bidang tugas kem komandan pengawas sesi petang 2015 new

4
KEM PENGAWAS SESI PETANG 2015 KEM KOMANDAN: SIA KEE KUI BIDANG TUGAS KEM KOMANDAN 1. Mengetahui dan memahami tujuan, matlamat, objektif, aktiviti dan maklumat serta perkara yang berkaitan dengan program. 2. Bertanggungjawab memberi taklimat tentang perjalanan program secara keseluruhannya. 3. Memberi taklimat tentang peraturan am dan tatatertib program serta aktiviti yang akan dijalankan. 4. Mengeluarkan arahan kepada peserta dan fasilitator dari masa ke semasa bila difikirkan perlu. 5. Memastikan program berjalan dengan lancar mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan. 6. Menekankan kepentingan dan ketepatan masa. 7. Memastikan setiap peserta sentiasa berpakaian kemas dan sesuai. 8. Mengenakan tindakan dan menjatuhkan hukuman terhadap peserta yang melanggar peraturan. 9. Memberi taklimat berkaitan keselamatan tempat dan peserta disepanjang program. 10. Bertanggungjawab ke atas kawalan keselamatan di sepanjang program. 11. Menentukan jadual tugas kawalan keselamatan pada waktu malam. 12. Menyediakan peralatan kecemasan seperti lampu suluh, belerang dan sebagainya. 13. Membuat tinjauan dan lawatan ke tempat aktiviti untuk memastikan ianya selamat dan sesuai untuk aktiviti tersebut.

Upload: vinson-sia

Post on 15-Apr-2016

450 views

Category:

Documents


42 download

DESCRIPTION

Bidang Tugas Kem Komandan Pengawas

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang Tugas Kem Komandan Pengawas Sesi Petang 2015 New

KEM PENGAWAS SESI PETANG 2015

KEM KOMANDAN: SIA KEE KUI

BIDANG TUGAS KEM KOMANDAN

1. Mengetahui dan memahami tujuan, matlamat, objektif, aktiviti dan maklumat serta perkara yang berkaitan dengan program.

2. Bertanggungjawab memberi taklimat tentang perjalanan program secara keseluruhannya.

3. Memberi taklimat tentang peraturan am dan tatatertib program serta aktiviti yang akan dijalankan.

4. Mengeluarkan arahan kepada peserta dan fasilitator dari masa ke semasa bila difikirkan perlu.

5. Memastikan program berjalan dengan lancar mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.

6. Menekankan kepentingan dan ketepatan masa.7. Memastikan setiap peserta sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.8. Mengenakan tindakan dan menjatuhkan hukuman terhadap peserta yang

melanggar peraturan.9. Memberi taklimat berkaitan keselamatan tempat dan peserta disepanjang

program.10. Bertanggungjawab ke atas kawalan keselamatan di sepanjang program.11. Menentukan jadual tugas kawalan keselamatan pada waktu malam.12. Menyediakan peralatan kecemasan seperti lampu suluh, belerang dan

sebagainya.13. Membuat tinjauan dan lawatan ke tempat aktiviti untuk memastikan ianya

selamat dan sesuai untuk aktiviti tersebut.

Page 2: Bidang Tugas Kem Komandan Pengawas Sesi Petang 2015 New

PERATURAN DAN ARAHAN UMUM 5K

1. KAWAL DIRI (BERDISIPLIN)2. KETEPATAN MASA3. KESELAMATAN4. KERJASAMA5. KEBERSIHAN

1. KAWAL DIRI

1 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran dari guru bertugas

2 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari fasilitator.

3 Peserta hendaklah sentiasa berbaris semasa mengambil makanan dan pergi ke tempat aktiviti.

4 Peserta hendaklah sentiasa menumpu perhatian semasa taklimat atau LDK berlangsung.

5 Peserta perlu mendapatkan kebenaran sebelum pergi ke tandas dan sebagainya.

6 Sentiasa membawa amanah dan menjaga amanah dengan baik. Pemeriksaan akan dilakukan secara tiba-tiba.

7 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.

2. KETEPATAN MASA

1. Peserta hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan

2. Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda.3. Setiap peserta perlu tidur/rehat pada masa yang ditetapkan. Diarang

bersembang dan bermain lampu suluh.

3. KESELAMATAN

Page 3: Bidang Tugas Kem Komandan Pengawas Sesi Petang 2015 New

1 Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang barang/peralatan yang merbahaya di dalam kem.

2 “LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”.

3 Sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti.4 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang.5 Peserta dilarang keluar dari kawasan kem tanpa kebenaran.6 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem.7 Peserta dilarang bermain-main semasa menjalankan aktiviti.

4. KERJASAMA

1. Ahli kumpulan hendaklah sentiasa bekerjasama dan bantu-membantu dalam semua aktiviti.

2. Sekiranya seorang peserta yang melanggar peraturan, seluruh kumpulannya akan dihukum.

3. Setiap ahli hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

5. KEBERSIHAN

1. Kawasan luar/ dalam tempat aktiviti dan tempat penginapan mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur

2. Pemeriksaan kebersihan akan dilakukan dari masa ke semasa.3. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan4. Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di

kawasan aktiviti atau sekitarnya5. Tempat aktiviti hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun6. Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah

untuk   kegunaan ramai dan bersama

PAKAIAN / NAME TAG:Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan

1. Semasa Pertandingan2. Semasa Aktiviti LDK3. Semasa Sukan dan Riadah4. Semasa Aktiviti Kerohanian5. Semasa Majlis Perasmian Penutup