bida'ah dalam masyarakat

17
BID’AH DALAM MASYARAKAT JULAI 2011 PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI) STAF CENTRE FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING (CITU), UiTM SHAH ALAM

Upload: bhgn-pembangunan-bibliografik-pemprosesan-teknikal

Post on 13-Jan-2015

8.317 views

Category:

Spiritual


12 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bida'ah dalam masyarakat

BID’AH DALAM MASYARAKAT

JULAI 2011

PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI) STAF

CENTRE FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING (CITU), UiTM SHAH ALAM

Page 2: Bida'ah dalam masyarakat

DEFINISI BID’AH

Bahasa : Dari perkataan bida’ iaitu mengadakan sesuatu tanpa ada contoh.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 117 maksudnya :

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia

hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.

Firman Allah dalam surah Al-Ahqaf, ayat 9 maksudnya :

Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan

diperbuat terhadapku dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan

kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan."

Page 3: Bida'ah dalam masyarakat

Istilah : Setiap penambahan atau pengurangan masalah-masalah agama yang datang dari Nabi tanpa dikuatkan oleh dasar hukum syarak baik dalam bentuk perkataan atau perbuatan yang jelas mahupun yang samar.

Al-Allamah As-Syammani : Yang baru (diada-adakan) berlawanan dengan yang hak yang dijumpai pada sunnah Rasulullah SAW lalu dijadikan agama yang tegak serta jalan yang lurus.

Kesimpulan definisi bid’ah : Amal perbuatan yang tidak ada dalil dalam syariat.

Page 4: Bida'ah dalam masyarakat

HUKUM BID’AH

Orang yang melakukan bid’ah dianggap penipu dalam agama. Contoh seperti orang yang memalsukan wang (penipu negara).

Ulama sepakat menyatakan bid’ah yang menyerupai akidah dan hukum syariat dalam hal- hal ibadah tetapi tidak dinaskan dalam al-Quran mahupun hadis adalah sesat dan setiap perlakuan tersebut ditolak.

Sabda Rasulullah SAW :

Barangsiapa yang mengada-adakan hal baru dalam agama yang bukan dari agama itu, maka batil dan ditolak. (HR Bukhari

5:221, Muslim 12:6)

Sabda Rasulullah SAW :

Setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah di neraka. (HR Nasa’ie)

Page 5: Bida'ah dalam masyarakat

PEMBAHAGIAN BID’AH Imam Syafi’e membahagikan bid’ah kepada dua

bahagian :

1. Bid’ah Mahmudah (Bid’ah yang dipuji) : Apa yang selari dengan

Sunnah.

2. Bid’ah Mazmumah (Bid’ah yang dikeji) : Apa yang bertentangan dengan Sunnah.

Dalil dari kenyataan Saidina Umar ibn al-Khattab (ra) kepada jemaah yang mengerjakan sembahyang terawih di bulan Ramadhan dengan katanya: “Alangkah cantiknya bid’ah ini!”

Page 6: Bida'ah dalam masyarakat

Ulama Ahli Sunnah Wa Jamaah sepakat menyatakan bid’ah terbahagi kepada dua iaitu :

1. Bid’ah Hasanah : Perkara baru yang selari dengan syariat

2. Bid’ah Dhalalah : Perkara baru yang bertentangan dengan syariat.

Page 7: Bida'ah dalam masyarakat

SEBAB-SEBAB TIMBULNYA BID’AH Jahil tentang agama. Memperkatakan urusan agama tanpa ilmu

adalah dusta dan dusta adalah haram kerana ia adalah permainan dan perangkap syaitan. Firman Allah dalam surah Al-A’raaf, ayat 33 maksudnya :

“Katakanlah, Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi dan perbuatan dosa, melanggar hak

manusia tanpa alasan yang benar, mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan mengada-

adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.”

Firman Allah dalam surah Al-An’aam, ayat 144 maksudnya :

“Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berbuat dusta terhadap Allah supaya menyesatkan manusia tanpa ilmu.”

Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa yang diberi fatwa tanpa ilmu, maka dosanya tertanggung atas orang yang memberi fatwanya.” (HR Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu

Majah dan Ad-Darimi)

Page 8: Bida'ah dalam masyarakat

Mengikut hawa nafsu iaitu orang yang berpaling dari Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah dalam surah Al-Qasas, ayat 50 maksudnya :

"Sesungguhnya mereka hanya mengikut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu tanpa berdasarkan hidayah

pertunjuk daripada Allah“

Firman Allah dalam surah Al-Jaatsiyah, ayat 18 maksudnya :

“Kemudian Kami jadikan engkau atas satu syariat (Islam) maka ikutilah dia dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak

mengetahui.”

Page 9: Bida'ah dalam masyarakat

Taksub dan kagum dengan pendapat tokoh-tokoh tertentu.

Imam Syafi’e berkata : “Jika kamu dapati dalam kitabku bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW maka berkatalah dengan Sunnah Rasulullah SAW dan tinggalkanlah pendapatku.”

Imam Ahmad berkata : “Perhatikanlah dalam urusan agama kamu kerana sesungguhnya taqlid kepada yang bukan maksum itu adalah tercela dan padanya membutakan kecerdikan pandangan.”

Imam Ath-Thahawi berkata : “Tidak akan bertaqlid (kepada selain Rasul itu) kecuali orang yang fanatik atau orang yang dungu.”

Page 10: Bida'ah dalam masyarakat

Terpengaruh dengan budaya kafir dan mengikutinya. Contoh : menyambut kedatangan hari-hari atau tahun-tahun tertentu.

Kejahilan dalam Bahasa Arab sehingga menimbulkan kesalahan dan kesesatan. Contohnya di dalam mentafsirkan ayat Al-Quran dan Hadith.

Jahil mengenai Sunnah Rasulullah SAW. Menganggap semua hadith adalah sahih dan boleh beramal dengannya sedangkan kategori hadith : sahih, hasan, dhaif dan maudhu’.

Jahil tentang konsep ibadah. Skop ibadah disempitkan hanya kepada ibadah khusus sahaja sedangkan ibadah terbahagi kepada 2 : khusus dan umum.

Page 11: Bida'ah dalam masyarakat

Bid’ah berkembang dengan 3 sebab :

1. Amalan bid’ah yang diamalkan oleh orang alim dan diikuti oleh orang awam kerana berkeyakinan apa yang dilakukan oleh orang alim tersebut adalah benar.

2. Adat tradisi jahiliah yang diamalkan oleh orang-orang Islam sebelum ini dikekalkan dan diamalkan sebagai suatu amalan agama.

3. Sikap mendiamkan diri oleh para ulama terhadap amalan bid’ah dalam masyarakat.

Page 12: Bida'ah dalam masyarakat

CARA MENCEGAH BID’AH Haramkan buku-buku yang mengandungi bid’ah. Memberi penerangan kepada masyarakat tentang

bid’ah. Sebarkan hadith-hadith sahih Rasulullah SAW. Penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan

terhadap golongan yang menyebarkan amalan bid’ah. Hadith Rasululullah SAW :

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan

tangannya (kekuasaannya), jika tidak mampu maka hendaklah dengan lidahnya dan jika tidak mampu

hendaklah dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, At-

Tirmizi dan Abu Daud)

Page 13: Bida'ah dalam masyarakat

CONTOH-CONTOH AMALAN BID’AH DALAM MASYARAKAT

• Bid’ah Bulan Muharam• Bid’ah Bulan Safar• Bid’ah Bulan Rabiul Awal• Bid’ah Bulan Rejab• Bid’ah Bulan Syaaban• Bid’ah di sekitar urusan jenazah• Bid’ah dalam masjid• Bid’ah dalam wudhuk• Bid’ah dalam berpuasa• Bid’ah dalam urusan perkahwinan• Dll

Page 14: Bida'ah dalam masyarakat

KESIMPULAN

Setiap amalan dalam masyarakat kita perlu dinilai dan diteliti dengan cermat berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Ada ketikanya amalan mereka itu merupakan bid‘ah hasanah, ada juga ketikanya bid‘ah dalalah dan khurafat yang mesti ditentang, dan ada juga ianya merupakan persoalan khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulama).

Tidak wajar melabelkan semua perlakuan yang tiada nass khusus mengenainya di dalam satu pengertian yang sama sebagai bid ‘ah dalalah atau sayyiah.

Page 15: Bida'ah dalam masyarakat

RUJUKAN

• Drs. Abdul Ghani Azmi bin Hj Idris (2000), Al-Bidaah Bahaya & Keburukannya, Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur.

• Bahaya Bid’ah Dalam Islam (1982), terj Ja’far Sujarwo BA, Rahnip M.BA, FA Pustaka Progressif, Surabaya.

• Dr Yusuf Qardhawy Muhammad Al-Ghazali (2004), Bid’ah Dan Syirik Perkara Yang Membatalkan Tauhid Atau Mengurangkan Kesempurnaannya, Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur.

Page 16: Bida'ah dalam masyarakat

• Imam Abil Hasanat Muhammad Hayy Al Kanawy Al Hindy (1978), Memperbanyakkan Ibadah Bukan Bid’ah (Sebuah Analisa), terj Jamaluddin Kafie, PT Bina Ilmu, Surabaya.

• Prof. Dr T.M Hasbi Ash-Shiddieqy (1983), Kriteria Antara Sunnah Dan Bid’ah, Bulan Bintang, Indonesia.

• H.M.H al-Hamid Al-Jusaini (1998), Liku-liku Bid’ah Dan Masalah Khilafiyah, Pustaka nasional Pte Ltd, Singapura.

Page 17: Bida'ah dalam masyarakat

TERIMA KASIH