pengurusan Rekod (Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008) JUPEM bertempat di Bilik Seminar Tingkat 1, Bangunan Stor Peta, JUPEM. Kursus anjuran Bahagian Perancangan dan Korporat ini bertujuan menyediakan latihan bagi Pegawai Rekod Bahagian/ Negeri yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dan menjalankan pengauditan bagi memastikan keberkesanan proses-proses dalam SPK mencapai matlamatnya dan memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai keperluan-keperluan standard dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan standard MS ISO 9001:2008. Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah dikendalikan oleh Puan Lizawati binti Darwi dari SIRIM Training Services Sdn. Bhd.

KURSUS PENGURUSAN REKOD (SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008) JUPEM

AKTIVITI 19

Page 20: Bil: 59 / 2015

Pada 23 hingga 26 November 2015, bertempat di Institut Pembangunan Modal Insan (Zon Utara) Jabatan Pengairan dan Saliran, Kampung Temiang, Ipoh, Perak telah berlangsung Bengkel Peningkatan Profesionalisme AKRAB Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Objektif bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan profesionalisme ahli-ahli AKRAB JUPEM serta menjuruskan motivasi diri, mengenalpasti dan menjelaskan faktor-faktor utama dalam pembinaan modal insan dan mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta langkah mengatasi secara berkumpulan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel tersebut adalah lawatan ke Asrama Anak-anak Yatim Darussalam, Ipoh dan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan SOP Penggunaan UAV untuk Tujuan Penggambaran dan Pengimejan dari Udara yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian, Tingkat 14, Wisma JUPEM pada 17 dan 18 Disember 2015. Bengkel telah dipengerusikan oleh Sr Dr. Zainal bin A. Majeed, Pengarah Ukur Seksyen (Dasar Pemetaan) dan dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, Bahagian Geospatial Pertahanan, Bahagian Kartografi dan GIS dan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung. Tujuan SOP ini dihasilkan adalah sebagai panduan dalam penggunaan semua jenis keluaran Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang berada di pasaran untuk kerja-kerja pemetaan dan pemantauan bagi mendapatkan maklumat geospatial. Selain itu, SOP ini menerangkan peranan serta tanggungjawab dalam keseluruhan operasi penerbangan bagi aktiviti penggambaran, pengimejan dan citraan dari udara.

BENGKEL PENYEDIAAN Standard Operating prOcedure (SOP) PENGGUNAAN UAV UNTUK TUJUAN PENGGAMBARAN DAN PENGIMEJAN DARI UDARA

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISMEA K R A B J U P E M

20 AKTIVITI20

Page 21: Bil: 59 / 2015

Satu taklimat pemeriksaan ciri-ciri keselamatan kebakaran dan demonstrasi memadam kebakaran telah diadakan pada 10 Ogos 2015 bertempat di Bilik Gerakan dan perkarangan JUPEM Kelantan. Taklimat yang disampaikan oleh Encik Abdul Manaf bin Jaafar dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan banyak memberi kesedaran dan ilmu bagaimana mengelak daripada berlakunya kebakaran sama ada di tempat kerja mahu pun kediaman. Selepas sesi taklimat demonstrasi memadam kebakaran yang dibantu oleh pegawai daripada jabatan berkenaan juga turut memberi peluang kepada kakitangan mempelajari kaedah yang betul.

Pada 13 Ogos 2015, bertempat di Bilik Gerakan JUPEM Kelantan berlangsung satu majlis taklimat berkaitan pelupusan sisa pepejal dan pembersihan alam sekitar di bawah program amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam dan penyampaian kotak kitar semula. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pegawai daripada PPSPPA/SWCorp Negeri Kelantan.

TAKLIMAT PEMERIKSAAN CIRI-CIRI KESELAMATAN KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN

OLEH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

TAKLIMAT DARIPADA PPSPPA/SWCORP NEGERI KELANTAN BERKAITAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN

PEMBERSIHAN ALAM SEKITAR DI BAWAH PROGRAM EKSA DI JUPEM KELANTAN

AKTIVITI 21

Page 22: Bil: 59 / 2015

2222

TAKLIMAT

WORLDDEM ASTRIUM airbuS Space and defence

Sesi taklimat bertajuk WorldDEM Astrium Airbus Space and Defence telah diadakan pada 7 September 2015 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I. Taklimat disampaikan oleh Mr. Ralf Duering dari Innovative Mapping Solution (IMS) Sdn. Bhd. dan ianya berkaitan teknologi terkini dalam pemetaan termasuk pengenalan data dari WorldDEM serta produk dari Satelit TerraSAR-X yang mempunyai ketepatan sehingga 2m (relative) dan 10m (absolute). Taklimat ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) dan pegawai-pegawai jemputan dari bahagian lain.

AKTIVITI

Page 23: Bil: 59 / 2015

AKTIVITI 23

Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) selaku urus setia telah menganjurkan Mesyuarat Ke-17 Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Kebangsaan (JTNGK) yang diadakan di Bilik Gerakan, Aras 4, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, Pulau Pinang pada 17 September 2015. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I selaku Pengerusi JTNGK dan dihadiri seramai 31 orang ahli terdiri daripada wakil-wakil Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan. Mesyuarat kali ini memberi peluang kepada ahli-ahli mesyuarat melaporkan perancangan kerja, pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan penamaan geografi. Justeru, ahli-ahli mesyuarat yang hadir dapat menyampaikan perkara-perkara yang telah diputuskan dan cadangan-cadangan yang diutarakan dalam mesyuarat ini kepada YBhg. Dato’ SUK Negeri serta Pengarah UPEN Negeri masing-masing supaya ianya dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

MESYUARAT KE-17 JAWATANKUASA TEKNIKAL NAMA GEOGRAFI KEBANGSAAN (JTNGK)

BENGKEL PENYELARASAN PENYEDIAAN DOKUMEN ICT Strategic planning TAHUN 2016-2020 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

Bertempat di Bilik Gerakan JUPEM Negeri Perak telah berlangsung Bengkel Penyelarasan Penyediaan Dokumen ICT Strategic Planning Tahun 2016-2020 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 2 November 2015. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.

Page 24: Bil: 59 / 2015

24 AKTIVITI24

Mesyuarat tahunan antara BGSP dan DGC telah diadakan pada 15 Disember 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat BGSP Tingkat 2, Bangunan Ukur. Buat julung kalinya, Pengarah BGSP mempengerusikan mesyuarat tersebut manakala perwakilan dari DGC merupakan ahli baru yang diwakili oleh Mr. Andrew Mark Foy (Setiausaha Pertama Bagi Kawasan Asia Pasifik), Mrs. Amanda Williams (Pengarah Projek Pertahanan UK) dan Mr. Neil John Anderson, (Pegawai Waran II, Pegawai Attaché Pertahanan bagi Kedutaan British di Kuala Lumpur). Mesyuarat Tahunan antara Malaysia-UK diadakan hampir setiap tahun ini bertujuan untuk membincangkan keperluan DGC untuk memperolehi maklumat data cetak keras

MESYUARAT TAHUNAN ANTARA BAHAGIAN GEOSPATIAL PERTAHANAN (BGSP), JUPEM DAN

DEFENCE GEOGRAPHIC CENTRE (DGC, UK)

M E S Y U A R A T J A W A T A N K U A S A GEOSPATIAL PERTAHANAN SIRI 12/2015

Pada 19 November 2015 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Geospatial Pertahanan siri 12/2015 bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh pengerusi bersama iaitu YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan YBhg. Lt. Jen. Dato’ Sri Haji Sabri bin Adam, Ketua Staf MK ATM.

dan data digital terkini bagi tujuan mengemaskini maklumat sedia ada. Sebagai timbal balas, pihak BGSP telah memohon bantuan untuk mendapatkan carta-carta penerbangan bagi kawasan persekitaran negara-negara jiran di samping maklumat data spatial negara-negara luar sebagai persiapan awal untuk kegunaan anggota ATM yang berkhidmat di luar negara sebagai anggota pengaman Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, BGSP telah berusaha untuk mendapatkan bantuan teknikal dan latihan yang bersesuaian kepada keperluan BGSP untuk membangunkan dan menggunakan aplikasi data geospatial dalam sistem pertahanan negara.

Page 25: Bil: 59 / 2015

AKTIVITI 25

Pada 28 Ogos 2015 pegawai Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di bilik VVIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sewaktu keberangkatan balik YB Menteri ke Kuala Lumpur. YB Menteri sebelum ini telah mengadakan lawatan kerja ke Sabah.

YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha bin Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan rombongannya telah mengadakan lawatan kerja ke Kundasang, Ranau pada 14 Julai 2015. Beliau diiringi oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dan Encik Mustafar bin Hamza, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Sabah) serta pegawai-pegawai kanan jabatan. Antara kawasan yang dilawati ialah stesen cerapan GNSS 24 jam untuk memantau pergerakan mukabumi dan kawasan yang terjejas dengan gempa bumi dan banjir lumpur di Kundasang. Sewaktu lawatan tersebut juga Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menyampaikan sumbangan cenderahati kepada kakitangan JUPEM yang menjalankan tugas.

LAWATAN YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) KE SABAH

LAWATAN KERJA

YBHG. DATO’ SRI ZOAL AZHA BIN YUSOFKETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA (NRE) DAN ROMBONGANNYA KE KUNDASANG, RANAU

Page 26: Bil: 59 / 2015

26 AKTIVITI26

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 14 September 2015. Taklimat berkaitan Jabatan telah diberikan oleh Dr. Teng Chee Hua, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster di Bilik Mesyuarat Topaz, Tingkat 10, Wisma JUPEM.

Delegasi Kementerian Tanah, Bangladesh seramai enam orang yang diketuai oleh Encik Mohammad Shaiful Alam, Setiausaha Kanan Kementerian Tanah, Bangladesh membuat lawatan rasmi ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 21 Oktober 2015 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Majlis dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I (Pengurusan Sumber Asli) dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia serta pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat JUPEM.

LAWATAN DARI JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK

LAWATAN DELEGASI BANGLADESH

Page 27: Bil: 59 / 2015

AKTIVITI 27

LAWATAN DELEGASI INDONESIA

Pada 30 Oktober 2015, satu lawatan delegasi dari Indonesia telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jed, Tingkat 10, Wisma JUPEM. Penerangan mengenai Ukur Kadaster di Malaysia telah disampaikan oleh Sr Haji Anual bin Aziz, Pengarah Ukur Seksyen (Naziran Kadaster).

Pada 22 Oktober 2015, seramai 85 orang pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam bersama dua orang pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan teknikal sambil belajar ke Ibu Pejabat JUPEM. Objektif lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan asas berhubung perolehan dan pengurusan data spatial serta pendigitan di samping memahami peranan kepentingan dan sumbangan JUPEM kepada pembangunan negara. Lawatan tersebut telah diberikan taklimat ringkas mengenai JUPEM, pengurusan data geospatial dan proses penyediaan peta serta mengadakan lawatan ke Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) dan Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS).

LAWATAN TEKNIKAL SAMBIL BELAJAR PELAJAR UiTM, SHAH ALAM KE JUPEM

Page 28: Bil: 59 / 2015

28 AKTIVITI28

Pada 12 November 2015, YB Datuk Ir. Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) buat julung-julung kalinya telah membuat lawatan rasmi ke Sempadan Antarabangsa Malaysia–Thailand. Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia bersama pegawai-pegawai kanan JUPEM yang lain. Sesi taklimat kepada YB Datuk Ir. Hamim bin Samuri telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan dibantu oleh pegawai-pegawai kanan JUPEM dari Bahagian masing-masing. Tujuan lawatan ini adalah bagi membolehkan YB Timbalan Menteri untuk meninjau sendiri secara lebih dekat lagi kawasan-kawasan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand serta perkembangan terkini keadaan di lapangan yang tertumpu kepada soal kedaulatan negara, keselamatan serta aktiviti-aktiviti pembangunan sosioekonomi terutamanya di sepanjang kawasan sempadan bersama ini. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah-Pengarah Ukur Negeri serta kakitangan sokongan dari pelbagai agensi kerajaan.

LAWATAN KERJA YB DATUK IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI, TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN

ALAM SEKITAR (NRE) KE PERSEMPADANAN ANTARABANGSA MALAYSIA-THAILAND DI NEGERI PERLIS

Page 29: Bil: 59 / 2015

AKTIVITI 29

JUPEM Kelantan telah menerima kunjungan daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi, Kolej Cosmopoint pada 15 Disember 2015 yang lepas. Lawatan sambil belajar itu disertai oleh 35 orang pelajar dengan dua orang pensyarah pengiring. Para pelajar tersebut merupakan pelajar jurusan Teknologi Maklumat dan lawatan ini tertumpu kepada teknologi yang diguna pakai di JUPEM sama ada dari segi sistem, software dan hardware. Para pelajar telah dibawa melawat setiap seksyen/cawangan bagi mempelajari dengan lebih jelas penggunaan sistem dalam setiap proses kerja. Mereka juga telah diberi taklimat berkaitan JUPEM secara menyeluruh oleh pegawai JUPEM Kelantan.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menerima lawatan dari Pelajar-pelajar Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 18 Disember 2015, bertempat di Dewan Ukur, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur. Taklimat berkaitan JUPEM telah di sampaikan oleh Encik Adli Ikram bin Ab Halim manakala Sr Mohamad Nizar bin Damis, Penolong Pengarah Ukur (Cawangan Penyelidikan Geospatial) telah memberi penerangan berkaitan pengukuran pemetaan di JUPEM.

LAWATAN DARI PELAJAR KOLEJ COSMOPOINT KE JUPEM KELANTAN

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN MARITIM DAN SAINS MARIN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Page 30: Bil: 59 / 2015

30 AKTIVITI30

Page 31: Bil: 59 / 2015

AKTIVITII 31

pos Kawalan pasukan gerakan am (pga) di burs point, Tawau, sabah(sempena Lawatan pegawai epu ke perairan maritim sabah)

Page 32: Bil: 59 / 2015

3232 AKTIVITI

Pada 10 dan 11 Disember 2015, dua orang pegawai EPU iaitu Encik Nawal Zakhran bin Mahazir dan Encik Khairul Rizal bin Nik Aziz masing-masing daripada Seksyen Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli dan Seksyen K-Ekonomi telah mengadakan lawatan kerja ke JUPEM Sabah. Lawatan tersebut bertujuan mendalami dan memahami skop yang terlibat dengan Projek Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah) dengan Negara Jiran (Indonesia). Ketika lawatan, pegawai tersebut diberi taklimat oleh Sr Mohamad Zaki bin Mohd Ghazali, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah tentang status kerja-kerja pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia, keperluan perolehan kenderaan kerja luar bagi menggantikan kenderaan yang rosak serta pelaksanaan projek GDAS di JUPEM Sabah. Pegawai-pegawai EPU tersebut juga mengadakan lawatan ke stesen MyRTKnet di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Stesen Tolok Air Pasang Surut di Pelabuhan Kota Kinabalu. Pada hari kedua lawatan, pegawai tersebut dibawa melawat sempadan antarabangsa di Pulau Sebatik dan Burs Point, Tawau Sabah bagi meninjau persempadanan Malaysia dengan Indonesia.

LAWATAN KERJA OLEH PEGAWAI UNIT PERANCANG EKONOMI (EPU) KE SABAH

Page 33: Bil: 59 / 2015

33AKTIVITI

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, AKRAB dan Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Negeri Sembilan telah mengadakan Program Tazkirah Ramadhan pada 3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H bertempat di Surau Tingkat 9, Wisma Persekutuan Seremban. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohd Radzi bin Muhidin (Guru Tadbir Al-Quran, Seremban). Ustaz Hj. Mohd Radzi dalam tazkirahnya menerangkan amalan-amalan sunat yang dapat menambah pahala, perkara-perkara yang dilarang dan mengurangkan pahala serta cabaran berpuasa pada masa kini. Di samping itu juga, sesi dialog di antara penceramah dan hadirin diadakan bagi memberikan lebih penjelasan dan pengetahuan. Majlis ini dihadiri oleh warga JUPEM Negeri Sembilan dan kakitangan Jabatan lain yang berada di Wisma Persekutuan seramai hampir 50 orang.

AKRAB dan Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk pada 8 Julai 2015 bertempat di Bengkel Batu Sempadan, Sikamat. Program ini dilaksanakan secara bergotong-royong oleh kakitangan JUPEM Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, Sr Jasni bin A. Rahman. Sumbangan diperolehi daripada kakitangan dan Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Negeri Sembilan. Bubur Lambuk yang telah siap dimasak diagihkan kepada semua warga JUPEM Negeri Sembilan, warga Wisma Persekutuan Seremban dan orang awam. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan di samping menambahkan amalan baik di bulan Ramadhan.

TAZKIRAH RAMADHAN DI JUPEM NEGERI SEMBILAN

GOTONG ROYONG MEMASAK

BUBUR LAMBUK DI JUPEM NEGERI SEMBILAN

Page 34: Bil: 59 / 2015

3434 AKTIVITI

Program Ibadah Qurban Perdana dan Aqiqah telah dianjurkan oleh AKRAB dan Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Negeri Sembilan pada 25 September 2015 bertempat di Bengkel Batu Sempadan, Sikamat, Seremban. Program ini dilaksanakan secara bergotong-royong. Sebanyak dua ekor lembu disembelih meliputi 9 bahagian qurban dan 5 bahagian aqiqah. Semua kakitangan lelaki bekerjasama melapah dan membungkus daging-daging qurban manakala

Sempena menyambut Awal Muharam, pada 5 November 2015 JUPEM Kelantan telah bergotong-royong menyediakan 12 kawah bubur As-Syura yang melibatkan semua kakitangan JUPEM Kelantan termasuk kakitangan di Pejabat Juruukur Jajahan dan Juruukur Tanah Berlesen. Persiapan awal telah dibuat bermula pada 4 Disember 2015 di mana proses mengupas bawang dan bahan-bahan yang diperlukan oleh kakitangan

MAJLIS SAMBUTAN HARI AS-SYURA JUPEM KELANTAN

PROGRAM IBADAH QURBAN PERDANA DAN AQIQAH DI JUPEM NEGERI SEMBILAN

kakitangan wanita pula memasak daging aqiqah dan menyediakan jamuan. Majlis bacaan doa turut diadakan sebelum jamuan makan. Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, Sr Jasni bin A. Rahman mengagihkan daging qurban kepada kakitangan yang hadir. Program ini dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan kakitangan di samping menghayati hikmah di sebalik ibadah qurban yang dilaksanakan.

wanita. Penyediaan bahan-bahan mentah tersebut berlanjutan sehingga petang dan proses memasak beras telah dimulakan pada malam harinya. Bubur As-Syura tersebut siap disediakan pada jam 12.00 tengahari. Melalui program ini, semangat tolong-menolong dan kerjasama dapat diterap dan mengeratkan lagi silaturrahim antara warga JUPEM daripada semua peringkat jawatan.

Page 35: Bil: 59 / 2015

35AKTIVITI

Pada 4 Disember 2015 bertempat di Pejabat Ukur Daerah (PUD), Ayer Keroh telah diadakan satu program Gotong Royong Perdana. Kakitangan kerja luar hadir bagi melaksanakan program tersebut. Tujuan program ini diadakan untuk menyahut seruan kerajaan Negeri Melaka dalam pelaksanaan “Go Green Melaka” di samping meningkatkan kualiti hidup dan menjamin persekitaran yang mesra alam. Ia sejajar dengan saranan Perdana Menteri, iaitu:

“green Technology is a blue ocean strategy as it transcends across all sectors of the economy. It provides vast opportunities for government and business to innovate and grow as well as developing new parts of competitiveness.”

Dato’ sri Najib Tun razakOpening Remarks Green Technology and Climate Change Council14 Disember 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA J U P E M M E L A K A 2 0 1 5

Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah menyertai perbarisan sempena Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri Sabah pada 31 Ogos 2015 di Kota Kinabalu. Kontinjen Sabah diwakili oleh 33 orang kakitangan daripada Pejabat Cawangan Kerjaluar Kota Kinabalu yang diketuai oleh Encik Maisol Watis.

PENYERTAAN KONTINJEN BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SABAH DALAM PERBARISAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN

2015 PERINGKAT NEGERI SABAH

Page 36: Bil: 59 / 2015

3636 AKTIVITI

BGSP telah mengadakan Pameran Geospatial Pertahanan pada 18 dan 19 November 15 di Parkir Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Program ini merupakan sebahagian dari ‘Outreach Programme’ yang dijalankan untuk menyebarluas keupayaan BGSP kepada pegawai dan staf tentera di sekitar Lembah Kelang di dalam memberi bantuan khidmat geospatial pertahanan kepada agensi pertahanan dan keselamatan. Di antara produk dan perkhidmatan yang ditunjukan adalah peta-peta kegunaan tentera pelbagai tema dan skala, perkhidmatan portal melalui BGSP Geo Homepage dan Web Services dan pelbagai produk Terrain Analysis yang dikeluarkan melalui Geospatial Mobile System. Pengunjung juga dipamerkan dengan pelbagai aset Unmanned Aerial Vehicle (UAV) jenis Fixed Wing dan Rotor Wing. Bagi memeriahkan program, beberapa acara uji minda berkaitan geospatial dibuat dan pengunjung diberi peluang memandu uji UAV.

PAMERAN GEOSPATIAL PERTAHANAN SEMPENA MESYUARAT JAWATANKUASA GEOSPATIAL PERTAHANAN SIRI 12/2015

Page 37: Bil: 59 / 2015

37AKTIVITI

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah diadakan di Taman Ekspo Pertanian Antarabangsa (MAEPS) Serdang, Selangor pada 23 Disember 2015 bersamaan 12 Rabiul Awal 1437H. Pada kali ini JUPEM telah menghantar seramai 100 orang pegawai dan kakitangan terdiri daripada 75 orang lelaki dan 25 orang wanita. Pada keseluruhannya, sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini melibatkan penyertaan sebanyak 128 kontinjen yang terdiri dari jabatan kerajaan, badan berkanun dan juga sektor swasta

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL P E R I N G K AT K E B A N G S A A N

Page 38: Bil: 59 / 2015

38 AKTIVITI38

Kajian Kenampakan Hilal dan Kajian Kecerahan Langit di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Page 39: Bil: 59 / 2015

39AKTIVITI

Bahagian Ukur Geodetik, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti cerapan berkaitan falak dan astronomi. Antara aktiviti falak yang dijalankan oleh Bahagian ini ialah cerapan bagi Kajian Kenampakan Hilal dan Kajian Kecerahan Langit yang biasanya dijalankan di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Aktiviti yang dijalankan secara berkala ini pada setiap bulan melibatkan juga pasukan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti Malaya (UM) selain dari Jabatan Mufti Negeri dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, data-data cerapan akan diambil dan digunakan bagi kajian tertentu berkaitan falak dan astronomi.

AKTIVITI HILAL B A H A G I A N UKUR GEODETIK

Page 40: Bil: 59 / 2015

40 AKTIVITI

JUPEM Negeri Sembilan telah menjalankan cerapan hilal bagi penentuan awal bulan Ramadhan dan Syawal tahun 1436H/2015 bersama-sama Pejabat Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bertempat di Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson. Cerapan penentuan awal bulan Syawal dijalankan pada 16 Julai 2015 dengan diketuai oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, Sr Jasni bin A. Rahman. JUPEM Negeri Sembilan juga telah membuat cerapan penentuan awal bulan Ramadhan dan bulan Zulhijjah bagi menentukan tarikh permulaan puasa dan Hari Raya Qurban.

Pejabat Ukur Daerah Johor Selatan telah terlibat seperti tahun-tahun sebelumnya untuk menjalankan cerapan hilal bagi penentuan bulan baru terutama bagi Bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah bagi Negeri Johor, bertempat di Bangunan Sultan Ismail, Pontian Kecil. Majlis yang diadakan pada 29 Syaaban 1436H bersamaan 16 Jun 2015 bagi penentuan awal Ramadhan dan 16 Julai 2015 bagi penentuan 1 Syawal itu bermula pada jam 5.30 petang dengan bacaan Yassin dan Doa Selamat dan seterusnya taklimat Kaedah Penentuan awal bulan Hijrah dan kalendar Islam oleh YBhg. Ustaz Hanafiah Abdul Razak dari Jabatan Mufti Johor. Turut hadir ialah Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Kiyai Haji Samsudin, Mufti Negeri Johor Darul Takzim beserta pegawai dari pelbagai jabatan negeri Johor.

CERAPAN HILAL BAGI PENENTUAN AWAL BULAN SYAWAL 1436H/2015 OLEH JUPEM NEGERI SEMBILAN

CERAPAN HILAL BAGI PENETAPAN RAMADHAN DAN SYAWAL OLEH JUPEM JOHOR

Page 41: Bil: 59 / 2015

AKTIVITI 41

Susulan daripada Mesyuarat Persediaan Intersessional OBP (Malaysia-Indonesia) yang telah diadakan pada 13 Mac 2014 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, keputusan telah diambil untuk tindakan Bahagian Ukur Geodetik dan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah bagi menjalankan kerja-kerja cerapan astrogeodetik dan Global Navigation Satellite System (GNSS) di Sabah yang meliputi kawasan Pulau Sebatik, Kampung Kabu dan Kampung Bantul. Bagi aktiviti pada tahun ini, cerapan telah dijalankan di Kg. Kabu dan Kg. Bantul pada masa yang sama iaitu bermula pada 8 Oktober 2015 sehinggalah 14 November 2015 melibatkan beberapa pegawai dan kakitangan dari Bahagian Ukur Geodetik dan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah.

Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) Ibu Pejabat telah menerima penghantaran dan pemasangan alat bagi perolehan T5/2015 pada 5 hingga 11 Ogos 2015. Peralatan tersebut adalah Ground Penetrating Radar (GPR), Pipe and Cable Marker Locator (PCL), Time Domain Reflectometer dan Plotter. Latihan menggunakan peralatan di lapangan juga telah diadakan pada 10 hingga 18 September 2015 yang melibatkan 16 pegawai BPU. Latihan ini dikendalikan oleh syarikat RD-Palmer Technology (M) Sdn. Bhd.

PROJEK OutStanding bOundary prOblem (OBP)

PENYERAHAN DAN PENERIMAAN PERALATAN BAGI PEMETAAN UTILITI JUPEM

Page 42: Bil: 59 / 2015

4242 AKTIVITI

Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) telah menjalankan Kursus Perisian GIS iaitu KQ PIDMS serta 3D Utility Mapping Module bertempat di ruang kerja BPU, Ibu Pejabat JUPEM pada 23 hingga 27 November 2015 dan 30 November hingga 4 Disember 2015. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada kakitangan melalui latihan serta memudah dan mempercepatkan proses kerja meliputi penawanan butiran topografi dan penghasilan peta utiliti. Kursus selama sepuluh hari ini telah dihadiri oleh 16 orang pegawai dan kakitangan BPU yang terlibat secara langsung dengan Proses Pemetaan Utiliti. Kursus ini dikendalikan oleh syarikat Enviro Land Services (KQ Geo Technologies). Kursus tersebut melibatkan teori dan juga praktikal.

LATIHAN SISTEM PERISIAN GIS (KQ PIDMS)SERTA 3D utility mapping mOdule

JUPEM telah mewujudkan Cawangan Projek Khas di Bahagian Kartografi dan GIS bagi melaksanakakan kerja-kerja berkaitan multimedia jabatan termasuk penyediaan video dan montaj serta rakaman video bagi majlis rasmi Jabatan. Penubuhan pasukan khas tersebut secara tidak langsung membantu JUPEM dalam penyediaan pelbagai bahan multimedia seperti video-montaj rasmi. Antara projek awal yang telah disiapkan adalah rakaman percakapan bersama YBhg. Datuk Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk dokumentasi Pelan Integriti Organisasi JUPEM pada 4 Disember 2015 dan juga penggambaran dan penyediaan filem pendek sempena Pertandingan Inovasi 1NRE 2015 di mana JUPEM telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

PASUKAN MULTIMEDIA JUPEM

Page 43: Bil: 59 / 2015

43AKTIVITI

Pada 17 Disember 2015,Perpustakaan Peta Negara telah mengambil kesempatan untuk mengadakan aktiviti ‘Buku Untuk Anda’ (Book For You) semasa berlangsungnya program ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul di Dewan Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM). Aktiviti ini diadakan bagi mempromosikan bahan-bahan bacaan terkini yang terdapat di Perpustakaan Peta Negara terutamanya dalam bidang keagamaan. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

AKTIVITI BUKU UNTUK ANDA (bOOK fOr yOur)

Page 44: Bil: 59 / 2015

44 PROJEK44

Mesyuarat Ke-46 Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC-46) Penandaan, Pengukuran dan Penyelenggaraan Sempadan Antarabangsa Malaysia-Thailand telah diadakan di Centara Hotel, Hat Yai, Thailand pada 25-27Ogos 2015. Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Lt. Gen. Krit Rammon, Director of Royal Thai Survey Department (RTSD). Di pihak Malaysia, mesyuarat dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JUPEM dan jabatan/agensi berkaitan manakala di pihak Thailand dihadiri oleh pegawai-pegawai dari RTSD dan juga jabatan/agensi berkenaan. Jumlah delegasi yang menghadiri mesyuarat ini daripada pihak Malaysia dan Thailand adalah

masing-masing 15 dan 18 orang. Di antara tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincang dan meneliti laporan-laporan penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan Sempadan Antarabangsa Malaysia-Thailand yang perlu diangkat ke peringkat Jawatankuasa Sempadan Bersama Malaysia -Thailand (Joint Land Boundary Committee) untuk pertimbangan dan kelulusan. Selain itu, kedua-dua pengerusi bersama juga telah menandatangani pelan-pelan kerja luar dan senarai koordinat bagi kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan tetap dan kekal sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok (Kolok River) yang tertangguh sejak tahun 2009.

PROJEK PENANDAAN, PENGUKURAN DAN PENYELENGGARAAN SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA-THAILAND

mesyuarat jawatankuasa Teknikal bersama jTC Ke-46

Page 45: Bil: 59 / 2015

PROJEK 45

Majlis Pelancaran Projek Pengukuran Bersama bagi Siasatan, Tanam Pastian dan Penyelenggaraan Sempadan Antarabangsa Malaysia-Thailand, Kawasan Keutamaan II (BP 7C - BP 8C) dan Kawasan Keutamaan V (BP 3 - BP 7C) telah diadakan di Talayban, National Park, Wang Prachan, Thailand pada 15 September 2015. Majlis pelancaran dipengerusikan bersama oleh Dato’ Sr Abdul Aziz bin Hj. Jantan, Pengarah Ukur Bahagian, Pemetaan Topografi Semenanjung, JUPEM selaku Pengarah Projek Bersama Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia–Thailand bersama Col. ChaiwatPromthong, Director of Geodesy and Geophysics Division, RTSD. Di pihak Malaysia, majlis pelancaran tersebut dihadiri pegawai-pegawai dari JUPEM dan jabatan/agensi berkaitan manakala di pihak Thailand dihadiri oleh pegawai-pegawai dari RTSD dan juga jabatan/agensi berkenaan. Di antara tujuan majlis pelancaran adalah untuk memaklumkan kehadiran pasukan ukur bersama dan pasukan iringan keselamatan kedua-dua Negara di Kawasan Keutamaan II (BP7C-BP8C) dan Kawasan Keutamaan V (BP3-BP7C) dengan menggunakan kemudahan di pintu masuk sempadan (check point) dan mengeratkan hubungan dua hala serta mendapatkan maklum balas antara jabatan dan agensi penguatkuasaan kedua-dua negara yang berkaitan.

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PENGUKURAN BERSAMA

Page 46: Bil: 59 / 2015

4646 PROJEK

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) telah bersetuju untuk menjalankan ukuran siasatan, tanam pastian dan penyelenggaraan di Kawasan Keutamaan II (BP 7C - BP 8C) dan Kawasan Keutamaan V (BP 3 - BP 7C) mulai 3 September 2015 melalui surat MD 0314/1952 bertarikh 21 Ogos 2015 dan JUPEM.BP.TSM.SULIT 908/7 JLD.22 (47) bertarikh 1 September 2015. Tujuan ukuran adalah untuk menyelenggara tanda-tanda sempadan yang rosak, musnah dan terkeluar dari kedudukan asal serta jika perlu, menaik taraf tanda-tanda sempadan dan menanam tanda sempadan tambahan supaya jajaran sempadan jelas di lapangan. Lokasi persempadanan di kawasan keutamaan tersebut adalah bukit batu kapur, tiada punca air dan laluan, outcrop serta sangat bahaya. Sehingga Disember 2015, ukuran di Kawasan Keutamaan II (BP 7C - BP 8C) dengan jarak sejauh 14.1 kilometer telah siap diselenggara secara bersama dengan pihak Thailand. Kerja-kerja penyelenggaraan di Kawasan Keutamaan V (BP 3 - BP 7C) dengan jarak sejauh 36.8 kilometer akan bermula pada Januari 2016

PROSES UKURAN SIASATAN, TANAM PASTIAN DAN PENYELENGGARAAN DI KAWASAN KEUTAMAAN II Sempadan Antarabangsa Malaysia-Thailand

Page 47: Bil: 59 / 2015

47PROJEK

Kerja-kerja Ukuran Siasatan, Tanam Pastian danPenyelenggaraan di Perbatasan

Malaysia - Thailand

PROJEK 47

Page 48: Bil: 59 / 2015

4848 AKTIVITI INOVASI JUPEM

JUPEM Kelantan telah menyertai Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam peringkat Negeri Kelantan pada 8-10 Disember 2015 yang berlangsung di Dewan Teratai, Kompleks Kerajaan Negeri, Kota Bharu. JUPEM Kelantan telah diwakili oleh kumpulan CAKNA yang diketuai oleh Sr Rozaimi bin Yaacob dan Sr Nik Mohd Wafi bin Nik Mohamed Daud selaku fasilitator. Konvensyen tersebut terbahagi kepada kategori teknikal dan pengurusan dan kumpulan CAKNA telah mempersembahkan projek dalam kategori Pengurusan. Kumpulan CAKNA pernah menerima Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada Hari Inovasi 1NRE 2014, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERKHIDMATAN AWAM

PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2015

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Anugerah Inovasi 1NRE peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2015 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya. JUPEM telah diwakili oleh 5 kumpulan iaitu Kumpulan Geliga dari JUPEM Terengganu dan Kumpulan Pena dari JUPEM Pahang yang bertanding bagi Kategori KIK Teknikal, Kumpulan Arco Iris dari Bahagian Pemetaan Utiliti yang bertanding bagi Kategori KIK Pengurusan, serta Kumpulan Mutiara Mellinium dari JUPEM Pulau Pinang dan Kumpulan Poligon dari Bahagian Pemetaan Topografi Sabah yang bertanding bagi Kategori Anugerah Inovasi Terbaik.

P E R T A N D I N G A N

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) DAN ANUGERAH INOVASI 1NRE

JUPEM Kedah telah menyertai Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2015 pada 19 dan 20 Ogos 2015 di Langkawi, Kedah Darul Aman. JUPEM Kedah telah memenangi Anugerah Emas dalam konvensyen tersebut dan layak bertanding di Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada November 2015 di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2015 telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

KONVENSYEN team excellence WILAYAH UTARA 2015

Page 49: Bil: 59 / 2015

49AKTIVITI INOVASI JUPEM

Konvensyen KIK peringkat Negeri Pahang kali ke-31 telah diadakan di Pahang Skills Development Centre (PSDC) bermula 9-10 September 2015. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Dalam konvensyen ini, Kumpulan Mutiara Mellenium (JUPEM Pulau Pinang) telah meraih tempat ke-3 dalam Cabaran Inovasi Inklusif 2015 dan membawa pulang wang tunai RM1000.00 dan sijil penghargaan. Manakala Kumpulan Pena (JUPEM Pahang) berjaya meraih Anugerah Emas (Kategori Pengurusan) melalui projek yang di beri nama “Q-Lokasi”.

Sempena dengan Annual Productivity and Innovation Conference and Exhibition (APIC) 2015 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC), Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah telah dijemput untuk menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (NTEx) pada 2 - 4 November 2015 di Sunway Pyramid Convention Center (SPCC), Petaling Jaya, Selangor. Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah telah memenangi Anugerah Emas Tiga Bintang dalam konvensyen tersebut yang disertai oleh 218 pasukan Konvensyen Kumpulan Inovatif

JUPEM PAHANG DAN JUPEM PULAU PINANG TERIMA ANUGERAH DI KONVENSYEN KIK

PERINGKAT NEGERI PAHANG DAN CABARAN INOVASI INKLUSIF MOSTI

JUPEM KEDAH MEMENANGI ANUGERAH EMAS 3 BINTANGDALAM KONVENSYEN team excellence

PERINGKAT KEBANGSAAN (NTEX)

dan Kreatif (KIK) peringkat kebangsaan dan Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dari sektor awam dan swasta. Majlis Perasmian dan Penutup masing-masing telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia dan YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Page 50: Bil: 59 / 2015

5050 AKTIVITI INOVASI JUPEM

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menganjurkan satu Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2015 pada 1–3 Disember 2015 bertempat di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin dan turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta wakil-wakil pengurusan pihak Jabatan. Konvensyen kali ini disertai oleh 12 pasukan yang mana 11 pasukan adalah daripada JUPEM Negeri. Konvensyen kali ini telah menyaksikan Kumpulan Geliga dari JUPEM Terengganu meraih tiga (3) anugerah iaitu Johan Konvensyen KIK, Persembahan Terbaik dan Pameran Terbaik. Dengan kemenangan ini, Kumpulan Geliga berjaya membawa pulang jumlah wang kemenangan sebanyak RM4,350.00, piala iringan dan piala pusingan. Tempat kedua

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) 2015

dan Dokumentasi Terbaik pula dimenangi oleh Kumpulan Sinar dari JUPEM Kelantan dengan wang kemenangan sebanyak RM2,850.00 dan piala iringan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Poligon dari Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dengan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM1,500.00 dan piala iringan. Pihak Jabatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang berjaya

Page 51: Bil: 59 / 2015

51AKTIVITI INOVASI JUPEM

G A L E R I KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JUPEM 2015

Page 52: Bil: 59 / 2015

5252 PENGIKTIRAFAN

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, sempena sambutan Harijadi Yang Ke-77 pada 11 Julai 2015, telah memperkenankan kurniaan Bintang Cemerlang Negeri (B.C.N.) kepada Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang di dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan yang telah diadakan di Dewan Sri Pinang, George Town pada 5 September 2015. Bintang ini dikurniakan kepada penjawat dalam perkhidmatan awam yang telah memberi sumbangan terhadap kemajuan, perkembangan dan keselamatan Negeri Pulau Pinang dan dihadkan kepada empat ratus (400) penerima yang masih hidup.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV telah berkenan untuk mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) kepada Sr Jasni bin A. Rahman, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 6 Jun 2015. Sesi Raptai telah diadakan pada 21 Disember 2015 dan Istiadat Pengurniaan bagi Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Persekutuan telah diadakan di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada 22 Disember 2015. Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan oleh Kerajaan atas jasa dan khidmat bakti yang tidak ternilai kepada Perkhidmatan Awam dan negara. Sesungguhnya sumbangan dan dedikasi yang diberikan ini, turut sama menyumbang kepada kecemerlangan Perkhidmatan Awam Malaysia secara keseluruhannya.

PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015

P E N G U R N I A A N BINTANG KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)

Page 53: Bil: 59 / 2015

53PENGIKTIRAFAN

Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Ahmad Azmi bin Hashim telah dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C.) sempena ulang tahun ke-67 keputeraan Yang Dipertua Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Majlis Istiadat pengurniaan bertempat di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah. Pingat ini dikurniakan kepada individu yang telah menyumbang perkhidmatan terbaik dan boleh diteladani.

ANUGERAH AMALAN TERBAIK AKRAB (ATA)

Sempena Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke-6 yang dianjur oleh Bahagian Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) pada 11 Ogos 2015, JUPEM telah dinobatkan sebagai Pemenang Amalan Terbaik AKRAB (ATA). YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II telah meluangkan masa untuk menerima hadiah kemenangan tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus. Kejayaan ini adalah aktiviti yang proaktif terutama program pemantapan kemahiran kaunseling yang dibimbing oleh kaunselor dari Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar (NRE), YBhg. Dr. Amran bin Hassan. Dalam aktiviti tersebut, ahli AKRAB JUPEM telah mendekati golongan gelandangan yang terdiri daripada penagih dadah, pekerja seks, pengidap HIV, kanak-kanak terbiar dan lain-lain di sekitar jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang dianggarkan seramai 200 orang dengan objektif menyelami permasalahan golongan ini dengan menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling yang telah dipelajari. Pendekatan AKRAB JUPEM yang mewakili Kerajaan untuk membimbing masyarakat yang bermasalah seperti golongan gelandangan telah mendapat pengiktirafan daripada JPA dan seterusnya mengumumkan AKRAB JUPEM sebagai pemenang ATA sempena konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke-6 tersebut.

ANUGERAHPINGATN . S E M B I L A N

Page 54: Bil: 59 / 2015

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah dianugerahkan Anugerah AKRAB Gemilang NRE 2015 kategori Organisasi pada 2 September 2015 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya sempena Seminar AKRAB NRE 2015. Majlis penyampaian disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Sementara itu, Encik Mahruzaman bin Misran, Penolong Juruukur JA36 telah terpilih menerima Anugerah AKRAB NRE 2015 bagi Kategori Personaliti.

ANUGERAH AKRAB GEMILANG NRE 2015

Satu Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Kursus Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Kali Ke 3 atau “Certification Of Underground Utility Detection And Mapping” (CUUDM) telah diadakan pada 19 Oktober 2015 (Isnin) di Hotel Istana, Kuala Lumpur anjuran Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dengan kerjasama dari Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Seramai 36 orang peserta kursus yang terdiri daripada Juruukur Tanah Berlesen termasuk 3 orang pegawai daripada JUPEM iaitu Mohd Fairuz bin Ishak, Penolong Pengarah Ukur (Bahagian Perancangan dan Korporat), Mohd Hazril Munir @ Umar Bin Mansor, Juruukur (Unit Ukur Tanah, JKR (Utara), Prai) dan Wan Faizal Bin Wan Mohamed, Juruukur Daerah Negeri Sembilan Barat (Seremban) telah dianugerahkan Sijil Kompetensi Kursus Pemetaan Utiliti Bawah Tanah pada majlis tersebut. Kursus ini telah dijalankan selama 6 bulan yang meliputi asas dan teori pemetaan utiliti bawah tanah, latihan praktikal serta menduduki kertas peperiksaan bagi melayakkan peserta kursus untuk ditauliahkan sijil tersebut.

PENGANUGERAHAN SIJIL KOMPETENSI KURSUS PEMETAAN UTILITI BAWAH TANAH

5454 PENGIKTIRAFAN

Page 55: Bil: 59 / 2015

Bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah telah berlangsung Taklimat Penutupan Akaun Akhir Tahun 2015 pada 9 Disember 2015. Di majlis tersebut Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah dianugerahkan Sijil Naziran Cemerlang bagi tahun 2015. Sementara itu, Pejabat Topografi Wilayah Sandakan juga telah menerima Sijil Naziran Bersih bagi tahun 2015. Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di Sandakan, Sabah bersempena Taklimat Penutupan Akaun Akhir Tahun 2015.Penganugerahan ini diberikan bagi mengiktiraf Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dan Pejabat Topografi Wilayah Sandakan dalam mencapai kepatuhan skop naziran dengan cemerlang bagi kategori Pusat TanggungJawab (PTJ). Sr Mohammad Zaki bin Mohd. Ghazali, Pengarah Ukur Bahagian (PUB) Pemetaan Topografi Sabah dan Sr Jasmari bin Jamaludin, Penolong Pengarah Ukur Topografi (PPUT) Pejabat Topografi Wilayah Sandakan telah menerima sijil tersebut.

ANUGERAH NAZIRAN CEMERLANG BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SABAH

BAGI TAHUN 2015

ANUGERAH SPECIAL ACHIEVEMENT IN GIS (SAG AWARD)

Pada 20 Oktober 2015, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menerima Anugerah Special Achievement in GIS (SAG Award) bagi tahun 2015 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Anugerah tersebut telah diterima oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II.

55PENGIKTIRAFAN

Page 56: Bil: 59 / 2015

56 PENGIKTIRAFAN56

Page 57: Bil: 59 / 2015

57PENGIKTIRAFAN

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) skali lagi telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Hari Inovasi 1NRE 2015 dengan jumlah hadiah kemenangan sebanyak RM21,000.00 dalam Majlis Perhimpunan Bulan November NRE bersama YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 17 November 2015 bertempat di Dewan Alwy, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. Berikut adalah pertandingan dan kemenangan yang diraih oleh JUPEM:

JUPEM PERTAHAN JOHAN KESELURUHAN

PERTANDINGAN SEMPENA HARI INOVASI 1NRE

Johan Pertandingan Logo Transformasi 1NRE

Logo Transformasi 1NRE

Johan Pertandingan Filem Pendek

Page 58: Bil: 59 / 2015

5858 PENGIKTIRAFAN

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan terutamanya kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti), Kumpulan Simfoni Seni JUPEM dan Cawangan Projek Khas (Bahagian Kartografi dan GIS) serta warga kerja masing-masing di atas kejayaan yang telah mengharumkan nama JUPEM. Syabas dan tahniah juga kepada Kumpulan Geliga (JUPEM Terengganu) kerana telah terpilih untuk mewakili NRE untuk pertandingan KIK Kebangsaan di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015.

Johan Anugerah KIK (Teknikal)Kumpulan Geliga (JUPEM Terengganu)

Naib Johan Anugerah KIK (Pengurusan)Kumpulan Arco Iris (Bahagian Pemetaan Utiliti)

Johan Pertandingan Inovasi 1NREKumpulan Mutiara Millenium (JUPEM Pulau Pinang

Johan Pertandingan Simfoni Seni 1NREKumpulan JUPEM Performing Art Group

Page 59: Bil: 59 / 2015

59KEJOHANAN SUKAN NRE

Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) kali ke-6 telah diadakan pada 9 Oktober 2015 hingga 11 Oktober 2015 bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Universiti Pendidikan Sultan Idris serta Proton City, Tanjung Malim, Perak. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) bersama-sama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah dipilih sebagai penganjur bagi kejohanan sukan NRE pada tahun ini.

KEJOHANAN SUKAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) 6

kali ke

Page 60: Bil: 59 / 2015

60 KEJOHANAN SUKAN NRE60

Page 61: Bil: 59 / 2015

KEJOHANAN SUKAN NRE 61

Bagi kejohanan kali ini, sebanyak 23 acara telah dipertandingkan di mana JUPEM telah berjaya mendapat Naib Johan keseluruhan dalam temasya pada kali ini. JUPEM telah menyertai kesemua acara iaitu acara badminton, bola jaring, bola tampar (L), bola tampar (W), bola sepak, bowling (L), bowling (w), catur, congkak, damak, dart, futsal (L), futsal (W), golf, karom, ping pong, sepak takraw, snuker, tarik tali, tenis, basikal mtb, lari berganti-ganti dan perbarisan. Daripada 23 acara tersebut sebanyak 5 acara berjaya meraih johan iaitu bola jaring, dart, karom, snuker dan tenis manakala sebanyak 8 acara berjaya meraih naib johan iaitu acara basikal mtb, tarik tali, sepak takraw, ping pong, bola sepak, perbarisan, bola tampar (L) dan bola tampar wanita (W). JUPEM telah berjaya mendapat Naib Johan keseluruhan dalam temasya pada kali ini. Tahniah dan syabas kepada semua kontigen yang bertanding.

KEJOHANAN SUKAN NRE6kali ke

Page 62: Bil: 59 / 2015

6262 KEJOHANAN SUKAN NRE

Page 63: Bil: 59 / 2015

63KEJOHANAN SUKAN NRE

Page 64: Bil: 59 / 2015

6464 KEJOHANAN SUKAN NRE

Page 65: Bil: 59 / 2015

65KEJOHANAN SUKAN NRE

Page 66: Bil: 59 / 2015

6666 SUDUT KESIHATAN

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi adalah salah satu penyakit yang sangat berbahaya dalam kehidupan masa kini. Tekanan darah tinggi merupakan suatu penyakit yang tidak bergejala, boleh terus bertapak dalam tubuh anda selama bertahun - tahun tanpa menghantar apa-apa tanda bahaya. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi terjadinya tekanan darah tinggi adalah berat badan, pola pemakanan, kurang bersenam, tekanan dan faktor genetik. Carta di bawah memaparkan carta tekanan darah yang ideal mengikut umur.

Tekanan darah tinggi pada peringkat awal boleh dicegah dan dikawal dengan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan mengawal pola pemakanan. Selain daripada itu, terdapat pelbagai petua bagi mengawal tekanan darah tinggi secara semulajadi; antaranya seperti contoh petua berikut:

Kisar timun bersama-sama sebiji epal hijau untuk dijadikan jus dan diminum sebanyak dua kali sehari.

Tekanan Darah mengikut umurumur minimum Normal maksimum

1 to 12 months 75/50 90/60 110/751 to 5 years 80/55 95/65 110/79

6 to 13 years 90/60 105/70 115/8014 to 19 years 105/73 117/77 120/8120 to 24 years 108/75 120/79 132/8325 to 29 years 109/76 121/80 133/8430 to 34 years 110/77 122/81 134/8535 to 39 years 111/78 123/82 135/8640 to 44 years 112/79 125/83 137/8745 to 49 years 115/80 127/84 139/8850 to 54 years 116/81 129/85 142/8955 to 59 years 118/82 131/86 144/9060 to 64 years 121/83 134/87 147/91

Page 67: Bil: 59 / 2015

Jabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaWisma JUPEM

Jalan Sultan Yahya Petra50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618www.jupem.gov.my

559

JUARA KESELURUHANHARI INOVASI 1NRE

JUPEM