bh pilih l8 19 emel selayang pandang bulan bahasa dan ... · pdf filekan untuk menjalankan...

1
B ulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) mula diper- kenalkan pada tahun 1999 bertujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Tahun 2007 adalah tahun kesembilan kempen yang disenaraikan sebagai antara acara utama negara ini diadakan. BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipertanggungjawab- kan untuk menjalankan kegiat- an BBSN dan dinaungi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang merupakan kesinam- bungan daripada pelbagai kempen bahasa dan sastera kebangsaan yang diadakan sejak tahun 1960- an, iaitu sejak mula DBP ditu- buhkan lagi. Mulai tahun ini, BBSN telah diberikan keutamaan oleh KPM apabila statusnya diletakkan dalam Teras Pertama: Membina Negara Bangsa dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Tujuan BBSN diseleng- garakan adalah untuk memperse- gar semangat kecintaan masya- rakat terhadap bahasa Melayu dan memperkukuh kembali keyakinan terhadap keupayaan dan potensi bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi sosial dan perpaduan, bahasa ilmu dan pengucapan budaya tinggi. BBSN ini juga merupakan satu pengi- sian, penjiwaan dan penghayat- an Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Tema BBSN pada tahun ini ialah “Bahasa Jiwa Bangsa” dan perasmi- an peringkat kebangsaan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussien. Pelbagai aktiviti dan kegiat- an dijalankan di sini yang ber- mula dari 3 hingga 9 September lalu. Antaranya, pameran dan ekspo yang bukan sahaja di- sertai oleh DBP malah menda- pat sambutan daripada badan kerajaan lain, misalnya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan syarikat yang menjual buku se- perti Dawama Sdn. Bhd, Sasbadi Sdn. Bhd dan sektor swasta lain Sementara itu pula, pelbagai aktiviti dan atur cara yang dijalankan untuk pengunjung. Antaranya, Kuiz Roda Idaman, segmen berbalas pantun, debat yang disertai oleh pelajar sekolah menengah dan persembahan kebudayaan yang dipertontonkan serta persembahan artis yang di undang khas seperti, Raja Lawak ASTRO, Sahazliana, Faizal AF 3, Sabri Yunus dengan watak lucu- nya serta beberapa artis lain lagi. Program keagamaan Al Kuliyyah juga dibawakan untuk pengun- jung yang hadir, di samping cabutan bertuah yang diadakan pada setiap hari sepanjang majlis itu berlangsung. Sempena BBSN ini juga, ba- nyak kegiatan bagi menyema- rakkan sambutan BBSN pada tahun 50 tahun kemerdekaan negara. Tidak kurang hebat juga sambutan dan pelancaran BBSN di peringkat negeri yang diatur dengan pelbagai kegiat- an, seperti Khemah Pelbagai Kaum, Pengucapan Puisi yang telah diadakan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, pementasan teater “Kembali Bersinar”, dan pertandingan berbalas pantun yang sememangnya melibatkan pelbagai golongan sasaran. SELAYANG PANDANG BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA 2007 DI TERENGGANU Halaman Lapan BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2006 BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2006 Halaman Sembilan Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin BH PILIH L8 19 emel

Upload: nguyennhi

Post on 01-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BH PILIH L8 19 emel Selayang pandang Bulan BahaSa dan ... · PDF filekan untuk menjalankan kegiat- ... Membina Negara Bangsa dalam Pelan Induk ... rakat terhadap bahasa Melayu dan

Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) mula diper-kenalkan pada tahun 1999

bertujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Tahun 2007 adalah tahun kesembilan kempen yang disenaraikan sebagai antara acara utama negara ini diadakan. BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipertanggungjawab-kan untuk menjalankan kegiat-an BBSN dan dinaungi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang merupakan kesinam-bungan daripada pelbagai kempen bahasa dan sastera kebangsaan yang diadakan sejak tahun 1960-

an, iaitu sejak mula DBP ditu-buhkan lagi.

Mulai tahun ini, BBSN telah diberikan keutamaan oleh KPM apabila statusnya diletakkan dalam Teras Pertama: Membina Negara Bangsa dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Tujuan BBSN diseleng-garakan adalah untuk memperse-gar semangat kecintaan masya-rakat terhadap bahasa Melayu dan memperkukuh kembali keyakinan terhadap keupayaan dan potensi bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi sosial dan perpaduan, bahasa ilmu dan pengucapan budaya tinggi. BBSN ini juga merupakan satu pengi-sian, penjiwaan dan penghayat-an Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Tema BBSN pada tahun ini ialah “Bahasa Jiwa Bangsa” dan perasmi-an peringkat kebangsaan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu

(TTC), Kuala Terengganu yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussien. Pelbagai aktiviti dan kegiat-an dijalankan di sini yang ber-mula dari 3 hingga 9 September lalu. Antaranya, pameran dan ekspo yang bukan sahaja di-sertai oleh DBP malah menda-pat sambutan daripada badan kerajaan lain, misalnya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan syarikat yang menjual buku se-perti Dawama Sdn. Bhd, Sasbadi Sdn. Bhd dan sektor swasta lain

Sementara itu pula, pelbagai aktiviti dan atur cara yang dijalankan untuk pengunjung. Antaranya, Kuiz Roda Idaman, segmen berbalas pantun, debat yang disertai oleh pelajar sekolah menengah dan persembahan kebudayaan yang dipertontonkan serta persembahan artis yang di

undang khas seperti, Raja Lawak ASTRO, Sahazliana, Faizal AF 3, Sabri Yunus dengan watak lucu-nya serta beberapa artis lain lagi. Program keagamaan Al Kuliyyah juga dibawakan untuk pengun-jung yang hadir, di samping cabutan bertuah yang diadakan pada setiap hari sepanjang majlis itu berlangsung.

Sempena BBSN ini juga, ba-nyak kegiatan bagi menyema-rakkan sambutan BBSN pada tahun 50 tahun kemerdekaan negara. Tidak kurang hebat juga sambutan dan pelancaran BBSN di peringkat negeri yang diatur dengan pelbagai kegiat-an, seperti Khemah Pelbagai Kaum, Pengucapan Puisi yang telah diadakan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, pementasan teater “Kembali Bersinar”, dan pertandingan berbalas pantun yang sememangnya melibatkan pelbagai golongan sasaran.

Selayang pandang Bulan BahaSa dan SaStera negara 2007 di terengganuHalaman Lapan BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2006 BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2006 Halaman Sembilan

Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

BH PILIH L8 19 emel